Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Nota lengkap dirgahayu bahasaku

2,026 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Nota lengkap dirgahayu bahasaku

  1. 1. 1 TAJUK HALAMAN PUISI TRADISIONAL 1. PANTUN ENAM KERAT 2 2. PANTUN LAPAN KERAT 3 3. SYAIR MAKNA RIAK 4 4. SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI 5 5. GURINDAM TONGGAK DUA BELAS 6 6. SELOKA SI LUNCAI 8 PUISI MODEN (SAJAK) 1. DIRGAHAYU BAHASAKU 9 2. KECEK 10 3. BANGKITLAH 12 4. PASAR PERASAAN 13 5. DI BAWAH LANGIT YANG SAMA 14 6. ARKITEK KOTA 16 PROSA TRADISONAL 1. HIKAYAT LANGLANG BUANA 18 2. HIKAYAT SIAK 19 3. DUA GELIGA HIKMAT 21 4. HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN 23 CERPEN 1. PAHLAWAN BUNTUNG 26 2. PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG 28 3. IDOLA 31 4. PENANGGUNGAN 34 5. HUTAN RIMBA 37 6. TANGGAR AMANAT 41 DRAMA 1. TIANG CENGAL DINDING SAYUNG 43 2. 1400 47 3. DATO’ ONN 50
  2. 2. 2 Puisi Tradisional Pantun Enam Kerat MAKSUD: Rangkap 1 Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam. Rangkap 2 Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita. Rangkap 3 Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi. TEMA Kekecewaan dalam hidup. PERSOALAN 1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1) 2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2) 3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3) BENTUK 1. Mempunyai 3 rangkap 2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap 3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1) Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3) 4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata. 5. Rima abcabc 6. Bentuk pantun terikat. GAYA BAHASA 1. Unsur bunyi Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’ Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’ 2. Peribahasa Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6) Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6) 3. Sinkope Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5) 4. Repitisi Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5) 5. Unsur alam Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh, NILAI 1. Nilai keredaan.Contohnya reda dengan suratan takdir. 2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri. PENGAJARAN 1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa. 2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir. 3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita. ____________________________________________________________________________________
  3. 3. 3 Pantun Lapan Kerat MAKSUD Rangkap 1 Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan. Rangkap 2 Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah. Rangkap 3 Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan. TEMA Keagamaan PERSOALAN 1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1) 2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2) 3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3) BENTUK 1. Mempunyai 3 rangkap. 2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap. 3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan. Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2) Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1) Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1) 4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata. 5. Rima akhir abcdabcd 6. Bentuk pantun terikat. GAYA BAHASA 1. Unsur bunyi Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6) Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5) 2. Sinkof Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5) 3. Kata ganda Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2) Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4) Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5) Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1) 4. Unsur alam Tumbuhan – kubis, papaya Haiwan – ikan , ketam, lelabi Alam – hutan, langit, bumi NILAI 1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis. 2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita. 3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. 2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin. 3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.
  4. 4. 4 Syair Makna Riak MAKSUD: Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik. Rangkap 2: Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 3: Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura. Rangkap 4: Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk. Rangkap 5: Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu. Rangkap 6: Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih. Rangkap 7: Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua. Rangkap 8: Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak. TEMA Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak. PERSOALAN 1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan. 2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri. 3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri 4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan tidak diterima oleh Allah. BENTUK 1. Rima akhir aaaa. 2. Syair ini mengandungi lapan rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris. 5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris. GAYA BAHASA 1. Diksi (Bahasa Arab) - Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya. 2. Simile - Contoh: Terkadang jazbah seperti gila. 3. Asonansi - Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ’a’) 4. Aliterasi – Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan ‘t)
  5. 5. 5 5. Inversi Contoh – akan dunia tidak peduli. NILAI 1. Nilai kesyukuran Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki. 2. Nilai kesederhanaan Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk. PENGAJARAN 1. Kita janganlah bersifat riak. 2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita. 3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar. 4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. 5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik. _______________________________________________________________________________ Syair Pemberontakan Patani MAKSUD Rangkap 1: Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji- panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman. Rangkap 2: Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan. Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara. Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda. Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara. Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah. Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban. Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya. Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata. Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora. TEMA Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja. PERSOALAN
  6. 6. 6 1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin. 2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah. 3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. 4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita. BENTUK 1. Rima akhir aaaa 2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris. 5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris. GAYA BAHASA 1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik) Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya. 2. Asonansi Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’) 3. Aliterasi Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’) 4. Kata ganda Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera. NILAI 1. Nilai kesetiaan - Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara 2. Nilai amanah - Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara. 3. Nilai cinta akan negara - Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan. 2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara. 3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri. 4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara. 5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. ___________________________________________________________________________________ Gurindam Tonggak Dua Belas MAKSUD Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih. Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira. Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana. Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.
  7. 7. 7 Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif. TEMA Nilai-nilai murni dalam kehidupan Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang. PERSOALAN 1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1) 2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2) 3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7) 4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10) 5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12) BENTUK 1. Mempunyai 12 rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris Contohnya : Hendak pandai menghargai masa Jangan dinanti esok lusa 3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif: 4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata Peribadi unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan . Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan. Pemimpin yang baik menjadi ikutan. Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi. Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi. Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
  8. 8. 8 Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris 5. Rima akhir aa ,Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif GAYA BAHASA 1. Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1) 2. Unsur Bunyi Asonansi – pengulangan vokal a Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1) Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1) 3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2) NILAI 1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja. 2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab. 3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.: 4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana 2. Kita hendaklah menghargai masa 3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik 4. Kita janganlah suka membazir. 5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan _______________________________________________________________________________ Seloka Si Luncai MAKSUD Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki. TEMA Sikap negatif menyebabkan kerugian PERSOALAN 1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian 2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. 3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada. BENTUK 1. Mempunyai satu rangkap sahaja. 2. Mempunyai 12 baris. 3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris. Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11) Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10) Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1) GAYA BAHASA 1. Anafora - Contoh: Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilataih 2. Repitisi - Contoh: Biarkan...biarkan 3. Unsur bunyi Contoh: Asonansi – Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal ‘a’) Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan ‘n’) NILAI
  9. 9. 9 1. Nilai bertanggungjawab. Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 2. Nilai kebijaksanaan Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya. 2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal. 3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu. _____________________________________________________________________________________________ PUISI MODEN (SAJAK) Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju) MAKSUD: Rangkap 1 Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah. Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim. Rangkap 3 Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada. Rangkap 4 Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar. Rangkap 5 Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan. TEMA Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak. PERSOALAN 1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini. 2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu. 3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri. 4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting. BENTUK 1. Bebas 2. Terdapat 5 rangkap 3. Rima akhir baris-baris ayat  Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
  10. 10. 10  Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab  Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc  Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb  Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa NADA Patriotik GAYA BAHASA 1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya :setia dan amanah 2. Diksi – mudah difahami dan puitis - Contohnya; warga yang berbudi 3. Aliterasi – perulangan konsonan’m’ - Contohnya : hak bangsaku memilikimu 4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ - Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan 5. Sinkope . - Contohnya: mu, ku, tak 6. Metafora - Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu 7. Perlambangan - Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau 8. PersonifikasI - Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh. 9. Anafora - Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu 10. Epifora - Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu NILAI 1. Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi. 2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan. 3. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu dipertahankan. 4. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya sendiri. 5. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu.. 6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa. 2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu . 3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu. 4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia. ____________________________________________________________________________________ Kecek (Abdullah Awang) MAKSUD Rangkap 1 Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan. Rangkap 2 Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Rangkap 3 Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.
  11. 11. 11 Rangkap 4 Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan. TEMA Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah. PERSOALAN 1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi. 2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah. 3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah BENTUK 1. Bentuk bebas 2. Jumlah rangkap - 4 rangkap - Rangkap 1 - 8 baris ayat - Rangkap 2 - 11 baris ayat - Rangkap 3 - 12 baris ayat - Rangkap 4 - 5 baris ayat 3. Rima akhir setiap rangkap - Rangkap 1 – abbcddba - Rangkap 2 – abcdccedccb - Rangkap 3 – abcccdebcfgc - Rangkap 4 – abcb NADA Sinis. GAYA BAHASA 1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya ; di kampung 2. Diksi – mudah difahami - Contohnya: seorang nelayan 3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ - Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya 4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ - Contohnya :di dalam pagar sengsara 5. Perulangan perkataan ’di’ - Contohnya :di sebuah, di pantai 6. Metafora Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan 7. Perlambangan - Contohnya ; akaun, musim berlumut. NILAI 1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah. 2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal. 3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki. 4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan kurang berada. 5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas. 2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal. 3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
  12. 12. 12 __________________________________________________________________________________ Bangkitlah (Rejab F.I) MAKSUD: Rangkap 1 Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju. Rangkap 2 Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka. Rangkap 3 Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan. Rangkap 4 Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkin terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata. Rangkap 5 Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan. TEMA Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar tidak menyesal. PERSOALAN 1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu disedari dan diikuti oleh anak- anak. 2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun. 3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal ini perlu disedari oleh semua orang. 4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka. BENTUK 1. Bebas 2. Terdapat 5 rangkap 3. Rima akhir baris-baris ayat  Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.  Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc  Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd  Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde  Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd NADA Patriotik GAYA BAHASA 1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : bangkitlah 2. Diksi – mudah difahami dan puitis - Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
  13. 13. 13 3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ - Contohnya : burung-burung berterbangan di udara 4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ - Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena 5. Sinkope - Contohnya; kau 6. Perlambangan - Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara 7. Personifikasi - Contohnya : burung-burung belum menjamah awan. NILAI 1. Nilai kegigihan. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan.. 2. Nilai kerjasama . Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada. 3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri. PENGAJARAN 1. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka. 2. Kita perlulah merebut peluang yang ada. 3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju. 4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit kemiskinan. __________________________________________________________________________________ Pasar Perasaan (T. Alias Taib) MAKSUD Rangkap 1 Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi. Rangkap 2 Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran. Rangkap 3 Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal. Rangkap 4 Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan. Rangkap 5 Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan. Rangkap 6 Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu. Rangkap 7 Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna. TEMA Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi. PERSOALAN 1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.
  14. 14. 14 2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan. 3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis. 4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan. BENTUK 1. Bebas 2. Terdapat 7 rangkap 3. Rima akhir baris-baris ayat  Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb  Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abcd  Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcd  Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc  Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc  Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb  Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab NADA Sinis GAYA BAHASA 1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya ; ini pasar perasaan 2. Diksi – mudah difahami dan puitis - Contohnya :bagai ranting kering 3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ - Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli 4. Asonansi – perulangan vokal ’i’ - Contohnya : kususuri sungai sibuk ini 5. Personifikasi - Contohnya : ini pasar tidak berakal 6. Metafora - Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia 7. Simile - Contohnya : bagai kayu buruk. 8. Epifora - Contohnya ; kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini NILAI 1. Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat. 2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran 3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat 4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup.. 5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan.. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat. 2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta 3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri. __________________________________________________________________________________ Di Bawah Langit Yang Sama (Lim Swee Tin) MAKSUD: Rangkap 1 Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama. Rangkap 2 Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia. Rangkap 3 Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.
  15. 15. 15 Rangkap 4 Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam . TEMA Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni. PERSOALAN 1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri. 2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni. 3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia dipisahkan oleh faktor geografi. 4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan. BENTUK 1. Bebas 2. Terdapat 4 rangkap dalam sajak ini. 3. Rima akhir baris-baris ayat  Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.  Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca  Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb  Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb NADA Sinis GAYA BAHASA 1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : Di bawah langitnya 2. Diksi – mudah difahami dan puitis - Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London. 3. Kata pinjaman bahasa Inggeris - Contohnya :i visa, pasport, 4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ - Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna 5. Asonansi – perulangan vokal ’i’ - Contohnya : berkongsi siang miliki malam 6. Sinkope - Contohnya : mu, ku 7. Perulangan - Contohnya Di bawah langit ini. 8. Kata ganda - Contohnya : pohon-pohon, peta-peta NILAI 1. Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai. 2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian. 3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat. 4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu. PENGAJARAN 1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada. 2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat. 4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya. 5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.
  16. 16. 16 Arkitek Kota (SN Muhammad Hj Salleh) MAKSUD Rangkap 1 Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan. Rangkap 2 Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut. Rangkap 3 Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona. Rangkap 4 Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas. TEMA Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota. PERSOALAN 1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami. 2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut. 3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga. 4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas. BENTUK 1. Bentuk bebas 2. Jumlah rangkap - 4 rangkap - Rangkap 1 - 7 baris ayat - Rangkap 2 - 6 baris ayat - Rangkap 3 - 5 baris ayat - Rangkap 4 - 2 baris ayat 3. Rima akhir setiap rangkap - Rangkap 1 – abacdea - Rangkap 2 – aabcdd - Rangkap 3 – abcad - Rangkap 4 – ab NADA Sinis GAYA BAHASA 1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : perasaan musim 2. Diksi – mudah difahami - Contohnya : pemerhati tasik 3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’ - Contohnya : perenung di perpustakaan 4. Asonansi – perulangan vokal ’i’ - Contohnya : fiil langit dan sabar bumi 5. Kata ganda - Contohnya : berbagai-bagai 6. Metafora - Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim 7. Perlambangan - Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar
  17. 17. 17 NILAI 1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi. 2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota. 3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. . 4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan. 5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan. 2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara.. 3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan. 4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota.. 5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.
  18. 18. 18 PROSA TRADISIONAL Hikayat Langlang Buana SINOPSIS Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat. TEMA Percintaan anak raja Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya. PERSOALAN 1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum . 2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. WATAK DAN PERWATAKAN WATAK PERWATAKAN Raja Indera Bumaya Anak raja dari Negeri Lela Gambar Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih. Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya . Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi Puteri Raja Bahrum Dewa Periang. Tuan puteri suka bergurau senda. Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan
  19. 19. 19 Sangat mencintai kekasihnya. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati. Raja Bahrum Dewa Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama- sama puterinya. Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya. Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda. LATAR Latar Masa  Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.  Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir Latar Tempat  Kolam tempat Tuan Puteri mandi  Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.  Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya. Latar Masyarakat  Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.  Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.  Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya. NILAI NILAI PERISTIWA Nilai keberanian Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa. Nilai Kasih sayang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya. Nilai bekerjasama Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya. Nilai kebijaksanaan Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Nilai ketaatan Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri . 2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya. 3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri. __________________________________________________________________________________ Hikayat Siak SINOPSIS Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang
  20. 20. 20 sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayahandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan “daulat”. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. TEMA Pengembaraan anak raja. Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor. PERSOALAN 1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan. 2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya. WATAK DAN PERWATAKAN 1. Yang Dipertuan Raja Kecik.  Keturunan Raja Johor  Nama asalnya Tuan Bujang.  Berkahwin dengan Tengku Kamariah  Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.  Berani Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.  Gigih Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang. LATAR Latar Masyarakat 1. Golongan masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
  21. 21. 21 2. Golongan masyarakat istana. Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana . Latar Masa 1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak. Latar Tempat 1. Rawas Contoh: Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. 2. Siak Contoh:Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk. 3. Johor Contoh:Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. GAYA BAHASA 1. Penggunaan bahasa Arab - Contoh: Allah Ta’ala, 2. Penggunaan bahasa istana - Contoh: Patik, baginda,hulubalang, titah 3. Penggunaan kata ganda - Contoh: Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing NILAI 1. Nilai kegigihan Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang. 2. Nilai keberanian Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah. 3. Nilai ketaatan Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan raja. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. 2. Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal. 3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua. _________________________________________________________________________________ Hikayat Inderaputera SINOPSIS Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat- mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri
  22. 22. 22 Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. TEMA Pengembaraan seorang anak raja Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat. PERSOALAN 1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri. 2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut. 3. Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera. WATAK DAN PERWATAKAN Watak utama Inderaputera  Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa  Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi  Paras rupa yang menarik  Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.  Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.  Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera. Watak sampingan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran  Ayahandanya Maharaja Syah Tokan  Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa  Rupa paras yang amat cantik  Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada seperti yang dijanjikannya LATAR Latar Tempat Tasik - tempat peri tinggal. Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada Inderaputera untuk beradu Latar Masa Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ketujuh. Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju antakesuma dan pakaian yang sangat cantik. Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
  23. 23. 23 Latar masyarakat 1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 2. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya. NILAI 1. Nilai keberanian Contoh:  Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat. 2. Nilai kebijaksanaan Contoh:  Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya. 3. Nilai menepati janji Contoh:  Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut. 2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan Puteri. 3. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala Nehran telah mengembalikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya. ______________________________________________________________________________ Hikayat Upu Daeng Menambun SINOPSIS Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju. Bab IV Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima. Bab V Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman
  24. 24. 24 mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan. Bab VI Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka. Bab VII Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. Bab VIII Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah. Bab IX Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak. TEMA Kepahlawanan Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu. PERSOALAN 1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan 2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat. 3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.
  25. 25. 25 WATAK DAN PERWATAKAN 1. Upu Daeng Menambun  anak raja  mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak.  berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau  dilantik menjadi raja di Mempawah 2. Daeng Perani  saudara yang tertua antara lima bersaudara  beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan  mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah 3. Daeng Kemasi  beristerikan anak Raja Mempawah  dilantik menjadi raja di Sambas 4. Daeng Chelak  dilantik menjadi raja di Riau  berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman 5. Daeng Merewah  menjadi Yang Amtuan Muda di Riau  berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung LATAR Latar Masyarakat 1. Masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja . 2. Masyarakat Istana Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja. Latar Tempat 1. Riau Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak. 2. Siak Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak. 3. Negeri Matan Contoh : Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun. Latar Masa 1. Tujuh hari tujuh malam Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun. 2. Hari Jumaat Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar. GAYA BAHASA 1. Bahasa istana Contoh: sultan, ayahanda, patih,paduka.dayang-dayang 2. Bahasa pinjaman bahasa Arab Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Ta’ala, tulisan jawi, Rahmatullah Ta’ala 3. Kata ganda Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul
  26. 26. 26 NILAI 1. Nilai keberanian Contoh:Upu Daeng berlima berani menentang musuh. 2. Nilai tolong-menolong Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. 3. Nilai menepati janji Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta. 4. Nilai bekerjasama Contoh: Upu Daeng lima berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatau masalah. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh. 2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun. 3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. 4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu daeng berlima kerana membantu mendapatkan taktha. _______________________________________________________________________________ CERPEN Pahlawan Buntung (S. Othman Kelantan) SINOPSIS Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat. TEMA Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian. PERSOALAN 1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup. 2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh. 3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan. 4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa. 5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup. 6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas PLOT Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu; (i) Permulaan Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal. (ii) Perkembangan Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun. (iii) Konflik Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takut yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
  27. 27. 27 (iv) Klimaks Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung. (v) Peleraian Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin. TEKNIK PLOT 1. Pemerian ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah- merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak… 2. Dialog “Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.” “Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku. 3. Suspens Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung… 4. Imbas kembali …usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya… LATAR Latar Masa  30 tahun lalu (situasi perang)  Tahun 1941 – 1973  Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan  Semasa zaman penjajahan Jepun Latar Tempat  Kampung Pulau Pak Amat  Kampung Tok Lukup  Sungai Gali  Kampung Dal  Jalan Bayam Latar Masyarakat  Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat  Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan  Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga  Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Pak Hussain  Berusia 60 tahun  Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)  Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)  Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.  Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
  28. 28. 28  Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong. Watak Sampingan 1. Khalid (aku)  Anak Pak Hasan  Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong 2. Fatimah  Ibu Khalid  Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka. GAYA BAHASA 1. Kata ganda - Contoh: berjabu-jabu 2. Metafora - Contoh : gebar kebingungan 3. Hiperbola - Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa 4. Personifikasi - Contoh : ombak pagi yang malas NILAI 1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun 2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun. 3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah. 4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri. 2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah. 3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga. 4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas. _____________________________________________________________________________________________ Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed) SINOPSIS Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia. TEMA Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut) PERSOALAN 1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
  29. 29. 29 3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat. 4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut. PLOT Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa. (ii) Perkembangan Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang. (iii) Konflik Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan. (iv) Peleraian Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya. TEKNIK PLOT 1. Pemerian Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik… 2. Monolog “Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah. 3. Dialog “Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya. “Siew Lan.” Jawabnya lambat. 4. Imbas kembali ..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu… WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama 1. Mak Timah  Perempuan tua  Selalu sakit-sakit  Ibu angkat Pungut  Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.  Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
  30. 30. 30 Watak Sampingan 2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong  Berusia 24 tahun.  Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.  Anak angkat Mak Timah.  Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu). 3. Bibik  Nenek Pungut.  Berbangsa Cina peranakan.  Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial. LATAR Latar Masa 1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan 2. 24 tahun selepas Pungut dewasa Latar Tempat 1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah 2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah. 2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan. 3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya GAYA BAHASA 1. Kata ganda - Contoh: digeleng-gelengkan 2. Bahasa pasar - Contoh: sueh, loktang 3. Sinkope - Contoh: nak, kau 4. Personifikasi - Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung NILAI 1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut. 2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas. 3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut. 4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik. 5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka. PENGAJARAN 1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. 2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
  31. 31. 31 3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut. 4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. 5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat. _____________________________________________________________________________________________ Cerpen Idola ( Zaen Kasturi) SINOPSIS Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri. TEMA Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar. PERSOALAN 1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil . 2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero. 3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. 4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya. PLOT Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam. (ii) Perkembangan Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja. (iii) Konflik
  32. 32. 32 Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero. (iv) Klimaks Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri. (v) Peleraian Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya. TEKNIK PLOT 1. Pemerian Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu… 2. Monolog “aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak. 3. Dialog “Err… tidak,” “Bercakap benarlah saudara.” Err… ya…ya…” 4 Suspens Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Si Penjaga Panggung  Bekerja sebagai penjaga panggung.  Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.  Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero. Watak Sampingan 1. Si Hero  Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.
  33. 33. 33  Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)  Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung. 2. Isteri Penjaga Panggung  Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.  Mempunyai 10 orang anak. LATAR Latar Masa 1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja. 2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam. Latar Tempat 1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung. 2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas. 2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung. 3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan. 4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero. GAYA BAHASA 1. Kata ganda - Contoh: putera-puteri 2. Metafora - Contoh: kawah lupa diri 3. Simpulan Bahasa - Contoh: merendah diri 4. Hiperbola - Contoh: suaranya bak halilintar 5. Personifikasi - Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku 6. Falsafah - Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak NILAI 1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya. 2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil. 3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.
  34. 34. 34 2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero. 3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah. Penanggungan (Wijaya Mala) SINOPSIS Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah. TEMA Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya. PERSOALAN 1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami. 2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.. 3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami . 4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati. PLOT Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta. (ii) Perkembangan Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
  35. 35. 35 (iii) Konflik Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka. (iv) Klimaks Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu. (v) Peleraian Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah.. TEKNIK PLOT 1. Imbas kembali Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. … 2. Suspens “Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Kapten Mamat  Bekerja sebagai kapten kapal.  Seorang pesara.  Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..  Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan. Watak Sampingan 1. Masnah  Janda Baharum.  Mempunyai dua orang anak.  Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.  Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini. 2. Isteri Kapten Mamat
  36. 36. 36  Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.  Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah. 3. Bahar  Anak Baharum  Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap LATAR Latar Masa 1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya. Latar Tempat 1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin. 2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung. 3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum. 2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan. 3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung... 4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat. GAYA BAHASA 1. Kata ganda . Contoh: :tulang-tulang. 2. Simpulan bahasa - Contoh : tulang belakang, mengikat perut. 3. Penggulangan kata - Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu. 4. Personifikasi - Contoh : badannya dihembus angin. 5. Simile - Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam NILAI 1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya. 2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya. 3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
  37. 37. 37 2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya. 3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora. Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira) SINOPSIS Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya. TEMA Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang.. TEMA 1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna. 2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah, 3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing. 4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara. PLOT Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata. (ii) Perkembangan Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak- anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun
  38. 38. 38 perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu. (iii) Konflik Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi. (iv) Klimaks Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan. (v) Peleraian Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Pak Tua  Pemandu jentolak jenama Caterpillar.  Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.  Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.  Bangga dengan kejayaan anak-anak. Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.  Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.  Kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan. Watak Sampingan 1. Mak Tua  Isteri Pak Tua.  Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..  Pandai memasak. Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
  39. 39. 39  Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka. 2. Ajam  Anak sulung Pak Tua  Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..  Pakar dalam dunia perniagaan.  Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..  Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan 3. Bakar  Anak kedua Pak Tua.  Berkelulusan Sarjana Pertanian.  Pengurus ladang estet kelapa sawit. 4. Melati  Anak ketiga Pak Tua.  Pensyarah IPT. 5. Budi  Anak bongsu Pak Tua.  Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan. LATAR Latar Masa 1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak. 2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan. Latar Tempat 1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua 2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan 3. Sungai Kinabatangan, Sabah Latar Masyarakat 1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya. 2. Masyarakat beriman, Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid. 3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi. 4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan. TEKNIK PENCERITAAN 1. Pemerian Contoh :
  40. 40. 40 Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri… 2. Dialog Contoh: “Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum. “Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”… 3. Imbas Kembali Contoh: Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori… 4. Suspens Contoh: “Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam… GAYA BAHASA 1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon 2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau 3. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan… 4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana 5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah… 6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran… NILAI 1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing.. 2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. 4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.. 2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan. 3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.
  41. 41. 41 4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi. Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim) SINOPSIS Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia. TEMA Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah. PERSOALAN 1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat. 2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat. 3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri. 4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. PLOT Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda bencana. (ii) Perkembangan Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri (iii) Konflik
  42. 42. 42 Konflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu (iv) Klimaks Hawa mula sedar bahawa keselamatan janinnya lebih penting berbanding kepentingan mempertahankan perusahaan di Yellowstone. (v) Peleraian Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali. TEKNIK PLOT 1. Pemerian Contohnya : ..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik ke kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak, tetapi dia… 2. Suspens Contohnya ; Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava. Kalimah Lailahaillallah terdengar… WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama 1. Hawa  Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah  Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.  Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.  Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.  Isteri kepada Adam Watak sampingan 1. Adam  Suami Hawa  Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.  Mempunyai sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia.. 2. Janin  Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.  Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.  Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.  Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam. LATAR Latar Masa 1. Lapan tahun menunggu zuriat.

×