Kajian model assure

3,522 views

Published on

Kajian model assure

  1. 1. Rasional Ciri-ciri Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan “Courseware” Pengajaran dan PembelajaranFakulti : Pendidikan dan Pembangunan ManusiaPengkhususan : Rekabentuk Instruksional dan TeknologiNama : Normah Bt DaliKursus : MTM 6063 Rekabentuk Pembangunan Perisian Multimedia InteraktifPensyarah : Dr. Norasikin Bt Fabil 1
  2. 2. Rasional Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan “Courseware” Pengajaran dan Pembelajaran Normah Bt Dali Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris normah_dali@yahoo.comAbstrakKertas kerja ini membincangkan tentang ciri-ciri rekabentuk instruksional model ASSUREdalam pembangunan “courseware” pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai modelrekabentuk instruksional yang boleh dijadikan panduan untuk membangunkan “courseware”.Walau bagaimanapun, fokus utama adalah untuk mengkaji rasional ciri-ciri model ASSUREdalam membangunkan sesuatu courseware pengajaran dan pembelajaran.Kata kunci : “Courseware”, rekabentuk instruksional, model ASSUREPengenalan Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kinitelah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio,video dan grafik yang menarik menjadikan courseware guru lebih menarik dan sangatsesuai digunakan di dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu, adakah bahan atau media yangdihasilkan ini sesuai dengan kehendak pelajar? Adakah setiap bahan yang kita hasilkan sesuaidengan iklim bilik darjah pada masa tersebut? Kesemua persoalan ini amat berkait rapatdengan model-model “rekabentuk instruksional” yang semakin tersebar. Tidak kira bidangpendidikan maupun sektor awam yang lain seperti bidang ketenteraan, courseware yangdihasilkan berasaskan model-model reka bentuk instruksional amat penting dalam prosespenyampaian maklumat.Courseware Sejajar dengan perkembangan teknologi, bahan-bahan pengajaran multimedia turutdihasilkan dalam pelbagai bentuk. Paparan dalam bentuk imej, animasi bergambar dan tulisanyang ditambahkan audio beserta video –video yang menarik melalui CD, DVD dan lamanweb telah membuka lembaran baru kepada dunia pendidikan hari ini khasnya kepada gurudan pelajar. Pembangunan “courseware” yang interaktif seperti video boleh dilihat menerusikajian Nicholson (1996) menerusi jurnalnya yang bertajuk Managing the Development and 2
  3. 3. Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Menurut beliau,pembangunan sesuatu courseware harus mengambilkira ciri-ciri seperti yang terdapat didalam model rekabentuk instruksional yang ada sekarang.Rekabentuk Instruksional (ID) Sungguhpun idea berkaitan model rekabentuk instruksional telah lama wujud sejakperang dunia kedua, namun penggunaannya masih relevan dan terus tersebar terutamanya didalam bidang pendidikan. Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) merekatelah mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematikbeserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendapatini disokong oleh seorang lagi pengkaji yang turut menyatakan bahawa rekabentukinstruksional adalah satu sistem yang dibentuk untuk membangunkan bidang pendidikan danprogram latihan yang konsisten dan relevan masa kini (Akbulut, 2007, p. 63). Berdasarkankajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, terdapat beberapa modelrekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikanasas bagi pembangunan “courseware” pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranyaialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup Hashim (2006)yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancangpembangunan media instruksional secara sistematik.. Ciri-ciri dan rasional bagi model rekabentuk instruksional ini akan dibincang dengan lebih terperinci pada bahagian yangberikutnya.Model ASSURE Model ASSURE merupakan ringkasan atau “neumonik” daripada beberapa perkataaniaitu:Analyze Learners (Analisa pelajar)State Objectives (Nyatakan objektif)Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah dan media)Utilize media and Materials (Menggunakan media)Require Learner and Participation (Tindak balas pelajar)Evaluate and Revise (Menilai dan menyemak semula bahan) 3
  4. 4. Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) model ini merupakan proseduratau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambilkiramedia dan teknologi. Ringkasnya model ini menekankan pembangunan courseware yangsesuai di bilik darjah. Sungguhpun begitu, apakah rasionalnya model ASSURE ini?Rasional Ciri-ciri Model ASSURE dalam Pembangunan “Courseware”Menganalisis Pelajar (Analyze Learners) Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatucourseware dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latarbelakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasifmaka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidakmembosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkirasupaya courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guruingin membangunkan courseware bagi topik iklim empat musim dalam subjek geografi, guruperlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebutatau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlumemikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perluberada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihanyang tepat untuk topik iklim. Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting keranamelalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yangbaik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik mampumendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isupembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokongbahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikanmaklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawacourseware tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronokdi dalam bilik darjah.Menyatakan objektif (State Objectives) Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yangingin dicapai. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat pentingsupaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada “courseware” 4
  5. 5. yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong olehNicholson (1996) di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagisesuatu courseware amat perlu bagi memastikan keberkesanan “courseware” yang digunakansemasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atauhasilan yang ingin di capai (Yusup , 2006, p. 7). Contohnya dalam topik bearing georafitingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Makapembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang membolehkan pelajar mengukurbearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukurkebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepadaguru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah danmemilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunancourseware berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearingdengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru.Memilih kaedah dan media Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai “courseware” yang sesuai danmenarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi cirimodel ASSURE. Media atau “courseware” yang dipilih haruslah berdasarkan tingkatkebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya guru inginmenyampaikan isi pelajaran berkaitan aktiviti gunung berapi kepada pelajar geografitingkatan 4. Sebelum topik ini diajar, seharusnya guru memilih dahulu kaedah dan mediayang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai. Adakah ciri inisesuai diaplikasikan untuk membangunkan “courseware”? Tegasnya, walaupun pelbagai media boleh digunakan, saya berpendapat guru harusmempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik danmampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. Bahan video ini sangatrelevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar.Pendapat ini turut disokong Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati bahawaguru di Hong Kong turut menggunakan bahan video berkaitan gempa bumi dalam pengajarangeografi bagi sub topik bencana alam. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakandengan meluas dalam bidang pendidikan. 5
  6. 6. Menggunakan media Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu “preview’media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi,pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Jika dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan di atas amat pentinguntuk dilaksanakan oleh guru. Berdasrkan kajian Adelina & Rafiza (2006) dari UniversitiMalaya yang menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepaspelajar menggunakan CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris,60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan tersebut membantu pelajar menguasai kemahiranberbahasa Inggeris. Jika diteliti, penggunaan media yang mengambikira 5 prinsip yangditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sungguhpunbegitu, perlu diingat bahawa penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktupengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya dapatdisesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya bagi subjek geografi yang diperuntukkanwaktu yang terhad iaitu 3 kali seminggu.Tindak balas pelajar Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Deweypada awal era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaranyang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubidan projek. Apakah rasionalnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini? Ringkasnya,pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar.Contohnya pembelajaran secara “hands-on” seperti melabelkan kawasan perlombongan bijihtimah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar.Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta Malaysiaberbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan tersebutsehingga pelajar menjadi bosan. “Courseware” yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurangmembantu pelajar dan tidak efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005 yangmengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yangmelibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektifpembelajaran. Pembangunan “courseware” yang kreatif dan mampu melibatkan pelajarsecara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar. 6
  7. 7. Justeru itu, “courseware” yang dibangunkan berasaskan model ASSURE yang mampumerangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan dalam pengajaran danpembelajaran.Menilai dan menyemak semula bahan Penilaian “courseware” boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yangdinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan “courseware” secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan olehYusup (2006): a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan“courseware” dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan “courseware” akan terusdilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapaiobjektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatifatau penilaian sumatif. Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukankerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru bolehmemperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran danpembelajaran.Kesimpulan Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan“courseware’ pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model inibukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malahsetiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap prosespengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri modelASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan “courseware” pengajaran danpembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaranguru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadilebih mudah, menarik dan berkesan. 7
  8. 8. RujukanAdelina Asmawi & Rafiza Abdul Razak (2006). The Instructional Design Evaluation of a Courseware of a Malaysian Virtual University. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/0406/01-0705_ Adelina_ UM_ edited [1]-final.pdfAkbulut, Y.(2007). Implication of Two Well-Known Models For Instructional Designers in Distance Education: Dick-Carey Versus Morrison-Ross-Kemp. Diperolehi pada 9 Januari 2011, sumber dari http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED496543.pdfBaharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali., Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning “Goal Programming” Using an Interactive multimedia Courseware: Design Factors and Students’ Preferences. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/ 8165/1/8165.pdfMolenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design. Diperolehipada 2 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf.Nicholson, A. Y. W. (1996). Managing the Development and Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Diperolehi pada 1 Januari 2011, sumber dari http://www .ascilite .org. au /ajet /ajet12 /nicholson.htmlSmaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi.Diperolehi pada 8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/ 2006/12/12/penggunaan-teknologi-instruksoinal.html 8

×