AmalanTerbaik Penggunaan FrogVLE SKTK Secara Keseluruhan

2,522 views

Published on

Perkongsian Ilmu Di Glory Beach Resort, Port Dickson

Published in: Education
  • Be the first to comment

AmalanTerbaik Penggunaan FrogVLE SKTK Secara Keseluruhan

  1. 1. SKTK merupakan sekolah luar bandar yang mengendalikan persekolahan 2 sesi. Tahun 1, 2 & 3 berada pada sesi petang manakala Tahun 4, 5 & 6 berada pada sesi pagi. Pekerjaan keluarga murid majoritinya adalah daripada tentera dan peniaga pantai.
  2. 2. SKTK mendapat kemudahan ‘multi-seat computer’. Terdapat 5 buah CPU yang mana setiap satunya berkongsi sebanyak 8 buah monitor manakala komputer guru menggunakan CPUnya sendiri. Sebenarnya timbul juga masalah apabila menggunakan ‘multi-seat computer’, contohnya ‘jangkitan gangguan’ apabila sebuah monitor daripada CPU yang sama menghadapi masalah. Kadang-kadang timbul juga masalah capaian, berkemungkinan daripada lokasi sekolah yang berhadapan dengan pantai. Kekangan seperti ini menjadikan peratusan login kurang memuaskan tambahan pula untuk menampung jumlah murid yang ramai.
  3. 3. • Menguruskan laman sekolah dan ibu bapa. • Menguruskan surat – menyurat. • Menguruskan ID guru, murid dan ibu bapa. • Pengurusan teknikal. • Mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Frog VLE. • Menyusun jadual PdP menggunakan Frog VLE. • Membantu guru-guru dalam Frog VLE.
  4. 4. Membudayakan penggunaan Frog VLE dalam PdP di sekolah. Kolaborasi bersama program i -Think Pencerapan guru melalui Frog VLE Sebaran maklumat melalui Yes Mel e-Takwim melalui Frog VLE
  5. 5. Gambar sewaktu admin mempromosikan Frog VLE kepada murid-murid. Gambar atas merupakan promosi untuk murid sesi pagi yang diadakan di tapak perhimpunan. Manakala gambar bawah pula merupakan promosi untuk murid sesi petang yang diadakan di dalam dewan sekolah. Banner yang dilihat ini adalah banner yang digantung pada belon semasa aktiviti promosi dijalankan. BACK
  6. 6. Oleh kerana kedua-dua admin berada di sesi petang, maka penerangan mengenai ID dan kata laluan terpaksa dilakukan sebanyak 2 kali iaitu untuk guru-guru kelas sesi pagi dan petang. Admin telah menyediakan kesemua ID dan kata laluan murid, ibu dan bapa yang seterusnya diedarkan kepada guru kelas. Admin juga telah menyediakan surat edaran yang mana kesemua maklumat murid, ibu dan bapa disertakan di dalam surat itu. Peranan guru kelas ialah mengisi maklumat tersebut dan seterusnya mengedarkan kepada murid mereka. BACK
  7. 7. LDP dilakukan sebanyak 2 kali iaitu untuk guru-guru sesi pagi dan petang. LDP ini khas untuk mengemaskini aktiviti laman membina dan masing-masing. Selain itu guru-guru juga didedahkan dengan cara untuk menyediakan kalendar individu dan juga tempahan bilik atau peralatan pada kalendar tempahan. Bagi murid-murid pula, pendedahan ini akan dilakukan oleh guru kelas masing-masing. BACK
  8. 8. LDP ini dilakukan kepada Frog Buddy sahaja iaitu seramai 15 orang. Setiap Frog Buddy ditugaskan untuk membantu 3 orang guru lain menyediakan bahan PdP menggunakan Frog VLE. Hasil bahan PdP seterusnya akan dihantar kepada MOE Repository. BACK
  9. 9. Berikut merupakan contoh PdP yang dijalankan oleh Pn. Hawa bagi subjek Matematik Tahun 1. BACK
  10. 10. Tapak bagi setiap Laman Kelas, Badan Beruniform, Kelab/Persatuan Sukan/Permainan telah disediakan serta oleh admin. Setiap guru yang ditugaskan adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini laman masing-masing. BACK
  11. 11. Contoh Laman Kelas. Sub-menu yang perlu dikemaskini oleh guru ialah Profil Kelas, Jadual Waktu, Jadual Tugas dan Gambar Aktiviti Kelas. NEXT
  12. 12. Contoh Laman Kokurikulum. Laman ini terbahagi kepada Badan Beruniform, Kelab & Persatuan serta Sukan & Permainan. Sub-menu yang perlu dikemaskini oleh guru ialah Pengenalan, Carta Organisasi, Objektif, Perancangan Tahunan, Gambar Aktiviti dan Senarai Ahli. BACK
  13. 13. Contoh laporan aktiviti undian laman menggunakan Kaedah Poll. Hasil dapatan boleh juga diambil kira jika aktiviti pertandingan laman dianjurkan. BACK
  14. 14. Terdapat 29 soalan yang perlu dijawab oleh murid dalam aplikasi ‘Learning Style’. Murid akan mengetahui kekuatan dan gaya pembelajaran mereka sama ada mereka merupakan murid berkecerdasan Visual, Auditori atau Kinestetik. Guru juga boleh memantau kecerdasan setiap murid mereka di dalam laporan ‘Learning Style’. BACK

×