Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik                Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik          ...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikLaluan manakah yang kita pilih?Kita bermula dengan soalan, laluan manakah ...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikBagaimana Harvard Business Publishing berinovasi?                         ...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikBagaimana karya saintifik dapat menjadi karya popular?Sebuah karya saintif...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik       Statistik peminjam buku bertambah melalui bandingan angka dua tahun...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik    Kulit buku Tip Menjadi Penulis Bestseller (2009 dan 2011) terbitan PTS...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik      Jumlah naskhah diambil sangat minima bermula sepuluh naskhah bagi s...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik       Strategi pintu belakang digunakan oleh Eliyahu M. Goldratt dan Jeff...
Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikSiapa pembentang di atas pentas sebentar tadi?                            ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Seminar penulisan penerbitan saintifik

555

Published on

Kertas kerja ini akan mendedahkan situasi yang menyekat karya saintifik berkembang menjadi karya popular dan bagaimana menukarkan situasi ini berdasarkan model yang sedia diamalkan oleh industri.

Published in: Education
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Terima kasih Tuan Zamri kerana berkongsi dan memberi ilmu yang berharga ini. Antara yang kami suka adalah topik Harvard Busines Publishing. Sebagai bisnesman kami membaca HBR'S MUST READ, iaitu Harvard Business Preview Press. www.hbr.org/books
    Ironinya, tiada buku terbitan Universiti tempatan yang kami baca. Kecuali http://universitipts.com/
    Tahniah! Tuan memang genius.
    -------------------
    Dari Puan Waiz
    Tel: 03-4107 9249 (WAIZ)
    Faks: 03-4108.0345
    E-mail: PuanWaiz@gmail.com, waiz@waizmalaysia.com
    Facebook: http://www.facebook.com/waiz.malaysia,
    http://www.waizmalaysia.com
    Peta Lokasi: http://www.waizmalaysia.com/waiz2009/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=56&Itemid=73
    Koordinat (GPS Coordinate): N 03 12.654, E 101 45.018
    Stay Green! Print this e-mail only when necessary.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
555
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
5
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Seminar penulisan penerbitan saintifik

  1. 1. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik Zamri bin Mohamad Jurulatih Senior Penulisan untuk Organisasi Akademi Penulis Sdn Bhd 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA (t) +60192880451 (e) zamrimohamad@gmail.com (fb) facebook.com/penulisbuku www.fineacademy.com.my AbstrakKertas kerja ini akan mendedahkan situasi yang menyekat karya saintifik berkembangmenjadi karya popular dan bagaimana menukarkan situasi ini berdasarkan model yang sediadiamalkan oleh industri.Dilema penerbit dan pekedai buku memenuhi desakan penulis karya saintifik yang ilmiahdan bagaimana kaedah pintu belakang diaplikasi bagi mengatasi situasi ini.Pendekatan gaya popular merujuk kepada amalan industri buku yang dipraktikkan penerbittempatan dan luar negara. 1
  2. 2. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikLaluan manakah yang kita pilih?Kita bermula dengan soalan, laluan manakah kita pilih dari lokasi mula ke lokasi akhir?Hasilkan garisan laluan itu pada peta di bawah.Mengapa karya saintifik tempatan tidak dapat menjadi buku popular?  Universiti dan institusi belum berani mencipta inovasi penerbitan. Kebimbangan hilang nilai ilmu apabila menjadi karya popular menjadikan universiti dan institusi kekal dengan cara lama dan menunggu cara baru yang meraikan keselesaan mereka.  Para ahli akademik lebih menumpukan kepada penulisan karya akademi yang mendorong kepada kenaikan pangkat. Karya popular tidak memberi merit kepada mereka ke arah kenaikan pangkat itu.  Ahli akademik tidak dilatih secara formal melalui bengkel dan kursus bagaimana menukarkan karya akademik menjadi karya popular.  Penerbit sukar mendapatkan penulis pakar yang bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan kumpulan kreatif dalam bidang lain. Maka produk akhir kembali kepada asal, iaitu buku ilmiah untuk bacaan pakar bidang. 2
  3. 3. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikBagaimana Harvard Business Publishing berinovasi? Laman web Harvard Business PublishingHarvard Business Publishing menjadi satu rantaian dalam sebuah institusi yang dikagumisebagai sebagai perintis yang membawa keluar dunia akademik kepada khalayak. Kekaguman itu dapat diikuti oleh para pengagum dengan mengikuti model atas kebawah yang digunakan bagi memastikan apa yang berada di sebalik tembok universitisampai ke kedai buku umum. Pakej bahan akademik kepada beberapa bentuk  Jurnal akademik  Buku teks universiti  Buku rujukan pengamal industri  Buku popular  Majalah untuk pasaran umum  Tutorial online  Blog  Audio dan video Pakej-pakej ini menjadikan bahan akademik berlegar secara aktif dan konsisten dikalangan ahli akademik, pengamal industri dan pembaca umum. Apa yang membezakan setiap pakek adalah Harvard Business Publishingmenentukan maklumat yang relevan kepada kumpulan sasar yang berbeza. Formula ini kekal digunakan bagi mereka sejak tahun 1994 dan terus berkembangselama 28 tahun. 3
  4. 4. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikBagaimana karya saintifik dapat menjadi karya popular?Sebuah karya saintifik tulen tidak dapat kekal menjadi karya asal sepenuhnya apabila iamenjadi karya popular. Itu adalah hakikat yang mesti diterima oleh penulis. Perkara ini disebut oleh Mark Changizi, professor dalam bidang kognitif dan penulisThe Vision Relevation berkata, tujuan karya saintifik dijadikan sebagai karya popular adalahbagi mendorong pembaca menjadi sebahagian daripada perbincangan saintifik dan bukanterlibat sama dalam perbincangan tersebut. Ini bermakna, apa yang perlu diberikan kepada pembaca hanyalah idea-idea yangmencetuskan keterujaan. Ini bukan berkaitan pembelajaran sains sebagai satu subjek. Fungsi karya popular dan karya akademik adalah berbeza, maka pakej karyakeseluruhan diubah berdasarkan keperluan pembaca. Karya ilmiah saintifik yang mempunyai ciri-ciri akademik dilihat memenuhi fungsiberikut.  Dibaca oleh kumpulan bidang.  Asas kepada perkembangan ilmu.  Mementingkan data empirikal yang dapat membantu.  Cenderung kepada aspek perkembangan ilmu.  In depth reading, pembacaan secara mendalam. Manakala penerbitan karya popular saintifik mempunyai fungsi berikut  Dibaca oleh kumpulan umum.  Memberi tahu pembaca, “Topik ini wujud.”  Mencetuskan minat berdasarkan sebahagian idea yang diketengahkan.  Cenderung kepada aspek human interest.  Leisure reading, pembacaan santai.Kedai buku universiti menggunakan buku popular sebagai umpan survivalGelagat pembeli di kedai buku adalah berbeza di antara kedai buku umum dan kedai bukuuniversiti. Daya tarikan kedai buku umum telah mengubah lanskap kedai buku universiti. Buku-buku popular turut disenaraikan di kedai buku universiti. Pembahagian seksyen buku akademik dan popular seperti di Darul Kutub, UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia merupakan bayangan situasi yang sedang, sudah dan akanberlaku di universiti-universiti dan institusi lain.Bagaimana memilih genre yang bersesuaian? 4
  5. 5. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik Statistik peminjam buku bertambah melalui bandingan angka dua tahunkebelakangan ini. Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakardalam satu kenyataan media pada 23 April 2012 di Berita Harian berkata, sejumlah 1.03 jutabuku dipinjam oleh pembaca tempatan pada tahun 2010 berbanding 7776,347 buah bukupada tahun 2011. Laporan Publishing Perspective, melalui rencana As KL Book Fair Opens, PublishersEye Booming Southeast Asia pada 25 April 2012, mendedahkan sejumlah 500 penerbitberdaftar di Malaysia dan jumlah ini adalah peningkatan yang mendadak bagi memenuhikehendak industri buku. Dari aspek judul baru, jumlahnya bertambah dari 10,000 judul buku pada tahun 2005ke 15,800 pada tahun 2010 dan 16,000 pada tahun berikutnya. Ini adalah tanda aras positif kepada penulis dan penerbit bahawa buku baru dalampelbagai kategori masih diperlukan. Karya saintifik dapat menjadi karya popular apabila penulis jelas apakah genre bukuyang mahu dihasilkan. Apabila kita berkunjung ke kedai buku, terdapat sejumlah besar buku yang ditulis dibawah satu kategori. Adanya banyak judul dalam kategori yang sama memberi gambarankasar permintaan ramai bagi genre buku seperti itu. Meskipun banyak buku diterbitkan dalam kategori yang sama, terdapat faktor-faktorberikut memberi momentum dan penentu yang membawa kepada peningkatan angka jualanbuku.  Buku dalam kategori sama dipakejkan semula dan diberi konsep baru.  Penghasilan kulit buku yang menarik perhatian pembaca.  Pilihan judul buku yang mencetus rasa ingin tahu dan terus kepada sasaran pembaca.  Susun atur buku yang berbeza dan memberi kepuasan kepada pembeli.  Harga yang kompetitif.  Latar belakang penulis yang memberi keyakinan pembaca. 5
  6. 6. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik Kulit buku Tip Menjadi Penulis Bestseller (2009 dan 2011) terbitan PTS Media GroupKedai buku memerlukan faktor kesegaran bagi menarik kumpulan pembaca berkali-kali.Kerana itu penerbit karya popular bersedia menukar kulit buku tiga tahun sekali atau punapabila didapati kulit buku memperlahankan jualan di kedai-kedai buku. Bagi bertahan lama di rak buku, ini adalah satu strategi yang digunakan oleh penerbitbagi memanjangkan hayat karya di rak.Bagaimana penulisan ilmiah saintifik menambah beban hutang kedai umum?Pasaran buku tempatan masih dalam proses kematangan melalui pengenalan genre-genrebaru. Ketika ini karya saintifik yang masih ilmiah sifatnya mempunyai pasaran yang keciljika diletakkan sebaris dengan buku-buku lain. Meskipun desakan penulis dan penerbit akademik agar kedai-kedai buku memberiruang kepada karya-karya ilmiah berada di rak kedai buku, kita mesti menyedari bahawa apasahaja yang masuk ke dalam kedai buku mempunyai kos untuk ditanggung. Kerana itu kedai buku mengalihkan kos menanggungnya kembali kepada penerbitmelalui cara-cara berikut.  Penerbit menyewa rak bagi meletakkan buku mereka.  Memberi tempoh masa jualan kepada penerbit. Di Amerika, tempoh masa dua minggu diberikan kepada penerbit. Di Malaysia, tempoh dua bulan diberikan kepada penerbit. Sekiranya buku tidak bergerak dari rak, iaitu tidak dapat dijual. Maka ia dipulangkan semula kepada penerbit. 6
  7. 7. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik  Jumlah naskhah diambil sangat minima bermula sepuluh naskhah bagi satu rangkaian kedai buku. Penerbit bimbang apabila pekedai memulangkan buku kembali. Penerbit perlumenyimpan buku-buku yang dipulangkan di gudang. Setiap naskah buku yang disimpan digudang dianggap sebagai aset. Selagi mana buku-buku berada di gudang, ia adalah aset yang dicukai. Bayangkan bagaimana buku-buku yang tidak laku dan tidak mendapat pesananpekedai menjadikan penerbit menanggung kerugian dengan menanggung cukai. Adakah ini bermaksud penulisan saintifik tidak dapat menembusi kedai buku?Bagaimana penulis saintifik menggunakan strategi pintu belakang? Kajian rak buku dan kategori buku melalui laman web kedai buku memberi gambarankuasa beli pembaca. Penulis bermula dengan mengenal pasti apakah kategori yang beradadi keda-kedai buku. Kategori buku Amazon, Kobo dan MPH Pendekatan strategi pintu belakang digunakan oleh penulis karya saintifik sebagaicara mendidik pasaran buku. Memilih kategori yang sedia ada dan menggunakan ia sebagai platform pendidikandapat dilakukan hanya apabila penulis bersedia melakukanya. 7
  8. 8. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik Strategi pintu belakang digunakan oleh Eliyahu M. Goldratt dan Jeff Cox. Merekamenulis sebuah novel berjudul The Goal : A Process Of Ongoing Improvement. Novel iniadalah berkaitan pengurusan perniagaan yang diterbitkan pada tahun 1984. The Goal karya Eliyahu M. Goldratt dan Jeff Cox Novel ini pernah menjadi rujukan pengajian di universiti tempatan kerana iamembawa kepada implementasi Theory of Constraint (TOC) yang diperkenalkan olehEliyahu sendiri sebagai konsep dan sistem pengurusan. Ulasan oleh Brady Uselmen lima tahun selepas novel ini diterbitkan menerangkanbahawa prinsip akaun pengurusan kos diterangkan dalam novel ini pada halaman 259. Ini tidak mengejutkan apabila novel The Goal menjadi bacaan rujukan peperiksaanakhir semester di universiti dan dibaca oleh khalayak umum serta pengamal industri. Novel ini dipersembahkan dalam bentuk karya thriller. Eliyahu merupakan ahli fizik berbangsa Yahudi yang kemudian menukar bidangkepada pengurusan organisasi. Novel The Goal mengambil masa selama 13 bulan danditolak oleh beberapa penerbit. Apabila diterbitkan oleh North River Press, novel ini terjual sebanyak 2,000,000naskhah. 8
  9. 9. Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan SaintifikSiapa pembentang di atas pentas sebentar tadi? Zamri Mohamad adalah trainer atau jurulatih penulis yang melatih agensi kerajaan dan swasta melibatkan penulisan berikut  Penulisan buletin berpengaruh untuk edaran dalaman.  Penulisan buletin berpengaruh untuk pelanggan.  Penulisan fasa Mekah untuk web portal agensi  Penulisan rencana akhbar dan majalah. Beliau juga melatih kakitangan dalam bidang kreativiti dan inovasi kepada kakitangan. Pada masa sama melatih strategi kempen media sosial untuk organisasi berdasarkan formula Membina Kecantikan Sosial. Menulis di akhbar dan majalah sejak tahun 2001 dan menulis sejumlah 22 buah buku kategori popular. Tugas beliau adalah menukarkan jurnal dan bahan akademik kepada bahan bacaan umum. Merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR – Berita Harian pada tahun 2010 dan 2011 Zamri bin Mohamad Jurulatih Senior Penulisan untuk Organisasi Akademi Penulis Sdn Bhd 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA (t) +60192880451 (e) zamrimohamad@gmail.com (fb) facebook.com/penulisbuku (web) www.fineacademy.com.my 9

×