Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1.0 Pengenalan Kepada Warna
Warna adalah cahaya atau pantulan cahaya. Warna merupakan sebahagian dari hidup kita. Malah, w...
Dari gambarajah di atas jelas menunjukkan bahawa warna amat mempengaruhi dalam bidang
percetakan. Gambar berwarna dicetak ...
2.4 Penyamaran
Warna memang amat penting dalam kehidupan. Warna membolehkan haiwan melindungi diri
daripada bahaya atau me...
benda-benda yangjauh letaknya,manusia menggunakan teropong danuntuk melihatbenda-bendakecilmanusia
menggunakankantapembesa...
Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan tangkai diletakkan pada telinga. Jenis
terdahulu pula termasu...
3.4 Teleskop
Perkataan teleskop (daripada bahasa Greek tele = 'jauh' dan skopein = 'mencari atau
melihat'; teleskopos = 'b...
mikroskop dapat digunakan untuk melihat objek yang jauh lebih kecil lagi kerana perbesaran yang
dihasilkannya lebih berlip...
4.0 Kesimpulan
Warna memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Warna digunakan
dalam bidang percetakan ...
5.0 Rujukan
http://www.slideshare.net/BarbaraSian/cahaya-warna-penglihatan
http://www.scribd.com/doc/68753751/ALAT-OPTIK
A...
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan Kepada Warna 1
2.0 Penggunaan dan kepentingan warna dalam kehidupan 1
2.1 Percetak...
PROGRAM RINTIS DIPLOMA TEKNOLOGI
PEMBINAAN BANGUNAN
SEMESTER 3
2014
SAINS
AMT 312
TUGASAN 1:
OPTIK, WARNA DAN KEHIDUPAN
Di...
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya
menyiapkan folio ini...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Assignment sains adek

9,074 views

Published on

  • Be the first to comment

Assignment sains adek

  1. 1. 1.0 Pengenalan Kepada Warna Warna adalah cahaya atau pantulan cahaya. Warna merupakan sebahagian dari hidup kita. Malah, warna mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedari. Secara saintifik, warna adalah gelombang elektomagnet. Warna, sebenarnya adalah cahaya yang dipantulkan. Benda-benda pada asasnya tidak mempunyai warna tetapi benda-benda termasuklah badan manusia, menyerap dan memantulkan cahaya pada kadar yang berbeza. Pantulan cahaya tersebut kemudian sampai ke retina mata lalu kita nampak warna. Warna yang kita lihat bergantung kepada berapa banyak cahaya yang dipantulkan, dan cahaya apa yang diserap oleh benda-benda. Cahaya atau warna yang dipantulkan oleh sesuatu benda akan diserap oleh benda lain yang berada di persekitarannya. Ini termasuklah badan kita yang juga menyerap warna iaitu cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda lain yang berada di persekitaran kita sama ada kita dapat melihat benda tersebut atau tidak. Apabila sesuatu benda menyerap semua cahaya, ia akan kelihatan hitam dan sebaliknya apabila sesuatu benda memantulkan semua cahaya, ia akan kelihatan putih. Oleh kerana warna atau cahaya diserap oleh badan kita kesemuanya atau sebahagiannya, maka warna akan mempengaruhi hidup kita. Permukaan kulit adalah media atau laluan yang paling banyak menyerap warna berbanding mata. Setiap warna akan diserap oleh bahagian-bahagian berlainan dalam badan kita. Ini bermakna, setiap bahagian dalam tubuh akan menerima hentaman gelombang yang berbeza kerana setiap warna mempunyai kadar gelombang yang berbeza. 2.0 Penggunaan dan kepentingan warna dalam kehidupan. Kegunaan warna dalam kehidupan harian adalah sangat penting. Ia meliputi bidang percetakan, kawalan lalu lintas, pendawaian elektrik dan juga penyamaran. 2.1 Percetakan
  2. 2. Dari gambarajah di atas jelas menunjukkan bahawa warna amat mempengaruhi dalam bidang percetakan. Gambar berwarna dicetak dengan menggunakan empat jenis warna iaitu kuning, magenta, sian dan hitam pada plat-plat yang berasingan.Penggunaan warna mempengaruhi kejelasan dan ketajaman sesebuah gambar. Penggunaan warna hitam menjadikan sesebuah gambar itu lebih tajam dan jelas. Penggunaan warna juga menjadikan sesebuah gambar yang dicetak itu lebih menarik. 2.2 Kawalan lalu lintas Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem kawalan lalu lintas. Lampu isyarat mempunyai tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Setiap warna mewakili isyarat tertentu. Manusia akan mematuhi lampu isyarat yang berfungsi di jalan raya. Selain daripada lampu isyarat, peranan warna banyak digunakan sebagai mewakili isyarat-isyarat tertentu yang lain. Contohnya, garisan kuning di sepanjang tepi jalan raya menandakan kawasan larangan meletak kenderaan. Manakala satu garisan putih di tengah jalan memisahkan lorong kiri dan kanan jalan dan dua garisan putih di tengah jalan menandakan bahawa memotong kenderaan tidak dibenarkan. 2.3 Pendawaian Elektrik Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum seseorang itu menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik. Sekiranya penyambungan wayar silap dilakukan ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau litar pintas akan berlaku. Wayar asas pendawaian mempunyai tiga jenis iaitu wayar hidup, wayar neutral dan wayar bumi. Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang berbeza. Ini bertujuan agar ketiga-tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian. Setiap jenis wayar mempunyai warna yang berbeza. Wayar hidup berwarna merah, wayar neutral berwarna biru atau hitam dan wayar bumi berwarna hijau atau hijau jalur kuning. Perlu diingat, setiap jenis wayar hanya boleh disambung dengan jenis wayar yang sama sahaja.
  3. 3. 2.4 Penyamaran Warna memang amat penting dalam kehidupan. Warna membolehkan haiwan melindungi diri daripada bahaya atau memudahkan haiwan itu memburu mangsanya. Sebagai contohnya, kuda belang mempunyai belang hitam putih pada badannya untukmembantunyamenyamarkandiri. Beruang kutub mempunyai bulu putih yang sama warna dengan salji disekelilingnya untuk membolehkannya melindungi diri dan memudahkannya memburu mangsa. Sesetengah haiwan seperti bengkarung pula berupaya untuk menukar warna badannya mengikut warna persekitaran.Kebanyakanspesies burung jantan seperti burung merah mempunyaibulu pelepahyang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina bagi tujuan pembiakan.Bunga yang berwarna-warni menarik perhatian serangga untuk tujuan pendebungaan. Haiwan yang beracun pulabiasanya mempunyai warnayang terang untuk memberi amaran kepadahaiwanyang lain. 3.0 KepentinganAlatanOptikDalamKehidupanManusia. Mata merupakan alat optik yang terpenting bagi manusia. Namunbegitu,penglihatanmatamanusiaadalah sangat terbatas.Oleh kerana itubanyak alat-alatoptik laindibuatuntukmembantumanusia,misalnyauntukmelihat
  4. 4. benda-benda yangjauh letaknya,manusia menggunakan teropong danuntuk melihatbenda-bendakecilmanusia menggunakankantapembesar.Berikutadalahbeberapajenisalatoptik yanglaindanfungsinya. 3.1 KantaPembesar Kanta Pembesar merupakan suatu kanta cembung yang mempunyai panjang fokus yang lebih pendek. Apabila objek dilihat melalui kanta pembesar pada jarak yang kurang daripada panjang fokusnya, imej yang terbentuk diperbesarkan. Kanta pembesar (dipanggil kanta tangan dari konteks makmal) adalah kanta cembung yang digunakan bagi menghasilkan imej diperbesar bagi sesuatu objek. Kanta ini biasanya dipasang pada bingkai dengan pemegang. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa kanta pembesar digunakan untuk melihat benda-benda kecil agar nampak lebih besar dan jelas. Hal ini kerana ketika mengamati objek dengan menggunakan kanta pembesar, yang dilihat adalah bayangan objek, bukan objek tersebut. Ketika objek lebih dekat ke mata, sudut pandangan mata akan menjadi lebih besar sehingga objek terlihat lebih besar. Perbandingan sudut pandangan mata ketika menggunakan kanta pembesar dan sudut pandangan mata ketika tidak menggunakan kanta pembesar disebut perbesaran sudut kanta pembesar. 3.2 CerminMata Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata, ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.
  5. 5. Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan tangkai diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting. Bingkai cermin mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR- 39 dan polikarbonat. Bahan-bahan ini mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca. Sesetengah plastik juga mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada kaca, seperti penghantaran cahaya nampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya ultralembayung. Sesetengah plastik mempunyai satu indeks biasan lebih besar daripada kebanyakan jenis kaca; ia berguna dalam pembuatan kanta pembetulan untuk pelbagai ketidaknormalan seperti rabun jauh. Kanta plastik lebih baru, dipanggil izon, boleh juga memperbetulkan peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat dalam permukaan mata manusia. Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam untuk orang ramai yang mempunyai masalah penglihatan dengan membantu melihat dengan jelas. 3.3 Binokular
  6. 6. 3.4 Teleskop Perkataan teleskop (daripada bahasa Greek tele = 'jauh' dan skopein = 'mencari atau melihat'; teleskopos = 'berpandangan jauh') biasanya merujuk kepada teleskop optik, tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat jenis lain. Teleskop terdiri daripada 2 kanta iaitu kanta objektif dan kanta mata. Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. Teropong atau teleskop merupakan alat optik yang digunakan untuk melihat objek-objek yang sangat jauh agar nampak lebih jelas dan dekat. Benda-benda di darat dan di langit seperti bulan, bintang dan planet dapat diamati dengan bantuan teleskop. Dengan adanya teleskop, banyak hal-hal yang berkaitan dengan luar angkasa telah ditemukan. Terdapat dua jenis teleskop atau teropong iaitu teropong bintang dan juga teropong bumi. 3.5 Mikroskop Mikroskop adalah alat optik yang digunakan untuk mengamati benda-benda yang sangat kecil agar nampak lebih besar. Mikroskop sederhana terdiri dari dua buah lensa cembung yang mempunyai jarak fokus pendek. Mikroskop merupakan alat bantu utama dalam melakukan pengamatan dan penelitian dalam bidang biologi, kerana dapat digunakan untuk mempelajari struktur benda-benda yang kecil. Fungsi mikroskop mirip dengan kanta pembesar iaitu untuk melihat objek-objek kecil. Akan tetapi,
  7. 7. mikroskop dapat digunakan untuk melihat objek yang jauh lebih kecil lagi kerana perbesaran yang dihasilkannya lebih berlipat ganda dibandingkan dengan kanta pembesar. 3.6 Kamera Pada awal kemunculannya, perkembangan fotografi lebih tertumpu kepada proses penciptaan dan penambahbaikan terhadap sistem kamera itu sendiri. Kamera dianggap salah satu penemuan penting kepada manusia kerana mampu merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar, tidak kira sel manusia sehingga galaksi di luar angkasa. Kejadian-kejadian yang berkesan biasanya diabadikan dalam bentuk gambar dengan alat yang disebut kamera. Kamera terdiri daripada lensa cembung, diafragma, cincin pemfokus dan filem yang diletakkan dalam kotak tertutup (gelap).
  8. 8. 4.0 Kesimpulan Warna memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Warna digunakan dalam bidang percetakan dan dalam sistem pendawaian. Warna juga mempengaruhi sistem lalu lintas dan digunakan sebagai lambang sesuatu isyarat. Bukan sahaja manusia, organisma hidup yang lain juga menggunakan warna sebagai alat untuk menarik perhatian pasangan, memberi amaran kepada musuh dan untuk tujuan penyamaran. Alat optik pula merupakan alat yang bekerja berdasarkan prinsip cahaya. Alat optik membuat hidup manusia lebih mudah dan bererti. Kita dapat menikmati keindahan alam semesta, mengabadikan saat- saat terindah pada lembaran foto,bahkan boleh membuat sehelai rambut di kepala kelihatan sebesar lengan.
  9. 9. 5.0 Rujukan http://www.slideshare.net/BarbaraSian/cahaya-warna-penglihatan http://www.scribd.com/doc/68753751/ALAT-OPTIK Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20131229/me_01/Fotografi-sebagai- seni#ixzz2wIMczIc3 © Utusan Melayu (M) Bhd http://ms.wikipedia.org/wiki/Cermin_mata http://ms.wikipedia.org/wiki/Warna
  10. 10. Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan Kepada Warna 1 2.0 Penggunaan dan kepentingan warna dalam kehidupan 1 2.1 Percetakan 1 2.2 Kawalan lalu lintas 2 2.3 Pendawaian elektrik 2 2.4 Penyamaran 3 3.0 KepentinganAlatanOptikDalamKehidupanManusia. 3 3.1 KantaPembesar 4 3.2 Cermin Mata 4 3.3 Binokular 5 3.4 Teleskop 6 3.5 Mikroskop 6 3.6 Kamera 7 4.0 Kesimpulan 8 5.0 Rujukan 9
  11. 11. PROGRAM RINTIS DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN SEMESTER 3 2014 SAINS AMT 312 TUGASAN 1: OPTIK, WARNA DAN KEHIDUPAN Disediakan oleh: Muhammad Syafiq Bin Rosman 970312-01-5541 Kelas 2 WTP
  12. 12. PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan folio ini. Seterusnya ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyumbang bahan-bahan dan memberi motivasi kepada saya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang sangat prihatin dan banyak memberi semangat kepada saya.

×