SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 10
TAJUK : TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat secara umum kepada pelajar / pelatih
tentang tred bangunan dalam industri pembinaan. Ianya sebagai satu pengenalan kepada
pelajar yang berkeinginan untuk membangun kemahiran dan kompetensi mereka berkaitan
teknologi pembinaan. Disamping itu kepentingan amalan langkah-langkah keselamatan diberi
penjelasan untuk melahirkan suasana tempat kerja yang sihat dan selamat di dalam industri
pembinaan.
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
(TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME
WTP 101 / TEKNOLOGI PEMBINAAN
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK MODUL
/MODULE NO. AND TITLE
M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION
TECHNOLOGY
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI /
COMPETENCY NO. AND
STATEMENT
K01 THE FUNDAMENTAL OF BUILDING TRADE IN
CONSTRUCTION INDUSTRY
OBJEKTIF PENCAPAIAN
PIAWAIAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE
PERFORMANCE STANDARD
M1K1.1 Mengenal pasti jenis-jenis perniagaan bangunan
dalam industri pembinaan.
M1K1.2 Mengenal pasti kepentingan langkah-langkah
keselamatan dalam industri pembinaan.
M1K1.3 Mengenal pasti teknologi pembinaan yang
digunakan dalam industri pembinaan.
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 10
Nama Pelatih : Tarikh:
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 2 Drp: 10
PENERANGAN
1.0 PENGENALAN
Tred bangunan ialah bidang-bidang kemahiran yang merujuk kepada sesuatu
kepakaran dan dipraktikkan dalam bidang pembinaan bangunan.Dalam industri
pembinaan, wujud pelbagai tred atau ketukangan yang menfokus kepada kepakaran
dalam sesuatu bidang secara khusus. Di Malaysia, bidang-bidang ini telah mengalami
banyak kemajuan sejajar dengan kemajuan industri pembinaan. Dalam kontek ini,
sebuah agensi iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau CIDB telah
dipertanggungjawabkan untuk membangun industri pembinaan negara.Melalui CIDB
bidang-bidang tred yang relevan dapat dikenalpasti. Maka latihan-latihan yang paling
diperlukan oleh sumber manusia dalam industri pembinaan negara dapat dibentuk dan
latihan peningkatan kemahiran melalui agensi latihannya dapat diperkasakan. Dalam
waktu yang sama agensi lain seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui MLVK
telah juga memainkan peranan yang penting dalam kemajuan latihan bagi menyediakan
tenaga mahir seiring dengan keperluan negara. Maka lahirlah beberapa tred bangunan
di bawah kendalian dan pengiktirafannya.
2.0 JENIS-JENIS TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan CIDB
i. Perpaipan( Retikulasi Air) /Plumbing (Water Reticulation)
ii. Perpaipan ( Bangunan& Kelengkapan Sanitasi)
iii. Penerap bata
iv. Pelepaan/ Plastering
v. Penjubinan/Tiling
vi. Pertukangan kayu (Tanggam)/Carpentry(Joinery)
vii. Pertukangan kayu (Kerja Acuan)
viii. Pemasangan Dinding Sekatan/ Drywall Partition Installation
ix. Pemasang siling Tetap/ Fixed Ceiling installation
x. Pemasangan Siling Sangkut/ Demountble Ceiling Installation
xi. Konkrit/Concreting
xii. Pembengkok bar / Barbending
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 3 Drp: 10
xiii. Penyenggaraan & Operasi Bangunan ( Awam & Struktur)
xiv. Pemasangan Peranca
xv. Pemasangan Blok Konkrit ringan
xvi. Building Decorative Painting
xvii. Pengecat bangunan Alikasi Lapisan ( Senibina)
xviii. Pemasang Kerangka Aluminium
Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan JPK
i. Jurubina Bangunan (Building Constructor)
ii. Jurubina Berasaskan Kayu
iii. Perpaipan ( Plumbing)
3.0 DEFINISI
Definisi Teknologi
Merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Secara
umumnya teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin bahan dan
proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Definisi Pembinaan
Pembinaan merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam bidang seni
bina dan kejuruteraan awam. Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan
teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu
oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Untuk
memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat
penting.
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 4 Drp: 10
Kerja-kerja Pembinaan
meliputi kerja pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan,
penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan,
perombakan atau
perobohan :-
a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau
cerobong,
sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;
b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel,
terusan
atau padang terbang;
c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;
d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau
e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip,
pembetung,
pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan,
Definisi Teknologi Pembinaan
Melalui takrifan teknologi dan pembinaan dapat disimpulkan bahawa teknologi
pembinaan dimaksudkan sebagai aplikasi prinsip, sains dan teknologi kejuruteraan
dalam pembinaan bagi memudahkan dan kerja pembinaan agar lebih efektif, berkualiti
dan murah.
4.0 KESELAMATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN.
Pengenalan
 Keutamaan keselamatan di tapak bina perlu dititikberatkan kerana terdapat
banyak kerja –kerja pembinaan yang boleh membahayakan pekerja dan orang
awam yang berada di sekitarnya.
 Bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekrja serta memberi
perlindungan terhadap risiko yang mungkin dihadapi di tapak bina, satu akta
yang dinamakan Akta Keselamatn dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA –
Occupational Safety and Health Act 1994) telah diwujudkan.
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 5 Drp: 10
 Berdasarkan akta ini, majikan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
Peraturan Keselamatan di Tapak Bina
 Panduan untuk Majikan
- Hendaklah selalu mengadakan sesi penerangan yang bertujuan untuk
memberi panduan tentang peraturan keselamatan dari semasa ke semasa
kepada pekerja.
- Hendaklah memasang jaring keselamatan pada bangunan tinggi bagi
mengelakkan objek yang terjatuh menimpa pekerja yang bekerja di bahagian
bawah.
- Hendaklah memastikan papan tanda keselamatan diletakkan di tempat-
tempat yang perlu supaya pekerja sentiasa peka dengan keselamatan.
- Hendaklah meletakkan Peraturan Am tentang keselamatan di tempat
strategik.
- Semua pihak terlibat hendaklah menggunakan peralatan keselamatan ketika
bekerja. Contohnya sarung tangan, topi keledar, kasut keselamatan, cermin
mata keselamatan, perisai dan alat perlindungan telinga mengikut keperluan.
- Tempat kerja hendaklah sentiasa kemas dan teratur, manakala peralatan
pula hendaklah tersusun.
- Alatan elektrik yang digunakan hendaklah berfungsi dengan baik.
- Laluan jentera atau lori ke dalam kawasan tapak hendaklah diselia dengan
rapi. Begitun juga dengan pemunggahan bahan-bahan dan bahan dari lori,
kren dan sebagainya perlu diselia oleh seorang pekerja khas.
- Peti pertolongan cemas hendaklah sentiasa tersedia ditempat yang strategik
supaya mudah diambil apabila diperlukan.
- Periksa dahulu semua jenis alatan bagi memastikan keadaannya sempurna
sebelum menggunakannya.
- Lif yang disediakan untuk ke tempat tinggi perlu diselia oleh seorang petugas
khas.
- Pemadam api perlu disediakan di pejabat tapak supaya apabila berlaku
kebakaran tindakan sewajarnya dapat diambil.
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 6 Drp: 10
 Panduan untuk Pekerja
- Semua pihak yang terlibat hendaklah menggunakan peralatan keselamatan
ketika bekerja. Contohnya sarung tangan, topi keledar, kasut keselamatan,
cermin mata keselamatan, perisai dan alat perlindungan telinga mengikut
keperluan.
- Hendaklah memakai tali pinggang keselamatan ketika bekerja di tepi
bangunan yang tidak mempunyai penghadang.
- Gunakan alat bantuan pernafasan apabila memasuki kawasan yang
mengalami kebocoran gas beracun.
- Periksa dahulu semua jenis alatan bagi memastikan keadaannya sempurna
sebelum menggunakannya.
- Hanya bekerja di atas peranca yang telah dipasang dengan sempurna.
- Mengendalikan peralatan hanyalah sesudah mengetahui cara
penggunaanya. Hubungi penyelia sekiranya mengalami masalah.
- Laporkan semua jenis kemalangan kepada pihak majikan.
Kepentingan langkah–langkah penjagaan keselamatan dalam Industri Pembinaan
Di sebalik kepesatan industri pembinaan, majikan, pekerja dan pelanggan merupakan
kumpulan yang terlibat secara langsung dalam menentukan kejayaan dan kelancaran
industri berkenaan. Dengan penglibatan ini kumpulan ini sering terdedah dengan bahaya
kemalangan dan memerlukan prosedur keselamatan sebagai panduan bagi menghindari
kecederaan. Prosedur keselamatan adalah satu kawalan dalaman yang penting.Sesuatu
operasi menggunakan prosedur keselamatan bagi memastikan pemilik dan pekerja tidak
tercedera dan tidak mencederakan pelanggan semasa operasi. Oleh itu pekerja-pekerja
industri tidak kira kedudukan dan pangkat perlu dijamin keselamatan kerana tugasnya yang
berisiko dan bahaya. Oleh itu langkah-langkah penjagaan perlu dititikberatkan demi
kepentingan keselamatan. Diantara kepentingannya ialah ;
i. Mengurangkan Insiden Kemalangan
Prosedur keselamatan boleh membantu mengurangkan bilangan insiden di tempat kerja.
Banyak syarikat menggunakan manual pekerjaan atau buku panduan bagi menjelaskan dan
mendidik pekerja tentang prosedur keselamatan.Dengan pengurangan insiden kemalangan
boleh membantu syarikat menjimatkan wang bagi tujuan polisi insuran.
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 7 Drp: 10
ii. Mengekalkan Pensijilan
Syarikat atau Pengendali Industri akan menerima Sijil Prosedur Keselamatan. Pemilik
syarikat perlu untuk melaksanakan prosedur keselamatan bagi mengekalkan pensijilan
pihak ketiga (third-party certification). Dengan cara ini syarikat dapat menjimatkan wang
bagi polisi insuran dan menambah baik kebajikan pelanggan.
iii. Tanggungjawab Undang-undang (Legal Liability)
Prosedur keselamatan boleh membantu Syarikat pembinaan mengurangkan
tanggungjawab undang-undang. Tanggungjawab undang-undang sering berlaku apabila
pekerja atau pelanggan cedera semasa berurusan dan operasi.Kecederaan pelanggan
disebabkan kegagalan prosedur keselamatan membolehkan mereka mendakwa melalui
peguam atau petition bagi mengaudit syarikat berkenaan. Dengan adanya langkah-langkah
penjagaan dn Prosedur Keselamatan boleh menghindarkan pendedahan sedemikian
dihadapi oleh majikan.
iv. Menambah baik Operasi
Syarikat pembinaan boleh menambahbaik operasi perniagaan melalui penggunaan
peraturan keselamatan. Pemilik syarikat atau pengurus yang mahukan pekerja-pekerja
mereka menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan baik boleh mencari cara terbaru bagi
menambahbaik keberkesanan dan efisien proses pengeluaran. Prosedur keselamatan
membolehkan pekerja berkerja lebih cepat dan menambahbaik pengeluaran. Ini boleh
membantu menurunkan kos perniagaan dengan mengurangkan pekerja bagi mengekalkan
pengeluaran pada paras spesifik
5.0 TEKNOLOGI PEMBINAAN YANG DIGUNAKAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
DENGAN MEMATUHI PERATURAN BANGUNAN DAN KOD
Teknologi pembinaan diguna bagi pembinaan residential, sistem pengangkutan, sistem
industri dan projek berkaitan tenaga. Teknologi pembinaan melibatkan banyak aspek dalam
proses pembinaan bangunan. Ia menyediakan pengenalan, kaedah yang komprehensif dan
bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aspek teknologi pembinaan termasuk elemen-
elemen pembinaan komersial dan prinsip-prinsip perundangan. Secara spesifiknya ia
adalah satu kaedah dan panduan dalam urusan pembinaan bangunan bagi menyediakan
infrastruktur untuk kegunaan manusia. Diantara aspek-aspek yang terlibat adalah:
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 8 Drp: 10
i. Keselamatan industri
ii. Jenis-jenis alat dan mesin yang diguna
iii. Pembinaan kerangka / struktur bangunan
iv. Pertukangan kayu
v. Pembinaan pintu, tingkap dan gerbang
vi. Pembinaan tangga
vii. Pembinaan Bumbung
viii. Perpaipan
ix. Sistem mekanikal
x. Konkrit dan Masonari
xi. Pemeriksaan Tapak
xii. Melukis, analisis pelan dan spesifikasi
xiii. Kod bangunan
xiv. Persekitaran
Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri
pembinaan masa kini.Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada
sesuatu standard yang diwartakan seperti ‘building by law’ dan kod pembinaan. Dalam
kontek ini standard yang dikenalpasti adalah merujuk kepada Department of Malaysian
Standard ( Standard Malaysia) iaitu satu badan akreditasi dan Piawaian kebangsaan.
Beberapa standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada Malaysian Standard
adalah seperti berikut:
BIL KETERANGAN KOD AMALAN
1 Konkrit berstruktur pada bangunan dan
strukturnya tidak termasuk jambatan dan konkrit
bersturuktur yang dibuat dengan simen alumina.
Rekomendasi bagi kekuatan ini telah disediakan
dengan anggapan yang semua elemen galas
beban cth; slab,kolum dan tembok adalah dibina
dari konkrit
MS 1195 : Part 1 : 1991
Code of practice for structural
use of concrete : Part 1 : Design
and construction.
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 9 Drp: 10
7.0 KESIMPULAN
Industri pembinaan yang semakin pesat membangun seiring dengan teknologi
pembinaan yang semakin canggih dan tertakluk kepada undang-undang, kod dan
peraturan, amat memerlukan tenaga kerja yang cekap, mahir dan terlatih bagi setiap
tred bangunan.Menyedari hakikat ini lebih ramai tenaga mahir yang perlu dihasilkan oleh
pusat latihan yang bertauliah bagi mengatasi kebanjiran tenaga buruh asing.Bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja pula OSHA menggariskan langkah-
langkah keselamatan yang perlu dipatuhi
2 Kod berkaitan dengan “hot rolled steel section
and plates”, dan bentuk biasa “ tubular” untuk
bangunan. Tidak boleh digunakan untuk “
transmission towers” dan bangunan penternakan
juga struktur yang direkabentuk untuk tujuan
pengujian. Ini merangkumi definisi terma..
MS 416 : 1976
Code of practice for the use of
structural steel in building.
3 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari
jenis rolled or built-up structural steel sections,
dengan atau tanpa encasement konkrit ,
bertindak sepertimana slab konkrit in –situ .
Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan.
MS 415 : Part 1 : 1976
Code of practice for composite
construction in structural steel
and concrete : Part 1: Simply
supported beams in buildings.
4 Piawaian yang menentukan struktur minimum,
keperluan pengilangan dan keperluan kualiti bagi
kelas M, kelas J dan kelas S cerucuk konkrit
tuang dahulu yang diguna dalam kerja-kerja
bangunan dan kejuruteraan awam.
MS 1314 : Part 3 : 2004
Precast concrete piles : Part 3 :
Precast reinforced concrete
square piles (RC piles) Class M,
Class J and Class .
5 Malaysian Standard meliputi peraturan dan
maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek
dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod
ini akan membantu profesional bangunan dalam
industri pembinaan bagi menentukan dokumen
kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel
prefabricated .
MS 1313 : 1993
Code of practice on large
prefabricated panels.
6 Bahagian Malaysian Standard ini memberi
rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan
jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan
normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas
latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima
jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan
dalam standard ini.
MS 1294 : Part 2 : 1993
Wall and floor tiling : Part 2 :
Code of practice for the design
and installation of external
ceramic wall tiling and mosaics
(including terra cotta and faience
slabs).
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 10 Drp: 10
Uji diri
1. Apa yang anda faham berkaitan tred bangunan
2. Namakan agensi yang bertanggungjawab bagi mengenalpasti tred-tred yang relevan
dalam industri pembinaan.
3. Senaraikan 5 jenis tred bangunan yang anda ketahui
4. Nyatakan kepentingan langkah-langkah keselamatan di dalam industri pembinaan
5. Namakan satu piawaian yang digunakan di dalam teknologi pembinaan.
Bahan Rujukan:
1. Safety Precautions for Construction | eHow.com
www.ehow.com › Business
2. The Safety Precautions in a Construction Industry
wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics
3. MALAYSIAN STANDARD
www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd
4. Intelitek
http://www.intelitek.com
5. Introduction to building trade by By Edward Roberts andGeorge Payneof The Homer S.
Gudelsky Institute for Technical Education Montgomery College
6. Pengajian Kejuruteraan Awam tingkatan 4

More Related Content

Viewers also liked

Laporan Li Yusnita
Laporan Li YusnitaLaporan Li Yusnita
Laporan Li Yusnitaguest3a9eaec
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaananis
 
B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0
B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0
B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0Zheng Chee Cham
 
Modul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankakaModul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankakadonnyaktuah
 
Borang kontrak latihan
Borang kontrak latihanBorang kontrak latihan
Borang kontrak latihanrosnahsaad
 
Slide pengenalan
Slide pengenalanSlide pengenalan
Slide pengenalanzul_leos
 
Izatie(peranca)
Izatie(peranca)Izatie(peranca)
Izatie(peranca)Fafa Eila
 
Sop Pemasangan Kipas Siling
Sop Pemasangan Kipas SilingSop Pemasangan Kipas Siling
Sop Pemasangan Kipas SilingKhairul Akmal
 
Laporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curveLaporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curvefaizal060490
 
510 tunneling safety 2016
510 tunneling safety 2016510 tunneling safety 2016
510 tunneling safety 2016John Newquist
 
Bandar masa depan
Bandar masa depanBandar masa depan
Bandar masa depanAL- AMIN
 
Shalat Khusu’ Ppt
Shalat Khusu’ PptShalat Khusu’ Ppt
Shalat Khusu’ Pptlutfifauzan
 
Seminar for Tunneling & Compressed Air Workers Delhi Metro 2014
Seminar for Tunneling & Compressed  Air Workers  Delhi Metro 2014Seminar for Tunneling & Compressed  Air Workers  Delhi Metro 2014
Seminar for Tunneling & Compressed Air Workers Delhi Metro 2014apollohyperbaric
 

Viewers also liked (20)

Perancah
PerancahPerancah
Perancah
 
Laporan Li Yusnita
Laporan Li YusnitaLaporan Li Yusnita
Laporan Li Yusnita
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaan
 
B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0
B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0
B 15-brg-pkp-binaan-tapak-bina-sem-0
 
Motivasi sholat
Motivasi sholatMotivasi sholat
Motivasi sholat
 
Modul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankakaModul bmm3112-topik-7-iankaka
Modul bmm3112-topik-7-iankaka
 
Dpsk sem 3 m5
Dpsk sem 3 m5Dpsk sem 3 m5
Dpsk sem 3 m5
 
Borang kontrak latihan
Borang kontrak latihanBorang kontrak latihan
Borang kontrak latihan
 
My Presentation
My PresentationMy Presentation
My Presentation
 
Slide pengenalan
Slide pengenalanSlide pengenalan
Slide pengenalan
 
Izatie(peranca)
Izatie(peranca)Izatie(peranca)
Izatie(peranca)
 
Sop Pemasangan Kipas Siling
Sop Pemasangan Kipas SilingSop Pemasangan Kipas Siling
Sop Pemasangan Kipas Siling
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Laporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curveLaporan kemajuan kerja projek n s curve
Laporan kemajuan kerja projek n s curve
 
510 tunneling safety 2016
510 tunneling safety 2016510 tunneling safety 2016
510 tunneling safety 2016
 
BS Role
BS RoleBS Role
BS Role
 
Bandar masa depan
Bandar masa depanBandar masa depan
Bandar masa depan
 
Lantai
LantaiLantai
Lantai
 
Shalat Khusu’ Ppt
Shalat Khusu’ PptShalat Khusu’ Ppt
Shalat Khusu’ Ppt
 
Seminar for Tunneling & Compressed Air Workers Delhi Metro 2014
Seminar for Tunneling & Compressed  Air Workers  Delhi Metro 2014Seminar for Tunneling & Compressed  Air Workers  Delhi Metro 2014
Seminar for Tunneling & Compressed Air Workers Delhi Metro 2014
 

Similar to Kompetensi 1 lengkap

Site_safety_supervisor_presentation.pptx
Site_safety_supervisor_presentation.pptxSite_safety_supervisor_presentation.pptx
Site_safety_supervisor_presentation.pptxAdhyMuhammadSyahreza
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONMara
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionMara
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelmrqiff12
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanFiQahh AmiNn
 
pihak yang terlibat dalam pembinaan
 pihak yang terlibat dalam pembinaan pihak yang terlibat dalam pembinaan
pihak yang terlibat dalam pembinaanNorhamnah Mohamad
 
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)Mohd Fauzi
 
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanSenarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanLee Oi Wah
 
Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Anisah As
 

Similar to Kompetensi 1 lengkap (10)

Site_safety_supervisor_presentation.pptx
Site_safety_supervisor_presentation.pptxSite_safety_supervisor_presentation.pptx
Site_safety_supervisor_presentation.pptx
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkel
 
Amali 3 kkp
Amali 3 kkpAmali 3 kkp
Amali 3 kkp
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
 
pihak yang terlibat dalam pembinaan
 pihak yang terlibat dalam pembinaan pihak yang terlibat dalam pembinaan
pihak yang terlibat dalam pembinaan
 
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
 
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanSenarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
 
Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin)
 

Kompetensi 1 lengkap

  • 1. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 10 TAJUK : TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat secara umum kepada pelajar / pelatih tentang tred bangunan dalam industri pembinaan. Ianya sebagai satu pengenalan kepada pelajar yang berkeinginan untuk membangun kemahiran dan kompetensi mereka berkaitan teknologi pembinaan. Disamping itu kepentingan amalan langkah-langkah keselamatan diberi penjelasan untuk melahirkan suasana tempat kerja yang sihat dan selamat di dalam industri pembinaan. KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME WTP 101 / TEKNOLOGI PEMBINAAN TAHAP / LEVEL L1 NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND TITLE M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TECHNOLOGY NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT K01 THE FUNDAMENTAL OF BUILDING TRADE IN CONSTRUCTION INDUSTRY OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE PERFORMANCE STANDARD M1K1.1 Mengenal pasti jenis-jenis perniagaan bangunan dalam industri pembinaan. M1K1.2 Mengenal pasti kepentingan langkah-langkah keselamatan dalam industri pembinaan. M1K1.3 Mengenal pasti teknologi pembinaan yang digunakan dalam industri pembinaan. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 10 Nama Pelatih : Tarikh:
  • 2. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 2 Drp: 10 PENERANGAN 1.0 PENGENALAN Tred bangunan ialah bidang-bidang kemahiran yang merujuk kepada sesuatu kepakaran dan dipraktikkan dalam bidang pembinaan bangunan.Dalam industri pembinaan, wujud pelbagai tred atau ketukangan yang menfokus kepada kepakaran dalam sesuatu bidang secara khusus. Di Malaysia, bidang-bidang ini telah mengalami banyak kemajuan sejajar dengan kemajuan industri pembinaan. Dalam kontek ini, sebuah agensi iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau CIDB telah dipertanggungjawabkan untuk membangun industri pembinaan negara.Melalui CIDB bidang-bidang tred yang relevan dapat dikenalpasti. Maka latihan-latihan yang paling diperlukan oleh sumber manusia dalam industri pembinaan negara dapat dibentuk dan latihan peningkatan kemahiran melalui agensi latihannya dapat diperkasakan. Dalam waktu yang sama agensi lain seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui MLVK telah juga memainkan peranan yang penting dalam kemajuan latihan bagi menyediakan tenaga mahir seiring dengan keperluan negara. Maka lahirlah beberapa tred bangunan di bawah kendalian dan pengiktirafannya. 2.0 JENIS-JENIS TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan CIDB i. Perpaipan( Retikulasi Air) /Plumbing (Water Reticulation) ii. Perpaipan ( Bangunan& Kelengkapan Sanitasi) iii. Penerap bata iv. Pelepaan/ Plastering v. Penjubinan/Tiling vi. Pertukangan kayu (Tanggam)/Carpentry(Joinery) vii. Pertukangan kayu (Kerja Acuan) viii. Pemasangan Dinding Sekatan/ Drywall Partition Installation ix. Pemasang siling Tetap/ Fixed Ceiling installation x. Pemasangan Siling Sangkut/ Demountble Ceiling Installation xi. Konkrit/Concreting xii. Pembengkok bar / Barbending
  • 3. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 3 Drp: 10 xiii. Penyenggaraan & Operasi Bangunan ( Awam & Struktur) xiv. Pemasangan Peranca xv. Pemasangan Blok Konkrit ringan xvi. Building Decorative Painting xvii. Pengecat bangunan Alikasi Lapisan ( Senibina) xviii. Pemasang Kerangka Aluminium Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan JPK i. Jurubina Bangunan (Building Constructor) ii. Jurubina Berasaskan Kayu iii. Perpaipan ( Plumbing) 3.0 DEFINISI Definisi Teknologi Merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Secara umumnya teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Definisi Pembinaan Pembinaan merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam bidang seni bina dan kejuruteraan awam. Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Untuk memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat penting.
  • 4. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 4 Drp: 10 Kerja-kerja Pembinaan meliputi kerja pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan :- a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi; b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel, terusan atau padang terbang; c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai; d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan, Definisi Teknologi Pembinaan Melalui takrifan teknologi dan pembinaan dapat disimpulkan bahawa teknologi pembinaan dimaksudkan sebagai aplikasi prinsip, sains dan teknologi kejuruteraan dalam pembinaan bagi memudahkan dan kerja pembinaan agar lebih efektif, berkualiti dan murah. 4.0 KESELAMATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN. Pengenalan  Keutamaan keselamatan di tapak bina perlu dititikberatkan kerana terdapat banyak kerja –kerja pembinaan yang boleh membahayakan pekerja dan orang awam yang berada di sekitarnya.  Bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekrja serta memberi perlindungan terhadap risiko yang mungkin dihadapi di tapak bina, satu akta yang dinamakan Akta Keselamatn dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA – Occupational Safety and Health Act 1994) telah diwujudkan.
  • 5. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 5 Drp: 10  Berdasarkan akta ini, majikan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. Peraturan Keselamatan di Tapak Bina  Panduan untuk Majikan - Hendaklah selalu mengadakan sesi penerangan yang bertujuan untuk memberi panduan tentang peraturan keselamatan dari semasa ke semasa kepada pekerja. - Hendaklah memasang jaring keselamatan pada bangunan tinggi bagi mengelakkan objek yang terjatuh menimpa pekerja yang bekerja di bahagian bawah. - Hendaklah memastikan papan tanda keselamatan diletakkan di tempat- tempat yang perlu supaya pekerja sentiasa peka dengan keselamatan. - Hendaklah meletakkan Peraturan Am tentang keselamatan di tempat strategik. - Semua pihak terlibat hendaklah menggunakan peralatan keselamatan ketika bekerja. Contohnya sarung tangan, topi keledar, kasut keselamatan, cermin mata keselamatan, perisai dan alat perlindungan telinga mengikut keperluan. - Tempat kerja hendaklah sentiasa kemas dan teratur, manakala peralatan pula hendaklah tersusun. - Alatan elektrik yang digunakan hendaklah berfungsi dengan baik. - Laluan jentera atau lori ke dalam kawasan tapak hendaklah diselia dengan rapi. Begitun juga dengan pemunggahan bahan-bahan dan bahan dari lori, kren dan sebagainya perlu diselia oleh seorang pekerja khas. - Peti pertolongan cemas hendaklah sentiasa tersedia ditempat yang strategik supaya mudah diambil apabila diperlukan. - Periksa dahulu semua jenis alatan bagi memastikan keadaannya sempurna sebelum menggunakannya. - Lif yang disediakan untuk ke tempat tinggi perlu diselia oleh seorang petugas khas. - Pemadam api perlu disediakan di pejabat tapak supaya apabila berlaku kebakaran tindakan sewajarnya dapat diambil.
  • 6. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 6 Drp: 10  Panduan untuk Pekerja - Semua pihak yang terlibat hendaklah menggunakan peralatan keselamatan ketika bekerja. Contohnya sarung tangan, topi keledar, kasut keselamatan, cermin mata keselamatan, perisai dan alat perlindungan telinga mengikut keperluan. - Hendaklah memakai tali pinggang keselamatan ketika bekerja di tepi bangunan yang tidak mempunyai penghadang. - Gunakan alat bantuan pernafasan apabila memasuki kawasan yang mengalami kebocoran gas beracun. - Periksa dahulu semua jenis alatan bagi memastikan keadaannya sempurna sebelum menggunakannya. - Hanya bekerja di atas peranca yang telah dipasang dengan sempurna. - Mengendalikan peralatan hanyalah sesudah mengetahui cara penggunaanya. Hubungi penyelia sekiranya mengalami masalah. - Laporkan semua jenis kemalangan kepada pihak majikan. Kepentingan langkah–langkah penjagaan keselamatan dalam Industri Pembinaan Di sebalik kepesatan industri pembinaan, majikan, pekerja dan pelanggan merupakan kumpulan yang terlibat secara langsung dalam menentukan kejayaan dan kelancaran industri berkenaan. Dengan penglibatan ini kumpulan ini sering terdedah dengan bahaya kemalangan dan memerlukan prosedur keselamatan sebagai panduan bagi menghindari kecederaan. Prosedur keselamatan adalah satu kawalan dalaman yang penting.Sesuatu operasi menggunakan prosedur keselamatan bagi memastikan pemilik dan pekerja tidak tercedera dan tidak mencederakan pelanggan semasa operasi. Oleh itu pekerja-pekerja industri tidak kira kedudukan dan pangkat perlu dijamin keselamatan kerana tugasnya yang berisiko dan bahaya. Oleh itu langkah-langkah penjagaan perlu dititikberatkan demi kepentingan keselamatan. Diantara kepentingannya ialah ; i. Mengurangkan Insiden Kemalangan Prosedur keselamatan boleh membantu mengurangkan bilangan insiden di tempat kerja. Banyak syarikat menggunakan manual pekerjaan atau buku panduan bagi menjelaskan dan mendidik pekerja tentang prosedur keselamatan.Dengan pengurangan insiden kemalangan boleh membantu syarikat menjimatkan wang bagi tujuan polisi insuran.
  • 7. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 7 Drp: 10 ii. Mengekalkan Pensijilan Syarikat atau Pengendali Industri akan menerima Sijil Prosedur Keselamatan. Pemilik syarikat perlu untuk melaksanakan prosedur keselamatan bagi mengekalkan pensijilan pihak ketiga (third-party certification). Dengan cara ini syarikat dapat menjimatkan wang bagi polisi insuran dan menambah baik kebajikan pelanggan. iii. Tanggungjawab Undang-undang (Legal Liability) Prosedur keselamatan boleh membantu Syarikat pembinaan mengurangkan tanggungjawab undang-undang. Tanggungjawab undang-undang sering berlaku apabila pekerja atau pelanggan cedera semasa berurusan dan operasi.Kecederaan pelanggan disebabkan kegagalan prosedur keselamatan membolehkan mereka mendakwa melalui peguam atau petition bagi mengaudit syarikat berkenaan. Dengan adanya langkah-langkah penjagaan dn Prosedur Keselamatan boleh menghindarkan pendedahan sedemikian dihadapi oleh majikan. iv. Menambah baik Operasi Syarikat pembinaan boleh menambahbaik operasi perniagaan melalui penggunaan peraturan keselamatan. Pemilik syarikat atau pengurus yang mahukan pekerja-pekerja mereka menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan baik boleh mencari cara terbaru bagi menambahbaik keberkesanan dan efisien proses pengeluaran. Prosedur keselamatan membolehkan pekerja berkerja lebih cepat dan menambahbaik pengeluaran. Ini boleh membantu menurunkan kos perniagaan dengan mengurangkan pekerja bagi mengekalkan pengeluaran pada paras spesifik 5.0 TEKNOLOGI PEMBINAAN YANG DIGUNAKAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DENGAN MEMATUHI PERATURAN BANGUNAN DAN KOD Teknologi pembinaan diguna bagi pembinaan residential, sistem pengangkutan, sistem industri dan projek berkaitan tenaga. Teknologi pembinaan melibatkan banyak aspek dalam proses pembinaan bangunan. Ia menyediakan pengenalan, kaedah yang komprehensif dan bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aspek teknologi pembinaan termasuk elemen- elemen pembinaan komersial dan prinsip-prinsip perundangan. Secara spesifiknya ia adalah satu kaedah dan panduan dalam urusan pembinaan bangunan bagi menyediakan infrastruktur untuk kegunaan manusia. Diantara aspek-aspek yang terlibat adalah:
  • 8. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 8 Drp: 10 i. Keselamatan industri ii. Jenis-jenis alat dan mesin yang diguna iii. Pembinaan kerangka / struktur bangunan iv. Pertukangan kayu v. Pembinaan pintu, tingkap dan gerbang vi. Pembinaan tangga vii. Pembinaan Bumbung viii. Perpaipan ix. Sistem mekanikal x. Konkrit dan Masonari xi. Pemeriksaan Tapak xii. Melukis, analisis pelan dan spesifikasi xiii. Kod bangunan xiv. Persekitaran Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri pembinaan masa kini.Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada sesuatu standard yang diwartakan seperti ‘building by law’ dan kod pembinaan. Dalam kontek ini standard yang dikenalpasti adalah merujuk kepada Department of Malaysian Standard ( Standard Malaysia) iaitu satu badan akreditasi dan Piawaian kebangsaan. Beberapa standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada Malaysian Standard adalah seperti berikut: BIL KETERANGAN KOD AMALAN 1 Konkrit berstruktur pada bangunan dan strukturnya tidak termasuk jambatan dan konkrit bersturuktur yang dibuat dengan simen alumina. Rekomendasi bagi kekuatan ini telah disediakan dengan anggapan yang semua elemen galas beban cth; slab,kolum dan tembok adalah dibina dari konkrit MS 1195 : Part 1 : 1991 Code of practice for structural use of concrete : Part 1 : Design and construction.
  • 9. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 9 Drp: 10 7.0 KESIMPULAN Industri pembinaan yang semakin pesat membangun seiring dengan teknologi pembinaan yang semakin canggih dan tertakluk kepada undang-undang, kod dan peraturan, amat memerlukan tenaga kerja yang cekap, mahir dan terlatih bagi setiap tred bangunan.Menyedari hakikat ini lebih ramai tenaga mahir yang perlu dihasilkan oleh pusat latihan yang bertauliah bagi mengatasi kebanjiran tenaga buruh asing.Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja pula OSHA menggariskan langkah- langkah keselamatan yang perlu dipatuhi 2 Kod berkaitan dengan “hot rolled steel section and plates”, dan bentuk biasa “ tubular” untuk bangunan. Tidak boleh digunakan untuk “ transmission towers” dan bangunan penternakan juga struktur yang direkabentuk untuk tujuan pengujian. Ini merangkumi definisi terma.. MS 416 : 1976 Code of practice for the use of structural steel in building. 3 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari jenis rolled or built-up structural steel sections, dengan atau tanpa encasement konkrit , bertindak sepertimana slab konkrit in –situ . Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan. MS 415 : Part 1 : 1976 Code of practice for composite construction in structural steel and concrete : Part 1: Simply supported beams in buildings. 4 Piawaian yang menentukan struktur minimum, keperluan pengilangan dan keperluan kualiti bagi kelas M, kelas J dan kelas S cerucuk konkrit tuang dahulu yang diguna dalam kerja-kerja bangunan dan kejuruteraan awam. MS 1314 : Part 3 : 2004 Precast concrete piles : Part 3 : Precast reinforced concrete square piles (RC piles) Class M, Class J and Class . 5 Malaysian Standard meliputi peraturan dan maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod ini akan membantu profesional bangunan dalam industri pembinaan bagi menentukan dokumen kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel prefabricated . MS 1313 : 1993 Code of practice on large prefabricated panels. 6 Bahagian Malaysian Standard ini memberi rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan dalam standard ini. MS 1294 : Part 2 : 1993 Wall and floor tiling : Part 2 : Code of practice for the design and installation of external ceramic wall tiling and mosaics (including terra cotta and faience slabs).
  • 10. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 10 Drp: 10 Uji diri 1. Apa yang anda faham berkaitan tred bangunan 2. Namakan agensi yang bertanggungjawab bagi mengenalpasti tred-tred yang relevan dalam industri pembinaan. 3. Senaraikan 5 jenis tred bangunan yang anda ketahui 4. Nyatakan kepentingan langkah-langkah keselamatan di dalam industri pembinaan 5. Namakan satu piawaian yang digunakan di dalam teknologi pembinaan. Bahan Rujukan: 1. Safety Precautions for Construction | eHow.com www.ehow.com › Business 2. The Safety Precautions in a Construction Industry wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics 3. MALAYSIAN STANDARD www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd 4. Intelitek http://www.intelitek.com 5. Introduction to building trade by By Edward Roberts andGeorge Payneof The Homer S. Gudelsky Institute for Technical Education Montgomery College 6. Pengajian Kejuruteraan Awam tingkatan 4