Kajian tindakan matematik

  • 8,696 views
Uploaded on

kajian tindakan

kajian tindakan

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
8,696
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
710
Comments
4
Likes
10

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR 114, JALAN OMAR 81900 KOTA TINGGI JOHOR Nama Pengkaji ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN Tajuk Kajian MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBORDUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA DENGAN KAEDAH GARIS SILANG
  • 2. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 4Terbilang tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yangmelibatkan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulansemula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amatmengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidakfaham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima inimemberikan saya satu tamparan hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakanpenyampaian saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kurang memberi kesan kepadamereka. Apabila murid ini tidak menjawab soalan yang diberikan, secara tidak langsung muridmenjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Muridini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Padasangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan berserta penyertaan muriddan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid inimenguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belumdapat menguasainya. Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda.Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini?Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusahadalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah inimasih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini.Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagaldalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkanpengumpulan semula dengan kaedah garis silang kepada empat orang murid Tahun 4 Terbilangdi Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.
  • 3. Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasaioleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untukmenguasai konsep ini, murid akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuatlatihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalamujian dan peperiksaan sekolah.3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektifberikut: 3.1 OBJEKTIF UMUM 3.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab 3.2 OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula 3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mendarab 3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 Terbilang yangdidapati mempunyai masalah mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkanpengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana danberumur dalam lingkungan 10 tahun.
  • 4. 5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara: 5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra. 5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. 5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
  • 5. 5.1.4 Ujian Pra Ujian Pra dijalan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk “Pendaraban Nombor Bulat Hingga 10 000”. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.5.2 AKTIVITI “KAEDAH GARIS SILANG” 5.2.1 Kaedah Pelaksanaan Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid. Langkah 1: Membina model dengan menggunakan lidi. Murid boleh duduk dalam kumpulan dan membina model berdasarkan kepada soalan- soalan. Langkah 2: Selepas murid bermain dengan lidi, guru boleh menyambung dengan gambarajah Vedic dengan menggunakan model. Guru mengajar kaedah untuk melukis gambarajah daripada senang kepada susah. 5 4 Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 4 x 5
  • 6. 314 Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit, 14 x 3 1 6 2 3Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit, 23 x 16 Langkah 3: Kemudian, memindahkan nombor daripada gambarajahVedic kepada bentuk algoritma. Walaubagaimana pun, guru perlumenunjukkan hasil bahagian algoritma dan bukan algoritma tradisional.
  • 7. 1. Pendaraban nombor 1 digit dengan 1 digit. Contoh: 4 x 5 54 Ra Pu Sa 4 x 5 2 0 2. Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit. Contoh: 14 x 31+3 Puluh Sa 12 24
  • 8. Ra Pu Sa 1 4 x 3 1 2 + 3 0 4 2 3. Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit. Contoh: 23 x 16 1 15 + 1 = 16 6 +Ratus 23 Puluh Sa 18 8
  • 9. Ri Ra Pu Sa 2 3 x 1 6 1 8 3 0 1 2 0 + 2 0 0 3 6 8 Langkah 4: Murid diberikan latih tubi dengan mengikut langkah-langkah daripada senang kepada susah. Ini adalah juga untuk membantumurid supaya dapat menguasai kaedah gambarajah ini dalam bentuk grid.Dalam memastikan murid dapat memahami kaedah garis silang dalamgambarajah ini, latihan dan latih tubi diberikan kepada murid-murid.
  • 10. 6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN JANGKA MASA BIL AKTIVITI PELAKSANAAN 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu 2 Menulis proposal kajian 2 minggu 3 Merancang tindakan 1 minggu 4 Ujian Pra 1 hari 5 Melaksanakan tindakan 1 hari 6 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 minggu 7 Ujian Pos 1 hari 8 Refleksi kajian 1 minggu 9 Menulis laporan kajian 2 minggu 10 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu7.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON KUANTITI x HARGABIL JENIS BAHAN JUMLAH KOS SEUNIT 1 Kertas A4 2 x RM 9.00 RM 18.00 2 4 helai kertas lutsinar 4 x RM 0.70 RM 2.80 3 Dakwat mesin pencetak 1 x RM 80.00 RM 80.00 4 Fotokopi bahan dan laporan kajian - RM 50.00 5 Buku Catatan 1 x RM 4.00 RM 4.00 6 Lidi berwarna 4 x RM 3.50 RM 14.00 JUMLAH RM 168.80