Pemulihan dan pengayaan

1,111 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,111
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
60
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pemulihan dan pengayaan

  1. 1. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1.0 Pendahuluan Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip „Menyelesaikan masalah seawal mungkin‟ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau „terkebelakang‟ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa. 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  2. 2. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan 2.1 Pendidikan Pemulihan Definisi “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.Dalam konteks pendidikan bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan diajar oleh guru pemulihan. 2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan
  3. 3. Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahirankemahiran asas.Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalah –masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. 2.1.2 Objektif –objektif Pendidikan Pemulihan Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya: i) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran; ii) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka; iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh murid; iv) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu mengikut kebolehannya; v) Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka; vi) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan;
  4. 4. vii) Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; dan viii) Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya mengurangkan masalah keciciran. 2.2 a. Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka b. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka c. d. 3.0 Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif Menilai kejayaan program pemulihan Masalah Penguasaan Pembelajaran Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah.Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut. 3.1 Faktor-faktor Masalah Pembelajaran Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut: 1. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. 2. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh muridmurid. 3. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid. Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran
  5. 5. dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru. a. Faktor Peribadi Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan masalah sosial. b. Faktor Kurang Kecerdasan Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental.Murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam sebuah kelas khas. c. Faktor Fizikal Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat dengan factor-faktor kesihatan seperti berikut: i. Kekurangan makanan yang berzat. ii. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa. iii. Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang dan sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti terganggu. iv. Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu ditempatkan di sekolah khas. d. Faktor Psikologi
  6. 6. Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi.Murid-murid yang menghadapi masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya. 4.0 Cara-cara Mengesan kesukaran Pembelajaran Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut: i. Pemerhatian ii. Pentaksiran Rekod Prestasi iii. Profil iv. Ujian kertas dan pensel v. Latihan harian vi. Soal jawab/kuiz 5.0 Pendidikan Pengayaan Definisi Pengayaan Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka.Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.
  7. 7. Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka.Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata. Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) yang menyatakan „...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan murid-murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan melaksanakan program pengayaan KBSR‟. 5.1 Konsep Pengayaan Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
  8. 8. Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. 5.2 Rasional Pengayaan Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza. Justeru itu , murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental mereka. Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi keperluan murid-murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid. Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan
  9. 9. mereka.Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, daya cita dan bakat individusecara menyeluruh. 5.3 Objektif Pengayaan Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid: i. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa baagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka. ii. Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. iii. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat. iv. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagaibagai bahan dan sumber pengetahuan. v. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup. vi. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. vii. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. viii. Memperkembang bakat–bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.
  10. 10. ix. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. 5.4 5.3 Peranan Program Pengayaan( Rajah 1 ) Kumpulan Sasar Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk semua murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah. 5.4 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah 5.5 Prinsip Program Pengayaan Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha menyediakan aktiviti pengayaan.Antaranya ialah: i. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. ii. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. iii. Menggunakan daya usaha sendiri. iv. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial. v. Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah.
  11. 11. vi. 5.6 Melibatkan pembacaan luas. Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada: 1. Bacaan ( membaca ) 2. Tulisan ( menulis ) 3. Kiraan ( mengira ) Program Pengayaan ii) Pengayaan secara mendatar: aktiviti pengayaan yg dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan. iii) Pengayaan secara menegak: aktiviti pengayaan yg dirancang untuk kumpulan pelajar yg ce Posted by NABILAH ABD HAMID at 06:45 KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN(“5P”) Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut: i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.
  12. 12. iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan. Prinsip-prinsip penggabungjalinan • Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai • Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan • Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik • Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan 1. Penggabungjalinan kemahiran 2. Penggabungjalinan bahan 3. Penggabungjalinan aktiviti 1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengar K2: Kemahiran bertutur K3: Kemahiran membaca K4: Kemahiran menulis Sila rujuk rajah di bawah: 2. Penggabungjalinan Aktiviti Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan. 3.Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut: i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
  13. 13. iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut: • Mencirikan • Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan • Membuat kaitan dan perhubungan • Membanding dan membeza • Menyusun atur • Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu • Membezakan fakta dengan pendapat • Menganalisis • Mengesan kecondongan pendapat • Mengenal pasti sebab akibat • Meramal • Mensintesis • Mengitlak • Membuat analogi • Membuat inferens • Membuat kesimpulan • Menginterpretasi, mentafsir • Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan • Menilai • Menjana idea • Merumus, meringkas • Membuat keputusan • Menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada. Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. KB: Kemahiran bahasa KS: Kemahiran Pendidikan Seni KM: Kemahiran muzik
  14. 14. Penilaian Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian). Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu 1. Penilaian mengesan penguasaan 2. Penilaian mengesan kemajuan 3. Penilaian mengesan pencapaian Aktiviti Penilaian Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: i. Penilaian formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan: • Mengesan kemajuan pelajar • Melihat keberkesanan pengajaran guru • Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran • Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru ii. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan: • Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran • Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid • Membuat perbandingan pencapaian antara murid Pemulihan Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Pengayaan
  15. 15. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut: a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah: • Pembelajaran akses kendiri • Kerja projek • Bacaan tambahan • Permainan dan rekreasi da • Pembelajaran berbentuk komputer Latihan 1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :
  16. 16. 2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami. 3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain. 4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui. 5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan. 6. Apakah tujuan penilaian? 7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu? 8. Nyatakan objektif pemulihan. 9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran. . Posted 21st May 2011 by gassi kekcok

×