HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

11,709 views
11,401 views

Published on

HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Published in: Education
17 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
11,709
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
401
Comments
17
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

  1. 1. BAB 1Kenali Diriku dan Famili Selamat sejahtera saya ucapkan kepada kawan-kawan sekalian.Kali ini kita bertemu dalam ruangan Kebersihan Diri. Nama saya Anumbinti Salihin dan berumur sepuluh tahun. Saya bersekolah di SekolahKebangsaan Bandar, Kota Tinggi, Johor. Saya tinggal bersamakeluarga tersayang di rumah bernombor 78, Jalan SS 8, Taman SriSaujana, Kota Tinggi, Johor.
  2. 2. Kawan-kawan nak tahu tak tentang keluarga saya? Sayamempunyai seorang ibu yang penyayang dan banyak menjagakebajikan terutamanya kesihatan keluarga saya iaitu Puan Nurisabinti Karim. Beliau seorang yang amat mementingkan tentang gayahidup sihat keluarga kami. Beliau banyak memberikan tunjuk ajarserta peringatan tentang pentingnya menjaga kesihatan dalamkehidupan agar kami sentiasa sihat dan terlindung daripada pelbagaipenyakit yang tidak diingini.
  3. 3. Saya juga mempunyai seorang ayah bernama Salihin bin Sodiqin.Beliau juga seorang ayah yang amat bertanggungjawab serta rajinmenasihati kami agar sentiasa menjaga kesihatan agar kami sentiasasihat dan dapat menjalani aktiviti-aktiviti harian dengan mudah tanpasebarang halangan.
  4. 4. Tentu kawan-kawan hendak tahu tentang adik-beradik saya,betul tak? Sebenarnya saya mempunyai seorang adik lelaki berumurlapan tahun. Adik saya bernama Salihan bin Salihin dan beliaubersekolah di sekolah yang sama dengan saya iaitu dalam Tahun Dua.Adik juga seorang yang baik dan rajin serta selalu mendengar nasihatdan pesanan daripada ibu dan ayah agar sentiasa menjaga kesihatan.
  5. 5. Kali ini, saya nak bercerita panjang tentang Gaya Hidup Sihat.Kawan-kawan perlu dengar atau baca tentang kisah ini. Ia banyakmemberikan manfaat dan kebaikan bukan sahaja kepada diri kita,malah kepada keluarga, agama, bangsa dan negara kita Malaysia. Kitaperlulah tahu bahawa menjaga kesihatan adalah amat penting.
  6. 6. BAB 2Jagalah Kebersihan Diri Ibu selalu berpesan kepada kepada saya dan adik bahawakebersihan itu sebahagian daripada iman. Jadi, saya selalu menjagaseluruh badan kita agar bersih dengan selalu mandi. Sebelum mandi,saya menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi yang melindungisaaya dari sakit gusi dan gigi. Ini adalah supaya mulut saya tidakberbau busuk dan gigi saya tidak mudah rosak. Saya memberus gigisekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelumtidur malam.
  7. 7. Saya akan memberus selama 2 hingga 3 minit setiap kali. Jikasaya memberus gigi, ia akan dapat membantu membersihkan sisa-sisamakanan dan plak gigi. Saya juga akan menukar berus gigi apabila buluberus mula kembang dan haus atau selepas 3 bulan penggunaannya.Saya juga akan menukar berus gigi jika berlaku jangkitan mulut ataukerongkong seperti batuk.
  8. 8. Saya juga selalu mandi agar badan bersih dan segar sentiasa.Semasa mandi, saya akan menggunakan sabun supaya daki dan kotoranpada badan akan hilang, bersih dan wangi keseluruhannya. Kebersihan tubuh saya, menjadikan saya sentiasa kelihatansihat dan ceria kerana dengan mandi ia juga dapat menjauhkan stressserta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Mandi juga boleh memberikan manfaat seperti mengeluarkanracun toksin dari dalam badan, menjauhkan jangkitan kulit,menyembuhkan selsema dan sakit kepala serta membantu merekayang mempunyai masalah sukar tidur.
  9. 9. Oleh itu, amatlah penting untuk rakan-rakan sekalian untukmenjaga kebersihan tubuh supaya jauh dari segala macam penyakitkulit dan juga penyakit lain.
  10. 10. BAB 3Mari Makan… Kawan-kawan nak tahu tak? Ibu dan ayah selalu berpesan agarsaya perlu mengikut jadual waktu makan iaitu 3 kali sehari iaitusarapan pagi, makan tengahari serta makan malam dan makan snekantara waktu makan, contohnya, susu, buah dan sandwich. Kata ibu, makanan berkhasiat penting untuk saya kerana iamembekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan sertamembekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental. Ia jugamembantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
  11. 11. Adalah lebih baik jika kita makan makanan seimbang untukmakanan harian mengikut Piramid Makanan Malaysia. Makanan yangsaya makan adalah makanan yang rendah kandungan gula, garam dalemak.
  12. 12. BAB 4Ceria Dengan Senaman Demi kesihatan, saya dan keluarga kerap bersenam setiap pagiselama 20 minit bersama-sama. Kawan-kawan, senaman itu amatpenting untuk ia membentuk sistem jantung dan tahap ketahananotot seseorang. Komposisi badan juga akan bertambah baik dengansenaman. Senaman perlu dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120denyutan seminit.
  13. 13. BAB 5Saya Perlukan Tidur Dan Rehat Yang Cukup Kawan-kawan mesti tetapkan masa tidur macam saya. Sayamesti masuk tidur pada pukul 9.00 malam agar tenaga saya kembalipulih untuk aktiviti seterusnya pada keesokan hari. Ia juga baik untukjantung kerana ia dapat berehat.
  14. 14. Manakala waktu rehat saya akan isi dengan melakukan aktivitiringan seperti menonton televisyen, mambaca majalah, mendengarmuzik dan bersiar-siar. Kawan-kawan juga perlu tahu bahawa sebagai seorang pelajarperlu mempunyai pengurusan waktu rehat dan tidur yang baik agarkita dapat belajar dengan lebih berkesan dan juga mempunyaikesihatan yang baik.
  15. 15. BAB 6Periksalah Kesihatan Kawan-kawan, kita tak perlu takut untuk menjalani pemeriksaankesihatan jika doktor dan jururawat datang melawat ke sekolah.Doktor dan jururawat akan menilai status kesihatan saya bagimenentukan tahap kesihatan saya seperti ujian penglihatan,kebersihan diri dan lain-lain. Doktor dan jururawat juga akan memberi suntikan imunisasikepada saya mengikut tahap umur seperti BCG (dos tambahan),difteria, polio, tetanus dan rubella, jika saya memerlukannya.
  16. 16. Mereka juga ada mempromosikan kesihatan iaitu denganmenyampaikan pendidikan kesihatan secara formal dan tidak formalserta memberikan pendedahan kepada saya tentang kepentinganpenjagaan kesihatan dan keselamatan.
  17. 17. BAB 7Mencegah Lebih Baik Dari Merawat Kawan-kawan, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihatiaitu makan secara sihat, rajin-rajin melakukan aktiviti fizikal sepertisenaman, tidak merokok serta belajar menangani stres.
  18. 18. Banyak faedah yang boleh kita dapati dengan mengamalkan gayahidup sihat iaitu ia dapat meningkatkan status kesihatan,mengurangkan risiko kita daripada mendapat pelbagai penyakitseperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanandarah tinggi. Selain itu, dengan mengamalkan budaya gaya hidup sihat akanmembuatkan kawan-kawan kelihatan dan berasa lebih baik. Ia jugamembolehkan kawan-kawan memiliki stamina dan keupayaan lebihuntuk menikmati kehidupan. SUMBER RUJUKAN
  19. 19. Z.L.Abdullah & A.L. Ahmad (2007). HBHE1103, Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc.Sdn Bhd.D.A.Kassim (Julai, 2007). Kuntum, Tanam Perasaan Cintakan Kebersihan Sejak Kecil Lagi. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Star Publications (Malaysia) Berhad.D.A.Kassim (Feb, 2008). Kuntum, Pentingnya Menjaga Kebersihan Diri. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Star Publications (Malaysia) Berhad.D.A.Kassim (April, 2008). Kuntum, Keracunan Makanan, Adakah Kita Pengotor?. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Star Publications (Malaysia) Berhad.http://fh.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=32http://fh.moh.gov.my/uploads/garispanduanpp.pdfhttp://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&sub=0&bhs= may&storyid=1154958946214http://www.scribd.com/doc/4574186/Pjk-pyfahttp://zukideen.wordpress.com/2008/03/06/kebaikan-mandi/

×