Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sukatan

11,754 views

Published on

Sukatan

  1. 1. PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR Sukatan Pelajaran Kelayakan: Ahli-ahli BSMM dan orang awam Syarat: Kursus mestilah dijalankan tidak kurang daripada 14 jam mengandungi Teori dan Praktikal. Calon-calon dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 100% syarahan dan demonstrasi bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan. Bahan-bahan rujukan: 1. Manual Pertolongan Cemas BSMM 2. Panduan Menyelamat Jantung (CPR) oleh Persatuan Jantung Amerika. Jurulatih: 1. Jurulatih BSMM 2. Pembantu Perubatan 3. Jururawat Berdaftar (SRN) 4. Doktor Perubatan Pemeriksa: Jurulatih/Pensyarah yang sama tidak boleh menjadi pemeriksa bagi satu-satu peperiksaan yang hendak dijalankan. Peperiksaan: Soalan-soalan Lisan hendaklah termasuk dalam tajuk-tajuk menyentuh prosedur-prosedur. Peperiksaan praktikal hendaklah menekankan semaksima mungkin ke atas aspek-aspek prosedur- prosedur yang betul. Kertas Teori 1 jam 50% objektif dan 50% Betul/Salah.
  2. 2. Markah: Calon-calon hendaklah mendapatkan 50% dalam stiap bahagian bagi mencapai kelulusan. Teori 100 markah CPR dan Mangsa tercekik Lulus/Gagal Praktikal Lulus/Gagal Jumlah 100 markah Pemberian: SIJIL PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR SUKATAN PELAJARAN: MODUL 1 Pengenalan  Definisi  Objektif Pertolongan Cemas  Prinsip Asas Pertolongan Cemas  Garis Panduan Asas Pertolongan Cemas  Alatan Kotak Pertolongan Cemas  Praktikal: Mengenalpasti Kotak Pertolongan Cemas dan kegunaannya. MODUL 2 Keselamatan dan Cara Pencegahan  Keselamatan dan Pencegahan Kemalangan di rumah  Keselamatan dan Pencegahan Kemalangan di tempat kerja. MODUL 3 Kecederaan Tisu Lembut  Struktur dan fungsi asas kulit  Jenis luka (tertutup dan terbuka)  Pengendalian asas luka  Pengendalian luka tertentu – objek asing terlekat, anggota terputus  Jenis pendarahan  Tanda dan gejala pendarahan  Prinsip asas pengendalian pendarahan
  3. 3.  Pengendalian pendarahan di bahagian lain seperti telinga, hidung dll  Praktikal: Bagaimana cara menghentikan pendarahan. MODUL 4 Pembalut dan Balutan  Definisi  Objektif balutan Dan pembalut  Praktikal: o Jenis balutan dan pembalut o Simpulan buku sila o Teknik mencuci luka o Teknik pembalut o Jenis anduh MODUL 5 Renjatan  Definisi renjatan  Sebab renjatan  Tanda dan gejala renjatan  Pengendalian renjatan  Pengendalian renjatan elektrik MODUL 6 Penilaian Asas Pesakit  Penilaian tempat kejadian  Penilaian asas o Penilaian tahap kesedaran o Pengendalian tulang belakang o Memeriksa dan membuka seluran pernafasan o Memeriksa dan pemberian pernafasan o Memeriksa dan pengendalian aliran darah o Pemeriksaan kulit mangsa  Penilaian pantas keseluruhan badan  Rawatan
  4. 4. MODUL 7 Kecederaan Tulang, Rangka, Sendi Dan Otot  Struktur dan fungsi rangka, otot dan sendi  Jenis patah  Tanda dan gejala patah  Pengendalian patah  Jenis kecederaan sendi  Tanda dan gejala kecederaan sendi  Pengendalian kecederaan sendi  Praktikal o Tuap dan teknik memasang tuap MODUL 8 Kecederaan Kepala Dan Tulang Belakang  Struktur dan fungsi asas sistem saraf  Tanda dan gejala kecederaan kepala  Pengendalian kecederaan kepala  Tanda dan gejala kecederaaan tulang belakang  Pengendalian kecederaan tulang belakang  Praktikal o Teknik menstabilkan kepala, leher dan tulang belakang MODUL 9 Kecederaan Terbakar  Bahan yang boleh membakar  Cara mengukur keluasan bahagian badan terbakar menggunakan peraturan 9  Peringkat terbakar  Prinsip asas pengendalian mangsa terbakar  Kecederaan elektrikal dan pengendalian kecederaan elektrikal  Pratikal o Balutan kes terbakar
  5. 5. MODUL 10 Bantuan Hidup Asas (Cardiopulomonary Resuscitation – CPR)  Pengenalan CPR  Keperluan CPR  CPR untuk orang dewasa, kanak-kanak dan bayi  Mangsa tercekik  Pengendalian mangsa tercekik dewasa, bayi  Praktikal o CPR dan Heimlich Manouvre MODUL 11 Mengangkat Pesakit  Prinsip asas mengangkat pesakit  Teknik mengangkat dengan usungan  Teknik mengangkat tanpa stretcher MODUL 12 Penilaian  Teori  Pratikal Disusun oleh TUAN HARUN TUAN YAHYA Pengarah BSM Cawangan Kelantan

×