HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

on

  • 9,588 views

ASSIGM SEMESTER AKHIR - GRED A

ASSIGM SEMESTER AKHIR - GRED A

Statistics

Views

Total Views
9,588
Slideshare-icon Views on SlideShare
9,588
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
466
Comments
9

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

19 of 9 Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • tq membantu saya menyiapkan asimt
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • terima kasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Salam. minta izin untuk mengambil sedikit maklumat untuk kerja khusus saya. Terima kasih.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mohon keizinan hendaknya, sya mengambil sedikit maklumat.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • terima kasih..assingmen ni.sangat membantu tugasan sya.., mohon keizinan untuk menggunakan bhn yg sesuai ke dlm assingmen sya
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN Document Transcript

    • FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANMATRICULATION NO : 770218015450002IDENTITY CARD NO. : 770218-01-5450NAMA : ZAMATUN NASRAH BINTI MARWANTELEPHONE NO. : 013-7018071E-MAIL : znas77@yahoo.com.myLEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU
    • PENGENALANSejarah Sekolah Pada tahun 1899, sebuah sekolah telah dibina di sebuah kampong yang bernamaKampung Makam. Ianya terletak kira – kira 1.5 km dari Bandar Kota Tinggi. Pengasasnyaialah Encik Awang Perancis. Memandangkan perkembangan dan pertambahan penduduk yangbegitu pesat, maka ia telah dipindahkan ke Jalan Idris pada tahun 1900. Kemudian, sekolahtersebut telah dinamakan Sekolah Melayu Kota Tinggi. Dari sinilah bermulanya perkembangansekolah ini. Pada tahun 1926, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah di Jalan Omar bagimenampung murid – murid lelaki dan perempuan. Kemudian, pada tahun 1939, sebuah sekolahtelah dibina khas untuk murid perempuan. Namun, pada tahun kedua, sekolah tersebut telahdicantumkan di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mohd Zain bin Hamzah dan sekolah initelah dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi. Kini, pada tahun 2012, ia baru ditabdir dalam masa tiga bulan oleh Puan Nurlia bintiMohamad setelah Tuan Haji S. Othman bin S. Nong bersara pada 13 November 2011 yanglalu. Beliau dibantu oleh Puan Hajah Sa’uma binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan 1,Puan Hajah Noraarshidah binti Sarpan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid danPuan Aazizah binti Hassan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Lokasi Sekolah Lokasi Sekolah Kebangsaan Bandar dengan Bandar Kota tinggi hanya 1.5 km. Sekolahini terletak di pesisiran Sungai Johor berhampiran Balai Polis Trafik Kota Tinggi yang telahterbiar dan berada di sebelah kanan sebelum melalui jambatan ke Bandar Kota Tinggi.
    • Logo SekolahMakna Disebalik Logo SekolahObor – Penyuluh hidupPen – Melakarkan pelajar berinisiatif, kreatif dan inovatifKeris – Sedia menghadapi cabaranBunga Padi – Bermuafakat dan kerjasamaVisiSekolah Unggul Penjana Generasi TerbilangMisiMembangun Potensi Individu Melalui Pendidikan BerkualitiObjentif Kualiti Sekolah 1. Pelaksanaan 100% Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah. 2. Memastikan Pencapaian Murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Mencapai 65% Lulus Keseluruhan atau Peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR.
    • 3. Memastikan 1005 murid Sekolah Kebangsaan Bandar mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah. 4. 100% Aduan dan Maklumbalas Pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan. 5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit.Kemudahan Sekolah Antara kemudahan – kemudahan yang dapat disediakan oleh pihak SekolahKebangsaan Bandar, ialah: a) Kantin b) Padang Serbaguna c) Pusat Sumber d) Makmal Komputer e) Bilik Sains f) Dataran Perhimpunan g) Bengkel Kemahiran Hidup h) Bilik Pendidikan Seni Visual i) Bilik Akses Kendiri j) Bilik Tayang k) Bilik Gerakan l) Bilik Kaunseling m) Bilik Linus n) Surau o) Bilik Pemulihan Khas p) Bilik PJK q) Tandas r) Taman Permainan s) Bilik JQAF t) Bilik Kokurikulum u) Pejabat Guru
    • PELAN BANGUNAN SEKOLAH DAN LOKASI BILIK SENI VISUAL Kantin B. Servis 6 Gemilang 6 Terbilang B. Guru Pengawas Stor Am Stor Am Bilik JQAF Tandas Tandas Bilik Sukan SPBT Bilik Seni Tandas Tandas Tandas Stor 1 Bijak 1 Cerdik 2 Bijak Kelas Pemulihan B. Servis Stor Am Dewan Dewan Dewan Kedai Buku Kantin Dewan Dewan Bilik Jamuan Bilik Jamuan Makan Makan Tangga Tangga Tangga Tangga B. Servis Dewan Dewan Dewan Dewan GELANGGANG PERMAINAN S U B. Servis B. Kedai Buku B. Persalinan SERBAGUNA Keselamatan S Taman Kesihatan U Pondok Orkid R Wakaf B. Akses Pejabat Guru Pejabat Guru Tandas Tandas Sekolah Kendiri G A Bilik Sukan B. Servis SPBT 6 Cemerlang Bilik Seni Kelas Tandas P. Akses Tandas P. Akses Pemulihan J A H 5 Gemilang Tangga Bilik Makmal B. PPSMI Pra Sek 1 LINUS Komputer 5 Terbilang Tangga Pra Sek 2 B. Sukan Stor Tandas U U G A A H R S S J G TanggaPINTU MASUK a S r U a S j U DATARAN ILMIAH / TAPAK PERHIMPUNAN R Surau K e G r A e J t A Pos a H Tangga Pengawal Tangga Makmal Sains Bengkel 5 Cemerlang B. Pekerja Tandas Pondok KH Wakaf G Tangga Bilik Cetak B. Gerakan Makmal B. Muzik Tandas a Komputer r a Tangga B. Tayang Perpustakaan Pejabat SK Bandar Tandas j Rumah Pam Tangga 4 Cemerlang 4 Gemilang 4 Terbilang B a s i k Pondok a Wakaf l
    • PELAN LOKASI SEKOLAH JLN KG TEMBIOH JLN KG TEMBIOH JLN KG TEMBIOH KEDAI MAKAN BANGUNAN TERBIAR PADANG JALAN JOHOR DARI JALAN KOTA TINGGI DARI JOHOR BAHRU KEDAI MAKAN SJK (T) JALAN TAJUL J J J A KEDAI BASUH A A L KERETA L L SUNGAI JOHOR A A A N N N J A I T T L D A A A R J Y N I U RUMAH KAKITANGAN BALAI POLIS TRAFIK S L K O I M A A JALAN TAJUL R H E N G SJK (T) JALAN TAJUL DEWAN WARISAN
    • PELAN BILIK SENI VISUAL D A C E B
    • PETUNJUK: MEJA DAN KERUSI SUDUT PAMERAN KABINET RODA PEMUTAR TEMBIKAR PARA GANTUNG TEKSTIL MEJA GURU PINTU MASUK TANUR ELEKTRIK SINGKI PAPAN PAMERAN GANTUNG A PEJABAT GURU SENI B STOR C BILIK CETAKAN D BILIK TEMBIKAR E BILIK TEKSTIL PAPAN TULIS KOMPUTER MESIN PENCETAK
    • PENGURUSAN BILIK SENI Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan perananpenting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-samaguru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasanadalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahajakepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yangsesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklahdisusun mengikut jenisnya seperti:• unsur seni• menggambar / melukis• warna• lukisan alam semulajadi• seni huruf dan sebagainya. Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia atau guru kanan juga perlumewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyaikemudahan yang lengkap, menarik dan menekankan aspek – aspek keselamatan. Di dalampengurusan bilik seni, aspek – aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalahseperti berikut: 1. Aspek Fizikal Aspek fizikal adalah merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang disediakan di sekolah: a) Trapuitik Bilik seni hendaklah menarik apabila masuk, mempunyai ciri – ciri keindahan , mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik seni perlulah menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila kita masuk. Ia akan terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada murid – murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah – olah berada dalam sebuah rumah sendiri, serta wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu berusaha bersama dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
    • Contoh: Suasana Dalam Bilik Yang Trapuitikb) Perabot dan Papan Maklumat Bilik seni yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam atau papan putih, papan kenyataan untuk memaparkan notis semasa, jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan , sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata – kata motivasi termasuklah cara – cara penggunaan laman web, komputer, CD dan LCD. Selain itu, ruang yang selesa, perabot yang sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual seperti meja dan kerusi kerja untuk guru dan murid – murid serta ianya sesuai untuk semua aktiviti pendidikan seni visual yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. Ia juga hendaklah mempunyai ciri – ciri yang ada bahagian pengajaran dan pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Jika boleh, jangan guna kerusi plastik tetapi lebih baik guna bangku yang tidak bersandar. Susunan meja dan kerusi dalam bilik seni hendaklah memberi kemudahan kepada murid – murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid akan mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.
    • Contoh: Pintu Masuk Bilik Seni Yang Terdapat Papan Maklumat dan Hiasan.c) Cahaya Cahaya yang mencukupi sama ada cahaya semula jadi atau cahaya sumber daripada lampu yang dipasang. Cahaya juga hendaklah dapat menerangi ruang bilik seni. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik. Contoh: Pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang.d) Peredaran Udara Bilik seni juga perlu mempunyai peredaran udara yang baik dan secukupnya supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid. Pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang secukupnya. Arah pergerakan angin dan udara juga harus diketahui.
    • Contoh: Tingkap dapat memberi peredaran angin dan udara ke dalam dan luar sesebuah bilik. Tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang.e) Stor Stor adalah tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh dijadikan tempat menyimpan hasil kerja murid sama ada di dalam bilik stor atau di dalam almari.f) Panel dan Rak Pameran Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi semasa hasil dari kerja – kerja murid. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan iaitu Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.
    • Contoh: Bahan Pameran Hasil Kerja Murid Bahan Pameran Kraf Panel pameran murid.Panel dan rak pameran hasil kerja murid
    • g) Kemudahan Asas Beberapa sinki air dan punca elektrik hendaklah diubahsuai agar dipasangkan di tempat yang sesuai dengan aktiviti pendidikan seni visual.h) Poster Keselamatan Poster keselamatan perlulah ada agar guru dan murid sentiasa berhati – hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.i) Warna Warna dinding dan lantai haruslah harmoni. Untuk menonjolkan bahagian – bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna yang cerah akan menyebabkan bilik kelihatan terang. Warna yang terang juga menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya.j) Bahan dan Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Di dalam bilik seni juga hendaklah disediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai seperti carta, buku – buku dan lain – lain. Alat pengajaran dan pembelajaran seperti LCD projektor, komputer, pencetak dan lain – lain juga perlu ada. Contoh:
    • Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan.k) Pejabat Guru PSV Sebaik – baiknya, di bilik seni juga terletaknya pejabat guru PSV. Ini adalah supaya ia dapat memudahkan segala pengurusan PSV sama ada dari segi Pengurusan Fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
    • 2. Aspek Sosial Aspek sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, terutamanya di dalam bilik darjah. a) Interaksi Murid Pada kebiasaannya, murid – murid di dalam sebuah bilik darjah mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza – beza. Ada murid yang pendiam atau pemalu serta tidak suka untuk bergaul dengan murid yang lain. Guru hendaklah bijak dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid – murid dengan menunjukkan sikap yang baik dan adil semasa melaksanakan peraturan bilik darjah. Bilik seni ini pula hendaklah dapat memudahkan murid dapat bergerak dengan bebas serta menggalakkan interksi murid dengan murid dan murid dengan guru. Dalam pendekatan pemusatan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang lebih dikenali sebagai komunikasi sehala dan interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala. Selain itu, interaksi interaksi guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala. b) Kemudahan Aktiviti Kumpulan Ruang di dalam bilik seni perlulah selesa supaya aktiviti dalam kumpulan dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu, aspek sosial ini juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik seni di mana guru menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik seperti, cara murid masuk atau keluar bilik seni. Contohnya, keluar ke tandas. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya, murid mestilah berada di dalam kumpulan masing – masing dan tidak merayau – rayau di dalam bilik seni serta cara murid untuk mendapatkan bahan – bahan pembelajaran. Contohnya, mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas dari guru.
    • 3. Aspek Emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid – murid terhadap guru mereka. Suasana ini akan menimbulkan jenis – jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh gaya guru mengajar dan sifat guru itu sendiri. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana emosi ini boleh diwujudkan dan disenangi oleh murid dengan: I) memenuhi kehendak mental untuk keperluan berfikir. II) memenuhi kehendak fisiiologi iaitu memuaskan deria. III) membentuk suasana yang meransang kreativiti. a) Hiasan Dalaman Seni hiasan dalaman ialah seni menyusun atur perabot dan mereka hiasan dalaman supaya ia lebih selesa, harmoni dan sesuai dalam bilik darjah serta membantu suasana pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat menggalakkan lagi interaksi antara murid. b) Ruang Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan serta jenis dan jumlah perabot yang akan digunakan. Saiz perabot juga perlu diambil kira kerana perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik seni yang kecil. Susunan dan pemilihan perabot akan menentukan ruang dalam bilik. Bentuk bilik juga perlu sama ada bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya. Ini adalah supaya susunan yang di hasilkan dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsang pembelajaran murid.
    • c) Peragaan Hasil Kerja Guru hendaklah menyediakan ruang dan kelengkapan yang bersesuaian untuk memperagakan dan mempamerkan hasil kerja murid. Cara ini akan dapat membina kepuasan dan keyakinan dalam diri murid dalam menghasilkan kerja seni.
    • PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUALEmpat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual 1. Menggambar Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Ia dapat membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas – asas menggambar, guru seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. a) Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. b) Teknik – Teknik Menggambar
    • Teknik KolajTeknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalandari gubahan bahan – bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatanmanusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaaan seperti kertasatau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahanyang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepadakandungan dan penyampaian gambar.Contoh:Teknik CatanApabila kita mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara untukmenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, catposter, cat emulsi, cat gloss dan lain – lain. Berbagai jenis berus atau alatimprovisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatupermukaan.Contoh :
    • Teknik StensilanDalam teknik stensilan, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensildengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensiltersebut. Apabila bahan warna disapu atau stensil yang diletakkan atas kertas,bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserapoleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luarrupa bentuk yang dihasilkan.Contoh:Teknik CetakanTeknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnyacetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atauskrin. Ada pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakanboleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakandan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contohbahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, “strawboard” dan “polyfoam”.“Polyfoam” adalah bahan yang mudah untuk diukir. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan.
    • Contoh:Teknik GosokanKrayon boleh digunakan untuk digosok di atas kertas yang diletakkan di atassesuatu permukaan yang kasar. Contohnya diatas objek dengan jalinan yangberlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.Kita boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untukmendapat gambar yang menarik. Lubang itu memberi kesan kepada sifat garisluar rupa bentuk yang dihasilkan.Contoh:Teknik ResisTeknik resis ini menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu samalain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin atau pun “cow gum”.Teknik ini boleh menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakanuntuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis sepertikertas. Warna air boleh disapukan diatasnya.
    • Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Proses membuatbatik adalah satu contoh teknik resis.Contoh:Teknik GurisanTeknik gurisan dihasilkan dengan menggunakan satu alat yang tajam untukmengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis – lapissupaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras atautajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris padakrayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang kerasdan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yangdihasilkan.Contoh:
    • Teknik MozekTeknik mozek dihasilkan dengan menyusun dan menambah bahan – bahanseperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain – lain ke atas sesuatupermukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dantidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih akanmemberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahanyang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yangdihasilkan.Contoh:Teknik PercikanTeknik percikan ini adalah dengan memercikkan bahan warna dari sesuatualat. Contohnya, warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinanbertitik – titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk bolehdigunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek ataukertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihanberlaku apabila warna kedua dipercikkan.
    • Contoh:2. Membuat Rekaan dan Corak Corak bermaksud struktur susunan ulangan pada cetakan atau pada jalinan kain . Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan serta dibuat secara terkawal atau bebas. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak boleh didapati daripada:  Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.  Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting.  Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.  Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.  Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka. a) Jenis Susunan Corak  Penuh  Turun satu suku  Turun tiga suku  Turun separa  Sisik ikan
    •  Selang seli Tapak dam dan tapak catur Siku keluang Pucuk rebung Orgee
    •  Batu bata Tunggal Berpusat Sendeng Berombak Jidar Berjalur Cerminan
    • b) Teknik Corak a. Corak Terancang LUKISAN KOLAJ KALIGRAFI RESIS CORAK CATAN TERANCANG CAPAN CETAKAN LIPATAN DAN GUNTINGAN b. Corak Tidak Terancang3. Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menjelaskan tentang aktiviti - aktiviti membentuk yang ditujukan kepada murid sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Ia akan dapat dilihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan persembahan hasil kerja. Bidang ini juga menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
    • aspek – aspek ini, murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila merekabentuk dan membina sesuatu model. Bidang ini juga mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai bahan, alatdan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secarakreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan. Bidangkegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktivitiseperti: a. Arca timbul b. Arca asemblaj c. Arca mobail
    • d. Arca stabaile. Origamif. Model
    • g. Dioramah. Bonekai. TopengTema dan Subjeka. Alam semulajadib. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
    • c. Aliran dan tema sejagat d. Keperluan dan pengalaman harian4. Kraf Tradisional a) Definisi Perusahaan atau kerja – kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing – masing. b) Jenis Kraf Tradisional  Alat domestik Merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Contoh:  Alat permainan Wau adalah salah satu contoh permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi masa lapang. Pada kebiasaannya, wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini, wau masih dimainkan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Pahang dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di Malaysia termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan.
    • Contoh: Alat mempertahankan diri Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan masyarakat Melayu tradisional terutama di Zaman Kerajaan Melayu Melaka dan hingga kini masih menggunakan senjata seperti keris, pedang, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, lembing dan sumpit. Contoh: Batik Batik sudah terkenal di seluruh gugusan Melayu dan dianggap sebagai bidang kraf tangan tradisional terunggul. Batik tradisi dan moden
    • mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik canting dan batik lukis merupakan kaedah membuat batik dan diminati ramai. Contoh: Seni tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji dan sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, hiasannya dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Contoh: Tembikar Seni ini telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Ia dihasilkan dengan berbeza dari segi bentuk, corak dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk persamaannya hanyalah dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
    • Contoh: Anyaman Ia merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuan, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku – pakis ribu – ribu atau bahan – bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu menggunakan teknik selang – seli helaian antara satu sama lain. Contoh: Kelarai Ia adalah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan untuk menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini diantaranya ialah:
    • i. Kelarai berakar ii. Kelarai beras patah iii. Kelarai bunga cengkih iv. Kelarai tampuk manggis v. Kelarai bunga mempelas vi. Kelarai anak ikan vii. Kelarai kepala lalat viii. Kelarai mata punai ix. Kelarai sisik kelah x. Kelarai tapak harimau Contoh: Ukiran Seni ukiran kayu adalah sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran ini adalah hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Ia diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Contoh:
    • 5. Kesimpulan Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4 bidang dalam seni visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional adalah bertujuan untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi dan konsep visual murid untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Murid akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik. Mereka juga mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer. Apa yang guru perlu pentingkan dan ambil berat ialah pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
    • RUJUKAN