Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Ikatan kimia

10,122 views

Published on

Sebagai rujukan guru dan pelajar. Edisi terbaharu. Mudah dan cepat belajar.

Published in: Education

Ikatan kimia

  1. 1. BAB 5 Tingkatan 4 5.0 IKATAN KIMIA5.1 Pembentukan sebatian1. Sebatian ialah sebarang bahan yang terbentuk daripada gabungan kimia dua atau lebih unsur dalam nisbah tertentu.2. Apabila atom-atom bergabung membentuk sebatian, ia biasanya melibatkan perubahan dalam susunan elektron di petala terluar setiap atom yang terlibat.3. Elektron ini membentuk hubungan yang dipanggil ikatan kimia di antara atom- atom.Kestabilan gas adi Gas adi ialah unsur-unsur Kumpulan 18 dalam jadual berkala. Ia juga dikenali sebagai gas lengai. Gas adi mempunyai susunan elektron yang sangat stabil. Gas adi tidak perlu membebaskan elektron, menerima elektron atau berkongsi elektron dengan unsur-unsur lain. Kestabilan gas adi disebabkan terdapat lapan elektron di petala valensnya (petala terluar) kecuali bagi gas helium. Helium mempunyai 2 elektron pada petala terluarnya. Keadaan ini dikenali sebagai susunan elektron duplet. Kecuali bagi helium, gas-gas adi yang lain mempunyai 8 elektron pada petala terluarnya. Keadaan ini dikenali sebagai susunan elektron oktet.Pembentukan ikatan kimia Di dalam pembentukan ikatan kimia, atom-atom akan menukar susunan elektronnya supaya dapat mencapai susunan elektron yang sama dengan susunan gas adi. Corak susunan elektron ini dipanggil sebagai Hukum Oktet. Berdasarkan hukum oktet, elektron-elektron disusun supaya dapat mencapai 8 elektron pada petala valensnya dan seterusnya mencapai kestabilan gas adi. Ikatan kimia dapat dibentuk melalui 2 cara, iaitu: Pemindahan elektron, Perkongsian elektron. Pembentukan ikatan kimia melalui pemindahan elektron akan membentuk ikatan ion. Pembentukan ikatan kimia melalui perkongsian elektron akan membentuk ikatan kovalen.Cikgu Marzuqi BSc (hons) Edu Math (Chemistry) Acceleration Chemistry
  2. 2. BAB 5 Tingkatan 45.2 Ikatan IonPembentukan ikatan ion Ikatan ion atau ikatan elektrovalens adalah daya tarikan elektrostatik yang kuat di antara ion yang berlawanan cas hasil daripada pemindahan elektron. Ia terbentuk daripada pemindahan elektron dari atom logam dan ke atom bukan logam. Atom logam akan melepaskan satu atau lebih elektron dan membentuk ion logam positif (kation). Atom bukan logam menerima satu atau lebih elektron yang disebabkan untuk membentuk ion negatif (anion). Kedua-dua ion ini mempunyai susunan elektron yang penuh di petala terluar iaitu setara dengan konfigurasi elektron gas adi.Contoh;Pembentukan natrium klorida, NaClPembentukan magnesium klorida, MgCl2Cikgu Marzuqi BSc (hons) Edu Math (Chemistry) Acceleration Chemistry
  3. 3. BAB 5 Tingkatan 4Formula sebatian ion Kation Anion Formula sebatian + -Ion kumpulan 1, Na Ion kumpulan 17, Cl -Ion kumpulan 2, Mg 2+ Ion kumpulan 17, Cl -Ion kumpulan 13, Al 3+ Ion kumpulan 17, ClIon kumpulan 1, Na + Ion kumpulan 16, O 2-Ion kumpulan 2, Mg 2+ Ion kumpulan 16, O 2-Ion kumpulan 13, Al 3+ Ion kumpulan 16, O 2-Ion kumpulan 1, Na + Ion kumpulan 15, N 3-Ion kumpulan 2, Mg 2+ Ion kumpulan 15, N 3-Ion kumpulan 13, Al 3+ Ion kumpulan 15, N 3- SPM 2003 P1/Q22 SPM 2004 P1/Q43,P2/secB/Q1 SPM 2006 P1/Q8,P2/sec A/Q35.3 Ikatan Kovalen Ikatan kovalen ialah ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian pasangan elektron antara atom bukan logam untuk mencapai susunan elektron oktet. Atom bukan logam pada kumpulan 14-17 dalam Jadual Berkala dan atom hidrogen membentuk perkongsian pasangan elektron dengan: Atom unsur yang sama (H 2 , O 2 , N 2 , Cl2 ) Atom unsur yang berlainan (H 2 O, CO 2 , NH 3 , HCl, CCl3 ) untuk membentuk sebatian kovalen. Setiap atom menyumbang bilangan elektron yang sama untuk perkongsian. Pasangan elektron yang dikongsi membentuk ikatan kovalen antara dua atom.Contoh tiga jenis ikatan kovalen Ikatan kovalen Bilangan pasangan elektron Contoh yang dikongsi Tunggal 1 H – H , Cl – Cl Ganda dua 2 O = O, O = C = O Ganda tiga 3 NΞNCikgu Marzuqi BSc (hons) Edu Math (Chemistry) Acceleration Chemistry
  4. 4. BAB 5 Tingkatan 4Contoh pembentukan ikatan kovalen tunggalPembentukan molekul hidrogen, H 2Contoh pembentukan ikatan kovalen ganda duaPembentukan molekul oksigen, O 2Contoh pembentukan ikatan kovalen ganda tigaPembentukan molekul nitrogen, N 2Cikgu Marzuqi BSc (hons) Edu Math (Chemistry) Acceleration Chemistry
  5. 5. BAB 5 Tingkatan 4Struktur Lewis Struktur Lewis ialah strutkur yang berdimensi dua untuk menunjukkan pembentukan sebatian atau molekul. Dalam struktur Lewis, semua elektron valens diwakili oleh titik atau silang.ContohMolekul tetraklorometana, CCl 4molekul oksigen, O 25.4 Sifat sebatian ion dan sebatian kovalen (SPM 2007 P2/sec A/Q4)1. Ikatan kimia dalam suatu sebatian mempengaruhi sifat fizik dan sifat kimianya.2. Sebatian ion terdiri daripada kation dan anion yang diikat bersama oleh daya elektrostatik yang kuat.3. Ion-ion yang berlawanan cas ini mempunyai susunan yang teratur dan padat dalam struktur ion raksasa.4. Dengan itu, semua sebatian ion merupakan pepejal yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi pada keadaan bilik. Jumlah tenaga yang tinggal diperlukan untuk memecahkan ikatan ion yang kuat ini dalam struktur ion raksasa.5. Kebanyakan sebatian kovalen merupakan molekul yang ringkas. Atom dalam sebatian kovalen diikat oleh ikatan kovalen yang kuat.6. Walau bagaimanapun, daya intermolekul dalam molekul kovalen yang ringkas ini merupakan daya van der waals yang lemah yang dapat dipecahkan dengan mudah.7. Dengan ini, kebanyakkan sebatian kovalen yang ringkas merupakan gas atau cecair mudah meruap yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.Cikgu Marzuqi BSc (hons) Edu Math (Chemistry) Acceleration Chemistry
  6. 6. BAB 5 Tingkatan 4 Sebatian Sebatian Sebatian kovalen yang ringkas SifatKeadaan fizik Biasanya wujud sebagai pepejal Pepejal, cecair, atau gas hablurTakat lebur dan Tinggi (selalunya > 300˚C) Rendah (selalunya < 300˚C)takat didihKeterlarutan Larutan dalam air; tidak larut Tidak larut air; larut dalam dalam pelarut organik pelarut organikKemeruapan Tidak meruap Selalunya meruap; menyejat dengan mudahKekonduksian Mengkonduksikan arus elektrik Tidak mengkonduksikan aruselektrik dalam keadaan leburan dan elektrik dalam sebarang akueus; tidak mengkonduksikan keadaan. Sebatian ini disebut arus elektrik dalam keadaan bukan elektrolit. pepejal. Sebatian ini disebut elektrolit.Contoh SPM 2003, 2005 ObjKegunaan sebatian kovalen sebagai pelarut 1. Banyak sebatian kovalen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah dan wujud sebagai cecair yang meruap pada suhu bilik. 2. Sebatian kovalen dalam keadaan cecair biasanya digunakan sebagai pelarut. Sebatian ini disebut pelarut organik yang merupakan bahan meruap, mudah terbakar, dan beracun. 3. Kegunaan utama pelarut organik:Cikgu Marzuqi BSc (hons) Edu Math (Chemistry) Acceleration Chemistry

×