RUQYAH SYAR’IYYAH

‫الرقية الشرعية‬
DARI NERACA
AL-QUR‘ĀN & AS-SUNNAH

Disediakan Oleh:
Abū Ḥumayd, Abang Sufrī Maḥmūd Bin...
RUQYAH SHAR’IYYAH: DARI NERACA AL-QUR‘ĀN & AS-SUNNAH

‫الرقية الرشع دية يف مزيان القرأن والس نة‬
‫يف اللغة املاليوية‬

© H...
JADUAL TRANSLITERASI

‫ء‬

Awalan: A / a
Akhiran: ‘

‫ض‬

Dh / dh

‫ب‬

B/b

‫ط‬

Ṫ/ṫ

‫ت‬

T/t

‫ظ‬

Zh / zh

‫ث‬

Ts /ts...
ISTILAH-ISTILAH PENTING
Istilah / Kalimah Arab

Sebutan

Makna



‘Azza wa Jalla

Yang Maha Perkasa dan Maha
Tinggi


...
‫‪MUQADDIMAH‬‬

‫إن احلمد هلل، حنمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده اهلل‬
‫فال مض...
DEFINISI
1.0

Definisi “Ruqyah” Secara Linguistik
Dari segi bahasa, Ar-Ruqyah (‫ )الرقية‬membawa erti Al-‘Ūdzah (‫ ,)العوذ...
namun orang-orang kampung tersebut tidak mahu melayan mereka. Tiba-tiba ketua
kampong tersebut telah disengat binatang ber...
3.0

DEFINISI “RUQYAH” DALAM RISALAH INI
Oleh sebab kalimah ruqyah boleh sahaja dieertikan dengan apa jua jenis jampi atau...
DALIL-DALIL MENGENAI RUQYAH
1.0

Dalil-Dalil Daripada Al-Qur‘ān
Disertakan di sini ayat-ayat Al-Qur‘ān yang menyebutkan te...
‫قل هو للَّذين آمنوا هدى وشفاء ۗ والَّذين ال ي ؤمنون ِف آذاهنم وقْ ر وهو علْيهم عمى ۗ أوَٰلئك‬
ْ
ْ
ْ
ْ
‫ي نادون من مكان بع...
menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan
orang yang dengki apabila ia melakukan de...
adalah dibolehkan. Jika menurut definisi As-Sunnah 13 , maka amalan tersebut
adalah termasuk daripada sunnah Rasūlullāh ....
2.6

Daripada ‘Awf Bin Mālik Al-Ashja’iyy , dia berkata, “Kami dulu pernah
membaca jampi pada zaman jahiliah. Maka kami p...
HUKUM RUQYAH
Pada mulanya ruqyah (jampi) adalah sesuatu yang terlarang, tetapi kemudian diberikan keringanan
untuk melakuk...
4. Daripada Jābir , dia berkata: Ayah saudaraku telah meruqyah terhadap sengatan kala
jengking sedangkan Rasūlullāh  tel...
TUJUAN RUQYAH
Sebagaimana yang telah maklum daripada perbincangan sebelum ini, ruqyah dilakukan untuk
merawat penyakit sep...
‫ولو جع ْلناه ق ْرآنا أعَميًّا لَّقالوا لوال فصلت آياته ۗ أأعَمي وعريب ۗ قل هو للَّذين آمنوا‬
‫ي‬
ْ
ْ ِّ ْ
‫ْ ي‬
ْ
ْ
‫هدى ...
Kursiy (ayat 255 daripada Sūrah Al-Baqarah) yang boleh memelihara diri daripada
gangguan syaitan.
Selain daripada dalil-da...
Dalam ayat di atas, Allāh  menyifatkan orang-orang yang memakan harta hasil riba
seumpama orang yang dirasuk oleh syaitan...
Oleh yang demikian, jelas bagi kita daripada hadis ini bahawa Rasūlullāh  pernah
mengeluarkan jin atau syaitan daripada t...
2.3

Membaca Al-Qur ‘ān, Doa, dan Zikir Untuk Menangkis Gangguan Syaitan

Penangkis yang paling ampuh dan terunggul terhad...
RUQYAH DZĀTIYAH: MERUQYAH DIRI SENDIRI
Meruqyah diri sendiri merupakan perkara yang dianjurkan oleh agama. Ruqyah terhadap...
dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui), maka tidak ada sesuatu pun yang akan
memudaratkannya46.
4.0

Daripada Khawlah Bi...
yang dia dalam keadaan yang amat memerlukan dan dia mempunyai keluarga, maka aku
pun membiarkan dia pergi. Nabi  membalas...
MERUQYAH ORANG LAIN
Kita juga diharuskan untuk meruqyah orang lain yang memerlukan bantuan. Sungguhpun
meruqyah diri sendi...
Telah diriwayatkan daripada Abū Sa’īd, bahawa Jibrīl  telah datang kepada baginda Nabi 
dan berkata, “Wahai Muḥammad, ad...
ragu bahawa orang tersebut akan mati akibat pukulan tersebut. Lalu ketika
berlangsungnya pukulan tersebut, berkatalah jin ...
AYAT-AYAT RUQYAH SHAR’IYYAH
In shā’allāh, di bahagian ini kita akan kongsikan beberapa ayat yang lazim digunakan dalam
ruq...
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.

(c) Dar...
mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu
seseorang pun melainkan dengan iz...
Ayat 285-286:

‫آمن الرسول ِبا أنزل إلْيه من ربِّه والْمؤمنون ۗ ك ي آمن باللَّه ومالئكته كتبه ورسله ال ن فرق ب ني أحد‬
‫و‬...
membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). Sesungguhnya Allāh tidak
tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yan...
َّ
‫إن ربَّكم اللَّه الَّذي خلق السماوات واْلرض ِف ستَّة أيَّام مثَّ است وى على الْع ْرش ي غشي اللَّْيل النَّهار‬
َٰ ْ
ْ
ّ...
mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah
sihir; sesungguhnya Allāh akan...
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada)
sahaja dengan tiada sebarang ...
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah ke...
pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran d...
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allāh) Tuhan yang menciptakan sekalian
makhluk, "Dari bencana makhluk...
Ruqyah syariyyah dari neraca al quran dan as-sunnah
Ruqyah syariyyah dari neraca al quran dan as-sunnah
Ruqyah syariyyah dari neraca al quran dan as-sunnah
Ruqyah syariyyah dari neraca al quran dan as-sunnah
Ruqyah syariyyah dari neraca al quran dan as-sunnah
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Ruqyah syariyyah dari neraca al quran dan as-sunnah

688 views

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
688
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
29
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ruqyah syariyyah dari neraca al quran dan as-sunnah

  1. 1. RUQYAH SYAR’IYYAH ‫الرقية الشرعية‬ DARI NERACA AL-QUR‘ĀN & AS-SUNNAH Disediakan Oleh: Abū Ḥumayd, Abang Sufrī Maḥmūd Bin Abang Usop ‫ُم‬ ‫أبو ح ديأ أابنْج س ْفري محمود بن أابنْج يوسف‬ ُ © Hakcipta Abang Sufri Mahmud Bin Abang Usop, 2014
  2. 2. RUQYAH SHAR’IYYAH: DARI NERACA AL-QUR‘ĀN & AS-SUNNAH ‫الرقية الرشع دية يف مزيان القرأن والس نة‬ ‫يف اللغة املاليوية‬ © Hakcipta Abang Sufri Mahmud Bin Abang Usop, 2014 016-8696224 sufrimahmud@gmail.com Dibenarkan bagi sesiapa sahaja untuk mencetak, menyalin, dan menyebarkan isi kandungan risalah ini bagi tujuan pendidikan dan dakwah dengan menyebutkan nama penulis sebagai sumber asal. Tidak dibenarkan untuk membuat cetakan, salinan, dan sebaran bagi tujuan komersial tanpa keizinan bertulis daripada penulis. Segala komentar dan kritikan untuk tujuan pembaikan dan kebaikan bersama adalah amat dialu-alukan. Edisi Pertama (Ringkasan), 2013
  3. 3. JADUAL TRANSLITERASI ‫ء‬ Awalan: A / a Akhiran: ‘ ‫ض‬ Dh / dh ‫ب‬ B/b ‫ط‬ Ṫ/ṫ ‫ت‬ T/t ‫ظ‬ Zh / zh ‫ث‬ Ts /ts ‫ع‬ ’ ‫ج‬ J/j ‫غ‬ Gh / gh ‫ح‬ Ḥ/ḥ ‫ف‬ F/f ‫خ‬ Kh / kh ‫ق‬ Q/q ‫د‬ D/d ‫ك‬ K/k ‫ذ‬ Dz / dz ‫ل‬ L/l ‫ر‬ R/r ‫م‬ M/m ‫ز‬ Z/z ‫ن‬ N/n ‫س‬ S/s ‫و‬ W/w ‫ش‬ Sh / sh ‫ه‬ H/h ‫ص‬ Ṡ/ṡ Mad / Bunyi panjang Ḥarakāt / Baris Vokal ‫ىا‬ Ā/ā َ A/a ‫ىو‬ Ū/ū َ I/i ‫ىي‬ Ī/ī َ U/u َ An / an Mad Līn / Diftong ‫أو‬ Aw / aw َ In / in ‫أي‬ Ay / ay َ Un / un 1
  4. 4. ISTILAH-ISTILAH PENTING Istilah / Kalimah Arab Sebutan Makna  ‘Azza wa Jalla Yang Maha Perkasa dan Maha Tinggi  Subḥānahu wa Ta’ālā Maha Suci Dia dan Maha Tinggi  Ṡallallāhu ‘alayhi wa sallam Semoga Allāh merahmatinya dan memberinya kesejahteraan  ‘Alayhi As-Salām Semoga sejahtera ke atasnya  Radhiyallāhu ‘anhu Semoga Allāh redha padanya (lelaki) Radhiyallāhu ‘anhā Semoga Allāh redha padanya (perempuan) ‫رضي هللا عنهما‬ Radhiyallāhu ‘anhumā Semoga Allāh redha pada keduaduanya  Radhiyallāhu ‘anhum Semoga Allāh redha pada mereka ‫رضي هللا عنها‬ 2
  5. 5. ‫‪MUQADDIMAH‬‬ ‫إن احلمد هلل، حنمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده اهلل‬ ‫فال مضل له ومن يضلل فال هادي له، أشهد أن ال إله إال اهلل وحده ال شريك اله وأشهد أن حممدا عبده‬ ‫ورسوله.‬ ‫َّ َّ‬ ‫يا أيُّها الَّذين آمنوا اتَّقوا اللَّه حق ت قاته وال َتوتن إال وأنتم مسلمون ﴿آلعمران: ١٠٢﴾‬ ‫َّ‬ ‫ُّ ْ‬ ‫يا أيُّها النَّاس اتَّقوا ربَّكم الَّذي خلقكم من نَّفس واحدة وخلق مْن ها زوجها وبث مْن هما رجاال كثريا ونساء‬ ‫َّ‬ ‫ِّ ْ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫واتَّقوا اللَّه الَّذي تساءلون به واْلرحام إن اللَّه كان علْيكم رقيبا ﴿النساء: ٢﴾‬ ‫ْْ‬ ‫ْ‬ ‫يا أيُّها الَّذين آمنوا اتَّقوا اللَّه وقولوا ق وال سديدا ﴿٠٠﴾ يصلح لكم أعمالكم وي غف ْر لكم ذنوبكم ۗ ومن‬ ‫ْ ْ ْ ْ ْ ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫يطع اللَّه ورسوله ف قد فاز ف وزا عظيما ﴿٢٠﴾ ﴿اْلحزاب: ٠٠-٢٠﴾‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫أما بعد،‬ ‫إن أصدق احلديث كالم اللَّه، وأوثق الْعرى كلمة التَّقوى، وخْي ر الْملل ملَّة إبْراهيم، وأحسن الْقصِ هذا‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َّ ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫الْق ْرآن، وأحسن السنن سنَّة حممد صلَّى اللَّه علْيه وسلَّم، وأشرف احلديث ذكر اللَّه، وخْي ر اْلمور عزائمها،‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫ْ‬ ‫ُّ‬ ‫ْ‬ ‫وشر اْلمور حمدثات ها، وأحسن اْلدي هدي اْلنْبياء، وأشرف الْقْتل موت ُّهداء، وأغر َّاللة َّاللة‬ ‫َّ الض الض‬ ‫ْ الش‬ ‫ْْ ْ ْ‬ ‫َّ ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ب عد اْلدى، وخْي ر الْع ْلم ما ن فع، وخْي ر اْلدى ما اتُّبع، وشر الْعمى عمى الْق ْلب.‬ ‫ْ‬ ‫ْ ْ‬ ‫َّ‬ ‫اللهم صل على حممد وأزواجه وذريته، كما صليت على آل إبراهيم، وبارك على حممد وأزواجه وذريته، كما‬ ‫كت على آل إبراهيم إنك محيد جميد‬ ‫بار‬ ‫3‬
  6. 6. DEFINISI 1.0 Definisi “Ruqyah” Secara Linguistik Dari segi bahasa, Ar-Ruqyah (‫ )الرقية‬membawa erti Al-‘Ūdzah (‫ ,)العوذة‬yang bermakna jampi atau mantera 1 . Ia juga boleh membawa maksud memohon perlindungan, membenteng dengan tangkal atau azimat, atau memohon Tuhan melindungi seseorang daripada sesuatu2. Maka dari segi bahasa, perkataan ruqyah ini membawa maksud sesuatu yang dibacakan berupa jampi atau mantera tanpa mengira bahasa, lafaz, dan kandungannnya. Dengan makna literal ini, segala bentuk jampi yang menepati syarak, yakni yang tiada unsur syirik dan juga yang tidak menepati syarak, yakni yang ada unsur syirik adalah termasuk. 2.0 Definisi “Ruqyah” Secara Terminologi Dari segi syarak, ruqyah adalah jampi yang dibacakan ke atas penyakit seperti demam, kerasukan/sawan, dan penyakit-penyakit yang lain3. Perkataan ruqyah dalam konteks ini dapat ditakrifkan berdasarkan hadis-hadis Nabi yang banyak memperkatakan tentang hal ini. Antara hadis tersebut ialah seperti berikut: Daripada Jābir Bin ‘Abdillāh  bahawa dia berkata Rasūlullāh  telah memberikan keringanan untuk meruqyah (menjampi) akibat patukan ular yang dihadapi oleh Bani ‘Amr. Dan aku (Abu As-Zubayr) telah mendengar Jābir bin ‘Abdillāh telah berkata: “Seorang pemuda di kalangan kami telah dipatuk oleh kala jengking ketika kami duduk bersama-sama dengan Rasūlullāh . Lalu seorang pemuda bertanya, “Ya Rasūlallāh, (bolehkah) aku meruqyah(nya)?” Baginda bersabda, “Sesiapa antara kamu yang mampu untuk memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah (ruqyah)”4. Satu lagi riwayat adalah seperti berikut: Sekumpulan sahabat Nabi  berjalan dalam satu perjalanan hinggalah mereka tiba di sebuah penempatan Arab (Badwi). Maka mereka pun minta dijadikan sebagai tetamu, 1 Lisan Al-‘Arab, 14/332. Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, New York: Spoken Language Services, Inc., 1976, hlm. 655656. 3 Ibid. Definisi ini diberikan oleh Ibn Al-Atsīr. 4 Riwayat Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2199). Teks asalnya adalah seperti berikut: 2 ‫وح َّثِن حممد بْن حاِت، ح َّث نا روح بْن عبادة، ح َّث نا ابْن جريْج، أخب رِن أبو الزب ري، أنَّه َسع جابر بْن عْبد اهلل، ي قول: أرخِ النَِّب‬ ‫د‬ ‫د‬ َّ ُّ ْ ْ ُّ ْ ْ ‫د‬ ‫صلَّى اهلل علْيه وسلَّم ِف رقْ ية احليَّة لبِن عمرو قال أبو الزب ري: وَسعت جابر بْن عْبد اهلل ي قول: لدغت رجال منَّا عقرب، وحنْن جلوس مع‬ ْ ْ ْ ْ ُّ ْ ْ »‫رسول اهلل صلَّى اهلل علْيه وسلَّم، ف قال رجل: يا رسول اهلل أرقي؟ قال: «من استطاع مْنكم أن ي ْن فع أخاه ف ْلي فعل‬ ْ ْ ْ ْ ْ ْ 4
  7. 7. namun orang-orang kampung tersebut tidak mahu melayan mereka. Tiba-tiba ketua kampong tersebut telah disengat binatang berbisa, maka orang-orang kampung pun berusaha untuk mengubatinya dengan semua cara namun tidak bermanfaat. Maka berkatalah sebahagian daripada mereka, jika kamu dapat pergi kepada kumpulan yang tiba di sini (sahabat Nabi), moga dia menemui ada di sisi mereka sesuatu (untuk mengubati). Lalu mereka pun pergi kepada mereka. Dan mereka berkata, “Wahai sekumpulan manusia! Sesungguhnya ketua kami telah disengat. Dan kami telah berusaha untuk mengubatinya dengan segala macam cara tetapi tidak berjaya. Maka adakah ada di antara kamu yang mempunyai sesuatu (untuk mengubati)? Maka berkatalah sebahagian daripada mereka, “Ya! Demi Allāh sesungguhnya aku pandai menjampi. Tetapi demi Allāh, sesungguhnya kami telah minta kamu melayan kami sebagai tetamu, tetapi kamu tidak mahu. Maka aku tidak akan menjampinya hinggalah kamu memberikan kami upah (ju’lah).” Maka mereka pun bersetuju menyediakan sekumpulan haiwan ternakan. Lalu dia pun pergi kepada orang tersebut dan meludahnya, kemudian membaca “Alhamdulillaahi Rabbil ‘aalamiin” (al-Fatihah). Kemudian seperti seorang yang terlepas daripada ikatan, dia pun berjalan tanpa kepayahan. Dia berkata; maka mereka pun menunaikan upah yang telah mereka sediakan atasnya. Maka berkatalah sebahagian daripada mereka, “Bahagibahagikanlah upah tersebut”, lalu berkatalah yang menjampi tersebut, “Jangan buat begitu hinggalah kita pergi kepada Rasulullah  dan menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku.” Maka kami pun menuruti perintahnya, dan mereka pun menghadap Rasulullah  dan menceritakan kepada baginda. Maka baginda bersabda, “Bagaimana kamu tahu bahawa ia (Al-Fatihah) adalah ruqyah?” Kemudian baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu benar, bahagikanlah (haiwan ternakan) dan berikan sedikit kepadaku bahagian kamu.” Rasulullah  pun ketawa5. 5 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2276). Teks asalnya adalah seperti berikut: ‫حدثنا أبو ال نعمان، حدثنا أبو عوانة، عن أيب بشر، عن أيب كل، عن أيب سعيد رضي اهلل عنه، قال: انطلق نفر من أصحاب النِب‬ ‫املتو‬ ،‫صلى اهلل عليه وسلم ِف سفرة سافروها، حىت نزلوا على حي من أحياء العرب، فاستضافوهم فأبوا أن يضيفوهم، فلدغ سيد ذلك احلي‬ :‫فسعوا له بكل شيء ال ينفعه شيء، فقال بعضهم: لو أتيتم هؤالء الرهط الذين نزلوا، لعله أن يكون عند بعضهم شيء، فأتوهم، فقالوا‬ ‫يا أيها الرهط إن سيدنا لدغ، وسعينا له بكل شيء ال ينفعه، فهل عند أحد منكم من شيء؟ فقال بعضهم: نعم، واهلل إِن ْلرقي، ولكن‬ :‫واهلل لقد استضفناكم فلم تضيفونا، فما أنا براق لكم حىت جتعلوا لنا جعال، فصاحلوهم على قطيع من الغنم، فانطلق يتفل عليه، ويقرأ‬ :‫احلمد هلل رب العاملني فكأمنا نشط من عقال، فانطلق ميشي وما به قلبة، قال: فأوفوهم جعلهم الذي صاحلوهم عليه، فقال بعضهم‬ ‫اقسموا، فقال الذي رقى: ال تفعلوا حىت نأيت النِب صلى اهلل عليه وسلم فنذكر له الذي كان، فننظر ما يأمرنا، فقدموا على رسول اهلل‬ ‫صلى اهلل عليه وسلم فذكروا له، فقال: «وما يدريك أهنا رقية»، مث قال: «قد أصبتم، اقسموا، واضربوا يل معكم سهما» فضحك رسول‬ ‫اهلل صلى اهلل عليه وسلم، قال أبو عبد اهلل: وقال شعبة: حدثنا أبو بشر، َسعت أبا كل، هبذا‬ ‫املتو‬ 5
  8. 8. 3.0 DEFINISI “RUQYAH” DALAM RISALAH INI Oleh sebab kalimah ruqyah boleh sahaja dieertikan dengan apa jua jenis jampi atau mantera, maka adalah wajar jika kita menetapkan bahawa apa yang dikehendaki dengan kalimah “ruqyah” dalam seluruh risalah ini ialah “Ar-Ruqyah Ash-Shar’iyyah” ( ‫الرقية‬ ‫ ,)الشرعية‬yakni ruqyah secara syarak. Dalam erti kata lain, kita akan membicarakan soal ruqyah yang menggunakan ayat-ayat Al-Qur‘ān dan doa-doa serta zikir-zikir daripada AsSunnah. 6
  9. 9. DALIL-DALIL MENGENAI RUQYAH 1.0 Dalil-Dalil Daripada Al-Qur‘ān Disertakan di sini ayat-ayat Al-Qur‘ān yang menyebutkan tentang Al-Qur‘ān sebagai penawar atau pengubat. Antaranya ialah: َّ ‫ون ن زل من الْق ْرآن ما هو شفاء ورمحة لِّْلمؤمنني وال يزيد الظَّالمني إال خسارا‬ ِّ ْ ْ Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua6. Ibn Katsīr menulis di dalam kitab tafsirnya seperti berikut7: Allāh  mengkhabarkan mengenai kitabNya yang diturunkan kepada RasulNya Muhammad  iaitu Al-Qur`an yang tidak memberikannya kebatilan sama ada di hadapan mahupun di belakangnya. Diturunkan (tanzīl) oleh Yang Maha Bijaksana Yang Maha Terpuji. Sesungguhnya ia (Al-Qur‘ān) adalah “shifā‘” (penawar) dan rahmat bagi orang-orang beriman. Iaitu dihilangkan segala penyakit daripada hati-hati mereka, dihilangkan daripada syak dan nifaq, daripada syirik, pemesongan, dan kecenderungan (untuk melakukan kejahatan); maka Al-Qur’an menyembuhkan hati daripada kesemua perkara itu. Dan ia (Al-Qur‘ān) merupakan rahmat, yang menghasilkan keimanan, hikmah, kebaikan, dan pengharapan pada hati-hati mereka. Dan tidaklah semua ini berlaku kecuali bagi mereka yang beriman dengannya, yang membenarkannya, dan mengikuti ajarannya. Dan sesungguhnya ia menjadi penawar yang hakiki serta rahmat. Adapun orang yang kafir lagi zalim, maka bagi dirinya perkara tersebut (penyakit hati). Maka tidaklah menambahkan bagi dirinya apabila mendengar AlQur’an kecuali semakin jauh darinya, pendustaan terhadapnya, dan kekufuran. Dan penyakit tersebut datangnya daripada kekafiran, bukannya daripada Al-Qur’an. Sepertimana firman Allāh Ta’aalaa: 6 7 Sūrah Al-Isrā‘, 17:82. Tafsīr Al-Qur‘ān Al-‘Azhīm, 5/112. 7
  10. 10. ‫قل هو للَّذين آمنوا هدى وشفاء ۗ والَّذين ال ي ؤمنون ِف آذاهنم وقْ ر وهو علْيهم عمى ۗ أوَٰلئك‬ ْ ْ ْ ْ ‫ي نادون من مكان بعيد‬ َّ ْ Katakanlah (wahai Muḥammad): "Al-Qur‘ān itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)"8. Selain daripada itu, terdapat ayat yang lain yang menyebutkan tentang Al-Qur ‘ān sebagai penawar segala penyakit, misalnya: ‫يا أيُّها النَّاس قد جاءتْكم موعظة من ربِّكم وشفاء لِّما ِف الصدور وهدى ورمحة لِّْلمؤمنني‬ ُّ ْ ْ ْ ْ َّ ِّ ْ َّ Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman9. Daripada ayat-ayat yang tersebut, kita dapati bahawa Al-Qur‘ān adalah dijamin oleh Allāh  berperanan sebagai penawar, penyembuh segala penyakit kerohanian dan juga fizikal bagi orang-orang yang beriman. Dalam erti kata lain, hanya orang-orang yang mengimaninya sahaja yang dapat mendapatkan manfaat daripadanya. Allāh Maha Mengatahui. Dua surah terakhir daripada Al-Qur ‘ān juga mengandungi ayat-ayat berupa doa perlindungan. Sebab turunnya surah-surah ini juga ada sangkut paut dengan kejadian Rasūlullāh  disihir. Surah-surah yang digelar Al-Mu’awwidzatān (dua pelindung) ini juga telah dibacakan untuk mengubati baginda Nabi  hingga baginda sembuh daripada sihir tersebut. Dua surah tersebut ialah Sūrah Al-Falaq dan Sūrah An-Nās. ‫قل أعوذ برب الْفلق ﴿٢﴾ من شر ما خلق ﴿١﴾ ومن شر غاسق إذا وقب ﴿٣﴾ ومن شر‬ ِّ ِّ ِّ ِّ ْ ﴾٥﴿ ‫الن َّاثات ِف الْعقد ﴿٤﴾ ومن شر حاسد إذا حسد‬ ‫َّف‬ ِّ Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allāh) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang 8 9 Sūrah Fuṡṡilat, 41:44. Sūrah Yūnus, 10:57. 8
  11. 11. menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya10. ﴾٤﴿ ‫قل أعوذ برب النَّاس ﴿٢﴾ ملك النَّاس ﴿١﴾ إ َٰله النَّاس ﴿٣﴾ من شر الْوسواس اْلنَّاس‬ ْ ِّ ْ ِّ ْ ﴾٦﴿ ‫الَّذي ي وسوس ِف صدور النَّاس ﴿٥﴾ من اْلنَّة والنَّاس‬ ْ ْ Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allāh) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia11. 2.0 Dalil-Dalil Daripada As-Sunnah Sunnah Rasūlullāh merupakan sumber hukum yang kedua selepas Al-Qur‘ān. Kitab Allāh adalah sumber wahyu utama yang menggariskan panduan besar dalam aspek akidah, akhlak, dan syariat. Maka sunnah pula berperanan bukan sahaja sebagai penjelasan kepada Al-Qur ‘ān, tetapi juga sebagai penguat dan pendukungnya, mengkhususkan ayat-ayat yang umum, memberi pengecualian kepada ayat-ayat yang mutlak, dan lain-lain. Kita mungkin tidak akan menemui mana-mana ayat di dalam Al-Qur‘ān yang mengajarkan kita tatacara untuk melakukan ruqyah ke atas diri sendiri ataupun orang lain. Kita juga tidak akan menemui ayat Al-Qur‘ān yang menerangkan bagaimana untuk mengendalikan pesakit yang terkena serangan ‘ayn atau rasukan jin. Maka kita perlu merujuk kepada sumber kedua syariat Islām, yakni As-Sunnah An-Nabawiyyah. Terdapat banyak hadis yang memperihalkan bagaimana Rasūlullāh  dan para sahabatnya  melakukan jampi dengan ayat-ayat Al-Qur ‘ān serta doa-doa tertentu. Hadis-hadis ini bukan sahaja menunjukkan kepada kita akan tatacara melakukan ruqyah, tetapi juga menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengannya. Antara hadis tersebut ialah: 2.1 Hadis Abū Sa’īd Al-Khudriy  yang telah disebutkan di atas, yakni kisah seorang sahabat Nabi yang meruqyah ketua kampung yang telah disengat binatang berbisa12. Perbuatan sahabat tersebut berserta tindakannya mengambil upah atas ruqyah itu tadi telah mendapat pengakuan (taqrīr) daripada baginda . Maka ini menunjukkan bahawa melakukan ruqyah dan mengambil upah (ju’lah) atasnya 10 Sūrah Al-Falaq, 113:1-5. Sūrah An-Nās, 114:1-6. 12 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2276). 11 9
  12. 12. adalah dibolehkan. Jika menurut definisi As-Sunnah 13 , maka amalan tersebut adalah termasuk daripada sunnah Rasūlullāh . 2.2 ‘Urwah telah meriwayatkan daripada ’Ā‘ishah ‫ رضي هللا عنها‬bahawa apabila Rasūlullāh  mengadu sakit, beliau meniupkan pada dirinya sendiri AlMu’awwidzāt (Surah-surah Al-Ikhlāṡ, Al-Falaq, dan An-Nās). Kemudian baginda Al-Mu’awwidzāt yang pernah beliau tiupkan padanya, dan aku sapukan pada tubuhnya dengan tangan Nabi 14. 2.3 Anas Bin Mālik  meriwayatkan bahawa Rasūlullāh  telah memberikan keringanan untuk melakukan ruqyah terhadap (orang yang terkena) penyakit ‘ayn, sengatan, dan gigitan semut (An-Namlah)15. 2.4 Juga daripada Anas Bin Mālik , bahawa Rasūlullāh  memberikan keringanan untuk meruqyah bagi penyakit akibat sengatan binatang berbisa, penyakit namlah (gigitan semut), dan ‘ayn (pandangan mata)1617. 2.5 Daripada Jābir Bin ‘Abdillāh  dia berkata bahawa, “Seekor kala jengking telah menyengat seorang pemuda di kalangan kami. Dan kami sedang duduk bersamasama dengan Rasūlullāh . Maka seorang pemuda bertanya, “Ya Rasūlallāh! (Bolehkah) aku meruqyah(nya)?” Maka sabda baginda, “Sesiapa antara kamu yang mampu untuk memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia melakukannya (meruqyahnya)”18. 13 Sunnah merupakan setiap perkataan dan perbuatan Rasūlullāh, dan pengakuan Rasūlullāh terhadap perbuatan sahabat. 14 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 4439). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut: ‫حدثِن حبان، أخربنا عبد اهلل، أخربنا يونس، عن ابن شهاب، قال: أخربِن عروة، أن عائشة، رضي اهلل عنها، أخربته: «أن رسول اهلل‬ ‫صلى اهلل عليه وسلم كان إذا اشتكى نفث على نفسه باملعوذات، ومسح عنه بيده، فلما اشتكى وجعه الذي توِف فيه، طفقت أنفث‬ »‫على نفسه باملعوذات اليت كان ينفث، وأمسح بيد النِب صلى اهلل عليه وسلم عنه‬ 15 Riwayat Muslim (No. 2196). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut: ‫وح َّث نا أبو ب ْر بْن أيب شْيبة، ح َّث نا َيَي بْن آدم، عن سفيان، ح وح َّثِن زهْي ر بْن ح ْرب، ح َّث نا محْيد بْن عْبد الرمحن، ح َّث نا حسن‬ ‫د‬ ‫د‬ ‫د‬ ‫ك‬ ‫د‬ ْ ْ ْ َّ ْ ‫د‬ ‫وهو ابْن صالح، كالُها عن عاصم، عن يوسف بْن عْبد اهلل، عن أنس، قال: «رخِ رسول اهلل صلَّى اهلل علْيه وسلَّم ِف الرقْ ية من‬ َّ ُّ ْ ْ ْ ‫الْعني، واحلمة، والنَّملة» وِف حديث سفيان: يوسف بْن عْبد اهلل بْن احلارث‬ ْ ْ ْ ْ ْ 16 ‘Ayn (‫ )العين‬dari segi bahasa bermaksud mata atau pandangan mata. Ia adalah gejala penyakit yang berpunca daripada pandangan mata yang disertai dengan perasaan takjub atau hasad. Penyakit ‘ayn boleh disebabkan oleh diri sendiri atau oleh orang lain. Ia juga boleh berpunca daripada pandangan mata jin terhadap manusia atau objek lain. 17 Ibid. 18 Riwayat Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2199). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut: 10
  13. 13. 2.6 Daripada ‘Awf Bin Mālik Al-Ashja’iyy , dia berkata, “Kami dulu pernah membaca jampi pada zaman jahiliah. Maka kami pun bertanya kepada Rasūlullāh , ‘Wahai Rasūlallāh, bagaimana pandanganmu tentang hal tersebut?’. Maka baginda bersabda, ‘Tunjukkan padaku jampi kamu tersebut. Tidaklah mengapa membaca jampi selagi tidak ada unsur syirik padanya”19. Demikianlah antara hadis-hadis yang menjadi petunjuk mengenai ruqyah yang dilakukan oleh Rasūlullāh  dan para sahabat baginda. Bukan sahaja dalil-dalil ini mengajar kita tatacara melakukan ruqyah, tetapi juga menunjukkan hukum mengenai perkara ini. ‫وح َّثِن حممد بْن حاِت، ح َّث نا روح بْن عبادة، ح َّث نا ابْن جريْج، أخب رِن أبو الزب ري، أنَّه َسع جابر بْن عْبد اهلل، ي قول: أرخِ النَِّب‬ ‫د‬ ‫د‬ َّ ُّ ْ ْ ُّ ْ ْ ‫د‬ ‫صلَّى اهلل علْيه وسلَّم ِف رقْ ية احليَّة لبِن عمرو قال أبو الزب ري: وَسعت جابر بْن عْبد اهلل ي قول: لدغت رجال منَّا عقرب، وحنن جلوس مع‬ ْ ْ ْ ْ ْ ُّ ْ ْ »‫رسول اهلل صلَّى اهلل علْيه وسلَّم، ف قال رجل: يا رسول اهلل أرقي؟ قال: «من استطاع مْنكم أن ي ْن فع أخاه ف ْلي فعل‬ ْ ْ ْ ْ ْ ْ 19 Riwayat Muslim (No. 2200, 4/1727). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut: ،‫ح َّثِن أبو الطَّاهر، أخب رنا ابْن وهب، أخب رِن معاوية بْن صالح، عن عْبد الرمحن بْن جب ري، عن أبيه، عن عوف بْن مالك اْلشَعي‬ ‫د‬ ْ َّ ْ ْ ْ ِّ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ »‫قال: كنَّا ن ْرقي ِف اْلاهليَّة ف ق ْلنا يا رسول اهلل كْيف ت رى ِف ذلك ف قال: «اعرضوا علي رقاكم، ال بأْس بالرقى ما َْ يكن فيه ش ْرك‬ ْ ُّ ْ َّ ْ ْ 11
  14. 14. HUKUM RUQYAH Pada mulanya ruqyah (jampi) adalah sesuatu yang terlarang, tetapi kemudian diberikan keringanan untuk melakukannya oleh Rasūlullāh 20. Disertakan di sini beberapa dalil mengenainya: 1. Daripada ‘Abdul Raḥmān Bin Al-Aswad daripada bapanya, dia berkata: “Aku bertanya kepada ’Ā ‘ishah ‫ رضي هللا عنها‬tentang ruqyah untuk sengatan binatang berbisa (al-ḥumah). Lalu dia menjawab, Rasūlullāh  telah memberikan keringanan (‫ )رخص‬untuk melakukan ruqyah bagi segala jenis sengatan atau gigitan binatang berbisa”21. Al-Ḥafizh Ibn Ḥajar berkata: Perkataan rakhaṡa (‫ )رخص‬mengandungi isyarat bahawa bahawa ruqyah pada awalnya adalah dilarang22. 2. Daripada ‘Imrān Bin Ḥuṡayn ‫ رضي هللا عنهما‬bahawa Rasūlullāh  bersabda, “Tidak ada ruqyah, kecuali ke atas ‘ayn atau sengatan binatang berbisa”23. 3. Daripada Anas, dia berkata: “Rasūlullāh  telah memberi keringanan untuk meruqyah atas penyakit ‘ayn, sengatan binatang berbisa, dan gigitan semut”24. Al-Imām An-Nawawī berkata25: (Hadis di atas) bukanlah bermaksud bahawa bolehnya meruqyah khusus untuk tiga perkara tersebut sahaja. Dan makna hadis ini yang sebenar ialah baginda telah ditanya tentang tiga perkara tersebut, lalu baginda pun memberikan keizinan untuk meruqyah terhadapnya. Dan sekiranya baginda ditanya mengenai selain darinya, sudah pasti baginda akan mengizinkannya dan sesungguhnya baginda telah mengizinkan bagi perkara-perkara selain daripada ini. Dan sesungguhnya baginda  telah meruqyah terhadap (penyakit) selain daripada tiga yang tersebut, dan Allāh Maha Mengetahui. 20 Abū ‘Ubaydah Māhir Bin Ṡāliḥ Āli Mubārak (selepas ini disebut Āli Mubārak), Fatḥ Al-Mughīts fi As-Siḥr wa AlḤasad wa Massi Iblīs, Riyadh: Dār ‘Ulūm As-Sunnah, 1415H/1995M, hlm. 169. 21 Ibid. Diriwayatkan oleh Al-Bukhārī dalam Kitāb Aṫ-Ṫibb pada bab Ruqyah Al-Ḥayyah wa Al-‘Aqrab (10/205) dalam Fatḥ Al-Bārī, dan Muslim dalam Kitāb Aṫ-Ṫibb pada bab Istiḥbāb Ruqyah Al-Marīdh (14/183) dalam Shārḥ Ṡaḥīḥ Muslim oleh Al-Imām An-Nawawī. 22 Ibid. 23 Ibid. Diriwayatkan oleh Aḥmad dalam Musnadnya (4/438), At-Tirmidzī (No. 2058) dalam Aṫ-Ṫibb pada bab Berkenaan Keringanan Untuk Meruqyah, Abū Dāwūd (No. 3884) dalam Aṫ-Ṫibb dan isnadnya sahih, rujuk Sharḥ AsSunnah Al-Imām Al-Baghawī (12/162). 24 Ibid. Diriwayatkan oleh Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (14/185) oleh Al-Imām An-Nawawī, dan ia juga dalam Sunan Ibn Mājah (No. 2834) dan dalam Sharḥ As-Sunnah oleh Al-Baghawī (12/162). 25 Ibid. Syarah Ṡaḥīḥ Muslim oleh Al-Imām An-Nawawī (14/185). 12
  15. 15. 4. Daripada Jābir , dia berkata: Ayah saudaraku telah meruqyah terhadap sengatan kala jengking sedangkan Rasūlullāh  telah melarang daripada ruqyah. Dia berkata, lalu dia pun pergi kepada baginda dan bertanya: “Wahai Rasūlullāh, sesungguhnya engkau telah melarangku daripada meruqyah. Sedangkan aku telah meruqyah terhadap sengatan kala jengking.” Maka baginda bersabda, “Barangsiapa antara kamu yang mampu untuk memberikan manfaat terhadap saudaranya, maka hendaklah dia lakukan”26. 5. Daripada Jābir , dia berkata: Ahli Bayt dari kalangan Anṡār telah diberitahu oleh keluarga ’Amr Bin Ḥazm bahawa mereka telah melakukan jampi terhadap sengatan binatang berbisa (al-ḥumah). Rasūlullāh  pernah melarang daripada melakukan jampi. Maka mereka pun datang kepada baginda dan berkata, “Wahai Rasūlullāh, sesungguhnya engkau telah melarang kami daripada jampi, padahal sesungguhnya kami telah membaca jampi terhadap sengatan binatang berbisa.” Maka baginda pun bersabda kepada mereka, “Tunjukkan padaku (jampi tersebut).” Lalu mereka pun menunjukkan (membacakan jampi tersebut) kepada baginda, lalu baginda berkata, “Jampi ini tidak mengapa, (kerana) ia boleh dipercayai (tidak mengandungi unsur-unsur syirik)”27. Kesimpulannya, pada asalnya ruqyah atau jampi adalah dilarang dalam agama Islām. Dalil-dalil yang telah kita rujuk di atas menunjukkan kepada kita bahawa hukum asal ruqyah atau jampi adalah haram, kerana terdapatnya larangan daripada Rasūlullāh  sepertimana yang disebutkan dengan jelas oleh sahabat-sahabat baginda. Hal ini dapat difahami berdasarkan latar belakang bangsa Arab sebelum Islām yang menganut agama berhala dan sudah pasti jampi atau mantera mereka berisi lafaz-lafaz atau kata-kata yang berunsur syirik terhadap Allāh. Walau bagaimanapun, apabila para sahabat meruqyah dengan menggunakan ayat Al-Qur‘ān seperti surah Al-Fātiḥah dan selainnya, atau jampi yang tidak ada unsur syirik, baginda  tidak pula melarang, bahkan membenarkan perbuatan tersebut. Maka ini menjadi petunjuk bahawa dibolehkan melakukan jampi dengan ayat-ayat Al-Qur‘ān atau jampi-jampi yang bersih daripada syirik. Terdapat juga riwayat-riwayat lain yang menunjukkan kepada kita bahawa Rasūlullāh  sendiri turut melakukan ruqyah terhadap orang yang terkena ’ayn dan lain-lain, serta memerintahkan para sahabat melakukan rawatan terhadap orang yang terkena ’ayn dan lain-lain. Dengan yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa meruqyah dengan hal-hal yang disyariatkan, yakni ayat-ayat Al-Qur‘ān dan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi, adalah termasuk perkara yang disunnahkan. 26 Ibid. Dikeluarkan oleh Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (14/186) oleh Al-Imām An-Nawawī No. 2199 dalam naskhah Fu‘ād ‘Abd Al-Bāqī, rujuk Silsilah Al-Aḥādīts Aṡ-Ṡaḥīḥah No. 472. 27 Ibid. Diriwayatkan oleh Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya dan juga dalam Ṡaḥīḥ Ibn Mājah oleh Al-Albānī No. 2833. 13
  16. 16. TUJUAN RUQYAH Sebagaimana yang telah maklum daripada perbincangan sebelum ini, ruqyah dilakukan untuk merawat penyakit seperti gigitan atau sengatan binatang berbisa, misalnya kala jengking dan semut. Ia juga dilakukan untuk merawat orang yang terkena gangguan ‘ayn. Ruqyah juga perlu dilakukan bagi merawat seseorang yang dirasuk oleh jin. Bahkan dewasa ini antara sebab paling kerap seseorang mu’allij (perawat) meruqyah seseorang ialah untuk mengeluarkan gangguan jin daripada tubuh pesakit tersebut. Di bahagian ini, kita akan bincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan sebab diperlukan ruqyah dan dalil-dalil mengenainya daripada Al-Qur‘ān dan As-Sunnah. 1.0 Setiap Penyakit Ada Penawar & Al-Qur‘ān Adalah Penawar Teragung Al-Imām Ibn Qayyim Al-Jawziyyah menukilkan dalam kitabnya Ad-Dā‘ wa Ad-Dawā‘28 hadis daripada Ṡaḥīḥ Al-Bukhārī: Daripada Abū Hurayrah  bahawa Nabi  bersabda: ‫ما أنزل اهلل داء إال أنزل له شفاء‬ Tidaklah Allāh turunkan sesuatu penyakit kecuali Dia turunkan untuknya suatu penawar29. Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa penawar bagi setiap penyakit itu hanya diketahui oleh orang yang mengetahui tentangnya dan tidak diketahui oleh orang yang jahil terhadapnya30. Allāh  telah mengkhabarkan di dalam kitabNya bahawa sesungguhnya Al-Qur‘ān adalah penawar31. Antaranya ialah firmanNya: 28 Abū ‘Abdillāh, Muḥammad Bin Abī Bakr Bin Ayyūb Ibn Qayyim Al-Jawziyyah (selepas ini disebut Ibn Qayyim), Ad-Dā‘ wa Ad-Dawā‘, Makkah: Dār ’Ālim Al-Fawā‘id, 1429H, hlm. 4. 29 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 5678, 7/122). 30 Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya (No. 18455, 30/398). Teks penuh asalnya seperti berikut: َّ ‫ح َّث نا مصعب بْن سالم، ح َّث نا اْلجلح، عن زياد بْن عالقة، عن أسامة بْن شريك رجل من ق ومه، قال: جاء أعرايب إَل رسول اهلل‬ ‫د‬ ‫ْ ي‬ ْ ْ ْ ‫د‬ ْ ْ ْ ْ ،‫صلَّى اهلل علْيه وسلَّم، ف قال: يا رسول اهلل، أي النَّاس خْي ر؟ قال: " أحسن هم خلقا ". مثَّ قال: يا رسول اهلل، أن تداوى؟ قال: " تداووا‬ ُّ ْ ْ ْ َّ َّ .‫فإن اهلل َْ ي نْزل داء، إال أنْزل له شفاء، علمه من علمه، وجهله من جهله‬ ْ ْ ْ 31 Ibn Qayyim, Op cit., hlm. 6. 14
  17. 17. ‫ولو جع ْلناه ق ْرآنا أعَميًّا لَّقالوا لوال فصلت آياته ۗ أأعَمي وعريب ۗ قل هو للَّذين آمنوا‬ ‫ي‬ ْ ْ ِّ ْ ‫ْ ي‬ ْ ْ ‫هدى وشفاء‬ Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman”32 َّ ‫ون ن زل من الْق ْرآن ما هو شفاء ورمحة لِّْلمؤمنني ۗ وال يزيد الظَّالمني إال خسارا‬ ِّ ْ ْ Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) AlQuran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua33. Dan Al-ḥamdu lillāh, telah kita sebutkan riwayat mengenai amalan Rasūlullāh  yang membacakan Sūrah Al-Falaq dan Sūrah An-Nās pada tangannya serta menyapukan tubuhnya dengan tangan baginda. Kita juga telah sebutkan sebelum ini riwayat mengenai sahabat yang meruqyah ketua sebuah kampung dengan Umm Al-Kitāb (Sūrah Al-Fātiḥaḥ) akibat sengatan binatang berbisa. Terdapat juga dalil yang menunjukkan bahawa Rasūlullāh  menganjurkan bacaan Sūrah Al-Baqarah di rumah yang mana jika dibacakan surah tersebut, maka syaitan akan lari daripadanya34. Dan ada juga riwayat daripada Abū Hurayrah mengenai bacaan ayat Al- 32 Sūrah Fuṡṡilat, 41:44. Sūrah Al-Isrā‘, 17:82. 34 Riwayat Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 780, 1/539), Aḥmad dalam Musnad (No. 7821 & 9042, 15/17), An-Nasā‘i dalam Sunannya (No. 7961, 7/257) dan dikeluarkan oleh Al-Bayhaqī dalam Shu’ab Al-Īmān (No. 2164, 4/48) daripada hadis Abū Hurayrah . Teks penuh asalnya seperti berikut: 33 َّ ‫ح َّث نا ق ت ْيبة بْن سعيد، ح َّث نا ي عقوب وهو ابْن عْبد الرمحن الْقاري، عن سهْيل، عن أبيه، عن أيب هريْرة، أن رسول اهلل صلَّى اهلل علْيه‬ ‫د‬ ْ َّ ْ ‫د‬ ْ ْ ْ ُّ »‫وسلَّم، قال: «ال جتعلوا ب يوتكم مقابر، إن َّيطان ي ْنفر من الْب ْيت الَّذي ت قرأ فيه سورة الْب قرة‬ ْ ْ ْ‫َّ الش‬ ْ “Qutaybah Bin Sa’īd telah menceritakan kepada kami, Ya’qūb iaitu Ibn ‘Abd Ar-Raḥmān Al-Qārī menceritakan kepada kami, daripada Suhayl, daripada ayahnya, daripada Abū Hurayrah , bahawa Rasūlullāh  bersabda, ‘Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan (tidak dibacakan Al-Qur ‘ān), sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya Sūrah Al-Baqarah’.” Dalam Sunan At-Tirmidzī (No. 2877, 5/157), melalui jalur ’Abd Al-’Azīz Bin Muḥammad, juga daripada Suhayl, daripada ayahnya, daripada Abū Hurayrah, dengan lafaz berikut: 15
  18. 18. Kursiy (ayat 255 daripada Sūrah Al-Baqarah) yang boleh memelihara diri daripada gangguan syaitan. Selain daripada dalil-dalil naqliy (tekstual) ini, ramai di kalangan mereka yang pernah membacakan Al-Qur‘ān pada pesakit-pesakit yang mengidap pelbagai penyakit mendapati bahawa para pesakit tersebut sembuh dan menjadi sihat semula. Maka berdasarkan pengalaman mereka, malah pengalaman penulis sendiri yang pernah menggunakan ayatayat Al-Qur‘ān sebagai medium pengubatan penyakit, terbukti bahawa Al-Qur‘ān benarbenar bertindak sebagai penawar bagi apa sahaja penyakit – penyakit hati, rohani, mental, dan fizikal – yang sekaligus menyerlahkan sifatnya sebagai mukjizat terbesar yang pernah diturunkan oleh Allāh  kepada rasul-rasul utusanNya. 2.0 Ruqyah Untuk Merawat Rasukan Jin Kerasukan atau Aṡ-Ṡar’ (‫ )الصرع‬dalam bahasa Arab ialah ‘kekacauan dalam perkataan, perbuatan, dan fikiran’ 35 . Sememangnya terdapat segelintir manusia yang menolak kewujudan hal ini dengan alasan bahawa ia bertentangan dengan hukum alam, lojik akal, dan perkembangan tamadun. Mereka menyangka bahawa semua kes kerasukan dapat dijelaskan secara saintifik dan eksperimen di makmal sains. Sungguhpun kemungkinan adanya kes sawan atau epilepsi yang disebabkan oleh unsur-unsur berbahaya dalam tubuh badan sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim dalam Aṫ-Ṫibb An-Nabawiy memang ada, tetapi kita tidak sepatutnya menolak kemungkinan bahawa sesetengah kes epilepsi atau kerasukan adalah benar-benar diakibatkan oleh gangguan roh jahat atau jin. 2.1 Dalil Daripada Al-Qur‘ān Antara dalil yang menunjukkan bahawa jin atau syaitan boleh merasuk manusia ialah firman Allāh : َّ ‫الَّذين يأْكلون الربا ال ي قومون إال كما ي قوم الَّذي ي تخبَّطه َّيطان من الْمس‬ ِّ ِّ ْ‫الش‬ Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu36 َّ ‫ال جتعلوا ب يوتكم مقابر، وإن الب ْيت الَّذي ت قرأ فيه الب قرة ال يدخله َّيطان‬ ْ ْ ْ‫ْ الش‬ ْ “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, padahal sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya Sūrah Al-Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan.” Hadis ini dinilai hasan sahih oleh At-Tirmidzī dan disahihkan oleh Al-Albānī. 35 36 Āli Mubārak, Op cit., hlm. 115. Sūrah Al-Baqarah, 2:275. 16
  19. 19. Dalam ayat di atas, Allāh  menyifatkan orang-orang yang memakan harta hasil riba seumpama orang yang dirasuk oleh syaitan pada Hari Qiyāmah. Sekiranya rasukan syaitan atau jin adalah dongeng dan tahayul, maka kenapa Allāh menyebutkan hal yang demikian? Hal ini kami perkuatkan dengan kalam ulama terdahulu seperti Al-Qurṫubī yang mengatakan bahawa dalam ayat ini terdapat dalil rosaknya pengingkaran mereka yang mengingkari kerasukan dalam bentuk gangguan jin dan menyangka bahawa ia adalah perkara tabii atau semulajadi dan bahawa syaitan tidak dapat berjalan dalam tubuh manusia dan sentuhannya37 tidak dapat terjadi38. Al-Ḥāfizh Ibn Katsīr pula mengatakan bahawa ayat ini menceritakan bahawa mereka yang makan hasil riba tersebut tidak akan bangkit daripada kubur-kubur mereka pada Hari Qiyāmah melainkan seperti orang yang kerasukan dan terkena gangguan syaitan.39 2.2 Dalil Daripada As-Sunnah Selain ayat di atas, terdapat hadis yang menceritakan mengenai perbuatan Rasūlullāh  mengeluarkan jin atau syaitan daripada tubuh seseorang. Antaranya ialah: Daripada ’Utsmān Bin Abī Al- ’Āṡ, dia berkata, Rasūlullāh  telah menugaskan aku ke Ṫā‘if dan pada suatu ketika sesuatu telah ditunjukkan di dalam solatku hingga aku tidak tahu apa yang aku baca dalam solat tersebut. Apabila aku melihat perkara tersebut, aku pun pergi kepada Rasūlullāh . Lalu baginda bertanaya, “Adakah engkau anak Abī Al-’Āṡ?”. Aku pun menjawab, “Ya Rasūlullāh.” Lalu baginda berkata, “Apa yang berlaku padamu?”. Jawabku, “Wahai Rasūlullāh, sesuatu telah muncul di dalam solatku hingga aku tidak tahu apa yang kubacakan dalam solatku.” Kata baginda, “Itulah syaitan yang menghampirimu.” Lalu aku pun mendekati baginda, dan aku pun duduk di atas permukaan dua kakiku, dan baginda pun menepuk dadaku dengan tangannya dan baginda meludah mulutku seraya berkata, “Keluarlah wahai musuh Allāh!”. Baginda melakukan hal tersebut sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda, “Teruskanlah dengan kerjamu.” Maka kata ’Utsmān, “Demi hidupku, aku mengira bahawa aku tidak pernah menghidapinya selepas itu!”40. 37 Āli Mubārak, Op cit., hlm. 116. Ibid. Al-Mass (sentuhan) di sini bermaksud kegilaan atau kerasukan (Al-Junūn). 39 Ibid. 40 Riwayat Ibn Mājah (No. 3548, 2/1178) dan disahihkan oleh Al-Albānī. Teks penuh asalnya adalah seperti berikut: 38 ‫ح َّث نا حممد بْن ب َّار قال: ح َّث نا حممد بْن عْبد اللَّه اْلنْصاري قال: ح َّثِن عي ْي نة بْن عْبد الرمحن قال: ح َّثِن أيب، عن عثْمان بْن أيب‬ ‫د‬ ‫د‬ ‫ش‬ ْ َّ ‫د‬ َّ ‫د‬ ُّ ْ َّ ْ ‫الْعاص قال: لما است عملِن رسول اللَّه صلَّى اهلل علْيه وسلَّم على الطَّائف جعل ي عرض يل شيء ِف صاليت حىت ما أدري ما أصلِّي، ف لما‬ َّ ْ َّ ْ ْ ْ َّ ْ :‫رأيْت ذلك رح ْلت إَل رسول اللَّه صلَّى اهلل علْيه وسلَّم ف قال: «ابْن أيب الْعاص؟» ق ْلت: ن عم يا رسول اللَّه. قال: «ما جاء بك؟» ق ْلت‬ ْ ،‫يا رسول اللَّه، عرض يل شيء ِف صلوايت حىت ما أدري ما أصلِّي قال: «ذاك َّيطان ادنه» فدن وت منْه، فَلست على صدور قدمي‬ ْ َّ َّ ْْ ْ‫الش‬ ْ ْ ْ 17
  20. 20. Oleh yang demikian, jelas bagi kita daripada hadis ini bahawa Rasūlullāh  pernah mengeluarkan jin atau syaitan daripada tubuh sahabatnya. Ini bermakna bahawa jin atau syaitan boleh memasuki tubuh manusia dan melakukan sesuatu terhadapnya. Di dalam riwayat tersebut, ternyatalah bahawa sahabat baginda telah diganggu sehingga menyebabkan dia tidak tahu bacaan atau bilangan rakaat solatnya. Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas  bahawa Nabi  sedang bersama-sama dengan salah seorang isterinya, lalu melintaslah seorang pemuda. Maka baginda pun memanggilnya dan berkata, “Wahai fulan, ini adalah isteriku si fulanah 41 ”. Maka kata pemuda tersebut, “Wahai Rasūlullāh, siapalah aku untuk berprasangka mengenainya, dan tidaklah aku berprasangka terhadap engkau”. Lalu Rasūlullāh , “Sesungguhnya syaitan itu berjalan (atau bergerak) di dalam insan (yakni tubuh manusia) mengikut aliran darah!”42. Sesungguhnya Rasūlullāh  menyebutkan tentang syaitan tatkala sahabat baginda menafikan mempunyai syak wasangka terhadap baginda, kerana wujudnya peranan syaitan yang masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah seraya mampu mengganggu hati manusia dan mencetuskan prasangka buruk terhadap orang lain. Shaykh Muḥammad Fu‘ād ‘Abd Al-Bāqī ketika mensyarahkan hadis ini pada kalimat “Sesungguhnya syaitan itu berjalan (atau bergerak) di dalam insan (yakni tubuh manusia) mengikut aliran darah” berkata: Al-Qādhī dan selainnya berkata bahawa disebutkan yang demikian secara zahirnya, dan bahawa Allāh  telah menjadikan baginya (syaitan) kekuatan dan kudrat untuk berjalan atau bergerak di dalam batin manusia melalui saluran darahnya. Dan juga dikatakan bahawa ia (yakni syaitan bergerak melalui saluran darah) adalah metafora kepada godaan dan was-wasnya seolah-seolah ia tidak meninggalkan manusia sebagaimana darahnya tidak meninggalkannya. Dan dikatakan juga bahawa sesungguhnya ia (syaitan) melemparkan was-wasnya pada bahagian badan yang lembut dan menghubungkan was-was tersebut ke jantung hatinya. ‫قال: فضرب صدري بيده، وت فل ِف فمي وقال: «اخ ج عدو اللَّه» ف فعل ذلك ثالث مرات، مثَّ قال: «احلق بعملك» قال: ف قال‬ َّ ْ ‫ْ ر‬ َّ ْ ْْ »‫عثْمان: «ف لعمري ما أحسبه خالطِن ب عد‬ ْ ْ ْ 41 Yakni tidak disebutkan siapakah pemuda dan isteri Rasūlullāh tersebut. Riwayat Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2174, 4/1712), Aḥmad (No. 14042, 21/436), dan Abū Dāwūd (No. 4719, 4/230) dan disahihkan oleh Al-Albānī dalam Sunan Abī Dāwūd. Teks penuh asalnya menurut riwayat Muslim adalah seperti berikut: 42 ‫ح َّث نا عْبد اهلل بْن مسلمة بْن ق عنب، ح َّث نا محَّاد بْن سلمة، عن ثابت الْب ناِنِّ، عن أنس، أن النَِّب صلَّى اهلل علْيه وسلَّم كان مع إحدى‬ ‫د‬ ‫د‬ َّ َّ ْ ْ ْ ْ ْ ‫نسائه، فمر به رجل فدعاه، فَاء، ف قال: «يا فالن هذه زوجيت فالنة» ف قال: يا رسول اهلل من كنْت أظن به، ف لم أكن أظن بك، ف قال‬ ُّ ْ ْ ُّ َّ ْ ْ »‫رسول اهلل صلَّى اهلل علْيه وسلَّم: «إن َّيطان َيري من اْلنْسان جمرى َّم‬ ‫ْ الد‬ ْ ْ ْ‫َّ الش‬ 18
  21. 21. 2.3 Membaca Al-Qur ‘ān, Doa, dan Zikir Untuk Menangkis Gangguan Syaitan Penangkis yang paling ampuh dan terunggul terhadap gangguan syaitan ialah kalam Allāh yang diturunkan kepada RasulNya, Muḥammad , yakni Al-Qur ‘ān. Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Al-Qur‘ān merupakan penawar bagi segala penyakit di dalam hati setiap insan yang beriman. Selain itu, Rasūlullāh  juga telah mengajarkan beberapa doa dan zikir yang baik untuk diamalkan sebagai pelindung daripada gangguan dan godaan syaitan yang direjam. Kita akan kongsikan pada penghujung risalah ini beberapa ayat AlQur‘ān yang lazim digunakan sebagai pendinding diri daripada syaitan dan juga doa-doa daripada hadis-hadis yang sahih, inshā‘Allāh. 19
  22. 22. RUQYAH DZĀTIYAH: MERUQYAH DIRI SENDIRI Meruqyah diri sendiri merupakan perkara yang dianjurkan oleh agama. Ruqyah terhadap diri sendiri bermakna membacakan ayat-ayat Al-Qur‘ān, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, dengan tujuan untuk melindungi diri daripada gangguan kejahatan dan lain-lain musibah atau bahaya. Begitu juga dengan membaca doa-doa dan zikir-zikir yang ma‘tsūr, yakni yang diriwayatkan daripada Nabi  dan para sahabat baginda . Amalan meruqyah diri sendiri, atau ruqyah dzātiyah ini merupakan sunnah Rasūlullāh . Dalildalil terhadap amalan ini ada banyak, antaranya: 1.0 Allāh  memerintahkan kita agar memohon perlindungan denganNya daripada gangguan syaitan: ‫وإما ينزغنَّك من َّيطان ن ْغ فاستعذ باللَّه إنَّه َسيع عليم‬ ْ ْ ‫ز‬ َّ ْ‫الش‬ Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allāh, sesungguhnya Allāh Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.43 ‫وإما ينزغنَّك من َّيطان ن ْغ فاستعذ باللَّه إنَّه هو السميع الْعليم‬ ْ ْ ‫ز‬ َّ َّ ْ‫الش‬ Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allāh. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.44 2.0 ‘Urwah telah meriwayatkan daripada ’Ā‘ishah ‫ رضي هللا عنها‬bahawa apabila Rasūlullāh  mengadu sakit, beliau meniupkan pada dirinya sendiri Al-Mu’awwidzāt (Surah-surah AlIkhlāṡ, Al-Falaq, dan An-Nās). Kemudian baginda Al-Mu’awwidzāt yang pernah beliau tiupkan padanya, dan aku sapukan pada tubuhnya dengan tangan Nabi 45. 3.0 Daripada Abān Bin ’Utsmān, daripada ayahnya, dia berkata bahawa Rasūlullāh  bersabda: “Barangsiapa yang membaca Bismillāhi alladzī lā yadhurru ma’a ismihi shay‘un fi al-ardhi wa lā fi as-samā‘ wa huwa As-Samī’ Al-’Alīm (Dengan nama Allāh yang dengan namaNya tidaklah memudaratkan sesuatu pun sama ada yang di bumi mahupun di langit, 43 Sūrah Al-A’rāf, 7:200. Sūrah Fuṡṡilat, 41:36. 45 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 4439). 44 20
  23. 23. dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui), maka tidak ada sesuatu pun yang akan memudaratkannya46. 4.0 Daripada Khawlah Bintu Ḥakīm, dia berkata bahawa dia mendengar Rasūlullāh  bersabda, “Barangsiapa yang tiba di suatu tempat kemudian membaca A’ādzu bi kalimātillāhi at-tāmmāti min sharri mā khalaq (Aku berlindung dengan kalimat Allāh yang sempurna daripada kejahatan yang Dia ciptakan), tidak ada sesuatu pun yang akan memudaratkannya, hinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.47 5.0 Daripada ’Utsmān Bin Abī Al-’Āṡ, bahawa dia telah pergi berjumpa dengan Rasūlullāh . Kata ’Utsmān, aku mengalami sakit yang hampir membinasakan aku (boleh membawa maut). Dia berkata bahawa Rasūlullāh  bersabda, “Sapukan (tempat yang sakit) dengan tangan kananmu sebanyak tujuh kali dan bacakan A’ūdzu bi ’izzatillāhi wa qudratihi min sharrima ajid (Aku berlindung dengan keagungan Allāh dan kudratNya daripada kejahatan apa yang aku alami).” Dia (’Utsmān) berkata, aku pun membacanya dan Allāh menghilangkan sakit yang kualami tadi, dan aku sentiasa menganjurkan ahli keluargaku dan orang lain untuk mengamalkannya.48 6.0 Daripada Abū Hurayrah  yang meriwayatkan bahawa, “Rasūlullāh  telah mengamanahkan aku untuk melindungi harta zakat (di Baytulmāl) pada bulan Ramadhān. Ketika aku melakukan tugasku, seseorang datang dan mula mencari-cari di tempat simpanan makanan, maka aku pun menangkapnya. Aku berkata, ‘Demi Allāh, aku akan membawamu kepada Rasūlullāh!’ Lelaki itu merayu, ‘Sesungguhnya aku miskin dan aku ada tanggungan. Aku berada dalam keadaan yang sangat memerlukan.’ Maka aku pun melepaskannya pergi. Pagi esoknya, Rasūlullāh  berkata, ‘Wahai Abū Hurayrah, apa tawananmu lakukan pada malam tadi?’ Aku menjawab, ‘Dia mengadu bahawa dia dalam keadaan yang memerlukan dan memiliki keluarga, maka aku pun melepaskannya.’ Nabī  membalas, ‘Sesungguhnya dia menipumu dan dia akan kembali.’ Oleh sebab aku tahu bahawa dia akan kembali, aku pun menunggunya. Apabila dia kembali dan mula mencari makanan, aku menahannya dan berkata, ‘Aku pasti akan membawamu kepada Rasūlullāh.’ Dia merayu, ‘Lepaskanlah aku! Sesungguhnya aku miskin dan mempunyai keluarga. Aku tak akan kembali.’ Maka aku pun berasa kasihan terhadapnya dan melepaskannya. Pada pagi berikutnya Rasūlullāh  berkata, ‘Wahai Abū Hurayrah, apa tawananmu telah lakukan semalam?’ Aku menjawab bahawa dia mengadu 46 Riwayat Al-Imām Aḥmad (No. 446, 1/498) dan dalam Sunan Ibn Mājah (No. 3869, 2/1273) dan Abū Dāwūd (No. 5088, 4/323) terdapat lafaz “sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala secara tiba-tiba hinggalah ke pagi, dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala secara tiba-tiba hingga ke petang.” Disahihkan oleh Al-Albānī dalam Sunan Ibn Mājah. 47 Riwayat Al-Imām Muslim (No. 2708, 4/2080), Mālik (No. 35, 2/978), Aḥmad (N0. 27120, 45/87), Sunan Ibn Mājah (No. 3547, 2/1174), dan At-Tirmidzī (N0. 3437, 5/496) dan beliau mengatakan hadis ini hadis hasan saḥīḥ gharīb. Al-Albānī mensahihkannya dalam Sunan Ibn Mājah. 48 Riwayat Al-Imām Mālik dalam Muwaṫṫa‘ (No. 9, 2/949), Aḥmad (No. 16268, 26/196), At-Tirmidzī (No. 2080, 3/476) – beliau mengatakan hadis ini hasan ṡaḥīḥ, Abū Dāwūd (No. 3891, 4/11) dan Ibn Mājah (No. 3522, 2/1163) – kedua-duanya disahihkan oleh Al-Albānī. 21
  24. 24. yang dia dalam keadaan yang amat memerlukan dan dia mempunyai keluarga, maka aku pun membiarkan dia pergi. Nabi  membalas, ‘Dia sesungguhnya telah menipumu dan dia akan kembali lagi.’ Lalu aku pun menantinya dan menangkapnya apabila dia mula mencari-cari makanan. Aku berkata, ‘Demi Allāh, aku akan membawamu kepada RasūluLlāh. Ini kali yang ketiga, dan engkau telah berjanji tidak akan kembali. Namun kau masih tetap kembali!’ Dia berkata, ‘Biarlah aku memberimu beberapa perkataan yang dengannya Allāh akan memberimu manfaat.’ Aku bertanya, ‘Apakah ia?’ Dia menjawab, ‘Bila sahaja engkau hendak tidur, bacalah ayat Al-Kursiy dari awal hingga akhir. Jika engkau lakukannya, penjaga yang diturunkan oleh Allāh akan sentiasa bersamamu dan syaitan tidak akan datang dekat denganmu hingga pagi’. Kemudian aku melepaskannya. Pagi berikutnya Rasūlullāh  bertanya, ‘Apa tawananmu lakukan malam tadi?’ Aku menjawab bahawa dia mendakwa akan mengajarku beberapa kalimah yang dengannya Allāh akan memberiku manfaat maka aku pun melepaskannya pergi. Apabila Rasūlullāh  bertanya mengenainya, aku memberitahu baginda bahawa ia adalah membaca ayat Al-Kursiy sebelum tidur. Aku juga memberitahu baginda bahawa dia mengatakan penjaga yang dihantar oleh Allāh akan tetap bersamaku dan syaitan tidak akan datang dekat padaku hingga aku bangun pada waktu pagi. Nabi  bersabda, ‘Sesungguhnya dia telah mengatakan sesuatu yang benar walau pun dia penipu yang teruk. Wahai Abū Hurayrah! Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap sejak tiga malam yang lepas?’ Aku menjawab, ‘Tidak’. Dan baginda pun berkata, ‘Dia adalah syaitan!’”49. Daripada kisah Abū Hurayrah ini, maka dapat kita fahami bahawa membaca ayat Al-Kursiy, iaitu ayat ke-255 daripada Sūrah Al-Baqarah, sebelum tidur merupakan salah satu bentuk ruqyah terhadap diri sendiri. Membacanya akan menjadi sebab Allāh  memeliharanya daripada gangguan syaitan pada malam tersebut hingga ke waktu pagi. Dan ada banyak lagi hadis-hadis yang berkaitan dengan hal ini yang tidak dapat kami sertakan di sini. Oleh yang demikian, maka telah jelaslah kepada kita bahawa amalan membaca ayat-ayat AlQur‘ān dan doa-doa perlindungan untuk diri sendiri telah diajarkan kepada kita oleh baginda Nabi . Dengan izin Allāh, kami akan sertakan di penghujung risalah ini beberapa ayat dan doa ruqyah daripada hadis-hadis yang sahih untuk diamalkan oleh para pembaca yang budiman. 49 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2311, 3/101). 22
  25. 25. MERUQYAH ORANG LAIN Kita juga diharuskan untuk meruqyah orang lain yang memerlukan bantuan. Sungguhpun meruqyah diri sendiri adalah lebih disukai, tetapi kadang kala seseorang memerlukan bantuan orang yang lebih pandai dan mahir. Membantu saudara Muslim yang lain amat ditekankan oleh Islām. Telah disebutkan sebuah hadis sebelum ini tentang hal meruqyah orang lain, yang menunjukkan bahawa hal tersebut dibolehkan selagi ia dapat memberikan manfaat kepada orang yang memerlukannya. Terdapat banyak riwayat yang menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada larangan untuk meruqyah orang lain, bahkan Rasūlullāh  sendiri pernah melakukannya, atau tidak pula melarang orang yang meminta dirinya diruqyahkan. Hadis yang berikut sebagai contoh yang menunjukkan Rasūlullāh  tidak melarang seorang wanita daripada meminta ruqyah. Daripada ’Aṫā‘ Bin Abī Rabāḥ, daripada Ibn ‘Abbās ‫ ,رضي هللا عنهما‬bahawa dia berkata, “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu wanita daripada ahli syurga?” Aku berkata, “Sudah tentu mahu!”. Katanya, “Wanita berkulit hitam ini telah pergi kepada Nabi  dan berkata, ‘Sesungguhnya aku telah dirasuk, dan sessungguhnya aku sering terdedah (auratku), maka doalah kepada Allāh agar Dia menyembuhkanku.” Sabda baginda, “Jika engkau mahu, maka bersabarlah, dan bagimu syurga. Dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allāh agar menyembuhkanmu.” Kata wanita itu, “Aku akan bersabar.” Dan katanya lagi, “Sesungguhnya aku sering terdedah, maka mohonlah kepada Allāh agar auratku tidak terdedah lagi.” Lalu baginda pun mendoakan untuknya50. Dan telah disebutkan juga sebelum ini sebuah hadis yang menunjukkan bahawa Rasūlullāh  pernah membantu mengeluarkan jin daripada tubuh seorang sahabat. Bahkan ketika Rasūlullāh  terkena sihir pada suatu ketika, Jibrīl  turun menemui baginda dan meruqyahnya. Kisah Rasūlullāh  terkena sihir telah diriwayatkan oleh Umm Al-Mu‘minīn ’Ā‘ishah ‫ ,رضي هللا عنها‬di mana beliau berkata, “Bahawasanya Nabi  telah disihir, hinggakan baginda dikhayalkan bahawa baginda telah melakukan sesuatu, tetapi sebenarnya baginda tidak melakukannya”51. 50 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 5652, 7/116), Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2576, 4/1994), dan Aḥmad dalam Musnad (No. 3240, 5/291). Teks penuh asalnya menurut riwayat Al-Bukhārī adalah seperti berikut: ‫ح َّث نا مس َّد، ح َّث نا َيَي، عن عمران أيب ب ْر، قال: ح َّثِن عطاء بْن أيب رباح، قال: قال يل ابْن عبَّاس: أال أريك امرأة من أهل‬ ‫د‬ ‫ك‬ ‫د‬ ْ ْ ْ ْ ‫د د‬ ْ ْ ‫اْلنَّة؟ ق ْلت: ب لى، قال: هذه امل ْرأة السوداء، أتت النَِّب صلَّى اهلل علْيه وسلَّم ف قالت: إِن أص ع، وإِن أتك َّف، فادع اللَّه يل، قال: «إن‬ ‫ْ ِّ ْ ر ِّ ش‬ ْ ْ َّ ْ َّ ‫شْئت صب رت ولك اْلنَّة، وإن شئْت دعوت اللَّه أن ي عافيك» ف قالت: أصرب، ف قالت: إِن أتك َّف، فادع اللَّه يل أن ال أتك َّف، فدعا‬ ‫ش‬ ‫ْ ِّ ش‬ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ »‫ْلا ح َّث نا حممد، أخب رنا َمْلد، عن ابْن جريْج، أخب رِن عطاء: «أنَّه رأى أم زف ر ت ْلك امرأة طويلة سوداء، على سْ الكعبة‬ َّ ْ ْ َّ ‫د‬ ْ ْ ْ ْ 51 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 3175, 4/101). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut: 23
  26. 26. Telah diriwayatkan daripada Abū Sa’īd, bahawa Jibrīl  telah datang kepada baginda Nabi  dan berkata, “Wahai Muḥammad, adakah engkau sedang menderita sakit?”, jawab baginda, “Ya!”. Jibrīl pun berkata, “Dengan nama Allāh aku meruqyahmu, daripada setiap perkara yang menghidapimu, daripada kejahatan setiap jiwa, atau pandangan mata orang yang berhasad dengki, Allāh yang menyembuhkanmu, dengan nama Allāh aku meruqyahmu!”52. Amalan meruqyah orang lain juga telah dipraktiskan oleh ulama terdahulu. Antara yang pernah dirakamkan ialah kisah Shaykh Al-Islām Ibn Taymiyyah merawat seseorang yang dirasuk oleh jin. Kisah ini diceritakan oleh anak muridnya, Shaykh Al-Islām Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, seperti berikut: Dan saya telah menyaksikan shaykh kami (Ibn Taymiyyah) diutuskan kepada seseorang yang telah dirasuk yang mana beliau telah berbicara dengan roh (jin) yang ada di dalam tubuhnya. Dan dia pun berkata: “Keluarlah engkau! Sesungguhnya ia tidak halal bagimu.” Orang yang kerasukan tadi pun sedar, namun kadang-kadang ia berbicara dengan roh tersebut sendiri, dan kadang-kadang roh tersebut memberontak, dan dia pun mengeluarkannya dengan menggunakan pukulan. Maka pesakit tersebut pun sedar namun ia tidak merasakan kesakitan. Dan sesungguhnya kami serta orang lain telah menyaksikan beliau melakukan hal tersebut berkali-kali. Dan beliau pernah banyak kali membacakan pada telinga pesakit (orang yang dirasuk): ‫أفحسْبتم أمنا خلقناكم عبثا وأنَّكم إلْي نا ال ت ْرجعون‬ ْ ْ ْ َّ ْ Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? 53 Dan dia menceritakan kepadaku bahawa dia membaca ayat tersebut sekali di telinga orang yang dirasuk tersebut, lalu berkatalah roh di dalam badannya, “Ya!” sambil dia meninggikan suaranya. Dia berkata, “Lalu aku mengambilkan tongkat untuk (memukul)nya, lalu aku pun memukulnya (bertalu-talu) pada urat tengkuknya hingga tanganku penat akibat membuat pukulan tersebut. Orang-orang yang hadir tidak ragu- ‫ح َّثِن حممد بْن املث َّن، ح َّث نا َيَي، ح َّث نا هشام، قال: ح َّثِن أيب، عن عائشة: «أن النَِّب صلَّى اهلل علْيه وسلَّم سحر، حىت كان ييَّل‬ ‫د‬ ‫د‬ ‫د‬ َّ َّ َّ َّ ْ ‫َّ د‬ ْ »‫إلْيه أنَّه صنع شْيئا َْ يصن عه‬ ْ ْ ‫و‬ 52 Riwayat Muslim (No. 2186, 4/1718). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut: ‫ح َّث نا بشر بْن هالل الصواف، ح َّث نا عْبد الْوارث، ح َّث نا عْبد الْعزيز بْن صهْيب، عن أيب نضرة، عن أيب سعيد، أن جربيل، أتى النَِّب‬ ‫د‬ ‫د‬ َّ َّ ْ ‫د‬ ْ َّ ْ َّ ْ ْ ‫صلَّى اهلل علْيه وسلَّم ف قال: يا حممد اشتكْيت؟ ف قال: «ن عم» قال: «باسم اهلل أرقيك، من كل شيء ي ؤذيك، من شر كل ن فس أو عني‬ ْ َّ ْ ْ ِّ ْ ْ ْ ْ ِّ ِّ ْ ْ ْ ْ »‫حاسد، اهلل يشفيك باسم اهلل أرقيك‬ ْ ْ ْ 53 Sūrah Al-Mu‘minūn, 23:115. 24
  27. 27. ragu bahawa orang tersebut akan mati akibat pukulan tersebut. Lalu ketika berlangsungnya pukulan tersebut, berkatalah jin tersebut, ‘Aku mencintainya!’. Aku pun berkata, ‘Dia tidak mencintaimu!’. Katanya lagi (jin tersebut), ‘Aku ingin pergi haji bersama-samanya!’. Aku berkata, ‘Dia tidak mahu pergi haji bersamamu!’. Maka jin itu berkata, ‘Aku akan tinggalkannya demi kemuliaanmu!’. Jawabku, ‘Tidak, kau akan tinggalkannya demi mentaati Allāh dan RasūlNya’. Kata jin tersebut, ‘Maka aku akan keluar daripada tubuhnya!’. Katanya (Ibn Taymiyyah), orang tersebut pun duduk dan menoleh ke kanan dan ke kiri. Lalu dia bertanya, ‘Kenapa aku boleh hadir di hadapan Shaykh?’. Mereka (hadirin) pun bertanya, ‘Dan segala pukulan tadi (tidakkah kau rasakan)?’. Jawabnya, ‘Atas sebab apa Shaykh memukul aku? Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan!’. Dia tidak merasakannya kerana pukulan tersebut tidak ada apa-apa kesan (padanya).54 54 Ibn Qayyim, Aṫ-Ṫibb An-Nabawiy, Beirut: Dār Al-Hilāl, tanpa tahun, 1/53. 25
  28. 28. AYAT-AYAT RUQYAH SHAR’IYYAH In shā’allāh, di bahagian ini kita akan kongsikan beberapa ayat yang lazim digunakan dalam ruqyah shar’iyyah. Ayat-ayat tersebut diekstrak daripada dua (2) sumber, iaitu (1) daripada AlQur ‘ān, dan (2) daripada As-Sunnah. Dan demi Allāh, hanya ini sahajalah yang harus digunakan oleh setiap Muslim yang melakukan ruqyah, yakni ruqyah yang disyariatkan. Adapun segala jampi atau mantera yang tidak ada asal daripada dua sumber tersebut, mestilah ditinggalkan dan dijauhi sejauh-jauhnya untuk menyelamatkan diri kita daripada terjebak dalam bid’ah dan kesyirikan. Dengan menyenaraikan ayat-ayat Al-Qur‘ān yang berikut, bukanlah bermakna hanya ini sahaja ayat yang patut digunakan dalam ruqyah, tetapi keseluruhan Al-Qur‘ān itu adalah penawar dan mana-mana ayat pun boleh dibacakan untuk tujuan pengubatan. Maka timbullah persoalan kenapa ayat-ayat berikut sangat lazim dibacakan? Jawapannya ialah, dalam ruqyah shar’iyyah, ayat-ayat yang dibacakan tergolong dan dua keadaan: (1) Tawqifī (telah tetap dan tidak berubah) dan (2) Ijtihādī (berdasarkan pengalaman dan kajian seseorang alim atau perawat). Ia bersifat tawqīfī; bermakna keseluruhan ayat yang dibacakan adalah menurut apa yang telah ditetapkan oleh syarak, yakni tidak berubah huruf atau kalimah serta tidak bercampur aduk atau ditokoktambah pada ayatayatnya. Manakala ia juga bersifat ijtihādī; yakni pilihan ayat yang manakah perlu dibacakan adalah menurut sangkaan yang kuat, atau hasil kajian dan pengalaman seorang perawat. 1.0 DARIPADA AL-QUR‘ĀN AL-KARĪM (a) Ta’awwudz (Doa perlindungan) ‫أعوذ باهلل السميع الْعليم من َّيطان الرجيم‬ ‫الش‬ َّ َّ “Aku berlindung dengan Allāh Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam” (b) Sūrah Al-Fātiḥah, Ayat 1-7 ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم ﴿٢﴾ احلمد للَّه رب الْعالمني ﴿١﴾ الرمحن الرحيم ﴿٣﴾ مالك ي وم ِّين‬ ‫ْ الد‬ ِّ َّ َٰ ْ َّ َّ َٰ ْ َّ ْْ ْ ‫﴿٤﴾ إيَّاك ن عبد وإيَّاك نستعني ﴿٥﴾ اهدنا الصراط الْمستقيم ﴿٦﴾ صراط الَّذين أنْعمت علْيهم غري‬ ِّ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ﴾٠﴿ ‫الْمغضوب علْيهم وال َّالِّني‬ ‫ْ الض‬ ْ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allāh, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allāh) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat 26
  29. 29. kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (c) Daripada Sūrah Al-Baqarah Ayat 1-5: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ َٰ ‫اَ ﴿٢﴾ ذلك الْكتاب ال ريْب ۗ فيه ۗ هدى لِّْلمتَّقني ﴿١﴾ الَّذين ي ؤمنون بالْغْيب ويقيمون‬ ْ ‫الصالة وِمَّا رزقْ ناهم ينفقون ﴿٣﴾ والَّذين ي ؤمنون ِبا أنزل إلْيك وما أنزل من ق ْبلك وباْلخرة هم‬ ْ َّ ْ ْ ْ ﴾٥﴿ ‫يوقنون ﴿٤﴾ أوَٰلئك على هدى من رهبم ۗ وأوَٰلئك هم الْمفلحون‬ ْ َٰ ْ ِّ َّ ِّ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allāh dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. Ayat 102: ‫واتَّب عوا ما ت ْت لو َّياطني على م ْلك سلْيمان ۗ وما كفر سلْيمان وَٰلكن َّياطني كفروا ي علِّمون‬ ‫َّ الش‬ ‫الش‬ َٰ َّ ‫النَّاس السحر وما أنزل على الْملكني ببابل هاروت وماروت ۗ وما ي علِّمان من أحد حىت ي قوال إمنا‬ َٰ َّ ْ ْ ِّ ْ ‫حنن فْت نة فال ت ْف ْر ۗ ف يت علَّمون مْن هما ما ي فرقون به ب ني الْمرء وزوجه ۗ وما هم بضارين به من‬ ‫ك‬ ِّ ِّ ْ ْ ْ ْ ْ ‫أحد إال بإذن اللَّه ۗ وي ت علَّمون ما يضرهم وال ينفعهم ۗ ولقد علموا لمن اشت راه ما له ِف اْلخرة‬ ْ ْ َّ ْ ْ ْ ْ ُّ ‫من خالق ۗ ولبْئس ما شروا به أنفسهم ۗ لو كانوا ي علمون‬ ْ ْ ْ ْ ْ Mereka (membelakangkan Kitab Allāh) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal 27
  30. 30. mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allāh. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Ayat 163-164: َٰ َّ َّ َّ ‫وإْلكم إَٰله واحد ۗ ال إَٰله إال هو الرمحن الرحيم ﴿٣٦٢﴾ إن ِف خ ْلق السماوات واْلرض واختالف‬ َّ َٰ ْ َّ َّ ْ ْْ ْ ‫اللَّْيل والنَّهار والْف ْلك الَّيت جتري ِف الْبحر ِبا ينفع النَّاس وما أنزل اللَّه من السماء من ماء فأحيا به‬ َّ ْ ْ َّ ْ ‫اْلرض ب عد موِتا وبث فيها من كل دابَّة وتصريف الرياح والسحاب الْمسخر ب ني السماء واْلرض‬ َّ َّ ْ َّ َّ ِّ ِّ ْ ْْ ْ ْ ْْ ﴾٢٦٤﴿ ‫ْليات لِّقوم ي عقلون‬ ْ ْ Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allāh, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allāh turunkan dari langit lalu Allāh hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allāh) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allāh kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Ayat 255 (Ayat Kursi): َّ ۗ ‫اللَّه ال إَٰله إال هو احلي الْقيُّوم ۗ ال تأْخذه سنة وال ن وم ۗ لَّه ما ِف السماوات وما ِف اْلرض‬ َّ ُّ ْ ْْ ْ ‫من ذا الَّذي يشفع عنده إال بإذنه ۗ ي علم ما ب ني أيْديهم وما خ ْلفهم ۗ وال َييطون بشيء من‬ ْ َّ ْ ْ ْ ْ ِّ ْ ْ ْ َّ ‫ع ْلمه إال ِبا شاء ۗ وسع كرسيُّه السماوات واْلرض ۗ وال ي ئوده حفظهما ۗ وهو الْعلي الْعظيم‬ ْ َّ ُّ ْْ ْ Allāh, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allāh melainkan apa yang Allāh kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allāh (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allāh menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) 28
  31. 31. Ayat 285-286: ‫آمن الرسول ِبا أنزل إلْيه من ربِّه والْمؤمنون ۗ ك ي آمن باللَّه ومالئكته كتبه ورسله ال ن فرق ب ني أحد‬ ‫و‬ ‫ل‬ َّ َّ ْ ْ ِّ َّ ْ ‫من رسله ۗ وقالوا َسعنا وأطعنا ۗ غفرانك ربَّنا وإلْيك الْمصري ﴿٥٨١﴾ ال يكلِّف اللَّه ن فسا إال‬ ُّ ِّ ْ ْ ْ ‫وسعها ۗ ْلا ما كسبت وعلْي ها ما اكتسبت ۗ ربَّنا ال ت ؤاخذنا إن نَّسينا أو أخطأْنا ۗ ربَّنا وال َتمل‬ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ‫علْي نا إصرا كما مح ْلته على الَّذين من ق ْبلنا ۗ ربَّنا وال َتم ْلنا ما ال طاقة لنا به ۗ واعف عنَّا واغفر لنا‬ ِّ ْ ْ ْْ ﴾١٨٦﴿ ‫وارمحْنا ۗ أنت موالنا فانصرنا على الْقوم الْكافرين‬ ْ ْ ْ ْ Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orangorang yang beriman; semuanya beriman kepada Allāh, dan Malaikat-malaikatNya, dan KitabkitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". Allāh tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (d) Daripada Sūrah Āli ’Imrān Ayat 1-6: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ َّ ‫اَ ﴿٢﴾ اللَّه ال إَٰله إال هو احلي الْقيُّوم ﴿١﴾ ن زل علْيك الْكتاب باحلق مص ِّقا لِّما ب ني يديْه وأنزل‬ ‫ْ ِّ د‬ َّ ُّ ْ ْ َّ ‫التَّوراة واْلجنيل ﴿٣﴾ من ق ْبل هدى لِّلنَّاس وأنزل الْفرقان ۗ إن الَّذين كفروا بآيات اللَّه ْلم عذاب‬ ْ ْ ْ ْ َّ ‫شديد ۗ واللَّه عزيز ذو انتقام ﴿٤﴾ إن اللَّه ال يْفى علْيه شيء ِف اْلرض وال ِف السماء ﴿٥﴾ هو‬ َّ َٰ ْْ ْ َّ ﴾٦﴿ ‫الَّذي يصوكم ِف اْلرحام كْيف يشاء ۗ ال إَٰله إال هو الْعزيز احلكيم‬ ْ ْ ْ ْ ‫ِّر‬ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Alif, Laam, Miim. Allāh tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allāh itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allāh Maha Kuasa, lagi berhak 29
  32. 32. membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). Sesungguhnya Allāh tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Ayat 18-19: َّ َّ ‫شهد اللَّه أنَّه ال إَٰله إال هو والْمالئكة وأولو الْع ْلم قائما بالْقسط ۗ ال إَٰله إال هو الْعزيز احلكيم‬ ْ ْ َّ ‫﴿٨٢﴾ إن ِّين عند اللَّه اْلسالم ۗ وما اخت لف الَّذين أوتوا الْكتاب إال من ب عد ما جاءهم الْع ْلم‬ ‫َّ الد‬ ْ ْ ْ ْ َّ ﴾٢١﴿ ‫ب غيا ب ْي ن هم ۗ ومن ي ْفر بآيات اللَّه فإن اللَّه سريع احلساب‬ ْ ْ ْ‫ك‬ ْ Allāh menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allāh ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allāh, maka sesungguhnya Allāh Amat segera hitungan hisabNya. Ayat 26-27: ُّ ۗ ‫قل اللَّهم مالك الْم ْلك ت ؤيت الْم ْلك من تشاء وت ع الْم ْلك ِمَّن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء‬ ‫نز‬ ُّ َّ ْ ‫بيدك اْلْي ر ۗ إنَّك على كل شيء قدير ﴿٦١﴾ تولج اللَّْيل ِف النَّهار وتولج النَّهار ِف اللَّْيل ۗ وُتْ ج‬ ‫ر‬ ْ ْ ِّ َٰ ﴾١٠﴿ ‫احلي من الْميِّت وُتْ ج الْميِّت من احلي ۗ وت رزق من تشاء بغري حساب‬ ‫ر‬ َّ ْ ْ ِّ ْ ْ Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (e) Daripada Sūrah Al-A’rāf Ayat 54-56: 30
  33. 33. َّ ‫إن ربَّكم اللَّه الَّذي خلق السماوات واْلرض ِف ستَّة أيَّام مثَّ است وى على الْع ْرش ي غشي اللَّْيل النَّهار‬ َٰ ْ ْ َّ ْْ ‫يطْلبه حثيثا و َّمس والْقمر والنَُّوم مسخرات بأمره ۗ أال له اْل ْلق واْلمر ۗ ت بارك اللَّه رب الْعالمني‬ َّ ُّ ْْ ْ ْ ْ ‫الش‬ ‫﴿٤٥﴾ ادعوا ربَّكم تضرعا وخفية ۗ إنَّه ال َيب الْمعتدين ﴿٥٥﴾ وال ت فسدوا ِف اْلرض ب عد‬ ْ ْ ُّ ْ ْ ْ ْْ ْ ُّ ﴾٥٦﴿ ‫إصالحها وادعوه خوفا وطمعا ۗ إن رمحت اللَّه قريب من الْمحسنني‬ ِّ ْ َّ ْ ْ ْ ْ Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allāh yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allāh jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allāh yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allāh tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allāh menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allāh itu dekat kepada orangorang yang memperbaiki amalannya. Ayat 117-122: ‫وأوحْي نا إَل موسى أن ألْق عصاك ۗ فإذا هي ت ْلقف ما يأْفكون ﴿٠٢٢﴾ ف وقع احلق وبطل ما كانوا‬ ُّ ْ ْ َٰ َٰ ْ ‫ي عملون ﴿٨٢٢﴾ ف غلبوا هنالك وانقلبوا صاغرين ﴿١٢٢﴾ وألْقي السحرة ساجدين ﴿٠١٢﴾ قالوا‬ َّ ْ ﴾٢١١﴿ ‫آمنَّا برب الْعالمني ﴿٢١٢﴾ رب موسى وهارون‬ ِّ ِّ َٰ Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun". (f) Sūrah Yūnus, ayat 79-82: ‫وقال فرعون ائْ توِن بكل ساحر عليم ﴿١٠﴾ ف لما جاء السحرة قال ْلم موسى ألْقوا ما أنتم م ْلقون‬ ُّ َّ َّ ِّ َٰ ُّ ْ ْ َّ َّ ‫﴿٠٨﴾ ف لما ألْقوا قال موسى ما جْئتم به السحر ۗ إن اللَّه سيْبطله ۗ إن اللَّه ال يصلح عمل‬ َٰ ْ ْ ِّ ْ َّ ﴾٨١﴿ ‫الْمفسدين ﴿٢٨﴾ وَيق اللَّه احلق بكلماته ولو كره الْمَرمون‬ َّ ْ ُّ ْ ْ ْ Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang mahir". Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:" Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!" Setelah 31
  34. 34. mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allāh akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allāh tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. "Dan Allāh juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". (g) Sūrah Al-Isrā‘, ayat 82: َّ ‫ون ن زل من الْقرآن ما هو شفاء ورمحة لِّْلمؤمنني ۗ وال يزيد الظَّالمني إال خسارا‬ ِّ ْ ْ ْ Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (h) Sūrah Tā Hā, ayat 65-70: ‫قالوا يا موسى إما أن ت ْلقي وإما أن نَّكون أول من ألْقى ﴿٥٦﴾ قال بل ألْقوا ۗ فإذا حباْلم وعصيُّ هم‬ َّ َّ َٰ َٰ ْ َّ ْ ْ ْ ‫ييَّل إلْيه من سحرهم أنَّها تسعى ﴿٦٦﴾ فأوجس ِف ن فسه خيفة موسى ﴿٠٦﴾ ق ْلنا ال ُتف إنَّك‬ ْ ْ َٰ ُّ َٰ ْ ْ ْ ْ َّ ‫أنت اْلعلى ﴿٨٦﴾ وألْق ما ِف ميينك ت ْلقف ما صن عوا ۗ إمنا صن عوا كْيد ساحر ۗ وال ي فلح الساحر‬ ْ َّ ْ َٰ ْ ْ ﴾٠٠﴿ ‫حْيث أتى ﴿١٦﴾ فألْقي السحرة سَدا قالوا آمنَّا برب هارون وموسى‬ َّ ِّ َّ َٰ َٰ Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?" Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada". (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa". (i) Sūrah Al-Mu‘minūn, 115-118: َّ ‫أفحسْبتم أمنا خلقناكم عبثا وأنَّكم إلْي نا ال ت رجعون ﴿٥٢٢﴾ ف ت عاَل اللَّه الْملك احلق ۗ ال إَٰله إال هو‬ ُّ ْ ْ ْ ْ ْ َّ ْ َٰ َّ ‫رب الْعرش الْكرمي ﴿٦٢٢﴾ ومن يدع مع اللَّه إْلا آخر ال ب ْرهان له به فإمنا حسابه عند ربِّه ۗ إنَّه ال‬ ْ ْ ُّ ﴾٢٢٨﴿ ‫ي فلح الْكافرون ﴿٠٢٢﴾ وقل رب اغفر وارحم وأنت خْي ر الرامحني‬ ْ َّ ْ ْ ْ ْ ِّ َّ 32
  35. 35. "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allāh Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allāh, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (j) Sūrah Aṡ-Ṡāffāt, ayat 1-10: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ َٰ ‫والصافَّات ص ًّا ﴿٢﴾ فالزاجرات زجرا ﴿١﴾ فالتَّاليات ذكرا ﴿٣﴾ إن إْلكم لواحد ﴿٤﴾ رب‬ ‫ف‬ َّ َّ ُّ َّ ْ ْ ْ َّ ﴾٦﴿ ‫السماوات واْلرض وما ب ْي ن هما ورب الْمشارق ﴿٥﴾ إنَّا زيَّنَّا السماء ُّنْيا بزينة الْكواكب‬ ‫َّ الد‬ ُّ َّ ْْ ﴾٨﴿ ‫وحفظا من كل شْيطان مارد ﴿٠﴾ ال يسمعون إَل الْمَل اْلعلى وي قذفون من كل جانب‬ َّ َّ َّ َّ ْ َٰ ْ ْ ِّ ِّ ِّ ْ ﴾٢٠﴿ ‫دحورا ۗ وْلم عذاب واصب ﴿١﴾ إال من خطف اْلطْفة فأتْ ب عه شهاب ثاقب‬ ْ ْ َّ ْ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret - (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya - (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci; (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu - Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. (k) Sūrah Al-Ḥashr, ayat 21-24: َٰ ‫لو أنزلْنا هذا الْقرآن على جبل لَّرأيْته خاشعا متص ِّعا من خشية اللَّه ۗ وت ْلك اْلمثال نضرب ها للنَّاس‬ ْ ْ ِّ ‫ُّ د‬ ْ َٰ ْْ ْ ْ َّ َّ ‫لعلَّهم ي ت فكرون ﴿٢١﴾ هو اللَّه الَّذي ال إَٰله إال هو ۗ عاَ الْغْيب و َّهادة ۗ هو الرمحن الرحيم‬ ‫الش‬ َّ َٰ ْ َّ ْ َّ ۗ ‫﴿١١﴾ هو اللَّه الَّذي ال إَٰله إال هو الْملك الْق ُّوس السالم الْمؤمن الْمهْيمن الْعزيز اْلبَّار الْمتكبِّ ر‬ ‫د‬ ْ َّ ْ ‫سْبحان اللَّه عما يشكون ﴿٣١﴾ هو اللَّه اْلالق الْبارئ الْمصور ۗ له اْلَساء احلسَّن ۗ يسبِّح له ما‬ ‫َّ ْ ر‬ ْ ِّ َٰ ْ ْ ْ ْ ﴾١٤﴿ ‫ِف السماوات واْلرض ۗ وهو الْعزيز احلكيم‬ ْ َّ ْْ 33
  36. 36. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allāh. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dia lah Allāh, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allāh, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allāh dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allāh, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (l) Sūrah Ar-Raḥmān, ayat 33-36: َّ ‫يا معشر اْلن واْلنس إن استطعتم أن تنفذوا من أقْطار السماوات واْلرض فانفذوا ۗ ال تنفذون إال‬ ْ ِّ ْ ْ َّ ْْ ْ ْْ ْ ِّ ‫بس ْلطان ﴿٣٣﴾ فبأي آالء ربِّكما تكذبان ﴿٤٣﴾ ي رسل علْيكما شواظ من نَّار وحناس فال تنتصران‬ ِّ ِّ ْ ِّ ﴾٣٦﴿ ‫﴿٥٣﴾ فبأي آالء ربِّكما تكذبان‬ ِّ Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (m) Sūrah Ash-Sharḥ: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ ‫أَْ نش ح لك صدرك ﴿٢﴾ ووضعنا عنك وزرك ﴿١﴾ الَّذي أنقض ظهرك ﴿٣﴾ ورف عنا لك ذكرك‬ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ‫ْر‬ َّ َّ ‫﴿٤﴾ فإن مع الْعسر يسرا ﴿٥﴾ إن مع الْعسر يسرا ﴿٦﴾ فإذا ف رغت فانصب ﴿٠﴾ وإَل ربِّك‬ ْ َٰ ْ ْ ْ ْ ْ ﴾٨﴿ ‫فارغب‬ ْ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan 34
  37. 37. pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (n) Sūrah Al-Kāfirūn: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ ‫قل يا أيُّها الْكافرون ﴿٢﴾ ال أعبد ما ت عبدون ﴿١﴾ وال أنتم عابدون ما أعبد ﴿٣﴾ وال أنا عابد ما‬ َّ ْ ْ ْ ْ ْ ﴾٦﴿ ‫عبدِت ﴿٤﴾ وال أنتم عابدون ما أعبد ﴿٥﴾ لكم دينكم ويل دين‬ ْ ُّْ ْ ْ ْ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allāh) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". (o) Sūrah Al-Ikhlāṡ: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ ﴾٤﴿ ‫قل هو اللَّه أحد ﴿٢﴾ اللَّه الصمد ﴿١﴾ َْ يلد وَْ يولد ﴿٣﴾ وَْ يكن لَّه كفوا أحد‬ َّ ْ ْ ْ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allāh Yang Maha Esa; "Allāh Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (p) Sūrah Al-Falaq: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ ‫قل أعوذ برب الْفلق ﴿٢﴾ من شر ما خلق ﴿١﴾ ومن شر غاسق إذا وقب ﴿٣﴾ ومن‬ ِّ ِّ ِّ ْ ﴾٥﴿ ‫شر الن َّاثات ِف الْعقد ﴿٤﴾ ومن شر حاسد إذا حسد‬ ‫ِّ َّف‬ ِّ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 35
  38. 38. Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allāh) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (q) Sūrah An-Nās: ‫بسم اللَّه الرمحن الرحيم‬ َّ َٰ ْ َّ ْ ‫قل أعوذ برب النَّاس ﴿٢﴾ ملك النَّاس ﴿١﴾ إَٰله النَّاس ﴿٣﴾ من شر الْوسواس اْلنَّاس ﴿٤﴾ الَّذي‬ ْ ِّ ْ ِّ ْ ﴾٦﴿ ‫ي وسوس ِف صدور النَّاس ﴿٥﴾ من اْلنَّة والنَّاس‬ ْ ْ Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allāh) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". 2.0 Daripada As-Sunnah a) Doa Pertama: ‫ال إله إالَّ اهلل الْعظيم احلليم، ال إله إالَّ اهلل رب الْع ْرش الْعظيم، ال إله إالَّ اهلل رب السموات ورب‬ ْ ُّ ُّ َّ ُّ ‫اْلرض، ورب الْع ْرش الْكرمي‬ ُّ ْ Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh yang Maha Agung, Maha Penyantun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh Pemilik ’Arsh yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh Pemilik langit-langit dan Pemilik bumi, dan Pemilik ’Arsh yang mulia55. b) Doa Kedua: 55 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 6346, 8/75), Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2730, 4/2092), Abū Dāwūd Aṫ-Ṫiyālisī dalam Musnadnya (No. 2773, 4/374), Aḥmad dalam Musnadnya (No. 2411, 4/234), dan At-Tirmidzī dalam Sunannya (No. 3435, 5/495) dengan lafaz: ‫احلكيم‬ َّ ‫ ال إله إال اللَّه احلليم‬pada awalnya. 36

×