Faktor2 strategi pembelajaran bahasa lls

327 views

Published on

2 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
327
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
3
Comments
2
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Faktor2 strategi pembelajaran bahasa lls

  1. 1. GGGE 6533PENGAJARAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA ZATI AZMINA JAAFAR (P 61922) PROF.DR. MOHAMED AMIN BIN EMBI
  2. 2. FAKTOR-FAKTOR PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA1. MOTIVASI2. JANTINA3. STATUS SOSIOEKONOMI - LATAR BELAKANG AKADEMIK IBU BAPA. - PENDAPATAN KELUARGA4. TEMPOH PEMBELAJARAN5. BAHASA SASARAN
  3. 3. 1. MOTIVASI• Ellis (1994a) mendefinisikan motivasi sebagai usaha yang dilakukan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripada keperluan dan keingingan untuk mempelajarinya.• Motivasi dianggap sebagai kunci kejayaan dalam pembelajaran bahasa (Dornyei 1990; Gardner 1985; Nunan 1999)• Oxford dan Nyikos (1989), Pelajar bermotivasi menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar kurang bermotivasi.
  4. 4. 2. JANTINA• Maccoby dan Jacklin (1974) mendapati aptitud lisan perempuan lebih ketara berbeza berbanding lelaki.• Banyak kajian yang merentasi kepelbagaian budaya menunjukkan pelajar perempuan lebih banyak dan kerap menggunakan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) berbanding pelajar lelaki (Ehrman & Oxford 1989; Green & Oxford 1995; Politzer 1983.• Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang menyatakan ketiadaan signifikan perbezaan jantina ke atas kebolehan lisan (Bookcock 1980).
  5. 5. 3. STATUS SOSIOEKONOMI• Kajian mengenai pengaruh status sosioekonomi (SSE) keluarga terhadap pencapaian akademik mula digerakkan secara aktif pada pertengahan tahun 1960- an.• Beberapa kajian menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak mereka (Ballantine 1993; Musgrave 1974; Trusty 1998).• Status Sosioekonomi terbahagi kepada dua: a. Latar Belakang Akademik Ibu Bapa. b. Pendapatan Keluarga
  6. 6. a. Latar Belakang Akademik Ibu Bapa• Ibu bapa yang berlatar belakang tinggi akan berusaha membuat persediaan mental dan fizikal bagi membantu perkembangan fisiologi dan kognisi anak-anaknya.• Mereka akan membekalkan model penggunaan bahasa yang baik melalui pertuturan dan pembacaan di luar rumah seperti membawa anak-anak ke muzium dan zoo.• Ibu bapa yang kurang berpendidikan akan membesarkan anak-anak tanpa persediaan dan rujukan intelektual yang mencukupi, dan barangkali beranggapan pembelajaran anaknya berlaku secara semula jadi (Slavin 1997).
  7. 7. b. Pendapatan Keluarga• Pendapatan keluarga turut mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku bahasa pelajar (Mackey 1977).• Ibu bapa yang mempunyai sumber kewangan yang stabil mampu memberi sokongan terhadap proses pemerolehan bahasa anak mereka.• Pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi lebih banyak menggunakan strategi berbanding palajar daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.• Untuk strategi di luar kelas (DLK) dan persediaan untuk peperiksaan (PEP), pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi lebih banyak menggunakan strategi tersebut .
  8. 8. 4. TEMPOH PEMBELAJARAN• Beberapa kajian menunjukkan tempoh pembelajaran mempunyai pengaruh ke atas penggunaan SPB.• Politzer (1983) mendapati pelajar bahasa asing yang berada di tahap tinggi lebih banyak menggunakan strategi positif.• Oxford dan Nyikos (1989) juga mendapati pelajar bahasa asing yang mempelajari bahasa baru untuk sekurang- kurangnya selama 4/5 tahun akan menggunakan strategi beroreintasikan komunikasi secara signifikan berbanding pelajar yang kurang dari tempoh tersebut.• Apabila tempoh pembelajaran semakin banyak, maka tahap penggunaan SPB semakin meningkat dan pelajar berpeluang mempraktikkan pelbagai jenis strategi pembelajaran.
  9. 9. 5. BAHASA SASARAN• Bahasa yang dipelajari turut mempengaruhi pelajar dalam memilih dan menggunakan SPB.• Kajian Chamot dan rakan-rakan (1987) menunjukkan pelajar yang mempelajari bahasa Rusia menggunakan lebih banyak strategi berbanding mereka yang mempelajari bahasa Sepanyol.• Suasana pembelajaran bahasa pertama berbeza daripada suasana pembelajaran bahasa kedua dan asing.• Konteks pembelajaran bahasa kedua berlainan daripada konteks pembelajaran bahasa asing.

×