FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SARJANA MUDA PENGAJARAN ...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2

2.0

INDEKS PENCEMARAN UDARA (I...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1.0

PENGENALAN

Malaysia, sepertimana sebuah negara membangun yang lain juga memp...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2.0

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah ...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

IPU tahap sederhana 51 – 100 di Pulau Pinang
Sumber Sinar Harian Online
http://www...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

IPU tahap bahaya 301 - 400di Muar Johor
Sumber laman rasmi Utusan Malaysia
http://...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3.0

JEREBU

Menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekita...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud da...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

tidak selamat ekoran bacaan indek Pencemaran Udara melebihi tahap bahaya.Hasil
pem...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidroge...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sumber: http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html

Sel...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Jerebu akibat cuaca kering dan berdebu di Jiangjing Township, Taiwan
Sumber:
http:...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1983
Sumber : http://pendhowo.com/10-letusan-...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Jadual 2 di atas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi negeri Johor dan ...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3.3

MengatasI dan Menangani Masalah Jerebu

3.3.1 Melalui Pendidikan

Pengurusan ...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya. Sikap golongan yang dinyata...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Chan dan Wan Ruslan (2000), antara contoh hutan simpan yang telah di gezetkan iala...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978). Menurut Chan Ngai
...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakara...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

bermotor

Kilang papan

Kuari
Serangan lelah pada ;

Kilang Simen

Debu

pesakit a...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Menghalang pembentukan
oksihemoglobin
Berpadu dengan hemoglobin untuk
membentuk ka...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

4.0

PENUTUP

Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lag...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

BIBLIOGRAFI

Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Seki...
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

23
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

875

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
875
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
13
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

  1. 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS MATRICULATION NO : 731208125515001 IDENTITY CARD NO. : 731208125515 TELEPHONE NO. : 0138927731 E-MAIL : faudzi@oum.com.my LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU
  2. 2. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA ISI KANDUNGAN BIL TAJUK M/S 1.0 PENGENALAN 2 2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 3 3.0 JEREBU 6 3.1 7 7 8 9 10 11 3.2 3.3 3.4 4.0 Punca Jerebu 3.1.1 Pembakaran Terbuka 3.1.2 Pembakaran Bahan Api 3.1.3 Proses Perbandaran 3.1.4 Cuaca Kering dan Berebu 3.1.5 Letusan Gunung Berapi Indeks Peencemaran Udara Terkini Meagatasi dan Menangani Masalah Jerebu 3.3.1 Melalui Pendidikan 3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka 3.3.3 Pembenihan Awan 3.3.4 Kempen Hijau 3.3.5 Penggunaan CFC 3.3.6 Perundangan dan Dasar Kerajaan 3.3.7 Tanggung Jawab Orang Ramai Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan Golongan Berisiko 14 14 15 15 16 16 17 18 PENUTUP 20 BIBLIOGRAFI 22 1
  3. 3. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 1.0 PENGENALAN Malaysia, sepertimana sebuah negara membangun yang lain juga mempunyai matlamat untuk menuju era sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian menjelang tahun 2020. Selarasdengan matlamat ini kerajaan telah merancang pelbagai projek pembangunan yang melibatkanaspek ekonomi, sosial dan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnyamempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, akhir-akhir ini, sama ada di bandaratau di desa projek pembangunan begitu pesat dilaksanakan. Dalam keghairahan manusia untukmengaut keuntungan yang tinggi dari proses pembangunan ini, secara sengaja atau tidak sengajatelah menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat. Pada Ogos 2005, satu fenomena jerebu yang teruk telah berlaku disebabkan oleh kebakaranhutan di Sumatera dan Kalimantan. Fenomena ini memberi kesan yang agak teruk juga di pantaibarat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. MenurutMahmud (2008), ekoran daripada fenomenajerebu ini, dua kawasan telah diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klangapabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua kawasan ini melebihi nilai 500.Menurut sumber berita New Straits Times, (2005), jerebu teruk ini tidak begitu menjejaskan beberapa kawasan di selatan,pantai timur dan utara Semenanjung seperti di Kota Bharu, Johor Bahru, Georgetown dan Terengganu.. Pencemaran udara bukan sahaja disebabkan oleh zarah-zarah terampai, bahkan ia jugaberlaku disebabkan oleh gas-gas beracun dan berbahaya yang berlebihan di udara. Zarah zarahterampai terdiri daripada 70 peratus (%) zarah karbon, 20 % debu tanah dan 10 % tidak diketahuipuncanya. Manakala gas berbahaya pula terdiri daripada gas karbon monoksida (CO), nitrogendioksida (NO2), ozon (O3) dan sulfur dioksida (SO2). Zarah terampai yang mempunyai saizkurang daripada 10 mikron (PM10) dicerap jumlah kuantitinya di udara dengan menggunakan alatkhas di stesen kualiti udara yang dikendalikan oleh Alam Sekitar Malaysia yang dikontrak olehJabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 2
  4. 4. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti Jadual 1 di bawah;- Jadual 1: Indeks Pencemaran Udara (IPU) Nilai IPU Kualiti udara 0 - 50 Baik 51 - 100 Sederhana 101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat IPU tahap baik 0 – 50 di Kuala Lumpur Sumber The Malaysian Times http://www.themalaysiantimes.com.my/ipu-tambah-baik-larangan-bakar-terbuka-ditarikbalik/ 3
  5. 5. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA IPU tahap sederhana 51 – 100 di Pulau Pinang Sumber Sinar Harian Online http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kualiti-udara-pulau-pinang-merosot-1.186763 IPU tidak sihat 101 - 200 di Melaka Sumber Berita Harian Online 21.9.2013 4
  6. 6. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA IPU tahap bahaya 301 - 400di Muar Johor Sumber laman rasmi Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_05/Jerebu-di-Muar-tahapbahaya IPU tahap darurat melebihi 501 di Muar Johor Sumber Astro Awani http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-di-muar-capai-tahap-kritikal-dengan-ipu-74616950?cp 5
  7. 7. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 3.0 JEREBU Menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia(2013), jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempohtempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu. Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih dari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu sehingga ke hari ini. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara 6
  8. 8. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat. 3.1 Punca Jerebu Masalah jerebu yang melanda negara ini telah menyebabkan persepsi masyarakat terhadap punca jerebu menjadi negatif. Ini disebabkan masalah jerebu dinegara ini amat signifikan pembakaran terbuka di Indonesia. Walhal jerebu boleh melanda meskipun pembakaran terbuka tidak berlaku. Noorauan (1992) dalam kajiannya terhadap kualiti udara di Kuala Lumpur mendapati pelepasan asap kereta di waktu siang menyebabkan kualiti udara di Kuala Lumpur menjadi tidak sihat di waktu petang. Mastura Mahmud (2009) dalam kajiannya juga mendapti tahap kualiti udara di Pulau Pinang amat sederhana disebakan kegiatan perkilangan dan pembebasan asap kenderaan. 3.1.1 Pembakaran Terbuka Kejadian jerebu yang paling teruk dialami negara bermula pada tahun 1997 .Masalah jerebu ini disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Masalah jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia terus berulang setiap tahun. Pertengahan tahun ini menyaksikan beberapakan kawasan diisytiharkan sebagai kawasan 7
  9. 9. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA tidak selamat ekoran bacaan indek Pencemaran Udara melebihi tahap bahaya.Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang. Sumber: Laman Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid= 160 3.1.2 Pembakaran Bahan Api Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan. 8
  10. 10. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA S + 2O2-----------SO4 Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat. Sumber: http://www.sabah.edu.my/cwr005/images_picture/asap%20kereta.JPG 3.1.3 Proses Perbandaran Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Menurut Tuan Pah Rokiah Syed Husin (2003), pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini. 9
  11. 11. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Sumber: http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Menurut Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (1997), sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya. 3.1.4 Cuaca Kering dan Berdebu Hubungkait antara kejadian jerebu dengan faktor meteorologi amatlah signifikan sekali. Dalam kajaian yang dilakukan oleh Sham (1991), beliau mendapati udara kering mempengaruhi peningkatan bacaan IPU. Fenomena El-Nino di Sabah pada tahun 1997 menyaksikan Bacaan IPU dicatatkan melebihi tahap bahaya. Kejadian jerebu di Taiwan pada tahun 2010 juga menyaksikan bagaimana cuaca kering dan berhabuk menyumbang kepada kualiti udara yang rendah. 10
  12. 12. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Jerebu akibat cuaca kering dan berdebu di Jiangjing Township, Taiwan Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Sandstorm_of_Longjing_Township_,Taichung_County_in_ Taiwan_.jpg 3.1.5 Letusan Gunung Berapi Letusan gunung berapi merupakan fenomena kegiatan alam secara semulajadi untuk menyejukkan bumi. Sungguhpun begitu, letusan ini menyebabkan pembebasan asap dan debu ke udara yang mewujudkan kejadian jerebu.. Letusan Gunung berapi Pinatubo, Luzon Filipina pada tahun 1991 memperlihatkan bagaimana asap dan debu meliputi sebahagian besar ruang udara Sabah terutama Sandakan, Lahad datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Letusan gunung berapi Pinatubo tahun 1991 Sumber : http://ohgunungberapiku.blogspot.com/ Fenomena Jerebu akibat letusan gunung berapi ini juga turut melanda negara apabila Gunung Berapi Krakatau, Sumatera, Indonesia meletus pada tahun 1983. 11
  13. 13. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1983 Sumber : http://pendhowo.com/10-letusan-gunung-terdahsyat-di-dunia/ 3.2 Indeks Peencemaran Udara Terkini Jadual 2: IndeksPencemaranUdaraNegeri Johor dan Sabah Paparan IPU dari 06:00PM hingga 08:00 PM pada 20-09-2013 NEGERI / KAWASAN MASA 06:00PM MASA 07:00PM MASA 08:00PM Johor Kota Tinggi 51* 50* 50* Johor Larkin Lama 40* 40* 38* Johor Muar 51* 51* 50* Johor PasirGudang 45* 47* 50* Sabah Keningau 38 37 42 Sabah Kota Kinabalu 60 59 54 Sabah Sandakan 54 54 53 Sumber :JabatanMeteorologi Malaysia http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013seluruh-negeri#ixzz2fRmgqchx 12
  14. 14. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Jadual 2 di atas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi negeri Johor dan Sabah pada 20 September 2013. Bacaan IPU di kawasan Kota Tinggi, Johor menunjukkan kualiti uidara yang sederhana pada jam 6:00 petang tetapi beransur baik pada jam 7:00 dan 8:00 Malam, Kualiti IPU yang sederhana pada jam 6:00 petang adalah berpunca daripada pelepasan asap dari kenderaan dan juga perkilangan. Noorazuan (1992) dalam kajiannya mendapati semasa waktu puncak hari bekerja, bacaan IPU akan meningkat di Kuala Lumpur. Hasil kajian beliau adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Sham dan Shaharuddin (1976). Pergerakan angin pula menyebabkan kualiti udara bertambah baik selepas jam 6:00 petang. Bagi daerah Larkin Lama, Johor pula, IPU yang dicatatkan menunjukkan kualiti udara yang baik dalam tempoh masa yang diambil. Keadaan ini disebabkan kurangnya aktiviti kenderaan dan perkilangan di kawasan tersebut. Bacaan IPU yang baik bagi tempoh masa ini turut dicatatkan di kawasan Pasir Gudang,Johor. Walaupun kawasan ini merupakan kawasan perindustrian yang sibuk namun tiupan angin membawa partikel-partikel asing dalam udara ke kawasan lain. Bagi Daerah Muar, Johor pula. IPU pada jam 6:00 dan 7:00 petang menunjukkan IPU yang sederhana tetapi bertambah baik pada jam 8:00 malam. Tiupan angin yang lemah menyebabkan kesan aktiviti kenderaan dan perindustrian mencemarkan udara. Bagi negeri Sabah, Kualiti udara bagi kawasan bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan, kualiti udara dalam keaadaan sederhana dicatatkan bagi tempoh masa yang diambil. Keadaan ini disebabkan kedua-dua kawasan ini amat sibuk dengan aktiviti kenderaan dan perkilangan diang hari sehingga waktu malam. Berbeza dengan bandar Keningau, bacaan IPU dalam keadaan baik kerana kawasan ini dilindungi oleh banjaran Crooker dari kehadiran pencemar luar. Di samping itu juga, kawasan ini tidak terlalu sibuk dan kurangnya aktiviti perkilangan. 13
  15. 15. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 3.3 MengatasI dan Menangani Masalah Jerebu 3.3.1 Melalui Pendidikan Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Menurut Department of Invironment (1989), aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), :bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, „Sekitar‟ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar. 3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Menurut Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003),kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke 14
  16. 16. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya. Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997. 3.3.3 Pembenihan Awan Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi. 3.3.4 Kempen Hijau Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada. 15
  17. 17. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Chan dan Wan Ruslan (2000), antara contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir. 3.3.5 Penggunaan CFC Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Menurut Abdul Latif Ibrahim (1992), pemusnahan lapisan ozon sebenarnya dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC). 3.3.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. 16
  18. 18. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978). Menurut Chan Ngai Weng,(2002), di bawah peraturan ini, jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter. Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. Lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500. Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam keduadua proses tersebut iaitu wujudkan “Pembangunan Tanpa Kemusnahan”. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi. 3.3.7 Tanggungjawab Orang Ramai Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba 17
  19. 19. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang. 3.4 Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan Golongan Berisiko Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paruparu. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia. Jadual 3: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia. Bahan Pencemar Punca Kesan Pembakaran bahan api Pembakaran sampah-sarap Menggangu pernafasan normal Asap Pembentukkan asbut yang mengganggupenglihatan Cerobong asapkilang Ekzos kenderaan 18
  20. 20. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA bermotor Kilang papan Kuari Serangan lelah pada ; Kilang Simen Debu pesakit asma Batuk-batuk Kilang asbestos Sesak nafas Kilang Batu kapur Menggangu keupayaan badan membinaSel darah baru Petrol berplumbum Plumbum Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak Pembakaran bahanbercat 19
  21. 21. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Menghalang pembentukan oksihemoglobin Berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah Pembakaran bahan api yang tidak lengkap Melembabkan otak Karbonmonoksida Ekzos kenderaan Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak Menurunkan rintangan badan kanakkanak terhadap selsema Oksida nitrogen Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau kilang Tindakan bakteria dalam tanah Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu 20
  22. 22. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4.0 PENUTUP Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu “kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”. 3326 patah perkataan 21
  23. 23. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA BIBLIOGRAFI Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar diMalaysia: Satu Pendekatan Geografi,Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment. Mahmud M (2008) Scientific report on the haze event in Peninsular Malaysia in August 2005:Main contributors of haze, pp. 158. Department of Environment, Ministry of NaturalResources and Environment Malaysia. Mastura dan rakan-rakan (2009). Pencemaran Udara di Bukit Rambai, Melaka Sewaktu Peristiwa Jerebu Tahun 2005.School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities,Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi. Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noorazuan Hasyim (1992). Satu Kajian Mengenai Pencemaran Udara: Dari Aspek Pengaruh Meteorologi Ke atas Kemunculan Episod Pencemaran di Lembah Kelang.Universiti Malaya. New Straits Times (2005) More people facing respiratory problems. August 12 Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sham Sani dan rakan-rakan (1991). The August 1990 haze in Malaysia with special refeence to the Kalang Valley Region. Petaling Jaya: Malaysian Meteorological service. Sham Sani dan Shaharuddin (1976). Anote of preliminary study of respirable dust particulate air pullations in Kuala Lumpur. Pinusular Malaysia. Malaysia Nature Journal. Vol29. Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. 22
  24. 24. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 23

×