UNDANG-UNDANG
Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978).
sebahagian besarnya berdasarkan kepada Akta Bil Pertukaran Inggeris
1882 dan Akta Cek-cek Inggeris, 1957.
SURATCARA BOLEH NIAGA
dokumen yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai mempunyai
kualiti pemindahan hak milik.
Ia adalah suatu dokumen yang mengandungi akuan janji bagi
membayar sejumlah wang yang ditetapkan yang boleh dipindah milik
secara hantar serah atau pengesahan dan penyerahan.
CIRI-CIRI SURATCARA BOLEH
NIAGA
Hak miliknya dipindahkan secara hantar serah atau penyerahan
bersama-sama pengesahan iaitu hak itu boleh dipindahkan daripada
seseorang kepada seseorang.
Pemegang yang mempunyai milikan itu boleh mendakwa dengan
namanya sendiri.
Notis penyerahan hak tidak perlu diberikan kepada
penghutang. Maksudnya, pelanggan tidak dikehendaki memberikan
notis kepada pihak bank apabila dia mengeluarkan cek pihak bank,
dengan syarat akaunnya mempunyai kredit.
Pemindah milik surat cara boleh niaga boleh memberikan hak milik
yang lebih baik daripada yang dimilikinya.
CIRI-CIRI SURATCARA BOLEH
NIAGA
Surat cara boleh niaga oleh statut termasuklah bil pertukaran, cek-
cek dan nota janji hutang. Surat cara boleh niaga melalui adat
termasuklah nota bank, waran saham, debentur pembawa dan bil
perbendaharaan.
Manakala bil muatan, kiriman wang, wang pos, sijil-sijil saham dan
surat akuan berhutang adalah tidak merupakan surat cara boleh
niaga walaupun ianya boleh dipindah milik.
1. BIL PERTUKARAN.
Seksyen 3(1) mentakrifkan bil pertukaran sebagai :
Suatu perintah bertulis tanpa syarat
Dialamatkan oleh seseorang kepada yang lain
Ditandatangani oleh seseorang yang memberikannya
Menghendaki orang yang dialamatkan supaya membayar atas
tuntutan atau pada masa yang ditetapkan atau pada masa akan
datang yang ditentukan
Jumlah tertentu dalam bentuk wang
Atas arahan orang yang ditentukan atau pembawa.
BIL PERTUKARAN.
Terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu :
Si penyuruh bayar (DRAWER) - ini adalah pihak yang memberi perintah supaya pembayaran
dibuat
Si pesuruh bayar (DRAWEE)- pihak terhadap mana perintah untuk membayar itu adalah dibuat.
Si penerima wang (payee)- pihak terhadap mana pembayaran adalah dibuat.
Bil itu mestilah suatau arahan untuk membayar yang tidak bersyarat.
Ia tidak boleh mengarahkan apa-apan tindakan supaya dilakukan sebagai tambahan kepada
bayaran wang itu – seksyen 3 (2).
Bil itu mestilah dalam bentuk bertulis.
Bil itu mestilah diberikan oleh seseorang atau sekumpulan orang kepada pihak yang lain.
Bil itu mestilah ditandatangani oleh penyuruh bayar atau ejen yang diberi kuasa- seksyen
96(1).
Bil itu mestilah mengarahkan bayaran bagi jumlah tetentu dalam bentuk wang dan bukannya
dalam bentuk barang-barang atau perkhidmatan.
Bil itu mestilah dibayar atas tuntutan atau pada masa yang ditetapkan atau pada masa akan
datang yang ditentukan.
Suatu bil mestilah dibayar kepada atau atas arahan orang yang ditentukan atau pembawa.
2. CEK
Seksyen 73 Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978) mentakrifkan suatu cek sebagai bil
pertukaran yang dikeluarkan kepada pihak bank dan perlu dibayar apabila dituntut.
CIRI-CIRI CEK
Ia adalah suatu arahan bertulis yang tidak bersyarat.
Ia ditandatangani oleh penyuruh bayar.
Ia dikeluarkan kepada pihak bank ( pesuruh bayar).
Ia mengarahkan pihak bank supaya membayar wang yang tertentu atas tuntutan. Ketiadaan
perkataan ‘atas tuntutan’ di dalam cek tidak semestinya menjejaskan kesahannya seperti
seksyen 10(1)(b) yang memperlakukan semua bil pertukaran sebagai perlu dibayar atas
tuntutan di mana tiada masa ditetapkan bagi bayaran.
Ia dikeluarkan dengan sokongan orang yang ditentukan (penerima) atau atas arahannya atau
dengan sokongan seorang pembawa.
CIRI-CIRI CEK
Ciri penting:
Nama bank dan tempat
Tarikh cek
Nama penerima
Nilai cek
Tandatangan
Nombor siri cek, cawangan dan nombor akaun
Pemalangan
JENIS-JENIS CEK
Cek tidak bertarikh.
Dalam seksyen 3(4)(a), suatu bil adalah tidak sah dengan sebab cek itu tiada tarikh walaupun
pihak bank tidak menolak cek itu.
Walaubagaimanapun, seksyen 12 dan 20 membenarkan pemegang cek tidak bertarikh
meletakkan tarikh sebenar cek itu dikeluarkan tetapi mestilah dilakukan dalam tempoh yang
munasabah. Sekiranya tarikh yang salah dimasukkan dan bil itu ada dalam milikan pemegang
yang genap masanya, tarikh yang dimasukkan akan dianggap sebagai tarikh sebenar cek itu
dikeluarkan – seksyen 12(b).
Cek lapuk atau cek yang lampau tempoh.
Suatu cek adalah lampau tempoh sekiranya berada dalam peredaran bagi jangka masa yang
panjang dan tidak munasabah – seksyen 36(3). Suatu jangka masa yang panjang dan tidak
munasabah akan bergantung atas fakta setiap kes, seseorang yang mengambil cek tidak boleh
menentukan bahawa cek itu tidak lampau tempoh dalam setiap kes. Walaubagaimanapun,
beban membuktikan suatu cek adalah lampau tempoh terletak pada pihak yang cuba mengelak
liabiliti padanya.
Suatu cek menjadi lapuk apabila cek itu berada dalam peredaran bagi jangka masa yang lama,
amnya selepas tamat tempoh enam bulan atau lebih daripada tarikhnya. Lazimnya, bank tidak
akan melayan cek sebegini. Tempoh bagi tujuan ini adalah berbeza mengikut perjanjian
terdahulu antara pelanggan dengan pihak bank.
JENIS-JENIS CEK
Cek yang mendahulukan tarikh dan cek lewat tarikh.
Suatu cek yang bertarikh kemungkinanannya cek yang mendahulukan tarikh, cek lewat tarikh
atau bertarikh hari Ahad – seksyen 13(2).
Cek adalah mendahulukan tarikh sekiranya terdapat tarikh yang lebih awal daripada tarikh
sebenar cek itu dikeluarkan iaitu cek yang bertarikh kebelakang.
Sebaliknya, cek itu adalah lewat tarikh sekiranya cek itu terdapat tarikh yang akan datang iaitu
tarikh yang kemudian dari tarikh cek itu dikeluarkan.
Walaupun cek lewat tarikh sebenarnya bukanlah suatu cek kerana cek itu tidak perlu dibayar
atas tuntutan, tetapi menurut seksyen 13(2) ia adalah sah dan pemegang cek lewat tarikh boleh
menjadi pemegang yang genap masa. Ia boleh dirundingkan antara tarikh sebenar dengan
tarikh yang ditunjukkan.
Pihak bank akan membayar cek lewat tarikh sekiranya diserah pada atau selepas tarikh cek itu
dikeluarka.
Pihak bank tidak dikehendaki membayarnya pada tarikh yang ditunjukkan tetapi sekiranya dia
telah membayarnya secara tidak sengaja sebelum tarikh genap masa, dia tidak boleh
mendebitkan akaun pelanggannya (penyuruh bayar). Pelanggan akan kehilangan wangbyang
telah dibayar sekiranya mereka menghentikan cek sebelum tarikh yang ditunjukkan atau
sekiranya pelanggan meninggal dunia sebelum tarikh tersebut atau tiada baki kredit yang dapat
menunaikannya pada tarikh itu.
CEK BERPALANG
CEK BERPALANG.
Suatu cek yang dipalangkan adalah bertujuan untuk mengurangkan
fraud dengan memberikan arahan bahawa bayaran hendaklah dibuat
hanya kepada atau melalui bank atau arahan yang lain sebagaimana
cara bayaran dilakukan.
Palang dibuat dengan melukiskan dua garisan selari di atas muka cek
itu.
Sebagai tambahan kepada garisan selari itu, perkataan boleh ditulis
di antara garisan itu.
Oleh yang demikian, seorang pencuri tidak berupaya untuk
memperoleh pembayaran daripada cek itu apabila dia
mengemukakkannya di kaunter jurubank penerima.
CEK BERPALANG
Pemalangan Am.
Mengikut seksyen 76(1) -ia adalah suatu pemalangan yang terdiri
daripada dua garisan selari yang dilukis melintang di atas muka cek
itu. Perkataan ‘dan Syarikat’ atau ‘ Tidak Boleh Niaga’ boleh ditulis di
antara garis-garis selari itu.
Sebagai tambahan, perkataan ‘Akaun Penerima’ juga boleh
diletakkan.
Oleh yang demikian, ia merupakan satu arahan kepada pihak bank
pemungut dalam menerima bayaran bagi akaun penerima sahaja.
Kesan daripada pemalangan am ini adalah pihak bank yang
membayar akan hanya membayar jumlah cek itu kepada pihak bank
pemungut. Ia tidak boleh dibayar secara tunai dikaunter sepertimana
cek tidak berpalang (cek terbuka).
CEK BERPALANG
Mengikut seksyen 76(2), pemalangan adalah khas apabila nama pihak bank ditulis di antara
garis selari itu atau ditulis melintang pada permukaan cek tanpa garis. Sebagai tambahan
perkataan ‘Tidak Boleh Niaga’ boleh diletakkan.
Kesan daripada ini adalah pihak bank pembayar hanya akan membayar amaun cek itu kepada
pihak bank pemungut yang dinamakan dalam pemalangan itu.
CEK BERPALANG
Pemalangan ‘Tidak Boleh Niaga’
Seksyen 76 membenarkan seseorang memalang suatu cek bagi menambahkan perkataan ‘Tidak
Boleh Niaga’.
Dengan ini, cek akan kehilangan sepenuhnya ciri perundingan, tetapi kekal boleh dipindah
milik.
cek boleh dipindah milik tetapi pihak yang mengambilnya (penerima pindah milik), tidak boleh
memperoleh sesuatu hak milik yang lebih baik daripada pihak yang memberinya pindah milik
(pemindah milik).
Tetapi, sekiranya hak milik pemindah milik adalah cacat, hak milik itu akan menjejaskan
penerima pindah milik walaupun dia tidak mengetahui mengenai kecacatan itu.
Contohnya, jika suatu cek yang telah dipalang ‘ Tidak Boleh Niaga’ telah dicuri, pihak yang
mengambilnya daripada pencuri itu tidak boleh menyimpannya bagi pemilik sebenar cek itu
kerana hak miliknya kepada cek itu bergantung kepada pemindah milik dan dalam kes ini,
pemindah milik tiada hak milik ke atasnya sama sekali. Kecacatan telah dipindah milik
kepadanya.
Contoh kes : Wilson and Meeson lwn. Pickering (1946) KB 422.
Dalam kes ini, W telah mengeluarkan cek kosong yang berpalang ‘Tidak Boleh
CEK BERPALANG
Pemalangan ‘Akaun Penerima Sahaja’
Ia adalah sebagai tambahan kepada pemalangan yang
ditentukan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan peluang berlakunya
fraud kerana perkataan ini adalah sebagai notis kepada pihak bank
pemungut bahawa hanya akaun penerima wang sahaja yang akan
dikreditkan.
Pihak bank pemungut prima facie bersalah disebabkan kecuaian dan
bertanggungjawab kepada pemilik sebenar bagi amaun cek itu, sekiranya dia
tidak menghiraukan palang itu.
CEK BERPALANG
Contoh kes : Woodland Development Sdn. Bhd. lwn. Chartered Bank; PJTV
Densen (M) Sdn. Bhd. (pihak ketiga) (1986) 1 MLJ 84.
Dalam kes ini. Syarikat plaintif adalah penerima kedua-dua cek ‘Akaun
Penerima Sahaja’. Pengarah syarikat itu telah memberikan kedua-dua cek
itu kepada dua pengarah yang lain bagi tujuan membuka akaun dengan
nama plaintif di bank itu. Ketiga-tiga pengarah syarikat plaintif adalah juga
pengarah kepada Densen (M) Sdn. Bhd (pihak ketiga). Pihak ketiga
mempunyai akaun dengan bank defendan. Kedua-dua pengarah yang
menerima cek itu memujuk pengurus bank defendan memungut amaun bagi
pihak ketiga dan tidak membuka akaun dengan nama syarikat
plaintif. Syarikat plaintif mengambil tindakan terhadap bank defendan dan
pihak ketiga bagi penukaran dan wang yang ada dan diterima bagi kegunaan
mereka. Mahkamah memutuskan bahawa bank defendan adalah
bertanggungjawab kerana kecuaian dalam mengumpulkan kedua-dua cek
“Akaun Penerima” bagi pihak ketiga yang bukan penerima yang dinamakan
pada cek tersebut.
PINDAAN PADA CEK.
Seksyen 64(1) – jika tanpa kuasa penyuruh bayar, maka penyuruh bayar akan
terlepas dari liabiliti.
Seksyen 64(2) – pindaan material pada tarikh, amaun, nama penerima, apa-
apa palang atau apa-apa pertukaran hingga mengubah kesan perniagaan
cek itu.
21
London Joint Stock Bank v Mac Millan &
Arthur [1918] AC 777
A partner in a firm drew a cheque for $2 payable to the
bearer. The sum was stated in figures but not in words. A
clerk of the firm misappropriated the cheque and altered the
figures to read $120 and wrote in the appropriate words
before cashing the cheque at the bank The House of Lords
held that the bank could debit the firm’s account with the
$120. The partner had neglected to take all precautions. By
leaving blank the space where the amount should have been
stated in words and also by leaving blank spaces on either
side of the figure 2 there was a clear breach of duty which
the customer owed to the banker
22
Barbour Ltd v Ho Hong Bank Ltd [1929] SSLR
116
Manager of R drew cheque for $2520 but the
words ‘two’ was written in such a away that it
could be changed to twelve’. In filling in the
figures he left a space between the $ sign and the
figure 2 so that an additional figure can be
inserted i.e. thereby changing the sum of $2529
into $12520. Thus the bank paid out the sum of
$12520 instead of $2520. The Court of Appeal
ruled that the Manager was negligent in drawing
the cheque. The R had to bear the loss.
TANDATANGAN PALSU.
Ia adalah suatu tandatangan yang salah atau diubah, misalnya di mana A
menandatangani nama pihak yang lain di atas cek atau di mana A mengubah
tandatangan B kepada pihak yang lain.
Tandatangan tanpa kebenaran adalah di mana seseorang menandatangani
suatu bil tanpa mendapat kuasa untuk melakukannya, contohnya ialah
apabila seorang kerani menandatangani suatu cek bagi pihak syarikatnya
tanpa mendapat kuasa untuk melakukannya.
TANDATANGAN PALSU.
Kesan Tandatangan Palsu.
Tandatangan palsu yang tidak dibenarkan adalah tidak sah dan seseorang
yang mengambil bil itu tidak mempunyai hak milik atas bil itu, atau hak bagi
mendakwa baginya walaupun dia tidak mengetahui bahawa tandatangan itu
adalah palsu.
Walaubagaimanapun, dia boleh mendakwa terhadap pihak yang
mengesahkan bil itu selepas tandatangan dipalsukan atau dibuat tanpa
kebenaran.
Penamatan autoriti seorang pengurus bank untuk membuat pembayaran.
Walaupun telah menjadi tugas pengurus bank untuk melayan cek-cek
pelanggannya hingga kejumlah baki kreditnya atau mana-mana overdraft
yang telah dipersetujuinya, tetapi autoriti ini boleh ditamatkan
PENAMATAN PEMBAYARAN:
5 keadaan di mana seorang pengurus bank mempunyai kuasa untuk
menamatkan sesuatu pembayaran ialah :
Adanya perintah membatalkan pembayaran.
Adanya notis berkaitan dengan kematian pelanggan.
Adanya notis bahawa pelanggan hilang akal.
Adanya perintah dari mahkamah.
Pelanggan telah menutup akaunnya.