Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p

32,039 views

Published on

Published in: Education
5 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
32,039
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
1,516
Comments
5
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p

  1. 1. Kursus Multimedia Pendidikan ILDAS PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT ) DALAM P&P Oleh Azmi Ramli Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT. Manfaat ICT Dalam Pembelajaran Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran: • berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran • memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan • meningkatkan motivasi murid • membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning ) • membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi • membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul • mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar • membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa • meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid • memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima • meningkatkan kemahiran ICT Syarat Untuk Memanfaat ICT Dalam P&P Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian : • Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum • Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P • Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai 1
  2. 2. Kursus Multimedia Pendidikan ILDAS Penggunaan ICT Dalam P&P Cakera padat Internet Aplikasi CD Rom Perisian Pencarian Pemprosesan Kursus maklumat – Data - Pendidikan search Engine 1 Microsoft Word (Tutorial) – browsing + - Microsoft Courseware pangkalan data Publisher + membangun - Page Maker laman web – home page design Pangkalan Komunikasi Hamparan Data – - Forum elektronik Database - email - chat - Microsoft Excel Ensaiklopedi Muat turun – Persembahan a/ Download - Microsoft Power point Maklumat / Sumber Multimedia PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Maksud Multimedia Multimedia ialah gabungan persembahan satu atau lebih elemen seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Bahan multimedia juga boleh digabungkan dengan konsep interaktif. “Interaktif” bermakna pengguna boleh bertindak balas dan mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan. Kepentingan Dan Kesan Ciri-Ciri Bahan Multimedia Terhadap Audien • Bahan multimedia yang mempunyai paparan grafik yang menarik dapat memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang segera • Bahan multimedia yang bercorak interaktif mampu menarik perhatian audien. Audien akan lebih menumpukan perhatian terhadap maklumat yang hendak disampaikan. Latihan secara interaktif berasaskan komputer lebih berkesan, lebih menjimatkan untuk jangkamasa panjang dan mampu meningkatkan motivasi audien kerana multimedia mampu menyediakan kemudahan seperti interaktiviti serta kesan audio visual yang lebih menarik. • Dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan bermutu di mana guru-guru dan pelajar-pelajar tidak terikat dengan kaedah pengajaran konvensional. Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan selain dari teks seperti audio, video, animasi dan grafik. Konsep pembelajaran baru iaitu edutainment mampu 2
  3. 3. Kursus Multimedia Pendidikan ILDAS memindahkan isi pelajaran ke bentuk permainan dan hiburan yang pasti menjanjikan keseronokan kepada pelajar. Contohnya ujian, latihan atau penilaian yang menarik dan interaktif. Ia juga menyediakan pangkalan data dan laluan capaian terus ke halaman-halaman web yang bersesuaian bagi mendapatkan maklumat-maklumat. PANDUAN PEMBINAAN PERISIAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN Penyediaan bahan P&P 1. Menganalisis masalah – mengumpul data, menganalisa dan menentukan keperluan supaya pembinaan bahan multimedia lebih sistematik dan terancang. Beberapa soalan perlu dibincangkan sebelum membangunkan sesuatu bahan multimedia. Contoh-contoh soalan: • Apakah tajuk yang hendah disampaikan? • Siapakah kumpulan sasaran? • Apakah pendekatan yang ingin digunakan? Contoh : pendidikan, motivasi, penerangan dan sebagainya. • Apakah yang anda ingin pengguna dapat setelah menonton persembahan ini? • Bagaimana untuk mencapai matlamat dengan sumber yang sedia ada? 2. Mengenalpasti dan merancang penyelesaian Selepas menganalisis masalah, kita perlu kenal pasti dan merancang penyelesaian. Langkah-langkah berikut perlu dilakukan: • Lakukan sumbangsaran untuk mengenal pasti masalah dan merancang penyelesaian. • Tulis apa-apa sahaja idea yang difikirkan • Kemudian pilih idea-idea yang terbaik • Idea-idea yang terbaik ini akan digunakan dalam rekabentuk bahan multimedia 3. Membangunkan papan cerita dan skrip - Tujuannya untuk mengambarkan perancangan senario dalam menyampaikan cerita. Contoh papan cerita No.slaid : Audio : Video : Teks : Animasi : Butang : Papan Cerita: • Membuat lakaran menggunakan tangan dan komputer • Di sini aksi, imej dan penceritaan berkembang. • Papan cerita yang terperinci menyediakan maklumat yang dapat membantu pengurus projek menghalusi jangkaan kos dan masa sesuatu kerja • Papan cerita boleh mendefinisikan prototaip dan seterusnya produk berkenaan 3
  4. 4. Kursus Multimedia Pendidikan ILDAS CASPER DAN WARNA Mengapa Casper? • Akan menjadikan persembahan yang dihasilkan lebih menarik dan berkesan • Akan menjadikan persembahan lebih berfokus kepada isi kandungan yang ingin disampaikan • Akan menjadikan persemabahan memenuhi standard sesebuah persembahan multimedia PRINSIP PEMBINAAN BAHAN PERSEMBAHAN BERSAMA CASPER Terdapat 6 prinsip yang perlu diambil perhatian sewaktu membina bahan ICT untuk digunakan dalam proses p&p. Prinsip-prinsip tersebut ialah: • Contrast / Berlawanan • Alignment / Susun atur • Simplicity / Permudahkan • Proximity / Jarak • Emphasis / Keutamaan • Repetition / Pengulangan berkesan A. Contrast / Berlawanan Sesebuah persembahan yang menarik perlulah mempunyai unsur yang berlawanan dari segi warna, imej dan tipografi yang digunakan. Guru harus bijak menggunakan unsur ini supaya matlamat P&P dapat dicapai. B. Alignment / Susun atur Imej dan tipografi yang hendak dimasukkan sebagai bahan persembahan hendaklah disusun dengan baik. Susun atur yang kemas dengan perancangan teliti dapat menghasilkan sebuah persembahan yang mantap dan berkesan. C. Simplicity / Permudahkan Jangan padatkan sesebuah persembahan anda dengan imej atau tipografi sehingga boleh mengganggu penumpuan pelajar. Uruskan persembahan anda semudah yang mungkin tetapi memberi impak yang berkesan kepada pelajar. D. Proximity / Jarak Segala imej dan teks yang digunakan dalam persembahan hendaklah disusun dengan baik dengan menambil kira jarak antara satu sama lain. Pastikan jarak antara teks dan grafik berada dalam kedudukan yang selesa. • Jarak antara teks dengan teks • Jarak antara teks dengan grafik • Jarak antara grafik dengan grafik E. Emphasis / Keutamaan Sesebuah persembahan haruslah mampu menarik perhatian pelajar terhadap apa yang hendak difokuskan oleh guru. Isi yang hendak difokuskan dalam persembahan hendaklah lebih menonjol 4
  5. 5. Kursus Multimedia Pendidikan ILDAS dan jelas daripada item yang lain. F. Repetition / Pengulangan berkesan Sesebuah persembahan sebaik-baiknya wujud pengulangan yang berkesan dari segi: • Warna ( latarbelakang dan teks ) • Jenis dan saiz “font” • Imej dan bentuk Peranan Warna Dalam Penghasilan Persembahan Multimedia Warna yang digunakan hendaklah sesuai dengan bahan yang hendak dipersembahkan dan dengan kumpulan sasaran. Warna memainkan peranan sebagai penegasan, “mood” sesebuah persembahan dan membangkitkan keceriaan persesmbahan tersebut. Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh digunakan dalam proses pembinaan sesebuah persembahan multimedia, antaranya: • Warna panas • Warna sejuk • Warna hangat • Warna nyaman • Warna pucat • Warna gelap • Warna cerah • Warna semula jadi, dan • Monokrom Sebelum menyediakan sesebuah persembahan pembina hendaklah mempertimbangkan penggunaan warna-warna yang sesuai dengan isi dan matlamat penyampaiannya agar persembahan yang disediakan lebih bermakna dan mencapai objektifnya. Kesimpulan Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini. Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti. 5

×