Assyment gagasan 1 mataysia

  • 698 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
698
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
20
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah Negara kecil dipeta dunia, namun Malaysiamerupakan Negara yang mempunyai banyak keunikan tersendiri.Kedudukangeografinya yang strtegik dari dulu hingga kini menjadi penghubung antara dunia Baratdan dunia Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dansosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakangketurunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lainmenambahkan keunikan yang ada.Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yangharmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan padasetiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semuapihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yangterbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satunegara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semuakaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perludisayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yangdimasukkan dengan bendera Malaysia. Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlumemperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaandan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpinperlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpamementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlumemainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduankaum. 1
  • 2. 1. GAGASAN 1MALAYSIA SEBAGAI WADAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA YANG BERSATU PADU1.1 Apa itu Gagasan 1Malaysia ? Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana MenteriMalaysia ke-enam, Dato‟ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagaisatu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai.Gagasan 1Malaysia berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan. PencapaianDiutamakan” bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan danmampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini.1.2 Objektif Utama Gagasan 1Malaysia1. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia. 2. 1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.1.3 Dua Aspek Utama Dalam 1malaysiaGagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ; 1.3.1. Aspek Pertama : Penerapan Teras Teras Perpaduan Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai- nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. 1.3.2. Aspek Kedua : Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang. 2
  • 3. 1.4 Tiga Prinsip – Teras Perpaduan 1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip Teras Perpaduan dalammemperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ; 1.4.1 Penerimaan Menerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.` 1.4.2 Kenegaraan Konsep perpaduan semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas pembentukkan 1Malaysia.` 1.4.3 Keadilan Sosial Memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan perkhidmatan kepada kaum- kaum lain. 3
  • 4. 1.5 NILAI-NILAI GAGASAN 1MALAYSIA Budaya Kecemerlanga n Ketabahan Penerimaan Rendah Kesetiaan Hati Meritokrasi Pendidikan Integriti 4
  • 5. 1.5.1 Budaya Kecemerlangan Di sini saya akan jelaskan secara ringkas berkenaan nilai yang pertamaGagasan 1Malaysia. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akanmembawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaandan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budayakecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan setiapperkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambillewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasisebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan danpenerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagimenentukan kecemerlangan dan kejayaan. Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukurpencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerjakeras. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkankualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan duniayang berteraskan eksport. 1.5.2 Ketabahan Sedikit pengetahuan berkenaan nilai kedua Gagasan 1 Malaysia iaitu nilaiketabahan. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan danketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amatmemerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri danNegara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapisegala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagimemperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Kejatuhanatau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah 5
  • 6. memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkankepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan,pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yanglebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguhperlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. 1.5.3 Rendah Hati Berjumpa lagi kita dalam ruangan diskusi bagi berkongsi tentang nilai Gagasan 1Malaysia yang seterusnya iaitu nilai rendah hati. Rasa rendah hati adalah satu sifatyang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islambegitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yangmerendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidupkita. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah denganorang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dandibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Kejatuhan ataukemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinyasecara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perludikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yangberbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar danmenakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagimencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diritetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatuprinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat dimana kita berada. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakatluar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dankemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran danpenindasan. 6
  • 7. 1.5.4 Penerimaan Kali ini, sedikit penjelasan tentang nilai keempat Gagasan 1 Malaysia iaitu nilaipenerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza samaada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkanperlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlastanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atausecara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiadapilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik danmendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkanyang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkarayang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai sertamendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program danperuntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dansaksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agamadan fahaman politik. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuankewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknyaditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang. 1.5.5 Kesetiaan Tiba juga kita pada nilai yang kelima Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai kesetiaan.Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja danNegara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara initanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingankepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaankepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepadakewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkankesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setiakepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina 7
  • 8. kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yangkukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungansama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagimenjamin kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekuranganadalah lambang setia kawan. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukandengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapandapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlumenghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertaidengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan,pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Kesetiaanatau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidakdisalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan. 1.5.6 Meritokrasi Sebagai sambungan, mari kita jelajahi berkenaan nilai meritokrasi. Meritokrasimerupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagimemastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacupembangunan negara. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasibbaik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untukmembantu golongan tersebut. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteriayang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhakdipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi danbudaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrakdibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. 8
  • 9. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dansebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiappihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaikmerangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan. Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamilhendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaranglobalisasi/ liberalisasi. 1.5.7 Pendidikan Ini merupakan nilai yang ketujuh bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai pendidikan.Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negaramencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakatyang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negaraperlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan darisegala-galanya. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai mindayang sentiasa terbuka. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolahvernakular. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankannilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnyamemiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuksentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmusepanjang hayat. 1.5.8 Integriti Nilai yang terakhir bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu yang kelapan adalah integriti.Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinanrakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semuaperingkat tanpa mengira kedudukan. 9
  • 10. Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salahperlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama.Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara inisukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibardan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Kelayakandan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melaluisaluran tidak sah.Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingannegara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakandiri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmatyang diberi.2. HUBUNGAN DAN CABARAN ETNIK2.1 Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi Salah satu cabaran hubungan etnik dalam aspek ekonomi ialah pemisahanfizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar „pecah dan perintah yangdiamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkanmenyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untukberinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal inimerenggangkan perhubungan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagiperasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaanini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilandalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. 10
  • 11. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masihmenggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. PelajarMelayu belajar di sekolah Melayudan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pulabersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajarCina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin.Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalanganetnik yang sama. Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak.Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalammerangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewaorang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isuatau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungnetnik di Malaysia. Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orangMelayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnyamenguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakalaorang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujudjurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaanmenyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. OrangMelayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmatsebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektorperniagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pulamerupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalamkalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagisemangat perkauman.2.2 Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dansetiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. 11
  • 12. Politok perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati danmengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuattanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa,kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakanini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu.2.3 Cabaran Nilai Antara Etnik Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh itu,terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalammasyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adatresam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggapkebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebihmengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat,mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik.Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakankelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebihbesar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.2.4 Cabaran Globalisasi Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubunganmenjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar denganpantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasimembawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideology, budaya hedonism dan nilainegatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan system politikyang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yangmerosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumbermanusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar danpemikiran Barat diterima secara ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu 12
  • 13. oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalahbaik dan moden.Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan,mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidaklangsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia.3. PERANAN KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihaktentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurusperbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk sepertiMalaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telahditubuhkan. Pada 1Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintahMAGERAN telah diwujudkan bagi menanggani isu-isu berhubung pembinaan semulaperpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara danIntegrasi Nasional,2006). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telahditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. tanggungjawab bagi memupuk danmemelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawahtanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-2004, Jabatan PerpaduanNegara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan namaJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka danmemberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yangmenjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum sertaintegrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar PendidikanKebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar 13
  • 14. tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai ideologikebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkanrakyat, usaha telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakansusulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsaMalaysia., beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar PembangunanNegara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar sosial Negara. Pendirian kerajaan telahmenegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020.JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telahmerancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan danintegrasi nasional iaitu: 14
  • 15. ANTARA USAHA JPNIN UNTUK MEMUPUKPERPADUAN INTEGRASI NASIONAL: Strategi politik –persefahaman Strategi ekonomi Strategi pendidikan Strategi penggunaan bahasa Kebangsaan Strategi keagamaan Strategi Kebudayaan Strategi Integrasi Wilayah Strategi Keselamatan Strategi Pembangunan Kawasan Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Strategi Media Massa Strategi Kesukanan Strategi Pemasyarakatan Perpaduan Strategi program aktiviti Perpaduan Latihan Komunikasi antara budaya Penerbitan bahan bacaan secara meluas 15 Mengenai kaum-kaum di Malaysia.
  • 16. 3.2 Memperkasakan Sekolah Wawasan Sistem pendidikan pebagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yangboleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu . sistem pendidikanpelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilihaliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakansejak awal lagi dengan mambabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama.Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangatperpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. . Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaandalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arahmenyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengetepikan sekolahrendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawahkontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolahkebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, makatidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka. Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagianak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. SekolahKebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantumenanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagaikaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semuawarganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolahsatu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minatorang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikansekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaanakan diperingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratusguru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk olehpihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi. 16
  • 17. 3.3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada tahun2004 merupakan khusus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah danberasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PLKN dilaksanakanberteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumiempat modul iaitu modul fizikal (merangkumi antara lain aktiviti kawad, merempuhhalangan, merentas desa dan kembara hutan); modul kenegaraan (pengetahuantentang pembinaan Negara atau nation-building); Modul Pembinaan Karakter(penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal) dan Modul Khidmat Komuniti(merangkumi antara lain aktiviti gotong- royong seperti membersihkan, mengindahkandan menceriakan kawasan sekitar). PLKN tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikuttrend yang diamalkan oleh negara lain. Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuanuntuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda , memupukperpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi mudayang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum,terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankanmenekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengirakaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah airdi samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum.Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum danintegrasi nasional serta saling kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkankerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagainegara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yangsanggup berkorban demi perpaduan bangsa. 17
  • 18. 3.4 Rukun Tetangga Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengankuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkatawal, Rukun Tetanggga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasankediaman masing-masing. Dengan tumpuan diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepadamasyarakat setempat yang berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mulai 1 Januari 1983kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan padakonsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangatkejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysiayang bersatu padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Manakala misinya ialahmemupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysiayang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan motonya pula ialah Bersatu Terus Maju. Objektif Rukun Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkanperpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunannegara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Bagi memastikanmatlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti dilakukan oleh komuniti RukunTetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk aktiviti seperti: 18
  • 19. 19
  • 20. Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkahmembolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediamanmereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranandengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraannegara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluas lagi denganpendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonianhubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkandi seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagaiaktiviti dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006, JawatankuasaRukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktivitiini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantudalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan padaperingkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagaiketurunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional).4. CADANGAN BAHARU KEARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA BERDASARKAN SITUASI NEGARA HARI INI. 1. Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil. 2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. 3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik 4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur- unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain. 20
  • 21. 5. Mengadakan perjumpaan antara kaum dalam beberapa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan samada peringkat kampong, daerah atau kebangsaan , demi mengeratkan hubungan etnik. 6. Adanya badan induk sebagai faktor pemangkin kepada semua program hunbungan etnik dan integrasi , misalnya peranan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional.RUMUSAN / PENUTUP Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkanhubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebiherat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkandalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap salingmempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segalatindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di manatidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmatipembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia denganfikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melaluikonsep „1 Malaysia‟ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yangmempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysiaadalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliransecara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi jugasistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina 21
  • 22. negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dankesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagimenjayakan konsep ini. 22
  • 23. Rujukanwww.btn.gov.my/.../artikel%209%20-%20n.www.kpkk.gov.my/index.php?...8-nilai...1-...fasihahabdkadir.blogspot.com/.../nilai8-gag..peopleagainstopposition.blogspot.com/.../ap... 23
  • 24. 24