SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 1
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak
Perempuannya?
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 2
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Halaman Utama
1. PENGENALANUMUM 1
2. Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya? 3
3. CADANGAN BACAAN LANJUT 11-12
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 3
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya?
https://www.youtube.com/watch?v=batvbKl6Ttw
Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Mohd Asri Yusoff
Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan
kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan
menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali
Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang
disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di
ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu
kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita
yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.
Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi
mereka selain untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a sebagai sahabat karib
Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.
Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pada pandangan
penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya. Pertama, kerana jahil
dan kedua adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a berada di
zaman jahiliah.
Apa peliknya andaikata semasa jahiliah itu Sayyidina Umar r.a telah melakukan demikian! Selain itu
bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam? Dengan kemampuannya yang luar biasa dalam
mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Umar r.a itu pun
setelah memeluk Islam menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat
Islam kemudian.
Bagi penulis tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana ini
telah pun terbukti melalui sekian banyak riwayat-riwayat yang sahih. Tetapi bagaimana dengan
cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau
ia hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 4
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Alangkah berguna kepada para pembaca sekalian sekiranya penulis buku-buku dan artikel-artikel
tersebut mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan
kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.
Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan di dalam kitab-kitab hadits atau kitab-kitab sejarah
yang muktabar. Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali kita
umat Islam hari ini kerana menerima apa saja yang disogokkan dalam bentuk cerita atau kisah-
kisah sahabat padahal Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda yang bermaksud;
“Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya.”
(Hadits Riwayat Muslim)
Tujuan penulis mengoreksi artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah
hidup sahabat Rasulullah s.a.w. juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya,
pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati
apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda
(s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam.
Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada
kisah Sayyidina Umar r.a menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disiarkan
di dalam akhbar tersebut). Begini ceritanya ...
“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la
menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang
manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar,
tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di
telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang
tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...”
Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan
kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama’ Islam dalam menilai sesuatu cerita.
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 5
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:
1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang
pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan
Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.
2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah
Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu.
(Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms.
24).
Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim
yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak
perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin
dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada
dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan
itu.
Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah,
datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.
Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara
mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-
Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak
terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain
malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan
saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada
ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak
perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka
kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu
biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 6
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan
sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada
anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri.
Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak
perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan
terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri!
3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah s.a.w. berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Di
antara ucapan Baginda s.a.w. ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.” Hindun
dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang
membunuhnya.”
Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan
terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji
ini.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy
tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda s.a.w. yang
bermaksud;
“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-
anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih
Muslim, jilid 16 ms. 81)
Apa ertinya pujian Nabi s.a.w. mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya
mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi
s.a.w. diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak
Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul
Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.
Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi
kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 7
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung
ialah Sayyidatina Hafsah.
Perlu juga diperhatikan bahawa di sepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a
dan juga hamba sahayanya di samping anak-anak beliau dengan mereka itu?
Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a, Imam
Ibnu al-Jauzi dan lain-lain telah menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a dan anak-anaknya
serta hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan
mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:
i. Zainab binti Maz’un. Zainab adalah saudara perempuan Utsman bin Maz’un yang terbilang di
antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan, juga merupakan saudara susuan Nabi
s.a.w. Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah
dan Abdul Rahman.
ii. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama
‘lyadh.
iii. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak
lelaki bernama ‘Aasim.
v. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam. Dengannya beliau mendapat anak perempuan
bernama Fatimah.
v. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama
Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.
vi. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama
Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.
vii. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina Umar r.a
telah mendapat anak. Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 8
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-
Ashghar.
Jadi anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:
Lelaki:
1. Abdullah
2. Abdul Rahman al-Akbar
3. Abdul Rahman al-Ausath
4. Abdul Rahman al-Ashghar
5. Zaid al-Akbar
6. Zaid al-Ashghar
7. Ubaidullah
8. ‘Aasim
9. ‘lyadh
Perempuan:
1. Hafsah
2. Ruqayyah
3. Fatimah
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 9
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
4. Zainab
Daripada isteri pertamanya Zainab binti Maz’un, Sayyidina Umar r.a hanya mendapat tiga orang
anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman al-Akbar. Hafsah adalah
anak sulungnya dengan Zainab binti Maz’un, sebab itulah beliau dikuniahkan dengan Abu Hafsin.
Pada ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai hanya 3 orang anak ini sahaja. Kalau begitu
anak yang manakah yang ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a itu? Apakah namanya dan
apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul tidak suka atau bencikan anak
perempuan, kenapa pula beliau sanggup memakai kuniah Abu Hafsin?
Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a baru mengetahui
jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun?
Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang
dikemukakan oleh Imam Daarimi di dalam Sunannya, atau mungkin ia pura-pura terkeliru.
Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata,
“Wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang jahiliah. Kami menyembah berhala dan membunuh
anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan. Bila saya memanggilnya dia berlari-
lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya. Dia terus mengekori
saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga. Saya memegang tangannya dan menolaknya
masuk ke dalam telaga. Kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulutnya ialah, “Ayah!”.”
Mendengar ceritanya itu Nabi s.a.w. menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi
s.a.w. berkata kepada orang itu, “Kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah s.a.w.” Nabi
bersabda, “Orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih penting dari itu.” Seraya Baginda s.a.w
berkata kepada orang itu, “Ceritakan sekali lagi kisah itu.” Orang itu pun mengulangi lagi sekali
kisah tersebut menyebabkan Rasulullah (s.a.w) menangis sehingga basah janggutnya.
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 10
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, “Perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman
jahiliah telah dihapuskan oleh Allah (s.w.t) dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang
mulakanlah amalan-amalan yang lain.” (Sunan Daarimi, jilid 1, ms. 3)
Ini adalah satu kisah dari seorang yang tidak diketahui siapa orangnya dan apa namanya. Mungkin
orang-orang yang mempunyai maksud jahat telah mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a
padahal cerita ini pun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak dapat disabitkan
kerana Wadhin adalah merupakan perawi teratas (yang pertama meriwayatkannya), lahir pada
tahun 80 H dan wafat pada 149 H, sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain di atasnya.
Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya!
Dalam istilah ilmu hadits, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi di
atasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh
ulama’ rijal hadits tentangnya. Imam Bukhari, Muslim dan Nasa’i tidak mahu menerima riwayatnya.
Ibnu Saad berkata, “Dia seorang yang dhaif.” Abu Hatim berkata, “Setengah-setengah riwayatnya
baik tetapi sesetengah yang lain sangatlah buruk.” Jauzajani berkata, “Riwayat-riwayatnya adalah
lemah.” (Mizan al-I’tidal, jilid 4, ms. 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “Ingatannya sangat
teruk di samping tertuduh berfahaman Qadariyah.” (Taqribu at-Tahzib jilid 2 ms. 331)
Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan pula tidak disebutkan
dengan jelas namanya, kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan
Sayyidina Umar r.a? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak berani dilakukan dengan sengaja,
kecuali oleh musuh-musuh Islam.
Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=175
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 11
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
CADANGAN BACAAN LANJUT :
Pemurnian Sejarah Zaman Rasulullah
1. Adakah Nabi Muhammad s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan menulis
2. Bilakah Sayyidina Hassan Dilahirkan?
3. Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah
4. Kisah Isra Miraj Dari Rumah Ummu Hani’
5. Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi s.a.w.
6. Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah Berlaku Pada Siang Hari
7. Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di antara Muhajirin dan Ansar)
8. Usia Sebenar Khadijah r.a. Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah
9. Anak Cucu Nabi s.a.w. Yang Dilupa dan Dipinggirkan
10. Umur Aisyah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah
11. Isu Yang Berlegar Di Sekitar Perkahwinan Zainab Binti Jahsy Dan Penjelasan Mengenainya
Pemurnian Sejarah Zaman Sahabat
1. Bukan ‘Aishah Pencetus Fitnah Perang Jamal
2. Hubungan Mesra Antara Mu’awiyah Dengan Ahlul Bait
3. Isu Kontroversi Marwan Bin Al-Hakam
4. Kepalsuan Cerita ‘Aisyah Disalak Anjing Hau’ab
5. Motif Tabbara Disebalik Hukuman Hudud Ke Atas Anak Khalifah Umar r.a.
6. Peristiwa Kewafatan Rasulullah Dan Keadaan Sahabat Di Saqidah Bani Sa’idah
7. Peristiwa Tahkim
8. Sandiwara Syiah Disebalik Perebutan Urainab Binti Ishaq Di Antara Sayyidina Husain Dan Yazid
9. Sayyidina Hassan Jaguh Seks ?
10. Sayyidina Mu’awiyyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya
11. Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala
12. Tsalabah Ahli Badar Yang Teraniaya
13. Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya
14. Kisah Sebenar Di Sebalik Cerita Sayyidatian Fatimah Dan Tuntutan Tanah Fada’
15. Jawapan Kepada Tohmahan Dan Pencemaran Terhadap Peribadi Sayyidina Hassan r.a
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 12
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?
CADANGAN BACAAN LANJUT :
Pemurnian Sejarah Zaman Khilafah
1. Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat
Israiliyyat
1. Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi
2. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertawasul
3. Israiliyyat : Pengenalan Dan Kaedah Pengecaman
4. Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk
Umum
1. Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam
2. Komentar Buku-Buku ‘Sejarah’ Islam
3. Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishaq : Perosak Sejarah Awal Islam
Pelbagai
Aqidah - Penyelewengan Aqidah - Isu, Masalah Dan Cara Penyelesaiannya
- Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad
- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara
Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini
- 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`
Syariat - Bid’ah oleh Prof Dr Yusuf Qardhawy
- Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)
Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama
- Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 13
BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?

More Related Content

Viewers also liked

Revista Catalunya 94 -Febrer 2008
Revista Catalunya  94 -Febrer 2008 Revista Catalunya  94 -Febrer 2008
Revista Catalunya 94 -Febrer 2008 Revista Catalunya
 
How to Improve Your Personality Quality
How to Improve Your Personality QualityHow to Improve Your Personality Quality
How to Improve Your Personality Qualityfaizabc
 
Raman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgeving
Raman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgevingRaman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgeving
Raman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgevingAED Solutions
 
stefany A bohorquez M
stefany A bohorquez Mstefany A bohorquez M
stefany A bohorquez Mstefanyabm
 
Dma Competencies 2011 12
Dma Competencies 2011 12Dma Competencies 2011 12
Dma Competencies 2011 12danikaolson
 
クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理
クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理
クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理schoowebcampus
 
Reserch methodology
Reserch methodologyReserch methodology
Reserch methodologyIIFP
 
தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்
தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்
தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்ஜெய்லக்ஷ்மி இராமமூர்த்தி
 

Viewers also liked (12)

The blink Style
The blink StyleThe blink Style
The blink Style
 
Revista Catalunya 94 -Febrer 2008
Revista Catalunya  94 -Febrer 2008 Revista Catalunya  94 -Febrer 2008
Revista Catalunya 94 -Febrer 2008
 
E.03: Síntesis Espacial
E.03: Síntesis EspacialE.03: Síntesis Espacial
E.03: Síntesis Espacial
 
How to Improve Your Personality Quality
How to Improve Your Personality QualityHow to Improve Your Personality Quality
How to Improve Your Personality Quality
 
Raman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgeving
Raman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgevingRaman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgeving
Raman spectrometer: Chemische identificatie voor een veilige omgeving
 
stefany A bohorquez M
stefany A bohorquez Mstefany A bohorquez M
stefany A bohorquez M
 
Dma Competencies 2011 12
Dma Competencies 2011 12Dma Competencies 2011 12
Dma Competencies 2011 12
 
1112本荘先生2
1112本荘先生21112本荘先生2
1112本荘先生2
 
Hercules
HerculesHercules
Hercules
 
クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理
クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理
クリエイターのための「はじめての確定申告」 先生:山内 真理
 
Reserch methodology
Reserch methodologyReserch methodology
Reserch methodology
 
தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்
தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்
தமிழ் மொழிக் கற்பித்தலில் தொடர்புத்துறையும் கணினியும்
 

More from Abu Muhammad

Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab MerekaMengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab MerekaAbu Muhammad
 
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?Abu Muhammad
 
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat Abu Muhammad
 
Perkara Yang Merosakkan Iman
Perkara Yang Merosakkan ImanPerkara Yang Merosakkan Iman
Perkara Yang Merosakkan ImanAbu Muhammad
 
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-QardhawiFiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-QardhawiAbu Muhammad
 
Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
Isu-isu Tentang Jenazah Dan KematianIsu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
Isu-isu Tentang Jenazah Dan KematianAbu Muhammad
 
Solat : Jangan Abai Toma'ninah
Solat : Jangan Abai Toma'ninahSolat : Jangan Abai Toma'ninah
Solat : Jangan Abai Toma'ninahAbu Muhammad
 
Perpaduan Salaf dan Khalaf
Perpaduan Salaf dan KhalafPerpaduan Salaf dan Khalaf
Perpaduan Salaf dan KhalafAbu Muhammad
 
Kesalahan Dalam Memberi Nama
Kesalahan Dalam Memberi NamaKesalahan Dalam Memberi Nama
Kesalahan Dalam Memberi NamaAbu Muhammad
 
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan PalsuAbu Muhammad
 
Belitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
Belitan Iblis Dalam Ajaran TariqatBelitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
Belitan Iblis Dalam Ajaran TariqatAbu Muhammad
 
Surat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
Surat Berantai Boleh Menyebabkan SyirikSurat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
Surat Berantai Boleh Menyebabkan SyirikAbu Muhammad
 
Syiah Rafidhah - Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
Syiah Rafidhah -  Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan UmmahSyiah Rafidhah -  Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
Syiah Rafidhah - Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan UmmahAbu Muhammad
 
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
The Deviant Shiites (Page  3 of 4)The Deviant Shiites (Page  3 of 4)
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
The Deviant Shiites (Page  3 of 4)The Deviant Shiites (Page  3 of 4)
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 2 of 4)
The Deviant Shiites (Page  2 of 4)The Deviant Shiites (Page  2 of 4)
The Deviant Shiites (Page 2 of 4)Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)Abu Muhammad
 
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4Abu Muhammad
 

More from Abu Muhammad (20)

Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab MerekaMengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
 
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
 
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
 
Perkara Yang Merosakkan Iman
Perkara Yang Merosakkan ImanPerkara Yang Merosakkan Iman
Perkara Yang Merosakkan Iman
 
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-QardhawiFiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
 
Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
Isu-isu Tentang Jenazah Dan KematianIsu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
 
Solat : Jangan Abai Toma'ninah
Solat : Jangan Abai Toma'ninahSolat : Jangan Abai Toma'ninah
Solat : Jangan Abai Toma'ninah
 
Perpaduan Salaf dan Khalaf
Perpaduan Salaf dan KhalafPerpaduan Salaf dan Khalaf
Perpaduan Salaf dan Khalaf
 
The Amazing Quran
The Amazing QuranThe Amazing Quran
The Amazing Quran
 
Kesalahan Dalam Memberi Nama
Kesalahan Dalam Memberi NamaKesalahan Dalam Memberi Nama
Kesalahan Dalam Memberi Nama
 
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
 
Belitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
Belitan Iblis Dalam Ajaran TariqatBelitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
Belitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
 
Surat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
Surat Berantai Boleh Menyebabkan SyirikSurat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
Surat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
 
Syiah Rafidhah - Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
Syiah Rafidhah -  Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan UmmahSyiah Rafidhah -  Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
Syiah Rafidhah - Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
 
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
 
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
The Deviant Shiites (Page  3 of 4)The Deviant Shiites (Page  3 of 4)
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
 
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
The Deviant Shiites (Page  3 of 4)The Deviant Shiites (Page  3 of 4)
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
 
The Deviant Shiites (Page 2 of 4)
The Deviant Shiites (Page  2 of 4)The Deviant Shiites (Page  2 of 4)
The Deviant Shiites (Page 2 of 4)
 
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
 
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
 

Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

  • 1. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 1 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya?
  • 2. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 2 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Halaman Utama 1. PENGENALANUMUM 1 2. Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya? 3 3. CADANGAN BACAAN LANJUT 11-12
  • 3. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 3 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya? https://www.youtube.com/watch?v=batvbKl6Ttw Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Mohd Asri Yusoff Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya. Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi mereka selain untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a sebagai sahabat karib Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam. Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pada pandangan penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya. Pertama, kerana jahil dan kedua adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a berada di zaman jahiliah. Apa peliknya andaikata semasa jahiliah itu Sayyidina Umar r.a telah melakukan demikian! Selain itu bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam? Dengan kemampuannya yang luar biasa dalam mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Umar r.a itu pun setelah memeluk Islam menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat Islam kemudian. Bagi penulis tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana ini telah pun terbukti melalui sekian banyak riwayat-riwayat yang sahih. Tetapi bagaimana dengan cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau ia hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?
  • 4. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 4 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Alangkah berguna kepada para pembaca sekalian sekiranya penulis buku-buku dan artikel-artikel tersebut mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab. Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan di dalam kitab-kitab hadits atau kitab-kitab sejarah yang muktabar. Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali kita umat Islam hari ini kerana menerima apa saja yang disogokkan dalam bentuk cerita atau kisah- kisah sahabat padahal Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda yang bermaksud; “Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya.” (Hadits Riwayat Muslim) Tujuan penulis mengoreksi artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup sahabat Rasulullah s.a.w. juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda (s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam. Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar tersebut). Begini ceritanya ... “... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...” Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama’ Islam dalam menilai sesuatu cerita.
  • 5. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 5 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah: 1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri. 2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24). Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu. Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail. Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At- Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)
  • 6. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 6 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri! 3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah s.a.w. berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Di antara ucapan Baginda s.a.w. ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.” Hindun dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.” Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud; “Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak- anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81) Apa ertinya pujian Nabi s.a.w. mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi s.a.w. diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman. Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada
  • 7. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 7 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah. Perlu juga diperhatikan bahawa di sepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak-anak beliau dengan mereka itu? Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a, Imam Ibnu al-Jauzi dan lain-lain telah menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a dan anak-anaknya serta hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah: i. Zainab binti Maz’un. Zainab adalah saudara perempuan Utsman bin Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan, juga merupakan saudara susuan Nabi s.a.w. Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman. ii. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘lyadh. iii. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim. v. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam. Dengannya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah. v. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Ubaidullah dan Zaid al-Akbar. vi. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah. vii. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina Umar r.a telah mendapat anak. Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan
  • 8. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 8 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al- Ashghar. Jadi anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut: Lelaki: 1. Abdullah 2. Abdul Rahman al-Akbar 3. Abdul Rahman al-Ausath 4. Abdul Rahman al-Ashghar 5. Zaid al-Akbar 6. Zaid al-Ashghar 7. Ubaidullah 8. ‘Aasim 9. ‘lyadh Perempuan: 1. Hafsah 2. Ruqayyah 3. Fatimah
  • 9. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 9 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? 4. Zainab Daripada isteri pertamanya Zainab binti Maz’un, Sayyidina Umar r.a hanya mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman al-Akbar. Hafsah adalah anak sulungnya dengan Zainab binti Maz’un, sebab itulah beliau dikuniahkan dengan Abu Hafsin. Pada ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai hanya 3 orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah yang ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a itu? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul tidak suka atau bencikan anak perempuan, kenapa pula beliau sanggup memakai kuniah Abu Hafsin? Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a baru mengetahui jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun? Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang dikemukakan oleh Imam Daarimi di dalam Sunannya, atau mungkin ia pura-pura terkeliru. Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang jahiliah. Kami menyembah berhala dan membunuh anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan. Bila saya memanggilnya dia berlari- lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya. Dia terus mengekori saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga. Saya memegang tangannya dan menolaknya masuk ke dalam telaga. Kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulutnya ialah, “Ayah!”.” Mendengar ceritanya itu Nabi s.a.w. menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi s.a.w. berkata kepada orang itu, “Kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah s.a.w.” Nabi bersabda, “Orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih penting dari itu.” Seraya Baginda s.a.w berkata kepada orang itu, “Ceritakan sekali lagi kisah itu.” Orang itu pun mengulangi lagi sekali kisah tersebut menyebabkan Rasulullah (s.a.w) menangis sehingga basah janggutnya.
  • 10. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 10 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, “Perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah (s.w.t) dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakanlah amalan-amalan yang lain.” (Sunan Daarimi, jilid 1, ms. 3) Ini adalah satu kisah dari seorang yang tidak diketahui siapa orangnya dan apa namanya. Mungkin orang-orang yang mempunyai maksud jahat telah mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a padahal cerita ini pun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak dapat disabitkan kerana Wadhin adalah merupakan perawi teratas (yang pertama meriwayatkannya), lahir pada tahun 80 H dan wafat pada 149 H, sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain di atasnya. Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya! Dalam istilah ilmu hadits, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi di atasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh ulama’ rijal hadits tentangnya. Imam Bukhari, Muslim dan Nasa’i tidak mahu menerima riwayatnya. Ibnu Saad berkata, “Dia seorang yang dhaif.” Abu Hatim berkata, “Setengah-setengah riwayatnya baik tetapi sesetengah yang lain sangatlah buruk.” Jauzajani berkata, “Riwayat-riwayatnya adalah lemah.” (Mizan al-I’tidal, jilid 4, ms. 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “Ingatannya sangat teruk di samping tertuduh berfahaman Qadariyah.” (Taqribu at-Tahzib jilid 2 ms. 331) Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan pula tidak disebutkan dengan jelas namanya, kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan Sayyidina Umar r.a? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak berani dilakukan dengan sengaja, kecuali oleh musuh-musuh Islam. Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=175
  • 11. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 11 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? CADANGAN BACAAN LANJUT : Pemurnian Sejarah Zaman Rasulullah 1. Adakah Nabi Muhammad s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan menulis 2. Bilakah Sayyidina Hassan Dilahirkan? 3. Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah 4. Kisah Isra Miraj Dari Rumah Ummu Hani’ 5. Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi s.a.w. 6. Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah Berlaku Pada Siang Hari 7. Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di antara Muhajirin dan Ansar) 8. Usia Sebenar Khadijah r.a. Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah 9. Anak Cucu Nabi s.a.w. Yang Dilupa dan Dipinggirkan 10. Umur Aisyah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah 11. Isu Yang Berlegar Di Sekitar Perkahwinan Zainab Binti Jahsy Dan Penjelasan Mengenainya Pemurnian Sejarah Zaman Sahabat 1. Bukan ‘Aishah Pencetus Fitnah Perang Jamal 2. Hubungan Mesra Antara Mu’awiyah Dengan Ahlul Bait 3. Isu Kontroversi Marwan Bin Al-Hakam 4. Kepalsuan Cerita ‘Aisyah Disalak Anjing Hau’ab 5. Motif Tabbara Disebalik Hukuman Hudud Ke Atas Anak Khalifah Umar r.a. 6. Peristiwa Kewafatan Rasulullah Dan Keadaan Sahabat Di Saqidah Bani Sa’idah 7. Peristiwa Tahkim 8. Sandiwara Syiah Disebalik Perebutan Urainab Binti Ishaq Di Antara Sayyidina Husain Dan Yazid 9. Sayyidina Hassan Jaguh Seks ? 10. Sayyidina Mu’awiyyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya 11. Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala 12. Tsalabah Ahli Badar Yang Teraniaya 13. Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya 14. Kisah Sebenar Di Sebalik Cerita Sayyidatian Fatimah Dan Tuntutan Tanah Fada’ 15. Jawapan Kepada Tohmahan Dan Pencemaran Terhadap Peribadi Sayyidina Hassan r.a
  • 12. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 12 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya? CADANGAN BACAAN LANJUT : Pemurnian Sejarah Zaman Khilafah 1. Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat Israiliyyat 1. Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi 2. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertawasul 3. Israiliyyat : Pengenalan Dan Kaedah Pengecaman 4. Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk Umum 1. Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam 2. Komentar Buku-Buku ‘Sejarah’ Islam 3. Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishaq : Perosak Sejarah Awal Islam Pelbagai Aqidah - Penyelewengan Aqidah - Isu, Masalah Dan Cara Penyelesaiannya - Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad - Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini - 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu` Syariat - Bid’ah oleh Prof Dr Yusuf Qardhawy - Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu) Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama - Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat
  • 13. www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 13 BenarkahSayyidinaUmarPernahmembunuhAnak Perempuannya?