Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

166 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

  1. 1. 50 rangsangan mudah menjadikan anak bijakPakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertamakehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Andatidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbasuntuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaikbaginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. ..jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun,kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untukmerangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidurmalam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkansains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas danlihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awalusia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenunganda, dia sedang membina memorinya.2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapatadalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar diantara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, diaakan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yanganda biarkan senyap tadi.3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama manayang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya.Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkanhubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelairambutnya.4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahirsemuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia
  2. 2. menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillahgambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian,„bacalah‟ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenaliatau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa,merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi.Permainan seperti „cak cekur‟ dan „labah-labah panjat perigi‟ dapatmengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnyalebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunyaada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihatkedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapatmembantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaanapabila dia besar kelak.8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalampendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semuaperkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau“Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untukmembekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yanganda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukarlampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Adakajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitandengan pembelajaran matematik.10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu
  3. 3. menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian.Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yangberbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahansapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil berceritabagaimana rasanya.12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari danmenyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,”sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka,tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corakdan lihat reaksinya.15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkansahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deriayang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu danbiarkan dia mencari.16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayisemuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jikadibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajarbahasa.17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan diaketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan
  4. 4. hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahayaterang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke manadia membawa anda.19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cariobjek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaikikereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk andapula mencarinya.20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudahboleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza –termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar.Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barangmainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembalikepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnyasedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa kepingkertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya danbiarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyiananeh yang anda buat.23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satupermainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan diameneka sambil mencari mainannya.24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor denganmeletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dankemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah,di atas atau di sekeliling halangan tersebut.25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka
  5. 5. mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apayang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalikatau ketawa.26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidunganda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tariktelinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegangkepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudiantukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah denganmendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me‟label‟ barangan tersebut.28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dantukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalamcermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budakcomel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu”senyum dan melambai padanya.30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya denganmemberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan:mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahubahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal namawarna.31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit,mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayianda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada
  6. 6. membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapatmeningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak andasusunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemaritangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambardengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripadasoalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakulibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucingputih?”)35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drnganseseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaikmanapun rancangan itu mengajarnya36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelahmeja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di manahidangan diletakkan setiap kali waktu makan.37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat duasalinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kadsuai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anakanda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, andaboleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap kebawah (menelangkupkannya) .38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kalipertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-samadengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahasdan memorinya.
  7. 7. 39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atasrumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan danmerupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya(kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku,kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “IniIbu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan „gurauan‟ anda ituuntuk membina naluri humour dalam dirinya.42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaianlama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Mainpermainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawaanda.43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastikyang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya.Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh.Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebihkecil.44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauhdan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anakbercakap dengannya di telefon.45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantumengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga bolehmengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan andamenganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu,
  8. 8. barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satuabjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A,potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumahdengan kapur.48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu diamasih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baruuntuk bermain dengan permainan lamanya itu.49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-bezasupaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermainpermainan lain.50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dantanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yangmembuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apayang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkansehinggalah dia masuk Universiti nanti

×