FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2013

HBAE 1403 :
MENGGAMBAR

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )
...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1

PENGENALAN

2

2

PROSES DAN KAEDAH APRESIASI SENI

4

2.1 Proses...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

1.

PENGENALAN

Seni merupakan satu bidang ilmu kemahiran yang menggalakkan aktiviti aspresasi dan
...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

Guru pendidikan seni memainkan peranan yang besar dalam perkembangan kreativiti kanakkanak melalui ...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

di mana pelajar samada perlu merangsang atau dirangsang dan dibimbing ke arah mencapai
matlamat.
Be...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

(1966) pula menjelaskan bahawa apresiasi seni memerlukan

operasi logik seperti

menentukan, menila...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

Apresiasi seni juga melibatkan proses memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur s...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

2.1.1 Proses Menggambarkan

Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

2.2

Kaedah Apresiasi Seni

2.2.1 Kaedah Hedonistik

Kaedah ini merupakan pelahiran perasaan secara...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

2.2.4 Kaedah Normistik

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

Hasil karya Adik Anita Bte Amirul (8 Tahun)

3.1

Kreativiti Dalam Karya

Institut Perguruan Malays...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

Imej-imej yang dihasil dalam karya ini mempunyai hubungkait antara tema dan susana
meriah yang diga...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

3.2

Hubungkait Antara Hasil Seni Dengan Psikologi Perkembangan Seni KanakKanak

Lowenfeld dan Brit...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

4.0

KESIMPULAN

Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang memperkembangkan potensi
indi...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

BIBLIOGRAFI
Chapman (1978). Approaches in Art Education. United State: Amazon.com.
Ecker (1966). Th...
HBAE1403 : MENGGAMBAR

Rujukan Web

Albert R. Candler (1933).http://setyahermawan.blogspot.com/p/apresiasi-seni.html
Daoed...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi

745

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
745
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi"

  1. 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2013 HBAE 1403 : MENGGAMBAR SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU MATRICULATION NO : 731208125515001 IDENTITY CARD NO. : 731208125515 TELEPHONE NO. : 0138927731 E-MAIL : faudzi@oum.com.my LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU
  2. 2. HBAE1403 : MENGGAMBAR ISI KANDUNGAN BIL TAJUK M/S 1 PENGENALAN 2 2 PROSES DAN KAEDAH APRESIASI SENI 4 2.1 Proses Apresiasi Seni 5 2.1.1 Proses Menggambarkan 2.1.2 Proses Menganalisa 2.1.3 Proses Tafsiran 2.1.4 Proses Penilaian 2.2 Kaedah Apresiasi Seni 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 Kaedah Hedonistik Kaedah Kontekstualistik Kaedah Organistik Kaedah Normistik Kaedah Elektik 7 7 7 7 8 8 8 8 9 9 4 DAPATAN HASIL PERBINCANGAN KARYA MURID TERPILIH 9 3.1 Kreativiti Dalam Karya 3.2 Hubungkait Antara Hasil Seni Dengan Psikologi Perkembangan Seni Kanak-Kanak 3 10 PENUTUP 13 Bibliografi 14 12 1
  3. 3. HBAE1403 : MENGGAMBAR 1. PENGENALAN Seni merupakan satu bidang ilmu kemahiran yang menggalakkan aktiviti aspresasi dan kritikan seni yang seterusnya menghasilkan satu karya baru yang lebih bermakna. Menurut Herbert Read di dalam bukunya bukunya Education Through Art dan History of Moden Art, beliau telah menyentuh tentang keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Sejak awal lagi beliau telah mengatakan bahawa seni adalah alat untuk mendidik. Beliau selalunya mengemukan tiga perkara penting dalam seni iaitu ekpressi diri dan komunikasi, pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak dan apreasiasi serta tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain Dalam memperkatakan seni kanak-kanak pula, Herbert Read dalam bukunyaArt and Society (1937) menjelaskan bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan persepsi kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolik lukisan kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak. Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak yang mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti berdasarkan kajian beliau terhadap catan dan arca avant- garde orang dewasa. Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya. Dalam hal ini Read (1937) mengambil kira tujuan avant- garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu. Read (1937) juga mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat. Analisis bagi maksud yang tersirat terhadap imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan membolehkan kreativiti kanak-kanak dapat dinilai dan diperkembangkan. Proses inilah yang dikatakan sebagai apresiasi seni. Sungguhpun begitu, keberkesanan proses apresiasi seni terhadap perkembangan kreativiti kanak-kanak bergantung kepada kebijaksanaan guru merancang dan memilih kaedah yang tersusun dan bertepatan. Menurut Koster (2001), kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka. 2
  4. 4. HBAE1403 : MENGGAMBAR Guru pendidikan seni memainkan peranan yang besar dalam perkembangan kreativiti kanakkanak melalui perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran seni yang berkesan. Kegagalan guru untuk memainkan peranan sebenar akan menyebabkan matlamat dan objektif pembelajaran seni tidak tercapai. Walaupun terdapat pelbagai kaedah pengajaran seni diperkenalkan namun kegagalan guru menterjemah kaedah tersebut tidak akan memberi apaapa makna Menurut Daoed Yoesoef (1980), setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Sungguhpun begitu, perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut para guru membuat perubahan terutama dari aspek psikologi, pedagogi mahupun metadologi. Para guru seharusnya melihat perkembangan pendidikan sejajar dengan pendidikan kanak-kanak terutama dari aspek psikologi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Keyakinan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya individu yang imaginatif, kreatif, berdaya peka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Ini bermakna bahawa peranan Pendidikan Seni Visual amat penting dalam pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu secara menyeluruh dengan mengamalkan demokrasi dalam pendidikan. Dalam usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, maka aspek psikologi perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini adalah kerana pembelajaran merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia, dan ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja samada secara formal atau tidak formal. Pembelajaran itu sebenarnya merupakan satu proses yang dinamik 3
  5. 5. HBAE1403 : MENGGAMBAR di mana pelajar samada perlu merangsang atau dirangsang dan dibimbing ke arah mencapai matlamat. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka penulisan yang seterusnya akan mengupas mengenai proses dan kaedah apresiasi seni yang merupakan sebahagian dari proses pedagogi Pendidikan Seni Visual. Merujuk kepada dapatan kajian-kajian terdahulu seperti kajian Read (1933), Viktor Lowenfeld (1987) dan pengkaji-pengkaji seni lain, pengamalan apresiasi dalam pembelajaran seni akan membolehkan perkembangan seni kanak-kanak dipertingkatkan. Di samping itu juga, aktiviti ini akan membolehkan kreativiti kanak-kanak diperkembangkan. Penulisan ini juga akan membincangkan hasil penilaian terhadap hasil seni kanak-kanak yang terpilih berdasarkan unsur kreativiti dan psikologi perkembangan kanakkanak. Di akhir penulisan pula, kupasan ringkas secara menyeluruh terhadap kandungan penulisan dilakukan. 2. PROSES DAN KAEDAH APRESIASI SENI Salah satu elemen penting dalam pengajaran Seni Visual di sekolah ialah apresiasi.Secara leksikografi, kata apresiasi berasal dari bahasa Inggeris iaitu apreciation, yang berasal dari kata kerja to Apreciate. ManakalaKamus Dwibahasa Oxford Fajar Inggeris Melayu & Melayu Inggeris (1996) pula mentafsirkan apresiasi sebagai proses untuk menilai nilai, memahami atau menikmati sepenuhnya dengan cara yang betul.Secara umumnya, apresiasi adalah pengertian danmemahami sesuatu dengan sepenuhnyasehingga mampu menilai secara betul. Selain itu, apresiasi juga boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya manakala Smith 4
  6. 6. HBAE1403 : MENGGAMBAR (1966) pula menjelaskan bahawa apresiasi seni memerlukan operasi logik seperti menentukan, menilai dan menjelaskan. Dalam kaitannya dengan kesenian, apresiasi bererti kegiatan memahami dan menyedari sepenuhnya sesuatu karya seni serta menjadi sensitif terhadap gejala estetis dan artistik sehingga mampu menikmati dan menilai karya tersebut secara betul. Dalam apresiasi, seorang pengkarya sebenarnya sedang mencari pengalaman estetis. Sehingga motivasi utama yang muncul dari diri pengkaryat seni adalah motivasi untuk mencari pengalaman estetika. Pengalaman estetika menurut Albert R. Candler (1933) adalah kepuasan kontemplatif atau kepuasan intuitif. Sedangkan Yakob Sumardjo(2000)menjelaskan pengalaman seni adalah keterlibatan aktif dengan kesedaran yang melibatkan kecendekiawan, emosi, indera dan intuisi manusia dengan lingkungan (benda seni). 2.1 Proses Apresiasi Seni Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni Visual di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar akan dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.Macfee (1961) menegaskan bahawa setiap budaya mempunyai perbezaan samaada dari segi nilai, kepercayaan yang diyakini merentasi bahasa dan ketamadunan seni seperti pakaian, perhiasan dan seni hiasan. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya proses penggunaan deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dan kolaj akan dipandang dan direnungi sementara acra dan binaan disentuh dan dirasai kehalusannya.MenurutZakaria Ali (1989), penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini penekanan oleh guru Pendidikan Seni Visual terhadap penguasaan pengetahuan dan perbendaharaan kata Seni Visualamatlah diperlukan untuk memastikan objektif apresiasi seni mencapai matlamatnya. 5
  7. 7. HBAE1403 : MENGGAMBAR Apresiasi seni juga melibatkan proses memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Iajuga memerlukan murid dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Selain itu, apresiasi seni juga melibatkan prosesmenghubungkan nilai antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain untuk membentuk keyakinan dan kefahaman diri serta penghargaan terhadap pengkarya seni yang terdahulu dan yang lain. Menurut Ecker(1966),pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni,dilakukan secara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.Ia mencakupi aspek pengetahuan,penilaian, diskriminasi dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Selain itu, perlu difahami bahawa proses apresiasi seni bukan bertujuan untuk mengesan kelemahan atau kesilapan pengkarya. Oleh sebab itu, guru Pendidikan Seni Visual harus memastikan murid-murid yang menjalankan proses apresiasi seni tidakmenyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya seni kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara lansung. Menurut Seabolt(2001) aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni. Di samping itu,konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang.Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Menurut Johari Abdul Hamid (2004), apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman.Apresiasi seni terbahagi kepada enam peringkat iaitu peringkat analitikal,peringkat penerangan,konteks dan skop,aspek assosiasi,aspek kritikal dan aspek hubungan baik. Sungguh pun begitu Feldman (1986) dan Smith (1966) telah mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu menggambarkan, menganalisia, tafsiran dan penilaian. 6
  8. 8. HBAE1403 : MENGGAMBAR 2.1.1 Proses Menggambarkan Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. 2.1.2 Proses Menganalisa i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya 2.1.3 Proses Tafsiran i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol,unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan. ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. 2.1.4 Proses Penilaian i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya. 7
  9. 9. HBAE1403 : MENGGAMBAR 2.2 Kaedah Apresiasi Seni 2.2.1 Kaedah Hedonistik Kaedah ini merupakan pelahiran perasaan secara spontan tentang kesukaan, minat, kegemaran, menarik dan kebencian terhadap seebuah karya seperti kata saya suka, saya amat berminat, saya menggemari, saya tertarik dan saya benci. Sungguh pun begitu, kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi yang berpendapat, kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) kerana ia berdasarkan maklumat kendiri serta tidak dapat diukur bilangan sebenar disebabkan terdapat pelbagai citarasa yang dizahirkan.. 2.2.2 Kaedah Kontekstualistik Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Kaedah ini juga berhubungkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Selain itu juga, kaedah ini menitikberatkan perincian atau spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Melalui pengamalan kaedah ini, pengetahuan yang lebih konkrit akan diperoleh hasil proses pengamatan karya, pemahaman konsep, kepelbagaian bandingbeza dan seterusnya membentuk persepsi pemerhati bahawa seni adalah suatu pendekatan yang menarik. 2.2.3 Kaedah Organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. 8
  10. 10. HBAE1403 : MENGGAMBAR 2.2.4 Kaedah Normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. 2.2.5 Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. 3.0 DAPATAN HASIL PERBINCANGAN KARYA MURID TERPILIH Kad Ucapan di bawah ini telah dihasilkan oleh adik Anita binti Amirul iaitu seorang murid Tahun 2 Anggerik, Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau. Kanak-kanak berasal dari keluarga yang bertaraf sederhana. Ayahnya bertugas sebagai mekanik di sebuah syarikat swasta manakala ibunya pula seorang surirumah sepenuh masa. Kedua-dua mereka hanya berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Sungguhpun begitu, berdasarkan karya seni ini daya kreativiti, nilai estetika yang positif, keceriaan dan nilai diri yang positif tersurat. Selain itu juga, penghasilan karya ini juga menepati psikologi perkembangan kanak-kanak. 9
  11. 11. HBAE1403 : MENGGAMBAR Hasil karya Adik Anita Bte Amirul (8 Tahun) 3.1 Kreativiti Dalam Karya Institut Perguruan Malaysia (2009) menjelaskan bahawa ciri-ciri murid yang kreatif (dalan proses artistik) adalah murid yang menunjukkan sikap yang fleksibel, bersikap sensitif dan peka, berkemampuan untuk mengemukakan idea-idea menarik dan asli yang bersandarkan cetusan rasa dan bersikap terbuka. Berdasarkan karya murid tersebut, didapati ciri-ciri kreatif tersebut dapat diperhatikan. 10
  12. 12. HBAE1403 : MENGGAMBAR Imej-imej yang dihasil dalam karya ini mempunyai hubungkait antara tema dan susana meriah yang digambarkan oleh murid ini. Gambaran ini bersifat asli dan menarik kerana murid ini mengaitkan perayaan dengan sikap patriotisme melalui imej bendera Malaysia yang dilukis. Perlambangan ini juga menunjukkan murid ini cuba menjelaskan bahawa perayaan hari raya disambut oleh seluruh masyarakat Malaysia. Kemeriahan sambutan hari raya pula dilambangkan dengan pancaran bunga api dan pakaian yang dipakai oleh ibubapanya. Manakala perasaan gembira pada dirinya pula dilambangkan melalui penggunaan imej buah hati yang dihasilkan dengan banyak sekali. Ciri-ciri karya yang dihasilkan ini bersesuaian dengan pendapat Read (1933) yang mengatakan bahawa seni kanak-kanak merupakan persepsikanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolik lukisan-kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak. Sikap terbuka dan sikap fleksibel serta sikap sensitif pengkarya juga telah diterjemah melalui penerimaan diri terhadap perayaan yang disambut adalah sambutan untuk dikongsi bersama dengan penganut agama yang lain. Selain itu juga, penggunaan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia untuk imej-imej yang lain seperti warna biru dan merah untuk buah hati menunjukkan penerimaan pengkarya terhadap konsep perpaduan dan keberanian. Hasil karya ini selari dengan pendapatb Read (1933) yang menyatakan seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya. Di mana beliau mengambilkira tujuan avant- garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu. Kreativiti pengkarya ini juga dapat dilihat melalui susun atur imej yang dihasilkan. Imej utama diletakkan di pusat tumpuan. Manakala imej hiasan utama diletakkan di sebelah kanan untuk menunjukkan perkaitan yang erat imej utama dengan tema karya. Imej-imej hiasan sokongan pula diletakkan di bahagian bawah dan ruangan lain untuk menggunakan ruang secara maksima. Gaya susun atur imej pada karya ini menunjukkan bahawa pengkarya telah berjaya menunjukkan nilai estetika pada karyanya kerana ruang-ruang yang kosong akan menyebabkan kesimbangan imej tidak diterjemah dan menyebabkan karya menjadi tidak menarik. 11
  13. 13. HBAE1403 : MENGGAMBAR 3.2 Hubungkait Antara Hasil Seni Dengan Psikologi Perkembangan Seni KanakKanak Lowenfeld dan Britain (1987) telah mengemukakan enam peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak berdasarkan peringkat umur. Kanak-kanak yang berusia tujuh hingga sembilan tahun didapatimula menghasilkan lukisan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diualang-ulangkan dengan cara yang sama. Pendapat ini selari dengan hasil lukisan murid yang dipilih ini baik penghasilan betuk dan warna objek. Selain itu, pengkarya juga mementingkan susunan objek dan imej pada karyanya. Contohnya imej utama dilukis pada pusat tumpuan manakala objek yang berkaitan diletakkan di bahagian kanan. Cara susunan ini selaras dengan pendapat Lowenfeld dan Britain (1987) seterusnya iaitu penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.. Narimah dan Nani Menon dalam Rohanidan Mohd Sharani (2003) berpendapat bahawa aktiviti seni dan kreatif sebagai sesuatu yang sangat pentingdalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti seni dan kreatif memberipeluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalampelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis. Hal ini selari dengan hasil karya pengkarya yang dinilai ini. Kegembiraan pengkarya jelas kelihatan di dalam objek dan imej yang dihasilkan. Imaginasi suasana gembira dengan sambutan hari raya seperti bermain mercun dan pakaian baru Manakala, keseronokanmenyambut bersama rakan-rakan yang bukan seagama digambarkan melalui imej percikan bunga api dan pakaian yang dipakai kedua ibubapanya. Laura Chapman (1978) menyatakan bahawa karya seni bukan satu mod tingkahlaku semulajadi semata-mata tetapi adalah asas kepada matlamat kematangan individu. Hasil karya pengkarya yang dinilai ini menunjukkan kematangan cara berfikir kerana pengkarya telah dapat menghubungkaitkan perayaan hari raya dengan kepentingan negara melalui perlambangan imej bendera Malaysia. Malah perlambangan pencikan bunga api sebagai ekspresi diri terhadap kegembiraan menunjukkan proses seni memperkembangkan kematangan berfikir kanak-kanak. 12
  14. 14. HBAE1403 : MENGGAMBAR 4.0 KESIMPULAN Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang memperkembangkan potensi individu kanak-kanak melalui aktiviti artistik seperti proses penghasilan karya dan proses apresiasi. Murid-murid yang terlibat dengan pembelajaran seni akan berpeluang mengembangkan daya kreativiti diri sekiranya guru seni dapat memainkan peranan dalam erti kata sebenar. Salah satu peringkat aktiviti artistik ialah apresiasi seni. Peringkat ini membolehkan kanakkanak memperkembangkan pengetahuan dan kreativiti melalui proses pengamatan, sentuhan dan penggunaan laras bahasa seni. Pelontaran ide secara spontan, kebolehan menilai dan menterjemah maksud imej dan objek dan penilaian penggunaan bahan akan membolehkan kanak-kanak belajar melontarkan perasaan secara sihat, menilai kekutan diri dan seterusnya menghargai karya yang dihasilkan. Sikap sebegini merupakan salah satu sikap yang perlu ada untuk melahirkan generasi yang kreatif. Hasil penilaian dan perbincangan terhadap karya kanak-kanak yang terpilih menunjukkan kanak-kanak berkembang selaras dengan peringkat umurnya. Kanak-kanak yang mempunyai pengalaman seni di peringkat awal akan mampu untuk menghasilkan karya yang ideal, estetik, bersandarkan pengalaman, mencurahi luahan perasaan dan menterjemah imaginasi kedalam bentuk imej dan objek yang tersusun dan realistik. Sesungguhnya, seni dan kreativiti berkait rapat antara satu sama lain kerana sifat-sifat seni itu sendiri. Seni melibatkan perasaan, sentuhan, pengamatan, akal dan fikiran serta gerakangerakan psikomotor yang teratur dan halus. 2858 Patah Perkataan 13
  15. 15. HBAE1403 : MENGGAMBAR BIBLIOGRAFI Chapman (1978). Approaches in Art Education. United State: Amazon.com. Ecker (1966). The Short-term Qualitative Impact of an Interdisciplinary Arts-centered Curriculum on Rural, At-risk Middle School Students. UMI. United State : ProQuest LLC. Feldman, E.B. (1986). Becoming human through art. New Jersey: Prentice Hall Hurwitz, A., & Day, M. (2001). Children and their art: Methods for the elementary school. Belmont, CA: Wadsworth Group/Thomson Learning. Institut Perguruan Malaysia (2009). Kreativiti dan Seni Kanak-kanak. Program Pengsiswazahan Guru. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia. Johari Abdul Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Perak:Universiti Pendidikan Sultan Idris. Koster, J. (2001). Bringing art into the elementary classroom. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning. Lowenfeld, V.& Brittain,W.L.(1987). Creative and mental growth. (8th. ed.). USA : Mac Millan Pub. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon& Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur : Percetakan Cergas (M) sdn. Bhd. Read (1933). Art Now. London: Faber& Faber Reed (1937). Art and Society. London: Heinemann Smith, Datus C (1966). Introduction to Book Publishing. New York: RR Bowker. Yakob Sumardjo(2000). Sosiologi Seniman Indonesia. Jakarta : Penerbit ITB. Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman. Esei Seni Halus. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka . 14
  16. 16. HBAE1403 : MENGGAMBAR Rujukan Web Albert R. Candler (1933).http://setyahermawan.blogspot.com/p/apresiasi-seni.html Daoed Yoesoef (1980). http://pakguruonline.pendidikan.ne /buku_tua_pakguru_dasar_kpdd_154.html Macfee (1961) . http://colourexist.blogspot.com/ Seabolt(2001).http://www.scribd.com/doc/129437592/Apresiasi-Seni-Mdm-Faz 15

×