Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk

516 views

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
516
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk

  1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHBAHASA MALAYSIASEKOLAH KEBANGSAANTAHUN SATU2010DRAF
  2. 2. SEKOLAH KEBANGSAANKURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAHKSSRTAHUN SATUBAHASA MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIADRAF
  3. 3. KANDUNGAN Muka SuratRUKUN NEGARA iiFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iiiKATA PENGANTARPENDAHULUAN 1TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2MATLAMAT 3OBJEKTIF 3FOKUS 4SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA 4Standard Kurikulum 4Kemahiran Bahasa 4Aspek Seni Bahasa 5Aspek Tatabahasa 5Pengisian Kurikulum 7Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 10Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 14Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca 17Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 20Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 23Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 25
  4. 4. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAFiiRUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akandapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kayadan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebutberdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  5. 5. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAFiiiFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat, dan negara.
  6. 6. 1PENDAHULUANDunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangatdinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan ini jugamenuntut perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan itu,Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemakdan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum.Selaras dengan perubahan tersebut, kurikulum BahasaMalaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikandalam penggubalannya hingga terhasil Standard KurikulumBahasa Malaysia. Standard yang diketengahkan inimengandungi Standard Kandungan dan StandardPembelajaran. Standard Kurikulum ini merupakan pernyataanyang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yangmesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan.Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia berpaksikanRukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Standard ini menjujung perananbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,bahasa perpaduan negara, bahasa ilmu dan bahasa pengantardi sekolah. Standard ini turut menitikberatkanpenggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dannilai murni. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bolehdijadikan pemangkin untuk memahami akal budi, pemikiran dansosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cintaakan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satuwawasan demi memartabatkan bahasa Melayu.Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkanprinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard inimengetengahkan pendekatan berbentuk modular danpembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi muriduntuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya,membolehkan murid memperkembangkan keupayaan danpenguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasimenggunakan bahasa Melayu secara berkesan danbertatasusila dalam semua urusan.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaanmengambil kira pendekatan pengajaran bahasa Malaysiasebagai bahasa pertama. Kepelbagaian pengajaran danpembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalamkalangan murid turut diberi penekanan. Selain itu, aktivitikokurikulum di luar bilik darjah turut dijadikan landasan bagimembina keyakinan diri, mengetengahkan bakat, memupuksifat kepemimpinan, dan ketokohan murid dalam pelbagaibidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya memantapkanpenguasaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaanStandard Kurikulum Bahasa Malaysia.
  7. 7. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF2TUNJANG KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAHStandard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enamtunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal danEstetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebutmerupakan domain utama yang menyokong antara satu samalain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif daninovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insanyang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan sepertiyang terdapat dalam Rajah 1.Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang
  8. 8. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF3MATLAMATStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubaluntuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasadan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilaidan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.OBJEKTIFMurid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran StandardKurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaanuntuk:i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arahbunyi persekitaran dengan teliti dan betul;ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaituabjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;iii. mendengar, memahami dan memberikan responsberdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan denganbetul;iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentangsesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formaldengan betul secara bertatasusila;v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semulaperkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelasdan intonasi yang betul;vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatuperkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secarabertatasusila;vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatuperkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;viii membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secaramekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayatdaripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yangjelas dan intonasi yang betul;x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dantersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi responsdengan betul;xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumatyang terdapat dalam pelbagai bahan.xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkayakosa kata dan maklumat untuk memupuk minatmembaca;xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat denganbetul;xvi. menulis imlak dengan tepat.xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumattentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasayang santun;xiii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genredengan betul;xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperolehdaripada pelbagai sumber;xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalampertuturan, pembacaan dan penulisan; danxxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikappositif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melaluiaktiviti berbahasa.
  9. 9. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF4FOKUSPada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah,murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkanpemahaman berbahasa dan menguasai bahasa sertaberkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat,idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran,hubungan sosial dan kehidupan harian.SUSUNAN KANDUNGAN STANDARDKURIKULUM BAHASA MALAYSIAStandard KurikulumStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubaldengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan danStandard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapatdilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan StandardPembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan SistemBahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan StandardKandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasaioleh murid sekolah kebangsaan. Standard ini dipersembahkandalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian danunit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran sertanilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.Standard KandunganPernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dandapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempohpersekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai murni.Standard PembelajaranPernyataan tentang penetapan kriteria untukmemastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian muridbagi setiap standard kandungan.Kemahiran BahasaKemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiranbertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasabaku.Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merujuk keupayaan muridmendengar dengan teliti, memahami dan menghayatisecara lisan perkara yang didengar dalam pelbagaisituasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merujuk keupayaan muridberkomunikasi untuk menjalin hubungan danmenyampaikan maklumat, pendapat, perasaan sertaidea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasiyang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekananjuga diberikan pada penggunaan tatabahasa yangbetul.Kemahiran Membaca
  10. 10. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF5Kemahiran membaca merujuk keupayaan muridmembaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaranyang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspekpemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritisdengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Disamping itu, murid juga berupaya menghayati teks yangdibaca.Kemahiran MenulisKemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulisperkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenispenulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan danpengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perludiberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tandabaca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dankemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativitimereka untuk menghasilkan penulisan berunsurpengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiranbahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalampelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.Aspek Seni BahasaAspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami,mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melaluipembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Muridmemperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripadateknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasajuga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukanayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasandan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif.Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan danpenulisan.Aspek TatabahasaAspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakantatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yangdiajarkan secara terancang.Sistem BahasaSistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan,sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaansistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran BahasaMalaysia membolehkan murid menggunakan danmengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkaratersebut dinyatakan di bawah.TatabahasaKandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dansintaksis.MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajistruktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kataialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit bahasa yangbermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasasama ada bentuk tunggal atau hasil daripadaproses pengimbuhan, pemajmukan danpenggandaan. Golongan kata pula ialah prosesmenjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
  11. 11. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF6bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalamgolongan yang sama.a. Struktur kata merujuk pola suku kata bagi:i. kata asli bahasa Melayuii. kata pinjaman bahasa Melayub. Bentuk kata terdiri daripada:i. kata tunggalii. kata terbitaniii. kata gandaiv. kata majmukc. Proses pembentukan kata meliputi:i. pengimbuhanii. penggandaaniii. pemajmukanAntara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini,yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Olehitu, penekanan hendaklah diberikan pada aspekpenggunaan imbuhan yang betul dari segibentuk dan makna termasuk aspek baharudalam proses pengimbuhan.d. Golongan kata terdiri daripada:i. kata namaii. kata kerjaiii. kata adjektifiv. kata tugasSintaksisSintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajibentuk, struktur, dan binaan ayat. Hal ini bermakna,bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum ataurumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan ataukelompok perkataan untuk membentuk ayat.Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalahseperti yang berikut:a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa,klausa, dan aspek pembinaannya sertapembahagian subjek dan predikat.b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayatperintah, dan ayat seruanc. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasifd. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dansongsange. Binaan ayat;i. ayat dasarii. ayat tunggaliii. ayat terbitan atau ayat majmukf. Proses ayat terbitan:i. proses penggantianii. proses pengguguraniii. proses penyusunan semulaiv. proses peluasan.Tanda BacaTanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisanuntuk memastikan keselarasan dan juga makna yangtepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentiandalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul
  12. 12. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF7dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.Sistem EjaanPerkara yang diberikan penekanan ialah;i. Pola keselarasan huruf vokalii. Ejaan kata pinjamaniii. Ejaan kata dasar dan kata terbitanSebutan dan IntonasiSebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapatmenyebut perkataan dan ayat dengan betul sertamemahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankanialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagaiaspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapatmenyampaikan maksud dengan tepat.a. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebutsesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Malaysiayang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakansebutan bahasa Melayu baku.b. IntonasiIntonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklahdiajarkan mengikut pola yang berikut:i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat perintahiv. ayat seruanv. ayat terbalik atau songsangvi. ayat aktifvii. ayat pasifKosa kataKosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah.Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat dandiperkembangkan agar murid dapat mengungkapkanmaklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahanilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari diperingkat sekolah rendah.PeribahasaPeribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perludiajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah,keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yangberbilang kaum.Nota:Buku Tatabahasa Dewan edisi terkini ialah buku tatabahasa yang menjadisumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini ialah buku panduanejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.Pengisian KurikulumElemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiranbernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemenseperti yang berikut:
  13. 13. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF8IlmuIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin,contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi dapatdigunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dankemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-halsemasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalampengajaran dan pembelajaran.Nilai MurniPenyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysiabertujuan melahirkan insan yang berketerampilan danmemiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan danamalan murni dapat membentuk generasi muda yangberhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahamandan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakatMalaysia harus dipupuk secara langsung atau tidaklangsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.KewarganegaraanPenyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalampendidikan bahasa Malaysia mengutamakan pemupukansemangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu,pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkanwarganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasadan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadapnegara.Peraturan SosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam kurikulum Bahasa Malaysiamerangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa danperibahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakatMalaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkanfalsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.Kemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yangdiajarkan di dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikandalam kehidupan harian murid. Kemahiran bernilaitambah yang dimaksudkan ialah Kemahiran Berfikir,Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan,Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme,Pembelajaran Kontekstual, dan kreativiti dan inovasi.Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambahdinyatakan seperti yang berikut:Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid melaluipelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritisdan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur,membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir samaada dari segi mengkonsepsikan idea,menyelesaikan masalah, atau membuat keputusanadalah penting dalam kehidupan harian dan kerjayamurid pada masa depan.Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasiperlu diajarkan kepada murid supaya merekadapat menggunakan komputer untuk tujuankomunikasi seperti mengaplikasikan perisian,menghantar dan menerima e-mel, mengakses,memproses, menyebar dan berkongsi maklumatserta berinteraksi sosial melalui Internet untuk
  14. 14. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF9meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalamurusan kehidupan.Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepadamurid supaya mereka peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiranini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan,cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang seringberubah, dan berkeupayaan mengamalkanpembelajaran seumur hidup.Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaranuntuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadapsesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masalampau, masa kini, dan masa depan. Hal inibermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangkaakibat, serta menangani perubahan supaya merekamendapat manfaat yang maksimum.Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensikecerdasan, minat dan kecenderungan murid keranasetiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehanyang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumikecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik,kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonaldan naturalis.Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme dalam pendidikandapat melahirkan murid yang berkeupayaan untukmembina pemahaman dan pengetahuan baharumereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada.Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham,yakin, dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedahpembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran denganpengalaman harian individu, masyarakat, dan alampekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila muridberupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharusecara bermakna dan menghayati kerelevananpembelajaran dalam kehidupan mereka.Kreativiti dan InovasiKreativiti merujuk kepada kebolehan ataukemampuan individu untuk mencipta,menyelesaikan masalah, menggunakan dayaimaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan ideayang tulen, asli dan baharu bagi menghasilkansesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepadaproses menjana idea dan mengaplikasikan ideakreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovatifsaling berkait rapat bagi menghasilkan modal insanyang serba boleh dan berketerampilan. Dayakreativiti dan inovasi murid perlu dibangunkan ketahap yang optimum supaya mereka berdaya ciptadan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaanyang berkualiti dan seterusnya menjadi amalan dan
  15. 15. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF10budaya dalam kehidupan warga negara Malaysiapada masa hadapan.KeusahawananPenyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulumstandard sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciridan amalan keusahawanan sehingga menjadi satubudaya dalam kalangan murid melalui aktivitipengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen inibukan sahaja merupakan pendekatan membudayakankeusahawanan, malah melibatkan prosespembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawanseperti pemikiran keusahawanan, kemahiranpengurusan perniagaan, aplikasi vokasional danteknologi serta amalan nilai moral dan etikakeusahawanan.Strategi Pengajaran dan PembelajaranPendekatan Berpusatkan MuridStrategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaranBahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagimembolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiranbelajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapatmembina keyakinan berbahasa.Kepelbagaian TeknikProses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran BahasaMalaysia sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagaikaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedahpengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehanmurid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaranbergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahanbantu mengajar, serta teknologi yang dapat merangsang danmenggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi sertaberfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.Kepelbagaian Sumber BahanPenggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkandalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan,kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmuhendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaranserta untuk bacaan ekstensif.Penggunaan Sistem BahasaPengajaran dan pembelajaran mata pelajaran BahasaMalaysia sekolah rendah menekankan penggunaan sistembahasa yang tepat mengikut kemampuan murid. Bagimencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilihsistem bahasa yang hendak diajarkan berserta contohpenggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasayang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.Bacaan LuasBacaan luas memberikan peluang kepada murid menimbapengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagimeningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca.Bacaan luas boleh dijalankan dalam mata pelajaran BahasaMalaysia dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dansastera yang dipaparkan secara kreatif.
  16. 16. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF11Penekanan Konsep 5PStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysiamenekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan,pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras denganusaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah PendidikanKebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebutadalah seperti yang berikut:PenggabungjalinanPenggabungjalinan memainkan peranan penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara inijuga dapat mengelakkan kebosanan dalam prosespembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, samaada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaranatau kemahiran daripada mata pelajaran lain.PenyerapanDalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambahboleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagaiilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.PenilaianPenilaian dianggap sebagai sebahagian daripada prosespengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakansesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yangberguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektifpengajaran atau pembelajaran. Penilaian perlulahdijalankan secara berterusan dalam proses pengajarandan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusansegala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakansusulan dapat diambil terhadap seseorang murid samaada berbentuk pemulihan atau pengayaan.PengayaanProgram pengayaan perlu diberikan penekanan dalamKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) keranakeadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan,keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklahdiberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secarabersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahanbacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktivitiboleh diberikan kepada murid yang telah menguasaikemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan ataulebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.PemulihanProgram pemulihan disediakan untuk membantu muridmenguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasaidalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk programini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alatpermainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secaraberperingkat-peringkat daripada yang mudah kepadayang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikutkadar kemampuan murid menguasai sesuatukemahiran.Pengajaran dan Pembelajaran BertemaPengajaran dan pembelajaran mata pelajaran BahasaMalaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran danpembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajarantatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukandan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajarandan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini,
  17. 17. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF12perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagaibidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan,menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasidalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yangditekankan adalah seperti yang berikut:KekeluargaanTema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatukeluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluargakembangan. Tema ini diajarkan kepada murid-muridsekolah rendah agar menghargai setiap ahli keluarga.KemasyarakatanTema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulandalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkankeharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema inisesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapatmelahirkan masyarakat yang berakhlak mulia danbertanggungjawab.Kesihatan dan KebersihanTema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaandari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema inisesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agarmendapat pendedahan awal berkaitan penjagaankebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.KeselamatanTema keselamatan merujuk keupayaan muridmelindungi diri daripada bahaya ketika berada dipelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkankepada murid supaya dapat memberi kesedaran agarmengutamakan keselamatan.PerpaduanTema perpaduan merujuk kepentingan hubungan eratyang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalanganpenduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepadamurid dalam usaha memupuk semangat perpaduan.Kebudayaan, Kesenian dan EstetikaTema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumielemen-elemen budaya yang terdapat dalammasyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputiadat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepadamurid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayatioleh murid sebagai asas pembentukan jati diri wargaMalaysia.Jati diri, Patriotisme dan KewarganegaraanTema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraanmerujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadianinsan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosidan rohani serta mempunyai semangat juang dansanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuaidiajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat
  18. 18. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF13madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setiakepada negara.Sains, Teknologi dan InovasiTema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmupengetahuan yang teratur atau sistematik yang bolehdiuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkansesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepadamurid agar dapat melahirkan insan yang berupayamenjana idea untuk menghasilkan sesuatu yangberinovasi.Alam Sekitar dan Teknologi HijauTema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaanmurid menjaga dan mengurus alam sekitar untukkesejahteraan kehidupan manusia, haiwan sertatumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akandatang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta danprihatin akan alam sekitar dan teknologi hijau.PertanianTema pertanian mendedahkan murid perihal asas-asaspertanian secara tradisional dan moden. Tema ini sesuaidiajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentinganbidang pertanian dan bioteknologi pertanian dalamkehidupan.EkonomiTema ekonomi mendedahkan murid perihal bidangpeniagaan dan keusahawanan dalam menjanapendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema inisesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentangkepentingan bidang ekonomi dalam kehidupan.
  19. 19. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF14STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTURObjektif Kemahiran Mendengar dan BertuturObjektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;ii. mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;iii. mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;iv. mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;v. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan denganbetul;vi. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diripertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;vii. bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutanyang jelas dan intonasi yang betul; danviii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tantang sesuatu perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai secarabertatasusila.
  20. 20. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF15KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURSTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.1 Asas mendengar dan memberikan respons denganbetul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran.1.1.1 Mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.1.1.2 Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar denganbetul.1.1.3 Mendengar dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan betul.1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyibahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa danayat dengan betul.1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat.1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dantepat.1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dantepat.1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungisuku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi duaatau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabungdengan betul dan tepat.1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dantepat.
  21. 21. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF16STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.3 Mendengar, memahami dan memberi responsterhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yangdidengar dengan betul.1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahansecara lisan atau gerak laku dengan betul.1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisanterhadap pelbagai soalan bertumpu.1.3.3 Mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku yangbetul.1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaantentang sesuatu perkara daripada pelbagaisumber dalam situasi formal dan tidak formalsecara bertatasusila.1.4.1 Bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila.1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagiahli keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dankedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalamsituasi tidak formal secara bertatasusila.1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkarasemula dengan tepat menggunakan sebutan yangjelas dan intonasi yang betul.1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasiyang betul menggunakan ayat tunggal.1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayattunggal.1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentangsesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengantepat secara bertatasusila.1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumbersecara bertatasusila.1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumbersecara bertatasusila.1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkaradengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.
  22. 22. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF17STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMEMBACAObjektif Kemahiran MembacaObjektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;ii. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul;iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul;v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasidengan betul;vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; danvii. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.
  23. 23. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF18KEMAHIRAN MEMBACASTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul. 2.1.1 Membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutanyang betul.2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa danayat daripada pelbagai sumber dengan sebutanyang betul.2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yangbetul.2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutanyang betul.2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengansebutan yang betul.2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan denganlancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yangbetul.2.3.2 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelasdan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
  24. 24. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF19STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2.4 Membaca dan memahami maklumat yangtersurat dan tersirat daripada pelbagai bahanuntuk memberi respons dengan betul.2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalampelbagai bahan dengan tepat.2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untukmembuat klasifikasi dengan betul.2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagaibahan.2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkanmaklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul.2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafikkepada bentuk bukan grafik dengan betul.2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukansastera yang sesuai bagi memupuk minatmembaca.2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untukmemperkaya kosa kata.2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untukmenambahkan pengetahuan.
  25. 25. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF20STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENULISObjektif Kemahiran MenulisObjektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;ii. menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dantulisan yang kemas;iii. menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonanbergabung dengan betul;iv. menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;v. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;vi. menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat;vii. mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan;viii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun;ix. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul; danx. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.
  26. 26. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF21KEMAHIRAN MENULISSTANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN3.1 Asas menulis dengan cara yang betul. 3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas.3.1.2 Membentuk garisan yang menyerupai bentuk huruf dengan kemas dan jelas.3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yangdiberi dengan betul dan kemas.3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul sertatulisan yang kemas.3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.3.2.3 Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong , vokalbergading, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong,vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yangkemas.3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayatdengan betul.3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dantertutup dengan betul dan kemas3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul.3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan betul.
  27. 27. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF223.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku katatertutup dengan tepat.3.4.2 Menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan suku katatertutup dengan tepat.3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatuperkara daripada pelbagai sumber.3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.3.5.2 Mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan daripada pelbagai sumber.3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentangsesuatu perkara dengan menggunakan bahasayang santun.3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan yangdiberi dengan menggunakan bahasa yang santun.3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betulmenggunakan bahasa yang santun.3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagaigenre dengan betul.3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul.3.7.2 Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul.3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.8.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan.3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.
  28. 28. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF23STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK SENI BAHASAObjektif Aspek Seni BahasaObjektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur;ii. mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasabadan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secarakreatif melalui lakonan secara didik hibur; daniv. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didikhibur.
  29. 29. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF24ASPEK SENI BAHASASTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagumelalui nyanyian secara didik hibur.4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan geraklaku secara didik hibur.4.2 Mengujarkan bahasa yang indah danmenggunakan bahasa badan secara kreatifsemasa bercerita secara didik hibur.4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatuperkara melalui penceritaan secara didik hibur.4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentangsesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melaluipenceritaan secara didik hibur.4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakanbahasa badan dengan kreatif melalui lakonansecara didik hibur.4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelastentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelastentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatifmelalui lakonan secara didik hibur.4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasiyang betul menggunakan bahasa yang indahsecara didik hibur.4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahamimaksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didikhibur.
  30. 30. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF25STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK TATABAHASAObjektif Aspek TatabahasaObjektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul;ii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul;iii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;iv. menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; danv. memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN , dan FN + FK dengan betul.
  31. 31. KSSR Sekolah Kebangsaan DRAF26ASPEK TATABAHASASTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN5.1 Memahami dan menggunakan golongan katadengan betul mengikut konteks.5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betulmengikut konteks.5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betulmengikut konteks.5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan keduadalam pelbagai konteks dengan betul.5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan betulmengikut konteks.5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah dengan betulmengikut konteks.5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan bendadengan betul.5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan katayang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalampelbagai konteks.5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalampelbagai situasi.5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN,FN + FK dengan betul dalam pelbagai situasi.

×