Dokumentasi keselamatan

18,463 views
17,948 views

Published on

0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
18,463
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
395
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dokumentasi keselamatan

  1. 1. PROSEDUR KERJA DAN PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN YANG PERLUDIIKUTI DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP1.0 PENGENALAN Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak digunakan. Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin. Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap 1
  2. 2. mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.2.0 DEFINISI Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid- murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan. Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. 2
  3. 3. 3.0 PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL Sebahagian besar kemalangan yang berlaku di tempat kerja melibatkan pelajar baru. Lazimnya kemalangan boleh berpunca daripada penyalahgunaan alatan tangan dan mesin, keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pelajar itu sendiri. 3.1 Penyalahgunaan Alatan Dan Mesin Berbagai-bagai alatan tangan dan mesin terdapat dibengkel. Setiap alat hendaklah digunakan dengan betul. Kemalangan berlaku sekiranya perkara berikut tidak diambil berat : Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja dengan kerja yang dilakukan. Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak sesuai. Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang sesuai. Perhatian yang penting hendaklah diberi terhadap penggunaan mesin kerana pelajar yang menggunakan mesin tersebut terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi. Berikut adalah perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum menggunakan mesin : Mesin hendaklah diuji sebelum digunakan. Mesin hendaklah mempunyai penghadang keselamatan. Memakai pakaian yang sesuai semasa menggendalikan mesin. Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih dalam keadaan sempurna. Rajah: Mesin yang mempunyai tali sawat dan penghadang 3
  4. 4. 3.2 Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai. Keadaan bengkel atau tapak binaan boleh mempengaruhi keselamatan pelajar. Semasa bertugas di bengkel perkara yang berikut haruslah diberi perhatian : Cahaya di dalam bengkelperlu mencukupi. Susun atur mesin dan meja hendaklah mempunyai ruang legar yang mencukupi. Saiz bengkel hendaklah bersesuain dengan bilangan pelajar. Pendawaian elektrik hendaklah mengikut peraturan. Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Pengalihudaraan hendaklah mencukupi. Alat pemadam api hendaklah diletakkan pada tempat strategik. Rajah: Gambar keadaan di dalam bengkel3.3 Kelalaian pelajar Keadaan bengkel, suasana kerja dan alatan yang baik belum menjamin keselamatan. Sikap pelajar itu sendiri semasa bekerja juga memainkan peranan yang penting. Sikap lalai dan tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kemalangan dan ia boleh dielakkan sekiranya pelajar : Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan. Mengendalikan mesin setelah mengetahui kaedah menggunakannya. Memakai kelengkapan perlindungan keselamatan semasa membuat kerja. Mengambil kira kemampuan diri sendiri. 4
  5. 5. 3.4 Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan memesin, mesin kimpalan arka dan kimpalan gas Berikut merupakan perbezaannya: Perkakasan Peralatan Bil Diri Memesin/ Mesin Kimpalan Arka Kimpalan Mesin/Alat Gas Bagi Bagi menghidari Bagi menghidari menghidari 1. Bagi menghidari daripada Kecederaan daripada daripada daripada Kerosakan fizikal Kerosakan Letupan atau Kebakaran Pastikan 2. Pakaian hendaklah Pastikan dalam Pastikan dalam dalam kemas dan sesuai keadaan baik keadaan baik keadaan baik Sistem pengudaraan Sistem 3. Pakai pakaian Pastikan dalam yang baik bagi pengudaraan Keselamatan keadaan baik mengelak dari terhidu yang baik gas beracun Periksa peralatan Pakaian keselamatan Mempunyai Tidak Rosak/ sebelum yang dipakai pembumian yang 4. Penghadang digunakan hendaklah sesuai sempurna bagi keselamatan dan pastikan dengan jenis kerja mengelak bahaya ditempat yang betul tiada yang dilakukan elektrik kebocoran gas 5
  6. 6. 4.0 LANGKAH KESELAMATAN Amalan 4M terdiri daripada : Membersih : Aspek fizikal iaitu memakai pakaian yang sesuai, apron dan berkasut getah. Kebersihan mental iaitu dari aspek fikiran ialah memberi tumpuan dalam bengkel. Kebersihan bengkel supaya selamat untuk menjalankan kerja-kerja. Mesin penyedut hampagas (vacuum cleaner) dan mesin pemampat udara (air compressor/air blower) digalakkan kerana alatan ini lebih berkesan membersihkan debu dan sisa-sisa kayu. Rajah: antara mesin yang digunakan. Menyusun atur: Alatan dan bahan disusun dengan kemas dan disimpan di tempat yang telah ditetapkan supaya mudah diambil dan disimpan semula selepas digunakan. Bangku-bangku diletak jauh semasa bekerja. Menilai: Murid membuat penilaian terhadap diri sendiri dari segi ketepatan langkah kerja, hasil kerja dan keadaan tempat kerja untuk memastikan semua tugasan dilakukan dengan penuh sistematik. Penilaian oleh guru terhadap nilai-nilai murni. 6
  7. 7. Mendisiplin: Murid sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan dengan mengikut langkah-langkah kerja yang ditetapkan dan menggunakan alatan yang betul untuk melakukan sesuatu projek.5.0 PERATURAN DAN KESELAMATAN Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Keselamatan am bengkel meliputi aspek yang berikut: (i) Keselamatan umum (ii) Keselamatan diri dan rakan (iii) Keselamatan alatan dan bahan5.1 Keselamatan Umum Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. Rambut mestilah pendek dan kemas. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel. 7
  8. 8. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, segera beritahu guru yang berkenaan. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya. Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan. Tumpukan perhatian pada kerja yang dibuat. Bekerja dengan teratur dan sistematik. Simpankan semua alatan di tempat yang dikhaskan. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja. Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan baik. Pastikan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan peredaran udara yang baik. Sekiranya berlaku situasi yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera. Pastikan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas terdapat dalam bengkel. Pastikan setiap bilik makmal dilengkapi dengan alat pemadam api.5.2 Keselamatan Diri Dan Rakan Pastikan pakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di makmal. Laporkan dan rekodkan sebarang kemalangan tersebut dalam buku rekod kemalangan dan kecederaan. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga a. Pakaian am b. Pakaian perlindungan c. Peralatan perlindungan 8
  9. 9. 5.2.1 Pakaian am I. Pakaian mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar II. Rambut sentiasa pendekdan kemas bagi lelaki manakala bagi perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung disisipkan dalam baju III. Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai,jam tangan dan sebagainya Contoh pakaian yang sesuai semasa di dalam bengkel.5.2.2 Peralatan Perlindungan Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan. 9
  10. 10. 5.2.3 Pakaian perlindungan I. Gunakan kasut keselamatan II. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan dan alatan III. Gunakan apron atau pekaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit untuk melindungi tubuh semasa mengimpal IV. Gunakan gogal dan pelindung muka semasa bekerja Rajah: kasut getah yang sesuai Rajah: penggunaan gogal dipakai di dalam bengkel Rajah: sarung tangan kulit Rajah: Seorang pekerja yang lengkap dengan peralatan perlindungan ketika melakukan kerja kimpalan. 10
  11. 11. 5.3 Keselamatan Alatan Dan Bahan Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan semula alatan di tempat yang dikhaskan. Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada guru dengan segera. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH. Rajah: Susunan peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel 11
  12. 12. 6.0 PENGALIHAN DAN PENYIMPANAN BAHAN-BAHAN Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.Antara bahan yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan mudah terbakar, bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik. Bahan tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara. 6.1 Bahan Mudah Terbakar Terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol,diesel, kerosin dan sebagainya Bahan ini mesti disimpan dalam bekas tertutup dan tidak mudah terdedah pada udara Simpan di tempat yang jauh dari punca api Tempat simpanannya hendaklah dilabelkan dengan tanda amaran seperti Awas Bahan Mudah Terbakar Bahan mudah terbakar perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik Label bahan mudah terbakar dan Silinder gas 6.2 Bahan Berat Dan Panjang Terdiri daripada bahan berbentik pepejal pelbagai saiz seperti logam dan komponen mesin Bahan berat dan panjang mestilah diletakkan diatas rak yang kukuh dan kuat Rak yang dibina hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar dicapai 12
  13. 13. Apabila bahan berat hendak dialih lakukan dengan berhati-hati dengan bantuan rakan atau dengan bantuan jek atau troli Bagi bahan panjang dapatkan bantuan rakan untuk memudahkan kerja pengalihan6.3 Bahan Toksik Terdiri daripada bahan kimia dan hendaklah diasingkan dari bahan mudah terbakar dan bahan lain Bekas bahan toksik mestilah dilabelkan Apabila bahan hendak dialihkan gunakan troli dan bekas tertutup bagi mengelakkan tumpahan Contoh label untuk bahan toksik. 6.4 Penggunaan Alat Dan Kelengkapan Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah seperti yang berikut: a. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan. b. Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan. 13
  14. 14. Rajah: Pemampat udara yang mempunyai pelindungc. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah 3.4. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat. a) Pahat yang selamat digunakan. b) Pahat yang tidak selamat digunakand. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah 3.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan. Pemasangan soket tiga pin yang betul 14
  15. 15. e. Gunakan peralatan dan mesin dengan betul.Contohnya, kikir berfungsi hanya untuk mengikir dan bukannya mengetukf. Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan. 15
  16. 16. 7.0 PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan pembuatan. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cepat, selamat dan sistematik. Bagaimanapun, penggunaan elektrik yang tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran. Bagi mengelakkan kemalangan elektrik, pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kemalangan elektrik adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan pembumian dan penebatan. Pembumian ialah satu sambungan antara pendawaian elektrik dengan bumi yang terdapat pada alat elektrik. Fungsi pembumian adalah untuk menghindarkan pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku kebocoran pada pendawaian elektrik. Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Arus dan voltan yang berlebihan semasa alat elektrik digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut. Sebab itu, alat pelindung diperlukan Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan pemutus litar. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar jika berlaku kebocoran elektrik atau sekiranya tenaga elektrik digunakan secara berlebihan.Jika tiada peranti perlindung, kemalangan elektrik mungkin boleh berlaku.7.1 Keselamatan Penggunaan Elektrik 1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan. 2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel 16
  17. 17. 3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagaimana bertindak apabila berlaku Kecederaan dan kemalangan Kejutan elektrik Kebakaran 4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandungi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. 5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat 6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencegah kebakaran yang berfungsi di setiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai. 7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999. 8. Jangan gunakan alatan elektrik yang telah haus atau rosak. 9. Jangan bebankan litar elektrik dengan menggunakan penyuai 3 hala. 10. Matikan suis sebelum dan selepas menggunakan alatan elektrik. 11. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah a. Matikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel b. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik c. Lakukan pemulihan pernafasan d. Dapatkan pertolongan dengan segera7.2 Aspek Keselamatan Dan Penggunaan ElektrikJangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak 17
  18. 18. Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu puncaJangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat.Jangan cuba menggantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logamJangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama 18
  19. 19. 7.3 Renjatan Elektrik Apabila berlaku renjatan elektrik, pengguna akan terdedah kepada bahaya elektrik sehingga masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi. Biasanya, renjatan elektrik boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. Antaranya termasuklah: a. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah, sambungan yang rosak dan tiada pembumian. b. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh orang yang tidak bertauliah. c. Persekitaran yang basah. d. Kerosakan alat elektrik. Semasa renjatan elektrik berlaku,badan mangsa akan berfungsi sebagai pengalir arus elektrik. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa melecur, pengsan dan perlu di beri rawatan segera. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, mungkin boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila berlaku renjatan elektrik: a. Putuskan bekalan utama elektrik, jangan sesekali menyentuh mangsa sebelum bekalan diputuskan. b. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat. c. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau pernafasannya terhenti. d. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 7.4 Kebakaran Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran. Umumnya, terdapat beberapa faktor 19
  20. 20. yang menyebabkan hal ini berlaku, antaranya : a. Berlaku kerosakan pada sistem penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas. b. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. c. Penggunaan fius yang salah d. Penyambungan litar yang longgar pada peranti 7.5 Pencegahan Kebakaran Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran. Antaranya ialah: i. Bahan mudah terbakar seperti gas, petrol dan sebagainya. ii. Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa bekerja dengan bahan api dan merokok di tempat kerja. iii. Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada pendawaian, peralatan dan mesin.Bagi mengelakkan kebakaran, pengguna mesti sentiasa mematuhi peraturan dan langkahkeselamatan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang perlu diambil dan dipatuhi ialah: i. Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan sempurna. ii. Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan. iii. Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat dan jauh dari punca api iv. Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai. 20
  21. 21. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga, pengguna dapat mengelakkan sebarang kejadian yangtidak diingini demi keselamatan semua pihak.8.0 ALAT PEMADAM API Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Kaedah menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang betul. Apabila berlaku kebakaran,setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu bersedia mengambil tindakan yang cepat dan tepat. Alat pemadam api yang disediakan mesti digunakan dengan betul dan dapat membantu memadamkan kebakaran. Biasanya, alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba datang membantu. Adalah satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana ia amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain. Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran. Selain itu, pasir dan air juga boleh digunakan bagi memadamkan kebakaran yang berpunca daripada bahan seperti tilam,kain,kayu dan perabot 21
  22. 22. 8.1 Pengelasan Alat Pemadam Api JENIS BAHAN PUNCA API/BAHAN BAKAR LABEL PEMADAM API Kayu, sampah sarap, plastik, Label A Air kain Minyak, cat, petrol, lekar, Label B Buih thinner, gas Semua jenis bahan pemadam Label ABC api jenis karbon dioksida Debu Kering Minyak, cat, petrol, lekar, gas, Label BC peralatan elektrik Karbon Dioksida8.2 Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api 22
  23. 23. 1. Keluarkan pin picu2. Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api.3. Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur 23
  24. 24. 9.0 PETI PERTOLONGAN KECEMASAN Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Di samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Peti kecemasan dan peralatannya Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila ingin digunakan. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam Jadual. Senarai alat dan ubat yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya. Alat/Ubat Kegunaan 1. Kain anduh Mengampu lengan yang patah atau terseliuh 2. Kain Pembalut Kasa Membalut luka atau anggota yang terseliuh 3. Gunting Memotong 4. Larutan Flavin Merawat luka 5. Larutan Antiseptik Merawat luka 6. Krim Antiseptik Merawat luka 7. Kapas Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka 8. Penampal Luka (Plaster) Membalut luka kecil 24
  25. 25. 10.0 KESIMPULAN Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani aktiviti di bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal. Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku. Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan. 25
  26. 26. Secara lazimnya, terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah tetapi bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman, adakah mereka akan sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang terbabit. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan persekitaran. Oleh yang demikian, latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar kelak. Walaupun pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada para pelajar ia tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus semasa menjalankan amali di bengkel. Hal ini kerana pengetahuan, kemahiran dan amalan serta suasana juga merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan bengkel. Pendedahan awal di alam persekolahan akan dapat membiasakan diri pelajar apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak.BIBLIOGRAFIBuku teks: Pengajian Kejuteraan awam (tingkatan 4)Buku teks: Teknologi Binaan BangunanKaharrudin bin Ismail,Azmi Bin Mohd Yassir,Ramli Bin Asun. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan PustakaZulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim Dan Tuslah Binti Abdan. 2008. Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor. Cerdik Publications.Sdn.Bhd.Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Apakah Kemahiran Hidup? (On-line) http://kemahiranhidupbestari.blogspot.com/ 26
  27. 27. Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, http://www.members.fortunecity.com/rescue991/jpa3.htmDiperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. (On-line). http://nota.could.ws/bab1bengkel.htmlDiperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Peraturan Dan Keselamatan. (On-line). www.scribd.com/doc/.../Peraturan-Keselamatan-Dlm-Bengkel 27

×