SlideShare a Scribd company logo
1 of 71
Download to read offline
LAPORAN MISI
SUKARELAWAN SISWA
YSS KE LUANG
PRABANG, LAOS
BAN NA PHO
11 / 09 /2014 – 29 / 09 / 2014
2014
Yayasan Sukarelawan Siswa
10/9/2014
2
BIL PERKARA HALAMAN
1.0 PENGENALAN
1.1 SEJARAH LAOS 4
2.0 SENARAI SUKARELAWAN 6
3.0 LATAR BELAKANG KAMPUNG
3.1 LOKASI KAMPUNG
3.2 ORGANISASI KAMPUNG
3.3 SUMBER EKONOMI
3.4 AGAMA, BAHASA DAN BUDAYA RASMI
3.5 SENI BUDAYA, BAJU KEBANGSAAN DAN MAKANAN
7
7
7
7
8
4.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH 10
5.0 KLUSTER PENDIDIKAN
5.1 KAEDAH MENGUMPUL DATA
5.2 SOLUSI YANG DICADANGKAN
5.3 LANGKAH PERLAKSANAAN
5.4 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (TEACHING AID)
5.5 IMPAK PENGAJARAN ‘FUN LEARNING’ BAGI SUBJEK BAHASA
INGGERIS
5.7 PENUTUP
13
14
16
17
24
24
25
6.0 KLUSTER KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
6.1 KAJIAN KES
6.2 SOLUSI
6.3 IMPAK
6.4 PENGEDARAN RISALAH KESIHATAN
28
29
31
32
33
7.0 KLUSTER INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
7.3 TINDAKAN
7.4 DASAR
7.5 IMPAK
36
38
38
40
8.0 KLUSTER KHIDMAT KOMUNITI
8.1 PROJEK KOMUNITI 1(i): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH
KAWASAN KAMPUNG
8.2 PROJEK KOMUNITI 1(ii): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH
KAWASAN SEKOLAH
42
43
45
ISI KANDUNGAN
3
8.3 PROJEK KOMUNITI 2: PEMBINAAN SEMULA PAGAR SEKOLAH
8.4 PROJEK KOMUNITI 3: MELUKIS DAN MENGECAT DINDING
(MURAL)
8.5 PROJEK KOMUNITI 4: PENYAMBUNGAN WAYAR DI
BANGUNAN SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO
8.6 PROJEK KOMUNITI 5: MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BAGI
SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO
8.7 PROJEK KOMUNITI 6: MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI
TANGGA SEDIA ADA DI BAHAGIAN PAGAR SEKOLAH
8.8 PROJEK KOMUNITI 7: MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN MINI
8.9 PROJEK KOMUNITI 8: MEMBINA TIANG GOL
8.10 PROJEK KOMUNITI 9: MEMPERBAHARUI PAPAN KENYATAAN
8.11 PROJEK KOMUNITI 10: MEMBINA MONUMEN PERINGATAN
46
50
53
56
59
61
63
65
67
9.0 LAPORAN KEWANGAN
9.1 LAPORAN PERBELANJAAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE
LUANGPRABANG
69
10.0 PENUTUP 72
4
1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Laos
Republik Demokratik Rakyat Laos adalah negara yang terkurung daratan di Asia
Tenggara, berbatasan dengan Myanmar dan Republik Rakyat Tiongkok di sebelah barat laut,
Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di sebelah barat. Daripada abad ke-14
hingga abad ke-18, negara ini disebut Lan Xang atau "Negeri Seribu Gajah".
Pada awal sejarah Laos menunjukkan ia didominasi oleh Kerajaan Nanzhao, yang
diteruskan pada abad ke-14 oleh kerajaan lokal Lan Xang yang berlaku sehingga abad ke-18,
setelah Thailand menguasai kerajaan tersebut. Kemudian Perancis menguasai wilayah ini di
abad ke-19 dan menggabungkannya ke dalam Indochina Perancis pada 1893. Setelah
penjajahan Jepun selama Perang Dunia II, negara ini memerdekakan diri pada 1949 dengan
nama Kerajaan Laos di bawah pemerintahan Raja Sisavang Vong.
Ketidakstabilan politik di negara jirannya, Vietnam menyebabkan Laos menghadapi
Perang Indochina Kedua yang lebih besar (disebut juga Perang Rahsia) yang menjadi faktor
ketidakstabilan yang menjadi punca lahirnya perang saudara dan beberapa kali kudeta. Pada
1975 kaum komunis Pathet Lao yang dinaung oleh Uni Soviet dan komunis Vietnam menendang
pemerintahan Raja Savang Vatthana dukungan Amerika Serikat dan Perancis. Setelah
mengambil alih negara ini, mereka menggantikan namanya menjadi Republik Demokratik
Rakyat Laos dan kekal sehingga hari ini. Laos mempererat hubungannya dengan Vietnam dan
mengendurkan larangan ekonominya pada akhir dekade 1980an dan dimasukkan ke dalam
ASEAN pada 1997.
Iklim Laos adalah tropika dan dipengaruhi oleh angin musim. Musim hujan adalah pada
Mei hingga November, diikuti oleh musim kemarau sejak December sampai April. Ibu negara
dan bandar terbesar di Laos adalah Vientiane, bandar-bandar besar lain meliputi Luang Prabang,
Savannakhet, dan Pakse.
5
Rajah 1.0: Peta kedudukan Laos
Rajah 1.1: Kedudukan Laos beserta negara ASEAN yang lain
Rajah 1.3: Bendera Laos
6
2.0 SENARAI SUKARELAWAN
NO. NAMA PEJABAT/UNIVERSITI JAWATAN
1. ZULASRI BIN ROSDI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA PEGAWAI YSS
2. MOHD ARIFF BIN YUSOFF
UNIVERSITI MALAYSIA
SARAWAK (UNIMAS)
ALUMNI DAN
PETUGAS YSS
3.
MOHD RAHIM BIN ABD
RAHMAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
ALUMNI DAN
PETUGAS YSS
NO. NAMA UNIVERSITI JAWATAN
1.
MUHAMAD NAUFAL BIN
BADARUDIN
IPG KAMPUS PENDIDIKAN
ISLAM
KETUA
2.
NURATHIQAH BINTI MOHD
FADZIL
UNIVERSITI SAINS ISLAM
MALAYSIA (USIM)
PENOLONG KETUA
3.
ALISHA NUR BINTI MOHD
NOOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM (UiTM)
SETIAUSAHA
4.
NURAIN ZAKIAH BINTI MD
HAZIZI
UNIVERSITI SAINS ISLAM
MALAYSIA (USIM)
BENDAHARI
5.
NURSYAFAWANI BINTI
JAMIL
IPG KAMPUS ILMU KHAS UNIT AKTIVITI
6.
MOHD RADZMAN BIN
MOHD RAJDI
IPG ILMU KHAS
UNIT MEDIA DAN
FOTOGRAFI
7.
MUHAMMAD KHAIRUL
REZWAN BIN ABDUL
RAHMAN
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
(UNIMAP)
UNIT LOGISTIK
8.
MUHAMMAD AZMI BIN
ZAINI
UNIVERSITI MALAYSIA
KELANTAN (UMK)
UNIT KEBUDAYAAN
9. AINELLIN CHONG
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
(UMS)
UNIT KESIHATAN
7
3.0 LATAR BELAKANG BAN NA PHO
3.1 Lokasi Kampung
Kawasan kampung Na Pho ini terletak di dalam daerah Luang Prabang. Kampung Na Pho
ini berhampiran dengan Kampung Tin Keo dan Kampung Na Sau. Kampung ini terletak di
kawasan luar bandar dan dikelilingi alam semula jadi seperti bukit bukau, hutan dan sebatang
sungai.
3.2 Organisasi Kampung
Ketua kampung bagi kampung ini ialah Tuan See Chan dan tugas beliau ialah
memastikan semua aspek yang berkaitan dengan kampung Na Pho ini terjaga seperti aspek
keselamatan, pendidikan, budaya, agama dan sebagainya.
3.3 Sumber Ekonomi
Selain itu, sumber ekonomi dan pendapatan bagi penduduk kampung Na Pho ini ialah
pertanian dan perniagaan. Mereka lebih mudah membuat aktiviti seperti ini kerana faktor
geografi dan kedudukan kampung tersebut sangat sesuai dan baik. Hal ini juga dapat dibuktikan
apabila terdapat banyak keluarga di kampung ini yang mempunyai kebun dan kedai sendiri.
Kebanyakan kebun dan kedai yang mereka usahakan sangat berhampiran dengan rumah
masing-masing.
3.4 Agama, Bahasa dan Budaya Rasmi
Agama rasmi yang dianuti oleh semua penduduk kampung ini ialah Buddha Theravada
dan bahasa yang digunakan juga ialah ‘Lao Language’. Seterusnya budaya rasmi yang diamalkan
di kampung ini ialah ‘Baci Ceremony’, ‘Giving Ceremony’, tarian dan adab makan. ‘Baci
Ceremony’ merupakan satu budaya yang selalu diamalkan oleh masyarakat Laos dimana untuk
menaikkan semangat dalam kalangan mereka. Budaya ini melibatkan upacara pemakaian
8
gelang kain berwarna putih kepada semua yang menyertai majlis ini disamping si pemakai
mendoakan kepada pemakai gelang tersebut dengan tujuan untuk meraikan dan mendoakan
seseorang.
Selain itu, ‘Giving Ceremony’ pula ialah budaya yang diamalkan dengan semua
masyarakat membawa makanan ke ‘Temple’ pada waktu pagi hari tertentu dan memberi
makan kepada semua yang mengunjung ‘Temple’ tersebut. Seterusnya mereka juga sering
mengamalkan tarian dan adab makan bagi mereka ialah mengutamakan orang yang lebih
berumur terlebih dahulu.
3.5 Seni Budaya, Baju Kebangsaan dan Makanan
Seni budaya yang diamalkan oleh mereka ialah menenun dan bertukang. Kebanyakan
daripada mereka mempunyai peralatan sendiri di rumah masing-masing. Setiap hasil tenunan
dan tukangan yang mereka buat dihantar dan dijual ke kawasan bandar seperti Luang Prabang.
Baju kebangsaan mereka ialah Khmer krama manakala makanan masyarakat disini ialah Sticky.
3.6 Peta Ban Na Pho
Rajah 3.1: Peta Ban Na Pho yang dilukis sendiri oleh salah seorang penduduk
kampung ini
9
Rajah 3.2: Kedudukan Kampung Napho di dalam Google Maps
PERKARA CATATAN
JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG 474 ORANG
JUMLAH KELUARGA 86 BUAH KELUARGA
JUMLAH ‘HOST FAMILY’ 11 BUAH KELUARGA
SEKOLAH RENDAH SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH TIADA
KETUA KAMPUNG (NAI BAN) PHOR SEE CHAN
KAMPUNG YANG BERHAMPIRAN BAN NA SAU DAN BAN TIN KEO
SUMBER EKONOMI PERTANIAN DAN PERNIAGAAN
Rajah 3.0: Ringkasan maklumat yang telah dikumpul berkaitan dengan Kampung Na Pho, Luang
Prabang, Laos.
10
4.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH DI BAN NA PHO
Delegasi 10 orang sukarelawan dari Yayasan Sukarelawan Siswa telah mengikuti Misi
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Ban Na Pho, Luang Phrabang, Laos. 10 orang sukarelawan
Malaysia akan bergabung bersama 10 orang sukarelawan dari Lao Youth Union bagi
menjayakan misi di kampung ini. Salah satu kluster terpenting ialah kluster pendidikan. Bagi
kluster ini, terdapat tiga orang sukarelawan yang menjadi perancang bagi gerak kerja sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Saudara Muhammad Naufal bin Badaruddin,
Saudari Syafawani binti Jamil dan Saudara Muhammad Azmi bin Zaini.
Pecahan di bawah kelompok kluster pendidikan ialah pengajaran bahasa Inggeris dan
pengajaran Teknologi dan Maklumat. Di Ban Na Pho, hanya terdapat sebuah sekolah rendah
iaitu Na Pho Primary School. Berikut merupakan data bagi sekolah tersebut :
Nama Sekolah Na Pho Primary School
Tenaga Pengajar Guru Besar (Direktor) : 1 orang
Guru : 5 orang
Jumlah Murid 73 orang
Kemudahan di
Sekolah
5 buah bilik darjah
1 bilik guru/pejabat sekolah
Perpustakaan
Tandas
Padang
Tahun Murid Tadika
Tahun 1 sehingga 5
Jadual 4.1: Data Sekolah
Murid tadika terdiri daripada kanak-kanak berusia 5 sehingga 6 tahun. Bangunan tadika
terpisah daripada 4 buah kelas yang lain. Kelas darjah 1, 2 dan 5 mempunyai kelas masing-
masing manakala kelas darjah 3 dan 4 berkongsi bilik darjah kerana prasarana bilik darjah yang
tidak mencukupi.
11
Dalam kawasan kampung ini hanya terdapat sebuah sekolah sahaja iaitu “Na Pho School’
dimana terletak dibahagian depan kampung ini. Sekolah ini merupakan sekolah bagi pelajar-
pelajar yang berada pada peringkat permulaan iaitu pelajar sekolah rendah, antara umur 5
tahun sehingga 11 tahun. Seterusnya bagi pelajar-pelajar sekolah menengah iaitu antara umur
12 tahun dan keatas, mereka akan bersekolah di kawasan kampung yang berhampiran sama
ada di Kampung Na Sau atau Kampung Tin Keo.
Kemudahan yang ada di sekolah ini termasuklah 5 buah bilik darjah dan salah satu
daripadanya adalah dikhaskan untuk pelajartadika. Setiap kelas disediakan kerusi, meja dan
papan hitam. Tiada kemudahan kipas dan lampu di sediakan. Selain itu, terdapat sebuah bilik
yang dijadikan sebagai bilik guru dan sebuah stor. Terdapat 4 buah bilik air dibina untuk
kegunaan seluruh pelajar sekolah namun hanya satu daripadanya yang dibuka.
Sekolah ini juga mempunyai satu bilik stor yang menyimpan barang-barang serta
perabot-perabot sekolah yang tidak lagi digunakan. Padang sekolah juga tersedia ada untuk
kegunaan para pelajar serta penduduk kampung.
12
Bilik DarjahPadang Sekolah
Stor Sekolah Tandas
13
KLUSTER
PENDIDIKAN
Disediakan oleh: Syafawani bt Jamil
14
5.0 KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pada hari pertama berada di sekolah iaitu hari Isnin 15 September 2014, para
sukarelawan berkumpul di sekolah bagi melihat keadaan sekolah sekaligus mencari data bagi
menyelesaikan permasalahan sekolah tersebut. Terdapat dua kaedah yang telah digunakan bagi
mengenal pasti masalah iaitu :
5.0.1 Temubual
Dengan bantuan sukarelawan Lao Youth Union (LYU), sukarelawan YSS dapat
berkomunikasi dengan baik bersama pihak pentadbir sekolah. Pada hari tersebut, sukarelawan
Naufal mendapatkan data-data sekolah yang ditulis dalam bahasa Laos pada papan hitam
dalam bilik guru dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Sistem penyimpanan data di
sekolah ini masih menggunakan kaedah manual di mana data murid disimpan dalam buku dan
dicatatkan menggunakan tulisan tangan. Selain itu, berdasarkan kaedah temu bual juga,
direktor sekolah menyatakan beberapa kekangan yang dihadapi dalam pembelajaran dalam
kelas. Berdasarkan kaedah temubual yang dijalankan, masalah-masalah tersebut direkod
supaya perbincangan para sukarelawan untuk mencari solusi dapat dilaksanakan.
5.0.2 Pemerhatian
Pada masa yang sama, para sukarelawan lain dibenarkan masuk ke dalam setiap kelas
bagi memerhatikan kaedah mengajar yang dilakukan oleh guru. Setiap kelas telah dipantau oleh
Temubual
Pemerhatian
15
4 orang sukarelawan ; 2 orang sukarelawan LYU dan 2 orang sukarelawan YSS. Setelah
memerhatikan corak pengajaran guru, para sukarelawan diberi waktu selama 2 jam bagi sesi
suai kenal untuk bermesra bersama murid-murid Laos.
Berdasarkan kedua-dua kaedah mengumpul data ini, beberapa kajian kes telah
dikenalpasti. Kajian-kajian kes inilah yang akan dianalisis sepanjang dua minggu berada di
sekolah ini. Analisis tersebut melibatkan beberapa langkah iaitu langkah menghasilkan solusi,
langkah perlaksaan dan akhir sekali langkah penilaian. Berdasarkan langkah penilaian, impak
bagi keseluruhan kajian kes ini dapat dirumuskan.
5.1 KAJIAN KES
Terdapat tiga kajian kes yang telah dikenalpasti. Kajian kes ini merupakan hasil
pemerolehan berdasarkan 2 kaedah mengumpul data.
Kajian kes pertama ialah murid kurang didedahkan dengan pembelajaran bahasa
Inggeris kerana pembelajaran bahasa Inggeris terhad. Murid hanya diberi pendedahan asas
bahasa Inggeris apabila berada di tahun 4 atau 5 bergantung pada pengetahuan guru yang
mengajar. Pendedahan bahasa Inggeris dalam kalangan guru juga masih lemah lantaran
pendidikan di Laos tidak menekankan pada penguasaan bahasa asing ini.
Pembelajaran bahasa Inggeris terhad
Tiada penekanan pada pembelajaran ABC
Kurang keyakinan diri
16
Selain itu, kajian kes kedua pula ialah tiada penekanan pada pembelajaran ABC di
sekolah. Hal ini kerana, pendidikan di Laos berasaskan pengetahuan terhadap bahasa
Kebangsaan, bersifat nasionalisme dan sosialisme. Oleh yang demikian, pembelajaran huruf
rumi kurang diberi pendedahan pada murid-murid sekolah.
Akhir sekali, kajian kes ketiga ialah berkenaan dengan keyakinan diri dalam kalangan
murid masih kurang menyerlah. Strategi pengajaran guru yang banyak berpusatkan guru sedikit
sebanyak menjadikan murid pasif dan kurang bertanya sepanjang sesi pengajaran. Guru juga
lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran deduktif dan bersifat ‘chalk and talk’ iaitu
menulis di papan hitam dan sekadar memberi penerangan tanpa mewujudkan aktiviti-aktiviti
yang menarik.
Oleh yang demikian, berdasarkan ketiga-tiga kajian kes ini, beberapa solusi telah
disediakan bagi mengatasi permasalahan-permasalahan tersebut.
5.2 SOLUSI YANG DICADANGKAN
Solusi-solusi yang dicadangkan adalah sesuai dengan keupayaan yang mampu dilakukan
oleh semua sukarelawan. Solusi yang relevan dan mantap diperlukan bagi menjayakan misi
mendidik kanak-kanak Laos ini. Solusi-solusi tersebut ialah :
• Memperbaiki struktur kemahiran berkomunikasi.
• Mewujudkan silibus pembelajaran bahasa Inggeris dan rancangan pengajaran mingguan
• Menetapkan objektif pembelajaran bagi setiap topik yang diajar.
• Membina keyakinan murid untuk bercakap dan belajar bahasa Inggeris.
• Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Teaching Aid) bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran.
Untuk memastikan murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris, terlebih dahulu murid perlu mempunyai struktur komunikasi yang jelas bersama para
sukarelawan Laos. Struktur komunikasi ini memerlukan sukarelawan YSS untuk bertutur dalam
17
bahasa Inggeris dan kemudian diterjemah oleh sukarelawan LYU ke dalam bahasa Laos.
Tambahan lagi, sebelum memperkenalkan subjek baharu untuk murid iaitu subjek bahasa
Inggeris, sebuah silibus pembelajaran dan rancangan pengajaran mingguan perlulah dibina
terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan.
Selain itu, kluster pendidikan juga menetapkan objektif pembelajaran bagi setiap topik
yang diajar. Objektif pembelajaran ini bertujuan untuk menjadi kayu ukur keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Tambahan pula, solusi seterusnya ialah untuk
membina keyakinan murid untuk bercakap dan belajar bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti
menarik dan pendekatan berpusatkan murid supaya murid mempunyai keyakinan untuk tampil
ke hadapan dan mengangkat tangan dalam sesi soal jawab. Akhirnya, penggunaan bahan bantu
mengajar merupakan salah satu aspek yang tidak dilupakan bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran. Masa akan diperuntukkan bagi penyediaan bahan bantu mengajar bagi setiap
hari kerana bahan bantu mengajar berfungsi untuk mencapai objektif pembelajaran di samping
membantu para sukarelawan menjadi lebih kreatif semasa mengajar.
5.3 LANGKAH PERLAKSANAAN
Terdapat beberapa fasa yang dijalankan dalam langkah perlaksanaan iaitu :
 Merancang silibus pembelajaran
 Merancang objektif pembelajaran
 Merancang rancangan pengajaran mingguan
 Sesi pengajaran dan pembelajaran
5.3.1 Merancang silibus pembelajaran
Silibus pengajaran dirangka semasa berbincang bersama salah seorang sukarelawan
yang mengambil opsyen Teaching English as a Second Language semasa berada di Vientiane.
Silibus pembelajaran ini dipilih berdasarkan persekitaran murid supaya murid dapat melafazkan
perkataan-perkataaan bahasa Inggeris yang lazim digunakan. Silibus pengajaran ini juga
18
dirangka dengan mengambil kira aspek JERIS murid berkenaan iaitu Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan sosial murid supaya pembelajaran murid selama dua minggu seimbang dari semua
aspek. Berikut merupakan silibus pembelajaran bagi sesi pengajaran selama dua minggu :
Rangka Silibus Pengajaran Bahasa Inggeris
5.3.2 Merancang objektif pembelajaran
Objektif pembelajaran dirangka dengan teliti supaya pada akhir sesi pembelajaran, para
sukarelawan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan murid dapat memahami sesi
pengajaran tersebut. Berdasarkan silibus yang telah dirangka, berikut merupakan objektif
pengajaran yang disasarkan :
OBJEKTIF PENGAJARAN
Pengajaran ABC 1. Untuk memastikan murid mendapat
pendedahan huruf rumi,memahami
konsep tulisan dan bacaan.
‘Greetings’ 2. Untuk memberi peluang kepada
murid berinteraksi dalam bahasa
inggeris sekurang-kurangnya bagi
ucapan sapaan.
‘Animals’ 3. Untuk meransang minat murid pada
bahasa inggeris melalui teknik
penceritaan serta penggunaan boneka
mampu menghiburkan murid.
‘Numbers’ 4. Untuk memastikan murid dapat
faham dan kenal nombor dalam bahasa
Silibus Pengajaran Bahasa Inggeris
•Pengajaran ABC
•'Parts of Body'
•'Animals'
•'Numbers'
•'Greetings'
•'Family'
•'Directions'
19
inggeris.
‘Directions’ 5.Untuk memastikan murid dapat
membezakan manipulasi anggota
badan serta lebih cekap berkenaan
koordinasi mata dan tangan
‘Family’ 6.Untuk memastikan murid tahu
masyarakat sekeliling khususnya ibu
bapa dalam bahasa inggeris dan
memberi peluang kepada murid untuk
mengekspresikan penghargaan kepada
keluarga.
Jadual Objektif Sasaran bagi Pengajaran
5.3.3 Merancang Rancangan Pengajaran Mingguan
Setelah objektif bagi setiap topik ditetapkan sebuah rancangan pengajaran mingguan
telah dibina berdasarkan tempoh masa pengajaran yang diberikan. Jadual kelas murid telah
dianalisis dan guru hanya memberi ruang kepada para sukarelawan untuk mengambil alih
tempoh pengajaran dan pembelajaran pada dua waktu iaitu :
Jadual Sesi Persekolahan
Berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan, para sukarelawan Laos dan Malaysia
akan mengajar di Na Pho Primary School pada sesi pagi selama satu jam tiga puluh minit dan
pada sesi petang selama sejam. Dalam tempoh dua jam setengah bagi sepuluh hari, tempoh ini
akan dimanfaatkan dengan ‘Fun Learning’ bagi subjek bahasa Inggeris. Dengan itu, rancangan
perancangan mingguan berikut dihasilkan :
20
Minggu Pertama
Isnin
15/9/2014
Pengenalan ABC (Membaca)
Teknik Mengajar : Lagu
Pengenalan ABC (Menulis)
Teknik Mengajar : Latihan
dalam buku
Selasa
16/9/2014
- Slot Kebersihan
(Basuh Tangan)
Rabu
17/9/2014
- Pengenalan ABC (Menulis)
Teknik Mengajar : Latihan
dalam buku
Khamis
18/9/2014
Modul 1 : ‘Parts of Body’
Teknik Mengajar : Lagu
Slot Kebersihan
(Gosok Gigi)
-
Jumaat
19/9/2014
Modul 2 : ‘Animals’
Teknik Mengajar : Penceritaan dan
Penggunaan Boneka
-
Minggu Kedua
Isnin
22/9/2014
Modul 3 : ‘Numbers’
Teknik Mengajar : Lagu
Pengenalan Komputer
Selasa
23/9/2014
Modul 4 : ‘Greetings’
Teknik Mengajar : Lakonan
Pengenalan Komputer
Rabu
24/9/2014
Modul 5 : ‘Family’
Teknik Mengajar : Lukisan
Aktiviti Murid : Hasilkan kad untuk
ibu bapa
Khamis
25/9/2014
Modul 6 : ‘Directions’
Teknik Mengajar : Lukisan dan
Pergerakan
Jumaat
26/9/2014
Kuiz Penilaian Kuiz Penilaian
Jadual Rancangan Pengajaran Mingguan
5.3.4 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Rancangan Pengajaran Mingguan telah membantu para sukarelawan untuk mengajar di
dalam kelas. Selain dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan, para sukarelawan juga dapat mengawal situasi dan disiplin murid dalam kelas.
21
Sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga di selang-selikan dengan beberapa aktiviti menarik
seperti nyanyian lagu kanak-kanak, kuiz di hadapan kelas dan membuat latihan dalam buku.
5.3.5 Pengenalan ABC
Pengajaran ABC dilakukan pada setiap kelas sebelum memulakan pengajaran bahasa
Inggeris kerana setiap murid masih tidak dapat menguasai huruf rumi. Pengenalan ABC
merangkumi dua aspek iaitu kaedah membaca dan kaedah menulis huruf rumi dengan betul.
Setiap murid dibimbing untuk menulis ABC dalam buku yang diedarkan kepada murid yang
dibekalkan oleh pihak Yayasan Sukarelawan Siswa. Latihan secara berkala juga diberikan
kepada murid supaya murid dapat menguasai kaedah penulisan huruf. Di samping itu, bahan
bantu mengajar kekal berbentuk mural huruf rumi ABC ditinggalkan pada dinding pada setiap
dinding kelas di sekolah ini. Mural ini ditinggalkan dengan tujuan murid dapat menguasai ABC
apabila mereka melihat huruf-huruf ini setiap hari. Bahan bantu mengajar kekal ini berfungsi
untuk memberi pengukuhan pada murid. Walaupun para sukarelawan hanya mengajar
berkenaan huruf rumi ini selama sepuluh hari, namun para murid masih dapat memanfaatkan
tulisan huruf rumi pada dinding untuk dijadikan rujukan atau dihafal.
5.3.6 Modul 1 : ‘Parts Of Body’
Modul yang disediakan ini merangkumi aspek perkembangan dan pertumbuhan murid
dari segi jasmani. Oleh yang demikian, tajuk ini memberi pendedahan kepada murid anggota
badan mereka dalam bahasa Inggeris. Pembelajaran berpusatkan aktiviti dilakukan bagi
mengelakkan murid berasa kekok untuk mengajar bahasa Inggeris untuk kali pertama. Aktiviti
yang dilakukan ialah menggunakan lagu bersama pergerakan untuk memperkenalkan beberapa
anggota tubuh badan. Lagu ‘ head and shoulders knees and toes’ diperkenalkan untuk
menceriakan murid semasa proses pengajaran berlangsung.
5.3.7 Modul 2 : ‘Animals’
Modul ‘Animals’ pula disediakan bagi memberi pendedahan pada murid tentang
haiwan-haiwan di sekeliling mereka. Bagi setiap kelas, sebuah buku cerita yang mempunyai
22
dwibahasa dalam bahasa Laos dan bahasa Inggeris. Selain itu, setiap kelas juga diberikan bahan
bantu mengajar berbentuk boneka tangan, boneka kayu dan boneka kertas. Boneka ini
dihasilkan bertujuan untuk meransang minat murid pada bahasa inggeris melalui teknik
penceritaan serta penggunaan boneka mampu menghiburkan murid. Hal ini kerana, teknik
penceritaan akan melibatkan deria penglihatan, pendengaran dan sentuh murid pada masa
yang sama. Ransangan deria ini akan membolehkan proses pengajaran berjalan dengan lebih
menarik dan berkesan.
5.3.8 Modul 3 : ‘Numbers’
Modul ini dibangunkan bagi memberi pendedahan pada murid tetang nombor dalam
bahasa Inggeris. Modul ini hanya berpandukan mural yang dilukis pada dinding yang bersifat
bahan bantu mengajar kekal. Pengajaran berkenaan topik nombor ini bergantung pada tahap
kefahaman setiap kelas. Bagi kelas tadika, darjah 1 dan 2, nombor dalam bahasa Inggeris yang
diajar hanya nombor satu sehingga sepuluh. Manakala bagi darjah 3, 4 dan 5, nombor dalam
bahasa Inggeris yang diajar ialah nombor satu sehingga dua puluh. Hal ini kerana, murid-murid
pada tahap rendah masih tidak mampu untuk menghafal banyak nombor. Modul ini
menekankan aspek intelek murid kerana murid perlu menghafal nombor, bacaan nombor dalam
bahasa Laos dan Inggeris.
5.3.9 Modul 4 : ‘Greetings’
Bagi modul ‘Greetings’ pula, modul ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada
murid untuk berinteraksi dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya bagi ucapan sapaan.
Beberapa ucapan sapaan yang diajar ialah ‘ Good Morning’, ‘Good Afternoon’, ‘Good Evening’,
‘Good Night’, ‘Good Bye’, ‘Hi’ dan ‘Hello’. Sapaan-sapaan ini diajar kepada murid supaya murid
dapat bertutur daan bertegur sapa sesama mereka dalam bahasa Inggeris. Aktiviti yang
dijalankan ialah lakonan bagi sesi drama supaya murid dapat menghayati watak masing-masing
bagi setiap waktu untuk mengaplikasikan ucapan sapaan tersebut. Bagi modul ini pula, aspek
sosial murid dapat dipenuhi kerana murid dapat berinteraksi secara langsung bersama rakan-
rakannya menggunakan bahasa Inggeris.
23
5.3.10 Modul 5 : ‘Family’
Modul ini menyentuh tentang ahli-ahli keluarga dalam bahasa Inggeris. Murid diberi
pendedahan tentang panggilan bagi emak dan ayah sebagai ‘ father and mother’. Modul ini
bertujuan untuk memastikan murid tahu masyarakat sekeliling khususnya ibu bapa dalam
bahasa inggeris dan memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan penghargaan
kepada keluarga. Selain itu, aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan kad untuk ibu dan bapa
masing-masing. Nilai estetika yang diterapkan dalam diri murid ini dapat menjadikan murid
tersebut untuk mempunyai emosi yang stabil dan aspek ini amat penting dalam membentuk
murid yang seimbang dari segi perkembangan diri mereka.
5.3.11 Modul 6 : ‘Directions’
Modul ini diperkenalkan bagi membolehkan murid murid dapat membezakan manipulasi
anggota badan serta lebih cekap berkenaan koordinasi mata dan tangan. Modul ini dibina
selepas melihat murid tahun dua yang sedang belajar Pendidikan Jasmani bersama guru di luar
kelas yang masih tidak dapat membezakan tangan kiri dan kanan. Dalam modul ini, murid akan
membuat pergerakan yang melibatkan tangan dan kaki kiri dan kanan. Selain dapat memahami
arah, murid juga dapat mengenalpasti kedudukan barang yang berada di atas, bawah, kiri dan
kanan mereka dalam bahasa Inggeris.
5.3.12 Penilaian
Pada hari terakhir berada di sekolah iaitu Jumaat 26 September 2014, penilaian
dilakukan bagi beberapa murid bagi setiap kelas. Penilaian bagi kelas darjah 2 merupakan
penilaian Ujian Bertulis dan Ujian ‘ Writing, Speaking dan Listening bagi subjek bahasa Inggeris
bagi topik ‘Numbers’ di mana sebuah ‘Spelling Bee’ diadakan dan direkod ke dalam video. Bagi
kelas darjah 3 dan 4, penilaian yang dibuat berdasarkan Ujian Bertulis bagi subjek pembelajaran
Teknologi dan Maklumat. Penilaian ini direkod secara bertulis dalam kertas A4. Penilaian-
penilaian ini dijalankan oleh sukarelawan-sukarelawan bagi kelas masing-masing mengikut
tahap kemampuan murid.
24
5.4 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (TEACHING AID)
Para sukarelawan bersetuju untuk menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membantu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan bantu mengajar tersebut seperti kertas warna,
kain felt, gunting, batang aiskrim dan sebagainya dibawa dari Malaysia kerana kampung Na Pho
tidak mempunyai sumber-sumber bahan yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar dalam
kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar merupakan salah satu aspek yang tidak dilupakan
bagi membantu pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari, bahan bantu mengajar yang
dihasilkan adalah berbeza mengikut kesesuaian topik pengajaran pada hari tersebut.
5.5 IMPAK PENGAJARAN ‘FUN LEARNING’ BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS
Impak keseluruhan ‘Fun Learning’ ini dapat dilihat pada dua aspek iaitu aspek pada guru
dan aspek pada murid. Impak ini dapat dilihat selepas 10 hari pengajaran ‘Fun Learning’ di Na
Pho Primary School.
5.5.1 Impak pada Murid
5.5.1.1 Murid dapat menguasai asas bahasa Inggeris
Pembelajaran asas bahasa Inggeris ini membuka ruang pada setiap murid di sekolah ini
untuk mempelajari bahasa yang menjadi lingua franca di seluruh dunia ini. Dengan penguasaan
asas bahasa Inggeris, murid-murid ini dapat belajar dengan lebih mendalam bagi subjek bahasa
Inggeris apabila mereka meningkat dewasa. Pembelajaran bahasa asing ini juga dapat
membuka peluang para murid ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kelak.
5.5.1.2 Keyakinan murid dapat ditingkatkan
Pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti banyak melibatkan penglib
atan murid secara aktif di dalam kelas. Murid menjadi seronok dan bersemangat untuk
menjawab soalan di hadapan kelas, menyertai kuiz dan mengangkat tangan walaupun tidak
yakin sama ada jawapan betul atau salah. Keyakinan untuk bercakap dan menyebut jawapan
adalah lebih penting berbanding salah atau betulnya jawapan tersebut. Apabila keyakinan
25
murid meningkat, pembelajaran mereka dalam kelas kelak akan menjadi mudah kerana masing-
masing akan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru.
5.5.2 Impak pada Guru
5.5.2.1 Guru mencontohi gaya pengajaran berpusatkan murid dan aktiviti
Para sukarelawan telah menunjukkan contoh pengajaran yang baik untuk diikuti oleh
para guru. Guru boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan ceria dengan
pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama murid sama ada di dalam atau di luar kelas.
Dengan ini, guru dapat mengubah kaedah pengajaran lama kepada kaedah pengajaran baharu
ini boleh membolehkan para murid belajar dengan lebih holistik dan proses pengajaran dan
pembelajaran masih boleh berjalan walaupun mengguna pakai konsep ‘belajar sambil bermain’.
5.5.2.2 Guru menguasai asas bahasa Inggeris
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan, terdapat beberapa orang guru
yang berminat untuk belajar sekali bersama-sama murid. Dengan itu, guru-guru ini juga dapat
menguasai asas bahasa Inggeris seperti mana yang dikuasai oleh murid. Menariknya, guru-guru
ini boleh mengaplikasikan modul-modul yang telah diajar pada kanak-kanak yang masuk ke
sekolah pada sesi persekolah bagi tahun-tahun mendatang. Dengan itu, impak pembelajaran
bahasa Inggeris bukan terhenti pada 73 orang dan 6 orang guru sahaja malah berterusan pada
murid-murid akan datang selagi mana guru-guru tersebut terus mengajar bahasa Inggeris di
sekolah tersebut.
5.6 PENUTUP
Kesimpulannya, pembelajaran ‘Fun Learning’ bagi subjek bahasa Inggeris di Na Pho
Primary School, Luang Phrabang, Laos merupakan salah satu kejayaan tersebesar yang dapat
dicapai oleh 20 orang gabungan sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa dan sukarelawan Lao
Youth Union. Kejayaan ini menunjukkan bahawa para sukarelawan mampu untuk mendidik
kanak-kanak Laos walaupun terdapat kekangan dari segi bahasa mahupun persekitaran. Segala
26
permasalahan dapat diatasi apabila semangat sukarelawan dan keprihatinan terhadap
masyarakat dirasai bersama. Hasil kerjasama yang mantap dari kedua-dua gabungan organisasi
sukarelawan telah membuatkan misi kluster pendidikan berjaya ditamatkan pada hari terakhir
berada di Laos iaitu 27 September 2014.
27
Membuat Bahan Bantuan Mengajar
(BBM)
Membuat mural untuk memudahkan
pelajar mengingati ABC dan 123
Membuat boneka untuk sesi “story –
telling”
Membuat ujian ‘listening’,’speaking’ dan
‘writing’
Sukarelawan Naufal dan Loulou semasa
sesi “story – telling”
Sukarelawan syafawani sedang mengajar
pelajar
28
KLUSTER
KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
Disediakan oleh:
1 NURATHIQAH BINTI MOHD FADZIL
2 ALISHA NUR BINTI MOHD NOOR
3 MOHD RADZMAN BIN MOHD RAJDI
29
6.1 KAJIAN KES
Sebelum turun ke tapak misi kami iaitu di sekolah rendah Ban Napho lagi kami telah melakukan
perbincangan dan merangka aktiviti yang dijangkakan sesuai untuk dilakukan di sekolah berkenaan nanti.
Aktiviti yang dirangka berdasarkan pengalaman yang diambil oleh ahli-ahli kumpulan yang pernah
menyertai misi YSS dan juga melalui pendapat ahli-ahli lain. Aktiviti “brainstorming” dilakukan untuk
memastikan aktiviti yang sesuai dan mampu memberi impak yang mampan kepada pelajar-pelajar di
sekolah tersebut nanti.
Pada hari pertama kami bertugas di sekolah Ban Napho, kluster kesihatan telah mengambil
inisiatif untuk melakukan pemerhatian dan pemantauan untuk mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi oleh pelajar sekolah ini berkenaan masalah kebersihan. Setibanya kami di sekolah, pelajar
dilihat sedang melakukan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan sekolah. Mengikut maklumat yang
kami terima daripada pihak guru-guru dan director sekolah, pelajar akan membersihkan dan mengutip
sampah di sekitar kawasan sekolah seminggu sekali pada waktu pagi sebelum kelas bermula.
Rajah 6.0: Para sukarelawan turut serta dalam aktiviti membersihkan kawasan sekolah
Seusai sesi membersihkan kawasan sekolah tamat, pelajar akan terus masuk ke kelas tanpa
membasuh dan membersihkan tangan mereka. Hal ini merupakan suatu kebiasaan di sini kerana sumber
air yang terhad. Bekalan air bersih amatlah terhad. Sumber bekalan air bagi sekolah ini, malahan bagi
seluruh kampung ini adalah daripada air sungai yang mengalir di sepanjang kampung ini. Jika hujan lebat
turun pada hari tersebut, air sungai akan menjadi keruh dan air tersebutlah yang akan digunakan oleh
30
penduduk kampung untuk aktiviti harian mereka. Kemudahan tandas yang disediakan di sekolah juga
amat terhad. Bekalan air yang ada ditandas dilihat tidak mampu menampung jumlah pelajar disekolah
tersebut. Di dalam tandas sekolah juga, kelihatan tiada sabun dibekalkan untuk murid membersihkan
tangan mereka selepas menggunakan tandas. Malahan, ada beberapa hari yang kami lihat kesemua
tandas sekolah telah dikunci dan murid terpaksa membuang air di sekitar kawasan sekolah.
Rajah 6.1: Hanya satu daripada empat tandas yang boleh digunakan
Walaupun sekolah ini tidak mempunyai kemudahan kantin, pelajar akan membeli makanan di
kedai yang terletak di hadapan sekolah pada waktu rehat. Tiada rutin membasuh tangan sebelum dan
selepas makan diamalkan dalam kalangan pelajar sekolah ini. Punca yang sama iaitu bekalan air tidak
mencukupi. Sekolah ini juga tidak mempunyai akses air yang mudah seperti pili air atau sinki untuk
memudahkan pelajar mencuci tangan mereka sebelum dan selepas makan atau selepas aktiviti riadah.
Mengikut pemerhatian dan pemantauan kami di dalam kelas juga, kuku pelajar kelihatan
panjang dan dipenuhi kotoran. Jika di Malaysia, aspek kebersihan kuku amat dititikberatkan di mana
pemeriksaan kuku akan dibuat oleh pengawas sekolah atau oleh guru sendiri pada setiap minggu.
Menyimpan kuku yang panjang merupakan satu kesalahan. Permasalahan lain berkenaan kebersihan
ialah pelajar tidak pernah didedahkan kepada teknik dan cara memberus gigi dengan betul. Di sekolah
ini juga tiada pemeriksaan gigi oleh doktor gigi seperti dilakukan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Kedudukan kampung ini yang jauh daripada hospital mahupun klinik menyumbang kepada
permasalahan tersebut.
31
6.2 SOLUSI
Kluster kesihatan yang diketuai oleh saudara Radzman dan dianggotai oleh saudari Alisha dan
saudari Nurathiqah Fadzil ini sekali lagi melakukan perbincangan untuk merangka semula aktiviti yang
sesuai untuk dijalankan di sekolah ini dalam masa 2 minggu. Setelah perbincangan dilakukan, kami
bersetuju untuk memfokuskan kepada memberi pendidikan kebersihan mengenai langkah membasuh
tangan dan memberus gigi dengan betul. Aktiviti ini akan diselitkan semasa sesi sekolah dan akan di
lakukan sebanyak dua kali untuk memastikan para pelajar betul-betul faham.
TARIKH MASA AKTIVITI
16/9/ 2014 3.00 – 4.00 Petang Membasuh tangan
18/9/ 2014 10.00 – 11.00 Pagi Memberus Gigi
23/9/ 2014 11.00 – 11.30 Pagi Membasuh tangan
Jadual 6.0: Jadual yang telah dibuat untuk aktiviti kluster kebersihan
Aktiviti demonstrasi membersihkan tangan dan menggosok gigi telah diketuai oleh saudara
Radzman dan dibantu oleh para sukarelawan yang lain. Rakan Lao Youth Union kami telah membantu
menterjemah arahan yang dikeluarkan oleh saudara Radzman kepada bahasa Laos agar para pelajar
dapat mengikuti aktiviti tersebut dengan lebih jelas. Para pelajar memberi kerjasama yang baik dalam
semua sesi yang kami jalankan.
Seusai demonstrasi langkah membasuh tangan dengan betul dilakukan, Saudari Alisha tampil ke
hadapan untuk memberikan sedikit pencerahan mengenai kepentingan membasuh tangan dan kesan
jika para pelajar tidak membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Saudara Loulou telah bertindak
untuk membantu sebagai penterjemah.
32
6.3 IMPAK
6.3.1 Impak kepada para pelajar
Pada waktu pagi sebelum kelas bermula, kami akan mengajukan soalan kepada para pelajar
samada mereka menggosok gigi dengan 4 langkah yang betul sebelum mereka ke sekolah. Respon yang
kami terima sangat positif. Pada hari terakhir sesi persekolahan juga, kami telah melakukan satu ujian
ringkas di mana kami meminta para pelajar untuk menunjukkan kepada kami langkah membasuh tangan
dengan betul. 9 daridapa 10 pelajar yang ditanya dapat melakukannya dengan betul.
Antara impak yang dapat kami perhatikan selepas mengadakan sesi pendidikan kebersihan adalah:
a. Apabila selepas makan di waktu rehat, para pelajar berebut untuk ke tandas bagi membasuh
tangan masin-masing.
b. Para pelajar terutamanya pelajar tadika, mula mengambil perhatian terhadap kekemasan diri
menggunakan konsep “tuck in shirt”.
c. Dahulunya, para pelajar tidak selalu untuk mengemaskan kelas, sekarang mereka juga telah
diterapkan dengan bukan sahaja kepentingan kebersihan diri tetapi juga kebersihan persekitaran.
Maka boleh dikatakan, selepas tamat sahaja sesi persekolahan, para pelajar akan mengemaskan
kelas seperti membuang sampah, menyapu kelas dan memadam papan hitam.
Kebersihan diri merangkumi dari pelbagai aspek iaitu dari segi aspek sikap, aspek didikan ibu
bapa dan juga aspek kawasan persekitaran. Maka perkara ini adalah abstrak dan konsep yang kami cuba
terapkan kepada setiap para pelajar adalah dari sudut konsep kesedaran dan kepentingan kebersihan
diri dan persekitaran. Apabila sudah diterangkan faktor faktor perlu menjaga kebersihan, jadi para
pelajar mengetahui dan mula mengambil berat. Sedikit demi sedikit mereka mengambil inisiatif, hasil
dari pembelajaran dan pemantauan, untuk membasuh tangan, membersihkan diri, dan sebagainya.
Pemantauan berpanjangan adalah harapan kami dari kluster kebersihan bagi meneruskan konsep ini
agar para pelajar dapat mencegah dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa sebarang penyakit.
33
6.4 PENGEDARAN RISALAH KESIHATAN
Pada waktu pagi, kluster kebersihan mengagihkan risalah kesihatan yang dibawa dari Malaysia
kepada beberapa kumpulan. 5 kumpulan dibentuk. Setiap kumpulan ada 4 orang. Kluster kebersihan
memecahkan setiap kumpulan kepada beberapa bahagian untuk pergi ke rumah. Antara risalah yang
diedarkan adalah berkenaan kanser payudara, bahaya merokok, cara pemakanan yang betul dan
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Sasaran pengagihan risalah kesihatan kami adalah lebih 10 buah
rumah. hasilnya sasaran tersebut tercapai. Kami berjaya pergi ke 12 buah rumah.
Sukarelawan Khairul dan Somchan sedang menerangkan kandungan risalah yang diedarkan
Sebaik tamat sahaja sesi pengagihan risalah kesihatan tersebut, kluster kebersihan cuba
mendapatkan maklum balas daripada sukarelawan Laos yang menjadi penterjemah kepada penduduk
kampung. Haslinya, maklum balas yang diterima sangat baik. Kerana sebelum ini sebahagian penduduk
kampung tidak mengetahui berkenaan gaya hidup sihat dan kanser. Manakala sebahagian penduduk
kampung lagi mempunyai pengetahuan serba sedikit berkenaan gaya hidup sihat dan kanser dengan
menonton ditelevisyen. Kedatangan kami memberi impak yang besar kepada penduduk kampung dalam
memberi penjelasan dan penerangan berkenaan gaya hidup sihat dan kanser serta tujuan misi
sukarelawan ini.
34
Sukarelawan Naufal mengajar cara yang
betul membasuh tangan
Reaksi para pelajar selepas membasuh
tangan
Sukarelawan Razman memberikan
penerangan tentang cara yang betul
menggosok gigi
Sukarelawan Ain mengetip kuku selepas
membasuh tangan
35
Sukarelawan Laos, Mor membantu para
pelajar menggosok gigi.
Para pelajar menggosok gigi setelah
diberi ‘briefing’
Sukarelawan mengagihkan berus gigi Reaksi para pelajar apabila diberikan
berus gigi
36
KLUSTER
INFORMATION AND COMMUNICATION
TECHNOLOGY (ICT)
Disediakan oleh:
MUHAMMAD AZMI BIN ZAINI
37
7.0 KLUSTER INFORMATION AND TECHNOLOGY (ICT)
7.1 KAJIAN KES
Di Sekolah Rendah Ban Na Pho tidak mempunyai komputer langsung dan alhamdulilah
Satu komputer telah disumbangkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Guru-guru di sini
tidak tahu menggunakan komputer meskipun mereka pernah melihat komputer dan mereka
tahu komponen-komponen komputer. Berbeza pula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah di
sini yang tidak tahu langsung kewujudan komputer, tidak tahu komponen-komponen komputer
meskipun mereka tahu kewujudan permainan atas talian ataupun permainan di dalam
komputer. Mereka lebih terdedah kepada permainan di dalam telefon bimbit dan kebanyakkan
guru-guru mempunyai telefon bimbit sendiri.
7.2 SOLUSI
Bagi kluster ict, beberapa solusi telah di ambil dan dalam perancangan. Antaranya ialah:
7.2.1 Pelajar
Solusi 1 : pengenalan komponen-komponen komputer secara teori.
Solusi 2 : melukis komponen-komponen komputer di dalam buku.
Solusi 3: melukis komponen-komponen komputer di atas papan hitam kecil dan
membentangkan di hadapan pelajar-pelajar lain sambil menyebut nama
komponen tersebut.
Solusi 4: pengenalan komponen-komponen komputer secara dekat dengan membuat
lawatan ke bilik komputer bertempat di bilik darjah tadika.
7.2.2 Guru
Solusi 1: pengenalan ringkas kepada komponen-komponen komputer.
Solusi 2: cara membuka dan menutup komputer secara teratur dan betul.
Solusi 3: pengenalan kepada papan kekunci, cara menaip, cara mengunakan tetukis dan
lain-lain fungsi setiap komponen.
38
Solusi 4: pengenalan kepada aplikasi Microsoft word, dan aplikasi Microsoft powerpoint,
cara mencetak hasil kerja di dalam Microsoft word dan Microsoft power point.
Solusi 5: pengenalan kepada internet, cara mencari informasi atas talian.
7.3 TINDAKAN
7.3.1 Pelajar
Mengadakan kelas komputer selama satu jam setiap hari. Kelas diadakan pada jam 3-
4petang. konsep santai diadakan kerana di sebelah petang pelajar-pelajar kelihatan letih dan
tidak bermaya. Kelas petang ini melibatkan kesemua murid. Silibus pembelajaran mengikut
seperti solusi di atas. Setiap hari akan diulang pembelajaran semalam agar pelajar-pelajar tidak
terus lupa apa yang di ajarkan.
7.3.2 Guru-guru
Kelas komputer untuk guru-guru pula adalah setiap hari sewaktu kelas harian guru di
ambil alih oleh sukarelawan antara jam 10 hingga 11.30 pagi dan 3-4 petang. sewaktu ini lah
dua sukarelawan dari Laos dan Malaysia mengajar seramai 6 orang guru. Silibus pembelajaran
mengikut seperti solusi di atas. selepas di ajar, guru akan terus di berikan pembelajaran secara
praktikal untuk setiap seorang dari mereka menggunakan satu komputer yang disumbangkan.
Kesilapan dan kesalahan akan terus di tegur. Antara kesalahan ketara, penyalahgunaan tetikus.
7.4 DASAR
Terdapat beberapa dasar yang dibuat oleh kerajaan Laos dan kami cuba untuk
mendukung dan menjayakan dasar-dasar itu kepada pelajar serta guru-guru di sekolah Ban Na
Pho ini. Harapan kami terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah ini agar kelak mereka dapat
mengajar kepada pelajar pula. Antara dasar berkenaan ict yang dibuat oleh kerajaan Laos
mereka sendiri adalah:
39
Dasar 1: Application (permohonan)
Dasar ini dibuat agar pengurusan yang lebih cepat dan teratur dalam mengisi boring-
borang secara atas talian. Sebagai contoh e.goverment, e-tourism dan bangking. Apa yang kami
lakukan adalah kami mengajar guru-guru untuk menggunakan internet mencari informasi
secara atas talian.
Dasar 2: HR Development (Pembangunan sumber manusia)
Dasar ini dibuat bagi memastikan penduduk di Laos mempunyai ilmu berkenaan
komputer. Terdapat banyak aktiviti yang cuba mereka lakukan bagi memastikan setiap
penduduk dan semua golongan mempunyai ilmu berkenaan ict ini. Antara aktiviti mereka
adalah pre-school and general education programme, non-formal education programme,
teacher training programme, vocational and higher education programme and administration
and management programme. Apa yang kami lakukan di sekolah ini kami sedang melakukan
aktiviti yang pertama iaitu pre-school and general education programme kepada pelajar-pelajar
sekolah rendah dan guru-guru yang tidak pernah menggunakan komputer sama sekali.
Dasar 3: standardlization and localization (menyelaras dan menempatankan)
Dasar ini bagi mempromosi komponen, aplikasi yang selaras dan bagi memastikan alat
digital di dalam bahasa Lao. Namun kerajaan Laos harus menerima Unicode khas didalam script
Lao. Kami menyokong dasar ini dengan meminta bantuan rakan kami di Laos untuk membantu
menukar dan menerangkan maksud setiap perkataan yang digunakan di dalam komputer agar
mereka senang mengendalikan komputer tersebut.
40
7.5 IMPAK
7.5.1 Pelajar
Impak 1: pelajar mampu melukis dan mengenali komponen komputer
Bukti 1: ujian bertulis telah di lakukan.
7.5.2 Guru
Impak 1: Guru-guru sudah tahu membuka komputer sendiri tanpa pengawasan dari
sukarelawan.
Bukti 1: Sukarelawan memerhati dari luar kelas.
Impak 2: Guru-guru yakin untuk mencuba dan belajar komputer secara sendirian dan
mempraktikan apa yang telah di pelajari.
Bukti 2: sukarelawan terlihat secara tidak sengaja dari jauh.
Impak 3: Guru-guru sudah tahu menggunakan email dan mencetak hasil kerja.
Bukti 3: Gambar sewaktu mencetak telah di ambil.
Impak 4: 4 orang dari 6 orang guru telah berjaya menggunakan komputer seperti yang di
pelajari.
Bukti 4: Rakaman video menunjukkan.
41
Penyerahan komputer dari pihak YSS
kepada sekolah Na Pho
Sukarelawan Laos, Bobo mengajar para guru
untuk menggunakan komputer
Membuat ujian kepada para pelajar untuk
mengenal pasti kefahaman mereka
Direktor sekolah sudah boleh menggunakan
komputer selepas diajar oleh sukarelawan
42
KLUSTER
KHIDMAT KOMUNITI
Disediakan oleh:
1 MUHAMMAD KHAIRUL REZWAN BIN ABDUL
RAHMAN
2 AINELLIN CHONG
3 NURAIN ZAKIAH BINTI MD HAZIZI
43
8.0 KHIDMAT KOMUNITI
8.1 PROJEK KOMUNITI 1(i): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN
KAMPUNG
8.1.1 Kajian Kes
Masalah yang kami kenal pasti ialah kelihatan sampah-sampah berupa plastik
berteraburan di jalan-jalan masuk dan ini meyebabkan permandangan persekitaran melalui
pemerhatian kami adalah tidak baik. Faktor-faktor berlaku pembuangan sampah adalah
berpunca daripada kesedaran yang rendah oleh penduduk-penduduk kampung dan kanak-
kanak yang membuang plastik bungkusan makanan ringan.
8.1.2 Solusi
Langkah-langkah awal yang kami ambil ialah menyediakan plastik-plastik sampah
berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan untuk mengumpul sampah dan kami berikan
kepada pecahan kumpulan-kumpulan sukarelawan. Aktiviti dimulakan dengan mengambil arah
berasingan bagi setiap kumpulan untuk mengutip dan mengumpulkan sampah dan
kemudiannya berkumpul di satu tempat yang sama seperti yang telah di tetapkan.
8.1.3 Impak Keberkesanan
8.1.3.1 Mahasiswa
Keberkesanan hasil daripada aktiviti gotong-royong ini boleh dilihat apabila penduduk-
penduduk kampung yang berada di luar rumah melihat kesungguhan kami para sukarelawan
bekerja membersihkan sekitar kampong. Impak keberkesanan ini dapat di rasai oleh mahasiswa
tentang kepentingan bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.
8.1.3.2 Komuniti
Ini termasuklah menyedarkan komuniti setempat untuk lebih prihatin dalam membuang
sampah di tempat yang sepatutnya.
44
8.1.3.3 Kesukarelawanan
Melalui usaha kami ini, semangat kesukarelawan terhadap belia di negara ini
terutamanya belia penduduk kampung tersebut di pengaruhi dan di fahami untuk mereka juga
turut bersama-sama menyertai kerja-kerja sukarelawan bagi menyumbangkan sesuatu kepada
negara mereka
8.1.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
Bersesuaian dengan penampilan kami dengan berpakaian baju T-Shirt Sukarelawan
Siswa YSS secara tidak langsung mengangkat martabat organisasi Yayasan Sukarelawan Siswa
sebagai badan sukarelawan generasi muda yang jitu dan bervisi didalam kerja-kerja
sukarelawan.
8.1.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia
Maka, identiti Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut mendapat nama baik kerana
sesungguhnya adalah menjadi dasar negara Malaysia mendidik belia tentang menjaga
kebersihan alam sekitar itu adalah penting bagi setiap individu.
Sukarelawan sedang mengutip sampah di
kawasan kampung
bergotong –royong sambil beramah mesra
bersama penduduk kampung
45
8.2 PROJEK KOMUNITI 1(ii): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN
SEKOLAH
8.2.1 Kajian Kes
Masalah yang dikenalpasti, faktor-faktor punca masalah, langkah-langkah dan aktiviti
serta keberkesanannya adalah hampir serupa dengan Projek Komuniti 1 kecuali skop
pembersihan hanya tertumpu kepada kawasan sekolah termasuklah bilik-bilik darjah dah pra-
sekolah.
8.2.2 Impak Keberkesanan
Manakala keberkesanannya pula dapat member keselesaan yang lebih baik kepada
pelajar-pelajar dan mendidik kanak-kanak tersebut tentang kepentingan menjaga kebersihan
tempat mereka menuntut ilmu.
Sukarelawan Bay mengemas kemas Keadaan di kelas selepas mengemas
46
8.3 PROJEK KOMUNITI 2: PEMBINAAN SEMULA PAGAR SEKOLAH
8.3.1 Kajian Kes
Masalah dikenalpasti setelah melihat keadaan pintu pagar yang telah usang, struktur
kayu yang telah reput dan tidak berfungsi dengan baik. Faktor-faktor ianya terjadi ialah
berpunca daripada tiada keprihatinan penduduk perkampungan itu sendiri untuk memperbaiki
mahupun menggantikan dengan pintu pagar yang baru bagi menjaga keselamatan sekolah.
8.3.2 Solusi
Langkah-langkah awal dalam merencana pembinaan pintu pagar sekolah yang baru ialah
kami merobohkan pintu pagar yang lama dan mengambil komponen-komponen penting yang
boleh digunakan semula pada hari pertama. Pada hari kedua, aktiviti waktu pagi kami adalah
mengambil kayu-kayu buluh lebihan daripada Tokong Wat Ban Na Pho sebagai salah satu bahan
binaan pintu pagar sekolah. Pada waktu tengah hari pula, kami dibenarkan untuk pergi ke
Pekan Luang Prabang untuk membeli barang-barang peralatan seperti kayu, cat, berus, engsel,
paku dan simen.
Projek Komuniti 2 pada hari kedua berakhir dengan aktiviti kami mengutip batu-batu
dan pasir-pasir di sungai untuk bahan campuran simen bagi memperkukuhkan struktur tiang
yang bakal digantungkan dengan pintu pagar yang kami akan siapkan keesokan harinya. Ini
termasuklah memotong buluh-buluh mengikut ukuran dimensi spesifikasi yang telah
direkabentuk oleh ketua kluster khidmat masyarakat.
Aktiviti hari ketiga ialah memotong dan membentukkan pintu pagar termasuklah
membuat tanggam struktur bingkai sebelum dipakukan secara kekal bagi sebelah pintu pagar
yang sempat disiapkan hari tersebut. Pada hari terakhir, kami menyiapkan kedua-dua belah
pintu pagar sekolah tersebut dan mengecatkannya bertemakan warna kedua-dua buah negara.
Setelah kering cat barulah kami memasang engsel bagi menggantungkan pintu pagar tersebut
kepada tiang katu yang telah dipasak dan disimen ke tanah. Proses menguji keupayaan binaan
baru pintu pagar sekolah tersebut telah berjaya hasilnya.
47
8.3.3 Impak Keberkesanan
8.3.3.1 Mahasiswa
Keberkesanan hasil daripada pembinaan pintu pagar sekolah yang baru bagi
menggantikan pintu pagar yang usang telah dapat dirasai impaknya kepada mahasiswa itu
sendiri apabila masing-masing berkongsi kemahiran menukang yang tinggi. Keadaan
memerlukan kepakaran dan ketepatan dalam membentuk kayu dan mencantumkannya
menjadi sepasang pintu pagar sekolah.
8.3.3.2 Komuniti
Impak kepada komuniti itu sendiri dapat dirasai dengan adanya pintu pagar yang lebih
berfungsi, menarik dan selamat bagi penduduk perkampungan ini yang rata-ratanya
menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu disini.
8.3.3.3 Kesukarelawanan
Kepentingan kerjasama didalam kumpulan, bertolak ansur dan fleksibel adalah amat
penting untuk semangat kesukarelawanan dalam melakukan aktiviti sebegini.
8.3.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
Melalui pengalaman membina pintu pagar ini, sukarelawan YSS boleh berkongsi
pengalaman sekiranya terdapat misi sukarelawan yang lain dibawah anjuean YSS itu sendiri dan
perkara ini amat berguna kepada badan sukarelawan tersebut.
8.3.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia
Malaysia melalui Kementerian Pendidikannya amat bertuah kerana telah melahirkan
sukarelawan mahasiswa dan belia yang berguna kepada negara yang bukan sahaja mampu
menyumbang jasa kepada negara sendiri malah mampu membantu negara lain dalam
membangunkan belia-belia mereka melalui kerja-kerja kesukarelawanan.
48
Keadaan pagar sekolah sebelum para
sukarelawan membuat pagar yang baru
Para sukarelawan mencabut kayu
untuk membuat pagar yang baru
Sukarelawan mengambil buluh dari
hujung kampung
Sukarelawan mengambil batu sungai
untuk kegunaan membuat pagar
Mengambil pasir dari kawasan sungai
untuk kegunaan membuat pagar
Sukarelawan Arif membancuh simen
untuk ditanam untuk mengukuhkan
pagar
49
Sukarelawan membuat rangka untuk
membuat pagar yang baru
Sukarelawan mengecat pagar dengan
warna bendera Malaysia sebagai simbolik
Sukarelawan sedang memasang pagar
yang telah siap
Pagar yang telah siap kami pasang.
50
8.4 PROJEK KOMUNITI 3: MELUKIS DAN MENGECAT DINDING (MURAL)
8.4.1 Kajian Kes
Melihat keadaan sekeliling kelas tiada bahan imej mengajar dalam Bahasa Inggeris dan
ini merupakan masalah yang telah kami kenal pasti dalam menyampaikan ilmu berkenaan ABC
dan angka. Ini adalah berikut faktor-faktor berpunca daripada keadaan guru mereka turut tidak
mahir dalam Bahasa Inggeris terutama asas ABC dan angka termasuklah keadaan di dinding
bilik darjah lebih kelihatan bahan bantuan mengajar di dalam Bahasa Lao.
8.4.2 Solusi
Langkah-langkah awal selain daripada kami mengajar di dalam kelas dengan menulis
menggunakan kapur di papan hitam untuk pengenalan ABC, angka dan lain-lain di dalam
Bahasa Inggeris, kami juga turut bercadang ingin meletakkan sesuatu yang akan kekal dan
mudah dilihat oleh pelajar-pelajar di dinding bilik darjah mereka semasa proses Pengajaran dan
Pengajaran. Aktiviti melukis mural ini bermula dengan mendapatkan peralatan-peralatan
seperti cat warna, berus dan peluntur thinner. Peralatan tambahan seperti tangga adalah hasil
pertukangan sukarelawan itu sendiri.
Kreativiti melukis dan mengecat mural adalah bergantung kepada setiap sukarelawan
yang bertanggungjawab terhadap bilik darjah masing-masing. Memandangkan misi kami
tertumpu kepada kluster pendidikan maka pengenalan ABC dan angka 1 hingga 10 di dalam
Bahasa Inggeris adalah dititik beratkan terlebih dahulu. Terdapat juga lukisan haiwan-haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan corak-corak itu adalah penambahan bagi menambahkan daya tarikan
lukisan mural para sukarelawan
8.4.3 Impak Keberkesanan
8.4.3.1 Mahasiswa
Setelah tamat aktiviti melukis mural ini dapat dilihat keesokkan harinya sewaktu hari
pertama bagi minggu baru sesi persekolahan apabila murid-murid begitu tertarik dengan
keadaan bilik darjah mereka yang lebih warna-warni dengan bahan bantuan mengajar Bahasa
51
Inggeris yang begitu mudah untuk di ingati. Bagi sukarelawan siswa kedua-dua negara, kami
telah menjadi lebih berani menonjolkan dan menambahbaik kreativiti seni lukis dan mewarna
mural tersebut.
8.4.3.2 Komuniti
Keberkesanan kepada komuniti pula, proses mengingati semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran adalah lebih berkesan, Dengan keadaan itu, ibubapa pelajar-pelajar lebih yakin
bahawa pendidikan Bahasa Inggeris sudah pasti lebih difahami oleh anak-anak mereka yang
lebih bersungguh-sungguh belajar semasa menuntut ilmu di dalam kelas
8.4.3.3 Kesukarelawanan
Semangat kesukarelawanan inilah yang diperlukan oleh setiap sukarelawan bagi
memastikan hasil kerja-kerja sukarelawan mereka secara tidak langsung dapat mendidik dan
mencambah ilmu kepada mereka yang memerlukan
8.4.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
YSS bakal melahirkan lebih ramai lagi sukarelawan siswa yang begitu kreatif dalam
menghasilkan bahan bantu mengajar sekiranya kluster pendidikan diutamakan.
8.4.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia
Secara tidak langsung, Kementerian Pendidikan Malaysia dikenal pasti sebagai sumber
wujudnya graduan-graduan belia yang begitu mementingkan kreativiti dalam usaha
menghasilkan sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat.
52
Keadaan kelas sebelum projek ini Sukarelawan Lao melukis mural
Sukarelawan syafawani melukis
mural
Mural membantu pelajar
mengingati ABC
53
8.5 PROJEK KOMUNITI 4: PENYAMBUNGAN WAYAR DI BANGUNAN SEKOLAH
RENDAH BAN NA PHO
8.5.1 Kajian Kes
Berikutan daripada permasalahan sumber bekalan tenaga elektrik yang hanya ada di
bilik darjah 5 di hujung bahagian awal bangunan sekolah yang tidak selamat maka Pengarah
sekolah telah membuat keputusan supaya komputer hasil sumbangan YSS diletakkan dan
disimpan di bilik pra-sekolah di hujung bahagian akhir bangunan sekolah yang lebih selamat
namun tidak mempunyai sumber bekalan tenaga elektrik.
8.5.2 Solusi
Sukarelawan siswa mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk tidak mengupah
juruelektrik tempatan bagi menyambung wayar kabel elektrik sepanjang bangunan. Peralatan-
peralatan dan komponen-komponen penyambungan saluran bekalan elektrik seperti multi-
soket, kabel, plug dan penyangkut wayar telah kami beli terdahulu. Proses penyambungan
wayar dimulakan dengan menyambung pangkal kabel wayar dengan plug yang bakal di cantum
dengan soket punca bekalan tenaga elektrik di dinding bilik darjah 5.
Kabel wayar kemudian di sangkutkan dengan memakukan penyangkut kabel di
sepanjang bahagian atas kawasan luar bilik darjah 5 hinggalah ke dinding bahagian belakang
bilik pra-sekolah. Di hujung kabel wayar tersebut kemudiannya disambungkan dengan multi-
soket yang mempunyai 4 soket yang boleh digunakan kemudian dipakukan melekat di dinding.
Ujian terhadap penyambungan tersebut berjaya setelah diuji dengan memasang pengecas
bateri telefon bimbit.
Keesokkan harinya, komputer dan mesin pencetak berjaya digunakan dan beroperasi
untuk proses pendidikan kluster ICT kepada pelajar-pelajar Darjah 1 dan terutamanya dalam
melatih pengarah dan guru-guru sekolah tersebut.
54
8.5.3 Impak Keberkesanan
8.5.3.1 Mahasiswa
Aktiviti ini memberi impak keberkesanan yang besar terhadap kemahiran individu siswa
secara tidak langsung mempengaruhi sukarelawan siswa yang lain dalam mendalami kemahiran
melakukan penyambungan bekalan tenaga elektrik
8.5.3.2 Komuniti
Hasil daripada penyambungan bekalan tenaga elektrik inilah komuniti setempat
terutama penghuni sekolah iaitu guru-guru dan pelajar-pelajar dapat mendalami ilmu teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dengan memahami asas-asas penggunaan komputer secara
tidak langsung yakin akan keselamatan tempat penyimpanan komputer tersebut.
8.5.3.3 Kesukarelawanan
Bagi aspek kesukarelawanan pula, keadaan ini juga menarik perhatian dan
mempengaruhi sukarelawan siswa kedua-dua buah negara mengenai kepentingan kemahiran
penyambungan saluran bekalan elektrik.
8.5.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
Impak positif kepada YSS sendiri juga dapat melahirkan sukarelawan siswa yang
berkemahiran teknikal dalam membantu masyarakat.
8.5.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekiranya siswa tidak mempunyai apa-apa kemahiran, daripada keadaan inilah KPM
dapat membantu kekurangan siswa yang mencari inisiatif sendiri bagi membangunkan
kemahiran diri.
55
Sukarelawan Khairul dan Razman membuat
wiring di sekolah untuk membolehkan
sekolah menggunakan komputer
Wiring dilakukan dari kelas darjah lima
hingga ke tadika kerana hanya kelas darjah
5 mempunyai plak
Pemasangan plak untuk membuka
komputer berjaya
56
8.6 PROJEK KOMUNITI 5: MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BAGI SEKOLAH
RENDAH BAN NA PHO
8.6.1 Kajian Kes
Berikutan iklim hujan selama 3 bulan menyebabkan laluan ke sekolah menjadi becak
ditakungi air dan menghasilkan lumpur-lumpur yang tidak selamat untuk dilalui terutama oleh
pelajar-pelajar dan guru-guru. Kelihatan pada kaki anak-anak murid sekolah tersebut terdapat
kudis-kudis akibat tidak menjaga kesihatan kulit mereka masing-masing dengan keadaan selalu
tidak berkasut dan kadang-kadang berkaki ayam berjalan-jalan dan bermain di sekitar sekolah
termasuklah di laluan berlumpur tersebut
8.6.2 Solusi
Langkah-langkah awal ialah para sukarelawan berkumpul berbincang dan mendapatkan
persefahaman bagi mereka bentuk laluan yang ingin dibina. Peralatan yang digunakan hanyalah
kayu-kayu dahan dan kayu-kayu kitar semula. Pasir sungai yang diambil diletakkan sebagai asas
laluan tersebut sebelum diletakkan laluan seperti titi diatasnya.
8.6.3 Impak Keberkesanan
8.6.3.1 Mahasiswa
Disini dapat dilihat kemahiran-kemahiran pertukangan masing-masing hanya demi
untuk mempermudahkan masyarakat setempat. Keprihatinan tinggi sukarelawan siswa
terhadap laluan pelajar-pelaja dan penduduk kampung adalah impak terbesar bagi memastikan
laluan itu selamat dan bersih bagi mengelakkan laluan berlumpur.
8.6.3.2 Komuniti
Bagi kesan terhadap komuniti pula mereka dapat mengelakkan penyakit kulit dan
menjamin kebersihan diri pelajar-pelajar sekolah khasnya dan para penduduk kampung secara
amnya.
57
8.6.3.3 Kesukarelawan
Semangat kesukarelawanan inilah yang menyuntik melahirkan kemahiran inovasi siswa
dalam menyelesaikan masalah penduduk setempat
8.6.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
YSS juga akan turut berbangga dapat melahirkan sukarelawan yang inovatif bagi
membantu negara dalam menyelesaikan masalah masyarakat di Malaysia
58
Sukarelawan melihat kawasan
berlumpur yang menjadi laluan pelajar
Sukarelawan menggunakan kayu
terpakai untuk membuat laluan
pejalan kaki
Sukarelawan Khairul membuat garisan
penanda untuk membuat laluan pejalan
kaki
Sukarelawan Naufal mengambil pasir
dari sungai untuk membuat laluan
pejalan kaki
Laluan pejalan yang kami rancangkan
sudah siap dan sedia untuk digunakan
Pelajar sudah menggunakan laluan
pejalan kaki dan kaki mereka juga tidak
kotor kerana terkena lumpur
59
8.7 PROJEK KOMUNITI 6: MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI TANGGA SEDIA
ADA DI BAHAGIAN PAGAR SEKOLAH
8.7.1 Kajian Kes
Ianya diwujudkan oleh penduduk kampung namun keadaannya adalah tidak selamat
kerana melalui pemerhatian terdapat kanak-kanak terjatuh ketika menuruni tangga tersebut.
Keadaan ini tidak disedari oleh penduduk kampung itu sendiri berkenaan keutamaan
keselamatan kanak-kanak kecil yang merupakan pelajar-pelajar sekolah disitu.
8.7.2 Solusi
Langkah-langkah awal kami ialah menggunakan kayu-kayu dahan terpakai dan kami
menukang, memotong, menanam dan memaku kayu-kayu tersebut menjadikan ianya sebagai
pemegang bagi tangga sedia ada tersebut. Keadaan kayu-kayu tempat pemijak juga menjadi
lebih selamat untuk dinaiki dan dituruni.
8.7.3 Impak Keberkesanan
8.7.3.1. Mahasiswa
Hasil daripada pembinaan dan pengubahsuaian ini sukarelawan siswa menjadi lebih
kreatif dalam mengubahsuai kemudahan penduduk yang telah sedia ada tetapi lebih
meletakkan perhatian daripada segi keselamatan penggunaannya.
8.7.3.2 Komuniti
Keadaan ini dapat membantu menyedarkan penduduk kampung terhadap keutamaan
keselamatan kemudahan-kemudahan lain yang masih digunakan sehingga hari ini.
8.7.3.3 Kesukarelawanan
Daripada segi semangat kesukarelawanan, ianya dapat mendidik sukarelawan siswa
untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling terutama berkaitan isu-isu keselamatan kanak-
kanak.
60
8.7.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
YSS dan KPM akan memastikan individu yang bergelar sukarelawan siswa mempunyai
sifat-sifat positif seperti mengutamakan keselamatan bagi membantu masyarakat yang
memerlukan dan menjaga diri sendiri.
Tangga yang menjadi laluan para pelajar
dan guru untuk ke sekolah
Sukarelawan membuat pemegang pada
tangga agar para pelajar dan guru tidak
jatuh ketika menuruni tangga kerana
tangga itu agak curam
Para pelajar dan guru sudah gembira
menggunakan tangga kerana mereka sudah
ada pemegang untuk naik tangga
61
8.8 PROJEK KOMUNITI 7: MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN MINI
8.8.1 Kajian Kes
Masalah hanya dikenalpasti pada minggu kedua apabila seorang guru mengatakan
terdapat bilik darjah yang tidak digunakan dan menjadi stor penyimpanan. Apabila diminta
kebenaran untuk Pengarah sekolah membuka bilik darjah tersebut didapati terdapat pelbagai
buku-buku didalam dua buah rak yang dikenal pasti masih bleh digunakan..Keadaan bilik darjah
yang tidak digunakan itu telah kami membuat keputusan untuk dibersihkan dan dijadikan
perpustakaan mini.
8.8.2 Solusi
Langkah-langkah awal ialah kami membersihkan bilik darjah tersebut dengan
mengeluarkan dan mengosongkan barang-barang didalamnya diletakkan di luar. Proses
seterusnnya kami mendekorasi susunan bahagian perpustakaan pada bahagian hadapan dan
stor simpanan di bahagian belakang bilik darjah berkenaan.
Kerusi dan meja disusun mengikut pelan. Rak-rak buku dipakukan di tepi dinding dan di
atas meja bagi menjamn kestabilan dan keselamatannya. Akhir sekali, bilik perpustakaan mini
tersebut dihiasi dengan lukisan mural bagi menarik perhatian pelajar-pelajar yang tertunggu-
tunggu untuk bilik perpustakaan tersebut siap untuk digunakan.
8.8.3 Impak Keberkesanan
8.8.3.1 Mahasiswa
Impak keberkesanan yang dirasai oleh siswa ialah rasa tanggungjawab pada diri setiap
sukarelawan siswa untuk sentiasa menyebarkan ilmu
8.8.3.2 Komuniti
Dengan wujudnya perpustakaan mini ini, masyarakat setempat lebih memberi perhatian
kepada menerap nilai-nilai murni amalan membaca daripada peringkat usia seawal pra-sekolah
lagi.
62
8.8.3.3 Kesukarelawan
Ini adalah memastikan semangat sukarelawan siswa juga turut mementingkan
penyebaran ilmu kepada komuniti.
8.8.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
Secara tidak langsung memenuhi galakan daripada YSS dan KPM untuk menyebarkan
ilmu pengetahuan melalui pusat sumber seperti perpustakaan mini.
Sukarelawan berbincang untuk memyusun meja
di dalam perpustakaan
Sukarelawan mngeluarkan meja dari bilik
tersebut untuk menyapu dan mengelap
Para pelajar sangat teruja untuk menggunakan
perpustakaan yang berwajah baru
63
8.9 PROJEK KOMUNITI 8: MEMBINA TIANG GOL
8.9.1 Kajian Kes
Masalah yang dikenalpasti ialah kanak-kanak dan belia di perkampungan berkenaan
aktif dalam permainan sukan pada setiap petang, namun mereka tidak mampu untuk
menyediakan kemudahan sukan yang menyerupai permainan tersebut iaitu bola sepak.
Sewajarnya semangat kesukanan tinggi yang telah ada pada diri mereka mampu menyedarkan
tentang kepentingan mempunyai tiang gol seakan-akan yang sebenar bagi merasai keghairahan
sewaktu bermain sukan bola sepak. Kesukaran memastikan sama ada bola telah gol atau tidak
sama sekali susah untuk dipastikan dan kadang kala menjadi punca peselisihan.
8.9.2 Solusi
Langkah-langkah awal kami ialah merasai keadaan sebenar bermain bola melalui
perlawanan persahabatan diantara sukarelawan YSS dan LYU pada hari kedua di perkampungan
ini. Berikutan ada lebihan kayu buluh hasil pembinaan pintu pagar sekolah, melalui reka bentuk
yang kami lakarkan dan dipersetujui maka dibina 2 buah gol bersaiz sederhana untuk
kemudahan sukan bola sepak bagi masyarakat kampung tersebut terutama kepada belia.
8.9.3 Impak Keberkesanan
8.9.3.1 Mahasiswa
Semangat kesukanan yang tinggi terkesan kepada diri sukarelawan siswa berikutan
daripada aktiviti ini.
8.9.3.2 Komuniti
Sumbangan usaha kami adalah bagi membantu komuniti menyediakan kemudahan
sukan yang menyerupai keperluan sukan itu sendiri iaitu tiang gol bagi sukan bola sepak.
64
8.9.3.3 Kesukarelawanan
Maka, disinilah semangat kesukarelawan itu tampak lebih versatile bukan sekadar
memberi fokus kepada kluster-kluster tertentu sahaja
8.9.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa
YSS secara khususnya dan KPM secara amnya turut ingin melahirkan sukarelawan siswa
dan belia yang mementingkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.
Padang bola di kampung mereka tidak
mempunyai tiang gol. Mereka hanya
menggunakan selipar sebagai penanda
Sukarelawan Khairul,Loulou dan Chan
membuat tiang gol yang baru untuk
menaikkan semangat anak muda di
kampung itu bersukan
Siap sahaja tiang gol, mereka terus bermain
bola dan para sukarelawan juga turut
bermain bola sepak bersama mereka
65
8.10 PROJEK KOMUNITI 9: MEMPERBAHARUI PAPAN KENYATAAN DI TENGAH-
TENGAH KAWASAN KEJIRANAN PENDUDUK KAMPUNG BAN NA PHO
8.10.1 Kajian Kes
Berikutan keadaan papan kenyataan yang kelihatan tidak diambil endah lagi, berserta
maklumat-maklumat yang ditampal kelihatan lusuh dan begitu lama. Semua maklumat tidak
lagi dikemaskini.
8.10.2 Solusi
Langkah-langkah awal ialah sukarelawan menggunapakai cat-cat lebihan untuk
mengecat semula papan kenyataan tersebut menjadi lebih menarik perhatian penduduk.
Namun, terdapat masalah sedikit berikutan kunci tingkap jaring tidak dapat dibuka
8.10.3 Impak Keberkesanan
8.10.3.1 Mahasiswa
Impak keberkesanan terhadap siswa ialah lebih prihatin tentang kepentingan
penyaluran maklumat di dalam sebuah masyarakat
8.10.3.2 Komuniti
Bagi komuniti pula, dapat menyedarkan masyarakat berkenaan kepentingan
penyebaran maklumat dan menjaga keadaan papan kenyataan dengan baik
8.10.3.3 Kesukarelawanan
Ini adalah kreativiti semangat kesukarelawanan dalam mengembalikan perhatian
penduduk terhadap papan kenyataan tersebut.
66
Sukarelawan Arif mengecat ‘notice board’ di
kampung agar kelihatan cantik
‘Notice board’ yang telah dicat semula. Penduduk
kampung akan menampal maklumat-maklumat di
‘notice board’ agar penduduk kampung tahu akan
maklumat yang disampaikan
67
8.11 PROJEK KOMUNITI 10: MEMBINA MONUMEN PERINGATAN
8.11.1 Kajian Kes
Ianya bagi mengenang peristiwa program Misi Sukarelawan di Perkampungan Ban Na
Pho selama 2 minggu disini. Tiada permasalahan dikenalpasti bagi aktiviti ini, hanyalah
memenuhi hasrat Pengarah Sekolah Rendah Ban Na Pho bagi mewujudkan kenangan secara
fizikal kepada penduduk kampung ini.
8.11.2 Solusi
Langkah-langkah awal ialah kami menggunakan lebihan simen sedia ada. Pasir dan batu-
batu kecil diambil daripada sungai berhampiran bagi proses mencampurkan simen. Pokok
bunga Champa hasil sumbangan penduduk kampung kami tanamkan di tengah-tengah bingkai
kawasan monument yang ingin kami simenkan.
Diatas kreativiti sukarelawan siswa kedua-dua buah negara Laos dan Malaysia, kayu-
kayu buluh dipotong kecil-kecil dan ditanam seumpama pagar-pagar kecil sebelum simen
dituangkan dan diratakan. Di kesempata ini, kami bersetuju untuk meletakkan tapak-tapak
tangan kami semua sukarelawan siswa sebgai kenang-kenangan yang kekal termasuklah sedikit
tulisan YSS dan LYU beserta tarikh peristiwa hari tersebut.
8.11.3 Impak Keberkesanan
8.11.3.1 Mahasiswa
Impak keberkesanan aktiviti khidmat masyarakat yang terakhir bagi program Misi
Sukarelawan ini adalah sebagai tanda kenangan hubungan rapat yang terjalin diantara
mahasiswa sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Kesatuan Belia Lao (LYU).
8.11.3.2 Komuniti
Ini juga adalah berkaitan dengan kenangan jasa baik semua sukarelawan siswa di
kampung tersebut secara fizikal melalui pembinaan monument yang kekal,
68
Sukarelawan Malaysia dan Lao Youth Union
menanam pokok champa sebagai tanda hubungan
rapat yang terjalin antara kami
Sukarelawan membuat monument sebagai tanda
kenangan yang mereka tidak akan lupa akan
kampong Na Pho
Pokok Champa ini juga melambangkan hubungan
rapat sebagai asean
69
LAPORAN KEWANGAN
Disediakan oleh:
NURAIN ZAKIAH BT MD HAZIZI
70
9.0 LAPORAN PERBELANJAAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANG PRABANG
Bil Perkara Matawang Kip
Perolehan
Duit yang di terima @ 15/9/2014 1,000,000.00
Perbelanjaan
1 Beras (5kg) 35,000.00
2 Bahan Mentah (Sayur- sayuran) 3000
3 Bahan Mentah (Sayur- sayuran) 6000
4 Minyak Masak 15,000.00
5 Bahan Mentah (Ikan) 20,000.00
6 Beras (4kg) 42,000.00
7 Bawang (3 Biji) 10,000.00
8 Telur (1 Papan) 27,000.00
9 Beli peralatan untuk Mural (Cat,Berus,Thinner) 474,000.00
10 Membeli bahan untuk pagar (Kayu,Cat,Paku,Engsel) 242,000.00
11 Peralatan untuk Wiring (Cable,Socket,Plak) 173,000.00
Perkhidmatan kenderaan 100,000.00
Jumlah 1147000.00
Baki -147000.00
71
PENUTUP
Kami mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pihak YSS
kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada keluarga
YSS dan telah memilih kami untuk mengikuti misi ini. Kami berasa bersyukur kerana misi ini
telah tamat dengan jayanya. Jutaan terima kasih buat semua ahli tertinggi Yayasan Sukarelawan
Siswa Malaysia yang banyak member tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu kepada kami yang baru
mahu bertatih di dalam bidang kesukarelawanan ini. Kami mengharapkan tunjuk ajar yang
berterusan daripada Dato’, Professor, Tuan, Puan sekalian walaupun misi ini telah tamat.
Tidak dilupakan juga buat kakitangan, Alumni dan petugas yang telah banyak membantu
kami di dalam menjayakan misi ini. Pengalaman yang tidak dapat kami gambarkan dengan
sekadar kata-kata ini akan kami gunakan dalam proses mempertingkatkan diri sendiri dan juga
untuk manfaat semua. Kami berharap agar segala yang kami telah pelajari melalui misi ini tidak
akan terhenti setakat misi ini sahaja. Sungguh, misi ini merupakan suatu pemacu bagi aktiviti-
aktiviti kesukarelawanan kami pada masa yang akan datang.

More Related Content

What's hot

Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatanJeglin Siva
 
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)ppdakpm
 
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015thuvas27
 
KERTAS KERJA MERDEKA 2020.docx
KERTAS KERJA MERDEKA 2020.docxKERTAS KERJA MERDEKA 2020.docx
KERTAS KERJA MERDEKA 2020.docxCahayaKausar
 
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung
Profil Pesantren Al-Fatah LampungProfil Pesantren Al-Fatah Lampung
Profil Pesantren Al-Fatah LampungMisbahuddin Nur
 
Brosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 M
Brosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 MBrosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 M
Brosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 MPesantren Al-Fatah
 
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1Pesantren Al-Fatah
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 

What's hot (12)

Cover
CoverCover
Cover
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatan
 
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 3 drpd 4)
 
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
 
KERTAS KERJA MERDEKA 2020.docx
KERTAS KERJA MERDEKA 2020.docxKERTAS KERJA MERDEKA 2020.docx
KERTAS KERJA MERDEKA 2020.docx
 
Kisi 2 bj
Kisi 2 bjKisi 2 bj
Kisi 2 bj
 
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung
Profil Pesantren Al-Fatah LampungProfil Pesantren Al-Fatah Lampung
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung
 
Brosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 M
Brosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 MBrosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 M
Brosur santri/siswa baru Pesantren Al-Fatah Lampung 1436 H/ 2015 M
 
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1
Profil Pesantren Al-Fatah Lampung 2014.1
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 

Similar to Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Ban Na Pho, Laos

NUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docx
NUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docxNUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docx
NUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docxNurHikmatulfadhilah
 
Con toh dokumentasi
Con toh dokumentasiCon toh dokumentasi
Con toh dokumentasiSuhaila Omar
 
Partisipasi masy
Partisipasi masyPartisipasi masy
Partisipasi masynitaafahmi
 
Kertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiKertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiMazihas Sahizam
 
Pakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirianPakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirianSyeda Yuuras
 
Kertas kerja-kem-solat. 2014
Kertas kerja-kem-solat. 2014Kertas kerja-kem-solat. 2014
Kertas kerja-kem-solat. 2014Norhaiza Mohd Nor
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerjaCik BaCo
 
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...Amirull Deraman
 
RAKOR WALAS 2024.pptx
RAKOR WALAS 2024.pptxRAKOR WALAS 2024.pptx
RAKOR WALAS 2024.pptxZaiemRosyadi1
 
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docxPROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docxNoorhamnyzakaria
 
Program kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren Lamongan
Program kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren LamonganProgram kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren Lamongan
Program kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren LamonganNur Alfiyatur Rochmah
 
Brosur 2014 STAI ARRIDHA
Brosur 2014 STAI ARRIDHABrosur 2014 STAI ARRIDHA
Brosur 2014 STAI ARRIDHAShafwan Nizar
 
Buku program hari anugerah
Buku program hari anugerahBuku program hari anugerah
Buku program hari anugerahZatil Nabilah
 
Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohnurfatinafeeqa
 
Proposal Australia.docx
Proposal Australia.docxProposal Australia.docx
Proposal Australia.docxNur Hafeza
 
Buku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa Tengah
Buku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa TengahBuku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa Tengah
Buku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa TengahSuhadiSuhadi19
 

Similar to Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Ban Na Pho, Laos (20)

NUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docx
NUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docxNUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docx
NUR HIKMATUL FADHILAH_191310004358_LAPORAN PENERJUNAN PPL 2022.docx
 
Con toh dokumentasi
Con toh dokumentasiCon toh dokumentasi
Con toh dokumentasi
 
Partisipasi masy
Partisipasi masyPartisipasi masy
Partisipasi masy
 
Kertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiKertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppki
 
Pakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirianPakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirian
 
Kertas kerja-kem-solat. 2014
Kertas kerja-kem-solat. 2014Kertas kerja-kem-solat. 2014
Kertas kerja-kem-solat. 2014
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerja
 
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
 
Rpp ips asean
Rpp ips aseanRpp ips asean
Rpp ips asean
 
Praktikum
PraktikumPraktikum
Praktikum
 
RAKOR WALAS 2024.pptx
RAKOR WALAS 2024.pptxRAKOR WALAS 2024.pptx
RAKOR WALAS 2024.pptx
 
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docxPROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
PROGRAM KECEMERLANGAN SMK PUTERA 2023-1 (2).docx
 
Program kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren Lamongan
Program kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren LamonganProgram kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren Lamongan
Program kerja TK Muslimat NU 05 Darul Rohmah Laren Lamongan
 
Brosur 2014 STAI ARRIDHA
Brosur 2014 STAI ARRIDHABrosur 2014 STAI ARRIDHA
Brosur 2014 STAI ARRIDHA
 
Digital 20304110 t30731-tradisi lisan
Digital 20304110 t30731-tradisi lisanDigital 20304110 t30731-tradisi lisan
Digital 20304110 t30731-tradisi lisan
 
Buku program hari anugerah
Buku program hari anugerahBuku program hari anugerah
Buku program hari anugerah
 
Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagoh
 
Proposal Australia.docx
Proposal Australia.docxProposal Australia.docx
Proposal Australia.docx
 
Buku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa Tengah
Buku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa TengahBuku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa Tengah
Buku Panduan Studi Lasem - MGMP Sosiologi Jawa Tengah
 
Kertas kerja gotong royong f1
Kertas kerja gotong royong f1Kertas kerja gotong royong f1
Kertas kerja gotong royong f1
 

Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Ban Na Pho, Laos

  • 1. LAPORAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANG PRABANG, LAOS BAN NA PHO 11 / 09 /2014 – 29 / 09 / 2014 2014 Yayasan Sukarelawan Siswa 10/9/2014
  • 2. 2 BIL PERKARA HALAMAN 1.0 PENGENALAN 1.1 SEJARAH LAOS 4 2.0 SENARAI SUKARELAWAN 6 3.0 LATAR BELAKANG KAMPUNG 3.1 LOKASI KAMPUNG 3.2 ORGANISASI KAMPUNG 3.3 SUMBER EKONOMI 3.4 AGAMA, BAHASA DAN BUDAYA RASMI 3.5 SENI BUDAYA, BAJU KEBANGSAAN DAN MAKANAN 7 7 7 7 8 4.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH 10 5.0 KLUSTER PENDIDIKAN 5.1 KAEDAH MENGUMPUL DATA 5.2 SOLUSI YANG DICADANGKAN 5.3 LANGKAH PERLAKSANAAN 5.4 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (TEACHING AID) 5.5 IMPAK PENGAJARAN ‘FUN LEARNING’ BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS 5.7 PENUTUP 13 14 16 17 24 24 25 6.0 KLUSTER KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 6.1 KAJIAN KES 6.2 SOLUSI 6.3 IMPAK 6.4 PENGEDARAN RISALAH KESIHATAN 28 29 31 32 33 7.0 KLUSTER INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) 7.3 TINDAKAN 7.4 DASAR 7.5 IMPAK 36 38 38 40 8.0 KLUSTER KHIDMAT KOMUNITI 8.1 PROJEK KOMUNITI 1(i): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN KAMPUNG 8.2 PROJEK KOMUNITI 1(ii): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN SEKOLAH 42 43 45 ISI KANDUNGAN
  • 3. 3 8.3 PROJEK KOMUNITI 2: PEMBINAAN SEMULA PAGAR SEKOLAH 8.4 PROJEK KOMUNITI 3: MELUKIS DAN MENGECAT DINDING (MURAL) 8.5 PROJEK KOMUNITI 4: PENYAMBUNGAN WAYAR DI BANGUNAN SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO 8.6 PROJEK KOMUNITI 5: MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BAGI SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO 8.7 PROJEK KOMUNITI 6: MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI TANGGA SEDIA ADA DI BAHAGIAN PAGAR SEKOLAH 8.8 PROJEK KOMUNITI 7: MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN MINI 8.9 PROJEK KOMUNITI 8: MEMBINA TIANG GOL 8.10 PROJEK KOMUNITI 9: MEMPERBAHARUI PAPAN KENYATAAN 8.11 PROJEK KOMUNITI 10: MEMBINA MONUMEN PERINGATAN 46 50 53 56 59 61 63 65 67 9.0 LAPORAN KEWANGAN 9.1 LAPORAN PERBELANJAAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANGPRABANG 69 10.0 PENUTUP 72
  • 4. 4 1.0 PENGENALAN 1.1 Sejarah Laos Republik Demokratik Rakyat Laos adalah negara yang terkurung daratan di Asia Tenggara, berbatasan dengan Myanmar dan Republik Rakyat Tiongkok di sebelah barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di sebelah barat. Daripada abad ke-14 hingga abad ke-18, negara ini disebut Lan Xang atau "Negeri Seribu Gajah". Pada awal sejarah Laos menunjukkan ia didominasi oleh Kerajaan Nanzhao, yang diteruskan pada abad ke-14 oleh kerajaan lokal Lan Xang yang berlaku sehingga abad ke-18, setelah Thailand menguasai kerajaan tersebut. Kemudian Perancis menguasai wilayah ini di abad ke-19 dan menggabungkannya ke dalam Indochina Perancis pada 1893. Setelah penjajahan Jepun selama Perang Dunia II, negara ini memerdekakan diri pada 1949 dengan nama Kerajaan Laos di bawah pemerintahan Raja Sisavang Vong. Ketidakstabilan politik di negara jirannya, Vietnam menyebabkan Laos menghadapi Perang Indochina Kedua yang lebih besar (disebut juga Perang Rahsia) yang menjadi faktor ketidakstabilan yang menjadi punca lahirnya perang saudara dan beberapa kali kudeta. Pada 1975 kaum komunis Pathet Lao yang dinaung oleh Uni Soviet dan komunis Vietnam menendang pemerintahan Raja Savang Vatthana dukungan Amerika Serikat dan Perancis. Setelah mengambil alih negara ini, mereka menggantikan namanya menjadi Republik Demokratik Rakyat Laos dan kekal sehingga hari ini. Laos mempererat hubungannya dengan Vietnam dan mengendurkan larangan ekonominya pada akhir dekade 1980an dan dimasukkan ke dalam ASEAN pada 1997. Iklim Laos adalah tropika dan dipengaruhi oleh angin musim. Musim hujan adalah pada Mei hingga November, diikuti oleh musim kemarau sejak December sampai April. Ibu negara dan bandar terbesar di Laos adalah Vientiane, bandar-bandar besar lain meliputi Luang Prabang, Savannakhet, dan Pakse.
  • 5. 5 Rajah 1.0: Peta kedudukan Laos Rajah 1.1: Kedudukan Laos beserta negara ASEAN yang lain Rajah 1.3: Bendera Laos
  • 6. 6 2.0 SENARAI SUKARELAWAN NO. NAMA PEJABAT/UNIVERSITI JAWATAN 1. ZULASRI BIN ROSDI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA PEGAWAI YSS 2. MOHD ARIFF BIN YUSOFF UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) ALUMNI DAN PETUGAS YSS 3. MOHD RAHIM BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) ALUMNI DAN PETUGAS YSS NO. NAMA UNIVERSITI JAWATAN 1. MUHAMAD NAUFAL BIN BADARUDIN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KETUA 2. NURATHIQAH BINTI MOHD FADZIL UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PENOLONG KETUA 3. ALISHA NUR BINTI MOHD NOOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM (UiTM) SETIAUSAHA 4. NURAIN ZAKIAH BINTI MD HAZIZI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) BENDAHARI 5. NURSYAFAWANI BINTI JAMIL IPG KAMPUS ILMU KHAS UNIT AKTIVITI 6. MOHD RADZMAN BIN MOHD RAJDI IPG ILMU KHAS UNIT MEDIA DAN FOTOGRAFI 7. MUHAMMAD KHAIRUL REZWAN BIN ABDUL RAHMAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIT LOGISTIK 8. MUHAMMAD AZMI BIN ZAINI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIT KEBUDAYAAN 9. AINELLIN CHONG UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIT KESIHATAN
  • 7. 7 3.0 LATAR BELAKANG BAN NA PHO 3.1 Lokasi Kampung Kawasan kampung Na Pho ini terletak di dalam daerah Luang Prabang. Kampung Na Pho ini berhampiran dengan Kampung Tin Keo dan Kampung Na Sau. Kampung ini terletak di kawasan luar bandar dan dikelilingi alam semula jadi seperti bukit bukau, hutan dan sebatang sungai. 3.2 Organisasi Kampung Ketua kampung bagi kampung ini ialah Tuan See Chan dan tugas beliau ialah memastikan semua aspek yang berkaitan dengan kampung Na Pho ini terjaga seperti aspek keselamatan, pendidikan, budaya, agama dan sebagainya. 3.3 Sumber Ekonomi Selain itu, sumber ekonomi dan pendapatan bagi penduduk kampung Na Pho ini ialah pertanian dan perniagaan. Mereka lebih mudah membuat aktiviti seperti ini kerana faktor geografi dan kedudukan kampung tersebut sangat sesuai dan baik. Hal ini juga dapat dibuktikan apabila terdapat banyak keluarga di kampung ini yang mempunyai kebun dan kedai sendiri. Kebanyakan kebun dan kedai yang mereka usahakan sangat berhampiran dengan rumah masing-masing. 3.4 Agama, Bahasa dan Budaya Rasmi Agama rasmi yang dianuti oleh semua penduduk kampung ini ialah Buddha Theravada dan bahasa yang digunakan juga ialah ‘Lao Language’. Seterusnya budaya rasmi yang diamalkan di kampung ini ialah ‘Baci Ceremony’, ‘Giving Ceremony’, tarian dan adab makan. ‘Baci Ceremony’ merupakan satu budaya yang selalu diamalkan oleh masyarakat Laos dimana untuk menaikkan semangat dalam kalangan mereka. Budaya ini melibatkan upacara pemakaian
  • 8. 8 gelang kain berwarna putih kepada semua yang menyertai majlis ini disamping si pemakai mendoakan kepada pemakai gelang tersebut dengan tujuan untuk meraikan dan mendoakan seseorang. Selain itu, ‘Giving Ceremony’ pula ialah budaya yang diamalkan dengan semua masyarakat membawa makanan ke ‘Temple’ pada waktu pagi hari tertentu dan memberi makan kepada semua yang mengunjung ‘Temple’ tersebut. Seterusnya mereka juga sering mengamalkan tarian dan adab makan bagi mereka ialah mengutamakan orang yang lebih berumur terlebih dahulu. 3.5 Seni Budaya, Baju Kebangsaan dan Makanan Seni budaya yang diamalkan oleh mereka ialah menenun dan bertukang. Kebanyakan daripada mereka mempunyai peralatan sendiri di rumah masing-masing. Setiap hasil tenunan dan tukangan yang mereka buat dihantar dan dijual ke kawasan bandar seperti Luang Prabang. Baju kebangsaan mereka ialah Khmer krama manakala makanan masyarakat disini ialah Sticky. 3.6 Peta Ban Na Pho Rajah 3.1: Peta Ban Na Pho yang dilukis sendiri oleh salah seorang penduduk kampung ini
  • 9. 9 Rajah 3.2: Kedudukan Kampung Napho di dalam Google Maps PERKARA CATATAN JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG 474 ORANG JUMLAH KELUARGA 86 BUAH KELUARGA JUMLAH ‘HOST FAMILY’ 11 BUAH KELUARGA SEKOLAH RENDAH SEBUAH SEKOLAH MENENGAH TIADA KETUA KAMPUNG (NAI BAN) PHOR SEE CHAN KAMPUNG YANG BERHAMPIRAN BAN NA SAU DAN BAN TIN KEO SUMBER EKONOMI PERTANIAN DAN PERNIAGAAN Rajah 3.0: Ringkasan maklumat yang telah dikumpul berkaitan dengan Kampung Na Pho, Luang Prabang, Laos.
  • 10. 10 4.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH DI BAN NA PHO Delegasi 10 orang sukarelawan dari Yayasan Sukarelawan Siswa telah mengikuti Misi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Ban Na Pho, Luang Phrabang, Laos. 10 orang sukarelawan Malaysia akan bergabung bersama 10 orang sukarelawan dari Lao Youth Union bagi menjayakan misi di kampung ini. Salah satu kluster terpenting ialah kluster pendidikan. Bagi kluster ini, terdapat tiga orang sukarelawan yang menjadi perancang bagi gerak kerja sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Saudara Muhammad Naufal bin Badaruddin, Saudari Syafawani binti Jamil dan Saudara Muhammad Azmi bin Zaini. Pecahan di bawah kelompok kluster pendidikan ialah pengajaran bahasa Inggeris dan pengajaran Teknologi dan Maklumat. Di Ban Na Pho, hanya terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Na Pho Primary School. Berikut merupakan data bagi sekolah tersebut : Nama Sekolah Na Pho Primary School Tenaga Pengajar Guru Besar (Direktor) : 1 orang Guru : 5 orang Jumlah Murid 73 orang Kemudahan di Sekolah 5 buah bilik darjah 1 bilik guru/pejabat sekolah Perpustakaan Tandas Padang Tahun Murid Tadika Tahun 1 sehingga 5 Jadual 4.1: Data Sekolah Murid tadika terdiri daripada kanak-kanak berusia 5 sehingga 6 tahun. Bangunan tadika terpisah daripada 4 buah kelas yang lain. Kelas darjah 1, 2 dan 5 mempunyai kelas masing- masing manakala kelas darjah 3 dan 4 berkongsi bilik darjah kerana prasarana bilik darjah yang tidak mencukupi.
  • 11. 11 Dalam kawasan kampung ini hanya terdapat sebuah sekolah sahaja iaitu “Na Pho School’ dimana terletak dibahagian depan kampung ini. Sekolah ini merupakan sekolah bagi pelajar- pelajar yang berada pada peringkat permulaan iaitu pelajar sekolah rendah, antara umur 5 tahun sehingga 11 tahun. Seterusnya bagi pelajar-pelajar sekolah menengah iaitu antara umur 12 tahun dan keatas, mereka akan bersekolah di kawasan kampung yang berhampiran sama ada di Kampung Na Sau atau Kampung Tin Keo. Kemudahan yang ada di sekolah ini termasuklah 5 buah bilik darjah dan salah satu daripadanya adalah dikhaskan untuk pelajartadika. Setiap kelas disediakan kerusi, meja dan papan hitam. Tiada kemudahan kipas dan lampu di sediakan. Selain itu, terdapat sebuah bilik yang dijadikan sebagai bilik guru dan sebuah stor. Terdapat 4 buah bilik air dibina untuk kegunaan seluruh pelajar sekolah namun hanya satu daripadanya yang dibuka. Sekolah ini juga mempunyai satu bilik stor yang menyimpan barang-barang serta perabot-perabot sekolah yang tidak lagi digunakan. Padang sekolah juga tersedia ada untuk kegunaan para pelajar serta penduduk kampung.
  • 14. 14 5.0 KAEDAH MENGUMPUL DATA Pada hari pertama berada di sekolah iaitu hari Isnin 15 September 2014, para sukarelawan berkumpul di sekolah bagi melihat keadaan sekolah sekaligus mencari data bagi menyelesaikan permasalahan sekolah tersebut. Terdapat dua kaedah yang telah digunakan bagi mengenal pasti masalah iaitu : 5.0.1 Temubual Dengan bantuan sukarelawan Lao Youth Union (LYU), sukarelawan YSS dapat berkomunikasi dengan baik bersama pihak pentadbir sekolah. Pada hari tersebut, sukarelawan Naufal mendapatkan data-data sekolah yang ditulis dalam bahasa Laos pada papan hitam dalam bilik guru dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Sistem penyimpanan data di sekolah ini masih menggunakan kaedah manual di mana data murid disimpan dalam buku dan dicatatkan menggunakan tulisan tangan. Selain itu, berdasarkan kaedah temu bual juga, direktor sekolah menyatakan beberapa kekangan yang dihadapi dalam pembelajaran dalam kelas. Berdasarkan kaedah temubual yang dijalankan, masalah-masalah tersebut direkod supaya perbincangan para sukarelawan untuk mencari solusi dapat dilaksanakan. 5.0.2 Pemerhatian Pada masa yang sama, para sukarelawan lain dibenarkan masuk ke dalam setiap kelas bagi memerhatikan kaedah mengajar yang dilakukan oleh guru. Setiap kelas telah dipantau oleh Temubual Pemerhatian
  • 15. 15 4 orang sukarelawan ; 2 orang sukarelawan LYU dan 2 orang sukarelawan YSS. Setelah memerhatikan corak pengajaran guru, para sukarelawan diberi waktu selama 2 jam bagi sesi suai kenal untuk bermesra bersama murid-murid Laos. Berdasarkan kedua-dua kaedah mengumpul data ini, beberapa kajian kes telah dikenalpasti. Kajian-kajian kes inilah yang akan dianalisis sepanjang dua minggu berada di sekolah ini. Analisis tersebut melibatkan beberapa langkah iaitu langkah menghasilkan solusi, langkah perlaksaan dan akhir sekali langkah penilaian. Berdasarkan langkah penilaian, impak bagi keseluruhan kajian kes ini dapat dirumuskan. 5.1 KAJIAN KES Terdapat tiga kajian kes yang telah dikenalpasti. Kajian kes ini merupakan hasil pemerolehan berdasarkan 2 kaedah mengumpul data. Kajian kes pertama ialah murid kurang didedahkan dengan pembelajaran bahasa Inggeris kerana pembelajaran bahasa Inggeris terhad. Murid hanya diberi pendedahan asas bahasa Inggeris apabila berada di tahun 4 atau 5 bergantung pada pengetahuan guru yang mengajar. Pendedahan bahasa Inggeris dalam kalangan guru juga masih lemah lantaran pendidikan di Laos tidak menekankan pada penguasaan bahasa asing ini. Pembelajaran bahasa Inggeris terhad Tiada penekanan pada pembelajaran ABC Kurang keyakinan diri
  • 16. 16 Selain itu, kajian kes kedua pula ialah tiada penekanan pada pembelajaran ABC di sekolah. Hal ini kerana, pendidikan di Laos berasaskan pengetahuan terhadap bahasa Kebangsaan, bersifat nasionalisme dan sosialisme. Oleh yang demikian, pembelajaran huruf rumi kurang diberi pendedahan pada murid-murid sekolah. Akhir sekali, kajian kes ketiga ialah berkenaan dengan keyakinan diri dalam kalangan murid masih kurang menyerlah. Strategi pengajaran guru yang banyak berpusatkan guru sedikit sebanyak menjadikan murid pasif dan kurang bertanya sepanjang sesi pengajaran. Guru juga lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran deduktif dan bersifat ‘chalk and talk’ iaitu menulis di papan hitam dan sekadar memberi penerangan tanpa mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik. Oleh yang demikian, berdasarkan ketiga-tiga kajian kes ini, beberapa solusi telah disediakan bagi mengatasi permasalahan-permasalahan tersebut. 5.2 SOLUSI YANG DICADANGKAN Solusi-solusi yang dicadangkan adalah sesuai dengan keupayaan yang mampu dilakukan oleh semua sukarelawan. Solusi yang relevan dan mantap diperlukan bagi menjayakan misi mendidik kanak-kanak Laos ini. Solusi-solusi tersebut ialah : • Memperbaiki struktur kemahiran berkomunikasi. • Mewujudkan silibus pembelajaran bahasa Inggeris dan rancangan pengajaran mingguan • Menetapkan objektif pembelajaran bagi setiap topik yang diajar. • Membina keyakinan murid untuk bercakap dan belajar bahasa Inggeris. • Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Teaching Aid) bagi membantu pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, terlebih dahulu murid perlu mempunyai struktur komunikasi yang jelas bersama para sukarelawan Laos. Struktur komunikasi ini memerlukan sukarelawan YSS untuk bertutur dalam
  • 17. 17 bahasa Inggeris dan kemudian diterjemah oleh sukarelawan LYU ke dalam bahasa Laos. Tambahan lagi, sebelum memperkenalkan subjek baharu untuk murid iaitu subjek bahasa Inggeris, sebuah silibus pembelajaran dan rancangan pengajaran mingguan perlulah dibina terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Selain itu, kluster pendidikan juga menetapkan objektif pembelajaran bagi setiap topik yang diajar. Objektif pembelajaran ini bertujuan untuk menjadi kayu ukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Tambahan pula, solusi seterusnya ialah untuk membina keyakinan murid untuk bercakap dan belajar bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti menarik dan pendekatan berpusatkan murid supaya murid mempunyai keyakinan untuk tampil ke hadapan dan mengangkat tangan dalam sesi soal jawab. Akhirnya, penggunaan bahan bantu mengajar merupakan salah satu aspek yang tidak dilupakan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran. Masa akan diperuntukkan bagi penyediaan bahan bantu mengajar bagi setiap hari kerana bahan bantu mengajar berfungsi untuk mencapai objektif pembelajaran di samping membantu para sukarelawan menjadi lebih kreatif semasa mengajar. 5.3 LANGKAH PERLAKSANAAN Terdapat beberapa fasa yang dijalankan dalam langkah perlaksanaan iaitu :  Merancang silibus pembelajaran  Merancang objektif pembelajaran  Merancang rancangan pengajaran mingguan  Sesi pengajaran dan pembelajaran 5.3.1 Merancang silibus pembelajaran Silibus pengajaran dirangka semasa berbincang bersama salah seorang sukarelawan yang mengambil opsyen Teaching English as a Second Language semasa berada di Vientiane. Silibus pembelajaran ini dipilih berdasarkan persekitaran murid supaya murid dapat melafazkan perkataan-perkataaan bahasa Inggeris yang lazim digunakan. Silibus pengajaran ini juga
  • 18. 18 dirangka dengan mengambil kira aspek JERIS murid berkenaan iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial murid supaya pembelajaran murid selama dua minggu seimbang dari semua aspek. Berikut merupakan silibus pembelajaran bagi sesi pengajaran selama dua minggu : Rangka Silibus Pengajaran Bahasa Inggeris 5.3.2 Merancang objektif pembelajaran Objektif pembelajaran dirangka dengan teliti supaya pada akhir sesi pembelajaran, para sukarelawan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan murid dapat memahami sesi pengajaran tersebut. Berdasarkan silibus yang telah dirangka, berikut merupakan objektif pengajaran yang disasarkan : OBJEKTIF PENGAJARAN Pengajaran ABC 1. Untuk memastikan murid mendapat pendedahan huruf rumi,memahami konsep tulisan dan bacaan. ‘Greetings’ 2. Untuk memberi peluang kepada murid berinteraksi dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya bagi ucapan sapaan. ‘Animals’ 3. Untuk meransang minat murid pada bahasa inggeris melalui teknik penceritaan serta penggunaan boneka mampu menghiburkan murid. ‘Numbers’ 4. Untuk memastikan murid dapat faham dan kenal nombor dalam bahasa Silibus Pengajaran Bahasa Inggeris •Pengajaran ABC •'Parts of Body' •'Animals' •'Numbers' •'Greetings' •'Family' •'Directions'
  • 19. 19 inggeris. ‘Directions’ 5.Untuk memastikan murid dapat membezakan manipulasi anggota badan serta lebih cekap berkenaan koordinasi mata dan tangan ‘Family’ 6.Untuk memastikan murid tahu masyarakat sekeliling khususnya ibu bapa dalam bahasa inggeris dan memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan penghargaan kepada keluarga. Jadual Objektif Sasaran bagi Pengajaran 5.3.3 Merancang Rancangan Pengajaran Mingguan Setelah objektif bagi setiap topik ditetapkan sebuah rancangan pengajaran mingguan telah dibina berdasarkan tempoh masa pengajaran yang diberikan. Jadual kelas murid telah dianalisis dan guru hanya memberi ruang kepada para sukarelawan untuk mengambil alih tempoh pengajaran dan pembelajaran pada dua waktu iaitu : Jadual Sesi Persekolahan Berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan, para sukarelawan Laos dan Malaysia akan mengajar di Na Pho Primary School pada sesi pagi selama satu jam tiga puluh minit dan pada sesi petang selama sejam. Dalam tempoh dua jam setengah bagi sepuluh hari, tempoh ini akan dimanfaatkan dengan ‘Fun Learning’ bagi subjek bahasa Inggeris. Dengan itu, rancangan perancangan mingguan berikut dihasilkan :
  • 20. 20 Minggu Pertama Isnin 15/9/2014 Pengenalan ABC (Membaca) Teknik Mengajar : Lagu Pengenalan ABC (Menulis) Teknik Mengajar : Latihan dalam buku Selasa 16/9/2014 - Slot Kebersihan (Basuh Tangan) Rabu 17/9/2014 - Pengenalan ABC (Menulis) Teknik Mengajar : Latihan dalam buku Khamis 18/9/2014 Modul 1 : ‘Parts of Body’ Teknik Mengajar : Lagu Slot Kebersihan (Gosok Gigi) - Jumaat 19/9/2014 Modul 2 : ‘Animals’ Teknik Mengajar : Penceritaan dan Penggunaan Boneka - Minggu Kedua Isnin 22/9/2014 Modul 3 : ‘Numbers’ Teknik Mengajar : Lagu Pengenalan Komputer Selasa 23/9/2014 Modul 4 : ‘Greetings’ Teknik Mengajar : Lakonan Pengenalan Komputer Rabu 24/9/2014 Modul 5 : ‘Family’ Teknik Mengajar : Lukisan Aktiviti Murid : Hasilkan kad untuk ibu bapa Khamis 25/9/2014 Modul 6 : ‘Directions’ Teknik Mengajar : Lukisan dan Pergerakan Jumaat 26/9/2014 Kuiz Penilaian Kuiz Penilaian Jadual Rancangan Pengajaran Mingguan 5.3.4 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Rancangan Pengajaran Mingguan telah membantu para sukarelawan untuk mengajar di dalam kelas. Selain dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, para sukarelawan juga dapat mengawal situasi dan disiplin murid dalam kelas.
  • 21. 21 Sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga di selang-selikan dengan beberapa aktiviti menarik seperti nyanyian lagu kanak-kanak, kuiz di hadapan kelas dan membuat latihan dalam buku. 5.3.5 Pengenalan ABC Pengajaran ABC dilakukan pada setiap kelas sebelum memulakan pengajaran bahasa Inggeris kerana setiap murid masih tidak dapat menguasai huruf rumi. Pengenalan ABC merangkumi dua aspek iaitu kaedah membaca dan kaedah menulis huruf rumi dengan betul. Setiap murid dibimbing untuk menulis ABC dalam buku yang diedarkan kepada murid yang dibekalkan oleh pihak Yayasan Sukarelawan Siswa. Latihan secara berkala juga diberikan kepada murid supaya murid dapat menguasai kaedah penulisan huruf. Di samping itu, bahan bantu mengajar kekal berbentuk mural huruf rumi ABC ditinggalkan pada dinding pada setiap dinding kelas di sekolah ini. Mural ini ditinggalkan dengan tujuan murid dapat menguasai ABC apabila mereka melihat huruf-huruf ini setiap hari. Bahan bantu mengajar kekal ini berfungsi untuk memberi pengukuhan pada murid. Walaupun para sukarelawan hanya mengajar berkenaan huruf rumi ini selama sepuluh hari, namun para murid masih dapat memanfaatkan tulisan huruf rumi pada dinding untuk dijadikan rujukan atau dihafal. 5.3.6 Modul 1 : ‘Parts Of Body’ Modul yang disediakan ini merangkumi aspek perkembangan dan pertumbuhan murid dari segi jasmani. Oleh yang demikian, tajuk ini memberi pendedahan kepada murid anggota badan mereka dalam bahasa Inggeris. Pembelajaran berpusatkan aktiviti dilakukan bagi mengelakkan murid berasa kekok untuk mengajar bahasa Inggeris untuk kali pertama. Aktiviti yang dilakukan ialah menggunakan lagu bersama pergerakan untuk memperkenalkan beberapa anggota tubuh badan. Lagu ‘ head and shoulders knees and toes’ diperkenalkan untuk menceriakan murid semasa proses pengajaran berlangsung. 5.3.7 Modul 2 : ‘Animals’ Modul ‘Animals’ pula disediakan bagi memberi pendedahan pada murid tentang haiwan-haiwan di sekeliling mereka. Bagi setiap kelas, sebuah buku cerita yang mempunyai
  • 22. 22 dwibahasa dalam bahasa Laos dan bahasa Inggeris. Selain itu, setiap kelas juga diberikan bahan bantu mengajar berbentuk boneka tangan, boneka kayu dan boneka kertas. Boneka ini dihasilkan bertujuan untuk meransang minat murid pada bahasa inggeris melalui teknik penceritaan serta penggunaan boneka mampu menghiburkan murid. Hal ini kerana, teknik penceritaan akan melibatkan deria penglihatan, pendengaran dan sentuh murid pada masa yang sama. Ransangan deria ini akan membolehkan proses pengajaran berjalan dengan lebih menarik dan berkesan. 5.3.8 Modul 3 : ‘Numbers’ Modul ini dibangunkan bagi memberi pendedahan pada murid tetang nombor dalam bahasa Inggeris. Modul ini hanya berpandukan mural yang dilukis pada dinding yang bersifat bahan bantu mengajar kekal. Pengajaran berkenaan topik nombor ini bergantung pada tahap kefahaman setiap kelas. Bagi kelas tadika, darjah 1 dan 2, nombor dalam bahasa Inggeris yang diajar hanya nombor satu sehingga sepuluh. Manakala bagi darjah 3, 4 dan 5, nombor dalam bahasa Inggeris yang diajar ialah nombor satu sehingga dua puluh. Hal ini kerana, murid-murid pada tahap rendah masih tidak mampu untuk menghafal banyak nombor. Modul ini menekankan aspek intelek murid kerana murid perlu menghafal nombor, bacaan nombor dalam bahasa Laos dan Inggeris. 5.3.9 Modul 4 : ‘Greetings’ Bagi modul ‘Greetings’ pula, modul ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya bagi ucapan sapaan. Beberapa ucapan sapaan yang diajar ialah ‘ Good Morning’, ‘Good Afternoon’, ‘Good Evening’, ‘Good Night’, ‘Good Bye’, ‘Hi’ dan ‘Hello’. Sapaan-sapaan ini diajar kepada murid supaya murid dapat bertutur daan bertegur sapa sesama mereka dalam bahasa Inggeris. Aktiviti yang dijalankan ialah lakonan bagi sesi drama supaya murid dapat menghayati watak masing-masing bagi setiap waktu untuk mengaplikasikan ucapan sapaan tersebut. Bagi modul ini pula, aspek sosial murid dapat dipenuhi kerana murid dapat berinteraksi secara langsung bersama rakan- rakannya menggunakan bahasa Inggeris.
  • 23. 23 5.3.10 Modul 5 : ‘Family’ Modul ini menyentuh tentang ahli-ahli keluarga dalam bahasa Inggeris. Murid diberi pendedahan tentang panggilan bagi emak dan ayah sebagai ‘ father and mother’. Modul ini bertujuan untuk memastikan murid tahu masyarakat sekeliling khususnya ibu bapa dalam bahasa inggeris dan memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan penghargaan kepada keluarga. Selain itu, aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan kad untuk ibu dan bapa masing-masing. Nilai estetika yang diterapkan dalam diri murid ini dapat menjadikan murid tersebut untuk mempunyai emosi yang stabil dan aspek ini amat penting dalam membentuk murid yang seimbang dari segi perkembangan diri mereka. 5.3.11 Modul 6 : ‘Directions’ Modul ini diperkenalkan bagi membolehkan murid murid dapat membezakan manipulasi anggota badan serta lebih cekap berkenaan koordinasi mata dan tangan. Modul ini dibina selepas melihat murid tahun dua yang sedang belajar Pendidikan Jasmani bersama guru di luar kelas yang masih tidak dapat membezakan tangan kiri dan kanan. Dalam modul ini, murid akan membuat pergerakan yang melibatkan tangan dan kaki kiri dan kanan. Selain dapat memahami arah, murid juga dapat mengenalpasti kedudukan barang yang berada di atas, bawah, kiri dan kanan mereka dalam bahasa Inggeris. 5.3.12 Penilaian Pada hari terakhir berada di sekolah iaitu Jumaat 26 September 2014, penilaian dilakukan bagi beberapa murid bagi setiap kelas. Penilaian bagi kelas darjah 2 merupakan penilaian Ujian Bertulis dan Ujian ‘ Writing, Speaking dan Listening bagi subjek bahasa Inggeris bagi topik ‘Numbers’ di mana sebuah ‘Spelling Bee’ diadakan dan direkod ke dalam video. Bagi kelas darjah 3 dan 4, penilaian yang dibuat berdasarkan Ujian Bertulis bagi subjek pembelajaran Teknologi dan Maklumat. Penilaian ini direkod secara bertulis dalam kertas A4. Penilaian- penilaian ini dijalankan oleh sukarelawan-sukarelawan bagi kelas masing-masing mengikut tahap kemampuan murid.
  • 24. 24 5.4 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (TEACHING AID) Para sukarelawan bersetuju untuk menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan bantu mengajar tersebut seperti kertas warna, kain felt, gunting, batang aiskrim dan sebagainya dibawa dari Malaysia kerana kampung Na Pho tidak mempunyai sumber-sumber bahan yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar merupakan salah satu aspek yang tidak dilupakan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari, bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah berbeza mengikut kesesuaian topik pengajaran pada hari tersebut. 5.5 IMPAK PENGAJARAN ‘FUN LEARNING’ BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS Impak keseluruhan ‘Fun Learning’ ini dapat dilihat pada dua aspek iaitu aspek pada guru dan aspek pada murid. Impak ini dapat dilihat selepas 10 hari pengajaran ‘Fun Learning’ di Na Pho Primary School. 5.5.1 Impak pada Murid 5.5.1.1 Murid dapat menguasai asas bahasa Inggeris Pembelajaran asas bahasa Inggeris ini membuka ruang pada setiap murid di sekolah ini untuk mempelajari bahasa yang menjadi lingua franca di seluruh dunia ini. Dengan penguasaan asas bahasa Inggeris, murid-murid ini dapat belajar dengan lebih mendalam bagi subjek bahasa Inggeris apabila mereka meningkat dewasa. Pembelajaran bahasa asing ini juga dapat membuka peluang para murid ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kelak. 5.5.1.2 Keyakinan murid dapat ditingkatkan Pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti banyak melibatkan penglib atan murid secara aktif di dalam kelas. Murid menjadi seronok dan bersemangat untuk menjawab soalan di hadapan kelas, menyertai kuiz dan mengangkat tangan walaupun tidak yakin sama ada jawapan betul atau salah. Keyakinan untuk bercakap dan menyebut jawapan adalah lebih penting berbanding salah atau betulnya jawapan tersebut. Apabila keyakinan
  • 25. 25 murid meningkat, pembelajaran mereka dalam kelas kelak akan menjadi mudah kerana masing- masing akan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru. 5.5.2 Impak pada Guru 5.5.2.1 Guru mencontohi gaya pengajaran berpusatkan murid dan aktiviti Para sukarelawan telah menunjukkan contoh pengajaran yang baik untuk diikuti oleh para guru. Guru boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan ceria dengan pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama murid sama ada di dalam atau di luar kelas. Dengan ini, guru dapat mengubah kaedah pengajaran lama kepada kaedah pengajaran baharu ini boleh membolehkan para murid belajar dengan lebih holistik dan proses pengajaran dan pembelajaran masih boleh berjalan walaupun mengguna pakai konsep ‘belajar sambil bermain’. 5.5.2.2 Guru menguasai asas bahasa Inggeris Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan, terdapat beberapa orang guru yang berminat untuk belajar sekali bersama-sama murid. Dengan itu, guru-guru ini juga dapat menguasai asas bahasa Inggeris seperti mana yang dikuasai oleh murid. Menariknya, guru-guru ini boleh mengaplikasikan modul-modul yang telah diajar pada kanak-kanak yang masuk ke sekolah pada sesi persekolah bagi tahun-tahun mendatang. Dengan itu, impak pembelajaran bahasa Inggeris bukan terhenti pada 73 orang dan 6 orang guru sahaja malah berterusan pada murid-murid akan datang selagi mana guru-guru tersebut terus mengajar bahasa Inggeris di sekolah tersebut. 5.6 PENUTUP Kesimpulannya, pembelajaran ‘Fun Learning’ bagi subjek bahasa Inggeris di Na Pho Primary School, Luang Phrabang, Laos merupakan salah satu kejayaan tersebesar yang dapat dicapai oleh 20 orang gabungan sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa dan sukarelawan Lao Youth Union. Kejayaan ini menunjukkan bahawa para sukarelawan mampu untuk mendidik kanak-kanak Laos walaupun terdapat kekangan dari segi bahasa mahupun persekitaran. Segala
  • 26. 26 permasalahan dapat diatasi apabila semangat sukarelawan dan keprihatinan terhadap masyarakat dirasai bersama. Hasil kerjasama yang mantap dari kedua-dua gabungan organisasi sukarelawan telah membuatkan misi kluster pendidikan berjaya ditamatkan pada hari terakhir berada di Laos iaitu 27 September 2014.
  • 27. 27 Membuat Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Membuat mural untuk memudahkan pelajar mengingati ABC dan 123 Membuat boneka untuk sesi “story – telling” Membuat ujian ‘listening’,’speaking’ dan ‘writing’ Sukarelawan Naufal dan Loulou semasa sesi “story – telling” Sukarelawan syafawani sedang mengajar pelajar
  • 28. 28 KLUSTER KEBERSIHAN DAN KESIHATAN Disediakan oleh: 1 NURATHIQAH BINTI MOHD FADZIL 2 ALISHA NUR BINTI MOHD NOOR 3 MOHD RADZMAN BIN MOHD RAJDI
  • 29. 29 6.1 KAJIAN KES Sebelum turun ke tapak misi kami iaitu di sekolah rendah Ban Napho lagi kami telah melakukan perbincangan dan merangka aktiviti yang dijangkakan sesuai untuk dilakukan di sekolah berkenaan nanti. Aktiviti yang dirangka berdasarkan pengalaman yang diambil oleh ahli-ahli kumpulan yang pernah menyertai misi YSS dan juga melalui pendapat ahli-ahli lain. Aktiviti “brainstorming” dilakukan untuk memastikan aktiviti yang sesuai dan mampu memberi impak yang mampan kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut nanti. Pada hari pertama kami bertugas di sekolah Ban Napho, kluster kesihatan telah mengambil inisiatif untuk melakukan pemerhatian dan pemantauan untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar sekolah ini berkenaan masalah kebersihan. Setibanya kami di sekolah, pelajar dilihat sedang melakukan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan sekolah. Mengikut maklumat yang kami terima daripada pihak guru-guru dan director sekolah, pelajar akan membersihkan dan mengutip sampah di sekitar kawasan sekolah seminggu sekali pada waktu pagi sebelum kelas bermula. Rajah 6.0: Para sukarelawan turut serta dalam aktiviti membersihkan kawasan sekolah Seusai sesi membersihkan kawasan sekolah tamat, pelajar akan terus masuk ke kelas tanpa membasuh dan membersihkan tangan mereka. Hal ini merupakan suatu kebiasaan di sini kerana sumber air yang terhad. Bekalan air bersih amatlah terhad. Sumber bekalan air bagi sekolah ini, malahan bagi seluruh kampung ini adalah daripada air sungai yang mengalir di sepanjang kampung ini. Jika hujan lebat turun pada hari tersebut, air sungai akan menjadi keruh dan air tersebutlah yang akan digunakan oleh
  • 30. 30 penduduk kampung untuk aktiviti harian mereka. Kemudahan tandas yang disediakan di sekolah juga amat terhad. Bekalan air yang ada ditandas dilihat tidak mampu menampung jumlah pelajar disekolah tersebut. Di dalam tandas sekolah juga, kelihatan tiada sabun dibekalkan untuk murid membersihkan tangan mereka selepas menggunakan tandas. Malahan, ada beberapa hari yang kami lihat kesemua tandas sekolah telah dikunci dan murid terpaksa membuang air di sekitar kawasan sekolah. Rajah 6.1: Hanya satu daripada empat tandas yang boleh digunakan Walaupun sekolah ini tidak mempunyai kemudahan kantin, pelajar akan membeli makanan di kedai yang terletak di hadapan sekolah pada waktu rehat. Tiada rutin membasuh tangan sebelum dan selepas makan diamalkan dalam kalangan pelajar sekolah ini. Punca yang sama iaitu bekalan air tidak mencukupi. Sekolah ini juga tidak mempunyai akses air yang mudah seperti pili air atau sinki untuk memudahkan pelajar mencuci tangan mereka sebelum dan selepas makan atau selepas aktiviti riadah. Mengikut pemerhatian dan pemantauan kami di dalam kelas juga, kuku pelajar kelihatan panjang dan dipenuhi kotoran. Jika di Malaysia, aspek kebersihan kuku amat dititikberatkan di mana pemeriksaan kuku akan dibuat oleh pengawas sekolah atau oleh guru sendiri pada setiap minggu. Menyimpan kuku yang panjang merupakan satu kesalahan. Permasalahan lain berkenaan kebersihan ialah pelajar tidak pernah didedahkan kepada teknik dan cara memberus gigi dengan betul. Di sekolah ini juga tiada pemeriksaan gigi oleh doktor gigi seperti dilakukan di sekolah-sekolah di Malaysia. Kedudukan kampung ini yang jauh daripada hospital mahupun klinik menyumbang kepada permasalahan tersebut.
  • 31. 31 6.2 SOLUSI Kluster kesihatan yang diketuai oleh saudara Radzman dan dianggotai oleh saudari Alisha dan saudari Nurathiqah Fadzil ini sekali lagi melakukan perbincangan untuk merangka semula aktiviti yang sesuai untuk dijalankan di sekolah ini dalam masa 2 minggu. Setelah perbincangan dilakukan, kami bersetuju untuk memfokuskan kepada memberi pendidikan kebersihan mengenai langkah membasuh tangan dan memberus gigi dengan betul. Aktiviti ini akan diselitkan semasa sesi sekolah dan akan di lakukan sebanyak dua kali untuk memastikan para pelajar betul-betul faham. TARIKH MASA AKTIVITI 16/9/ 2014 3.00 – 4.00 Petang Membasuh tangan 18/9/ 2014 10.00 – 11.00 Pagi Memberus Gigi 23/9/ 2014 11.00 – 11.30 Pagi Membasuh tangan Jadual 6.0: Jadual yang telah dibuat untuk aktiviti kluster kebersihan Aktiviti demonstrasi membersihkan tangan dan menggosok gigi telah diketuai oleh saudara Radzman dan dibantu oleh para sukarelawan yang lain. Rakan Lao Youth Union kami telah membantu menterjemah arahan yang dikeluarkan oleh saudara Radzman kepada bahasa Laos agar para pelajar dapat mengikuti aktiviti tersebut dengan lebih jelas. Para pelajar memberi kerjasama yang baik dalam semua sesi yang kami jalankan. Seusai demonstrasi langkah membasuh tangan dengan betul dilakukan, Saudari Alisha tampil ke hadapan untuk memberikan sedikit pencerahan mengenai kepentingan membasuh tangan dan kesan jika para pelajar tidak membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Saudara Loulou telah bertindak untuk membantu sebagai penterjemah.
  • 32. 32 6.3 IMPAK 6.3.1 Impak kepada para pelajar Pada waktu pagi sebelum kelas bermula, kami akan mengajukan soalan kepada para pelajar samada mereka menggosok gigi dengan 4 langkah yang betul sebelum mereka ke sekolah. Respon yang kami terima sangat positif. Pada hari terakhir sesi persekolahan juga, kami telah melakukan satu ujian ringkas di mana kami meminta para pelajar untuk menunjukkan kepada kami langkah membasuh tangan dengan betul. 9 daridapa 10 pelajar yang ditanya dapat melakukannya dengan betul. Antara impak yang dapat kami perhatikan selepas mengadakan sesi pendidikan kebersihan adalah: a. Apabila selepas makan di waktu rehat, para pelajar berebut untuk ke tandas bagi membasuh tangan masin-masing. b. Para pelajar terutamanya pelajar tadika, mula mengambil perhatian terhadap kekemasan diri menggunakan konsep “tuck in shirt”. c. Dahulunya, para pelajar tidak selalu untuk mengemaskan kelas, sekarang mereka juga telah diterapkan dengan bukan sahaja kepentingan kebersihan diri tetapi juga kebersihan persekitaran. Maka boleh dikatakan, selepas tamat sahaja sesi persekolahan, para pelajar akan mengemaskan kelas seperti membuang sampah, menyapu kelas dan memadam papan hitam. Kebersihan diri merangkumi dari pelbagai aspek iaitu dari segi aspek sikap, aspek didikan ibu bapa dan juga aspek kawasan persekitaran. Maka perkara ini adalah abstrak dan konsep yang kami cuba terapkan kepada setiap para pelajar adalah dari sudut konsep kesedaran dan kepentingan kebersihan diri dan persekitaran. Apabila sudah diterangkan faktor faktor perlu menjaga kebersihan, jadi para pelajar mengetahui dan mula mengambil berat. Sedikit demi sedikit mereka mengambil inisiatif, hasil dari pembelajaran dan pemantauan, untuk membasuh tangan, membersihkan diri, dan sebagainya. Pemantauan berpanjangan adalah harapan kami dari kluster kebersihan bagi meneruskan konsep ini agar para pelajar dapat mencegah dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa sebarang penyakit.
  • 33. 33 6.4 PENGEDARAN RISALAH KESIHATAN Pada waktu pagi, kluster kebersihan mengagihkan risalah kesihatan yang dibawa dari Malaysia kepada beberapa kumpulan. 5 kumpulan dibentuk. Setiap kumpulan ada 4 orang. Kluster kebersihan memecahkan setiap kumpulan kepada beberapa bahagian untuk pergi ke rumah. Antara risalah yang diedarkan adalah berkenaan kanser payudara, bahaya merokok, cara pemakanan yang betul dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Sasaran pengagihan risalah kesihatan kami adalah lebih 10 buah rumah. hasilnya sasaran tersebut tercapai. Kami berjaya pergi ke 12 buah rumah. Sukarelawan Khairul dan Somchan sedang menerangkan kandungan risalah yang diedarkan Sebaik tamat sahaja sesi pengagihan risalah kesihatan tersebut, kluster kebersihan cuba mendapatkan maklum balas daripada sukarelawan Laos yang menjadi penterjemah kepada penduduk kampung. Haslinya, maklum balas yang diterima sangat baik. Kerana sebelum ini sebahagian penduduk kampung tidak mengetahui berkenaan gaya hidup sihat dan kanser. Manakala sebahagian penduduk kampung lagi mempunyai pengetahuan serba sedikit berkenaan gaya hidup sihat dan kanser dengan menonton ditelevisyen. Kedatangan kami memberi impak yang besar kepada penduduk kampung dalam memberi penjelasan dan penerangan berkenaan gaya hidup sihat dan kanser serta tujuan misi sukarelawan ini.
  • 34. 34 Sukarelawan Naufal mengajar cara yang betul membasuh tangan Reaksi para pelajar selepas membasuh tangan Sukarelawan Razman memberikan penerangan tentang cara yang betul menggosok gigi Sukarelawan Ain mengetip kuku selepas membasuh tangan
  • 35. 35 Sukarelawan Laos, Mor membantu para pelajar menggosok gigi. Para pelajar menggosok gigi setelah diberi ‘briefing’ Sukarelawan mengagihkan berus gigi Reaksi para pelajar apabila diberikan berus gigi
  • 36. 36 KLUSTER INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) Disediakan oleh: MUHAMMAD AZMI BIN ZAINI
  • 37. 37 7.0 KLUSTER INFORMATION AND TECHNOLOGY (ICT) 7.1 KAJIAN KES Di Sekolah Rendah Ban Na Pho tidak mempunyai komputer langsung dan alhamdulilah Satu komputer telah disumbangkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Guru-guru di sini tidak tahu menggunakan komputer meskipun mereka pernah melihat komputer dan mereka tahu komponen-komponen komputer. Berbeza pula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah di sini yang tidak tahu langsung kewujudan komputer, tidak tahu komponen-komponen komputer meskipun mereka tahu kewujudan permainan atas talian ataupun permainan di dalam komputer. Mereka lebih terdedah kepada permainan di dalam telefon bimbit dan kebanyakkan guru-guru mempunyai telefon bimbit sendiri. 7.2 SOLUSI Bagi kluster ict, beberapa solusi telah di ambil dan dalam perancangan. Antaranya ialah: 7.2.1 Pelajar Solusi 1 : pengenalan komponen-komponen komputer secara teori. Solusi 2 : melukis komponen-komponen komputer di dalam buku. Solusi 3: melukis komponen-komponen komputer di atas papan hitam kecil dan membentangkan di hadapan pelajar-pelajar lain sambil menyebut nama komponen tersebut. Solusi 4: pengenalan komponen-komponen komputer secara dekat dengan membuat lawatan ke bilik komputer bertempat di bilik darjah tadika. 7.2.2 Guru Solusi 1: pengenalan ringkas kepada komponen-komponen komputer. Solusi 2: cara membuka dan menutup komputer secara teratur dan betul. Solusi 3: pengenalan kepada papan kekunci, cara menaip, cara mengunakan tetukis dan lain-lain fungsi setiap komponen.
  • 38. 38 Solusi 4: pengenalan kepada aplikasi Microsoft word, dan aplikasi Microsoft powerpoint, cara mencetak hasil kerja di dalam Microsoft word dan Microsoft power point. Solusi 5: pengenalan kepada internet, cara mencari informasi atas talian. 7.3 TINDAKAN 7.3.1 Pelajar Mengadakan kelas komputer selama satu jam setiap hari. Kelas diadakan pada jam 3- 4petang. konsep santai diadakan kerana di sebelah petang pelajar-pelajar kelihatan letih dan tidak bermaya. Kelas petang ini melibatkan kesemua murid. Silibus pembelajaran mengikut seperti solusi di atas. Setiap hari akan diulang pembelajaran semalam agar pelajar-pelajar tidak terus lupa apa yang di ajarkan. 7.3.2 Guru-guru Kelas komputer untuk guru-guru pula adalah setiap hari sewaktu kelas harian guru di ambil alih oleh sukarelawan antara jam 10 hingga 11.30 pagi dan 3-4 petang. sewaktu ini lah dua sukarelawan dari Laos dan Malaysia mengajar seramai 6 orang guru. Silibus pembelajaran mengikut seperti solusi di atas. selepas di ajar, guru akan terus di berikan pembelajaran secara praktikal untuk setiap seorang dari mereka menggunakan satu komputer yang disumbangkan. Kesilapan dan kesalahan akan terus di tegur. Antara kesalahan ketara, penyalahgunaan tetikus. 7.4 DASAR Terdapat beberapa dasar yang dibuat oleh kerajaan Laos dan kami cuba untuk mendukung dan menjayakan dasar-dasar itu kepada pelajar serta guru-guru di sekolah Ban Na Pho ini. Harapan kami terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah ini agar kelak mereka dapat mengajar kepada pelajar pula. Antara dasar berkenaan ict yang dibuat oleh kerajaan Laos mereka sendiri adalah:
  • 39. 39 Dasar 1: Application (permohonan) Dasar ini dibuat agar pengurusan yang lebih cepat dan teratur dalam mengisi boring- borang secara atas talian. Sebagai contoh e.goverment, e-tourism dan bangking. Apa yang kami lakukan adalah kami mengajar guru-guru untuk menggunakan internet mencari informasi secara atas talian. Dasar 2: HR Development (Pembangunan sumber manusia) Dasar ini dibuat bagi memastikan penduduk di Laos mempunyai ilmu berkenaan komputer. Terdapat banyak aktiviti yang cuba mereka lakukan bagi memastikan setiap penduduk dan semua golongan mempunyai ilmu berkenaan ict ini. Antara aktiviti mereka adalah pre-school and general education programme, non-formal education programme, teacher training programme, vocational and higher education programme and administration and management programme. Apa yang kami lakukan di sekolah ini kami sedang melakukan aktiviti yang pertama iaitu pre-school and general education programme kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan guru-guru yang tidak pernah menggunakan komputer sama sekali. Dasar 3: standardlization and localization (menyelaras dan menempatankan) Dasar ini bagi mempromosi komponen, aplikasi yang selaras dan bagi memastikan alat digital di dalam bahasa Lao. Namun kerajaan Laos harus menerima Unicode khas didalam script Lao. Kami menyokong dasar ini dengan meminta bantuan rakan kami di Laos untuk membantu menukar dan menerangkan maksud setiap perkataan yang digunakan di dalam komputer agar mereka senang mengendalikan komputer tersebut.
  • 40. 40 7.5 IMPAK 7.5.1 Pelajar Impak 1: pelajar mampu melukis dan mengenali komponen komputer Bukti 1: ujian bertulis telah di lakukan. 7.5.2 Guru Impak 1: Guru-guru sudah tahu membuka komputer sendiri tanpa pengawasan dari sukarelawan. Bukti 1: Sukarelawan memerhati dari luar kelas. Impak 2: Guru-guru yakin untuk mencuba dan belajar komputer secara sendirian dan mempraktikan apa yang telah di pelajari. Bukti 2: sukarelawan terlihat secara tidak sengaja dari jauh. Impak 3: Guru-guru sudah tahu menggunakan email dan mencetak hasil kerja. Bukti 3: Gambar sewaktu mencetak telah di ambil. Impak 4: 4 orang dari 6 orang guru telah berjaya menggunakan komputer seperti yang di pelajari. Bukti 4: Rakaman video menunjukkan.
  • 41. 41 Penyerahan komputer dari pihak YSS kepada sekolah Na Pho Sukarelawan Laos, Bobo mengajar para guru untuk menggunakan komputer Membuat ujian kepada para pelajar untuk mengenal pasti kefahaman mereka Direktor sekolah sudah boleh menggunakan komputer selepas diajar oleh sukarelawan
  • 42. 42 KLUSTER KHIDMAT KOMUNITI Disediakan oleh: 1 MUHAMMAD KHAIRUL REZWAN BIN ABDUL RAHMAN 2 AINELLIN CHONG 3 NURAIN ZAKIAH BINTI MD HAZIZI
  • 43. 43 8.0 KHIDMAT KOMUNITI 8.1 PROJEK KOMUNITI 1(i): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN KAMPUNG 8.1.1 Kajian Kes Masalah yang kami kenal pasti ialah kelihatan sampah-sampah berupa plastik berteraburan di jalan-jalan masuk dan ini meyebabkan permandangan persekitaran melalui pemerhatian kami adalah tidak baik. Faktor-faktor berlaku pembuangan sampah adalah berpunca daripada kesedaran yang rendah oleh penduduk-penduduk kampung dan kanak- kanak yang membuang plastik bungkusan makanan ringan. 8.1.2 Solusi Langkah-langkah awal yang kami ambil ialah menyediakan plastik-plastik sampah berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan untuk mengumpul sampah dan kami berikan kepada pecahan kumpulan-kumpulan sukarelawan. Aktiviti dimulakan dengan mengambil arah berasingan bagi setiap kumpulan untuk mengutip dan mengumpulkan sampah dan kemudiannya berkumpul di satu tempat yang sama seperti yang telah di tetapkan. 8.1.3 Impak Keberkesanan 8.1.3.1 Mahasiswa Keberkesanan hasil daripada aktiviti gotong-royong ini boleh dilihat apabila penduduk- penduduk kampung yang berada di luar rumah melihat kesungguhan kami para sukarelawan bekerja membersihkan sekitar kampong. Impak keberkesanan ini dapat di rasai oleh mahasiswa tentang kepentingan bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar. 8.1.3.2 Komuniti Ini termasuklah menyedarkan komuniti setempat untuk lebih prihatin dalam membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
  • 44. 44 8.1.3.3 Kesukarelawanan Melalui usaha kami ini, semangat kesukarelawan terhadap belia di negara ini terutamanya belia penduduk kampung tersebut di pengaruhi dan di fahami untuk mereka juga turut bersama-sama menyertai kerja-kerja sukarelawan bagi menyumbangkan sesuatu kepada negara mereka 8.1.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa Bersesuaian dengan penampilan kami dengan berpakaian baju T-Shirt Sukarelawan Siswa YSS secara tidak langsung mengangkat martabat organisasi Yayasan Sukarelawan Siswa sebagai badan sukarelawan generasi muda yang jitu dan bervisi didalam kerja-kerja sukarelawan. 8.1.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia Maka, identiti Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut mendapat nama baik kerana sesungguhnya adalah menjadi dasar negara Malaysia mendidik belia tentang menjaga kebersihan alam sekitar itu adalah penting bagi setiap individu. Sukarelawan sedang mengutip sampah di kawasan kampung bergotong –royong sambil beramah mesra bersama penduduk kampung
  • 45. 45 8.2 PROJEK KOMUNITI 1(ii): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN SEKOLAH 8.2.1 Kajian Kes Masalah yang dikenalpasti, faktor-faktor punca masalah, langkah-langkah dan aktiviti serta keberkesanannya adalah hampir serupa dengan Projek Komuniti 1 kecuali skop pembersihan hanya tertumpu kepada kawasan sekolah termasuklah bilik-bilik darjah dah pra- sekolah. 8.2.2 Impak Keberkesanan Manakala keberkesanannya pula dapat member keselesaan yang lebih baik kepada pelajar-pelajar dan mendidik kanak-kanak tersebut tentang kepentingan menjaga kebersihan tempat mereka menuntut ilmu. Sukarelawan Bay mengemas kemas Keadaan di kelas selepas mengemas
  • 46. 46 8.3 PROJEK KOMUNITI 2: PEMBINAAN SEMULA PAGAR SEKOLAH 8.3.1 Kajian Kes Masalah dikenalpasti setelah melihat keadaan pintu pagar yang telah usang, struktur kayu yang telah reput dan tidak berfungsi dengan baik. Faktor-faktor ianya terjadi ialah berpunca daripada tiada keprihatinan penduduk perkampungan itu sendiri untuk memperbaiki mahupun menggantikan dengan pintu pagar yang baru bagi menjaga keselamatan sekolah. 8.3.2 Solusi Langkah-langkah awal dalam merencana pembinaan pintu pagar sekolah yang baru ialah kami merobohkan pintu pagar yang lama dan mengambil komponen-komponen penting yang boleh digunakan semula pada hari pertama. Pada hari kedua, aktiviti waktu pagi kami adalah mengambil kayu-kayu buluh lebihan daripada Tokong Wat Ban Na Pho sebagai salah satu bahan binaan pintu pagar sekolah. Pada waktu tengah hari pula, kami dibenarkan untuk pergi ke Pekan Luang Prabang untuk membeli barang-barang peralatan seperti kayu, cat, berus, engsel, paku dan simen. Projek Komuniti 2 pada hari kedua berakhir dengan aktiviti kami mengutip batu-batu dan pasir-pasir di sungai untuk bahan campuran simen bagi memperkukuhkan struktur tiang yang bakal digantungkan dengan pintu pagar yang kami akan siapkan keesokan harinya. Ini termasuklah memotong buluh-buluh mengikut ukuran dimensi spesifikasi yang telah direkabentuk oleh ketua kluster khidmat masyarakat. Aktiviti hari ketiga ialah memotong dan membentukkan pintu pagar termasuklah membuat tanggam struktur bingkai sebelum dipakukan secara kekal bagi sebelah pintu pagar yang sempat disiapkan hari tersebut. Pada hari terakhir, kami menyiapkan kedua-dua belah pintu pagar sekolah tersebut dan mengecatkannya bertemakan warna kedua-dua buah negara. Setelah kering cat barulah kami memasang engsel bagi menggantungkan pintu pagar tersebut kepada tiang katu yang telah dipasak dan disimen ke tanah. Proses menguji keupayaan binaan baru pintu pagar sekolah tersebut telah berjaya hasilnya.
  • 47. 47 8.3.3 Impak Keberkesanan 8.3.3.1 Mahasiswa Keberkesanan hasil daripada pembinaan pintu pagar sekolah yang baru bagi menggantikan pintu pagar yang usang telah dapat dirasai impaknya kepada mahasiswa itu sendiri apabila masing-masing berkongsi kemahiran menukang yang tinggi. Keadaan memerlukan kepakaran dan ketepatan dalam membentuk kayu dan mencantumkannya menjadi sepasang pintu pagar sekolah. 8.3.3.2 Komuniti Impak kepada komuniti itu sendiri dapat dirasai dengan adanya pintu pagar yang lebih berfungsi, menarik dan selamat bagi penduduk perkampungan ini yang rata-ratanya menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu disini. 8.3.3.3 Kesukarelawanan Kepentingan kerjasama didalam kumpulan, bertolak ansur dan fleksibel adalah amat penting untuk semangat kesukarelawanan dalam melakukan aktiviti sebegini. 8.3.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa Melalui pengalaman membina pintu pagar ini, sukarelawan YSS boleh berkongsi pengalaman sekiranya terdapat misi sukarelawan yang lain dibawah anjuean YSS itu sendiri dan perkara ini amat berguna kepada badan sukarelawan tersebut. 8.3.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia Malaysia melalui Kementerian Pendidikannya amat bertuah kerana telah melahirkan sukarelawan mahasiswa dan belia yang berguna kepada negara yang bukan sahaja mampu menyumbang jasa kepada negara sendiri malah mampu membantu negara lain dalam membangunkan belia-belia mereka melalui kerja-kerja kesukarelawanan.
  • 48. 48 Keadaan pagar sekolah sebelum para sukarelawan membuat pagar yang baru Para sukarelawan mencabut kayu untuk membuat pagar yang baru Sukarelawan mengambil buluh dari hujung kampung Sukarelawan mengambil batu sungai untuk kegunaan membuat pagar Mengambil pasir dari kawasan sungai untuk kegunaan membuat pagar Sukarelawan Arif membancuh simen untuk ditanam untuk mengukuhkan pagar
  • 49. 49 Sukarelawan membuat rangka untuk membuat pagar yang baru Sukarelawan mengecat pagar dengan warna bendera Malaysia sebagai simbolik Sukarelawan sedang memasang pagar yang telah siap Pagar yang telah siap kami pasang.
  • 50. 50 8.4 PROJEK KOMUNITI 3: MELUKIS DAN MENGECAT DINDING (MURAL) 8.4.1 Kajian Kes Melihat keadaan sekeliling kelas tiada bahan imej mengajar dalam Bahasa Inggeris dan ini merupakan masalah yang telah kami kenal pasti dalam menyampaikan ilmu berkenaan ABC dan angka. Ini adalah berikut faktor-faktor berpunca daripada keadaan guru mereka turut tidak mahir dalam Bahasa Inggeris terutama asas ABC dan angka termasuklah keadaan di dinding bilik darjah lebih kelihatan bahan bantuan mengajar di dalam Bahasa Lao. 8.4.2 Solusi Langkah-langkah awal selain daripada kami mengajar di dalam kelas dengan menulis menggunakan kapur di papan hitam untuk pengenalan ABC, angka dan lain-lain di dalam Bahasa Inggeris, kami juga turut bercadang ingin meletakkan sesuatu yang akan kekal dan mudah dilihat oleh pelajar-pelajar di dinding bilik darjah mereka semasa proses Pengajaran dan Pengajaran. Aktiviti melukis mural ini bermula dengan mendapatkan peralatan-peralatan seperti cat warna, berus dan peluntur thinner. Peralatan tambahan seperti tangga adalah hasil pertukangan sukarelawan itu sendiri. Kreativiti melukis dan mengecat mural adalah bergantung kepada setiap sukarelawan yang bertanggungjawab terhadap bilik darjah masing-masing. Memandangkan misi kami tertumpu kepada kluster pendidikan maka pengenalan ABC dan angka 1 hingga 10 di dalam Bahasa Inggeris adalah dititik beratkan terlebih dahulu. Terdapat juga lukisan haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan corak-corak itu adalah penambahan bagi menambahkan daya tarikan lukisan mural para sukarelawan 8.4.3 Impak Keberkesanan 8.4.3.1 Mahasiswa Setelah tamat aktiviti melukis mural ini dapat dilihat keesokkan harinya sewaktu hari pertama bagi minggu baru sesi persekolahan apabila murid-murid begitu tertarik dengan keadaan bilik darjah mereka yang lebih warna-warni dengan bahan bantuan mengajar Bahasa
  • 51. 51 Inggeris yang begitu mudah untuk di ingati. Bagi sukarelawan siswa kedua-dua negara, kami telah menjadi lebih berani menonjolkan dan menambahbaik kreativiti seni lukis dan mewarna mural tersebut. 8.4.3.2 Komuniti Keberkesanan kepada komuniti pula, proses mengingati semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah lebih berkesan, Dengan keadaan itu, ibubapa pelajar-pelajar lebih yakin bahawa pendidikan Bahasa Inggeris sudah pasti lebih difahami oleh anak-anak mereka yang lebih bersungguh-sungguh belajar semasa menuntut ilmu di dalam kelas 8.4.3.3 Kesukarelawanan Semangat kesukarelawanan inilah yang diperlukan oleh setiap sukarelawan bagi memastikan hasil kerja-kerja sukarelawan mereka secara tidak langsung dapat mendidik dan mencambah ilmu kepada mereka yang memerlukan 8.4.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa YSS bakal melahirkan lebih ramai lagi sukarelawan siswa yang begitu kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar sekiranya kluster pendidikan diutamakan. 8.4.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia Secara tidak langsung, Kementerian Pendidikan Malaysia dikenal pasti sebagai sumber wujudnya graduan-graduan belia yang begitu mementingkan kreativiti dalam usaha menghasilkan sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat.
  • 52. 52 Keadaan kelas sebelum projek ini Sukarelawan Lao melukis mural Sukarelawan syafawani melukis mural Mural membantu pelajar mengingati ABC
  • 53. 53 8.5 PROJEK KOMUNITI 4: PENYAMBUNGAN WAYAR DI BANGUNAN SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO 8.5.1 Kajian Kes Berikutan daripada permasalahan sumber bekalan tenaga elektrik yang hanya ada di bilik darjah 5 di hujung bahagian awal bangunan sekolah yang tidak selamat maka Pengarah sekolah telah membuat keputusan supaya komputer hasil sumbangan YSS diletakkan dan disimpan di bilik pra-sekolah di hujung bahagian akhir bangunan sekolah yang lebih selamat namun tidak mempunyai sumber bekalan tenaga elektrik. 8.5.2 Solusi Sukarelawan siswa mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk tidak mengupah juruelektrik tempatan bagi menyambung wayar kabel elektrik sepanjang bangunan. Peralatan- peralatan dan komponen-komponen penyambungan saluran bekalan elektrik seperti multi- soket, kabel, plug dan penyangkut wayar telah kami beli terdahulu. Proses penyambungan wayar dimulakan dengan menyambung pangkal kabel wayar dengan plug yang bakal di cantum dengan soket punca bekalan tenaga elektrik di dinding bilik darjah 5. Kabel wayar kemudian di sangkutkan dengan memakukan penyangkut kabel di sepanjang bahagian atas kawasan luar bilik darjah 5 hinggalah ke dinding bahagian belakang bilik pra-sekolah. Di hujung kabel wayar tersebut kemudiannya disambungkan dengan multi- soket yang mempunyai 4 soket yang boleh digunakan kemudian dipakukan melekat di dinding. Ujian terhadap penyambungan tersebut berjaya setelah diuji dengan memasang pengecas bateri telefon bimbit. Keesokkan harinya, komputer dan mesin pencetak berjaya digunakan dan beroperasi untuk proses pendidikan kluster ICT kepada pelajar-pelajar Darjah 1 dan terutamanya dalam melatih pengarah dan guru-guru sekolah tersebut.
  • 54. 54 8.5.3 Impak Keberkesanan 8.5.3.1 Mahasiswa Aktiviti ini memberi impak keberkesanan yang besar terhadap kemahiran individu siswa secara tidak langsung mempengaruhi sukarelawan siswa yang lain dalam mendalami kemahiran melakukan penyambungan bekalan tenaga elektrik 8.5.3.2 Komuniti Hasil daripada penyambungan bekalan tenaga elektrik inilah komuniti setempat terutama penghuni sekolah iaitu guru-guru dan pelajar-pelajar dapat mendalami ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan memahami asas-asas penggunaan komputer secara tidak langsung yakin akan keselamatan tempat penyimpanan komputer tersebut. 8.5.3.3 Kesukarelawanan Bagi aspek kesukarelawanan pula, keadaan ini juga menarik perhatian dan mempengaruhi sukarelawan siswa kedua-dua buah negara mengenai kepentingan kemahiran penyambungan saluran bekalan elektrik. 8.5.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa Impak positif kepada YSS sendiri juga dapat melahirkan sukarelawan siswa yang berkemahiran teknikal dalam membantu masyarakat. 8.5.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia Sekiranya siswa tidak mempunyai apa-apa kemahiran, daripada keadaan inilah KPM dapat membantu kekurangan siswa yang mencari inisiatif sendiri bagi membangunkan kemahiran diri.
  • 55. 55 Sukarelawan Khairul dan Razman membuat wiring di sekolah untuk membolehkan sekolah menggunakan komputer Wiring dilakukan dari kelas darjah lima hingga ke tadika kerana hanya kelas darjah 5 mempunyai plak Pemasangan plak untuk membuka komputer berjaya
  • 56. 56 8.6 PROJEK KOMUNITI 5: MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BAGI SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO 8.6.1 Kajian Kes Berikutan iklim hujan selama 3 bulan menyebabkan laluan ke sekolah menjadi becak ditakungi air dan menghasilkan lumpur-lumpur yang tidak selamat untuk dilalui terutama oleh pelajar-pelajar dan guru-guru. Kelihatan pada kaki anak-anak murid sekolah tersebut terdapat kudis-kudis akibat tidak menjaga kesihatan kulit mereka masing-masing dengan keadaan selalu tidak berkasut dan kadang-kadang berkaki ayam berjalan-jalan dan bermain di sekitar sekolah termasuklah di laluan berlumpur tersebut 8.6.2 Solusi Langkah-langkah awal ialah para sukarelawan berkumpul berbincang dan mendapatkan persefahaman bagi mereka bentuk laluan yang ingin dibina. Peralatan yang digunakan hanyalah kayu-kayu dahan dan kayu-kayu kitar semula. Pasir sungai yang diambil diletakkan sebagai asas laluan tersebut sebelum diletakkan laluan seperti titi diatasnya. 8.6.3 Impak Keberkesanan 8.6.3.1 Mahasiswa Disini dapat dilihat kemahiran-kemahiran pertukangan masing-masing hanya demi untuk mempermudahkan masyarakat setempat. Keprihatinan tinggi sukarelawan siswa terhadap laluan pelajar-pelaja dan penduduk kampung adalah impak terbesar bagi memastikan laluan itu selamat dan bersih bagi mengelakkan laluan berlumpur. 8.6.3.2 Komuniti Bagi kesan terhadap komuniti pula mereka dapat mengelakkan penyakit kulit dan menjamin kebersihan diri pelajar-pelajar sekolah khasnya dan para penduduk kampung secara amnya.
  • 57. 57 8.6.3.3 Kesukarelawan Semangat kesukarelawanan inilah yang menyuntik melahirkan kemahiran inovasi siswa dalam menyelesaikan masalah penduduk setempat 8.6.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa YSS juga akan turut berbangga dapat melahirkan sukarelawan yang inovatif bagi membantu negara dalam menyelesaikan masalah masyarakat di Malaysia
  • 58. 58 Sukarelawan melihat kawasan berlumpur yang menjadi laluan pelajar Sukarelawan menggunakan kayu terpakai untuk membuat laluan pejalan kaki Sukarelawan Khairul membuat garisan penanda untuk membuat laluan pejalan kaki Sukarelawan Naufal mengambil pasir dari sungai untuk membuat laluan pejalan kaki Laluan pejalan yang kami rancangkan sudah siap dan sedia untuk digunakan Pelajar sudah menggunakan laluan pejalan kaki dan kaki mereka juga tidak kotor kerana terkena lumpur
  • 59. 59 8.7 PROJEK KOMUNITI 6: MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI TANGGA SEDIA ADA DI BAHAGIAN PAGAR SEKOLAH 8.7.1 Kajian Kes Ianya diwujudkan oleh penduduk kampung namun keadaannya adalah tidak selamat kerana melalui pemerhatian terdapat kanak-kanak terjatuh ketika menuruni tangga tersebut. Keadaan ini tidak disedari oleh penduduk kampung itu sendiri berkenaan keutamaan keselamatan kanak-kanak kecil yang merupakan pelajar-pelajar sekolah disitu. 8.7.2 Solusi Langkah-langkah awal kami ialah menggunakan kayu-kayu dahan terpakai dan kami menukang, memotong, menanam dan memaku kayu-kayu tersebut menjadikan ianya sebagai pemegang bagi tangga sedia ada tersebut. Keadaan kayu-kayu tempat pemijak juga menjadi lebih selamat untuk dinaiki dan dituruni. 8.7.3 Impak Keberkesanan 8.7.3.1. Mahasiswa Hasil daripada pembinaan dan pengubahsuaian ini sukarelawan siswa menjadi lebih kreatif dalam mengubahsuai kemudahan penduduk yang telah sedia ada tetapi lebih meletakkan perhatian daripada segi keselamatan penggunaannya. 8.7.3.2 Komuniti Keadaan ini dapat membantu menyedarkan penduduk kampung terhadap keutamaan keselamatan kemudahan-kemudahan lain yang masih digunakan sehingga hari ini. 8.7.3.3 Kesukarelawanan Daripada segi semangat kesukarelawanan, ianya dapat mendidik sukarelawan siswa untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling terutama berkaitan isu-isu keselamatan kanak- kanak.
  • 60. 60 8.7.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa YSS dan KPM akan memastikan individu yang bergelar sukarelawan siswa mempunyai sifat-sifat positif seperti mengutamakan keselamatan bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan menjaga diri sendiri. Tangga yang menjadi laluan para pelajar dan guru untuk ke sekolah Sukarelawan membuat pemegang pada tangga agar para pelajar dan guru tidak jatuh ketika menuruni tangga kerana tangga itu agak curam Para pelajar dan guru sudah gembira menggunakan tangga kerana mereka sudah ada pemegang untuk naik tangga
  • 61. 61 8.8 PROJEK KOMUNITI 7: MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN MINI 8.8.1 Kajian Kes Masalah hanya dikenalpasti pada minggu kedua apabila seorang guru mengatakan terdapat bilik darjah yang tidak digunakan dan menjadi stor penyimpanan. Apabila diminta kebenaran untuk Pengarah sekolah membuka bilik darjah tersebut didapati terdapat pelbagai buku-buku didalam dua buah rak yang dikenal pasti masih bleh digunakan..Keadaan bilik darjah yang tidak digunakan itu telah kami membuat keputusan untuk dibersihkan dan dijadikan perpustakaan mini. 8.8.2 Solusi Langkah-langkah awal ialah kami membersihkan bilik darjah tersebut dengan mengeluarkan dan mengosongkan barang-barang didalamnya diletakkan di luar. Proses seterusnnya kami mendekorasi susunan bahagian perpustakaan pada bahagian hadapan dan stor simpanan di bahagian belakang bilik darjah berkenaan. Kerusi dan meja disusun mengikut pelan. Rak-rak buku dipakukan di tepi dinding dan di atas meja bagi menjamn kestabilan dan keselamatannya. Akhir sekali, bilik perpustakaan mini tersebut dihiasi dengan lukisan mural bagi menarik perhatian pelajar-pelajar yang tertunggu- tunggu untuk bilik perpustakaan tersebut siap untuk digunakan. 8.8.3 Impak Keberkesanan 8.8.3.1 Mahasiswa Impak keberkesanan yang dirasai oleh siswa ialah rasa tanggungjawab pada diri setiap sukarelawan siswa untuk sentiasa menyebarkan ilmu 8.8.3.2 Komuniti Dengan wujudnya perpustakaan mini ini, masyarakat setempat lebih memberi perhatian kepada menerap nilai-nilai murni amalan membaca daripada peringkat usia seawal pra-sekolah lagi.
  • 62. 62 8.8.3.3 Kesukarelawan Ini adalah memastikan semangat sukarelawan siswa juga turut mementingkan penyebaran ilmu kepada komuniti. 8.8.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa Secara tidak langsung memenuhi galakan daripada YSS dan KPM untuk menyebarkan ilmu pengetahuan melalui pusat sumber seperti perpustakaan mini. Sukarelawan berbincang untuk memyusun meja di dalam perpustakaan Sukarelawan mngeluarkan meja dari bilik tersebut untuk menyapu dan mengelap Para pelajar sangat teruja untuk menggunakan perpustakaan yang berwajah baru
  • 63. 63 8.9 PROJEK KOMUNITI 8: MEMBINA TIANG GOL 8.9.1 Kajian Kes Masalah yang dikenalpasti ialah kanak-kanak dan belia di perkampungan berkenaan aktif dalam permainan sukan pada setiap petang, namun mereka tidak mampu untuk menyediakan kemudahan sukan yang menyerupai permainan tersebut iaitu bola sepak. Sewajarnya semangat kesukanan tinggi yang telah ada pada diri mereka mampu menyedarkan tentang kepentingan mempunyai tiang gol seakan-akan yang sebenar bagi merasai keghairahan sewaktu bermain sukan bola sepak. Kesukaran memastikan sama ada bola telah gol atau tidak sama sekali susah untuk dipastikan dan kadang kala menjadi punca peselisihan. 8.9.2 Solusi Langkah-langkah awal kami ialah merasai keadaan sebenar bermain bola melalui perlawanan persahabatan diantara sukarelawan YSS dan LYU pada hari kedua di perkampungan ini. Berikutan ada lebihan kayu buluh hasil pembinaan pintu pagar sekolah, melalui reka bentuk yang kami lakarkan dan dipersetujui maka dibina 2 buah gol bersaiz sederhana untuk kemudahan sukan bola sepak bagi masyarakat kampung tersebut terutama kepada belia. 8.9.3 Impak Keberkesanan 8.9.3.1 Mahasiswa Semangat kesukanan yang tinggi terkesan kepada diri sukarelawan siswa berikutan daripada aktiviti ini. 8.9.3.2 Komuniti Sumbangan usaha kami adalah bagi membantu komuniti menyediakan kemudahan sukan yang menyerupai keperluan sukan itu sendiri iaitu tiang gol bagi sukan bola sepak.
  • 64. 64 8.9.3.3 Kesukarelawanan Maka, disinilah semangat kesukarelawan itu tampak lebih versatile bukan sekadar memberi fokus kepada kluster-kluster tertentu sahaja 8.9.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa YSS secara khususnya dan KPM secara amnya turut ingin melahirkan sukarelawan siswa dan belia yang mementingkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan. Padang bola di kampung mereka tidak mempunyai tiang gol. Mereka hanya menggunakan selipar sebagai penanda Sukarelawan Khairul,Loulou dan Chan membuat tiang gol yang baru untuk menaikkan semangat anak muda di kampung itu bersukan Siap sahaja tiang gol, mereka terus bermain bola dan para sukarelawan juga turut bermain bola sepak bersama mereka
  • 65. 65 8.10 PROJEK KOMUNITI 9: MEMPERBAHARUI PAPAN KENYATAAN DI TENGAH- TENGAH KAWASAN KEJIRANAN PENDUDUK KAMPUNG BAN NA PHO 8.10.1 Kajian Kes Berikutan keadaan papan kenyataan yang kelihatan tidak diambil endah lagi, berserta maklumat-maklumat yang ditampal kelihatan lusuh dan begitu lama. Semua maklumat tidak lagi dikemaskini. 8.10.2 Solusi Langkah-langkah awal ialah sukarelawan menggunapakai cat-cat lebihan untuk mengecat semula papan kenyataan tersebut menjadi lebih menarik perhatian penduduk. Namun, terdapat masalah sedikit berikutan kunci tingkap jaring tidak dapat dibuka 8.10.3 Impak Keberkesanan 8.10.3.1 Mahasiswa Impak keberkesanan terhadap siswa ialah lebih prihatin tentang kepentingan penyaluran maklumat di dalam sebuah masyarakat 8.10.3.2 Komuniti Bagi komuniti pula, dapat menyedarkan masyarakat berkenaan kepentingan penyebaran maklumat dan menjaga keadaan papan kenyataan dengan baik 8.10.3.3 Kesukarelawanan Ini adalah kreativiti semangat kesukarelawanan dalam mengembalikan perhatian penduduk terhadap papan kenyataan tersebut.
  • 66. 66 Sukarelawan Arif mengecat ‘notice board’ di kampung agar kelihatan cantik ‘Notice board’ yang telah dicat semula. Penduduk kampung akan menampal maklumat-maklumat di ‘notice board’ agar penduduk kampung tahu akan maklumat yang disampaikan
  • 67. 67 8.11 PROJEK KOMUNITI 10: MEMBINA MONUMEN PERINGATAN 8.11.1 Kajian Kes Ianya bagi mengenang peristiwa program Misi Sukarelawan di Perkampungan Ban Na Pho selama 2 minggu disini. Tiada permasalahan dikenalpasti bagi aktiviti ini, hanyalah memenuhi hasrat Pengarah Sekolah Rendah Ban Na Pho bagi mewujudkan kenangan secara fizikal kepada penduduk kampung ini. 8.11.2 Solusi Langkah-langkah awal ialah kami menggunakan lebihan simen sedia ada. Pasir dan batu- batu kecil diambil daripada sungai berhampiran bagi proses mencampurkan simen. Pokok bunga Champa hasil sumbangan penduduk kampung kami tanamkan di tengah-tengah bingkai kawasan monument yang ingin kami simenkan. Diatas kreativiti sukarelawan siswa kedua-dua buah negara Laos dan Malaysia, kayu- kayu buluh dipotong kecil-kecil dan ditanam seumpama pagar-pagar kecil sebelum simen dituangkan dan diratakan. Di kesempata ini, kami bersetuju untuk meletakkan tapak-tapak tangan kami semua sukarelawan siswa sebgai kenang-kenangan yang kekal termasuklah sedikit tulisan YSS dan LYU beserta tarikh peristiwa hari tersebut. 8.11.3 Impak Keberkesanan 8.11.3.1 Mahasiswa Impak keberkesanan aktiviti khidmat masyarakat yang terakhir bagi program Misi Sukarelawan ini adalah sebagai tanda kenangan hubungan rapat yang terjalin diantara mahasiswa sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Kesatuan Belia Lao (LYU). 8.11.3.2 Komuniti Ini juga adalah berkaitan dengan kenangan jasa baik semua sukarelawan siswa di kampung tersebut secara fizikal melalui pembinaan monument yang kekal,
  • 68. 68 Sukarelawan Malaysia dan Lao Youth Union menanam pokok champa sebagai tanda hubungan rapat yang terjalin antara kami Sukarelawan membuat monument sebagai tanda kenangan yang mereka tidak akan lupa akan kampong Na Pho Pokok Champa ini juga melambangkan hubungan rapat sebagai asean
  • 70. 70 9.0 LAPORAN PERBELANJAAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANG PRABANG Bil Perkara Matawang Kip Perolehan Duit yang di terima @ 15/9/2014 1,000,000.00 Perbelanjaan 1 Beras (5kg) 35,000.00 2 Bahan Mentah (Sayur- sayuran) 3000 3 Bahan Mentah (Sayur- sayuran) 6000 4 Minyak Masak 15,000.00 5 Bahan Mentah (Ikan) 20,000.00 6 Beras (4kg) 42,000.00 7 Bawang (3 Biji) 10,000.00 8 Telur (1 Papan) 27,000.00 9 Beli peralatan untuk Mural (Cat,Berus,Thinner) 474,000.00 10 Membeli bahan untuk pagar (Kayu,Cat,Paku,Engsel) 242,000.00 11 Peralatan untuk Wiring (Cable,Socket,Plak) 173,000.00 Perkhidmatan kenderaan 100,000.00 Jumlah 1147000.00 Baki -147000.00
  • 71. 71 PENUTUP Kami mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pihak YSS kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada keluarga YSS dan telah memilih kami untuk mengikuti misi ini. Kami berasa bersyukur kerana misi ini telah tamat dengan jayanya. Jutaan terima kasih buat semua ahli tertinggi Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia yang banyak member tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu kepada kami yang baru mahu bertatih di dalam bidang kesukarelawanan ini. Kami mengharapkan tunjuk ajar yang berterusan daripada Dato’, Professor, Tuan, Puan sekalian walaupun misi ini telah tamat. Tidak dilupakan juga buat kakitangan, Alumni dan petugas yang telah banyak membantu kami di dalam menjayakan misi ini. Pengalaman yang tidak dapat kami gambarkan dengan sekadar kata-kata ini akan kami gunakan dalam proses mempertingkatkan diri sendiri dan juga untuk manfaat semua. Kami berharap agar segala yang kami telah pelajari melalui misi ini tidak akan terhenti setakat misi ini sahaja. Sungguh, misi ini merupakan suatu pemacu bagi aktiviti- aktiviti kesukarelawanan kami pada masa yang akan datang.