Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tutorial Bahasa Melayu

1,906 views

Published on

  • Be the first to comment

Tutorial Bahasa Melayu

  1. 1. T1T2T3
  2. 2. Pengenalan  Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang sepertisakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terper anjat, hiba, dan sebagainya. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
  3. 3. Contoh Penggunaan Kata SeruKata Seru Penggunaannya Ayat Contoh aduh untuk menyatakan 1. Aduh, sakitnya tanganku! perasaan sakit dan 2. Aduh, besarnya rumahmu! kagum aduhai untuk menyatakan Aduhai, malang sungguh nasibku! perasaan sedih ah untuk menyatakan 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! tidak setuju atau 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! menolak sesuatuamboi/wah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu! perasaan hairan atau 2. Wah, berani betul budak itu! kagum
  4. 4. Aktiviti 1 Pilih jawapan yang betul berdasarkan gambar disebelah.1. Hang Tuah menuturkan, “ jika kau berani, mari kita berlawan’.A. AhB. NahC. Cis2. besarnya rumah itu!A. OhB. WahC. Eh
  5. 5. 3. , pedih sungguh luka ini!A. AduhB. AmboiC. Cis 4. Perempuan itu berkata “ awak Rozi kan?” A. Oh B. Eh C. Amboi
  6. 6. Aktiviti 2 Padankan kata seru dengan ayat yang diberikanAmboi bagaimana kamu boleh berada di sini!Nah berani kamu mencabar saya! Cis ambillah duit ini!Aduh cantiknya jam tangan kamu! Eh sakitnya kepala saya!
  7. 7. Penilaian Isi tempat kosong
  8. 8. Kesimpulan Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Kata seru digunakan oleh orang Melayu sejak turun temurun.http://d20102044364.blogspot.com/2011_11_01_archi ve.html
  9. 9. PengenalanSimpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang palingmudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
  10. 10. Contoh Penggunaan Simpulan BahasaPerhatikan contoh simpulan bahasa, maksudnya, dan penggunaannyadalam ayat yang ditunjukkan dalam jadual berikut.
  11. 11. Aktiviti 1 Latihan Simpulan Bahasa Jawapan
  12. 12. Aktiviti 2 Jawapan
  13. 13. Jawapan
  14. 14. Penilaian1. Pemuda itu tidak disukai jirannya kerana . 2. Pak Zaki sangat kemas dan berkualiti. 3. Aina mendapat yang pertama pagitadi. 4. Abu yang kepenatan di ruang tamu. Jawapan
  15. 15. Jawapan3. Cahaya mata 4. Tidur mati
  16. 16. KesimpulanSimpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam.Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.
  17. 17. • Menurut Zaba, peribahasa ialahsusunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. • Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. • Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
  18. 18. Contoh Penggunaan Peribahasa• Penggunaan peribahasa dalam karangan dapat meningkatkan lagikeyakinan pemeriksa jawapan terhadap tahap penguasaan pelajardalam mata pelajaran Bahasa Melayu.• Kebiasaannya, peribahasa boleh wujud dalam ayat tunggal ataudigabungkan menjadi satu perkataan baru.ContohJika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasaini amat bertepatan sekali dengan usaha-usaha yang boleh dilakukanbagi memajukan industri batik di negara ini
  19. 19. • Ayat di bawah ini pula dicipta berdasarkan peribahasa tepukdada, tanyalah selera.• Ayat ini menunjukkan kemarahan penulis terhadap suatu isunegatif yang sedang dibincangkannya:ContohTepuk dada, lihatlah punca! Lihatlah punca segala penyakit berbahayaini. Puncanya adalah kerana amalan hidup masyarakat.
  20. 20. • Adakah para pengiklan juga meminggirkan soal masyarakat yangberpegang pada adat resam yang perlu diikut serta budaya mulia yangperlu dijunjung, seperti kata pepatah "adat dijunjung budayadikelek"?ContohJika terdapat kekeliruan tentang sesuatu barangan, PersatuanPengguna perlulah dirujuk bak kata pepatah, "alah membeli menangmemakai".
  21. 21. Aktiviti 1
  22. 22. Mekanik yang tidak berpengalaman itu telahmenyebabkan kerosakan kereta ayah bertambahteruk.A bagai kumbang putus taliB bagai murai tercabut ekorC bagai tikus membaiki labuD bagai pinang dibelah dua
  23. 23. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudia isi tempat Aktiviti 2 kosong dengan peribahasa yang sesuai.a) Haziq tidak pernah membuang masa, setiap waktu terluang dia akan mengulang kaji pelajaran kerana ingin berjaya dengan cemerlang dalam SPM ibarat __________________ . b) Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tanpa usaha gigih, kita tidak akan berjaya mencapai cita-cita kerana ____________________ .c) Orang berada tidak suka berkawan dengan orang miskin keranamasyarakat hari ini bersikap materialistik. Mereka bergaul dengangolongan yang setaraf seperti ________ . JAWAPAN
  24. 24. a) Haziq tidak pernah membuang masa, setiap waktu terluang dia akan mengulang kaji pelajaran kerana ingin berjaya dengan cemerlang dalam UPSR ibarat genggam api biar jadi arang.b) Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yangcemerlang. Tanpa usaha gigih, kita tidak akan berjaya mencapai cita-citakerana yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tak kan datangmelayang . c) Orang berada tidak suka berkawan dengan orang miskin kerana masyarakat hari ini bersikap materialistik. Mereka bergaul dengan golongan yang setaraf seperti pipit sama pipit, enggang sama enggang, mana boleh terbang sama.
  25. 25. Berikan maksud peribahasa di bawah. Penilaian Jawapan Ada gula, ada semut Bagai aur dengan tebing Sedikit- sedikit lama- lama menjadi bukit Seperti kacang lupakan kulit Seperti isi dengan kuku Melentur buluh biarlah dari rebungnya
  26. 26. Jawapan Ada gula, ada semut Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. Bagai aur dengan tebing Tolong menolong antara satu sama lain. Sedikit- sedikit lama- lama menjadi bukit Sabar melakukan sesuatu lama- lama berhasil juga. Seperti kacang lupakan kulit Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. Seperti isi dengan kuku Persahabatan yang sangat erat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
  27. 27. Kesimpulan Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalahuntuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zamandahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa.

×