Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 0
KOLEJ KOMUNITI TAWAU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
ASAS PENYELENGGARAAN
PEM...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 1
Terdapat beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku pada seseubuah
pepasan...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 2
Beban lebih adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada
yan...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 3
Apabila RCD trip, anda perlu menaikkan semula suisnya (reset) supaya bekala...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 4
Bekalan ELektrik Terputus Secara Total.
Bekalan elektrik terputus secara to...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 5
Langkah Membaiki
I. Dapatkan pertolongan daridapa juruelektrik yang bertaul...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 6
 Suis Utama Pada DB Terpelantik (Tombol terjatuh)
Sekiranya anda dapati su...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 7
a. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati RCCB terpelantik ini
bermakn...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 8
a. Sekiranya ia terpelantik kerana di sebabkan oleh bunyi Guruh dilangit an...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 9
f. Buka MCB tersebut perlahan-lahan dan gantikan dengan yang baharu
(pastik...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 10
Langkah Membaiki.
I. Matikan MCB yang mengawal soket atau RCCB yang mengaw...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 11
e. Matikan semua MCB yang dikawal oleh
RCCB tersebut dan untuk lebih selam...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 12
 Litar Lampu Atau Kipas Tidak Berfungsi.
Kadang-kadang berlaku kerosakan ...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 13
Langkah Membaiki.
a. Jika MCB atau RCCB tidak terpelantik ini kemungkin ke...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 14
Membaiki Bahagian Suis
d. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu t...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 15
j. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut.
k. Periksa pen...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 16
AMALI
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 17
AMALI 01
PENYELENGGARAAN SUIS DAN
LAMPU
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 18
PENYELENGGARAANSUIS DAN LAMPU
Langkah Penyelenggaraan:
a. Matikan MCB yang...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 19
AMALI 02
PENYELENGGARAAN SOKET ALIR
KELUAR
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 20
PENYELENGGARAANLITAR KUASA
Langkah Penyelenggaraan:
a. Matikan MCB yang me...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 21
AMALI 03
PENYELENGGARAAN
PAPAN AGIHAN
PAPAN
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 22
PENYELENGGARAANPAPANAGIHAN
Penyelenggaraan MCB, RCCB dan Suis Utama ini di...
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 23
Rujukkan :
 Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman,
Suruh...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy

31,890 views

Published on

PERKONGSIAN ILMU

Published in: Education
  • Login to see the comments

PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy

  1. 1. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 0 KOLEJ KOMUNITI TAWAU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA DISUSUN OLEH MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM) Jenis-Jenis Kerosakan Litar Pendawaian “LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY”
  2. 2. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 1 Terdapat beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku pada seseubuah pepasangan elekrik yang telah lengkap didawai sama ada jenis pemasangan yang baharu, pendawaian lama atau pendawaian tambahan. Kerosakan-kerosakan ini bukan sahaja berlaku pada peralatan elektrik ia juga melibatkan litar-litar pendawaian dan papan suis agiahn. Diantar kerosakan yang sering berlaku ialah :- a. Litar pintas. b. Litar terbuka. c. Beban lebih d. Bocor ke bumi e. Sambungan longgar f. Selalu terpelantik g. Rosak ke bumi Litar Pintas Litar pintas biasanya terjadi apabila pengalir fasa dan neutral sentuh di antara satu dengan lain.punca terjadi perkara berikut adalah disebabkan oleh salah satu daripada perkara-perkara berikut : Litar Buka Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :- a. Pengalir kabel terputus. b. Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan. c. Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar idak berapa baik. Beban Lebih
  3. 3. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 2 Beban lebih adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada yang dibenarkan atau salah mengira faktor kepelbagaian. Sekiranya arus yang dibawa lebih daripada had kabel,pengalir akan menjadi panas. Beban lebih yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkat permulaan motor elektrik ( starting current ). Starting current berlaku dalam jangka masa singkat dan arusnya tidak terlalu tinggi. Bocor Ke Bumi Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ? Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan. Sambungan Longgar Litar longgar mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :- a. Pemasangan tamatan kabel tidak kemas (skru tidak ketat, kondaktor tidak kemas) b. Pemasangan tamatan yang telah lama (kesan haba). c. Pemasangan tamatan pada peralatan mudah alih. Selalu Terpelantik Artikel terdahulu penulis telah memperkenalkan RCB dalam sistem pembekalan elektrik 1 fasa di rumah. RCB akan terpelantik ke bawah (trip) apabila berlaku renjatan elektrik, voltan tinggi akibat kilat ataupun berlaku kerosakan pada pendawaian yang menyebabkan arus mengalir ke bumi.
  4. 4. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 3 Apabila RCD trip, anda perlu menaikkan semula suisnya (reset) supaya bekalan elektrik pulih seperti biasa. Walaubagaimanapun, kadang-kala RCD tidak dapat dinaikkan (reset) walaupun ditolak berkali2 ke atas. Rosak Ke Bumi Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir bumi atau badan (logam) alat perkakasan elektrik. Membaiki Kerosakan Pemasangan Elektrik Dalam bab ini kita akan mempelajari cara-cara asas menyelenggara kerosakan yang berlaku dalam sesebuah pemasangan. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan dan melakukan secara praktikal adalah lebih baik kita mengenalpasti kemungkin-kemungkitnan kerosakan yang kita biasa hadapi di rumah kediaman kita. Mungkin kita pernah berhadapan dengan situasi-situasi seperti berikut:-  Terputus bekalan elektrik secara total.  Terdengar sesuatu bunyi pada papan agihan (DB).  Soket alir keluar tidak berfungsi.  Soket alir keluar terbakar.  Lampu atau kipas yang digunakan tiba-tiba mati.  Lampu dihidupkan tidak menyala. Jika perkara-perkara berikut berlaku dirumah anda jangan panik dan bimbang kerana perkara seperti itu kerap berlaku dirumah-rumah kediaman. Bagi membolehkan anda memastikan ianya selamat dan boleh dibaiki anda perlu terlebih dahulu mempelajari bagaimana tatacara menangani keadaan-keadaan dinyatakan dengan cara dan kaedah yang betul serta selamat.
  5. 5. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 4 Bekalan ELektrik Terputus Secara Total. Bekalan elektrik terputus secara total atau keseluruhan rumah anda tidak mendapat bekalan elektrik mungkin disebabkab oleh perkara berikut :  Pihak pembekal iaitu SESB/TNB menghadpi masalah seperti ketidak upayaan janakuasa membekalkan tenaga elektrik secara total.  Talian penghantaran pembekal tenaga menghadapi masalah gangguan misalnya kabel penghantaran putus atau rosak di sebabkab pokok dan lain.  Kerosakkan pencawang yang membekalkan tenaga dikawasan kita.  Kerosakan pada fius perkhidmatan berhampiran meter jangka yang dipasang di rumah kita.  Suis utama pada DB dirumah kita terpelantik (tombol operasinya jatuh/turun)  Mengganti Fius Perkhidmatan Sekiranya anda dapati fius perkhidmatan di rumah terbakar (biasanya terdapat kesan terbakar dan bau hangus) apakah yang anda perlu lakukan. Fius Perkhidmatan Fius
  6. 6. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 5 Langkah Membaiki I. Dapatkan pertolongan daridapa juruelektrik yang bertauliahi untuk membaikinya. II. Sekiranya tidak ada anda boleh membaikinya sendiri dengan langkah-langkah berikut :- a. Periksa DB dalam rumah anda pastikan tidak terdapat peralatan perlindungan yang terpelantik. b. Periksa litar kecil akhir iaitu aksesori lampu dan soket yang dipasang dan pastikan tiada kerosakan berlaku. c. Matikan semua suis perlindungan dalam DB d. Guna sarung tangan berpenebat/kain tebal. e. Tanggalkan fius perkhidmatan dari kotaknya. f. Periksa bahagian masukan kabel hidup guna pena uji g. Pastikan pena uji bernyala jika tidak bermakna terdapat gangguan pada talian penghantaran (pihak pembekal, SESB) h. Gantikan fius yang baharu dalam kotak fius perkhidmatan dan selepas itu pasangkan semula ke dalam kotak fius perkhidmatan. i. Periksa bahagian masukan pada suis utama yang terdapat dalam DB menggunakan pena uji dan pastikan lampu menyala. j. Hidupkan suis utama, RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit) satu persatu. k. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati RCCB terpelantik ini bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB bermasalah. l. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan RCCB kembali dan hidupkan pula MCB lain yang belum dihidupkan. m. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara dan kita akan mempelajari secara mendalam kaedah dan tatacaranya.
  7. 7. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 6  Suis Utama Pada DB Terpelantik (Tombol terjatuh) Sekiranya anda dapati suis utama pada DB terpelantik/terbakar apakah yang anda perlu lakukan. Langkah Membaiki. I. Matikan semua suis perlindungan dalam DB. II. Matikan semua soket dan suis. III. Hidupkan suis utama, RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit) satu persatu. Kesan Terbakar Suis Utama RCCB MCB Rajah : DB 1 Fasa
  8. 8. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 7 a. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati RCCB terpelantik ini bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB itu bermasalah. b. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan RCCB kembali dan hidupkan pula MCB yang belum dihidupkan. VI. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara dan kita akan mempelajari secara mendalam kaedah dan tatacaranya.  RCCB Dan MCB DB Terpelantik (Tombol terjatuh) Jika terdengar sesuatu bunyi pada papan suis (DB) yang menyebabkan bekalan elektrik mati/terputus mungkin mengakibatkan perkara-perkara berikut berlaku:- I. RCCB terpelantik II. MCB terpelantik Langkah Membaiki. I. Jika RCCB terpelantik maka anda perlu lakukan langkah-langkah berikut untuk membaikinya : NE Papan Agihan (DB) C L Suis L Soket L E N Ros Siling Pemegang Lampu N E RCCB Terpelantik (Tombol Jatuh Kebawah) E N
  9. 9. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 8 a. Sekiranya ia terpelantik kerana di sebabkan oleh bunyi Guruh dilangit anda boleh terus hidupkan sahaja tanpa membuat pemeriksaan kerana ini adalah perkara biasa berlaku dan ini menandakan RCCB dirumah anda adalah berkeadaan baik. b. Jika RCCB terpelantik disebabkan kerosakan pemasangan elektrik anda perlu melakukan langkah-langkah berikut untuk membaikinya :-  Matikan semua MCB yang dikawal oleh RCCB tersebut.  Hidupkan RCCB dan hidupkan MCB satu persatu sehingga kita dapati MCB yang menyebabkan RCCB itu terpelantik.  Matikan RCCB dan buatlah pemeriksaan pada liatar kecil akkhir yang dikawal oleh MCB tersebut.  Setelah selesai selenggarah/baiki maka hidupkan semula RCCB dan semua MCB yang dikawalnya. III. Jika MCB terpelantik/terbakar lakukan langkah seperti berikut :- a. Periksa litar yang dikawal oleh MCB ini sama ada litar lampu atau litar kuasa. b. Pastikan tidak terdapat kesan kerosakan akibat terbakar atau yang lain. c. Kerosakan MCB berlaku kerana terdapat pintasan atau beban lebih pada litar yang dilindungi. d. Matikan RCCB yang melindungi MCB tersebut jika ianya tidak terpelantik. e. Baiki litar yang dilindungi (akan dipelajari kaedahnya kemudian) setelah selesai. Kesan Terbakar
  10. 10. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 9 f. Buka MCB tersebut perlahan-lahan dan gantikan dengan yang baharu (pastikan MCB yang dikandikan mempunyai kadaran arus perlindungan yang sama). g. Hidupkan RCCB dan hidupkan MCB tersebut sekirnya RCCB tidak terpelantik. h. Hidupkan aksesori yang dilindungi jika MCB dan RCCB tidak terpelantik ini bermakna ianya berada dalam kedaan selamat digunakan.  Soket Alir Keluar Soket Alir Keluar Tidak Berfungsi/Terbakar Kadang-kadang berlaku kerosakan pada pemasangan seperti soket tidak berfungsi atau terbakar ketika ia digunakan atau tidak digunakan. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :-  RCCB/MCB mengawal litar soket terpelantik/rosak  Sambungan pada soket terlepas/longgar  Terlebih beban dan terbakar  Terdapat binatang (cicak, semut bersarang) dalam soket penyebab pintas.  Soket telah luput (kerosakan mekanikal)
  11. 11. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 10 Langkah Membaiki. I. Matikan MCB yang mengawal soket atau RCCB yang mengawal litar kuasa untuk lebih selamat. a. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas jika tidak terdapat perkara yang dinyatakan pasang semula soket dan pastikan semua sambungan kabel dipasang ketat pada puncanya. b. Hidupkan semula RCCB dan setiap MCB pastikan ianya tidak terpelantik, jika keadaan ini berlaku bermakna soket selamat digunakan. c. Sekiranya RCCB dan MCB yang mengawal soket tersebut dihidupkan tetapi soket masih tidak berfungsi kemungkinan MCB tersebut telah rosak dan perlu digantikan. d. Jika soket terbakar sama ada lebih beban atau disebabkan pintasan, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:- NE Papan Agihan (DB) C L Suis L Soket L E N Ros Siling Pemegang Lampu N E Matikan RCCB Litar Kuasa Periksa Soket, buka dan gantikan yang baharu jika rosak NE
  12. 12. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 11 e. Matikan semua MCB yang dikawal oleh RCCB tersebut dan untuk lebih selamat matikan RCCB sekali. f. Periksa kabel pengalir dengan menggunakan pena uji (memastikan kabel tiada bekalan) II. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas :- a. Jika terdapat pintasan (disebabkan oleh cicak atau kabel bersentuhan) bersihkan soket dan pasang semula. b. Jika soket terbakar dan tidak boleh digunakan semula maka gantikan dengan yang baharu dan pasang dengan betul pada punca-punca yang telah disediakan. c. Hidupkan semula RCCB dan setiap MCB pastikan ianya tidak terpelantik, jika keadaan ini berlaku bermakna soket selamat digunakan.
  13. 13. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 12  Litar Lampu Atau Kipas Tidak Berfungsi. Kadang-kadang berlaku kerosakan pada pemasangan bagi litar lampu atau kipas dan ianya tidak dapat dihidupkan dan digunakan. Beberapa kerosakan mungkin berlaku pada pemasagan lampu/kipas tersebut :- I. MCB mengawal litar lampu/kipas terpelantik II. Sambungan pada suis terlepas/longgar III. Berlaku pintasan pada pemegang lampu disebabkan binatang (cicak, semut IV. bersarang). V. Suis luput (kerosakan mekanikal)
  14. 14. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 13 Langkah Membaiki. a. Jika MCB atau RCCB tidak terpelantik ini kemungkin kerosakan berlaku mungkin pada suis atau pemegang lampu yang mana berlaku pintasan seketika. b. Jika didapati MCB atau RCCB yang mengawal litar lampu/kipas terpelantik, cuba hidupkan kembali MCB dan RCCB jika ia terpelantik semula ini bermakna kemungkinan ada kesorakan pada suis atau pada pemegang lampu. NE Papan Agihan (DB) C L Suis L Soket LEN Ros Siling Pemegang Lampu N E Matikan RCCB Litar Lampu Periksa Suis, buka dan gantikan yang baharu jika rosak Periksa pemegang lampu, buka dan gantikan yang baharu jika rosak
  15. 15. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 14 Membaiki Bahagian Suis d. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut. e. Periksa kabel pengalir dengan menggunakan pena uji (memastikan kabel tiada bekalan) f. Buka dan periksa suis lampu/kipas yang bermasalah kemungkinan anda akan mendapati kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat pintasan. g. Buka suis dan periksa sama ada masih boleh digunakan atau tidak (pemeriksaan melalui pemerhatian) jika ada meter boleh guna meter uji kekutubannya. h. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu. i. Selepas itu hidupkan semula MCB dan RCCB, pastikan ianya tidak terpelantik. Jika terpelantik kemungkinan kerosakn berlaku pada pemegang lampu atau pada lampu itu sendiri (lampu kalimantang) Membaiki Bahagian Pemegang Lampu .
  16. 16. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 15 j. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut. k. Periksa pengalir lampu dengan menggunakan pena uji (memastikan kabel tiada bekalan) l. Buka dan periksa pemegang lampu kemungkinan anda akan mendapati kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat pintasan. m. Buka pemegang lampu dan periksa sama ada masih boleh digunakan atau tidak. n. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu. o. Jika lampu bermasalah (lampu kalimatang elektronik) kebiasaannya pemegang lampu terbakar/rosak dan perlu ganti dengan yang baharu. p. Bagi memastikannya rosak periksan lampu kalimatang di badan lampu yang lain bagi memastikan lampu tersebut tidak rosak. q. Gantikan badan lampu kalimatang yang baharu jika ianya telah rosak. r. Pastikan kabel bagi pemasang litar lampu ini tidak rosak/pintas secara keseluruhannya. s. Selepas itu hidupkan semula MCB dan RCCB, pastikan ianya tidak terpelantik.
  17. 17. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 16 AMALI
  18. 18. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 17 AMALI 01 PENYELENGGARAAN SUIS DAN LAMPU
  19. 19. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 18 PENYELENGGARAANSUIS DAN LAMPU Langkah Penyelenggaraan: a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi lampu tersebut. b. Matikan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut untuk lebih selamat. c. Buka suis dan periksa punca hidup “C” dengan pena uji bagi memastikan tiada bekalan elektrik di kesan setelah MCB dan RCCB di matikan. d. Sekiranya suis rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan dengan yang baharu. e. Periksa pemegang lampu dan siling ros pastikan tamatan kabel dalam kedaan ketat dan tidak terdapat sebarang benda asing (semut bersarang). f. Pasang semula suis, pegang & siling ros serta lampu dengan sempurna. g. Hidupkan RCCB, MCB dan suis sepatutnya jika tidak terdapat masalah lampu akan hidup. h. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal beban lampu jika ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah dan ini jarang berlaku) NE Papan Agihan (DB) C L Suis LEN Ros Siling Pemegang Lampu Matikan RCCB Litar Lampu Periksa Suis, buka dan gantikan yang baharu jika rosak Periksa pemegang lampu, buka dan gantikan yang baharu jika rosak Matikan MCB Mengawal Beban Lampu Periksa punca hidup “C” guna pena uji bagi memastikan tidak ada bekalan elektrik
  20. 20. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 19 AMALI 02 PENYELENGGARAAN SOKET ALIR KELUAR
  21. 21. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 20 PENYELENGGARAANLITAR KUASA Langkah Penyelenggaraan: a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi soket tersebut. b. Matikan RCCB yang mengawal litar kuasa tersebut untuk lebih selamat. c. Buka soket dan periksa punca hidup “L” dengan pena uji bagi memastikan tiada bekalan elektrik di kesan setelah MCB dan RCCB di matikan. d. Sekiranya soket rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan dengan yang baharu. e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul dan ketat. f. Hidupkan RCCB, MCB dan soket, periksa gunakan pena uji pada lubang sebelah kanan soket sepatutnya pena uji bernyala. g. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal beban lampu jika ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah dan ini jarang berlaku) h. Jika tidak hidup mungkin MCB telah rosak dan perlu diganti yang baharu. Matikan MCB Mengawal Beban Lampu NE Papan Agihan (DB) L Soket N E Matikan RCCB Litar Kuasa Periksa Soket, buka dan gantikan yang baharu jika rosak N
  22. 22. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 21 AMALI 03 PENYELENGGARAAN PAPAN AGIHAN PAPAN
  23. 23. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 22 PENYELENGGARAANPAPANAGIHAN Penyelenggaraan MCB, RCCB dan Suis Utama ini dilakukan jika alat perlindungan ini mengalami kerosakan, iaitu keroskan disebabkan berpunca dari beban yang dikawal atau kerosakan disebabkan oleh kerosakan mekanikal peralatan tersebut. Langkah Penyelenggaraan : a. Jika MCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak (terbakar/masalah mekanikal). b. Matikan RCCB yang mengawal MCB tersebut. c. Periksa guna pena uji bahagian masukan MCB tersebut pastikan tiada bekalan elektrik. d. Buka MCB dan gantikan dengan yang baharu. e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul dan ketat. f. Jika RCCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak (terbakar/masalah mekanikal). g. Matikan Suis Utama (2) yang mengawal RCCB. h. Periksa guna pena uji bahagian masukan RCCB (2) tersebut pastikan tiada bekalan elektrik. i. Buka RCCB dan gantikan dengan yang baharu. j. Hidupkan semula Suis Utama dan buat ujian terhadap RCCB (“Trip”) bagi memastikan RCCB yang digantikan berfungsi dengan baik. Periksa Bahagian Masukan MCB Guna Pena Uji NE Papan Agihan (DB) Matikan RCCB Litar Kuasa Matikan RCCB Litar Lampu Matikan Suis Utama Periksa Bahagian Masukan MCB Guna Pena Uji Periksa Bahagian Masukan RCCB Guna Pena Uji (1) (1) (1) (1) (2) (2)
  24. 24. ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL 23 Rujukkan :  Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Edisi 2008.  Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj. Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000  Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 2002

×