Your SlideShare is downloading. ×
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)

8,030
views

Published on

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Published in: Education

1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
  • Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita seharian.. Seandainya kita tidak menitikberatkan kesihatan diri dan keluarga maka pelbagai penyakit mula merebak ke seluruh anggota badan mahupun luaran atau dalaman.. Mengamalkan senaman amatlah penting dalam kehidupan kita seharian juga.. Jika selalu mengamalkan senaman samada diluar atau didalam rumah maka, badan akan menjadi sihat dan otak pun akan menjadi cerdas sentiasa.. Selalulah meminum air masak 8 gelas sehari kerana dengan meminum segelas air masak dapat menyihatkan serta menyegarkan tubuh badan dan juga dapat mencantikkan kulit badan..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
8,030
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
356
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA DEFINISI OBJEKTIF MATLAMAT KESIHATAN DIRI NILAI AGAMA & DAN KELUARGA MORAL AMALAN CARA SEKSUALITI GENDER HIDUP SIHAT AMALAN KEBERSIHAN PEMAKANANTUBUH BADAN SIHATAKTIVITI SENAMAN & AMALAN KESIHATANKECERGASAN FIZIKAL MENTAL YANG BAIK TIDAK PENJAGAAN KESIHATAN MEROKOK IBU DAN ANAK PERANAN INSTITUSI KELUARGA PERKAHWINAN TUBUH BADAN MANUSIA SISTEM CIRI-CIRI LUAR PENGHADAMA RANGKA KULIT MUKA N OTOT LIMFATIK HIDUNG TELINGA ENDOKRIN SARAF MATA GIGIKARDIOVASKULAR REPRODUKTIF RAMBUT TANGANPERKUMUHAN RESPIRATORI KAKI KUKU
  • 2. PENDIDIKAN KESIHATAN DIRI Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang bolehdiamalkan setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepadapengurusan grafik diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat olehsetiap individu. Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihantubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakananyang sihat, pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress. Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut danmulut. Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulan membersihkan badan dengan mandisekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akanmengelakkan badan dari berbau dan juga dari dijangkiti kudis. Tidur yang cukup danberkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak tidur adalahlebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah denganmembasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makanjuga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang.Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yangbersesuaian dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak danmenggunakan air dalam dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripadadijangkiti kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat diklinik. Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus gigi ataumenggunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali selepas makan atausebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan sebanyak dua kali setahun. Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendakdipakai perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukarsetiap hari. Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untukmengelakkan hama.
  • 3. Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kitamengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang bolehdijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringanparas glukos darah, saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviksdan payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat. Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagaijenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusanpemakanan sihat ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita danpada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbangkepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusanyang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkantabiat makan yang sihat. Ia boleh dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan,kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia boleh dicapai dengan menggabungkan kesemuakumpulan makanan dalam piramid makanan. Makanan yang berlainan membekalkankombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineraldan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untukmemenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar, berkembang, bergerak,bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan yang tidak sihatyang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara ini.Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak mengambilpelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secaraberlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadarlemak dan minyak serta garam. Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akanmengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadarpenyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darahtinggi. Ia juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout,osteoarthritis, kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini jugamempunyai harga diri yang rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidakmenarik. Ada lima panduan diet bagi pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyakbuah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Kedua, makan dengankadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak danprotein.
  • 4. Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungitenaga padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkanmakan dengan keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi. Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpastitekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jikasedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekananyang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcoholjika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress. Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi,rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akankesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.
  • 5. PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Pendidikan kesihatan keluarga adalah proses perubahan tingkah laku yang berlakudalam lingkungan individu dan komuniti. Ia bertujuan untuk meningkatkan status kesihatanke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalammengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat mencapai taraf kesihatan keluarga yangoptimum. Objektif pendidikan kesihatan keluarga adalah antaranya ialah mengubah tingkah lakukesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan kearah mengurangkan risikomendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan hidup yang tidak sihat. Ia juga melihatperanan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara.Keluarga juga adalah sebagai segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan inputberkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau pihak hukankerajaan (NGOs). Ia juga mempunyai objektif untuk meningkatkan tahap literasi kesihatandalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga untuk mencapai,menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana merekamenggunakan maklumat tersebut kearah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki. Antara aspek pendidikan kesihatan keluarga ialah kesihatan diri dan keluarga, tubuhbadan manusia dan nilai agama dan moral. Dari segi kesihatan diri dan keluarga, ia adalah berkaitan dengan amalan cara hidupyang sihat. Ianya kemudian dibahagi kepada lapan iaitu kebersihan tubuh badan, amalanpemakanan sihat, aktiviti senaman dan kecergasan fizikal, amalan kesihatan mental yangbaik, tidak merokok, penjagaan kesihatan ibu dan anak, peranan keluarga dan institusiperkahwinan. Dari segi tubuh badan, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem dan ciri-ciri luar.Sistem terbahagi kepada sepuluh sistem iaitu sistem rangka, sistem penghadaman, sistemotot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem reproduktif,sistem perkumuhan dan sistem respiratori. Ciri-ciri luar pula terbahagi kepada sepuluhbahagian iaitu kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku.
  • 6. Nilai agama dan moral pula terbahagi kepada dua iaitu seksualiti dan gender.Seksualiti adalah berkaitan dengan isu-isu masalah kesihatan seksualiti iaitu kehamilanremaja, kes buang anak, rogol, cabul, homoseksual dan sumbang mahram. Gender pulaadalah berkaitan dengan isu-isu tingkah laku yang melampaui batas dari segi nilai dan normayang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Perkhidmatan Kesihatan Keluarga adalah salah satu cabang perubatan yangbertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan buat komuniti. Ia memberifokus utama dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luardan juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencingmanis. Perkhidmatan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program-programpencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti. Di Malaysia, usahaini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran diseluruh negara.Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurang-kurangnya sebuahklinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
  • 7. PENGURUSAN KESIHATAN DIRI PERSAMAAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGAPendidikan Kesihatan Diri dan Keluarga adalah merupakanaspek yang penting dalam pencegahan dan pengawalanpenyakit serta dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Iajuga akan dapat mewujudkan persekitaran yang menyokongkepada penjagaan kesihatan.Justeru itu, pendidikan kesihatan diri dan keluarga amatlahpenting untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepadaindividu dan keluarga serta masyarakat umum tentangpenyakit, tanda-tanda, kemahiran mengenalpasti faktor risikodan tanda-tanda amaran serta kepentingan melakukansaringan dan pengesanan awal. Disampingitu, memandangkan kebanyakan faktor risiko adalah berkaitandengan tingkahlaku, maka, pendidikan kesihatan adalah amatpenting.
  • 8. PERBEZAAN PENDIDIKAN KESIHATANINDIVIDU DARI SEGI KELUARGA•KEBERSIHAN TUBUH BADAN •ASPEK •KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA•KEBERSIHAN PAKAIAN •TUBUH BADAN MANUSIA•TAHAP KESIHATAN •NILAI AGAMA DAN MORAL•PEMAKANAN YANG SIHAT•BERAT BADAN•TEKANAN (STRESS)•Supaya individu lebihmenyedari •KEPENTINGAN •Meningkat dan menggalakkan kesihatan dan sebagai individu aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki mengambil tindakan positif bagi dan mengekalkan sekitaran membaiki kesihatan sendiri dan kehidupan yang sihat dan juga keluarganya. memperbaiki kualiti kehidupan•Memudahkan setiap individu termasuk terdapatnya mencapai dan mengekalkan taraf perumahan, kemudahan bekalan kesihatan yang membolehkannya air dan pembuangan sampah. menjalani kehidupan yang •Meningkatkan langkah-langkah produktif dari segi sosial dan penyelarasan dan kerjasama ekonomi. terutamanya anggota-anggota perancang dan pelaksana, untuk membaiki sosial, ekonomi dan sekitaran fizikal bagi menghalang perkembangan masalah-masalah seperti penyalahgunaan dadah, perhubungan jenis rambang, alkoholisme, jenayah juvenil, tingkahlaku antisosial dan kesalahan kecil.
  • 9. PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA PENGURUSAN KESIHATAN DIRI DENGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Dari segi persamaaan dan perbezaan, adalah lebih kepada aspek kepentinganpendidikan kesihatan kepada individu dan keluarga. Ia berfungsi kepada pencegahan danpengawalan penyakit serta dalam mengamalkan Amalan Gaya Hidup Yang Sihat. Dengan ini,ia akan dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong kepada penjagaan kesihatan. Kesihatan adalah suatu nikmat yang diperlukan oleh setiap individu pada setiap masadan tanpanya kita tidak akan dapat menguruskan tugas harian kita, sama ada di pejabat ataudi rumah. Keadaan kesihatan yang tidak memuaskan akan mengurangkan minat dan dayakonsentrasi, produktiviti kerja merosot dan lama kelamaan kerja akan diabaikan dan keluargatidak diberi perhatian dan berbagai masalah akan timbul Kesihatan dan kesejahteraan tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu diusahakanoleh setiap individu. Individu perlu memahami, mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip kesihatan asas untuk diri sendiri dan keluarga dan menjauhi dari amalan-amalan yangtidak sihat atau membahayakan. Adalah jelas bahawa kesihatan tidak hanya bermakna bebas daripada penyakit tetapimerangkumi kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan kini juga ditambah dimensi "spiritual"ataupun kerohanian. Ini juga bermakna bahawa hospital-hospital hanya memberi rawatan jikakita menghidapi sesuatu penyakit, tetapi cara-cara pencegahan dan pengubahsuaiankehidupan setelah menghidapi penyakit terpulanglah kepada kebijaksanaan individu. Justeruitu, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan, lebih-lebih lagi memandangkan kinibanyak penyakit tiada rawatan khas atau ubat-ubat tertentu. Dengan mengambil kira kenyataan ini dan pentingnya seseorang itu mengambiltanggungjawab di atas keadaan kesihatan diri sendiri dan keluarga, maka WHO telahmenyarankan tema "Health begins at home" pada tahun 1979 lagi, iaitu 20 tahun yang lalu.Konsep Kesihatan Keluarga juga dibangunkan sebagai satu disiplin asas yang memberikeutamaan kepada program-program pencegahan, penggalakan dan pendidikan kesihatan.
  • 10. Tabiat, kelakuan dan nilai anak-anak dibentuk daripada kecil oleh ibubapa dankeluarga, maka tanggungjawab ini harus diberi perhatian berat. Keluarga perlu menasihati,berkomunikasi dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka tidakterperangkap dengan gejala-gejala sosial seperti merokok, mengambil dadah, mengandungluar nikah, melakukan jenayah dan sebagainya. Kajian Kesihatan Reproduktif Remaja yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk danPembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan bahawa bapa tidak memberi nasihatatau panduan kepada anak-anak remaja lelaki dalam hal-hal pembesaran dan perkembanganseksualiti dan hanya 22 peratus remaja perempuan mendapat bimbingan daripada ibu.Pendidikan, penerangan dan pengetahuan adalah asas kepada amalan kesihatan yang baik danpositif. Kita sebagai orang dewasa dan ibubapa, harus melengkapi diri kita sendiri dengansecukup pengetahuan supaya dapat memberi panduan dan tunjuk ajar kepada anak-anak danmewujudkan keadaan yang sihat dan selamat di dalam dan luar rumah. Dari segi ini, banyak yang menunjukkan bahawa individu sangat bersalingkait dengankeluarga dan sudah tentu asal seseorang individu adalah dari sebuah keluarga. Denganpendidikan kesihatan, kita dapat membina individu, keluarga dan masyarakat yang berilmu,berwibawa dan akan membuat keputusan dan tindakan yang bertanggungjawab serta tepatberasaskan pengetahuan.
  • 11. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATANMatapelajaran : Pendidikan KesihatanTarikh / Hari : 12 Mac 2010 / JumaatMasa : 8.30 – 9.30 amTahun : 5 BukhariTunjang Pembelajaran : Kesihatan Diri dan KeluargaTajuk : Kesihatan DiriSub Tajuk : Penyakit Tidak BerjangkitHasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Kognitif : Menyatakan jenis penyakit tidak Berjangkit. Afektif : Memupuk sifat suka menolong orang lain dan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Sosial : Dapat melatih murid-murid dari segi kepimpinan, kerjasama, toleransi dan nilai-nilai murni dalam diri mereka.Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat atau mengalami penyakit berjangkit.Penerapan Nilai : i) Kerjasama ii) Bersyukur terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat
  • 12. iii) Patuh ArahanBahan Bantu Mengajar : i) Slaid MS Power Point ii) Gambar PenyakitLANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN SET INDUKSI Gambar Penyakit Murid melihat gambar BBM: (10 Minit) penyakit pada poster Gambar Penyakit yang dipamerkan oleh guru. Nilai Murni: Patuh arahan Murid-murid Bekerjasama memberitahu tentang penyakit tersebut. Guru mengadakan Guru membuat sesi soaljawab perkaitan antara gambar sebagai menguji dengan isi pengetahuan sedia pembelajaran hari ini. ada murid: 1. Namakan Guru memberi serba penyakit ini? sedikit penerangan 2. Apakah faktor tentang gambar penyakit ini? tersebut. 3. Adakah penyakit ini berjangkit?
  • 13. LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Langkah 1 Contoh soalan: Guru bertanya secara BBM : (20 Minit)  Apakah maksud rambang kepada murid Slaid MS Power Point penyakit tidak tentang maksud berjangkit? penyakit tidak Nilai Murni:  Apakah punca berjangkit. Bekerjasama penyakit tidak Patuh arahan berjangkit ini Murid diminta memberi terjadi? maksud berdasarkan  Cuba nyatakan pemahaman sedia ada beberapa mereka. penyakit tidak berjangkit yang Guru menerangkan kamu tahu? tentang maksud penyakit tidak berjangkit dengan menayangkan slaid MS Power Point. Guru memberikan beberapa penyakit yang tidak penyakit seperti :  Karies gigi  Penyakit jantung  Diabetes  Asma  Penyakit buah pinggang
  • 14. LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Langkah 2 Menyenaraikan Murid dibahagikan BBM: (15 Minit) cara-cara kepada 4 orang bagi Slaid MS Power Point pencegahan setiap kumpulan. penyakit-penyakit KBKK: tidak berjangkit. Setiap kumpulan Membina rumusan diminta berbincang dan menyenaraikan cara- cara pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit. Wakil kumpulan akan membacakan hasil dapatan kumpulan masing-masing. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pencegahan penyakit- penyakit tidak berjangkit. Penutup Penilaian dan Guru meminta murid (15 Minit) Pengukuhan menyebut dan mengingat kembali maksud penyakit tidak berjangkit.
  • 15. LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Murid diedarkan BBM: dengan lembaran kerja. Lembaran kerja Murid diminta Nilai Murni: menjawab lembaran Patuh arahan kerja dalam masa yang Bekerjasama ditetapkan. Hasil dapatan murid disemak oleh guru.REFLEKSI :___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  • 16. PENDIDIKAN KESIHATANNAMA:_________________________ TARIKH:_____________TAHUN:__________________________ PENYAKIT CARA PENCEGAHAN 1) 2) 1) 2) 1) 2)
  • 17. 1)2)1)2)