Seni dan deria

336 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
336
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Seni dan deria

  1. 1. WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN MOHD FAKRULLAH BIN ABDUL RAHMAN ABDUL FATTAH BIN ABDUL GHANI NADZIRAH BINTI AMIR HAMZAH
  2. 2. ISL MINGGU 3: DERIA DAN SENI
  3. 3. DERIA PENGLIHATAN Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata untuk mengesan gelombang elektromagnet di dalam cahaya. Mata merupakan indera yang digunakan untuk deria penglihatan. Imej yang dilihat oleh mata akan dibawa masuk ke dalam otak untuk menjalani suatu proses tafsiran. DERIA PENDENGARAN Pendengaran ialah suatu proses pencerapan bunyi. Di dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rerambut halus yang terdapat di dalam telinga. Rerambut halus ini bertindak mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah kecil yang terdapat di persekitaran. Melalui proses ini, pendengaran dapat dihasilkan.
  4. 4. DERIA SENTUHAN Deria sentuhan adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan yang dikenakan oleh objek yang tertentu. Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit. DERIA HIDU Deria hidu ialah deria kimia. Terdapat ratusan saraf penerima bau di mana setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu. Molekul hiduan atau bau mempunyai pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan. Hidung manusia boleh membezakan bau sehingga 10 000 jenis bau. Sewaktu menarik nafas, udara yang mempunyai partikel- partikel ini akan turut masuk ke dalam hidung seterusnya menggerakkan deria hidu seseorang.
  5. 5. DERIA RASA Deria rasa juga merupakan deria kimia. Alat deria yang berfungsi bagi deria rasa adalah lidah. Lidah akan memberi respon terhadap pelbagai jenis rasa seperti rasa manis, rasa pahit, rasa masam dan rasa masin.
  6. 6. Menurut Mohd Jamel Ismail (2010), dengan menggunakan deria aktiviti seni dapat meningkatkan naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi. Menurut William G. Perry Jr (1982), pengalaman pembelajaran melalui pelbagai deria boleh menghasilkan hasil pembelajaran yang baik. Beliau mengatakan :“ Semakin kerap anda menggunakan peralatan atau teknik yang memerlukan penggunaan lebih daripada satu deria manusia, semakin banyak anda dapat menolong mempelajari kemahiran teknomotor. ”
  7. 7. MURID Dapat berinteraksi secara langsung dengan persekitaran. Dapat memperkembangkan kemahiran meneroka. Dapat membentuk kebolehan untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi. GURU Dapat menyampaikan informasi secara lebih berkesan. Dapat menarik minat murid untuk belajar. Dapat mengekalkan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  8. 8. DERIA SENI PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA SENTUHAN DENGAR LIHAT RASA KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA AKTIVITI PERSEKITRAN DALAM PROSES P& P PERKEMBANGAN NILAI ESTETIKA MENGALAMI MELALUI DERIA PENGABUNG JALINAN AKTIVITI
  9. 9. KEPENTINGAN DERIA DALAM SETIAP AKTIVITI SENI DALAM PENDIDIKAN YANG DIJALANKAN Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya
  10. 10. PERSEKITARAN Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran sosial yang mendorong akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
  11. 11. PERSEKITARAN Persekitaran merupakan elemen yang penting dalam perkembangan deria murid. Contohnya, jika murid tersebut berada dalam persekitaran yang positif maka mereka akan lebih bermotivasi dan berdikari. Suasana dalam bilik seni perlulah lebih menarik dan menjadi sumber ilham dalam sesi pengolahan idea. Aspek-aspek keselamatan perlu dititikberatkan untuk penjagaan murid.
  12. 12. Aspek fizikal Cahaya Perabot Kemudahan asas Stor Pengudaraan udaran Panel dan rak pameran
  13. 13. Aspek emosi Hiasan dalaman Ruang Peragaan hasil kerja
  14. 14. Interaksi murid Kemudahan Aktiviti Kumpulan Aspek sosial
  15. 15. APLIKASI DERIA MATA DALAM PENGAJARAN SENI DALAM PENDIDIKAN • Warna merupakan elemen yang sentiasa wujud di sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. • Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru yang bertindak sebagai pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  16. 16. • Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. • Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. • Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun.
  17. 17. • Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. • Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang.

×