Aumdr27041994

358 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
358
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Aumdr27041994

  1. 1. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI RABU. 27 APRIL. 1994. PUKUL 2.30 PETANGBil. 11 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! 7AWAB MUL[TT*1. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Luar Negerimenyatakan:- (a) sama ada beliau sedar bahawa (i) dari masa ke masa rakyat Malaysia yang berada di Tanah Suci mengerjakan Umrah ditahan dal am operasi -operasi pihak berkuasa Arab Saudi kerana tidak membawa Paspot semasa di luar tempat penginapan walhal (ii) amalan yang dikuatkuasakan oleh hotel-hotel ialah semua Paspot mesti diserahkan kepada hotel yang hanya akan memulangkannya apabila berangkat pulang; (b) sama ada beliau akan memperkenalkan sistem dokumentasi tambahan yang boleh dibawa bersama oleh ;f emaah di luar tempat penginapan; dan (c) kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambil bagi mengerakkan rakyat Malaysia menjadi mangsa yang teraniaya semasa di Tanah Suci.*2. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Pendidikan menyatakandasar Kerajaan untuk mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar untuk pela.jaran sains dan teknologi di pusat-pusat pengajiantinggi telah menimbulkan kemarahan bukan kepada pencinta-pencintabahasa, cerdik pandai Melayu, bahkan orang Melayu sendiri. Ini keranamereka menganggap langkah ini satu penghinaan dan mencabarkedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. AdakahKerajaan akan menarik balik kenyataan YAB Perdana Menteri mengenaihal mi.*3. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menterimenyatakan apakah kemajuan projek Pengangkutan Laju Ringan (LRT)yang sedang diusahakan untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah projektersebut berjalan rnengikut jadual, jika tidak apakah permasalahanutamanya dan apakah langkah-langkah Kerajaan mengatasinya.
  2. 2. *4. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutanmenyatakan:- (a) jumlah pemandu yang telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka oleh kerana kegagalan untuk menjelaskan bayaran denda yang dikenakan bersabit dengan langgaran peraturan lalulintas; (b) jumlah pemandu yang tidak dibenarkan memperbahrui cukai jalan dan memindah hakmilik oleh kerana bekas pemilik kenderaan mereka tidak menjelaskan kompaun yang sepatutnya di jelaskan terlebih dahulu; dan (c) adakah satu arahan bertulis telah dikeluarkan kepada semua Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri supaya pemandu yang tidak bersalah di (b) tidak dihukum dan dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka, jika ya, bilakah arahan itu dikeluarkan.*5. Tuan Hail Wan Omar bin Wan Maiid minta Perdana Menterimenyatakan apakah Kerajaan sedar banyak restoran makanan segera danpusat-pusat perniagaan lain di negara ini lebih mengutamakan bahasaasing dalam urusan hariannya. Apakah tindakan ini semenangnyadigalakkan oleh Kerajaan atau pun Kerajaan ada langkah-langkah lainuntuk mengatasi masalah ini.*6. Tuan Hail Nasruddin bin Haii Alang Saidin minta MenteriPendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa pada masa initerdapat berbagai jenis majalah dan buku cerita bergambar (comic book)yang ditulis dengan bahasa pasar dan adakala perkataan-perkataan inimemang tidak ada dalam Kamus Bahasa Melayu. Perkataan-perkataaanini dikarang dan direka oleh penulis-penulis ini sendiri untuk tujuanmelariskan jualah majalah mereka dan akan mengelirukan penggunaanBahasa Malaysia. Apakah tindakan yang Kementerian akan ambil.*7. Datuk Nurnikman Abdullah minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah diambiloleh Kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur di Sabah.*8. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang akandiambil oleh Kerajaan untuk menunaikan permintaan daripadamemorandum yang dibentangkan kepada Kementeriannya oleh pengusahaperlombongan timah tempatan baru-baru ini.*9. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan sama ada Kementeriannya bercadangmenganjurkan kelas-kelas Tadika di semua kampung baru di seluruhNegara dalam langk<<h memberi pendidikan yang sesuai kepada kanak-kanak supaya taraf pemikiran golongan muda dapat dipertimbangkan.
  3. 3. *10. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Kerja Rayamenyatakan:- (a) berapakah jumlah peruntukkan yang telah dipohon oleh JKR Marudi, Baram dan yang diluluskan untuk menggantikan dan menambah kelengkapan jentera-jentera dan alat-alat untuk kegunaan Jabatan tersebut pada tahun 1994 ink; (b) adakah pihak Kementerian dan Jabatan Kerja Raya akan mengkaji semula keperluan setakat kni dan pada masa hadapan untuk membina sebuah jentera asfal konkrit (asphaltic Concrete plant) di Marudi. Jika tidak, mengapa; dan (c) adakah Kementerian dan Jabatan Kerja Raya akan menambah Kakitangan di Jabatan Kerja Raya Marudi. Kerana pada masa ini kakitangan yang bertugas di sini jauh tidak mencukupi. Jika tidak, mengapa.*11. Tuan Hail Hamzah bin Mohd Zain minta Menteri PerpaduanNegara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:- (a) takrif "Orang Ash", siapakah suku kaum atau puak yang tergolong dalamnya; (b) jumlah dan lok^ si kumpulan tersebut; dan (c) usaha bagi mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Malaysia.*12. Puan Hajah Ilani binti Dato Hail Isahak minta MenteriPertahanan menyatakan Syarikat manakah yang dilantik menjadi pakarperunding dan broker pembelian senjata daripada Great Britainsebagaimana yang ditandatangani dalam Memorandum Persefahaman(MOU) barn-baru mi. Berapakah komisyen yang diperolehi oleh syarikatberkenaan dark urusniaga ink. Apakah syarikat itu milik Bumiputra.*13. Tuan G. Palanivel minta Menteri Dalam Negeri menyatakanapakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannya untukmengurangkan bilangan penagih-penagih dadah yang semakin meningkat diNegara kita. Mengikut Task Force Anti Dadah di bawah JabatanPerdana Menteri bilangan penagih dadah meningkat kepada 24,023 padatahun lalu.*14. Tuan Hall Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Belia danSukan menyatakan apakah program-program latihan baru yangdiperkenalkan oleh Kementerian ini di Pusat-pusat Latihan Belia sejakpusat-pusat tersebut dinaikkan taraf menjadi Institut Kemahiran BeliaNegara.
  4. 4. *15. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haii Awang minta MenteriPertahanan menyatakan:- (a) jumlah jet pejuang , helikopter dan lain-lain pesawat TUDM yang terlibat di dalam kemalangan sehingga Mac 1994; (b) hasil siasatan serta faktor-faktor utama berlakunya kemalangan tersebut; (c) apakah rekomendasi (perakuan) yang telah dibuat oleh Pasukan Penyiasat bags mengelak berulangnya tragedi sedemikian.*16. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Perumahan danKerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untukmenyediakan rumah untuk setiap rakyat di Sabah menjelang tahun 2000.Jika ada, bilakah dan bagaimanakah Kerajaan melaksanakan.*17. Tuan Haii Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikanmenyatakan:- (a) apakah Kementerian berpuashati dengan pencapaian p^lajar Bumiputra bagi keputusan peperiksaan PMR, SPM, SPVM, STPM pada tahun lepas berbanding dengan pencapaian pelajar bukan Bumiputera. Sila berikan perangkaan sebagai perbandingan; dan (b) jika pencapaian pelajar Bumiputra merosot, nyatdkan sebab-sebabnya dan apakah langkah- langkah untuk mengatasi keadaan mi.*18. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Pendidikan menyatakanlangkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kekurangantenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi di negara mi. Nyatakanjuga: (a) sebab-sebab utama tenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi kian berkurangan; (b) sama ada cadangan membenarkan para pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi bekerja secara sambilan di luar akan menjejaskan mutu prestasi pengajaran di pusat-pusat pengajian tinggi; dan (c) samada Kerajaan bercadang mengimport tenaga penga jar yang mahir daripada luar negara untuk mengisi kekosongan bagi jangka masa pendek.*19. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pengangkutanmenyatakan:-
  5. 5. (a) adakah Kerajaan bercadang meminta K.T.M.B. membekal hidangan ringan kepada penumpang kelas dua dan bukan kepada kelas satu sahaja dan juga hidangan ini dibekal dua kali kepada penumpang dari Butterworth ke Singapura dan dari Singapura ke Butterworth memandangkan tambang perjalanan K.T.M agak tinggi dan kos hidangan ringan itu murah sahaja; dan (b) adakah K.T.M.B. bercadang memperbaiki perkhidmatannya dalam aspek makanan, program T.V. dan pembekalan bahan-bahan membaca memandangkan perkhidmatan tersebut kurang memuaskan lagi pada masa sekarang.*20. Tuan Haii Abdul Hadi bin Haii Awang minta MenteriPendidikan menyatakan apakah penekanan -penekanan yang akan diberiterhadap cadangan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1971 (Pindaan 1975) dan juga cadangan untuk mewujudkan AktaUniversiti Swasta. Apakah persamaan - persamaan serta perbezaan-perbezaan di antara kedua-kedua akta tersebut.*21. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Peneranganmenyatakan apakah Kementerian akan menghapuskan terus tayanganVision 4 (in house video) di hotel-hotel atau apakah Kementerian akanmembenarkan tayangan tersebut diteruskan untuk tontonan pihak-pihaktertentu dengan memperketatkan undang-undang dan syarat-syaratkawalan.*22. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) adakah beliau sedar bahawa ramai ahli-ahli Parlimen khasnya dari pihak pembangkang sukar mendapat peluang untuk memberi ucapan di Dewan Rakyat dalam masa perbahasan Belanjawan dan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong. Jika ya, apakah tindakan telah diambil supaya wakil-wakil rakyat dapat melafazkan hasrat rakyat dan sama ada Peraturan Parlimen akan diubah supaya wakil-wakil rakyat yang tidak mempunyai peluang berucap di Dewan boleh menghantarkan teks ucapan mereka secara bertulis kepada Tuan Yang DiPertua, kemudian Menteri-menteri berkenaan boleh memberi jawapan semasa mereka menggulung. Jika tidak, mengapa; dan (b) apakah Parlimen bercadang mendirikan satu sistem yang lebih adil supaya pertanyaan-pertanyaan mulut oleh semua Ahli Parlimen dapat dilayan lebih adil dalam susunan setiap hari memandangkan ramai ahli Parlimen berasa tidak puas hati pada masa sekarang. Jika ya, apakah cadangannya; J ika tidak, mengapa.
  6. 6. *23. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Pendidikan menyatakan:- (a) memandangkan kini terdapat begitu banyak kolej swasta yang menjalankan kursus berkembar (twinning courses ) bertahap universiti , adakah kolej-kolej swasta seperti ini dianggap sebagai universiti di bawah Akta Universities and Universitites College (UUCA) 1971; (b) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan suatu akta bagi menawar kolej-kolej swasta yang bukan universiti sebenarnya tetapi menjalankan kursus di mana ijazah-ijazah universiti di award oleh universiti asing; dan (c) adakah Kementerian menerima tawaran daripada universiti luar negeri yang bercadang untuk mengadakan branch campus di dalam negara kita. (i) jika ada, sila kemukakan nama-nama universiti berkenaan. (ii) apakah sambutan atau pendirian oleh pihak Kementerian terhadap cadangan branch campus tersebut.*24. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri SumberManusia menyatakan:- (a) apakah negara kita telah mencapai tahap guna tenaga penuh masa kini; (b) apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi kekurangan guna tenaga manusia untuk jangkamasa panjang tanpa bergantung sepenuhnya kepada buruh asing; dan (c) adakah masih terdapat belia-belia yang tidak mahu bekerja dan berapa besarkah golongan tersebut.*25. Dato Dr. Iamaludin bin Dato Mohd . ] ariis mints MenteriPertahanan menyatakan:- (a) ekoran program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) apakah ATM mampu menangani cabaran-cabaran di abad ke 21; (b) apakah ancaman - ancaman keselamatan dart dalam dan luar negeri terhadap Malaysia setelah tamatnya perang dingin; dan (c) sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Malaysia melibatkan diri dalam Operasi Pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  7. 7. *26. Twin Lim Hock Seng minta Menteri Kesihatan menyatakansyarat-syarat yang dikenakan kepada graduan dari Universiti negara asingsebelum mereka boleh membuka klinik sendiri atau menyertai pusatperubatan pakar persendirian. Sama ada syarat-syarat sedemikian jugadikenakan kepada doktor yang telah praktik beberapa tahun di negaraasing.*27. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan samaada pihak Kerajaan sudah terima salinan deraf undang-undang Hududyang telah diumumkan oleh kerajaan PAS, negeri Kelantan dan jikasudah, reaksi Kerajaan terhadapnya.*28. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakanapakah kesan baik dan kesan buruk kerana nilai Ring;it Malaysia susutberbanding dengan beberapa mata wang asing, dan sebutkansejauhmanakah kerugian yang dihadapi atas pengeksportan pengeluaranutama seperti petrol, gas, minyak sawit, getah, timah dan lain-lainproduk dan bilakah masa yang paling sesuai Bank Negara akan campurtangan untuk menyelamatkan nilai Ringgit Malaysia.*29. Twin Haii Wan Mohd. ] amil bin Mahmood minta Menteri Beliadan Sukan menyatakan:- (a) sejauh mana berbalahan antara Kerajaan Malaysia dengan akhbar dan firma British tidak menjejaskan prestasi dan kemeriahan Sukan Komanwel nanti; (b) adakah mana-mana firma British terlibat dalam pengendalian projek-projek yang ada kaftan dengan Sukan Komanwel. J ika ada apakah langkah- langkah memastikan segala-galanya berjalan lancar; dan (c) langkah-langkah yang akan diambil supaya krisis Malaysia dengan Britain dan Australia tidak mengurangkan semangat dan penyertaan ahli-ahli sukan kedua-dua buah negara itu.*30. Tuan Karpal Singh minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan akan butir-butir berkenaan dengan orang-orangyang telah ditipu oleh agen-agen perumahan tiruan (bogus) berkaitandengan rumah kos rendah dan sederhana di Taman Chempaka Sari diJalan Haji Sirat, Kiang. Sudahkah siasatan polis ke dalam skandaltersebut selesai, dan jika sudah, adakah sesiapa dituduh di Mahkamahsehingga kini. Adaka.h terdapat insiden yang sama rupanya di negara inidalam tempoh 5 tahun yang lalu. Jika ada, sila beri butir-butir lanjut.*31. Dato Oamaruz Zaman bin Haii Ismail minta MenteriPendidikan menyatakan:- (a) mengapakah keruntuhan moral dan akhlak semakin menjadi di kalangan pelajar-pelajar sekolah sekarang. Apakah tindakan Kementerian bagi membendung gejala-gejala seperti pelajar memukul guru, merokok, hamil, membuang anak, kumpulan haram, berjudi dan merosakkan harta benda tidak dibendung dengan segera; dan
  8. 8. (b) apakah peranan yang dijalankan antara guru-guru dan ibu bapa melalui persatuan PIBG dan berjayakah persatuan ini dalam mewujudkan satu kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa dalam membentuk pembangunan moral anak-anak.*32. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Kebudayaan , Keseniandan Pelancongan menyatakan sejauh manakah usaha-usaha oleh Kerajaandalam promosi melancong ke Malaysia telah memhawa hasil dari segilawatan oleh pelancong -pelancong asing. Apakah :. san-kesan positif diperingkat awal . sejak pelancaran Tahun Melawat Malaysia 1994 dan silaberikan sebab-sebab bagaimana lawatan oleh pelancong -pelancongdaripada negara jiran seperti Singapura telah mencatatkan kejatuhanyang begitu hebat.*33. Tuan Haii Abd. Hamid bin Haii Abd. Rahman minta MenteriBelia dan Sukan menyatakan:- (a) jumlah kes percabulan atlit-atlit wanita yang telah dilapurkan dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian terhadap individu - individu tersebut; dan (b) apakah usaha - usaha Kementerian yang telah diambil bagi membendung gejala tersebut.*34. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Peneranganmenyatakan sama ada RTM dapat mempertimbang untuk menempatkansepasukan krew kamera di setiap bandar-bandar utama, seperti Sibu,Miri, Bintulu , Sarikei, Kapit , Limbang untuk meliputi berita -berita.Pada masa ini, hanya Kuching mempunyai khidmat krew kamera TV danharap maklum bahawa Sarawak adalah sebesar Semenanjung Malaysia(tidak termasuk Perlis ) dan setiap bahagian adalah sebesar negeri-negeridi Semenanjung Malaysia.*35. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) jumlah anggota tentera dan polis yang terlibat dalam operasi menentang pengepungan Penan di Long Mobui dalam tempoh September - November 1993 dan jumlah Penan yang ditahan antara September - November 1993 dan di bawah tuduhan apa; (b) sebab mengapa unit Cawangan Khas telah menganggu masyarakat rumah panjang Iban sepanjang jalan Bintulu pada awal Januari 1994; dan (c) sebab mengapa pihak polls seakan-akannaya melindungi kepentingan Austral Enterprises Berhad dan bukannya melindungi hak para petani Iban terhadap tanah nenek moyang mereka.
  9. 9. *36. Than Shahidan bin Kassim minta Menteri Kebudayaan, Keseniandan Pelancongan menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untukmenggalakkan pelancong-pelancong berbelanja lebih di sini memandangkanhanya 21 peratus sahaja daripada perbelanjaan mereka digunakan untukmembeli belah, manakala 42 peratus lagi digunakan untuk penginapan.*37. Dato Qamaruz Zaman bin Hail Ismail minta MenteriPendidikan menyatakan bagaimanakah pencapaian akademik pel ajar dibawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah/Menengah (KBSR/KBSM) sekarangjika dibandingkan dengan kurikulum yang lama. Mengapakah matapelajaran matematik masih lagi lemah di kalangan pelajar khususnyapelajar Melayu. dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasimasalah mi.*38. Tuan Won; Wing On minta Menteri Luar Negeri menyatakansama ada Pulau Sipadan yang terletak di antara Sabah (Malaysia) danKalimantan (Indonesia) telah mejadi apa yang dikatakan oleh majalahTHE FAR EASTERN ECONOMIC REVIEW "Isle of Contention" di antaraMalaysia dan Indonesia (17.3.1994). Jika ya, nyatakan langkah-langkahyang telah, sedang dan akan diambil untuk mempertahankan kedaulatanMalaysia.*39. Tuan Hail Nik Abdullah bin Nik Arshad minta MenteriPertahanan menyatakan:- (a) keterangan terperinci mengenai seorang anggota tentera Malaysia yang terbunuh di Somalia dan bagaimana is terjadi; (b) adakah benar kemalangan itu berlaku kerana hendak menyelamat tentera Amerika. Jika benar apakah penghargaan yang Amerika beri kepada Malbatt dan kepada keluarga tentera yang terbunuh dalam kejadian itu; (c) apakah ganjaran yang pihak Malaysia sendiri beri kepada keluarga tentera itu seperti balu bagi menjaga masa depan anak-anaknya; dan (d) adakah Badan Kebajikan Isteri-isteri Tentera mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan beban yang dipikul oleh balu dan keluarga berkenaan dan jika ada sila nyatakan.*40. Tuan Hail Badruddin bin Amiruldin minta Menteri Kesihatanmenyatakan:- (a) apakah langkah Kerajaan dalam membasmi keracunan makanan memandangkan kes ini semakin meningkat, khususnya di Kedah di mana sebanyak 472 kes berlaku pada tahun lalu; dan (b) apakah tindakan segera yang di ambil ke atas peniaga-peniaga yang mengabaikan kebersihan dan menghidangkan makanan dalam keadaan yang tidak bersih dan tercemar kepada orang ramai khususnya penuntut-penuntut sekolah.
  10. 10. - 10 -*41. Tuan Haii Nik Abdullah bin Nik Arshad minta MenteriPertahanan menyatakan:- (a) jumlah tentera Malaysia yang berkhidmat dalam pasukan PBB di luar negeri sekarang dan negara mana mereka berada; (b) apakah jaminan keselamatan yang telah disediakan oleh pihak PBB dan langkah berjaga-jaga dart pihak Malbat sendiri. (c) jumlah elaun harian dan bulanan untuk seorang tentera dan perincikan untuk pegawai dan tentera bias a; (d) berapakah jumlah yang ditanggong oleh PBB dan berapakah pula jumlah yang ditanggong oleh Malaysia; dan (e) apakah kebajikan yang diberikan kepada keluarga mereka, isteri dan ibubapa jika ada.*42. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Dalam Negeri menyatakankemajuan dan hasil siasatan polls terhadap dakwaan setengah-setengahpemilik rumah kos rendah di Blok A,B,C,D dan F di Taman Cheras,Kuala Lumpur bahawa pemaju telah menipu mereka berkaitan wang yangdibayar untuk memohon hakmilik strata dan cukai tanah. Juga sebutkanjumlah wang dipertikaikan sebagaimana yang ditemui oleh polis.*43. Puan Rohani binti Abdul Karim minta Menteri PerpaduanNegara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan bilakah AktaKeganasan Rumahtangga akan dibentangkan dalam Parlimenmemandangkan meningkatnya kes-kes bersangkutan dengan keganasanterhadap wanita.*44. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Pendidikan menyatakanperuntukan kewangan yang sebenarnya yang telah diserahkan kepadaSekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Sabah tahun ini, silaberikan jumlah untuk setiap sekolah, dan jumlah peruntukan yang belumdijelaskan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk setiapsekolah.*45. Datin Paduka Haiah Rakibah binti Abdul Manan minta MenteriTenaga, Telekom dan Pos menyatakan berapa kerapkah pemeriksaandijalankan kepada kilang, gedung perniagaan, bangunan mencakar langit,pawagam dan pusat hiburan dan hotel yang menggunakan tenaga elektrikyang tinggi sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan Elektrik.*46. Tuan Ahmad Omar minta Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan menyatakan bagaimanakah usaha Kementerian bagimemperkenalkan package pelancongan ke destinasi pelancongan menarikdi kawasan tanah tinggi (Mountain dan Hill Resorts) dan seterusnyasungai-sungai di negara mi. Nyatakan kejayaan dan potensinya.
  11. 11. - 11 -*47. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakanbilangan dan kategori pihak yang mendapat pengecualian CukaiPendapatan 1967 dan berapakah taksiran hasil yang hilang oleh Kerajaanakibat pemberian pengecualian ini. Juga nyatakan jumlah pemohon yangditolak pengecualian dan sebab penolakan.*48. Dato Haii Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta PerdanaMenteri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia merancang supayamengadakan skuad penyelamat seperti yang didatangkan dari Jepun danPerancis ketika tragedi kondo runtuh di Taman Hiliview.*49. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Kewangan menyatakansebab mengapa 28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom telahditolak peluang penyertaan mereka di dalam skim Option Saham Pekerja(ESOS) yang melibatkan sebanyak 29.5 juta saham Telekom,memandangkan pengedarannya telah dimonopolikan oleh 3,000 orangeksekutifnya, termasuk Pengerusi Eksekutif Telekom, Tan Sri RashdanBaba yang menerima sebanyak 300 lot untuk dirinya sendiri; danpertama, apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom dilayan dengan adil;kedua, sama ada keadilan dilakukan ke atas tindakan pecah amanah dansalahguna kuasa di dalam perkara pengedaran saham ESOS in!.*50. Wan Iunaidi bin Tuanku Iaafar minta Menteri Kewanganmenyatakan:- (a) adakah Kementerian sedar yang Bank-bank dan Institusi Kewangan asing yang beroperasi di Negara ini telah menjual dan memindahmilik harta mereka sebelum Bank-bank dan Intitusi tersebut menubuh Syarikat tempatan mereka. Sehubungan dengan itu apakah garispanduan dan kawalselia Kementerian; dan (b) kenapakah Bank-bank dan Institusi Kewangan bertindak untuk menjuaI dan memindahmilik harta mereka sebelum penubuhan tempatan dibuat. Adakah mereka tidak percaya kepada dasar kewangan Negara dan kawalselia dan jaminan undang-undang Negara atas harta dan pelaburan mereka.*51. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan menyatakan prestasi sektor pelancongan yang terdapat diMalaysia berdasarkan: (a) bilangan kemasukan pelancong asing pada tahun 1993 dan 1994; (b) bilangan bilik hotel di Malaysia dan bilangan peratusan penginapan di hotel pada tahun 1993 dan 1994; dan (c) bilangan peluang pekerjaan yang terdapat di hotel pada tahun 1993 dan 1994.
  12. 12. - 12 -*52. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Dalam Negerimenyatakan berhubung dengan kenyataan bahawa ada pemimpinpembangkang Malaysia menerima sogokan dari Perkhidmatan PerisikanSulit Australia (ASIS): (a) siapakah mereka yang terlibat dan jumlah bantuan yang mereka terima; (b) apakah tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sebagai balasan dari sogokan tersebut; dan (c) apakah tindakan segera yang dibuat oleh Kerajaan sebagai usaha menghadapi masalah tersebut.*53. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan tempohtarikh akhir bag! pajakan menempatkan tapak pelupusan sampah DBKL diJalan Sungai Besi. Nyatakan juga tarikh yang ditetapkan bag!melaksanakan incinerator di tapak pelupusan sampah berkenaan.*54. Than Ruhanie Haji Ahmad minta Menteri Luar Negerimenyatakan sama ada plhaknya telah mendapat kepastian bahawa kapalJepun AKATSUKI MARU yang mengangkut bahan nuklear sudah tidaklag! melalui Selat Melaka. Jika tidak , apakah perkembangan mutakhirmengenal kontroversi in!.*55. Tuan Wong Sing Nang minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:- (a) jumlah pendatang haram di negara !ni dan jumlah yang teliti di setiap negeri ; dan (b) apakah langkah yang diambil untuk mengatasinya.*56. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan jumlahkutipan sewa rumah-rumah pangsa dan rumah-rumah kos rendah DBKLbagi tahun 1990, 1991, 1992 dan 1993 mengikut kawasan Parlimen: (a) Seputeh; (b) Sunga! Besi; (c) Bukut Bintang; (d) Kepong; (e) Lembah Pantai; (f) Batu; dan (g) Titiwangsa.*57. Than Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) apakah langkah yang akan diambil oleh Kementeriannya untuk memastikan pendatang haram dan pelarian ke Sabah dihantar balik ke negara asal mereka; dan
  13. 13. - 13 - (b) sama ada benar bahawa Jabatan Pendaftaran Negara telah menghantar pasukan mereka ke khemah balak, kilang dan ladang-ladang untuk membantu pendatang haram dan pelarian, memohon kad pengenalan biru dan jika benar nyatakan jumlah kad pengenalan biru yang telah pun dikeluarkan sehingga 31.3.1994.*58. Dr. Tan Seng_ Giaw minta Menteri Pertanian menyatakanapakah pencapaian utama beliau menurut Dasar Pertanian Negara.Apakah kebaikan dan kelemahan pertanian tanahair. Bagaimanakelemahan-kelemahan tersebut dapat diatasi untuk mewujudkan pertanianmod en.*59. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri DalamNegeri menyatakan:- (a) keberkesanan Operasi Ops Nyah Fasa 11 baru-baru ini; (b) berapakah bilangan pendatang tanpa izin yang dapat diberkas, dan; (c) bilangan mereka yang melarikan diri serta mereka yang berjaya dihantar balik ke negara masing- masing.*60. Than Wahab bin Suhaili minta Menteri Kewangan menyatakan:- (a) sebab-sebab mengapa nilai RM turun baru-baru ini dan apakah kesan penurunan tersebut terhadap kestabilan ekonomi negara; dan (b) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan agar kes penurunan RM ini tidak akan berlaku secara mendadak lagi.*61. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (a) sama ada semua projek di dalam projek bekalan air Antah-Biwater telah disiapkan dengan memuaskan; (b) kos keseluruhan projek berkenaan dan jumlah kos berlebihan; dan (c) sebab mengapa kontrak ini telah dikeluarkan tanpa diadakan tender terbuka dan sama ada ini ada hubungannya dengan Memorandum Persefahaman RM5 billion antara Malaysia dan British.
  14. 14. - 14 -*62. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) sama ada Perdana Menteri mengetahui bahawa Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas penjualan pajakan 96 tahun 376 hektar tanah utama di Bukit Kiara kepada Kuala Lumpur Golf and Country Club Sdn. Bhd., satu syarikat kuasaan Singapura; dan (b) apakah perkembangan siasatan yang di jalankan oleh BPR ke atas penjualan pajakan 96 tahun tanah Bukit Kiara tersebut.*63. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hasan minta Menteri Pendidikanmenyatakan mengenai pengedaran borang-borang permohonan ke PusatPengajian Tinggi melalui Pejabat Pos: (a) adakah Kementerian sedar bahawa borang-borang tersebut yang diedarkan melalui Pejabat Pos cepat habis dan menafikan peluang calun-calun yang berkelayakan untuk memohon kerana tidak sempat mendapatkan borang; dan (b) adakah Kementerian bercadang untuk mengubah cara pengedaran borang tersebut kepada suatu cara yang lebih adil.*64. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:- (a) jumlah bilangan rumah kos rendah yang di dalam proses pembinaan bagi setiap negeri bags tahun 1994/1995; dan (b) kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bagi pembinaan rumah kos rendah bagi negeri Pulau Pinang dan amaun peruntukan yang telah dijanjikan kepada Kerajaan Negeri.*65. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakankeuntungan setiap tahun MAS sejak 1990 dan adakah kemerosotanprestasi kewangan merupakan sebab mengapa Malaysia HelicopterServices Sdn. Bhd mengambilalihnya serta: (a) sebab Bank Negara menjual pegangan equitinya seban;yak 32% dalam MAS; (b) mengapakah MHS dipilih untuk membelinya memandangkan is sebuah syarikat yang kecil dan jumlah wang yang diterima dan keuntungan dari Bank Negara ekoran penjualan sedemikian; dan
  15. 15. - 15 - (c) adakah satu "tender terbuka" dijalankan untuk menjual pegangan equiti Bank Negara demi menjaminkan pulangan yang lebih besar kepada Bank Negara atau MAS.*66. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pertanian menyatakanapakah sistem kawalan untuk penggunaan racun-racun serangga dan herbauntuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta ubat-ubatan bagiternakan. Bagaimana racun-racun dan ubat-ubatan ini dapat dikenalpastiuntuk hasil-hasil tempatan dan import. Berapa kes kesalahan yang telahdikendalikan dalam sedekad ini.If h.
  16. 16. - 16 - PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN1. Menteri di labatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang * Rang Undang-undang Pilihanraya (Pindaan) 1994 * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di Mesyuarat mi.If h.
  17. 17. - 17 - USUL URUSAN1. Perdana Menteri akan mencadangkan: Bahawa, dengan izin Tuan Yang di -Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 90(1) Dewan dengan ini merentikan kuatkuasa Peraturan Mesyuarat 77(1) bagi meluluskan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 77(3) iaitu berkaitan dengan perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL1. Perdana Menteri akan mencadangkan: Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 77(3) YB. Datuk Dr. Jamaludin Mohd . Jarjis (Ahli Bagi Kawasan Rompin) dan YB. Dato Mohd . Zihin Haji Mohd . Hassan (Ahli Bagi Kawasan Larut) masing- masing dipilih menjadi Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan.2. (DR. 40/93) Rang Undang-undang Perhubungan Bacaan Kali Perusahaan (Pindaan) 1993 Yang Kedua3. (DR. 9/94) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1994 m4. (DR. 3/94) Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras 19945. (DR. 4/94) Rang Undang-undang Lembaga Padi dan Beras Negara (Syarikat Pengganti) 19946. (DR. 5/94) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 1994 "
  18. 18. - 18 -7. (DR. 6/94) Rang Undang-undang Lembaga Bacaan Kali Pembangunan Industri Pembinaan Yang Kedua Malaysia 19948. (DR. 7/94) Rang Undang-undang Kawalan Harga (Pindaan) 19949. (DR. 8/94) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1994 m10. (DR. 2/94) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ( 1993 dan 1994) 1994 Eli DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Dewan in!, mengikut sub-seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 , membuat ketetapan bahawa wang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia enam ratus empat juta , lapan ratus satu ribu, sembilan ratus lima puluh ( RM604 , 801,950) diperuntukkan daripada Kumpulanwang Pembangunan: (1) bag! tahun kewangan 1993, untuk menampung sejumlah Ringgit Malaysia tiga ratus tiga puluh juta , lapan ratus dua puluh sembilan ribu tiga ratus lapan puluh (RM330,829 , 380) bag! Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran- butiran ( Projek - projek ) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut; dan (2) bag! tahun kewangan 1994, untuk menampung sejumlah R!nggit Malaysia dua ratus tujuh puluh tiga juta, sembilan ratus tujuh puluh dua ribu, lima ratus tujuh puluh (RM273,972 , 570) bag! Maksud-maksud dan Butiran- butiran ( Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 1994 yang dibentangkan sebaga! Kertas Perintah 9 Tahun 1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud -maksud dan Butiran- butiran ( Projek-projek ) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut.11. (DR . 11/94 ) Rang Undang- undang Kesalahan Bacaan Kali Pilihanraya ( Pindaan) Yang Kedua
  19. 19. - 19 -12. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Dewan in!, selaras dengan peruntukan Seksyen 8(3) (a)(iv) Akta Acara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan melabur dalam Penang Port Sdn. Bhd. melalui penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebanyak RM73.45 juta kepada ekuiti dalam Penang Port Sdn. Bhd.13. Dr. Tan Seng Giaw akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan supaya mengambil tindakan yang berkesan termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat politik wang di semua peringkat memandangkan permasalahan ini telah menjadi lebih serius.14. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan: Bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan mengutuk politik wang dan lompat-melompat parti oleh wakil rakyat dan menggubal undang-undang untuk membenterasnya.15. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan: Bahawa Dewan yang mulia ini kesal dengan keengganan Kerajaan Australia mengesahkan atau menjalankan siasatan ke atas dakwaan serius oleh media massa Australia bahawa wang sogokan telah diberikan kepada ahli-ahli parlimen UMNO sebagai pengintip yang merupakan perbuatan khianat dan tidak setiakawan oleh sebuah negara jiran dan meminta Kerajaan Australia memberhentikan dan meminta maaf kalau dakwaan ini benar./f h.

×