Your SlideShare is downloading. ×
Undag undang pengambilan pekerja di malaysia verified
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Undag undang pengambilan pekerja di malaysia verified

234
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
234
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
3
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN PEKERJA DI MALAYSIA SOAL & JAWAB Kepada Siapa Akta Pekerjaan 1955 ditujukan? Akta ini ditujukan kepada sesiapa yang mendapat gaji tidak melebihi RM 1, 500 sebulan. Bilakah harusnya sesuatu kontrak perkhidmatan dibuat bertulis? Sesuatu kontrak perkhidmatan seharusnya bertulis jika melebihi tempoh satu bulan. Bolehkah seorang Majikan membuat kontrak di luar peruntukan Akta ini? Boleh, jika syarat-syarat di dalam kontrak perkhidmatan berkenaan adalah lebih baik kepada pekerja berbanding Akta ini. Tetapi jika syarat-syaratnya kurang baik kepada pekerja, mereka harus mengikut peruntukan Akta ini. Bilakah harusnya ada satu fasal menentukan cara kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan? Fasal ini harus ada jika kontrak perkhidmatan bertulis. Bilakah kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan? Kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan dengan salah satu cara berikut:- (1) Bila tamat tempoh; atau (2) Bila kerja selesai; atau (3) Bila notis bertulis diberi oleh salah satu pihak; atau (4) Bila satu pihak membayar kepada pihak yang lain ganti rugi yang berjumlah sama dengan gaji bagi tempoh notis yang sepatutunya diberi: atau (5) Bila syarat-syarat kontrak perkhidmatan sengaja dimungkiri oleh salah satu pihak Apakah tindakan yang boleh diambil oleh seseorang Majikan terhadap pekerja yang salah laku? Majikan itu boleh mengambil tindakan berikut:- (1) Memecat pekerja itu tanpa notis: atau (2) Menurunkan pangkat pekerja itu; atau (3) Mengenakan hukuman lebih ringan yang dianggap lebih adil dan sesuai Bilakah kontrak perkhidmatan dianggap batal? Kontrak perkhidmatan dianggap batal
  • 2. (1) Jika Majikan gagal membayar gaji; atau (2) Jika pekerja tidak hadir ke kerja lebih 2 hari berturut-turut tanpa memohon cuti terlebih dahulu atau tanpa alasan yang berpatutan Berapakah bilangan hari rehat yang menjadi hak seseorang pekerja? Seseorang pekerja berhak kepada 1 hari rehat setiap minggu. Berapakah bilangan hari cuti (am) berbayar yang menjadi hak seseorang pekerja? Seseorang pekerja berhak kepada cuti (am) berbayar pada kadar gajinya yang biasa sebanyak 10 hari cuti am yang diwartakan di dalam setiap satu tahun kalendar. Berapakah bilangan hari cuti tahunan berbayar menjadi hak seseorang pekerja? Seseorang pekerja berhak kepada bilangan hari cuti tahunan berbayar seperti berikut:- Hak Cuti Tempoh Perkhidmatan dengan Majikan yang sama (a) 8 hari kurang dari 2 tahun (b) 12 hari 2 tahun atau lebih tetapi kurang dari 5 tahun (c) 16 hari 5 tahun atau lebih Berapakah bilangan hari cuti sakit menjadi hak seseorang pekerja? Seseorang pekerja berhak kepada bilangan hari cuti sakit seperti berikut:- Hak Cuti Tempoh Perkhidmatan (a) 14 hari kurang dari 2 tahun (b) 18 hari 2 tahun atau lebih tetapi kurang dari 5 tahun (c) 22 hari 5 tahun atau lebih Berapakah bilangan hari cuti sakit berbayar menjadi hak seseorang pekerja jika perlu masuk wad di hospital? 60 hari Apa akan berlaku jika seseorang pekerja jatuh sakit atau bersalin semasa mengambil cuti tahunan berbayar? Cuti tahunan dianggap tidak diambil bagi bilangan hari cuti sakit atau cuti bersalin yang dibenarkan.
  • 3. Apakah beberapa kewajipan seorang Majikan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991? (1) Sebelum akhir minggu pertama pada bulan pertama dia membayar gaji, seorang Majikan wajib membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; dan (2) Seorang Majikan harus memyediakan dan memberi satu pernyataan gaji kepada setiap pekerja Apa akan berlaku jika seorang Majikan gagal membayar caruman tersebut kepada KWSP? Dia didapati berlaku salah dan sabit kesalahan boleh dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya. Apakah salah satu daripada kewajipan seorang Majikan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969? Dia harus membayar caruman kepada Perbadanan Keselamatan Sosial Pekerja bagi pihak pekerja-pekerja untuk menginsuranskan mereka terhadap kecacatan anggota di luar jangkaan atau kecederaan semasa bekerja. Bilakah caruman kepada Perbadanan Keselamatan Sosial Pekerja tidak perlu dibayar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969? Caruman kepada Perbadanan Keselamatan Sosial Pekerja tidak perlu dibayar bila gaji seseorang pekerja melebihi RM 2,000 sebulan kecuali:- (1) Dia bertanggungjawab membayar caruman sebelum ini; atau (2) Majikannya memilih untuk membayar caruman Apakah faedah yang diberi kepada orang yang diinsuranskan atau orang yang ditanggung oleh mereka di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969? Orang yang diinsuranskan atau orang yang ditanggung oleh mereka berhak kepada faedah-faedah berikut:- (1) Bayaran berkala di dalam kes kemalangan menyebabkan cacat anggota; (2) Bayaran berkala di dalam kes kecacatan akibat kecederaan semasa bekerja; (3) Bayaran berkala kepada orang yang ditanggung oleh orang yang diinsuranskan yang mati kerana kecederaan semasa bekerja;
  • 4. (4) Bayaran untuk upacara pengekebumian atau perbelanjaan semasa kematian seseorang yang diinsuranskan akibat kecederaan semasa bekerja; (5) Bayaran berkala kepada orang yang diinsuranskan yang menerima pencen atau manfaat bagi kehilangan upaya dan berada di dalam keadaan hilang keupayaan yang tenat atau cacat sehingga memerlukan penjagaan peribadi oleh orang lain; (6) Rawatan perubatan dan penjagaan kepada orang yang diinsuranskan yang mengalami kehilangan upaya; (7) Bayaran berkala kepada orang yang ditanggung oleh orang yang diinsuranskan yang mati semasa menerima pencen bagi kecacatan anggota. Apakah beberapa perlindungan semasa bersalin yang diberikan kepada seorang pekerja wanita di bawah Akta ini? Perlindungan berikut diberi kepada seorang pekerja wanita:- (a) Cuti bersalin untuk tempoh tidak kurang dari 60 hari berturut-turut; dan (b) Elaun untuk bersalin Bilakah seorang pekerja wanita tidak berhak kepada elaun ketika bersalin? Bila dia sudah mempunyai 5 orang anak atau lebih yang masih hidup pada masa dia bersalin itu. Adakah pekerja wanita itu berhak kepada elaun jika dia meninggalkan pekerjaannya dan tahu dia akan bersalin di dalam tempoh 4 bulan dari tarikh dia berhenti kerja? Ya, hanya jika dia memberitahu Majikannya mengenai kehamilannya kecuali kegagalan untuk memberi notis sedemikian adalah disebabkan oleh kesilapan atau sebab lain yang munasabah. Apakah yang akan berlaku jika Majikan memecat pekerja wanita itu semasa dia cuti bersalin? Majikan itu didapati melakukan kesalahan dan sabit kesalahan akan didenda tidak melebihi RM 2,000. Apa remedi yang boleh didapati oleh seorang pekerja yang telah dipecat tanpa sebab atau alasan yang berpatutan? Dia boleh:- (1) Membuat rayuan bertulis kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini: atau
  • 5. (2) Menguatkuasakan hak sivilnya dan remedi untuk mungkir-janji atau ketaklaksanaan kontrak servis melalui tindakan guaman di Mahkamah; atau (3) (a) Memfailkan representasi bertulis dengan Pengarah dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemecatan; atau (b) Jika tiada kemungkinan representasi itu dapat diselesaikan, Ketua Pengarah mesti melaporkan kepada Menteri berkenaan; dan (c) Menteri berkenaan, jika dia anggap perlu, akan memanjangkan representasi itu kepada Mahkamah Perdagangan untuk membuat keputusan