2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm

12,879 views

Published on

2 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • izinkan saya untuk berkongsi bahan,bahan yang sangat baik,banyak menfaatnya .Terima kasih.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • bahan yg sngt baik utk dijadikan rujukan.tahniah dan terima kasih..mohon izin utk berkongsi
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
12,879
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
710
Comments
2
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm

  1. 1. CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYUOleh: Roslinah binti Raya (Mac 2008)Universiti Brunei Darussalam1.0 PENDAHULUANMenurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yangdicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakalakesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas danpuisi.Bahasa dan sastera tidak seharusnya dipisahkan kerana keduanya diibaratkan sepertiirama dan lagu. Jika salah satunya tiada, maka tidaklah bermakna salah satu yanglain itu. Di dalam karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai mediapengantar untuk menyampaikan idea, mesej dan pandangan mengenai dunianya.Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karyasastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi.Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran danpembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid ituberada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaranbahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaranKesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera didalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya menjadikan bahan sastera itu sebagaikomponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan BahasaMelayu murid-murid.Di Negara Brunei Darussalam, sesetengah guru sekolah rendah masih kurang mahirmenggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru jugadidapati kurang inisiatif dalam menggunakan bahan sastera dalam pengajaran,bahkan ada yang beranggapan bahawa bahan sastera tidak sesuai diajarkan disekolah rendah. Perkara ini terjadi mungkin juga kerana guru tersebut kurangberminat dalam karya-karya sastera.Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan penggunaanbahan sastera dalam pengajaran seperti objektif, prinsip pemilihan serta kelebihanmenggunakan bahan sastera, jenis-jenis bahan sastera dan cerpen sebagai bahanpengajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya kertas kerja ini, diharap akan dapatmemberikan sedikit sebanyak panduan kepada guru-guru serta bakal guru.2.0 SASTERA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYUMenurut Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001: 31), melalui pembacaankarya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati sertamenghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yangindah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman, 1
  2. 2. perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yangdigunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran danpembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pengajaran guru menggunakanbahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiranberbahasa seperti membaca, lisan, menulis serta mempelajari peribahasa dantatabahasa.Berikut diterangkan objektif penggunaan, prinsip pemilihan dan kelebihanmenggunakan bahan sastera. 2.1 Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa MelayuMenurut Rozaiman (2007: 10), walaupun bahan sastera (BAHTERA) digunakansebagai bahan pengajaran, namun dari segi penggabungjalinan, objektif dan tujuanmengajarkan kesusasteraan Melayu itu boleh dijadikan dasar pengajaran danpembelajaran BAHTERA. Objektif-objektif khusus Sukatan Pelajaran KesusasteraanMelayu tersebut adalah seperti berikut: 1. memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera; 2. menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera; 3. menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta mengahargai nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan; 4. mengekalkan, menyuburkan dan memperkembangkan minat terhadap kesusasteraan; dan 5. membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera yang sepadan dengan kemampuan pelajar.Manakala objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2006:3)bagi sekolah-sekolah rendah juga mementingkan penggunaan bahan sastera dalampengajaran Bahasa Melayu. Objektif ke empat itu antara lain menyatakan: ‘membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan termasuk bahan-bahan kesusasteraan dan ilmiah’.Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001:32), pula menggariskan beberapaobjektif tentang penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu sepertiberikut: 1. Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yang dibaca. Oleh itu semakin banyak pembacaan semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa. 2
  3. 3. 2. Memahami setiap hal dalam tatabahasa secara tidak langsung. Begitu juga dalam penggunaan bahasa daerah, ungkapan, istilah dan struktur ayat yang kesemuanya terjadi mengikut keadaan yang benar dalam karya sastera. 3. Membolehkan seseorang memberikan penafsiran atau interpretasi kepada sesuatu kenyataan yang ditemui dalam pembacaannya. 4. Menghayati keindahan bahasa dan mendorong melahirkan penggunaan bahasa yang baik serta menarik kepada perkembangan kebudayaan yang bernilai. 5. Karya sastera kebanyakannya mencerminkan dan merakamkan peristiwa perlakuan manusia, dapat mengenali sistem sosial dan sosiobudaya sekitar mereka. 6. Minat pelajar dapat dipupuk melalui pendedahan bahan-bahan sastera. Secara tidak langsung akan menanam atau menimbukan bakat yang terpendam dalam penulisan. 7. Untuk menyemai pemikiran positif dan kreatif serta optimis dalam menggalakkan hasrat dan proses pendidikan seumur hidup. 8. Untuk mendidik para pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang peranannya sebagai ahli sebuah komuniti. 2.2 Kelebihan Menggunakan Bahan SasteraPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaanpelajar dalam menggunakan bahasa yang meluas dan tinggi kerana karya-karyasastera mengandungi bahasa-bahasa yang indah, tinggi dan perbendaharan kata yangbanyak.Selanjutnya Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001) menyatakan bahawapenggunaan bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikankeseronokan kepada pelajar kerana karya sastera itu mengandungi pelbagaikeindahan serta huaraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaraskanmengikut peringkat umur pelajar.Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut kesesuaian peringkat umurpelajar. Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai danmenyesuaikan bahan sastera tersebut dengan pengajarannya.Menurut Ismail Ahmad (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001),penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu akan membuka ruangkepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalamansendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakatdan budayanya.Manakala menurut Subadrah Nair (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud,2001), pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dankefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar.Sebagai contoh penggunaan cerpen atau cerita rakyat akan dapat membantu pelajar 3
  4. 4. mengenali watak-watak, memahamkan isi cerita dan meningkatkan perbendaharaankata serta memupuk minat pelajar dalam bidang pembacaan.Penggunaan bahan sastera seperti pantun, sajak, cerpen atau cerita rakyat juga akanmembantu pelajar bukan Melayu mengenali kebudayaan orang-orang Melayu.Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kelebihan yang dapat diambil manfaat dalampenggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru hendaklahmengambil inisiatif dalam memilih bahan-bahan yang sesuai bagi menjadikansuasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menyeronokkan bagi semuapelajar. Pemilihan bahan yang baik serta bersesuian akan menjadikan pelajar fahamdan minat terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh guru. 2.3 Prinsip Pemilihan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa MelayuGuru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunkan dalampengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran,pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yangakan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidakseharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusahamencari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku ceritarakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akandisenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahlibahasa. Antaranya,Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan bahan berupapetikan seperti berikut: i. Pandangan guru Bahasa Melayu. ‘Apakah tujuan ia memilih sesuatu petikan itu?’ ii. Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya. iii. Linguistik dan pedagogi. ‘Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan?’Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya bahasa yang baik,mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepadapelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya. Pergerakan prosespembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada perkarayang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi sukat-sukat bagi prinsippemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa.Manakala menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian danArba’ie Sujud, 2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi jugaperlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajardalam kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanakterbahagi kepada empat peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun), tahap 4
  5. 5. romantik (umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahapgeneralisasi (umur 16 tahun).Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi pelajar akanmemudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan. Sebaliknya,jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar belakang dan budayapelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atautidak berkesan sama sekali.Dalam pada itu EL Moody seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip pentingdalam pemilihan bahan iaitu: i. Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar. ii. Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak. iii. Adanya urutan kronologi. iv. Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan.Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan olehahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihanbahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta mempertimbangkan perkaraseperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan, objektif pengajaran dansebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan menjadikan pengajaran danpembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan dan tidakberkesan.3.0 JENIS-JENIS BAHAN SASTERA TEMPATANDi Negara Brunei Darussalam terdapat banyak jenis bahan sastera sebagai khazanahyang tidak ternilai harganya. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan sasteratempatan bagi memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar. Berikut disenaraikanbeberapa jenis sastera tempatan yang dijelaskan oleh Rozaiman (2007:17-21) i. Pantun Buku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang diungkayahkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi banyak perlambangan. ii. Syair Dewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah. 5
  6. 6. iii. Perambahan Perambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendaptakan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajarkan maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei. iv. Diangdangan / Hikayat Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok, Hikayat Awang Si Ambok dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu. v. Cerpen Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu (Brunei) Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan saster tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.4.0 CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DALAM BAHASA MELAYU 4.1 Cerpen Bertajuk ‘Satu Ringgit’ Sebagai Bahan Pengajaran Imbuhan {meN..} Bagi Darjah 6.Sinopsis:Kisah seorang wanita yang mengenang kisah silamnya semasa berpuasa di bulanRamadan. Dia dilatih berpuasa oleh kedua ibu bapanya secara berperingkat-peringkat iaitu, bermula dari setengah hari dan jika sudah berupaya, dia dilatihberpuasa sehari suntuk. Bapa saudaranya pula mendorongnya berpuasa dengan caramemberikan upah satu ringgit setiap hari dia berpuasa. Di samping bercerita tentangkisah satu ringgit, dia juga mengenang tentang suasana bulan Ramadan di zamankanak-kanaknya dan dibandingkannya dengan suasana berpuasa pada masa kini.(Sila rujuk lampiran)Kisah yang terkandung di dalam cerpen ini boleh digunakan bagi mendidik pelajarterutamanya pelajar di sekolah rendah, tentang nilai-nilai murni iaitu seperti, tidakmengerjakan ibadah terutamanya puasa kerana untuk mendapatkan wang. 6
  7. 7. Selain itu, banyak aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang dapatdiajarkan menggunakan cerpen yang dipilih. Sebagai contoh aspek tatabahasatersebut ialah seperti, imbuhan, cakap ajuk dan cakap pindah, kata nama dansebagainya. Manakala aspek kemahiran asas Bahasa Melayu juga boleh diajarkanseperti aspek kemahiran menulis, mendengar, bertutur dan membaca.Berikut akan di huraikan tentang aspek tatabahasa dan kemahiran asas BahasaMelayu yang penulis fikirkan sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakancerpen Satu Ringgit ini. 4.2 Aspek Tatabahasa Dan Kemahiran Asas Bahasa MelayuBerdasarkan bahan cerpen Satu Ringgit ini, aspek tatabahasa yang difikirkan sesuaiialah, imbuhan me{N}. Pengajaran ini ditujukan untuk murid-murid darjah 6 sekolahrendah. Manakala aspek kemahiran asas yang diberi penekanan termasuklahkemahiran lisan, membaca dan menulis. a. Kemahiran lisan Kemahiran lisan ialah gabungan di antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita setelah guru membacakan cerpen tersebut. Murid-murid juga menyenaraikan imbuhan me{N} yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Selain itu guru juga boleh menyuruh murid menyenaraikan kata dasar daripada perkataan berimbuhan yang telah dinyatakan sebelumnya. b. Kemahiran membaca Murid membaca petikan cerpen yang diberikan oleh guru. Namun ada baiknya jika penggabungjalinan bahan dibuat oleh guru iaitu dengan menggunakan tayangan slaid mengenai cerpen tersebut, supaya murid dapat membaca dengan jelas dan guru dapat menjimatkan masa serta wang dalam menyediakan banyak bahan bercetak. Penggabungjalinan ini juga bertujuan untuk menjadikan guru supaya lebih berkreativiti dan sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan memotivasi murid supaya mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan. c. Kemahiran menulis Kemahiran menulis boleh dipupuk melalui aktiviti membina ayat baharu berpandukan perkataan berimbuhan yang disenaraikan semasa aktiviti lisan. Guru juga boleh mengarahkan murid untuk menulis sinopsis cerpen yang mereka baca. Selain itu banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan seperti menuliskan nilai-nilai murni yang terdapat daripada cerpen tersebut, menuliskan sebuah karangan berpandukan perkataan imbuhan yang disenaraikan sebelumnya dan menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Melalui aktiviti yang telah disenaraikan di atas, adalah diharapkan murid-murid akan dapat mengembangkan dan meningkatkan pemikiran intelek mereka dengan bantuan guru yang juga seharusnya mempunyai kreativiti yang tinggi. Guru perlu 7
  8. 8. menggunakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.5.0 KESIMPULANKunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihankurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepadakredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah.Begitu halnya dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasamemerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikutkesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah.Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya sasteraterutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri agarlebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guruperlu rajin dalam mencari sumber lain selain daripada hanya bergantung kepadapenggunaan buku teks sahaja.Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera aktiviti berterusanjuga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan di luardarjah seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak,berbalas pantun, berpidato dan peraduan berbahas. Dengan yang demikian khazanahkesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan oleh generasimasa kini.Rujukan:Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasadan Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. DewanBahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa.Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.Sidang Penyusun. (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahNegara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan 8

×