Tugasan 1 kbk 3073

10,920 views

Published on

3 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
10,920
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
541
Comments
3
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 1 kbk 3073

  1. 1. 1.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS1.1 PENGENALANPerbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak didalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akanberjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikutinorma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkanciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaankognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak inijuga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalahpenglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencatakal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanakberkeperluan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalianKementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluankhas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas inimungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidaksempurna kerana penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yangdihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus,kasih sayang dan perhatian, yang menuntut kesabaran serta komitmen guru dalammendidik mereka.
  2. 2. 2.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MENGIKUT KATEGORIKanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi,tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Secara lebih terperinci lagi kanak-kanakberkeperluan khas boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada gambar rajah 1.0 dibawah: Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Masalah Masalah MasalahPembelajaran Pendengaran Kesihatan atau Penglihatan Fizikal Masalah Desleksia Komunikasi: Attention/Deficit Hiperactivity Disorder Bahasa dan (ADD/ADHD) Pertuturan Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku Lembam (Slow Leaner) Terencat Akal Sindrom Down Autisme Pintar Cerdas Palsi Serebrum (Cerebral Palsy) Rajah 1.0: Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  3. 3. Setelah melihat gambar rajah 1.0 kita dapat menganalisis secara keseluruhan bahawakanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada Masalah Pembelajaran, MasalahPenglihatan, Masalah Pendengaran, Masalah komunikasi: Bahasa dan Pertuturan, danMasalah Kesihatan atau Fizikal. Namun, dalam aspek masalah pembelajaran terdapatpelbagai jenis masalah yang dipecahkan kepada sembilan kategori lagi seperti yangterdapat dalam rajah tersebut. Sebelum merungkai lebih jauh lagi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini,adalah penting kepada kita untuk mengetahui definisi setiap kategori ini untuk melihatperbezaan dan memahaminya dengan lebih mendalam. Perlu diingatkan bahawasebagai bakal pendidik yang akan berkhidmat secara khusus dalam bidang ini ataulebih sinonim sebagai guru Pendidikan Khas, menghayati definisi setiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas adalah sangat penting. Hal ini perlu diambil berat bagimencari corak pembelajaran, intervensi dan sebagainya yang sesuai bagi setiap kanak-kanak yang dikenalpasti dalam mana-mana kategori ini. Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatanperkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan,penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripadakerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya danpersekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individubermasalah pembelajaran adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapatperbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalahpembelajaran. Antaranya ialah kanak-kanak Desleksia, Attention/Deficit HiperactivityDisorder (ADD/ADHD), Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku, Lembam (Slow Leaner),Terencat Akal, Sindrom Down, Autisme , Pintar Cerdas, dan Palsi Serebrum (CerebralPalsy). Seterusnya ialah Masalah Kesihatan atau Kecacatan Fizikal yang merujukkepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukanpengubatan atau peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Iatermasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf
  4. 4. yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang,sendi dan otot. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jikakerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggupembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyaipenglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahappenglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaanlensa. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakanpenglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dansentuhan. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengarandan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor merekasebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan merekayang terhad. Kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dikategorikan kepada dua iaitusepara pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaranakan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Tahapkehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengarlebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyaitahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang seterusnya ialah MasalahKomunikasi yang merangkumi dua kategori iaitu masalah bahasa dan pertuturan.Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), USA, telah mendefinisikan masalahbahasa dan pertuturan sebagai suatu masalah komunikasi seperti gagap dan masalahpenyebutan, masalah bahasa. Lebih spesifik lagi, masalah bahasa didefinisikansebagai kelemahan dalam pemahaman, lisan dan tulisan. Masalah ini mungkinkelemahan dalam bentuk bahasa, kandunga bahasa, dan pragmatik. Masalahpertuturan pula merupakan kecacatan suara, penyebutan bunyi-bunyi pertuturan,dan/atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat dalam penyampaian dan penggunaansimbol-simbol lisan.
  5. 5. 2.1 MASALAH KECACATAN FIZIKAL ATAU KESIHATANMasalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalamiketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas sepertipendakap (braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologiyang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) sertakecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yangboleh dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah: Kecacatan fizikalCerebral Palsy Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga mungkin mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal.Epilepsi Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak menggeleter.Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan pembedahan.Muscular dystrophy Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak- kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.Limb deficiencies Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna. Ini mungkin disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa
  6. 6. kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu.Asthma Masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronchial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini boleh dibantu dengan dadah dan penggunaan “nebulisec”.Diabetes Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pancreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul.Leukemia Satu bentuk kanser yang agak biasa dikalangan kanak-kanak. Penyakit ini menyebabkan peningkatan secara mendadak sel putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya. Jadual 1.0: Kategori masalah yang dihadapi oleh individu dengan kecacatan fizikal.2.1.1 CARA MENGATASIPendekatan secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang kompleks berkaitankeperluan perubatan, pendidikan, terapi, vokasional dan sosial di kalangan individuyang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan sangat relevan. Kerjasama antarapelbagai disiplin dilihat sebagai dapat membantu menyelesaikan isu dalam pendidikandan perubatan dan memberikan manfaat kepada golongan ini. Terdapat dua kumpulanpenting dalam menjayakan pendekatan kumpulan pelbagai disiplin iaitu ahli terapi fizikaldan ahli terapi carakerja.
  7. 7. Ahli terapi fizikal bertanggungjawab dalam perkembangan dan mengekalkankemahiran motor, pergerakan dan postur badan. Mereka selalunya menyarankanlatihan yang sesuai untuk meningkatkan kawalan otot dan keperluan penggunaan alatbantuan seperti penyokong secara berkesan. Prosedur yang sering digunakan adalahseperti urutan dan memasukkan aktiviti lain selain berenang, rawatan pemanasan sertapanduan kedudukan makan yang betul. Ahli patologi bahasa-pertuturan adalah salah satu daripada pakar lain yangturut terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin. Mereka menyediakan terapi pertuturan,intervensi bahasa, koordinasi motor oral seperti mengunyah dan menelan sertakomunikasi argumentatif dan alternatif. Pembantu kesihatan pula bertanggungjawabdalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan prosedur rawatan dalam kelas.Pekerja sosial perubatan membantu pelajar dan keluarga untuk berfungsi sepenuhnyadengan tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai halangan. Pengubahsuaian persekitaran dilakukan untuk membolehkan pelajar yangmempunyai masalah fizikal dan kesihatan terlibat dengan sepenuhnya dalam aktivitidan secara berdikari di sekolah. Pengubahsuaian persekitaran penting supaya pelajardengan masalah fizikal dan kesihatan dapat dilihat dengan sepenuhnya secaraberdikari di sekolah. Salah satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan adalah denganmeningkatkan aksebiliti sekolah dan bilik darjah. Halangan arkitektural akanmengehadkan pergerakan pelajar berkerusi roda atau mempunyai limitasi fizikal.Halangan arkitektural berupa laluan jalan, rem, pintu, lantai yang tidak licin, danfountains. Kebanyakan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatanmemerlukan penjagaan kesihatan khas dengan prosedur tertentu seperti pengambilanubatan secara teratur, pembersihan tiub kencing secara berkala, penjagaan lubangyang ditebuk pada leher dan penjagaan respirator atau ventilator dan menguruskankeperluan nutrisi dan diet khas.
  8. 8. 2.2 MASALAH PENGLIHATANKanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jikakerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggupembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyaipenglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahappenglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaanlensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakanpenglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dansentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normalseperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan sertaperkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta jugakaadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotormereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segineurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatianlebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guruatau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman merekayang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa.Contohnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untukperkataan „bulat‟ dan menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata ataumenutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyikmenggosok mata tanpa sebab dan ini menyebabkan mata merah dan membengkak.Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala dan loya. Apabila membaca kanak-kanak ini akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangipenglihatan mereka.
  9. 9. 2.2.1 PUNCA MASALAH PENGLIHATANTerdapat pelbagai punca masalah penglihatan seperti: i. Baka dan keturunan ii. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir iii. Rubela iv. Sifilis v. Kecederaan vi. penyakit2.2.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATANKognitifi. Tidak memahami benda-benda abstrakii. Pengamatan dan daya anggaran berat sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas.iii. Tidak memahami konsep bentukiv. Keliru dengan hurufPsikomotori. Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam mata pelajaran Matematik.ii. Lebih mengetahui konsep sejuk dan panas melalui sentuhanEmosi dan Tingkah Lakui. Selalu menutup mata sebelahii. Sering mencari-cari baris ayat yang dibacaiii. Meniru kerja kawaniv. Kerap menggosok matav. Selalu terlanggar objekvi. Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening
  10. 10. 2.2.3 CARA MENGATASIPelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacatpenglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, di antaranya ialah„meta analysis‟ dimana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dandiuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujianmenunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber ataupetunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepadasesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985). Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahandan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayiperlu diberikan pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa danadik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat padaseseorang bayi. Seseorang kanak-kanak cacat penglihatan sering menunjukkantingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaanatau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang.Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993).Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikangelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukanmereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek. Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadikekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak sepertiapakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perludiberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untukmendapatkan perbandingan jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagaielemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz bolehdilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh,adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz X. Perbezaan ini bolehditerangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan merekamembuat perbandingan saiz.
  11. 11. 2.3 MASALAH PENDENGARANTerdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekakbermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak inimenerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekakperlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahapkehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengarlebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyaitahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanyadikenalpasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanakyang menunjukkan masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orangmengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untukmengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidaklancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyainada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar.Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan meninggikan nadanyapada tahap yang agak kuat. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial,emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.2.3.1 TAHAP KEHILANGAN PENDENGARANTahap kehilangan pendengaran ialah:1) Kurang pendengaran a. Ringan (mild) Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB Memahami perbualan
  12. 12. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh Memerlukan terapi pertuturan b. Sederhana (moderate) Tahap kehilangan pendengaran antara 41 – 55 Db Dapat mendengar bunyi setakat 1 – 1.5 meter daripadanya Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas Memerlukan laat bantu dengar Memerlukan terapi pertuturan c. Sederhana teruk (moderate – severe) Tahap kehilangan pendenngaran antara 56 – 70 dB Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat2) Pekak a. Teruk (severe) Tahap kehilangan pendengaran antara 71 – 90 dB Dapat mendengar bunyi pada jarak 0 – 30.5 meter daripadanya Menghadapi masalah pertuturan Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi b. Sangat teruk (profound) Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB Sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat Memerlukan alat bantu dengar, terapi pertuturan dan komunikasi2.3.2 PUNCA MASALAH PENDENGARANDipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu:Sebelum lahir
  13. 13. a) Baka yang disebabkan oleh genb) Bukan baka Jangkitan sebelum lahir seperti virus (rubella, demam glandular) Semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin Toksemia pada peringkat kelahiranSemasa lahira) Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telingab) Kelahiran tidak cukup bulanc) Kecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telingaSelepas lahira) Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virusb) Kemalangan yang mencederakan bahagian telingac) Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama2.3.3 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARANAntara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah: Tidak bertindak balas terhadap bunyi Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri Tidak memahami atau silap memahami arahan Kelihatan tidak memberikan tumpuan dan sentiasa mengelamun Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain, sangat pasif dan menyendiri Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
  14. 14.  Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan Telinga sering berair atau bernanah2.3.4 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARANAspek bahasa dan komunikasiKehilangan pendengaran menghalang secara serius perkembangan berkomunikasisecara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan pakar pertuturan, kanak-kanakbermasalah pendengaran mungkin mengalami perkembangan terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.Perkembangan sosial dan emosiPerkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyakbergantung pada pengalaman mereka, dan melalui perkembangan mereka sendiri bagimembolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan danmemahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke ataskonsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya.Perkembangan kognitifPerkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus duniamereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat,klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka.Perkembangan fizikal dan motorPerkembangan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalahpendengaran adalah serupa dengan kanak-kanak normal.
  15. 15. 2.3.5 CARA MENGATASIKaedah auditory oralKaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan sakibaki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alatbantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasaisyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading).Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiranmendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan merekamendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.Kaedah bacaan bibirKaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah inimemerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalamsituasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.Kaedah bahasa isyaratPada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkanperkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk AmericanSign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasaisyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).Kaedah komunikasi seluruhKaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaanisyarat dan pertuturan secara serentak.Pertuturan isyarat (cued speech)Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuktangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu),
  16. 16. ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyiperkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagimenentukan bunyi huruf vokal.Ahli audiologi dan ahli patologi pertuturan bahasaAhli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaandan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturanbahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturankepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantudengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yangmemberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunselingkepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman,2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaikakan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentukbahasa(Lokman, 2004).2.4 MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA2.4.1 MASALAH PERTUTURANMasalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan olehkanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalamcara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidakdapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-kanak itu bercakapmengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan diabaikan olehrakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaanperkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama dalam kemahiran interaksisosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi terhad. Masalah pertuturan bolehdikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suaradan masalah bahasa.
  17. 17. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubahbunyi sesuatu perkataan seperti perkataan “saya‟ menjadi “caya”. Kanak-kanak padakebiasaannya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanyatidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Gagap merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturanterganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelahdengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut terujadan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalulantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yangsama dan tidak berubah. Masalah pertuturan seperti masalah sebutan, gagap dansuara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasatidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran sepertimana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangankognitif kanak-kanak.2.4.2 CIRI-CIRI MASALAH PERTUTURANAntara ciri-ciri masalah pertuturan ialah:i. Masalah artikulasiMasalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturanyang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat ataupercakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkaraberikut: i. penggantian ii. pengguguran iii. pengubahan, dan iv. penambahan
  18. 18. Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataandigantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit” untuk“rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatubunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhirperkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga bolehmenghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggerismisalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan“s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyiperkataan tersebut, misalnya “sssyusyah” Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti“bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau“ammaminal”.ii. Masalah suaraMasalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidaknormal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suaraberbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurangmenyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness),dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan. Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluarmelalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaanini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Oleh itu kanak-kanaksumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal danbunyi-bunyi konsonan “n”, “m”, dan “ng “.
  19. 19. iii. Masalah kelancaranGangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dankelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturanyang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataanberulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadiakibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturanyang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normaldan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.2.4.3 PUNCA MASALAH PERTUTURANAntara punca masalah pertuturan ialah disebabkan kecacatan lelangit atau bibir ialahkerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yangmengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage)yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanakakan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturanorang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagimemudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataandengan pelat, misalnya “nacik” untuk “nasi”, “be‟ ak” untuk “berak” dan sebagainya.Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akanmengalami masalah menyebut perkataan dengan betul. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanakmisalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua ataulebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbinganorang dewasa sebagai model..
  20. 20. 2.4.4 CARA MENGATASIDi antara strategi yang digunakan adalah:a. Terapi PertuturanAktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atauperistiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul danmenggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.b. Terapi artikulasi (alat pertuturan)Melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk carapenyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktivitipermainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf,misalnya “r”. Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perludigerakkan untuk menghasilkan bunyi “r“ sebut.c. Pendekatan InteraktifMelalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa,guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semulajadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancanguntuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukansemasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran denganmenggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuanpendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak.Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagiperbendaharaan kata mereka.d. Komunikasi TambahanTerdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturanyang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan
  21. 21. diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalahbahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalahpendengaran.e. Terapi kumpulanApabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secaraberkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalahyang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.2.4.5 MASALAH BAHASAThe National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USAtelah mendefinisikan masalah bahasa sebagai “… adalah kelemahan dalamkeupayaan untuk memahami atau menggunakan perkataan-perkataan mengikutkonteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasatermasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upayamenyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaankata, dan tidak upaya mengikut arahan.” Masalah dalam aspek bahasa terbahagikepada dua iaitu: 1. Perkembangan lambat: Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Kebanyakkan perkembangan lambat berkaitan dengan peluang yang terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbang kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur.
  22. 22. 2. Kecacatan berbahasa: ia dapat dikesan sama ada dalam kemahiran yang dipelajari yang tidak berada dalam susunan yang tidak betul dan juga terdapat perbezaan yang ketara dalam perkembangan aspek bahasa. Contohnya ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak- kanak yang mengalami kecacatan berbahasa mempunyai ciri-ciri berikut bahasa berikut: a. Ayat-ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberi. b. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat. c. Sering terganggu percakapan sehingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut.2.4.6 CIRI-CIRI MASALAH BAHASAMasalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut: i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk drink”. ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris). iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
  23. 23. iv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.2.4.7 PUNCA MASALAH BAHASAAntara punca masalah bahasa adalah: 1. Kelewatan bahasa Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya. 2. Aphasia Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol- simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan. 3. Gangguan proses auditori pusat Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak
  24. 24. tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.2.4.8 CARA MENGATASIDi antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanakmengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut: i. Ajar bahasa di dalam situasi. Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun. ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal. Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka. iii. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan. Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan. iv. Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. v. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang
  25. 25. betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.2.5 MASALAH PEMBELAJARANIstilah masalah pembelajaran ( learning disabilities ) mula-mula sekali digunakan olehSamuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami masalah membaca hiperaktif, masalah matematik. Masalah pembelajaran diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitandengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal.Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses,menganalisa dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu ataulebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaanbahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaanmendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja ataupun mengira. a) Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripaa kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau factor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau pendengaran. b) Akta Masalah Pembelajaran Spesifik (specific Learning Disabilities Act, 1969) memperluaskan definisi Samuel Kirk. Ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir, bertutur, mengeja
  26. 26. dan mengira. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran ialah:Masalah pembelajaran Ciri-ciri AkademikMembaca Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti Menterb balikkan perkataan seperti „b‟ dan „d‟, „12‟ dan „21‟ atau „on‟ dan „no‟ Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bacaan, mengingat fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca.Menulis Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal Ejaan Kesukaran menjelaskan iedea melalui penulisan Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisanMengira Keliru dengan symbol Matematik dan salah baca nombor Kesukaran mengingati fakta Matematik Kesukaran dalam kiraan
  27. 27. Menukar aturan nombor Jadual 2.0: Ciri-ciri masalah pembelajaran akademik2.5.1 DISLEKSIADisleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran”dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa maksud “kesukarandengan perkataan bertulis”. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yangmengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan,menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupadalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau symbolmatematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalahpembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu:a) Kesukaran belajar bahasab) Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektualc) Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetakd) Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepate) Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisanf) Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta.2.5.2 PUNCA DISLEKSIAPunca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia tidak diketahui(Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinyadisleksia disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997;Hammond & Hughes, 1999).a) Keturunan/Genetik
  28. 28. Menurut Bradford (2001), dalam kebanyakkan kes murid disleksia, terdapat beberapa orang ahli keluarga; sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara terdekat; yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan ada tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh diwarisi. Namun, darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajian yang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991).b) Biologi Secara umum ianya disebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan, seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat menyukarkan. Semua faktor ini adalah kemungkinan menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah belajar disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minima. Mercer, (1997), yang menjalankan kajian mendapati pembentukan otak mereka yang mengalami disleksia adalah tidak sama dengan mereka yang tidak mengalami disleksia.c) Kematangan Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak- kanak perempuan (Hammond & Hughes, 1996).2.5.3 KATEGORI DISLEKSIAKanak-kanak yang mengalami disleksia boleh dikategorikan kepada dua iaitu:a) Disleksia Perolehan Menurut Ott (1997), disleksi perolehan adalah kesan daripada kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak
  29. 29. kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu: i. Disleksia yang dalam teruk, yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan berubah makna. ii. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan. iii. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak- kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama. iv. Disleksia huruf, di mana seseorang yang mengalaminya hanya boleh faham apa yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu perkataan.b) Disleksia Perkembangan Menurut Kennedy (1984), disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak lain, yang lebih muda 2 tahun atau lebih daripadanya. Ianya berpunca daripada kerosakan tisu-tisu tertentu atau gagal berfungsi secara keseluruhannya kerana jangkitan penyakit atau ketidakseimbangan kimia dalam badan. Kanak-kanak ini mempunyai intelek yang normal serta tidak mempunyai kekurangan daripada segi persekitaran dan sosial.Menurut Spafford 7 Grosser (1996), disleksia boleh dikategorikan kepada 3 bahagianiaitu:c) Disleksia Visual (pandang) Murid dalam kategori ini menghadapi kesukaran mengingat dan mengenal huruf dan konfigurasi perkataan dan abjad. Murid ini tidak berupaya menterjemah simbol bahasa yang bercetak kepada sesuatu yang dimaksudkan. Murid ini biasanya melihat sesetengah huruf atau sebahagian daripada perkataan secara terbalik. Contoh: Huruf „d‟…….dillihat sebagai „b‟ (kiri – kanan) Huruf „n‟…….dilihat sebagai „u‟ (atas – bawah) Perkataan „mandi‟ dilihat sebagai „maubi‟d) Disleksia Auditori (dengar)
  30. 30. Kesukaran utama yang dialami oleh murid ini ialah mengingat bunyi huruf, memahami bunyi mengikut sukukata dalam perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku-sukukata untuk menyebut perkataan. Ini disebabkan murid- murid disleksia auditori tidak berupaya mengenalpasti perbezaan kecil di antara bunyi vokal dan konsonan serta tidak dapat menggabungkan bunyi-bunyi tertentu dengan simbol yang bercetak. Murid disleksia auditoria mat sukar membunyikan rentak-rentak percakapan, menterjemahkan perkataan yang hampir sama bunyinya menggunakan fonik-fonik biasa dan membunyikan sesuatu perkataan dengan tepat.e) Disleksia Visual-Auditori Murid ini mempunyai ketidakupayaan untuk mengkoordinasikan tangan dan otot-otot lengan bagi menghasilkan tulisan yang baik. Mereka mungkin boleh membaca tulisan mereka tetapi orang lain sangat sukar atau tidak boleh langsung membacanya. Sesetengah tulisan murid tersangat kecil dan bentuknya tidak menentu. Ini adalah kesan dari kelemahan untuk memproses secara visual dan audio.2.5.4 CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIACiri-ciri kanak-kanak disleksia ialah:a. Masalah dalam Pembelajaran Perkembanga pertuturan bahasa yang lambat Kemahiran mengeja dan membaca yang lemah Keliru dengan perkataan yang hampir serupa Sukar mengikut arahan Sukar menyalin Lemah dalam menyelesaikan matematik Suka menggigit jari, pen dan merenung buku seolah-oallh tidak faham Bahan lisan lebih baik daripada penulisan Tulisan (tidak suka menulis, buruk, menekan semasa menulis dan tidak memulakan huruf besar di awal perkataan).
  31. 31. b. Kemahiran Motor Koordinasi yang lemah Pergerakan tangan yang luar biasa Lambat menulis Sukar memegang pensil dengan betul Sukar mengimbangkan diri Sukar menyepak dengan baik Sukar mengguntingc. Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor Butang baju salah butang Tali kasut tidak diikat rapi Kidal Perhatian singkat - keliru antara depan/belakang - kiri/kanan – bawah/atas Tidak berminat dalam pelajaran dan dilabel sebagai pemalas/bodohd. Pengamatan Tingkah Laku Keliru dengan konsep arah Keliru dengan konsep masa Kerap terasa tertekan Konsep kendiri yang lemah2.5.5 KESAN DISLEKSIA TERHADAP PEMBELAJARANKesan-kesan utama kanak-kanak disleksia terhadap pembelajaran ialah:1) Membaca Kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca menyebabkan
  32. 32. murid tidak dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan tentang kebolehan sendiri.2) Mengeja Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan mengehadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas. Kelemahan ini juga akan menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.3) Menulis Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran olelh murid disleksia akan memberi kesan negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis tersebut.4) Tulisan Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh membaca, kepantasan menulis, dan kematangan menulis. Kelemahan dalam mana-mana aspek ini akan menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah dalam pembelajarannya.5) Nombor Kesukaran yang dihadapi dalam numerasi adalah sama dengan kesukaran yang dihadapi dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor.6) Bahasa Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengetahuan, menggunakan perkataan, menamakan benda, mengingat suku kata bagi perkataan yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negatifnya juga merentas kurikulum.7) Emosi/Tingkah Laku Pencapaian prestasi yang rendah menyebabkan murid rendah diri dan kecewa. Ini boleh menyebabkan masalah tingkah laku yang lebih teruk, diikuti dengan pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya. Selain itu, masalah tingkah laku
  33. 33. menyebabkan murid menghadapi masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.2.5.6 CARA MENGATASIKajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan kaedah yang paling sesuaibagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deriaiaitu: i. Auditori ii. Visual iii. Oral iv. KinestetikBagi menjalankan kaedah ini, gabungan semua deria dijalankan serentak. Penggunaanhuruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh: A. Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf. B. Melihat huruf-huruf tersebut. C. Menyebut kembali huruf-huruf tersebut. D. Menekap huruf-huruf tersebut dengan jari. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pasir atau garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh: a. Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru. b. Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam. c. Mengulang kembali huruf yang disebut oleh guru. d. Menulis kembali huruf tersebut di atas pasir.
  34. 34. 2.5.7 ATTENTION DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER ADD/ADHDPersatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruanpsikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum berumur tujuh tahun.ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsive, dan/atau hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individupada tahap-tahap perkembangannya.2.5.8 CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHDAntara ciri-ciri kanak-kanak ADHD ialah:a. Tidak memberi tumpuan Gagal menyiapkan tugasan Tidak mengikut arahan Sukar memberi tumpuan pada satu-satu aktivitib. Impulsif Bertindak tanpa berfikir Bertukar daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain Sukar mengendali satu-satu aktiviti Sukar menunggu giliranc. Hiperaktif Berlari atau memanjat sebarang objek tanpa terkawal Sukar duduk di satu tempat dengan tenang Bergerak secara berlebihan semasa tidur Sentiasa aktif sepanjang masa
  35. 35. 2.5.9 PUNCA ADHDDi antara punca ADHD yang dikenal pasti ialah adalah:1) Faktor Keturunan Individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.2) Perbezaan Fungsi Otak Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Khusus bagi ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.3) Faktor Biokimia Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.4) Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.5) Kecederaan Otak Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah, merokok, atau akibat kekurangan oksigen.
  36. 36. 2.6.10 CARA MENGATASIAntara cara intervensi yang boleh dijalankan ialah:Sokongan Persekitarani. Susunan kelas bebas daripada gangguan tumpuan perhatianii. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkaniii. Menyusun pembelajaran seperti menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak.Intervensi Tingkah Lakui. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang dingini ditunjukkanii. Strategi pencegahan – iaitu memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringaniii. Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic dan lain-lain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukaiIntervensi Pengajarani. Arahan yang diberikan jelas, ringkas dan lengkapii. Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan tersebutiii. Pecahkan tugas yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih keciliv. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaranRawatanMenggunakan ubat yang diberi mengikut masa yang tetap.
  37. 37. 2.6.11 BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKUAkta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA, 1990) menggunakan istilah gangguanemosi. Seseorang didefinisikan sebagai gangguan emosi mempunyai satu atau lebihdaripada ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang mempengaruhipencapaian akademiknya: Ketidakupayaan untuk belajar yang tidak ada kaitan dengan kekurangan kebolehan intelektual, kekurangan sesuatu deria, atau faktor kesihatan. Ketidakupayaan untuk membina hubungan sosial yang berkekalan dengan rakan sebaya dan guru. Mudah merasai sedih dan kerap megalami depresi Menunjukkan simptom-simptom fizikal seperti pening kepala, muntah, sakit perut, serta ketakutan terhadap sesuatu. Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori, atau intelek. Majlis Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku di Amerika Syarikatmendefinisikan “masalah emosi” atau “masalah tingkah laku” sebagai ciri-ciri emosiatau tingkah laku yang berlainan daripada kanak-kanak biasa yang sama umur.Masalah-masalah berterusan dan menjejas prestasi akademik dan hubungan sosialpelajar, termasuklah masalah-masalah yang lebih khusus seperti skizofrenia,keresahan dan masalah emosi lain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.2.6.12 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKUTerdapat dua dimensi tingkah laku yang dipamerkan iaitu tingkah laku luaran dantingkah laku dalaman. Bentuk tingkah laku yang biasa dilakukan oleh kanak bermasalahemosi adalah tingkah laku luaran (external behaviour). Contohnya, kerap membangundari tempat duduk, menjerit, bercakap kuat, memaki hamun, mengganggu rakan,memukul, bergaduh, tidak menghiraukan guru, kerap mengadu, bertengkar keterlaluan,menipu, merosakkan harta benda (Walker, 1997).
  38. 38. Segologan kanak-kanak bermasalah emosi mempamerkan tingkah lakudalaman (internal behaviour) seperti mengasingkan diri, duduk perseorangan, dan tidakmahu bercampur gaul dengan orang lain atau bermain dengan rakan-rakan mereka.Lazimnya, mereka tidak mempunyai kemahiran sosial yang diperlukan untuk mencarikawan. Mereka lebih gemar melibatkan diri dalam dunia khayalan dan fantasi. Kadang-kadang mereka mengadu sakit, tertekan dan takut pada sesuatu tanpa sebab. Kanak-kanak ini kurang memberi masalah kepada guru apabila berada di dalam kelasberbanding kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku luaran.2.6.13 PUNCA MASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKUBeberapa teori dan kajian telah mengusulkan sebab-sebab wujudnya masalah emosi dikalangan kanak-kanak. Faktor genetik, faktor biologi otak, faktor persekitaran dan faktorkeluarga telah dicadangkan sebagai menyebabkan masalah emosi dan tingkah lakudikalangan kanak-kanak.Faktor BiologiSesetengah pendapat mengaitkan masalah emosi dan tingkah laku dengan biologi otakseseorang. Terdapat pandangan yang menyatakan masalah emosi dan tingkah lakudisebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal atau kerosakan otak yangdisebabkan oleh kesan daripada penyakit atau trauma yang membawa kecederaankepada struktur dan fungsi otak. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak adabukti yang kukuh menunjukkan bahawa masalah emosi dan masalah tingkah lakuberlaku disebabkan oleh kecederaan pada otak.Faktor PersekitaranTidak dinafikan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan penting dalampenentuan kewujudan masalah emosi dan masalah tingkah laku di kalangan ramaikanak-kanak. Dodge(1993) mengenalpasti 3 faktor persekitaran utama yang membawakepada masalah emosi di kalangan pelajar; iaitu asuhan awal yang kacau bilau serta
  39. 39. penuh ketegangan, tingkah laku agresif yang ditunjukkan semasa memasuki alampersekolahan dan penyisihan sosial oleh rakan-rakan sebaya.(a) AsuhanHubungan yang wujud di antara kanak-kanak dan ibubapa sejak kecil adalah cara yangkrikal untuk mereka berkelakuam. Pemerhatian terhadap interaksi di antara ibu bapadan anak menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengasuh anak mereka dengan penuhkasih saying, akan lebih peka terhadap keperluan anak mereka. Mereka lebihmemerhati setiap tindak-tanduk anak mereka bagi memastikan anak mereka bertingkahlaku positif. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang antisosialberpunca daripada keluarga iaitu : Ibu bapa tidak konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak mereka Ibu bapa menggunakan kekerasan dan dendaan yang berlebihan untuk menangani masalah tingkah laku. Ibu bapa yang meluangkan masa yang sedikit untuk merapat dengan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak memantau aktiviti anak mereka dan tidak tahu mana anak mereka berada Ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang yang sedikit dan kurang penghargaan terhadap tingkah laku yang baik.(b) SekolahSesetengah kanak-kanak telah pun mempunyai masalah emosi atau masalah tingkahlaku sebelum memasuki sekolah. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah emosi dantingkah laku tidak dapat dikenalpasti sehinggalah mereka berada di sekolah dan inimenimbulkan persoalan sama ada sekolah juga menjadi faktor kepada masalah tingkahlaku. Apabila memasuki sekolah, masalah emosi mereka mungkin berkurangan ataumenjadi lebih teruk. Masalah emsoi muncul semasa di sekolah, mungkin disebabkanoleh pengalaman dan amalan di sekolah. Contohnya, pengajaran kegagalan akademik,peraturan yang tidak jelas, peneguhan yang tidak konsisten, denda lebih bersifat
  40. 40. menghukum, kekurangan pujian oleh guru terhadap tingkah laku yang baik dan kaedahmengajar yang tidak member perhatian kepada keperluan pelajar. pelajar bermasalahemosi dapati sukar bercampur gaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.Akhirnya, mereka disingkirkan atau diabaikan oleh pelajar lain. Ini pula memudaratkanlagi masalah emosi yang dialami dan membawa kepada tingkah laku antisosial.2.6.14 MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKUMasalah Pertuturan• Gangguan pada penghasilan sebenar bunyiMasalah Bahasa• Sukar hasilkan perkataan untuk sampaikan pandangan• Sukar faham pertuturanMasalah Kecelaruan Kelancaran• Aliran pertuturan terganggu oleh perkara tidak normal pada: - penghentian - pemanjangan (ssss-saya) - pengulangan bunyi (s-s-s-saya) - suku kata (sa-sa-sa-saya)Masalah Kecelaruan Suara• Masalah dalam: - penggunaan nada - kekuatan dan kualiti suara (harsh) - berangin (breathy) - tegang (strained)
  41. 41. Masalah Bacaan Mengulang perkataan Menambah perkataan Salah sebutan Lemah daya ingatan Teragak-agak Mengeja semasa membaca2.6.5 CARA MENGATASIPengajaran Kemahiran SosialKemahiran sosial adalah komponen kurikulum yang penting untuk pelajar bermasalahemosi dan tingkah laku. Ramai dari kanak-kanak ini mempunyai masalah untuk berbualdengan kawan menunjukkan perasaan mereka, mengambil bahagian dalam aktivitikumpulan dan member respons dengan cara yang positif dan membina. Mereka seringterlibat dalam pergaduhan kerana kurang kemahiran sosoal atau menghadapi dengantenang peristiwa yang kurang menyenangkan. Contohnya, isu yang biasa akan menjadibahan ketawa atau diabaikan oleh kebanyakkan kanak-kanak tetapi boleh menjadipunca untuk kanak-kanak bermasalah bertindak ganas.Pengajaran Kemahiran AkademikKebanyakan pelajar bermasalah emosi lemah dalam kemahiran akademik terutamabagi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sekiranya, pengajaran kemahiranakademik kurang diberi penekanan dan tumpuan diberi kepada kemahiran sosial danpengurusan tingkah laku, maka pencapaian akademik pelajar-pelajar ini akan merosotlagi. Pengajaran kemahiran akademik hendaklah diatur dengan rapi sesuai dengantahap pencapaian pelajar. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pelajar bermasalahemosi dan tingkah laku yang diajar secara langsung dan secara sistematik bolehmencapai kejayaan cemerlang.
  42. 42. 2.6.16 LEMBAM (SLOW LEARNER)Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan KeperluanKhas (IDEA-1997) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus Kanak-kanaklembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanakyang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yangboleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis,mengeja dan mengira. Namun, masalah ini bukanlah berpunca daripada masalahpendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental. Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagaibeberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidaksempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak yang didefinisikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkankelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira sertaadakalanya mempamerkan masalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah lakudan bersosial (Rathus, 2004).2.6.17 CIRI-CIRI KANAK-KANAK LEMBAMMesse (2001) telah mengklasifikasikan ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanakmasalah pembelajaran khusus kepada:(a) Ciri-ciri Kognitif Kanak-kanak lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan (Messe, 2001). Kanak-kanak lembam juga mengalami kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.
  43. 43. (b) Ciri-ciri Akademik Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara (Hallahan & Kaufman, 2006; Messe, 2001) yang mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku. Dalam kemahiran matematik pula, kanak-kanak lembam sukar mengingat makna simbol-simbol yang digunakan atau menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang dan menggunakan beberapa konsep seperti campur, tolak atau bahagi.(c) Ciri-ciri Sosial-Emosi Ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya menyebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.2.6.18 CARA MENGATASIMenurut Shaw (2002) dalam pengubahsuaian kurikulum, mencadangkan beberapastrategi pengajaran iaitu:Mengubah yang Abstrak kepada KonkritMengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembamdapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat.Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya.Elakan daripada Membuat GeneralisasiKanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikankonsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segimemproses maklumat, mengingat kembali dan kurang berkemahiran membuatpenaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang khusus.
  44. 44. Membolehkan Kemahiran Asas Membentuk ‘Sub-Skill’ LainDengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatihmembentuk „sub-skill‟ lain melalui apa yang dipeljari. Contohnya apabila mereka telahmenguasai kemahiran membaca secara kuat „reading aloud‟, mereka akan dilatih untukmembaca secara senyap.2.6.19 TERENCAT AKALEvans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapatbelajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik merekayang normal dan yang, dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakanmaklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akalsebagai: “Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficit in adaptive behavior and manisfested during the development mental period that adversely affects a child’s educational performance”.Antara dua perkara yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang itu bolehdiklasifikasikan sebagai kerencatan mental ialah: a. Kefungsian Intelektual Kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada tahap intekletual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan lazim digunakan. b. Tingkah Laku Adaptasi Kebolehan kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti menurut sejauh manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti bercampur gaul, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya.
  45. 45. 2.7.0 CIRI-CIRI TERENCAT AKALMenurut Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal ialah:Ciri Kognitifi. Ingatan Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari.ii. Generalisasi Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat genealisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.iii. Metakognisi Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar menyelesaikannya.iv. Motivasi Mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah putus asa.v. Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mengambil masa yang lama untuk memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebagainya. Perolehan bahasa mereka kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan.Ciri AkademikDalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebihkeras, membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain.Ciri SosialKebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya menyebabkan merekaberkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial danmempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial halus sehingga aksi-aksi mereka seringdisalah tafsir oleh murid-murid lain.
  46. 46. Ciri Tingkah Laku TambahanTerdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yangkhusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau tabiat sukamencederakan diri.Ciri EmosiMereka perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan jugakemahiran sosial.Ciri Fizikal dan KesihatanMempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami sepertipenyakit jantung berlubang dan sebagainya.2.7.1 PUNCA KERENCATAN AKALPersatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) telah mengklasifikasi sebab-sebabkerencatan akal kepada tiga kategori umum iaitu Pranatal (berlaku sebelum kelahiranbayi), Perinatal (berlaku semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepaskelahiran bayi).Prenatal (sebelum kelahiran bayi)(a) Sindrom Down (Down Syndrome) Disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom 1 yang sepatutnya hanya sepasang tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan mental sederhana tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1 dariapada 1000 kelahiran bayi mengkin menhadapi sindrom down dan angka ini meningkat kepada 1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada umur 45 tahun.
  47. 47. (b) Sindrom Alkohol Janin (Fetal Alcohol Syndrome) Ibu yang hamil apabila meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayi terencat akal dan juga kerosakkan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu mungkin disalurkan kepada janin. Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalami gangguan tidur, lebih agresif dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanak- kanak yang mengalami masalah ini adalah kecil berbanding dengan kanak-kanak normal dan keadaan ini berterusan sepanjang hayat.(c) Sindrom Prader-Willi (Prader-Willi Syndrome) Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke-15. Mereka mempunyai selera makan yang tidak terhad sehingga ramai di antara mereka menjadi obesity atau gemuk. Selera makanan yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai masalah pembelajaran. Mereka mempunyai tangan serta kaki yang kecil dan mereka adalah lebih pendek berbanding dengan kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah dan bertindak tergesa-gesa serta keinginan mencederakan diri sendiri.(d) Mikrorganisma Terdapat juga pelbagai jenis mikrorganisma yang mengancam perkembangan janin dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan akal. Contohnya, ibu yang hamil yang menghadapi penyakit seperti rubella dan syphilis berkemungkinan tinggi untuk melahirkan bayi terencat akal.(e) Kemiskinan Ibu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurang sihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung.. Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkan kelahiran bayi kerencatan mental.
  48. 48. Perinatal (Semasa kelahiran Bayi) (a) Pramatang (premature): Bayi yang dilahrikan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental. Usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Antara punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, penggunaan dadah dan merokok. (b) Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap herpes simplex berkemungkinan tinggi melahirkan bayi kerencatan mental. (c) Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi sehingga menyebabkannya kerencatan mental. Posnatal (Selepas Kelahiran Bayi) I. Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerencatan akal. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang menghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Jika tidak dirawat dengan segera, kerencata akal mungkin berlaku.II. Persekitaran Kanak-kanak yang terdedahkan kepada logam berat seperti pelambum dan merkuri melalui makanan atau melalui pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran dan masalah emosi dan sebahagian mengalami kerencatan mental. Contohnya, keracunan pelambum berpunca daripada sesetengah cat rumah, paip air dan petrol.
  49. 49. 2.7.3 CARA MENGATASIProgram untuk Bayi dan Pra Sekolah(i) Model Home- Based – kanak-kanak menerima perkhidmatam di rumah daripada ibu bapa dengan bantuan ahli profesional bagi mengenal pasti keperluan, memperkembangkan program pengajaran dan memantau peningkatan.(ii) Program center-based – kanak-kanak terencat akal mendapat perkhidmatan dan pengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa.(iii) Program combination home-center-based – kanak-kanak menerima pengajaran di rumah dan juga di pusat. Ibu bapa diberi laltihan di pusat untuk mengajar anak mereka di rumah. Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat pemantauan dan membincangkan perkembangan anak mereka.Program untuk Kanak-kanak dan Remaja(i) Program kelas biasa – matlamat utamanya adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang paling bermakna dengan pengasingan yang paling minima daripada rajan sebaya. Pengajaran dilakukan dengan bantuan bahan-bahan pendidikan khas, perkhidmatan guru bergerak, guru resos, serta penilaian secara diagnostic.(ii) Program kelas khas – kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai memerlukan pendidikan khas akan ditempatkan di kelas-kelas integrasi.(iii) Program sekolah khas – sekolah khas harian dan sekolah khas berasrama penuh. Sekolah khas harian bagi kanak-kanak terencat akal teruk disebabkan peralatan yang diperlukan tidak ada di rumah.(iv) Program-program lain – pengajaran di hospital dan di rumah (homebound). Pengajaran di hospital diadakan bagi kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital dan bersifat sementara.
  50. 50. 2.6. SINDROM DOWNSindrom Down merupakan kecelaruan genetik menyebabkan kerencetan akal padakanak-kanak. Menurut Nasional Down Syndrome Society, USA (2003), terdapat 1daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan sebagai Sindrom Down yangdisebabkan lebihan kromosom ke-21 atau Trisomi 21. Individu yang mempunyai Trisomi21 mempuyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara kolektifnya dikenalisebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi ciri-ciri manakala Down adalahnama doctor yang berjaya mengesan dan menngumpulkan kesemua ciri danmencadangkan semua ciri itu berkaitan dengan masalah yang sama.2.6. PUNCA SINDROM DOWNBanyak kesalahan yang mungkin berlaku semasa proses pembahagian sel. Dalamproses meiosis, pasangan kromosom sepatutnya terbahagi (berpecah) kepada dua danpergi ke tempat yang berlainan dalam sel yang terbahagi itu, peristiwa ini dikenalisebagai „disjunction‟. Namun begitu, adakalanya terdapat sepasang kromosom yangtidak berpecah dan menyebabkan keseluruhan pasangan kromosom itu pergi ke dalamsatu tempat. Ini bermakna dalam sel-sel terbabit, satu sel mempunyai 24 kromosomdan satu sel lagi mempunyai 22 kromosom sahaja. Kejadian ini dikenali sebagai„nondisjunction‟. Kesannya, apabila sperma atau telur dengan jumlah kromosom yang tidaknormal ini bergabung dengan pasangannya yang normal, maka telur yang terhasilseterusnya akan mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal juga.
  51. 51. 2.6. CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN Ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down ialah: Ciri-ciri Fizikal dan Kesihatan i. Mata yang condong ke bawah atau ke atas ii. Bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala adalah rata menyebabkan kepala kelihatan bulat iii. Telinga kecil dan selalunya berkedudukan rendah iv. Bahagian dalam mulut lenih kecil menyebabkan kuran ruang untuk lidah sehingga menyebabkannya terjelir keluar v. Bentuk leher lebih pendek vi. Kaki dan tangan pendek, tapak tangan juga lebar dan rata, jari-jari pendekvii. Tapak kaki lebar dan jari-jari kaki pendekviii. Semasa bayi kanak-kanak ini mempunyai otot yang lemah dan terkepalai, serta lemah tindak balas ix. 30 – 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down menghadapi masalah jantung x. Mata kelihatan juling Ciri Personaliti dan Temperan Kanak-kanak Sindrom Down bukanlah mempunyai satu bentuk personaliti yang seragam tetapi mereka mempunyai variasi tret personaliti dan temperan yang pelbagai. Bagi bayi yang pada peringkat permulaannya tenang dan pendiam bertukar ceria, bebas dan bersifat ingin tahu adalah disebabkan penjagaan, ransangan dan pendidikan terutamanya semasa peringkat awal dan pertengahan zaman kanak-kanak dan seterusnya. Terdapat juga kanak-kanak yang kurang upaya dan lemah bertukar menjadi pemarah dan degil semasa remaja. Ciri Perkembangan Bahasa dan Kognitif i. Perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan kurangnya pengetahuan umum ii. Bermasalah mempelajari peraturan-peraturan tatabahasa iii. Boleh belajar perkataan baru dengan lebih mudah berbanding peraturan tatabahasa
  52. 52. iv. Bermasalah dalam memahami arahan-arahanv. Perkembangan kognitif mereka adalah lambat dan ukuran kecerdasan mereka dianggarkan di sekitar 70 pada tahun pertama.2.6. CARA MENGATASIAntara strategi yang boleh dilaksanakan ialah bagi membantu kanak-kanak SindromDown ialah:Masalah Penglihatan i. Tempatkan mereka di barisan hadapanii. Gunakan tulisan atau huruf cetak yang besariii. Lakukan persembahan secara jelas dan mudahMasalah Pendengaran i. Bercakap secara terus kepada pelajarii. Kukuhkan percakapan dengan ekspresi muka, isyarat atau gerak tubuhiii. Kukuhkan percakapan melalui tulisan, gambar dan bahan maujudKemahiran Motor Halus dan Kasar i. Sediakan latihan tambahan, panduan dan galakan semua kemahiran motorii.Sediakan aktiviti untuk menguatkan jari dan sendi pergelangan tangan seperti menjahit dan memotongiii. Lakukan aktiviti dan penggunaan bahan pelbagai deria yang luasMasalah Pertuturan Bahasa i. Beri masa untuk memproses bahasa dan tindak balasii. Gunakan bahasa yang mudahiii. Sediakan banyak permainan dan aktiviti mendengar, bahan-bahan visual dan sentuhan untuk mengukuhkan pertutura merekaiv. Sediakan peluang-peluang bercakap dengan orang lain lebih kerap
  53. 53. 2.6. AUTISMEIstilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan ismeyang bermaksud aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud kanak-kanak beradadalam dunianya sendiri. Persatuan Autisme Amerika Syarikat mendefinisiskan autismesebagai ketidakupayaan yang rencam yang ada pada kebiasaannya kelihatan padamasa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesandaripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. autisme dan tingkahlaku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapapt dalam 1 daripada 500 idividu.Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripadakanak-kanak perempuan. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) pula mendefinisikanautisme sebagai satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalammasa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut.Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihanintelek yang luas dan kerap kali menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik ataukemahiran mekanikal ataupun dalam bidang muzik dan lain-lain lagi.2.6. PUNCA AUTISMEPunca autisme adalah kompleks dan dalam kebanyakkan kes, punca yangmenyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yangpelbagai dan kajian-kajian terkini lebih tertumpu kepada masalah genetik, kefungsianotak, dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal. Dari segi genetik, adik-beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalamiautisme berbanding orang lain, terutamanya pasangan kembar seiras. Selain itu,autisme juga dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan denganperubatan seperti Fragile X Syndrome, tuberous sclerosis, dan phennylketonuria (PKU). Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan austisme.Antaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis,
  54. 54. kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan, dan bengkak cantik (mumps).Susunan kedudukan adik-beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autismeiaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau yangberikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau lebih (Gargiulo R.M. 2003). Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh behawa ketidakfungsianserebelum, sistem limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadikepada individu autisme. Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimunne dan juga faktorpersekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktorpersekitaran terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidakdapat dicernakan dengan baik menyebakan protein daripada makanan ini tidak bertukarmenjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk makanan yang akhirnya dibuangmelalui kencing. Bagi kanak-kanak autistic, pepton ini diserap kembali oleh tubuh,memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin atau casomorfin dangliadorfin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu.Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, tumpuan perhatian,dan tingkah laku (Jamila K.A Mohamed, 2005).2.6. CIRI-CIRI AUTISMEJamila K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanakIstiemwa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enambidang iaitu:1 Komunikasi a Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung b Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain c Jarang menggunakan bahasa
  55. 55. d Sukar diajak bercakap e Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja f Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan g Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami h Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu2 Interaksi Sosial a Suka bersendirian b Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain c Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan d Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut3 Gangguan Deria a Sensitif pada sentuhan b Tidak suka dipegang atau dipeluk c Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga d Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain e Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut4 Pola Bermain a Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya b Tidak suka bermain dengan rakan sebaya c Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung- lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya d Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas e Apabila menyukai sesuatu benda terus dibawa ke mana-mana sahaja5 Tingkah Laku a Sama ada hiperaktif atau hipoaktif b Melakukan perbuatan yang sama dan berulang-ulang seperti menepuk-nepuk tangan
  56. 56. c Sidak suka pada perubahan daripada apa yang dilakukannya d Dapat duduk lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi6 Emosi a Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab, mengamuk tidak terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang melakukan sesuatu yang diingininya b Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu c Ada kalanya mencederakan diri sendiri d Tidak rasa simpati da tidak memahami perasaan orang lain2.31 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISMEPerkembangan kanak-kanak autisme boleh dilihat daripada banyak aspek seperti:Perkembangan KognitifPerkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalahberbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecilyang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Mereka juga mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pulaberlaku pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulusoverselectivity iaitu perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapimereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal inidikekalkan dalam bentuk yang asal (uncoded form). Kanak-kanak istimewa tidak bolehmengekalkan maklumat dalam jangka masa yang panjang dan juga tidak berupayamembuat penyesuaian terhadap maklumat sebagaimana kebiasaan orang lain. Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali
  57. 57. untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitanantara dua perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka,membuat analogi dan seumpamanya. Namun terdapat juga individu autistic yang mempunyai kemahiran tertentu yangtinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa,contohnya dalam muzik, matematik dan seni lukis.Perkembangan BahasaDibahagikan kepada:A. Nonsegmental Phonology Kanak-kanak autistik yang lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau prosodi iaitu: i. Irama yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan ii. Pengeluaran bunyi vokal yng berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa iii. Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad iv. Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapanB. Bahasa Idiosinkratik Kanak-kanak autistik mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan atau frasa yang dikeluarkan unik. Semua bnetuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.C. Masalah Kata Ganti Nama Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autistik kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti „he‟ atau „she‟. Kata ganti nama kedua „you‟ digunakan untuk dirinya dan „I’ untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana mereka sukar memahami dan mengunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.
  58. 58. D. Ekolalia Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Boleh dibezakan iaitu: i. Ekolalia serta-merta – pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila perkataan disebut. ii. Ekolalia lewat – diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan tersebut. iii. Ekolalia ringan – pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.Perkembangan KomunikasiMereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi denganorang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yangdikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempatitu. Mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh oranglain dan sukar memahami bahasa badan serta ekspresi orang lain.Perkembangan SosialBoleh dikategorikan kepada: i. Penghindaran sosial iaitu kanak-kanak autistik akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka.ii. Bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi tidak pula menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukans sesuatu.iii. Kekok ketika bersosial, berlaku apabila individu autistik cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Ini disebabkan mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, sikap dan emosi.
  59. 59. Perkembangan Emosi Kanak-kanak autistik sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham. Mereka juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau.2.6.2 CARA MENGATASIProses intervensi untuk kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah inidikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat awal tertumpu kepada rawatan perubatandan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang sering digunakan bagi kanak-kanak autistik ialah penggunaan ubat Ritalin bagi merawat masalah kurang tumpuandan hiperaktif serta pengambilan vitamin B6 bersama magnesium untuk membantumeningkatkan kesedaran dan tumpuan mereka. Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik untukmenambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang ataumenghapus tingkah laku kurang sesuai. Antara teknik yang digunakan ialahpengasingan, kejelakan, time-out, memberi ganjaran dan sebagainya. Pendidikan yangberstruktur serta pengurusan intervensi semasa awal kanak-kanak lagi bolehmembantu mengembangkan potensi mereka. Perkhidmatan intervensi awal ini adalahpenting untuk mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Antara intervensiawal yang digunakan bagi kanak-kanak autisme adalah bermula dengan pembentukanIndividualized Family Service Plan (IFSP), yang akan memenuhi keperluan dalambidang kemahiran sosial, kemhairan urus diri, komunikasi, dan pengurusan tingkahlaku.
  60. 60. 2.6.3 PINTAR CERDASPintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.Ross (1993) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanakdikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkanprestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaiandi tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yangsebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkanprestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki kepimpinan yang luarbiasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.2.6.4 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDASAntara ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ialah:Tahap IQ yang TinggiPintar cerdas diertikan mempunyai IQ yang tinggi (130 mata), (Grinder, 1985). MenurutClark, 1997, mengatakan bahawa IQ semata-mata bukanlah faktor menentukan pintarcerdas. Beliau menyatakan kefungsian intelek yang tinggi dan cepat dalam empatkomponen intelek menunjukkan prestasi yang tinggi pada individu pintar cerdas iaitukognitif, efektif, fizikal dan intuitif.Pemprosesan MaklumatSternberg & Zhang, 1995 berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdsa mempunyaikebolehan-kebolehan seperti berikut: i. Asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat dari ingatan yang tersimpanii. Mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan masalahiii. Kemahiran metakognitif yang akan meregulasi, mengawal penggunaan strategi menyelesaikan masalah.
  61. 61. Perbezaan Secara Kualitatif Eysenck (1986) berpendapat secara kualitatif kanak-kanak pintar cerdas berbeza dengan kanak-kanak biasa dari segi memproses maklumat kerana mereka dapat memproses maklumat dengan tepat sebab transmisi antara sel-sel di dalam otak lebih cekap. Oleh itu, mereka dapat menangani kehendak intelek yang timbul walaupun pad umur yang muda. Kreativiti Tinggi Guilford & Torrance menyatakan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan menunjukkan kebolehan-kebolehan berikut: i. Kelancaran fikiran: boleh mengeluarkan idea yang banyak ii. Fleksibiliti: boleh menukar corak pemifikiraniii. Ketulinan: boleh mengeluarkan idea yang tidak dijangkaiv. Eloborasi: boleh meluaskan pemikiran dan menilai kesan. Prestasi Luar Biasa Stankowski (1987) berpendapat kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri kematangan dan prestasi orang dewasa lebih jelas berbanding dengan umurnya. Kemahiran Metakognisi Tinggi Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan keupayaan metakognisi yang tinggi iaitu: i. Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi ii. Berupaya mengurus kendiri dengan cemerlangiii. Motivasi kendiri yang tinggi, kehendak yang kuat untuk menguasai kemhairan baru. Motivasi instrinsik lebih ketara pada mereka.iv. Kemahiran menumpukan perhatian yang tinggi v. Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi: belajar dari kesilapan, insentif yang tinggi untuk berjaya, lebih persisten dan pembelajar yang reflektifvi. Berdikarivii. Kemahiran bahasa dan percakapan yang tinggi

×