ETNIK JAWA MUHAMAD HAFIZ B. MAHMOD NOR ANIS SUHANI BT MOHD SUKERI
SEJARAH•      Menurut Ensiklopedia Sejarah dan    Kebudayaan Melayu muka surat 1026,    Jawa adalah salah sebuah pulau dal...
SEJARAH• Jawa mempunyai penduduk yang paling  padat di Asia Tenggara iaitu sekitar 120  juta. Terdiri daripada lima kawasa...
SEJARAH•     Kebudayaan Jawa yang asli dari    masyarakat-masyarakat di pulau Jawa    sudah berlaku selama berpuluh-puluh ...
SEJARAH• Setelah    berpuluh-puluh      generasi,  kebudayaan Jawa ini tumbuh dari  gagasan-gagasan tentang pergaulan anta...
Lokasi petempatan
Lokasi petempatan• Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran  Jawa yang datang ke Tanah Melayu  berasal dari beberapa buah da...
Lokasi petempatan• Sejarah mengatakan bahawa imigran  Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain  sebelum datang ke Tanah Melay...
Lokasi petempatan• Umumnya di Malaysia, terdiri daripada satu hingga dua juta bilangan masyarakat Jawa yang boleh didapati...
Lokasi petempatan• Namun begitu, terdapat juga beberapa  buah negeri yang mempunyai komposisi  masyarakat Jawa seperti Per...
Lokasi petempatan• Walaupun masyarakat Jawa mempunyai  banyak persamaan dengan masyarakat  Melayu namun masih terdapat per...
Lokasi petempatan• Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah  mengalami proses asimilasi sehingga  telah beransur-ansur diser...
Lokasi petempatan• Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila  banyak       perkahwinan          ataupun  percampuran gene...
Lokasi petempatan• Antaranya adalah dari segi wajah yang  seiras, bahasa yang hampir sama, agama  yang sama, persamaan cor...
Adat resam   struktur masyarakat• Pakar antropologi Amerika yang ternama,  Clifford Geertz, pada tahun 1960-an  membahagik...
Adat resam   struktur masyarakat• Priyayi atau berdarah biru dalam  kebudayaan Jawa merupakan istilah  untuk menerangkan s...
Adat resam   struktur masyarakat• Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi  Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran  dalam golo...
Adat resam   struktur masyarakat• Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat  seiring dengan usianya. Misalnya ketika  se...
Adat resam   struktur masyarakat• Pada saat dewasa dan telah memiliki jawatan  dalam hierarki kebangsawanan, ia akan  memi...
Adat resam   struktur masyarakat• Dalam     menjalani   kehidupan     seharian,  masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem...
Adat resam   struktur masyarakat• Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu  dalam     masyarakat   Jawa     mempunyai  t...
Adat resam   struktur masyarakat• Jika tiada, jawatan Lurah akan diberikan  kepada orang lain yang mempunyai  kebolehan ya...
Adat resam   struktur masyarakat• Perabot Desa pula boleh dibahagikan  kepada beberapa peranan seperti Jongkok  (pembantu ...
Adat resam   struktur masyarakat• Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang  berpengetahuan dalam bidang agama dan soal  kema...
Adat resam    struktur masyarakat• Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam  masyarakat Jawa juga penting dalam hal  penguru...
Adat resam   struktur masyarakat• Terdapat juga dalam kalangan Kiai yang  bertanggungjawab dalam mengubati  pesakit.• Masy...
Adat resam    struktur masyarakat• Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai  imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah ...
Adat resamkepercayaan
Adat resam          kepercayaan• Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting  dalam sesebuah masyarakat. Orang Jawa asli  s...
Adat resam         kepercayaan• Masyarakat Jawa juga percaya akan  aspek    persaudaraan.    Jika   dikaji,  masyarakat Ja...
Adat resam         kepercayaan• Terdapat juga segelintir masyarakat Jawa  yang mengamalkan amalan animisme.• Amalan ini di...
Adat resam        kepercayaan• Amalan ini lebih menekankan tentang  aspek makhluk-makhluk halus dan  semangat sesuatu temp...
Adat resam jantina
Adat resam              jantina• Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak-  anak lelaki dan perempuan di layan secara ...
Adat resam              jantina• Anak     lelaki   juga    tidak    digalakkan  menunjukkan emosi dan anak perempuan  diha...
Adat resam             jantina• Kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh  anggota      keluarga.    Mereka     menjaga ...
Adat resam             jantina• Malah pandangan dan jelingan mata mereka  juga mampu menyampaikan mesej tertentu  kepada a...
Adat resam                 jantina• Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri  sebagai “Kanca Wingking” yang berma...
Adat resam                jantina• Wanita Jawa juga disifatkan sebagai pembantu  kepada suami. Wanita yang lembut menjaga ...
kebudayaan               kematian• Masyarakat Jawa mempunyai satu sistem atau cara  tertentu untuk menyempurnakan sesuatu ...
kebudayaan              kematian• Ahli masjid akan mengetuk gentung atau  beduk untuk memberitahu tentang kematian.  Oleh ...
kebudayaan                kematian• Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang  meletakkan sebilah kacip pinang melinta...
kebudayaan               kematian• Kedua-dua jenis kayu ini dibakar selagi mayat  berada di atas rumah.• Mengikut adat mas...
kebudayaanperkahwinan
kebudayaan           perkahwinan• Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh  anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan  kebia...
kebudayaan             perkahwinan• Ibu bapa daripada pihak perempuan pula akan  memilih teruna yang mempunyai sikap ringa...
kebudayaan             perkahwinan• Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka  akan membuat pelbagai jenis kuih untuk...
kebudayaan              perkahwinan• Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan  rumah tidak menyediakan makanan ringan ...
kebudayaanperkahwinan
Kesenianpencak silat
Kesenianjaipongan
Keseniangamelan
Kesenianwayang golek
Keseniankuda renggong
Keseniankuda lumping
Kesenianangklung
Kesenian buncis
kesanbahasa
kesanmakanan
kesanmakanan
kesanmakanan
pakaian
kesanpakaian
kesanpakaian
kesanpakaian
sumbangan Wujud masyarakat majmuk. Wujud kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Menyumbang kepada pembangun...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Jawa

4,946 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,946
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
123
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jawa

  1. 1. ETNIK JAWA MUHAMAD HAFIZ B. MAHMOD NOR ANIS SUHANI BT MOHD SUKERI
  2. 2. SEJARAH• Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu muka surat 1026, Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Indonesia. Keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan pulau-pulau kecil lain.
  3. 3. SEJARAH• Jawa mempunyai penduduk yang paling padat di Asia Tenggara iaitu sekitar 120 juta. Terdiri daripada lima kawasan iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan Daerah Istimewa Yogyakarta.
  4. 4. SEJARAH• Kebudayaan Jawa yang asli dari masyarakat-masyarakat di pulau Jawa sudah berlaku selama berpuluh-puluh generasi. Ini bermaksud kebudayaan ini amat kaya dalam unsur-unsur kebudayaan universal seperti sistem organisasi sosial, pengetahuan, kesenian, bangsa dan bahasa.
  5. 5. SEJARAH• Setelah berpuluh-puluh generasi, kebudayaan Jawa ini tumbuh dari gagasan-gagasan tentang pergaulan antara manusia dan pandangan dunia sehinggalah terciptanya benda-benda yang memantulkan identiti konkrit tentang masyarakatnya.
  6. 6. Lokasi petempatan
  7. 7. Lokasi petempatan• Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Selain itu, terdapat juga masyarakat Jawa yang datang dari Pulau Madura yang terletak di bahagian utara Jawa Timur.
  8. 8. Lokasi petempatan• Sejarah mengatakan bahawa imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura, Palembang dan Lampung di Sumatera dan Pontianak di Kalimantan Borneo.
  9. 9. Lokasi petempatan• Umumnya di Malaysia, terdiri daripada satu hingga dua juta bilangan masyarakat Jawa yang boleh didapati di beberapa buah negeri sahaja. Negeri Johor dan Selangor adalah dua buah petempatan yang sangat popular bagi masyarakat Jawa.
  10. 10. Lokasi petempatan• Namun begitu, terdapat juga beberapa buah negeri yang mempunyai komposisi masyarakat Jawa seperti Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Petempatan masyarakat Jawa di Malaysia banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat.
  11. 11. Lokasi petempatan• Walaupun masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi bahasa mahupun corak kehidupan.
  12. 12. Lokasi petempatan• Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami proses asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu.• Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa telah dimelayukan.
  13. 13. Lokasi petempatan• Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila banyak perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu amnya.• Pada dasarnya terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi.
  14. 14. Lokasi petempatan• Antaranya adalah dari segi wajah yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang sama, persamaan corak hidup, pakaian dan perkahwinan.• Ini menyebabkan masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai bangsa Melayu di bawah satu rumpun.
  15. 15. Adat resam struktur masyarakat• Pakar antropologi Amerika yang ternama, Clifford Geertz, pada tahun 1960-an membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga kelompok iaitu kaum Santri, Abangan dan Priyayi. Menurutnya kaum Santri adalah penganut agama Islam yang taat, kaum Abangan pula adalah penganut Islam secara nominal atau penganut Kejawen, sedangkan kaum Priyayi adalah kaum bangsawan.
  16. 16. Adat resam struktur masyarakat• Priyayi atau berdarah biru dalam kebudayaan Jawa merupakan istilah untuk menerangkan suatu kelas sosial yang mengacu kepada golongan bangsawan.• Suatu golongan tertinggi dalam masyarakat kerana memiliki keturunan dari keluarga kerajaan.
  17. 17. Adat resam struktur masyarakat• Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran dalam golongan ini adalah berdasarkan tinggi rendahnya suatu kehormatan• Terdapat beberapa gelaran dari yang tertinggi hingga dengan hanya satu gelaran saja iaitu Raden.
  18. 18. Adat resam struktur masyarakat• Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat seiring dengan usianya. Misalnya ketika seorang anak lelaki lahir diberi nama Bomantara, ia bergelar Raden Mas. Nama penuhnya ialah Raden Mas Bomantara.• Ketika menginjak akil baligh gelarannya bertambah satu kata menjadi Bandara Raden Mas, ketika menapak dewasa (18 atau 21 tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden Mas Aryo.
  19. 19. Adat resam struktur masyarakat• Pada saat dewasa dan telah memiliki jawatan dalam hierarki kebangsawanan, ia akan memiliki gelaran yang berbeza dari gelaran yang telah dimilikinya. Misalnya apabila menduduki jawatan pemimpin ketenteraan maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti Pangeran Adipati Haryo. Dan setiap kedudukan yang dipimpininya akan memilki gelaran tambahan atau gelaran yang berubah nama.
  20. 20. Adat resam struktur masyarakat• Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Setiap kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua.• Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai.
  21. 21. Adat resam struktur masyarakat• Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung.• Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan, pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan Lurah akan dilakukan secara pungutan suara.
  22. 22. Adat resam struktur masyarakat• Jika tiada, jawatan Lurah akan diberikan kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama.• Menurut masyarakat Jawa tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali sebagai perabot Desa.
  23. 23. Adat resam struktur masyarakat• Perabot Desa pula boleh dibahagikan kepada beberapa peranan seperti Jongkok (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani), Kamitua (bendahari) Kebayan (pesuruh), Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau Kepetegan (polis atau jaga) dan Andjir (pegawai air).
  24. 24. Adat resam struktur masyarakat• Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan.• Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai juga bertanggungjawab untuk memulakan doa dalam majlis kenduri doa selamat atau sebagainya. Kiai juga sering kali menjadi penceramah apabila menyambut Maulud Nabi
  25. 25. Adat resam struktur masyarakat• Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa juga penting dalam hal pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada, Kiai ditugaskan untuk mentadbir masyarakat Jawa dalam hal-hal yang berbangkit sama ada mengenai keduniaan atau akhirat.• Masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai kerana kebolehannya dalam segala segi sama ada yang berkaitan dengan keduniaan atau keakhiratan.
  26. 26. Adat resam struktur masyarakat• Terdapat juga dalam kalangan Kiai yang bertanggungjawab dalam mengubati pesakit.• Masyarakat Jawa meletakkan peranan Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjampi air yang akan diminum oleh pesakit. Air yang dijampi itu dipercayai mampu menyembuhkan penyakit tersebut.
  27. 27. Adat resam struktur masyarakat• Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian.• Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah sehingga ke kawasan perkuburan. Kiai akan membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini bertujuan untuk mengingatkan si mati dan orang yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak.
  28. 28. Adat resamkepercayaan
  29. 29. Adat resam kepercayaan• Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat. Orang Jawa asli sebahagian besar secara nominal menganut agama Islam.• Namun terdapat juga yang menganut agama Kristian, Protestan dan Katholik. Umumnya masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang menganut agama suci Islam.
  30. 30. Adat resam kepercayaan• Masyarakat Jawa juga percaya akan aspek persaudaraan. Jika dikaji, masyarakat Jawa seperti juga masyarakat Melayu lain amat mementingkan aspek persaudaraan.• Malah tali persaudaraan sendiri amat ditekankan oleh agama Islam. Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain.
  31. 31. Adat resam kepercayaan• Terdapat juga segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme.• Amalan ini dianggap sebagai satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa walaupun telah menganut agama Islam.
  32. 32. Adat resam kepercayaan• Amalan ini lebih menekankan tentang aspek makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat.• Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu, adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan bangunan.
  33. 33. Adat resam jantina
  34. 34. Adat resam jantina• Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak- anak lelaki dan perempuan di layan secara berbeza-beza• Kanak-kanak dapat mengenal pasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan.• Anak lelaki disuruh jangan menjadi ‘pondan’ dan anak perempuan pula disuruh bersopan
  35. 35. Adat resam jantina• Anak lelaki juga tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif.• Ini terbukti mengenai pendedahan keluarga masyarakat Jawa dalam kehidupan.• Anak-anak lelaki akan diajak bertani oleh bapa manakala anak-anak perempuan akan diajar menguruskan kerja rumah oleh ibu.
  36. 36. Adat resam jantina• Kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga. Mereka menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka.• Sifat lelaki Jawa yang tegas dari luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi anak-anak secara terbuka tetapi disampaikan melalui isteri.
  37. 37. Adat resam jantina• Malah pandangan dan jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anak-anak. Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam.• Berbanding dengan perempuan Jawa, mereka lebih dicirikan sebagai seorang wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan.
  38. 38. Adat resam jantina• Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri sebagai “Kanca Wingking” yang bermaksud isteri adalah tulang belakang suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga.• Bertepatan dengan sikap dan sifat mereka yang feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami dari mencari rezeki.
  39. 39. Adat resam jantina• Wanita Jawa juga disifatkan sebagai pembantu kepada suami. Wanita yang lembut menjaga kebajikan suami.• Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita Jawa akan menyambut kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di atas sanggul sambil menunggu lauk dipanaskan, mereka akan memicit dan mengurut badan suami untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian bekerja.
  40. 40. kebudayaan kematian• Masyarakat Jawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu imam atau Kiai untuk menguruskan kematian.• Kemudian mereka akan menyebarkan berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh.
  41. 41. kebudayaan kematian• Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya menziarahi si mati.• Selepas tersebarnya berita tentang kematian, rumah si mati akan dikerumi saudara-mara dan sahabat handai.
  42. 42. kebudayaan kematian• Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip dapat menghalang mayat daripada dilangkahi hantu syaitan.• Di bahagian hadapan katil pula diletakkan sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayu setanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa.
  43. 43. kebudayaan kematian• Kedua-dua jenis kayu ini dibakar selagi mayat berada di atas rumah.• Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekali gus dapat menghalang hantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut.
  44. 44. kebudayaanperkahwinan
  45. 45. kebudayaan perkahwinan• Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet.• Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin bekerja.
  46. 46. kebudayaan perkahwinan• Ibu bapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yang mempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan tahu tanggungjawab terhadap keluarga.• Apabila ibu bapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik.
  47. 47. kebudayaan perkahwinan• Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan kepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut.• Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang datang dijamu dengan sempurna. Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan dijamukan dengan makanan ringan.
  48. 48. kebudayaan perkahwinan• Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan masyarakat setempat selepas kenduri kelak.• Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara gotong-royong atau lebih dikenali sebagai rewang dalam bahasa Jawa.• Oleh itu, segala kerja menjadi ringan sebelum ketua dilantik.
  49. 49. kebudayaanperkahwinan
  50. 50. Kesenianpencak silat
  51. 51. Kesenianjaipongan
  52. 52. Keseniangamelan
  53. 53. Kesenianwayang golek
  54. 54. Keseniankuda renggong
  55. 55. Keseniankuda lumping
  56. 56. Kesenianangklung
  57. 57. Kesenian buncis
  58. 58. kesanbahasa
  59. 59. kesanmakanan
  60. 60. kesanmakanan
  61. 61. kesanmakanan
  62. 62. pakaian
  63. 63. kesanpakaian
  64. 64. kesanpakaian
  65. 65. kesanpakaian
  66. 66. sumbangan Wujud masyarakat majmuk. Wujud kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Menyumbang kepada pembangunan negara.

×