Your SlideShare is downloading. ×
0
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Bab 2 utilitarianisme
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bab 2 utilitarianisme

7,014

Published on

Published in: Sports, Technology
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
7,014
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
18
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. ATP 391(3)/ ATW 394(3)Etika Perniagaan Bab 2Kebajikan, Hak & Keadilan Pensyarah: Siti Hadijah Zulkilfy
  • 2. Utilitarian Klasik• Utilitarian merupakan pendekatan etika• Utiliti : kesudahan yang baik dan yang dihajatkan,dapat dimanfaat sepenuhnya oleh insan terbanyak.• Contoh: Aza sedang membuat keputusan sama ada menepati temu janji dengan seorang rakan sekolah yang sudah lama terpisah atau menghadiri jemputan ke satu majlis keramaian di tempat kerjanya. Pertimbangan Aza: Memungkiri temu janji dengan rakan lama, hanya rakannya sahaja yang kecewa. Jika tidak menghadiri majlis keramaian, ramai rakannya akan kecewa.Akhirnya Aza menghadiri majlis keramaian tersebut.
  • 3. • Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) & John Stuart Mill (1806-1873)• Menurut mereka, utilitarian bukan sekadar falsafah tetapi adalah instrumen yang berkesan untuk sosial, politik, ekonomi & perubahan perundangan• Digunakan sebagai panduan paling praktikal untuk pergerakan reformasi inggeris
  • 4. Prinsip Ulilitarian- Jeremy Bentham• Semua tindakan manusia diransang oleh keinginan untuk mendapat kegembiraan / keseronokan dan keinginan mengelakkan diri dari mendapat mudarat• Perlakuan yang menghasilkan lebih banyak keseronokan dan kebahagiaan merupakan perlakuan yang bermoral(dilihat dari segi kuantiti)
  • 5. • Utilitarian berbentuk sejagat: kebaikan yang paling tinggi ialah kegembiraan / kebahagiaan yang maksimum yang dapat dirasa oleh semua orang• Untuk mengukur kegembiraan & kesakitan (pain & pleasure) & membandingkan amaun manfaat & mudarat yang dihasilkan oleh sesuatu perbuatan yang berbeza-beza, Bentham telah membentuk pengukur etika yang dipanggil “Hedonistic Calculus”.
  • 6. Hedonistic Calculus mempunyai 7 tahap perasaani. Kekuatan perasaan (intensity of feeling)ii. Jangka masa perasaan (duration of feeling)iii. Ketepatan perasaan (certainty of feeling)iv. Kedekatan perasaan (propinquity)v. Kesuburan perasaan (fecundity)vi. Kesucian perasaan (purity)vii. Takat perasaan (extent)
  • 7. • Setiap tahap diberikan markah• Keputusan atas perbuatan diperolehi dengan mencampurkan semua markah bagi tahap- tahap tersebut• Jika jumlah markah +ve (baik) lebi banyak daripada –ve (buruk), maka tindakan adalah bermoral• Bentham menyatakan sesuatu perbuatan salah bukan kerana ia kejam/berdosa, kerana menimbulkan lebih banyak perasaan dukacita (pain) daripada sukacita (pleasure)
  • 8. • Kritikan: Kegembiraan/sukacita memanglah menyeronokan, tetapi jika kegembiraan dijadikan pengukuran kepada manusia, ia amatlah tidak tepat kerana haiwan sendiri boleh menikmati kenkmatan/kegembiraan• Utilitarian dianggap sebagai “pig philosophy”• Pernyataan melampau: adalah lebih baik menjadi haiwan yang gembira daripada menjadi manusia yang berdukacita
  • 9. Prinsip Utilitarian-John Stuart Mill• Menolak pandangan Bentham yang menyatakan keseronokan yang dirasai itu adalah serupa• Menyatakan bahawa keseronokan/kebahagiaan mempunyai kualiti yang berbeza; ada tinggi/rendah• The greatest happiness principle • Melihat dari segi kuantiti dan kualiti keseronokan.• Kuantiti : makin tinggi kesusahan, maka makin tinggilah kebahagiaan dan keseronokan. Menyokong konsep peperangan.
  • 10. • Kualiti keseronokan bagi Mill mengambil kira faktor pendidikan, keperihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada sesuatu tingkah laku (keseronokan intelektual)• Untuk membuat keputusan etika, seseorang perlu mempunyai penilaian sendiri yang bersifat subjektif• Orang yang mempunyai kualiti kebahagiaan yang tinggi= sejahtera, sihat fizikal & mental, berpendidikan, berakhlak & sensitif terhadap orang lain• Orang yang mempuyai kualiti kebahagiaan yang rendah= bodoh, jahil, malas, mementingkan diri & suka kebahagiaan fizikal
  • 11. Bentuk2 Utilitariani. Consequentialisme- betul/salah tindakan ditentukan sepenuhnya oleh akibat daripada tindakan tersebutii. Hedonisme- utiliti dicapai dengan kenikmatan & kegembiraan semata-mataiii. Maximalisme- tindakan yang betul bukan sekadar yang memberikan akibat yang baik, malah yang memberikan jumlah akibat baik yang paling banyak berbanding jumlah akibat burukiv. Universalisme- kesan tindakan yang diambilkira melibatkan semua orang
  • 12. Analisi Kos - Manfaat• Alternatif kepada pendekata Bentham (Hedonistic Calculus) & menggunakan unit matawang sebagai pengukur kepada manfaat yang diterima• Tujuan: untuk kenalpasti apakah KOS dan MANFAAT bagi semua orang terlibat• Kelebihan: Harga bagi kebanyakan barang ditentukan oleh pasaran, maka keperluan untuk mengetahui apakah kenikmatan manusia dapat dihapuskan
  • 13. • Masalah:i. Tidak semua kos & manfaat boleh ditentukan dengan nilai wang. Kadangkala harga sesetengah barang tidak menggambarkan nilainya yang sebenarii. Memberi nilai wang kepada sesetengah barang atau perkara akan mengurangkan nilai yang ada sedangkan ia tidak boleh dijual beli dalam pasaran• Shadow Pricing- Kaedah untuk mengatasi masalah di atas. Nilai barangan ditentukan dengan mengambilkira gelagat pasaran & bukan pasaran. Bukan penyelesaian terbaik

×