Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Kebakaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Kebakaran

  • 3,620 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
3,620
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
99
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. STANDARD OPERATING PROSEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN BAHAGIAN DASAR SARAAN, WANG AWAM DAN KHIDMAT PENGURUSAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA
  • 2. Disediakan oleh: Nama Jawatan Tarikh En. Mazlan bin Abdul Wahab Ketua Pegawai Keselamatan Perbendaharaan 26 Feb 2009 Disemak oleh: Nama Jawatan Tarikh Status En. Abd. Wahid bin Ahmad Ketua Seksyen Pentadbiran Am 27 Feb 2009 Penyemak (1) Dato’ Bukhari bin Hasan Timb. Setiausaha Bahagian (TSBSWP(P)) 27 Feb 2009 Penyemak (2) Diluluskan oleh: Nama Jawatan Tarikh Dato’ Hj. Za’ba Hj. Che Rus Setiausaha Bahagian (SBSWP) 27 Mac 2009 No fail Tempat simpanan (Bilik fail) Tarikh disediakan Tempoh masa kuatkuasa Tarikh review
  • 3. KANDUNGAN Seksyen Tajuk Seksyen Muka surat A Tujuan 1 B Penggunaan dan Skop 1 C Ringkasan Prosidur 1 D Takrif 2 E Kelayakan Personal dan Tanggungjawab 3 F Prosidur Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran 4 G Pengurusan Rekod 9 H Kawalan Kualiti dan Jaminan Kualiti 9 I Rujukan 12 Carta 1: Pelan Tindakan Menghadapai Kebakaran (Individu) 13 Carta 2: Pelan Tindakan Menghadapai Kebakaran (Umum) 14 Jadual 1: Nombor Talian Yang Perlu Dihubungi Jika Berlaku Kebakaran 15 Carta 3: Carta Organisasi Fire Fighting Squad 16
  • 4. STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN UNTUK PERBENDAHARAAN MALAYSIA A. TUJUAN Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan: 1. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa diancam bahaya kebakaran; 2. Pengawal keselamatan, Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK), syarikat penyelenggara bangunan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat, teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran; 3. kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan mengikut perancangan awal dengan selamat; dan 4. pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas. B. PENGGUNAAN DAN SKOP SOP 1. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu pegawai dan kakitangan Perbendaharaan, pengawal keselamatan, kakitangan unit keselamatan, pegawai keselamatan kebakaran semasa di ancam kebakaran. 2. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi kebakaran dilaksanakan secara seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran di bangunan Perbendaharaan . C. RINGKASAN PROSEDUR Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Secara umumnya jika mengesan sesuatu kebakaran dilokasi- lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu: 1. Membunyikan penggera kebakaran; 2. Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil; 1
  • 5. 2 3. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai keselamatan kebakaran (PKK), pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara bangunan; 4. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa; 5. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci di dalam kabinet besi; 6. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan mengambil kedatangan; dan 7. Mengosongkan bangunan (pengungsian). D. TAKRIF Takrif adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang mempunyai makna penting yang perlu diingati dan difahami oleh pegawai dan kakitangan serta anggota yang terlibat semasa diancam kebakaran: 1. ‘Pelan Pengungsian Bangunan’ bermakna pelan pengosongan bangunan. Pengosongan boleh berlaku dalam keadaan berikut: • Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan; • Terdapat Laluan menyelamat diri; • Tempat berkumpul; dan • Mengambil kedatangan; 2. (Assembly Point) ialah tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang jauh dari lokasi kebakaran. Kawasan yang selamat dan terlindung dari bahaya kebakaran. 3. Call point ialah penggera kebakaran 4. Notis kebakaran hendaklah mengandungi: • Cara membunyikan penggera kebakaran; • Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba; dan • Melawan Kebakaran. 5. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut: a) Bunyi loceng putus-putus :- • Bersedia untuk mengosongkan bangunan; • Tutup suis lampu dan peralatan elektrik; dan • Tutup pintu dan tingkap.
  • 6. 3 b) Bunyi loceng berpanjangan :- • Apabila mendengar loceng berpanjangan, ataupun arahan melalui P.A Sistem, tindakan mengosongkan bolehlah bermula; dan • PKK yang diarahkan oleh Ketua Fire Fighting Squad untuk membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ Penyelamatan, hendaklah menjalankan tugas masing-masing. 6. Jenis-jenis kelengkapan kebakaran a) Sistem amaran awal i) Sistem Penggera Manual ii) Sistem Pengesanan Kebakaran Automatik: a) Pengesan Haba b) Pengesan Asap b) Peralatan melawan kebakaran i) Alat Melawan Kebakaran Manual: • Alat Pemadam Api Mudah-alih • Salur bantu mula • Pili Bomba ii) Automatik: • Semburan (air) • Karbon Dioksida E. KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB 1. Pegawai keselamatan kebakaran perlu diberi pendedahan dan kursus mengenai aspek-aspek kawalan keselamatan tingkat bila berlaku sesuatu kebakaran; 2. Ketua Fire Fighting Squad yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan perbendaharaan hendaklah diberi latihan dan pendedahan tentang aspek melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa kebakaran; 3. Pengawal keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan oleh Bomba serta perlu mendapat sijil; dan 4. Pihak penyelenggara bangunan dipilih dari penyelenggara yang mempunyai kakitangan yang mahir dalam aspek kebakaran.
  • 7. 4 F. PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK Tindakan pada kebakaran peringkat kecil. 1. Membunyikan penggera kebakaran (call point) dengan cara memecahkan kaca pada panel (glass break – red) yang paling berhampiran (rujuk Pelan Kedudukan Zon Kebakaran) dan menjerit Api! Api! Api! Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran. 2. Perhatian terhadap penggera kebakaran akan berbunyi sebanyak dua (2) kali. Kali pertama mengambil masa lebih kurang 15 saat, dan kali kedua akan berbunyi berterusan. Bunyi kecemasan 15 saat pertama adalah sebagai langkah berjaga- jaga. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 3. Cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan peralatan pemadam kebakaran yang disediakan apabila api masih kecil, tetapi jangan membahayakan diri, seperti berikut:- i. Alat Pemadam Api Kecil (Fire Extinguisher) atau ii. Hose Reel. Penghuni Bangunan Perbendaharaan yang terlatih sahaja. Tindakan pada kebakaran peringkat kecemasan. 4. Bunyikan loceng amaran kebakaran. Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran. 5. Menghubungi terus Pengawal Keselamatan/kakitangan syarikat penyelenggaraan di bilik kawalan untuk mengenal pasti zon yang terbakar. Ketua Fire Fighting Squad
  • 8. 5 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK 6. Memeriksa dengan teliti tempat berlakunya kebakaran untuk mengetahui besarnya api dan kedudukan yang tepat berlakunya kebakaran. Fire Fighting Squad 7. Jika nampak mangsa kebakaran, selamatkan mangsa tersebut. - Fire Fighting Squad - Pegawai / kakitangan yang berhampiran. 8. Hubungi Pusat Kawalan Kebakaran / Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia berserta dengan maklumat seperti berikut:- i. Maklumat ringkas pengadu; ii. Tempat dan Alamat Kebakaran; iii. Peringkat Kebakaran; iv. Maklumat ringkas berkaitan tempat kebakaran; dan v. Ikuti tindakan lanjut pihak Bomba sehingga pasukan Bomba tiba. Ketua Fire Fighting Squad / Pegawai bertugas di bilik Pusat Kawalan Kebakaran. 9. Mengesahkan tempat sebenar berlakunya kebakaran daripada pengawal keselamatan, dan berkumpul di kawasan kebakaran bersama dengan alat-alat pemadan api. Fire Fighting Squad 10. Membunyikan alarm kebakaran (loceng kecemasan) berterusan (isyarat mengosongkan bangunan). Pengawal keselamatan / kakitangan syarikat penyelenggaraan. 11. Mengaturkan proses pengungsian bangunan dari setiap aras dan blok. Fire Fighting Squad
  • 9. BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK 12. Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara di bawah diberikan perhatian sebelum menyelamatkan diri ke tempat berkumpul. Perkara tersebut adalah:- i. Wang tunai dan dokumen- dokumen penting dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci; dan ii. Tutup semua komputer. Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja. 13. Padamkan semua suis lampu dan peralatan elektrik di luar bilik. - Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja. - Fire Fighting Squad 14. Tutup pintu-pintu di belakang anda. - Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja. - Fire Fighting Squad 15. Jika terperangkap di dalam asap yang tebal:- i. Bertenang, jangan panik. ii. Rebahkan diri, merangkak di paras lantai untuk mencari jalan keluar. (Udara bersih masih boleh di peroleh di paras 1 kaki dari lantai). iii. Bernafas secara perlahan, gunakan tuala basah,sapu tangan atau kain yang bersih untuk menutup mulut dan hidung jika perlu. iv. Hampiri tingkap, berteriak meminta pertolongan atau melambai-lambai untuk mendapatkan bantuan Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 6
  • 10. BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK Pasukan Penyelamat. 16. Bersedia untuk membantu pihak bomba dengan Fire Hydrant. Fire Fighting Squad 17. Keluar meninggalkan bangunan melalui tangga dan turun ke bawah (Jangan menggunakan lif). Jangan membawa apa-apa barang bersama anda. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 18. Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 19. Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 20. Jangan gugup atau panik, tetapi tinggalkan tempat itu dengan secepat mungkin. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 21. Jangan membuat bising atau berpatah balik ke dalam pejabat melainkan disuruh. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 22. Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda terpaksa bergerak melalui kawasan berasap. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 23. Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan berlari potong- memotong. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 24. Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan (Assembly Point) dan mengambil kehadiran. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. 7
  • 11. BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK 25. Dengan segera mengambil kedatangan semua yang hadir di tempat berkumpul. Ketua Seksyen Bahagian 26. Menyemak senarai kakitangan. Ketua Seksyen Bahagian 27. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Bomba dan Ketua Fire Squad. Ketua Seksyen Bahagian 28. Pengawal Keselamatan mesti memastikan tiada kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan bangunan Perbendaharaan. i. Jika syif malam, dengan segera seorang Pengawal ke pintu belakang; ii. Cegah orang-orang yang tidak berkenaan dari memasuki kawasan bangunan tersebut. - Pengawal Keselamatan - Fire Fighting Squad 29. Mencari kakitangan yang hilang di kawasan Bangunan Perbendaharaan apabila mendapat arahan dari Ketua Fire Squad. First Aider 30. Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera. First Aider 31. Bersedia untuk bertindak membantu pihak Bomba jika diperlukan misalnya bantuan peralatan, maklumat tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik. Kakitangan syarikat penyelenggaraan. 32. Menghidupkan atau mematikan suis elektrik bila mendapat arahan. Kakitangan syarikat penyelenggaraan. Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin. 8
  • 12. G. PENGURUSAN REKOD 1. SOP akan diletakkan di dalam kotak khusus berwarna merah dan akan diletakkan di semua tempat strategik iaitu di BCS, bilik kawalan pengawal, bilik unit keselamatan, bilik semua pegawai keselamatan kebakaran di setiap Bahagian, dan meja ketua kerani , Ketua Seksyen Pentadbiran, semua SUB dan TKSP 2. Semua kakitangan yang bertanggungjawab secara aktif dalam sebarang kebakaran dikehendaki untuk membaca SOP ini setiap dua minggu bagi mengingati dan memahirkan diri kepada prosedur yang ditetapkan. H. KAWALAN KUALITI DAN JAMINAN KUALITI 1. Jika kebakaran berlaku, tindakan pencegahan dan kawalan hendaklah diambil dengan berkesan. Di samping itu pengawalan kualiti prosedur dan peralatan mencegah kebakaran perlu diperkemas. Pegawai dan kakitangan perlu memahami aspek-aspek penyelenggaraan, pengetahuan dan kesedaran mengenai pelan tindakan kebakaran. 2. Bagi tujuan memantapkan lagi aspek pencegah kebakaran dan memastikan SOP prosedur pelan tindakan kebakaran boleh beroperasi sepenuhnya langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu: a) Kursus Dan Latihan Kebakaran i) Semua staf hendaklah menjalani latihan kebakaran secara berkala. Latihan hendaklah merangkumi: • Pencegahan Kebakaran Am; • Cara membunyikan penggera kebakaran; • Tindakan apabila mendengar bunyi penggera; • Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba dengan betul; • Lokasi dan cara mengguna peralatan melawan kebakaran; • Laluan menyelamat diri; • Tempat Berkumpul; dan • Mengambil kedatangan. ii) Latihan Kebakaran (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul dalam masa 25 minit selepas penggera berbunyi. iii) Penghuni perlu diberikan kursus dan latihan asas kebakaran bagi membiasakan penghuni bangunan dalam keadaan 9
  • 13. sentiasa bersedia jika berlakunya kebakaran. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali. b) Pengetahuan mengenai kebakaran Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu: i) Kedudukan alarm point yang paling berhampiran. ii) Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan tahu cara untuk menggunakannya. iii) Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar. zon kebakaran iv) Bagi keselamatan, laporkan kepada KETUA JABATAN anda jika: • Anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan; • Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-barang; • Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh digunakan lagi; • Jika sebarang Alarm Point terlindung dari pandangan atau terhalang oleh barang-barang; dan • Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang. c) Kemudahan Menyelamat Diri Kemudahan Menyelamat Diri yang lengkap mesti disediakan di dalam bangunan untuk memudahkan penghuni keluar dengan selamat semasa kebakaran atau kecemasan. Bangunan hanya akan dianggap mempunyai kemudahan menyelamat diri yang cukup bila memenuhi keperluan berikut:- i) Jumlah jalan keluar kecemasan dan reka bentuknya diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat; ii) Jalan keluar tidak dikunci dan dihalang; dan iii) Alat-alat melawan kebakaran berfungsi dengan baik. d) Penyelenggaraan Peralatan Melawan Kebakaran 1. Peralatan Melawan Kebakaran hendaklah diperiksa dan diuji secara berkala. Di bawah adalah Jadual Penyelenggaraan yang dicadangkan: JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN Sistem Penggera Manual Mingguan 10
  • 14. JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN Sistem Semburan Air Automatik Mingguan Sistem Karbon Dioksida Mingguan Alat Pemadam Api Mudah alih Bulanan Salur Bantu Mula Bulanan Pili Bomba Bulanan Pengesan Haba/Asap 3 Bulan Lampu Kecemasan 3 Bulan Tanda Jalan Keluar Kecemasan 3 Bulan 2. Selain daripada itu, audit berkaitan perlu dijalankan ke atas jenis-jenis alat melawan kebakaran bagi memastikan alat melawan kebakaran dalam keadaan sedia dan boleh digunakan dalam situasi kecemasan. e) Penjagaan Kawasan Bangunan 1. Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur akan membantu mencegah kebakaran: a) Bersihkan dan buang sampah sarap; b) Musnahkan bahan-bahan mudah terbakar yang buruk; dan c) Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar. 2. Penyimpanan khusus hendaklah dilakukan untuk bahan-bahan cecair mudah terbakar seperti: a) Bahan cecair mudah terbakar hendaklah disimpan berasingan daripada agen pengoksidaan; b) Cecair dengan takat semburan yang rendah (bawah 66 °C) disimpan dalam kontena yang tertutup. Kontena hendaklah disimpan sama ada dalam: • Kawasan yang terbuka; atau • Berasingan yang mempunyai peredaran udara yang baik dalam bangunan setingkat. 11
  • 15. I. RUJUKAN Carta 1: Pelan Tindakan Kebakaran (Individu) Carta 2: Pelan Tindakan Kebakaran (Umum) Jadual 1: Nombor talian yang perlu dihubungi jika berlaku kebakaran Carta 3: Carta Organisasi Fire Fighting Squad 12
  • 16. CARTA 1: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN (INDIVIDU) Mula Alarm berbunyi (15 saat dan berterusan) Abaikan dan teruskan kerja Lari Berlaku kebakaran Situasi kebakaran YA TIDAK BESAR Lawan kebakaran Lari TIDAK YA Alat pemadam api Lari KECIL TIDAK BERFUN BERFUNGSI Hose Reel Lari Padam kebakaran Hubungi JBPM dan berkumpul di Assemly Point Tamat BERFUNGSI TIDAK BERFUN 13
  • 17. Kebakaran berlaku Mula Dikesan oleh penghuni bangunan Situasi kebakaran ? Aktifkan Fire Alarm (red) Lawan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api / Hose reel KECIL BESAR Hubungi JBPM Lari ke tempat berkumpul (AP) Beratur di Bahagian / Seksyen / Unit Masing- masing dan mengambil nama. Melaporkan jumlah kakitangan JBPM tiba Opersai memadam kebakaran Operasi menyelamat mangsa yang terperangkap Menunggu arahan bersurai CUKUP HILANG Selesai memadamkan kebakaran dan mengesahkan bangunan selamat dihuni semula Dapat arahan dan bersurai Tamat CARTA 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN UMUM) 14
  • 18. JADUAL 1: NOMBOR TALIAN YANG PERLU DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KEBAKARAN Bil Nama Jawatan Jabatan/ Bahagian/Seksyen / Unit Nombor talian 1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - Putrajaya 03-8888 0040 2. Polis DiRaja Malaysia - Putrajaya 03-8886 222 3. JPA 3 - Putrajaya 4. Hospital Putrajaya - Putrajaya 03-8312 4200 / 03-8312 4500 5. Talian Kecemasan - - 999 6. Rahajaya (Bilik ) - Perbendaharaan 03-8882 4275 7. Bilik Kawalan Keselamatan - Perbendaharaan 03-8882 4278 8. Kaunter Pengawal Keselamatan Utama - Perbendaharaan 03-8882 4277 9. Unit Keselamatan – Pejabat Am - Aras 2, Blok Selatan, Perbendaharaan 03-8882 4449 10. Dato’ Bukhari bin Hasan TSBSWP (KP) BSWP 03-8882 3131 / 019-225 5737 11. Encik Abd Wahid bin Ahmad KS(P) BSWP 03-8882 3090 / 012-2792656 12. Encik Mazlan bin Abdul Wahab KPKP Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4450 / 019-640 2023 13. Encik Mohd Rasyid bin Che Abdullah PKP 1 Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4451 / 019-230 2356 14. Encik Jalil bin Yahya PKP 2 Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 3920 / 016- 15. Encik Mohd Dinul Ashar bin Punding PPK(P) 1 Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4452 / 019-654 0080 16. Cik Siti Roszaida binti Mohd Ros PPK(P) 2 Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4788 / 012-323 5460 17. Encik Nor Izard bin Ismail PK(P) 1 Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4044 18. Encik Noorazmin bin Md Ithnin PK(P) 2 Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4448 19. Encik Hamdan bin Jidin KPK Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4278 / 012-69402012 20. Encik Abu Bakar bin Abdullah PKK 1 Unit Keselamatan, BSWP 03-8882 4278 / 012-315 3549 15
  • 19. Fire leader Assistant Fire Leader Emergency Respone Security Assembly Point Facilities and Maintenance Advisor Communication and Welfare Floor Warden CARTA 3: CARTA ORGANISASI FIRE FIGHTING SQUAD 16