Successfully reported this slideshow.

Pengajian am format baru 2013

10,282 views

Published on

Published in: Education

Pengajian am format baru 2013

  1. 1. PENGAJIAN AM SEMESTER 1 900/1 4 Soalan Struktur 3 Soalan Esei (perlu jawab 2 sahaja) 15 Soalan Objektif aneka pilihan
  2. 2. Bagi setiap penggal terdapat wajaran markah peperiksaan tertentu. i. Penggal 1 – Wajaran (29%) dan markah 80. ii. Penggal 2 – Wajaran (22%) dan markah 80. iii. Penggal 3 – Wajaran (29%) dan markah 80. iv. PBS / Kerja Kursus – Wajaran (20%) dan markah 55. Mulai Jun 2012. P&P dan Peperiksaan dipecahkan kepada 3 penggal. Peperiksaan Penggal 1-900/1, Penggal 2-900/2, Penggal 3-900/3. PBS / Kerja Kursus P.Am diadakan pada penggal 2 dengan kod 900/4.
  3. 3. Kepentingan dan Cabaran Tadbir Urus. (Globalisasi dan Daya saing) : Sistem Penyampaian. Integriti. Pembangunan Modal Insan. Pengaruh teknologi maklumat. Cabaran, Punca dan Penyelesaian. Pertahanan. Sosial/ Budaya. Ekonomi. Politik. Sains & Teknologi. Integrasi & Perpaduan.
  4. 4. PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1 Terdapat 3 bahagian soalan iaitu A, B dan C. Bahagian A – Mengandungi 15 soalan objektif aneka pilihan. Satu soalan mewakili 1 markah. Soalan merangkumi semua topik di bawah tajuk Malaysia Kekal Berdaulat.
  5. 5. PEPERIKSAAN PENGGAL 1 - 900/1 Bahagian B – Mengandungi 4 soalan struktur. Pelajar perlu jawab semua soalan. Pada setiap soalan diperuntukkan markah tertentu. Jumlah markah bagi bahagian ini adalah 15. Soalan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu: a. LOTS (Lower Of Thingking Skills) – Kemahiran Berfikir Aras Rendah. b. HOTS (Higher Of Thingking Skills) – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Soalan bentuk LOTS lebih mudah berbanding soalan HOTS .
  6. 6. PEPERIKSAAN PENGGAL 1 - 900/1 Soalan LOTS biasanya menggunakan frasa ‘cadangkan’, ‘nyatakan’ dan ‘berikan’ pada awal soalan. Bagi setiap soalan LOTS, Jumlah jawapan yang diminta biasanya sama dengan jumlah markah yang diperuntukkan. Contoh ; Nyatakan empat usaha kerajaan …………. (4M) ; Nyatakan tiga elemen pilihanraya ………… (3M) Nyatakan 4 usaha kerajaan diberi 4 markah. Nyatakn 3 elemen pilihanraya diberi 3 markah. Bagi soalan LOTS, pelajar hanya perlu nyatakan idea/jawapan ringkas dan tidak perlu membuat huraian.
  7. 7. PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1 Soalan HOTS biasanya menggunakan frasa ‘huraikan’ dan ‘terangkan’ pada awal soalan . Bagi soalan HOTS – Jumlah markah yang diperuntukkan adalah 2 kali ganda jumlah jawapan yang diminta . Contoh - Huraikan dua cara bagaimana. . . . . (4 markah ) - Terangkan dua keadaan pihak. . . . . . . (4 markah )  Jawapan diperlukan 2 , markah diperuntukkan 4 . Setiap jawapan perlu dibuat huraian lanjut . Tanpa huraian , pelajar tidak akan mendapat markah penuh .
  8. 8. PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1 • Bagi soalan struktur Bahagian B ini terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi . • Bagi setiap soalan , pelajar hanya perlu menjawab mengikut arahan soalan . - Contoh ; Jika soalan minta 2 jawapan , tetapi pelajar memberikan 4 jawapan , hanya jawapan yang teratas sahaja diambil kira. Jawapan ketiga dan keempat akan diabaikan . Tiada markah akan diberikan untuk jawapan ke-3 dan ke-4 . • Soalan bahagian ini perlu dijawab dengan sangat berhati- hati. Ini adalah kerana penggunaan kata kerja/frasa yang salah di depan jawapan akan menyebabkan pelajar tidak mendapat sebarang markah walaupun ayat seterusnya betul.
  9. 9. Contoh : Terangkan empat peranan MAMPU . . . . . . (4M) Pelajar memulakan jawapan dengan perkataan ‘memodenkan‘ maka jawapan adalah salah . Jawapan sebenar adalah penggerak / penasihat / peneraju . Maka pelajar akan mendapat 0 markah. Jawapan bahagian struktur menggunakan Terarinologi bagi nama organisasi seperti ASEAN , APEC , K-EKONOMI , e- dagang adalah diterima dan tidak perlu dihuraikan maksudnya . Soalan HOTS adalah lebih sukar berbanding LOTS . Soalan LOTS , jawapannya adalah Idea sahaja manakala bagi soalan HOTS , jawapan yang diberi perlu dihuraikan .
  10. 10. PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1  Soalan Struktur  Contoh – contoh soalan HOTS . • Majlis Penasihat Ekonomi Negara ( NEAC ) telah menggariskan lapan inisiatif Pembaharuan strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi ( MBE ) . Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut . . . . ( 4M ) . • Huraikan dua cara bagaimana seseorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah . . . ( 4M ) . Contoh – contoh soalan LOTS . • Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihanraya di Malaysia . . . . ( 3M ) . • Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 . . . . ( 4M ) . • Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke sepuluh (RMK 10) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju . . . ( 4M ) .
  11. 11. SEKIAN TERIMA KASIH! ^_^ Semoga para pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang….

×