Definisi & konsep komunikasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Definisi & konsep komunikasi

on

  • 2,615 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,615
Views on SlideShare
2,615
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
65
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Definisi & konsep komunikasi Definisi & konsep komunikasi Presentation Transcript

  • Pengirim membentuk idea. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej. Maklum balas dihantar kepada pengirim. Mesej akan melalui saluran komunikasi. Penerima medekodkan mesej tersebut
  • LINEAR INTERAKSIONAL TRANSAKTIONAL • Proses komunikasi adalah satu hala iaitu pengirim hanta mesej kepada penerima. (Shannon & Weaver, 1949) • Proses komunikasi dua hala antara para peserta komunikasi. Elemen yang penting ialah maklum balas. Pengirim & penerima mesej akan saling memberi tindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-duanya sekali. (Wilbur Schram, 1954) • Pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episode komunikasi. • Kedua-dua pengirim boleh menghantar dan menerima mesej secara serentak
  • Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi Dari Segi Hubungan Insan (Kemasyarakatan) Kepentingan Kemahiran Dari Segi Akademik. Kepentingan Komunikasi Dari Segi Kerjaya • Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku yang tertentu. •Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya. •Kemahiran ini amat penting dalam hubungan dengan pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugas kursus. •Mahasiswa perlu menguasai teknik penulisan akademik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. •Anda mesti belajar menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik. •Dapat merangka curriculum vitae yang menarik dan lengkap untuk diri anda. •Anda hendaklah sentiasa beretika ketika berkomunikasi.
  • Pesanan Verbal Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar. Pesanan Paraverbal  Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa perkataan yang kita sebut.  Pesanan yang disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza. Pesanan bukan verbal Pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul serta gaya yang sesuai.
  • Kunci utama untuk menerima pesanan secara berkesan adalah mendengar. Kunci kemahiran mendengar termasuk memahami maksud verbal dan bukan verbal. Kemahiran verbal adalah memberi perhatian kepada kata yang diucapkan dan perasaan yang disampaikan melalui bahasa tubuh dan gerak gerinya. Kemahiran bukan verbal adalah memberi pemerhatian fizikal kepada orang yang bercakap dan sedar akan pesanan bentuk nonverbal orang yang bercakap 3 perkara penting dalam komunikasi; • Prapasa – pesanan disampaikan secara ringkas padat dan fokus. • Refleksi perasaan – pendengar memberi tumpuan kepada perkataan diucapkan dan memahami perasaan yang diucapkan. • Meringkas- pendengar mengumpul semua buah fikiran utama yang disampaikan oleh penyampai untuk menujukkan dia telah memahaminya.
  • KOMUNIKASI LISAN – Komunikasi dengan kata-kata. KOMUNIKASI BUKAN VERBAL – Komunikasi bukan lisan. KOMUNIKASI BERTULIS – Komunikasi melalui penulisan.
  • PERBENDAHARAAN KATA KELAJUAN •Kemampuan mengolah kata dan penguasaan perbendeharaan kata yang luas sangat penting dalam komunikasi. •Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti jelas atau yang samar-samar maksudnya boleh menimbulkan salah faham. Pengaturan kelajuan berbicara yang baik (tidak terlalu cepat atau lambat) akan menyebabkan komunikasi lebih efektif. INTONASI •Kemampuan memberikan intonasi yang tepat dan betul pada kata-kata yang dipilih akan mempengaruhi erti mesej. •Maksud mesej akan berbeza apabila diucapkan dengan intonasi yang berbeza. HUMOR •Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat mengurangkan beban penerima. •Mesej tersebut akan menimbulkan suasana santai dan dapat diterima baik oleh penerima. SINGKAT DAN JELAS Kemampuan menyampaikan isi mesej secara singkat dan jelas yang terus kepada pokok masalah supaya senang difahami akan menghasilkan komunikasi yang berkesan.
  • EKSPRESI WAJAH PANDANGAN MATA SENTUHAN GAYA TUBUH DAN GAYA BERJALAN  Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi menjadi berkesan atau sebaliknya.  Wajah sendiri merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi dan mencerminkan suasana hati & emosi seseorang.  Ini merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi.  Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinteraksi bererti orang tersebut menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan.  Beberapa mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih sayang atau simpati dapat diwujudkan dengan sentuhan.  Posisi tubuh dan gaya berjalan memperlihatkan ekspresi dirinya, mencerminkan emosinya, konsep diri dan tahap kesihatannya.
  • GERAK ISYARAT PROKSEMIK ARTIFAK  Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetukngetuk kaki ketika berbicara, sebagai bahagian keseluruhan merupakan ekspresi keadaan seseorang.  Ini adalah jenis komunikasi bukan verbal yang berkaitan dengan penggunaan ruang.  Penentuan jarak bergantung pada tingkat keakraban antara komunikator.  Kemungkinan besar anda akan berdiri lebih rapat dengan seseorang yang anda kenali lama dari seseorang yang baru anda kenal.  Ini adalah bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain. Contohnya: Menitiskan air mata menandakan perasaan terharu. Menangis sebagai tanda kecewa,sedih,kesal atau marah.
  • FAKTA  Pandangan yang didapati dari teoti-teori, prinsip, falsafah dan ideologi merupakan bahan yang dapat penulis ilmiah gunakan sebagai fakta. GAYA  Pengetahuan tatabahasa & keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat menghasilkan penulisan yang berkesan. LARAS  Laras adalah penggunaan bahasa mengikut bidangbidang yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu.  Pengolahan yang baik melibatkan penggunaan bahasa PENGOLAHAN secara berkesan,menggunakan format dan bentuk penulisan yang ringkas,padat,mengalir,bersinambungan dan bertaut. BAHASA  Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Ia haruslah mudah dibaca, difahami dan dinikmati.
  • Karangan berformat khusus Karangan berformat umum
  • SURAT RASMI MEMO EMEL TULISAN ILMIAH
  • KOMUNIKASI INTRAPERSONAL  KOMUNIKASI INTERPERSONAL  KOMUNIKASI BERKUMPULAN  KOMUNIKASI ORGANISASI  KOMUNIKASI AWAM  KOMUNIKASI SILANG BUDAYA  KOMUNIKASI BERASASKAN TEKNOLOGI 
  • Bermaksud apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.  Tujuan :  i) Individu lebih memahami kelemahan serta kelebihan dirinya sendiri. ii) Memperkuat emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri.
  • Dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta menafsirkan maklumat.  Tujuan;  i) Bertujuan membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian silaturrahim. ii) Jalinan hubungan interpersonal yang terbina dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila individu menghadapi masalah.
  • Melibatkan lebih daripada dua orang individu.  Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam satu kumpulan besar.  Ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai, tingkat interaksi, peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu dicapai. 
  •   Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula. Arah aliran komunikasi - Komunikasi atas bawah: melibatkan pemakluman arahan, dasar, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak atasan kepada perigkat bawahan. - Komunikasi bawah atas: melibatkan pula misalnya maklum balas, aduanm perbincangan daripada pekerja bawahan kepada pihak atasan. - Komunikasi mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan. Kaedah komunikasi ini sering digunakan dalam sesebuah organisasi seperti lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain serta mesyuarat jawatankuasa.
  • Melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak  Bentuk-bentuk pengucapan awam ialah pengucapan awam yang bersifat informatif dan pengucapan awam yang bersifat persuasif.  Jenis-jenis Pengucapan Awam - Ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang persediaan. - Ucapan ekstemporan: ucapan jenis ini kelihatan seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia terlebih awal dengan kandungan ucapan dan sebagainya. - Ucapan manuskrip: dalam ucapan jenis ini penyampai membaca manuskrip ucapan yang telah tersedia. Kaedah ini sering digunakan oleh orang kenamaan seperi Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. - Ucapan Hafalan: ucapan begini lazimnya ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak. Ia lebih bersifat pengacaraan dan sering kita dengar dalam majkis hari jadi, perpisahan dan sebagainya. 
  • Merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.  Halangan budaya bagi komunikasi silang budaya;  - Bahasa atau mesej lisan: perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi. - Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat budaya bangsa yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain. - Kesan etnosentrisme: etnorisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik dari bangsa lain. Ini mewujudkan pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain. - Sterotaip: kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa. - Norma, resam & tuntutan moral: Kegiatan yang melanggar norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan jugak didiskriminasikan oleh masyarakat setempat, begitu juga apabila berlakunya penyimpangan adat resam dan jika melanggar tuntutan moral.
  • Komunikasi berasaskan teknologi adalah suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini.  Teknologi komunikasi telah berperanan dalam hubungan antara pemerintah dan masyarakat.  Misalnya dengan adanya laman sosial Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati, dan rakyat lebih mudah menyampaikan pandangan & kritikan. 
  •      Laras Biasa/umum: tidak menggunakan bahasa yang formal atau istilah khusus kerana ia tiada kaitan dengan bidang ilmiah. Laras Ilmiah: bersifat formal menggunakan istilah dan format mengikut bidang-bidang berkaitan. Laras Agama: banyak mengandungi istilah agama kerana ia melibatkan wancana agama. Laras Undang-undang: mempunyai larasnya yang tersendiri kerana terdapat istilah-istilah perundangan yang khusus bagi bidang ini. Laras Sastera: berbentuk puitis, dramatik, figurative, naratif dan deskriptif. Kadangkala ia tidak mengikut hukum tatabahasa.
  •      Halangan Persekitaran: komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang. Halangan Sikap Penghantar: penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej. Halangan Sikap Penerima: penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan komunikasi. Halangan Bahasa: penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima serta sebutan yang kurang jelas akan menjadi suatu halangan komunikasi berkesan. Halangan maklumat Kurang Tepat dan Jelas: akan mengelirukan penerima.
  •    Latar belakang penghantar dan penerima maklumat: Pengetahuan mengenai perbezaan latar belakang seperti bangsa, bahasa, budaya, agama, status dan tahap pendidkan mempengaruhi pilihan bahasa, gaya&cara pertuturan serta penulisan yang bersesuaian agar apa yang hendak disampaikan akan difahami. Mendengar dengan baik dan efektif: mendengar secara atentif di dalam apa jua bentuk ineteraksi akan dapat menyumbang kepada komunikasi berkesan. Bersikap positif: sikap yang positif dapat mewujudkan suasana harmoni dan seronok yang membantu ke arah komunikasi lisan atau bertulis yang berkesan.