Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pppm kemahiran hidup tg 3 cetakan 2014

335 views

Published on

DSP KEMAHIRAN HIDUP TG 3 CETAKAN 2014

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Pppm kemahiran hidup tg 3 cetakan 2014

  1. 1. PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3
  2. 2. Cetakan 2014 © Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. 3. 0 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 1 2 3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN 2 3 4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3 5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4 6 TAFSIRAN 5 7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6 8 PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 7 9 PEMETAAN 8 10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 9
  4. 4. 1 PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,Kemahiran Teknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu KemahiranTeknikalsebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  5. 5. 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  6. 6. 3 MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. OM3 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai. OM4 Mengenal pasti bahagian asas, prinsip perjalanan dan penyenggaraan mudah enjin. OM5 Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman. OM6 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul. OM7 Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar. OM8 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek. OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat. (Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )
  7. 7. 4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan; OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri. OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian. OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk. OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek. OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri. OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem. (Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
  8. 8. 5 TAFSIRAN o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
  9. 9. 6 KERANGKA STANDARD PRESTASI 1 2 3 4 5 6 Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab Tahu Faham Tahu Boleh Buat Faham Tahu Tahu Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Faham Tahu Boleh Buat dengan Beradab Mithali Faham
  10. 10. 7 PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND PENYATAAN STANDARD 6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif. 5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif. 4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik. 3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. 2 (Tahu dan Faham) Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. 1 (Tahu) Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.
  11. 11. 8 PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK BIDANG TAJUK BAND REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1. Reka Cipta B1 B2 B3 B4 B5 B6 2. Elektrik B1 B2 B3 B4 B5 B6 3. Elektronik B1 B2 B3 B4 B5 B6 4. Tempat Kediaman B1 B2 B3 B4 B5 B6
  12. 12. 9 KEMAHIRAN TEKNIKAL 5. Elektronik (elektif) B1 B2 B3 B4 B5 B6 6. Enjin B1 B2 B3 B4 B5 B6 7. Konsumerisme B1 B2 B3 B4 B5 B6
  13. 13. 10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3
  14. 14. 11 BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1. Reka cipta B1 Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan tiga jenis bahan. B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan tiga jenis bahan dari segi kesesuaian penggunaannya. B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan menghasilkan projek reka cipta1. B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1. B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha1. B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai tambah1 dan membimbing1. reka cipta1 : Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada. prosedur1 : Membuat projek berdasarkan lakaran. daya usaha1 : Menyelesaikan masalah. nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid. membimbing1 : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja. (ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.
  15. 15. 12 BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2. Elektrik B1 Menyatakan tentang asas elektrik dengan membaca meter kWj B2 Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan cara mengira kos penggunaan tenaga elektrik. B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan mengira1 kos penggunaan tenaga elektrik. B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2. B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2. B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dan membimbing1. mengira1 : Menggunakan dua kadar tarif. prosedur2 : Kaedah yang betul. daya usaha2 : Pengiraan yang tepat.
  16. 16. 13 BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR BENTUK DAN TEKNOLOGI 3. Asas Elektronik B1 Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tiga jenis komponen1 elektronik. B2 Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen1 elektronik dari segi fungsinya. B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar. B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut prosedur3. B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan daya usaha3. B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dan membimbing1. Komponen1 : Komponen yang dipelajari di tingkatan tiga prosedur3 : (i) Kaedah yang betul (ii) Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban yang betul. daya usaha3 : Sempurna; (i) Pematerian kemas (ii) Pematerian kukuh (iii) Kekutuban betul (iv) Mengamalkan langkah keselamatan diri dan alatan
  17. 17. 14 BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR BENTUK DAN TEKNOLOGI 4. Tempat kediaman B1 Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan dua jenis pembersihan. B2 Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenis pembersihan. B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman. B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman mengikut prosedur4 B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dengan daya usaha4 B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dan membimbing1. prosedur4 : Alat atau agen pencuci yang betul daya usaha4 : Hasil kerja bersih dan kemas
  18. 18. 15 BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR KEMAHIRAN TEKNIKAL 5. Elektronik (elektif) B1 Menyatakan tentang elektronik dengan memberikan susunan nombor pin IC pemasa 555 dan tiga bahagian utama binaan geganti. B2 Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskan IC dan geganti dari segi fungsinya. B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik dengan menghasilkan projek elektronik yang mengandungi komponen geganti dan IC 555. B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik dengan menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur3. B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha3. B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dan membimbing1
  19. 19. 16 daya usaha5 : (i) Hasil kerja betul (ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan. BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR KEMAHIRAN TEKNIKAL 6. Enjin B1 Menyatakan tentang enjin dengan mengenal pasti nama bahagian luar, bahagian dalam enjin dan alatan tangan. B2 Menyatakan tentang enjin dengan mengenal pasti nama bahagian luar, bahagian dalam enjin dan alatan tangan dari segi fungsinya. B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin dengan membuka dan memasang semula mana-mana bahagian luar enjin. B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin dengan membuka dan memasang semula mana-mana bahagian luar enjin mengikut prosedur2. B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin dengan membuka dan memasang semula mana-mana bahagian luar enjin dengan daya usaha5. B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin membuka dan memasang semula mana-mana bahagian luar enjin dan membimbing1.
  20. 20. 17 BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR KEMAHIRAN TEKNIKAL 7. Konsumerisme B1 Menyatakan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti lima hak pengguna dan dua tanggungjawab pengguna. B2 Menyatakan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti lima hak pengguna dan dua tanggungjawab pengguna dari segi kepentingannya. B3 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti tanggungjawab pengeluar dan penyelewengan pengeluar. B4 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti bentuk dan cara membuat aduan terhadap penyelewengan pengeluar. B5 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti peruntukan undang-undang yang menjaga hak pengguna. B6 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti peruntukan undang-undang yang menjaga hak pengguna dan membimbing1 .
  21. 21. 18 Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel : weblpm@moe.gov.my

×