Kkbi lit bhs nota 1

4,584 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,584
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
17
Actions
Shares
0
Downloads
129
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kkbi lit bhs nota 1

  1. 1. PRABACAANDefinisi dan KonsepAtan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkankebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semulakepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikanoleh tulisan itu. Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guruperlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalammempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentukkelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesejatau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikirmelalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yangberbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaanpembacaan bagi individu murid.Kesediaan MembacaKemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segimental, emosi dan fizikal.Ini melibatkan peringkat mendirikan asas membaca,memperkukuh asas membacahingga ke peringkat yang lebih tinggi. 1
  2. 2. Jenis Masalah Bacaan 1. Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan 2. Mengulang bacaan 3. Mengganti huruf atau perkataan 4. Menambah perkataan 5. Pembalikan huruf, perkataan atauayat 6. Tidak mengenal huruf 7. Salah sebutanBengkel Asas Membaca (Kaedah)Kaedah mengajar bacaan merupakan sebahagian lanjutan daripada aktiviti prabacaantetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan huruf, perkataan dan ayat sertabunyi kepada kanak-kanak.Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga: 1. Kaedah bunyi/ fonetik 2. Kaedah huruf/ abjad 3. Kaedah pandang dan sebut 2
  3. 3. KAEDAH BUNYI / FONETIK Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua caramengunaan iaitu:1. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contohnya: ba + pa = bapa2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Contoh: b (beh), a (ah) = ba p(peh), a (ah) = pa ba + pa = bapa Kekuatan Kelemahan Sesuai dengan susuk bahasa Melayu adalah Bacaan murid-murid tidak licin. Ini terdiri daripada suku-suku kata yang hampir disebabkan perhatian murid-murid itu tetap bunyinya. tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak Tidak menarik hati kerana suku-suku kata membaca perkataan-perkataan baharu yang diajar itu tidak mempunyai makna walaupun perkataan-perkataan itu diluar yang nyata pada mereka. perbendaharaan kata mereka. 3
  4. 4. KAEDAH HURUF (ABJAD) Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategori sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Vokal a a i Konsonan s y l r Gabungan sa ya la ri Vokal dan Konsonan Perkataan saya lari Kekuatan Kelemahan1 1. Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia 1. Murid-murid membaca dengan lancar 1. kerana bahasa Malaysia terdiri tanpa memahami apa yang dibacanya. daripada suku-suku kata yang hampir Mereka hanya mementingkan sebutan tetap bunyinya. dan kelancaran membaca. 4
  5. 5. 2 2. Membolehkan kanak-kanak membaca 2. 2. Murid-murid terbawa-bawa tabiat perkataan-perkataan baharu, membaca sambil mengeja walaupun belum mempelajarinya menyebabkan mereka membaca kerana mereka dapat mengenal huruf- merangkak-rangkak. Kaedah ini huruf dan membunyikan vokal dan dikatakan tidak sesuai dengan konsonan dengan baik. kehendak pendidikan dan psikologi3 3. Kaedah ini memberi asas dan binaan murid-murid kerana pengajaran tidak yang kukuh dalam membaca. secara keseluruhan yang bermakna.4 4. Tercapai kecekapan dan kemahiran 3. 3.4. Boleh membosankan murid-murid membaca serta memberi keyakinan terutama apabila mereka diberi latih tubi kepada murid-murid. yang berlebihan. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak menggunakan kaedah mengeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca. Peringkat Permulaan1. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. 5
  6. 6. 2. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Kekuatan Kelemahan 1 1. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa 1. 1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kanak-kanak kerana mereka kepada perkataan, rangkai kata dan mempelajari sesuatu cara keseluruhan, ayat-ayat yang telah diajar sahaja. menarik minat murid-murid. 2. Kaedah ini tidak membolehkan kanak- 2 2. Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak mengenal huruf-huruf secara kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu formal. Lambat mengenal bunyi dan daripada keseluruhan kepada bahagian- suku kata. bahagiannya. 3 3. Kaedah ini dari awal mementingkan 3 3. Murid-murid tidak mempunyai asas makna. yang kukuh yang membolehkan 4 4. Guru dapat melatih kanak-kanak mereka membaca sendiri. membaca dengan sebutan dan rentak 4 4. Lambat tercapai kemahiran dan irama ataupun alunan suara yang betul kecekapan membaca. dari mula. 6
  7. 7. AKTIVITI PRA BACAANMemberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca.Elemenpenting dalam perkembangan kemahiran membaca kanak-kanaktiga jenis iaitu :1. pengamatan penglihatan2. pendengaran3. pergerakan mata & tangan.KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN aktiviti memadan dan juga arah memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan perkataan - ialah jigsaw puzzle. membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan ibu bapa atau guru harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. harusmendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.KEMAHIRAN PENDENGARAN memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah auntuk ayam, b untuk bola. elakkan menggunakan huruf besar bertutur kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman penting dalam perkembangan membaca. 7
  8. 8. KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGANAktiviti motor tangan seperti mewarna. Peringkat awal, motor halus kanak-kanak belummatang lagi. Guru harus menggalakkan kanak-kanak kreativiti untuk melukis dan mewarna menggunakan peralatan yang berbeza. melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek cara yang betul Memberi permainan yang menggunakan objek kecil set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa menggunakannya.RUMUSANMembaca merupakan aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar danbertutur.Kemahiran ini melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi yangberfungsi serentak dan amat penting semasa mengusai prabacaan. Guru sewajarnyacekap dan kreatif memahami proses dan peringkat awal membaca bagi kanak-kanakagar sentiasa dapat membimbing dan mempertingkat kebolehan mereka melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik. 8
  9. 9. Peta minda 9
  10. 10. PRATULISANDEFINISI DAN KONSEPMenurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupayauntukmengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran.Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah denganpengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya.Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan bolehbermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun. Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakantangan.Dengan itu, dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supayaboleh menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu, kanak-kanak juga dapatmelakukan latihan-latihan pergerakan mata serta melakukan latihan-latihan kordinasitangan.OBJEKTIF Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tanganialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alattulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarakdan bentuk huruf dengan sempurna. 10
  11. 11. KEPENTINGAN PRATULISAN1. Supaya kanak-kanak kenal kesemua huruf.2. Supaya kanak-kanak dapat membezakanhuruf kecil dan huruf besar.3. Supaya kanak-kanak menulis dari arahyang betul4. Supaya kanak-kanak menulis huruf dalam posisi dan arah yang betul5. Supaya kanak-kanak dapat mengikuturutan huruf yang betul.KELEBIHAN PRATULISANMenyediakan kanak-kanak sebelum beralih kepada kemahiran tulisan.Kanak-kanakyang melalui pra tulisan akan lebih cepat mengenal huruf dan lebihcekap menulishuruf.Kanak-kanak yang melalui peringkat pratulisanakan lebih minat untuk belajarkerana mereka dapat memahami peringkat tulisan dengan lebih baik.Guru yang mengajar kemahiran tulisan tidak menghadapi banyak masalah dalammengajar kanak-kanak yang sudah melalui peringkat pra tulisan.PRATULISAN MENITIKBERATKAN  Latihan pergerakan tangan  Menguasai gerak tangan yang bebassupaya boleh menulis dengan selesa  Melakukan latihan pergerakan mata  Melakukan koordinasi pergerakan tangan dan mata  Melakukan latihan pergerakan mata 11
  12. 12. PERINGKAT-PERINGKAT PRATULISANPratulisanmerupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagimenyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyikhusus yang diterima olehkelompok masyarakat.Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan diataspermukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran merekadenganmenggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan keatas permukaan bendatersebut.Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contenganbebas hinggake peringkat contengan terkawal.Peringkat pratulisan ini membolehkan kanak-kanakmendapatkan latihan otot, jari tangan, sertakoordinasi mata tangan. Peringkatpratulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:  melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.  menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.  melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dariatas ke bawah dan lain-lain.  melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. 12
  13. 13. STRATEGI PENGAJARAN PRATULISAN Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerimapendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA.Mereka telah pun didedahkankepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca.Namun begitu, bagi peringkatpermulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepadamurid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikutbentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpamaini dapat membantu murid menguasai koordinasi antara tangan dan mata, danseterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.a. Latihan bagi tanganMurid dikehendaki: i. menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. ii. menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. iii. menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. iv. menggenggam dan merasa bola. v. memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. vi. melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. vii. melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. viii. memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ix. membuka tali kasut dan mengikat semula. 13
  14. 14. b. Latihan bagi mataMurid dikehendaki: i. menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. iii. melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. iv. menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. v. menyebutkanwarna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. vi. menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagainya.c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:Murid dikehendaki: i. menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukur ii. menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. iii. mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle 14
  15. 15. iv. melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. vi. mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. vii. mencantum arah jalan atau aliran sungai viii. memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. ix. memilih gambar yang berlainan dalam satu set. x. mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. xi. mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. xii. membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknyaRUMUSANMurid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yangfleksibel dan inovatifuntuk menarik perhatian mereka tetapi apa yangpenting ialah satu strategi yang dapatmembantu mereka mengingat kembalimaklumat yang diajar agar proses P & P bolehdianggap berkesan. Walaubagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagisesuatu pembelajaranpratulisandiperlukan supaya mereka benar-benar dapatmenguasai kemahiran tersebut.Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyakmemandangkan kumpulansasaran terdiri daripada mereka yang cepat berasa bosan. 15
  16. 16. Peta minda 16
  17. 17. PEMULIHAN BACAANDEFINISI DAN KONSEPMenurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentukpenulisankepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.Membaca jugamerupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanaksupaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan kualiti kehidupanmereka.Justeru,aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidakdapat menguasaikemahiran ini.Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca iaitua)Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasanberbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.b)Faktor yang ada pada bahan bacaanFaktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaankata,panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan danorganisasi bahan grafik. 17
  18. 18. UJIAN BACAANUjian Diagnostik BacaanUjian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukarankhusus bacaan murid.Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secaraobjektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca.Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihanbacaan.Ujian Bacaan NyaringUjian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikankesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasanyang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan ialah: i. Peringkat huruf (abjad) ii. Peringkat perkataan iii. Peringkat Frasa iv. Peringkat Ayat 18
  19. 19. PRINSIP PENGAJARANMargaret et.al., 1989) :1. Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai.2. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerahkelemahan dan tahap bacaan murid.3.Murid perlu diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.4. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secaralangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.5. Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaianKOMPONEN PENGAJARAN  Bacaan peringkat Pengajaran  Pengajaran berfokus  Menyemak atau meneliti semula  Bacaan bebas 19
  20. 20. AKTIVITI PEMULIHAN BACAANKaedah PengajaranKaedah FonetikAktiviti utama dalam mengajar pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetikdenganbetul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustikyang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulahditekankan.Guru perlu mengajar penggunaan alat-alat sebutan bunyi seperti:Bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, lidah, rongga tekak, ronggarongga mulut.Kaedah AbjadKaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid.Melaluiaktivitipemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai danmenghafalhuruf „a‟ sehingga „z‟ dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlumelaksanakanaktiviti berikut:  Nyanyian lagu A,B,C,..  Menayangkan huruf satu persatu secara berulang  Padanan abjad  Menyebut huruf satu persatu secara berulang 20
  21. 21. Kaedah Pandang SebutLatihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkanolehguru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca.Latihan inijugamelibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur.Teknik Permainan BahasaAktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasaikemahiranmembaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh gurutermasuklahpermainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyihuruf,permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku katakv,kvk, kv+kv, dan kv+kvkPengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalammengajarkanasas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasamenyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolahbahan,membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pulaperlulahmenarik, dan memenuhi keperluan pancaindera. 21
  22. 22. Teknik BonekaBoneka digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untukmenyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapatmenghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuansepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaanboneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untukberkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, danmerangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberipengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulanRumusanGuru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhikebolehbacaanmurid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantuperancangan danpenyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman gurudapat membantukeberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkankefahaman.Aktivitipemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakanpendekatan, kaedah,dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asaskemahiran berbahasaiaitu membaca. 22
  23. 23. Peta minda 23
  24. 24. PEMULIHAN TULISANDEFINISI DAN KONSEPTulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentukgrafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkanlambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yangbermakna serta dijadikan alat komunikasi.KamarudinHusin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran danidea dalam bentuk grafik.Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi-bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.Pemulihan tulisan pula merupakansatu kaedah dan pendekatan yang khususbagimembantu murid yang sangat bermasalah dalam bidang penulisan.Objektif utamapenguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialahsupaya mudahdibaca.Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis,membentukgarisan dan lengkukan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak danbentuk hurufdengan sempurna.Pemulihan tulisan amat penting bagi murid-murid sebagai langkah menguasaikemahiran menulis yang merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam pembelajaranbahasa. 24
  25. 25. PELAKSANAAN RANCANGAN PEMULIHAN TULISANMurid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lainakandiasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. Beberapa waktu pelajaran telahdiasingkanuntuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Gurupemulihan yangditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakangmurid, supayapengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.Sebelum sesuaturancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertamasekali ialah untukmengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaranpemulihan dalambidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi namasaringan. Kemudian,setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yangkedua ialahdiagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatubidangsahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akanmemberipetunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannya untukmengatasi kelemahan murid tersebut.SARINGAN DAN DIAGNOSISSalah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.Kebolehanmenulisdiperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Berbagai-bagai caratelahdikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehanmenulis.Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sediaada dalambuku latihan, atau ringkasan. 25
  26. 26. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, keranaada murid yang tulisannyamemuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu jugamungkin tidak dapatmenulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yangdapat mengawalkedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.Cara berikutuntuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulismudah digunakanoleh guru bilik darjah. 1) Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syaratberikut: a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis keranakerumitan mengeja. b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami olehmurid 2) Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenalsemua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayattersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan. 3) Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yangsama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tigaminit, guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut. 26
  27. 27. 4) Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara- perkaraberikut:- a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa. b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa c) ujian yang menghadkan masa. d) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: e) Jumlah perkataan dibahagi dengan masa 5) Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan. 6) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yangmasanya dihadkan a) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidakmenghadkan masa b) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalubesar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudahCara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti inibiasanyamemadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan SkelTulisanyang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti 27
  28. 28. mutunya.Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian inisatu skelpurata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid.DenganmenggunakanSkel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-contoh skel iniialah „Thorndike Scale for Handwriting,`Ayres Measuring Scale forHandwriting (Gettysburg Edition) „,`American Handwriting Scale,danMinneapolisHandwriting Scale.Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan)dantidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.Setelahmurid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan,guru harusdapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan muridtersebut.Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah denganmembacatulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atauyangmemerlukan penelitian kali kedua.Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkankelemahan setiap murid.Perkara ini mudah dibuat dengan menggunakan CartaThe Pressey Chart for DiagnosisofIllegibilities in Handwriting.Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisanmurid yang menunjukkanberbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapatdibaca.Daripenyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinyasering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan tmenyebabkankesilapan menulis lebih daripada 50%.Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialahr, diikuti dengan huruf n. Kesilapanyang sering berlaku ialah menulis r seperti i, nseperti u, menutup e, membuat d seperti c,o seperti a dan a seperti u. Huruf besar 28
  29. 29. biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L . Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu hurufbesar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca,adalah munasabah jika pengajaranpemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulisbentuk-bentuk huruf ini denganbetul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yangmemuaskan di kalangan muridsekolah rendah.CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISANGuru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contohyang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan muridsecaraindividu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadiikutan murid-murid. Tulisan dancara-cara guru menulis contoh yang akan disalin olehmurid-murid hendaklah dibuatdengan teliti dan betul.Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulahdisediakan oleh guru dengan sempurna.Seberapa boleh perbanyakan latihan danberikan bantuan individu.Guru juga perlu membuat pertimbangan bagi menentukanketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkanlagi untuk menggunakangetah pemadam. 29
  30. 30. KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANPenulisan adalah lebih mudah dipelajari ketikamurid masih kanak-kanak kecil lagi,seperti pada umur empat tahun setengah.Latihanpermulaan untuk kanak-kanak kecil iniharuslah menggunakan pensil, atau krayon.Langkah-langkah untuk mengajarmernegangpensil, atau krayon adalah seperti berikut: i. Murid diminta memegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedangmengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yangbulat dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan. ii. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkanbagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensilharusdipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk iii. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jaridan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senangdan selesa. iv. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir denganmata pensil dan disuruh melatih kawalan jari di kedudukan ini. v. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jaritelunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) dikedudukan yang betul. 30
  31. 31. AKTIVITI PEMULIHAN TULISANPada peringkat pratulisan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untukmelatihpergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakanmata melaluilakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. MenurutHughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnyasudah bolehmelakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis; i. melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang ii. menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus iii. menyambung titik-titik di atas kertas. iv. melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan dari bawah ke atas v. melukis bulatan lawan arah bulatan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam vi. melukis garis condongvii. menyalin corak mudah dan bentuk-bentukviii. mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut. 31
  32. 32. Latihan Sebelum MenulisAntara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pemulihan tulisan ialahdenganmengelolakan kelas lukisan dan bentuk-bentuk penting yang menjadi asaspenulisaniaitu bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisanlurus.Selainitu, pelajar perlu didedahkan untuk membuat berbagai-bagai bentukdenganmenggunakan jari mereka.Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan danguruharus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.Latihan MenulisMurid yang telah mampu menggunakan pensel dengan baik sudah bolehdidedahkandengan latihan tangan melalui aktiviti penulisan huruf-huruf yang hampersama. Namundemikian, huruf b dan d tidak harus diajar bersama kerana kedua-duahuruf ini mudahdibalikkan oleh murid-murid yang keliru. Huruf q pula harus diajar lewatsedikitbersama-sama dengan huruf u. Dalam erti kata lain, sebaik-baiknya beberapahuruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan hurufyangbaru dipelajari. Berikut adalah cara-cara berkesan yang boleh digunakanuntukmengajar latihan menulis:  murid boleh disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang telah disediakan. 32
  33. 33.  titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid dan ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakanlangkah- langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti (“turun, naik, ke kanan dan bulat untuk huruf p”)  setelah murid menulis huruf yang besar di atas kertas, mereka harus diajar menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Murid juga akan diingatkan supaya tidakmelintasi garisan antara ruang untuk mengelakkan huruf terbalik.  Murid yang bermasalah visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia dipotong, ditampal pada sehelai kertas sebagai panduannya.Huruf BesarPada kebiasaannya, huruf besar diajar kepada murid setelah mereka tahu menulishurufkecil.Ini kerana, huruf besar kurang digunakan berbanding huruf kecil. Selain itu juga, disebelah huruf besar, murid akan disuruh menulis huruf kecil yang sama. 33
  34. 34. Huruf BersambungLatihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk melembutkan tanganmuridsupaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok. Berikut adalah cara-carayangberkesan untukdilaksanakan : i. Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu. ii. Latihan ini boleh ditunjukkan pada papan tulis dengan menggunakan pelbagai warna kapur atau di atas buku tulisan murid menggunakan pelbagai pensel warna atau krayon. iii. Latihan ini juga harus diikuti dengan keterangan guru mengenai perjalanan kapur atau pensel semasa guru sedang menulis`. Kaedah ini mampu menarik minat danperhatian murid. Sebagai contoh:a)Bukit dan lembah: mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik dan turunbukit.b)Ombak: ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah. c)Tali disimpul: naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dan sebagainyad)Gigi gergasi: gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masih baik dan belum rongak, gigi bawah gergasi juga tidak rongak.e)Mencantum manik: cantumkan manik, manik dan benang. iv. Setelah murid diajar huruf tidak bersambung, maka tulisan sambung hanya merupakan lanjutan daripada tulisan tidak bersambung iaituuntuk 34
  35. 35. menyambungkan semua huruf supaya cepat ditulis. v. Semua huruf sambung perlu dibandingkan dengan huruf tidak bersambung danperubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru. vi. Jika murid berasa sukar untuk menulis huruf sambung, guru perlu menunjukkantulisan sambung yang hamper sama dengan yang tidak bersambung (kaedahtulisan manuskrip yang disambung). Vii. Guru boleh menggunakan warna anak panah atau pangkah untuk titik permulaandan arah perjalanan pensel atau pen. viii. Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan tidakdisambung iaitu huruf-huruf yang menggunakan cara penulisan yang hampir sama diajar bersama satu persatu.Menulis Perkataan Dalam Tulisan SambungSetelah murid dapat menguasai penulisan huruf sambung, latihan menulisperkataandalam tulisan sambung pula harus didedahkan.Murid yang sukar menulistulisansambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-hurufyangtidak bersambung. Guru boleh mengurangkan kesukaran ini dengan membuatgarisancondong di antara setiap huruf lain dengan pensel supaya setiap hurufdapatdikenalpasti oleh murid.Bagi mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh muridmeletakkanjari kelengkeng dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis dihujung 35
  36. 36. perkataan dan menandakan jarak ini dengan titik.Perkataan baru akanditeruskan di titikini.RumusanKaedah-kaedah pengajaran yang dinyatakan ini boleh digunakan untukprosespengajaran pemulihan tulisan. Sebagai contoh, jika murid tidak dapatmengenalkeseluruhan sesuatu huruf, guru boleh menggunakan huruf yang telahdipotongsebagai panduan titik.Cara yang paling efektif untuk mengajar murid yangsudah pandai menulis tetapimasih kaku ialah dengan cara menyalin. Pada peringkatawal, murid boleh diarahkan menyalin tulisan bersambung yang besar ( setengah inciatau tiga per empat inci)yang telah disediakan guru ke atas kertas nipis supaya jelaskelihatan tulisan yangdisalin. Kemudian, tulisan induk ini boleh dikecilkan pula. Dengankaedah ini, muriddapat melatih ketangkasan penulisan mereka sekaligus memudahkantugasan menulis. Dengan ini murid-murid akan bermotivasiuntuk terus mencuba apayang dipelajari sehingga berjaya. 36
  37. 37. Peta minda 37
  38. 38. Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contohyang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan muridsecaraindividu supaya dapat diikuti dengan mudah. Pendekatan dan strategipengajaran yang fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembalimaklumat yang diajar.Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak memandangkankumpulan sasaranterdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.Walaubagaimanapun, peruntukanmasa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukansupaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.Guru adalah modelatau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menuliscontoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat denganteliti dan betul.Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakanoleh gurudengan sempurna.Seberapa boleh perbanyakan latihan dan berikan bantuanindividu.Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik, murid-murid akan bermotivasiuntukterus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya. 38
  39. 39. 39

×