Ulasan kajian tindakan

13,590 views

Published on

kajian tindakan

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
13,590
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
601
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan kajian tindakan

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 1 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TAJUK: MENGATASI KELEMAHAN MURID MENGUASAI ASPEK TATABAHASA DALAM BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK NORMAWATI BINTI ABDUL HAMID L20101005984 SUHANAYANTI BINTI DAMAN HURI L20101005995 PENSYARAH : PROF MADYA DR. ABD. LATIF BIN HJ.GAPOR 1
  2. 2. Tajuk Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa. Pengenalan Laporan kajian tindakan ini dilakukan untuk memenuhi prasyarat kursus KPR 5063 Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Kajian tindakan ini telah kami perolehi melalui laman sesawang http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cdl/article52.pdf. Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh A.Chellamal Bagavathy di SJK (T) Ladang West Country (Barat) pada tahun 2005. Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Seramai 25 orang murid tahun enam dari sekolah tersebut telah dipilih menjadi responden kajian. Murid-murid tahun enam dipilih sebagai kumpulan sasaran untuk kajian ini kerana kelemahan mereka dalam menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Sebelum kajian dijalankan, penyelidik telah mendapati bahawa murid-murid tidak dapat menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Selain itu, penyelidik secara jelas telah merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan murid-murid tersebut. Penyelidik turut mengkaji cara bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan aspek tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pencapaian murid dalam subjek Bahasa Melayu. Masalah Kajian Penguasaan aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu penting kerana ia amat berguna dalam penulisan Bahasa Melayu, bahkan telah menjadi syarat wajib untuk murid-murid lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bahasa Melayu perlu dipelajari oleh murid-murid sekolah dan mereka harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan dengan baik dan menguasai aspek tatabahasa supaya mereka tidak menghadapi masalah di kemudian hari. Permasalahan juga timbul apabila guru-guru Bahasa Melayu menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid agak sukar dan keliru dalam memahami aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru menggunakan pelbagai cara dan teknik yang baru bagi memudahkan pemahaman murid dalam subjek Bahasa Melayu. 2
  3. 3. Kaedah Kajian Setelah mengkaji dan membaca laporan tindakan yang telah dibuat oleh penyelidik, dapat kami kaitkan bahawa penyelidik telah menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh (1989) dalam menyediakan kajian beliau. Penyelidik telah menerangkan secara terperinci cara beliau menjalankan proses kajian bermula dari proses mengenalpasti masalah sehingga ke proses penilaian. Setiap prosedur yang terdapat dalam kajian penyelidik adalah seiring dengan Model Somekh (1989). Rajah 1: Model Somekh (1989) Hasil daripada laporan prestasi murid dan pengalaman penyelidik berhadapan dengan murid-murid yang kurang menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu menyebabkan penyelidik dan guru-guru bahasa mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah 3
  4. 4. tersebut. Penyelidik telah menggunakan permainan bahasa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut penyelidik permainan bahasa dapat memberangsangkan minat dan mendorong murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga bahagian di dalam permainan bahasa ini iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi. Mengumpul dan Menganalisis Data Tindakan awal yang dilaksanakan oleh penyelidik dan guru-guru bahasa adalah menyediakan ujian pra kepada murid-murid untuk menentukan dan mengenalpasti tahap penguasaan aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Penyelidik telah menjalankan ujian pra pada 16 Februari 2005. Keputusan yang diperolehi daripada ujian pra ini dapat ditunjukkan seperti di dalam jadual 1. Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah pelajar Bilangan pelajar 4 14 3 2 2 25 Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas ujian Pra dilakukan. Hasil daripada ujian pra yang dilalukan didapati bahawa seramai 18 (72%) orang murid gagal menjawab soalan tatabahasa yang diberikan. Ini menunjukkan sebilangan besar murid tidak dapat menguasai dan memahami soalan tatabahasa yang telah diberikan. Untuk mengatasi masalah ini, penyelidik telah melakukan permainan bahasa yang merangkumi kuiz, latih tubi dan mencantum kad Selepas melaksanakan pelan tindakan, penyelidik menjalankan ujian pasca pada 25 Februari 2005. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui tahap kemahiran yang dimiliki oleh murid selepas beberapa tindakan diambil. Keputusan ujian pasca seperti dinyatakan di dalam jadual 2. Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah pelajar Bilangan pelajar - - 16 4 5 25 Jadual 2: Keputusan Ujian Pasca Berdasarkan jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pasca yang telah diadakan oleh penyelidik. Keputusan ujian mendapati bahawai 16 (64%) orang murid mendapat pencapaian C 4
  5. 5. dan 9 orang murid mendapat pencapaian A dan B dalam ujian ini. Ujian pasca telah menunjukkan pencapaian murid amat memberangsangkan dan murid dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Hasil dapatan menunjukkan permainan bahasa yang dijalankan selepas ujian pra amat berkesan dan mendapat maklumbalas daripada murid. Penyelidik juga telah membuat perbandingan keputusan ujian di antara ujian pra dan ujian pasca seperti ditunjukkan dalam jadual 3. Bil Nama Murid Pra Pasca Beza 1. Punitian 28 40 12 2. David 25 42 17 3. Luth 35 50 15 4. Afiqah 30 49 19 5. Chin Yu Tong 40 52 12 6. Sharvin 16 45 29 7. Megat 34 50 20 8. Imran 42 55 13 9. Gan Beng Fuh 56 68 12 10 Low Yit Seow 29 40 11 11 Gangai 12 45 33 12 Thayala 14 55 41 13 Raj 15 56 41 14 Vijay 82 90 8 15 Baga 86 89 3 16 Mani 24 56 32 17 Arasu 26 86 60 18 Guna 27 85 58 5
  6. 6. 19 Mano 68 86 18 20 Shanti 28 67 39 21 Kamala 28 76 48 22 Vimala 22 68 46 23 Selvam 24 48 24 24 Segar 78 54 24 25 Uma 26 53 27 Jadual 3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Hasil daripada kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Terdapat peningkatan pencapaian murid dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu selepas permainan bahasa dilaksanakan. Dapatan Kajian Hasil daripada kajian yang dijalankan, penyelidik telah berjaya mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Hampir keseluruhan murid telah berjaya menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Penyelidik mengesyorkan permainan bahasa kepada semua guru bahasa untuk mengatasi masalah penguasaan Bahasa Melayu. Beliau juga mencadangkan permainan bahasa diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua kelas. Penutup Kajian tindakan yang telah dijalankan merupakan satu usaha baik yang perlu dijalankan di semua peringkat sekolah. Kajian ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid malahan dapat memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua guru-guru untuk meningkatkan prestasi pelajar. 6

×