Sila sebarkan ebook ini untuk manfaat              bersama
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD   “27 SebabMengapa Calon  GAGAL   Ujian PTD”              Oleh:       Team TipsPtd.com     ...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD                              KondisiWalaupun segala langkah telah diambil untuk memastikan ...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD                  MuqaddimahSetiap tahun boleh dikatakan puluhan ribu yang memohon untukmenj...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD mengulangi kesilapan mereka, seterusnya melayakkan anda menjawatjawatan berprestij ini.27 s...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD    27 Sebab Mengapa Calon Gagal                          Ujian PTDSebab-sebab ini dikumpulk...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD           pihak SPA. Jadi dalam kes ini anda harus peka dengan          maklumat yang diikl...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD 5. Gagal Menunjukkan Kelebihan     •   Faktor ini lebih kepada semasa mengharungi PAC dan  ...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD           peperiksaan ini kerana ianya melambangkan kesungguhan          anda untuk menjawa...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD          antara benda yang tidak seharusnya dipandang remeh.         Selain itu sampai awal...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD 10. Merasakan Diri Sentiasa Benar      •   Hal ini adalah masalah ‘attitude’. Ianya adalah ...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD            calon    PAC     merasakan         mereka     berjaya   dalam           memperta...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD          ujian bertulis, anda harus bersungguh mengumpul maklumat         dan memantapkan d...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD          isu dan isi pentingnya, selebihnya anda boleh ‘goreng’         dengan kebijaksanaa...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD          berbahasa yang lemah. Anda harus cuba sedaya upaya         meningkatkan     pengua...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD          sendiri ketika lapang untuk melancarkan pengucapan anda.         Walaupun     prak...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD 20. Malu/Angkuh untuk Bertanya      •   Tidak mahu bertanya kepada mereka yang dah ada     ...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD        •   Pembawakan diri juga menyumbang kepada pemilihan           calon semasa proses P...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD           saya tak berhasrat untuk menghuraikannya dengan lebih          mendalam. Tapi kal...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD              Manipulasikan kelebihan anda supaya ianya menjadi nilai             tambah yan...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD kerana belajar dari kesilapan orang lain adalah jalan pintas untuk andaberjaya.Salam kejaya...
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD Dapatkan Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan Versi TERBARU! Anda bukanhanya dapat 1 ebook, ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

27 sebab gagal ujian ptd

701 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
701
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

27 sebab gagal ujian ptd

  1. 1. Sila sebarkan ebook ini untuk manfaat bersama
  2. 2. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  “27 SebabMengapa Calon GAGAL Ujian PTD” Oleh: Team TipsPtd.com http://tipsptd.com/blog 2
  3. 3. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  KondisiWalaupun segala langkah telah diambil untuk memastikan laporan percuma inisempurna, mungkin terdapat beberapa kesalahan, kerana kita sebagaimanusia kadangkala terlalai dan tersilap. Maaf untuk itu..Laporan atau ebook ini adalah milik Blog Tips PTD (http://tipsptd.com/blog)sepenuhnya. Anda dibenarkan mengedarkannya secara percuma. Anda tidakdibenarkan sama sekali untuk menjual ebook percuma ini ataupun mengubahkandungannya dalam apa cara sekalipun. http://tipsptd.com/ http://tipsptd.com/blog 3
  4. 4. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  MuqaddimahSetiap tahun boleh dikatakan puluhan ribu yang memohon untukmenjadi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ataupun kitapanggilnya pegawai PTD. Dari puluhan ribu itu, hanya beberapa ribuyang berjaya melepasi ujian peperiksaan bertulis PTD dan layakmenghadapi PAC. Setelah melalui proses tapisan PAC, hanyasebahagian yang berjaya untuk terus menghadapi peringkat terakhirsebelum proses lantikan iaitu temuduga PTD. Dan anda harus tahu, setiapperingkat ambilan tidak sampai 500 orang sahaja yang diserap menjawatjawatan ini dan sudah pastilah tahap kesukaran ini meletakkan kerjayaPTD sebagai satu kerjaya yang berprestij dalam senarai penjawat awam.Antara faktor yang menjadi sebab utama dan terpenting kenapa calongagal menjadi PTD ialah mereka gagal mendefinisikan “KENAPA MEREKAGAGAL!”. Pakar motivasi mengatakan yang kunci utama kejayaan ialahmengenal kekuatan anda dan memperkukuhkannya. Kenali kelemahananda dan cuba perbaiki. Belajar dari kesilapan orang lain adalah satujalan ‘shortcut’ untuk berjaya sebab itulah dikatakan ‘sejarah mengajarkita untk berjaya’.Atas kesedaran itu, tipsPtd.com mengumpulkan 27 sebab mengapacalon gagal menjawat jawatan pegawai PTD. Dengan harapan agarianya menjadi panduan untuk setiap calon yang bakal menduduki prosespengambilan PTD tidak kiralah pada perigkat ujian bertulis, PACmahupun temuduga PTD, anda harus tahu mengapa orang lain gagaldan anda seharusnya memperkuatkan diri anda supaya anda tidak http://tipsptd.com/blog 4
  5. 5. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD mengulangi kesilapan mereka, seterusnya melayakkan anda menjawatjawatan berprestij ini.27 sebab-sebab ini dikumpulkan hasil pengalaman calon-calon sebenaryang melibatkan 15 orang responden yang gagal dalam ujian-ujian PTD,8 daripadanya gagal ujian bertulis PTD dan selebihnya di peringkat PACdan temuduga. Sekalung penghargaan juga untuk mereka kerana sudiberkongsi pengalaman dan mudah-mudahan ianya memberi manfaatuntuk pembaca blog tipsPtd.com.Blog TipsPtd.com dibangunkan khas untuk menjadi ‘one-stop-center’untuk bakal-bakal pegawai PTD dalam mencari maklumat yangkomprehensif, tepat dan merangkumi hampir keseluruhan gambaransetiap peringkat ujian. Hal ini diilhamkan hasil dari pengalaman sendiridan pengalaman rakan-rakan yang mencari maklumat dari internet, tapimaklumatnya bercampur seterusnya membuatkan kita sendiri jadi lebihgelabah dan kabur. Jadi TipsTpd.com berusaha membekalkan maklumatyang tersusun dan mencukupi untuk anda menduduki peringkat-peringkat tapisan dalam usaha menjadi pegawai PTD. Komen andaadalah amat dialukan dan semoga sedikit usaha ini bermanfaat untuksemua.Ikhlas dari;Team Tipsptd.com http://tipsptd.com/blog 5
  6. 6. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  27 Sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTDSebab-sebab ini dikumpulkan sekali untuk ketiga-tiga peringkat tapisanPTD iaitu ujian bertulis, PTD Assessment Center (Pre-PAC) dan temudugaPTD. 1. Tidak Tahu Bagaimana • Ini merupakan masalah yang pokok. Anda mungkin pernah mendengar tentang PTD dan kegemilangannya, tapi tidak tahu bagaimana nak memohon untuk menjadi pegawai PTD. Anda jugak tidak tahu apa kelayakan yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini dan apakah tuntutan-tuntutan dalam menjawat jawatan ini. Dalam kata lain faktor ini merupakan maklumat asas yang anda seharusnya tahu dengan tepat bagi memastikan arah tuju anda untuk menjawat jawatan PTD lurus dan sampai ke arah tujunya. Gagal mendapatkan maklumat yang tepat merupakan jalan utama untuk anda gagal manjawat jawatan ini. 2. Kurang Maklumat • Anda tidak mengetahui maklumat tentang bila anda harus memohon. Bilakah masanya jawatan ini dibuka untuk anda mohon. Apabila anda leka dalam mencari maklumat ini, anda mungkin terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk memohonnya semula. Begitu juga dengan tarikh-tarikh penting dan system pengisian borang yang disediakan oleh http://tipsptd.com/blog 6
  7. 7. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  pihak SPA. Jadi dalam kes ini anda harus peka dengan maklumat yang diiklankan oleh pihak SPA di akhbar mahupun terus merujuk laman web rasmi SPA3. Tidak Tahu Format dan Ujian yang Bakal Dilalui • Anda mendedahkan diri anda kepada kemungkinan terkejut dan ‘blank’ semasa ujian PTD termasuklah juga untuk ujian PAC dan temuduga PTD. Dalam ujian bertulis contohnya, anda harus tahu apakah format dan apakah skop yang akan ditanya. Dengan itu persediaan anda akan lebih terarah dan fokus. Masuk ke dewan peperiksaan dengan memiliki keseluruhan idea tentang ujian itu adalah kelebihan kepada anda di mana anda akan lebih tenang dan yakin semasa menduduki peperiksaan tersebut. Di samping itu, anda akan dapat melakukan persediaan dengan lebih tepat dan yakin kerana tahu apakah skop yang perlu anda studi.4. Tidak Tahu Apa yang Dinilai • Semasa mengharungi “PTD Assessment Centre” (pre-PAC), anda harus tahu apa sebenarnya yang dinilai sepanjang program tersebut. Membawa diri anda tanpa fokus hanya akan merugkan anda. Kebanyakan kes calon gagal semasa PAC ialah kegagalan mempamerkan sesuatu yang dikehendaki oleh penilai anda. Secara kasarnya ada 3 faktor utama yang dinilai selain keadaan fizikal dan penampilan anda! Anda harus cari apakah 3 faktor tersebut dib blog tipsPtd.com! http://tipsptd.com/blog 7
  8. 8. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD 5. Gagal Menunjukkan Kelebihan • Faktor ini lebih kepada semasa mengharungi PAC dan temuduga PTD. Anda harus tahu apa kelebihan anda yang perlu anda tonjolkan. Kegagalan ini membuatkan anda sedikit terkebelakang dengan calon lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan seperti pernah menjadi Presiden Kelab semasa di universiti ataupun menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sebolehnya anda cuba mengenengahkan kelebihan anda sebagai kredit tambahan untuk anda. Tapi ingat, anda perlu bersederhana dan memilih masa yang sesuai untuk tujuan ini.6. Tidak Membuat Persediaan Rapi • Persediaan rapi mencakupi keyakinan diri dan maklumat yang mencukupi adalah faktor kritikal untuk anda berjaya dalam mengharungi peringkat-peringkat nilaian dalam usaha menjawat jawatan idaman ini. Ramai calon yang gagal peringkat ujian bertulis khasnya adalah disebabkan kegagalan melakukan persediaan yang rapi sebelum menduduki ujian tersebut. Luangkan masa khas mungkin satu jam sehari selama seminggu sebelum menduduki peperikaan ini. Anda harus tahu dan sedar bahawa tujuan ujian bertulis diadakan adalah antara lain untuk menguji pengetahuan anda. Jika anda seorang yang malas mengambil tahu isu-isu nasional dan antarabangsa, bagaimana anda boleh menjadi seorang pegawai PTD yang bagus? Ringkasnya, buatlah persediaan yang rapi sebelum menduduki http://tipsptd.com/blog 8
  9. 9. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  peperiksaan ini kerana ianya melambangkan kesungguhan anda untuk menjawat jawatan ini.7. Info Tidak Tersusun • Anda punya maklumat hasil dari pembacaan dan pengalamn anda semasa di universiti, tapi maklumat- maklumat itu ada yang anda hanya ‘ingat-ingat lupa’. Mungkin sebab anda mendapat maklumat itu dari mulut ke mulut ataupun maklumat itu sudah lama. Jadi anda harus mengukuhkan maklumat ini dan berusaha memantapkannya melalui ulangkaji tidak rasmi seperti pembacaan semula dan pastikan apa-apa yang anda tak pasti. Semasa sesi pengucapan umum dan dalam mempertahan hujah anda semasa PAC, anda perlu mengenengahkan maklumat yang tepat dan releven dan mampu mempertahankan hujah anda dengan maklumat yang tepat, jika tidak kelemahan ini akan digunakana sepenuhnya oleh rakan lain untuk menjatuhkan anda. Jangan biarkan ini berlaku, kukuhkan maklumat anda.8. Gemuruh • Gemuruh atau gementar ialah perkara normal dan seharusnya dilalui oleh manusia biasa. Tapi gemuruh yang keterlaluan dan tidak terkawal memang menjadi faktor penting kenapa ramai calon gagal dalam menjadi PTD. Fenomena ini membuatkan anda gagal untk berfikir dan bertindak selari dengan kebijaksanaan anda. Memang merugikan kalau anda gagal mengawalnya. Pendekatan holistic seperti berdoa dan mohon restu ibu ayah adalah http://tipsptd.com/blog 9
  10. 10. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  antara benda yang tidak seharusnya dipandang remeh. Selain itu sampai awal ditempat ujian dapat membantu anda mengurangkan gemuruh ini disamping teknik pernafasan yang betul. Saya sendiri mengamalkan pengambilan penawar hemopathy yang memang terbukti berkesan untk saya dalam mengawal gemuruh sya. Oopss.. terlepas rahsia saya!9. Maklumat Bercampur • Anda boleh dapat pelbagai maklumat dari internet melalui engin carian Google dan Yahoo. Tapi hasilnya anda akan menghadapai satu situasi yang dinamakan ‘information overload’. Bukan setakat anda keliru dengan maklumat anda, tapi lebih parah kepala anda dipenuhi dengan maklumat yang bercampur-campur sehingga menjadikan anda lebih gemuruh. Sepatutnya dengan maklumat yang banyak, anda menjadi lebih yakin, tapi sebab ianya bercampur-campur, ramai calon menjadi lebih gelabah dan akhirnya gagal memanfaatkan maklumat-maklumat tersebut. Apa yang perlu ialah anda senaraikan dulu apa yang anda hendak, dan kemudian baru mula mencari. Mencari secara umum dan tidak terarah akan menjadikan anda leka dan gagal mencapai objektif carian anda. Dalam ujian PTD contohnya, anda harus tahu skop apa yang bakal ditanya dan anda harus cari berdasarkan skop tersebut. http://tipsptd.com/blog 10
  11. 11. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD 10. Merasakan Diri Sentiasa Benar • Hal ini adalah masalah ‘attitude’. Ianya adalah keperibadian yang buruk sebenarnya. Tiada keterbukaan dan ini merupakan kelemahan walaupun anda menganggap ianya kelebihan! Sebolehnya sepanjang PAC anda harus membuka situasi perbincangan yang membolehkan anda berkongsi pandangan dengan rakan lain yang mana memberi anda lebih kredit dalam nilaian pergaulan dan keupayaan mengawal situasi. Sifat menganggap pandangan anda adalah sebahagian dari idea dan bukannya fakta adalah satu attitude yang harus anda lentur dan praktikkan di PAC. Idea boleh dibincangkan manakala fakta pula ialah sesuatu yang telah muktamad dan tidak boleh dipertikai secara umumnya.11. Tidak Menerima Pendapat Orang Lain • Dalam sesi pengucapan awam / public speaking di PAC, anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda, kadang sifat kedegilan anda mempertahankan hujah anda walaupun anda tahu ianya salah, melambangkan kedegilan anda dan memburukkan nilaian tata-pergaulan dan tertib penyampaian anda. Ramai http://tipsptd.com/blog 11
  12. 12. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  calon PAC merasakan mereka berjaya dalam mempertahankan hujah mereka tapi pada akhirnya mereka gagal dalam PAC yang antara lainnya ialah kerana mereka gagal menunjukkan kebolehan menerima pendapat orang lain dan gagal menjaga tertib dan hemah mereka. Ini faktor penting dan cirri PTD yang berjaya.12. Tidak Fit • Antara lain, calon yang gagal melepasi PAC ialah kerana mereka gagal dalam ujian kecergasan. Dalam PAC, calon- calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain. Oleh itu, sebelum pergi ke PAC di INTAN, anda seharusnya mengamalkan rutin bersenam dan bersukan untuk memantapkan kecergasan anda. Latih diri anda melakukan larian 2 - 3 km sebelum pergi menduduki PAC sehingga anda selesa dengannya. Bagi mereka yang jarang melakukannya, badan anda akan tidak terdaya kerana tidak biasa melakukannya. Dalam kata lain, mereka yang tidak ‘fit’ hampir pasti gagal dalam ujian kecergasan PAC seterusnya kehilangan banyak markah dalam penilaian keseluruhan PAC.13. Tidak Bersungguh • Tidak bersungguh ini merupakan faktor umum dalam apa jua kedaan. Anda tak akan berjaya dalam apa pun kalau anda tidak bersungguh. Begitu jugalah dalam menjadi PTD, lebih lagilah untuk anda perlu bersungguh. Bermula dari peringkat http://tipsptd.com/blog 12
  13. 13. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  ujian bertulis, anda harus bersungguh mengumpul maklumat dan memantapkan diri anda dengan kefahaman yang sepatutnya, diikuti dengan PAC dimana kesungguhan anda bukan sekadar persediaan tapi sepanjang PAC tersebut anda harus mempamerkan kesungguhan anda. Sama juga dalam temuduga PTD, anda seboleh mungkin bersungguh dan cuba sedaya upaya menjawab soalan yang ditanya dan cuba menonjolkan kelebihan anda sebaik mungkin. Mungkin tak perlu diihuraikan dengan lebih panjang kerana anda pasti lebih tahu tentang apa yang dimaksudkan dengan kesungguhan ini.14. Kurang Maklumat Tentang Isu Semasa • Dalam ujian bertulis PTD, ada bahagian di mana anda dikehendaki menulis esei yang selalunya berkait rapat dengan isu semasa. Begitu juga semasa PAC ada sesi pengucapan umum tidak kira English atau Bahasa Melayu. Kegagalan calon meyiapkan diri anda dengan isu semasa sememangnya menyumbang kepada kegagalan menjadi penjawat jawatan ini. Sebagai contohnya sekiranya anda graduan jurusan ekonomi, tetapi disuruh menghuraikan tentang masa depan Bioteknologi Negara dan anda tidak tahu tentang Dasar Bioteknologi Negara, bagaimana agaknya anda boleh berdepan dengannya? Jadi amatlah penting untuk anda menyiapkan diri anda dengan maklumat semasa, dasar baru kerajaan dan halatuju Negara kita sendiri. Membaca akhbar dan mendengar berita setiap hari adalah satu pelaburan yang amat berharga dalam usaha anda menyiapkan diri anda dengan maklumat semasa. Ambil tahu http://tipsptd.com/blog 13
  14. 14. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  isu dan isi pentingnya, selebihnya anda boleh ‘goreng’ dengan kebijaksanaan yang anda dapat dari universiti dahulu.15. Benci Subjek Sejarah dan Matematik • Dalam ujian bertulis, Seksyen A mencakupi pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Calon yang benci subjek sejarah semasa di sekolah dahulu akan menghadapi sedikit kesukaran di sini. Mengetahui sedikit sebanyak mengenai latarbelakang Malaysia, tentang ASEAN dan lain- lain yang berhubung kait dengan sejarah Malaysia adalah satu kelebihan walaupun ianya bukanlah sesuatu yang dominan dalam menentukan anda lulus ujian bertulis ini, tapi ianya masih dianggap antara yang penting. Jadi dekatkanlah hidup anda dengan sejarah, kerana sejarahlah kita menjadi negara yang dihormati ☺. Ramai juga calon yang mengeluh tentang kepayahan soalan Matematik yang ditanya. Untuk mereka yang minat subjek Matematik anda sudah pasti tidak bermasalah sebab sudah dinyatakan tahap soalan hanyalah sehingga peringkat sekolah menengah. Sekiranya anda tidak minat 2 subjek ini, anda harus melakukan persediaan komprehensif untuk ‘cover’ balik apa yang telah anda tinggalkan dan perkukuhkan diri anda dengannya.16. Kurang Kemahiran Berbahasa • Kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris amat penting terutama dalam sesi debat dan ‘discussion’ semasa PAC. Ramai yang gagal PAC kerana mempunyai kemahiran http://tipsptd.com/blog 14
  15. 15. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  berbahasa yang lemah. Anda harus cuba sedaya upaya meningkatkan penguasaan bahasa anda. Banyakkan membaca dan praktiskan bercakap untuk bahasa Inggeris. Ramai yang pandai menulis esei dalam bahasa Inggeris tapi bila disuruh bercakap, mereka akan bermasalah. Seharusnya kalau anda pandai menulis maknanya anda sudah ada kosa kata atau ‘vocabulary’ yang mencukupi. Apa yang anda perlukan adalah sedikit keyakinan yang anda boleh melakukan. Saya yakin semua graduan mampu dan sebenarnya mahir dalam bahasa, tapi atas faktor malu dan kurang yakin, ianya menjadi penghalang dan Nampak seolah-olah anda tak menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.17. Kurang Kemahiran Pengucapan Umum • Faktor ini hampir serupa dengan faktor sebelum ini. Cumanya mereka yang gagal ini tidak dapat menyampaikan idea mereka dengan kadar yang menyakinkan kerana gaya pengucapan yang tidak bagus. Kelancaran dan stail pengucapan melambangkan keyakinan dan memberi nilai tambah kepada kredibiliti anda. Cuba kaji bagaimana pemimpin politik berucap ataupun ucapan tokoh-tokoh yang anda boleh tengok di Youtube, dan belajar bagaimana mereka memberikan ucapan. Apa yang penting, anda seharusnya berjaya menyampaikan idea anda dengan lancar dan tepat. Berlatih bercakap di depan cermin di bilik anda, dan selalulah melakukan monolog http://tipsptd.com/blog 15
  16. 16. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  sendiri ketika lapang untuk melancarkan pengucapan anda. Walaupun praktis sendiri ini dianggap remeh, tapi percayalah ianya akan membantu meningkatkan kelancaran dan keyakinan anda. Minta bantuan dari rakan untuk mendengar dan menilai gaya pengucapan anda.18. Tiada yang Istimewa • Apabila markah anda lebih kurang sama dengan orang lain dalam ranking SPA, anda perlukan faktor lain untuk berjaya. Anda perlu ada nilai tambah tersendiri ataupun keistimewaan tambahan yang menjadikan anda sedikit berbeza dengan mereka yang lain. Sebab itulah semasa sesi temuduga anda sebolehnya harus menonjolkan kelebihan dan hebohkan keistimewaan anda. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum contohnya harus diketengahkan. Ramai juga yang gagal sebab mereka hanyalah ‘calon biasa’ atau ‘calon kebanyakan’. Tapi ini hanyalah satu faktor sampingan, tapi harus juga diambil perhatian. Sebolehnya lengkapkan diri anda sebaik mungkin supaya mereka tak ada pilihan melainkan untuk melantik anda menjadi Pegawai PTD!19. Jawapan Meleret • Dalam tips untuk berjaya dalam temuduga selalu disebut yang kita seharusnya menjawab soalan dengan tepat dan padat. Jangan meleret kerana ianya akan membuang masa penemuduga di samping mendedahkan diri anda kepada membuat ‘statement’ yang salah. Fokus kepada jawapan anda, biar ianya padat dan tepat http://tipsptd.com/blog 16
  17. 17. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD 20. Malu/Angkuh untuk Bertanya • Tidak mahu bertanya kepada mereka yang dah ada pengalaman ataupun mereka yang dah berjaya. Ianya mungkin kerana malu ataupun kerana angkuh dan terlalu yakin pada diri sendiri. Kita seharusnya akn mendapat idea yang lebih jelas tentang apa yang bakal berlaku, apa yang ditanya dan apa yang seharusnya kita lakukan sebelum mengharungi mana-mana peringkat dalam ujian PTD. Jika anda malu bertanya, anda hampir pasti GAGAL dan peribahasa melayu ada menyebut “malu bertanya, sesat jalan..”. Belajarlah dari pengalaman orang lain dan anda ada peluang yang besar untuk berjaya.21. Cepat Menyerah ... gagal skali • Anda harus sedar dan tahu bahawa kebanyakan mereka yang berjaya adalah mereka yang pernah gagal dalam ujian ptd sebelum itu. Bukan ramai yang berjaya dengan sekali ujian sehaja bahkan ada kes di mana calon itu berjaya selepas 5 kali mengambil ujian. Sekiranya anda gagal untuk percubaan kali pertama, jangan berputus asa. Cuba lagi untuk sesi yang akan datang tapi dengan persediaan yang lebih rapi dan teratur. Jadikan kegagalan itu satu pengalaman dan anda harus analisa diri sendiri dan cari sebab kenapa anda gagal dan apa yang perlu anda pertingkatkan.22. Masalah Tingkah Laku http://tipsptd.com/blog 17
  18. 18. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  • Pembawakan diri juga menyumbang kepada pemilihan calon semasa proses PAC dan temuduga. Dalam bercakap contohnya, jaga intonasi anda, bahasa badan atau gerak tubuh dan pertuturan bahasa yang bersopan dan tertib. Pergaulan semasa PAC, cuba jadi mesra dan tampak mudah untuk bergaul. Jadi anda seharusnya memperkemaskan skil ‘public relation’ anda. Cara mudah ialah, cuba jadi ceria dan yakin. Di samping itu juga semasa temuduga anda harus menjaga perlakuan anda, masuk ke bilik temuduga dengan tertib, elakkan duduk bersilang kaki dan jawab dengan tenang dan tak gelabah.23. Terlalu Jujur • Masalah terlalu jujur ini kadangkala mendedahkan kelemahan anda. Anda tidak perlu berpura-pura kerana hipokrasi pasti dapat dikenalpasti oleh panel penilai yang sememangnya berpengalaman semasa PAC mahupun temuduga. Apa yang perlu ialah anda dedahkan apa yang bagus tentang diri anda dan sembunyikan apa yang buruk tentang diri anda. Cuba kawal diri, jadi diri sendiri dan simpan apa yang buruk pada diri anda. Anda mungkin akan diprovokasi untuk dinilai ketahanan anda, tetapi anda harus sedar bahawa itu sebenarnya dirancang dan anda seharusnya merancang juga bagaimana untuk menghadapinya.24. Overconfident • Saya pasti anda lebih mengetahui dan sedar yang ramai calon gagal sebab mereka terlalu yakin pada diri sendiri dan http://tipsptd.com/blog 18
  19. 19. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  saya tak berhasrat untuk menghuraikannya dengan lebih mendalam. Tapi kalau boleh, rendahkan sedikit diri anda, berbual dengan calon lain sebelum mengambil ujian kerana itu sebenarnya akan membantu anda mengurangkan tekanan.25. Datang Lewat • Tiba lewat ke tempat ujian / PAC / temuduga. Anda mungkin ketawa membaca faktor ini tetapi inilah hakikatnya. Ramai yang gagal sebab mereka datang lewat. Bila anda lewat ke tempat ujian, anda akan menjadi lebih gelabah dan kelam kabut dan sudah pastinya hal ini akan menyebabkan setiap tindakan anda menjadi serba tak kena. Ingat apa yang saya huraikan dalam faktor gagal sebab gelabah? Datang lewat inilah satu sebab yang menyumbang kepada gelabah itu. Seharusnya anda datang lebih awal ke tempat ujian untuk menenangkan diri anda atau dalam kata lain, berikan peluang diri anda untuk berasimilasi dengan suasana tempat ujian. Sehari sebelum tarikh ujian, luangkan sedikit masa untuk survey dan kenal pasti tempat tersebut supaya esoknya anda mudah ke situ tanpa tersesat jalan yang seterusnya menambahkan ke’gelabah’an anda.26. Ada Bakat tapi.. • Anda malu atau keberatan untuk memberitahu tentang bakat anda. Anda seharusnya ketengahkan keseluruhan bakat anda, jangan simpan kerana tak ada orang yang akan korek bakat anda kalau anda tak bagitahu. http://tipsptd.com/blog 19
  20. 20. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  Manipulasikan kelebihan anda supaya ianya menjadi nilai tambah yang bakal membezakan anda dengan calon yang lain. Anda harus ingat bukan semua orang mempunyai kelebihan yang anda ada dan anda harus yakinkan diri anda bahawa anda lebih bagus dari calon yang lain dan anda layak untuk menjawat jawatan pegawai PTD. 27. Sekadar Cuba Nasib • Faktor lain yang sebenarnya ialah faktor utama mengapa calon gagal ialah, mereka mengambil ujian ini atas dasar suka-suka atau mencuba nasib. Apabila ianya ditanamkan dalam diri, mereka tidak berusaha dengan sewajarnya. Berlainan kalau anda melakukan sesuatu yang anda begitu berkehendakkan ianya, sudah pasti anda akan memberikan usaha semaksimum mungkin untuk mendapatkannya kan? Begitu juga dengan ujian PTD, anda harus melakukan persediaan rapi kerana anda mahu bersaing dengan puluhan ribu orang lain yang mahu menjawat jawatan yang sama. Jadi, apabila anda mendapat peluang untuk menduduki ujian PTD, lakukan sepenuh hati anda, buat persediaan yang rapi dan dapatkan maklumat selok belok tentang PTD dengan bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan rujuklah kepada tempat-tempat yang ada autoriti dalam bidang ini.Sebenarnya jika mahu disenaraikan sebab-sebab mengapa calon gagal,sudah pasti ada puluhan lagi sebab lain. Tapi cukup sekadar 27 sebab iniyang berjaya dikumpulkan oleh ‘Team TipsPtd.com”. anda harus fahamidan cuba perbaiki apa yang kurang dan belajar dari kesilapan orang lain http://tipsptd.com/blog 20
  21. 21. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD kerana belajar dari kesilapan orang lain adalah jalan pintas untuk andaberjaya.Salam kejayaan dari kami,Team Tipsptd.comSebarang komen bolehlah dihantar ke tipsptd@gmail.com Blog TipsPtd.com dibangunkan khas untuk menjadi ‘One-stop- center’ untuk rujukan bakal PTD dalam mencari maklumat yang komprehensif dan tersusun. Kami sebolehnya mahu memberikan informasi yang lengkap untuk anda berjaya dalam ujian PTD. Lawatilah tipsPtd.com untuk menyiapkan diri anda dalam menghadapi ujian-ujian PTD. http://tipsptd.com/blog 21
  22. 22. 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD Dapatkan Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan Versi TERBARU! Anda bukanhanya dapat 1 ebook, tapi 7 ebook yang komprehensif dalam 1 harga untuk anda lulustemuduga! KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.1. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Versi Kemaskini YangKedua – dimuatkan rahsia-rahsia baru dalam menghadapi temudugakerja kerajaan2. Ebook Koleksi Kisah – Kisah Temuduga Kerja Kerajaan – “kisah-kisahsuka duka mereka yang pernah melalui temuduga kerja kerajaandikongsikan bersama”3. Ebook teknik - Teknik Rahsia Bagi Menjawab Soalan Temuduga KerjaKerajaan. – ketahui teknik - teknik yang sebenarnya ketika menjawabsoalan yang ditanyakan panel penemuduga4. Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan5. Ebook 70 Contoh Skema Soalan dan Jawapan Temuduga KerjaKerajaan – soalan – soalan dan jawapan yang begitu praktikal sebagaipanduan kepada calon6. Ebook Secrets of Succesful Job Hunting – Rahsia orang USA bagaimanauntuk mencari dan mendapatkan kerja di musim kegawatan ekonomi7. Template Resume (dalam format word) – memudahkan calonmenyediakan resume yang baik http://tipsptd.com/blog 22

×