Peranan wanita dalam aspek pembangunan negaramemang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnyadaripada pihak masyarakat um...
tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia. Wanita memilikikemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikandiri mereka seba...
memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita jugaberupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam bidangkeselamatan negara y...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara memang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya daripada pihak masyarakat umum

8,942 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
8,942
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
74
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara memang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya daripada pihak masyarakat umum

  1. 1. Peranan wanita dalam aspek pembangunan negaramemang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnyadaripada pihak masyarakat umum.Huraikan peranan yang mampu dipikul oleh kaumwanita di negara ini.Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalusering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini.Kita masih belum menyedari bahawa dalam kelembutanwanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampumenyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita.Rencana dalam media massa telah banyak memaparkantentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkannegara kini ini. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yangberupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia.Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golonganini boleh menjalankan usaha mendidik generasi mudadengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan merekaterhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikanwanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Kejayaanmereka mendidik anak menjamin satu kelompokmasyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana merekapada masa hadapan. Jelaslah, wanita di negara iniberperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadisatu generasi yang memiliki semua cirri-ciri yangdiperlukan dalam kehidupan yang mencabar ini.Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan
  2. 2. tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia. Wanita memilikikemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikandiri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap.Sikap rajin bekerja dan tekun serta memberikan perhatianyang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan inisasaran utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaumwanita memang mempunyai peranan besar dalammemastikan sumber manusia negara ini berupayamemenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi negara kita.Pada masa yang sama wanita juga berperanan untukmenimba ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin.Usaha memperoleh ilmu ini menjadikan wanita terdedahterhadap pelbagai perubahan teknologi yang menjadikandiri wanita itu lebih baik dan berkeyakinan pula. Sudah adabanyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjayamendirikan pelbagai perniagaan yang kemudiannyamenghasilkan pelbagai produk yang berkualiti untukpasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya,mencari ilmu itu menjadi tugas utama wanita kerana duniayang penuh persaingan ini memerlukan wanita yangberilmu tinggi pula.Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga merekadalam aspek keselamatan negara yang begitu penting itu.Sudah ramai wanita yang menyertai perkhidmatan tenteradan polis dnegan mempamerkan keupayaan yang serupadengan kaum lelaki. Kewujudan kaum wanita dalamperkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluangkepada kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapatdiselesaikan dengan baik kerana ada tugas-tugas yang
  3. 3. memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita jugaberupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam bidangkeselamatan negara yang amat penting itu.Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negaraini begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklahmemandang tinggi dan member peluang kepada wanitauntuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikapmemandang enteng keupayaan wanita bukanlah satutindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh cabaranini. Slogan “pemuda harapan negara pemudi tiang negara”harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnyasumbangan wanita terhadap kemajuan negara itu.

×