SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
RENCANA
ARKIB : 13/07/2006
Apabila hantu dijadikan produk
Oleh AZMAN ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)
HANTU ternyata sebuah komoditi yang boleh dieksploitasi dari pelbagai aspek. Sebut apa sahaja tujuannya sama
spiritualiti, sistem kepercayaan dan bahkan untuk sebuah industri, ia akan mempunyai daya tarikan yang luar biasa.
Pengalaman seseorang dengan dunia dan alam ghaib misalnya dukun atau pawang yang dianggap sebagai
peristiwa subjektif ‘dijual’ dalam bentuk industri sebagai sebuah pengalaman masyarakat. Tentunya dibantu oleh
pelbagai peralatan yang canggih dan sempurna untuk menggandakan ‘ketakutan’.
Unsur seram yang kononnya pengalaman individu-individu itu telah dijelmakan menerusi medium filem, drama
mahupun pameran untuk menarik keghairahan masyarakat yang akhirnya mereka bukan sahaja sebagai penyokong
industri itu tetapi juga sebagai pengguna.
Keghairahan yang menyebabkan ada stesen televisyen swasta, pengarah filem, penulis skrip dan novelis berebut-
rebut menghasilkan karya mereka yang kononnya berasaskan kenyataan alam ghaib, cerita dan pengalaman misteri
serta 1,001 lagi kisah seram individu atau kelompok.
Sebagai contoh, beberapa filem tempatan mutakhir seperti Pontianak Harum Sundal Malam (I dan II) arahan Suhaimi
Baba atau drama dalam bentuk video cakera padat (VCD) seperti Momok I, II dan III yang mendapat tarikan hangat.
Perkembangan filem-filem sedemikian dihangatkan lagi dengan kemunculan belasan filem seram atau misteri Barat
dan beberapa negara Asia. Sebut sahaja dari Thailand, Korea, Indonesia, Jepun atau China dengan versi hantu
masing-masing.
Agak aneh, filem berasaskan alam ghaib turut melanda perfileman Bollywood yang terkenal dengan produksi filem-
filem bertemakan cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Beberapa ‘percubaan’ menghasilkan filem berunsur mistik
ternyata menjadi menghasilkan filem box-office.
Selepas tahun 2000, filem-filem hantu ‘import’ setiap bulan memenuhi pawagam-pawagam tempatan. Sebut sahaja
Nang Nak, Bangkok Hunter dan Long Kong dari Thailand atau Dark Water, Eyes dan The Ring dari Korea serta
Jepun, pasti ramai yang menontonnya.
Dalam konteks perfileman Melayu, hantu sebagai komoditi yang dipakej menjadi satu tontonan bukanlah sesuatu
yang baru dalam dunia perfileman Melayu. Jauh ke belakang, sejak era penghujung 50-an, khalayak pasti tahu filem
seperti lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sumpah Orang Minyak yang cukup terkenal.
Selepas itu lahir filem genre seram lainnya seperti Keranda Berdarah, Pontianak Gua Musang dan Sumpah
Pontianak yang merupakan satu dekonstruksi daripada roh-roh atau makhluk halus yang dipercayai wujud dalam
masyarakat Melayu.
Itu merupakan contoh-contoh kisah seram atau makhluk ghaib yang diterjemahkan ke filem. Masih banyak lagi
contoh manipulasi lain dalam konteks Malaysia misalnya pameran alam ghaib yang pernah dianjurkan oleh Muzium
Negara pada 2002 dan terbaru pameran seumpama itu yang sedang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah,
Selangor.
Jumlah pengunjung ke pameran-pameran berkenaan? Sukar untuk digambarkan tetapi penjelasan yang paling
mudah ialah Muzium Sultan Alam Shah tidak dapat menampung jumlah pengunjung dan kesulitan untuk meletakkan
kereta yang sangat luar biasa pada hujung minggu.
Malah, rancangan yang berunsur alam mistik yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merupakan
salah satu program yang mempunyai rating penonton tertinggi, jauh di atas rancangan-rancangan berunsur agama
atau hiburan. Inilah satu fenomena daripada kenyataan ketika masyarakat hidup di tengah serbuan informasi media
di mana salah satu ideologi di dalamnya menghadirkan peristiwa-peristiwa yang tidak hanya menyangkut aspek
ekonomi atau politik semata-mata tetapi juga persoalan dunia ghaib.
Clifford Gertz dalam bukunya Santri, Abangan dan Priyayi Dalam Masyarakat Jawa berpendapat bahawa
modernisme sesuatu masyarakat tidak sepenuhnya akan menghilangkan kepercayaan yang telah wujud sebagai
sistem berhubung kepercayaan-kepercayaan ghaib.
Ini kerana, kepercayaan seperti itu telah wujud sebagai sistem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat yang
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Hal senada turut diutarakan oleh ahli antropologi
Indonesia, Prof. James Dananjaya yang melihat bahawa fenomena yang muncul dalam bentuk filem, pameran dan
tulisan-tulisan berunsur alam ghaib disebabkan masyarakat Nusantara masih lagi mewarisi sistem nilai tradisional.
James berpendapat, walaupun kehidupan masyarakat Nusantara dan dunia umumnya telah diwarnai dengan
teknologi dan agama, unsur dan kepercayaan terhadap alam ghaib masih lagi diterima sebagai seluruh sistem
kehidupan yang bersifat holistik.
Apabila ada filem, drama, pameran atau novel berunsur seram diterbitkan, ia merupakan satu rekonstruksi daripada
sistem kepercayaan nenek moyang masyarakat hingga mendorong khalayak melihat apakah bentuk hantu, makhluk
ghaib dan sebagainya yang berada dalam sistem itu.
Hasilnya, media tontonan berkenaan mendapat sambutan kerana masyarakat ingin tahu mengenai kandungan
sistem nilai berkaitan alam ghaib dan dunia yang berada di luar alam nyata yang diwujudkan berdasarkan
kesepakatan sosial nenek moyang mereka.
Keadaan itu tidak berubah kerana politik kebudayaan negara-negara di rantau ini yang masih gagal membawa satu
anjakan pemikiran kepada rasionalisme yang sesungguhnya sejajar dengan kemodenan dan pembangunan
intelektual.
Ketidakupayaan inilah yang menjadi peluang terbaik kepada industri untuk mengeksploitasi sistem nilai tersebut
sebagai komoditi walaupun masyarakat hari ini sedar tentang sejauh mana rasionalisme kisah-kisah atau subjek
yang dipaparkan kepada mereka.
Di pawagam-pawagam, di depan kaca televisyen atau di ruang-ruang pameran, segelintir masyarakat akan berteriak
‘melayani’ ketakutan dan ketegangan apabila menonton kisah-kisah seram yang sebenarnya mereka tidak pernah
melihat dalam dunia nyata.
Pandangan yang sama turut dipaparkan dalam buku ‘Mistisme Jawa’ oleh Neil Mulders yang agak menarik untuk
menjelaskan kenapa fenomena ini wujud khususnya dalam masyarakat Jawa di Indonesia.
Mulders berpendapat, kepercayaan mistik Jawa, ‘Kejawen’ tetap hidup dalam sistem nilai sebahagian etnik itu kerana
pengaruh anismisme, Hindu dan Buddha lebih dulu berakar umbi sebelum kedatangan Islam, di samping tidak ada
usaha ‘membersihkan’ sistem itu melalui praktik Islam yang sebenar. Beliau turut berpendapat apa yang berlaku bagi
penganut Islam di negara itu juga disebabkan wujudnya percampuran nilai-nilai Islam dengan unsur mistik sehingga
ia diamalkan sebagai praktik agama sehari-hari.
Sejauh mana pandangan-pandangan itu benar, para ilmuwan tempatan perlu melihat secara terperinci kerana tokoh-
tokoh intelektual tersebut membuat kajian di Indonesia dan terhadap etnik berbeza dan berlainan dari segi sistem
nilai dan legitimasi sosial.
Mungkin dalam masyarakat Malaysia ia berbeza. Keghairahan masyarakat kita terhadap hantu dan alam ghaib
mungkin hanya sekadar eskapisme dari kesibukan sehari-hari atau lebih tepat sebagai sumber hiburan yang
ditawarkan oleh media-media tersebut

More Related Content

Viewers also liked

Social Media SEO for Business
Social Media SEO for BusinessSocial Media SEO for Business
Social Media SEO for BusinessHeidi Allen
 
авиаперевозки Clients 2009
авиаперевозки Clients 2009авиаперевозки Clients 2009
авиаперевозки Clients 2009Pavel Red'ko
 
Conflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUT
Conflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUTConflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUT
Conflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUTbecnicholas
 
Blogger & Facebook for FoL
Blogger & Facebook for FoLBlogger & Facebook for FoL
Blogger & Facebook for FoLjulid
 
Profitably Introduction for Accountants
Profitably Introduction for AccountantsProfitably Introduction for Accountants
Profitably Introduction for AccountantsGraham Siener
 
Is A Corporate Criminal Profile Possible
Is A Corporate Criminal Profile PossibleIs A Corporate Criminal Profile Possible
Is A Corporate Criminal Profile Possiblecmhusted
 
Trade with China. AsstrA Presentation 2009
Trade with China. AsstrA Presentation 2009Trade with China. AsstrA Presentation 2009
Trade with China. AsstrA Presentation 2009Pavel Red'ko
 
SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...
SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...
SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...Lisa Chow
 
Sebago Retail In Kolonaki
Sebago Retail In KolonakiSebago Retail In Kolonaki
Sebago Retail In Kolonakiglitz
 
Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09
Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09
Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09Stephen Haggard
 
Dibujos de movil
Dibujos de movilDibujos de movil
Dibujos de movilcpremolino
 

Viewers also liked (17)

E learn2016r ver_mike
E learn2016r ver_mikeE learn2016r ver_mike
E learn2016r ver_mike
 
Social Media SEO for Business
Social Media SEO for BusinessSocial Media SEO for Business
Social Media SEO for Business
 
авиаперевозки Clients 2009
авиаперевозки Clients 2009авиаперевозки Clients 2009
авиаперевозки Clients 2009
 
Conflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUT
Conflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUTConflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUT
Conflicts in Planning Policy and Practice in Queensland, Mellini Sloan, QUT
 
Star 2013-pdfa-pdfa
Star 2013-pdfa-pdfaStar 2013-pdfa-pdfa
Star 2013-pdfa-pdfa
 
Blogger & Facebook for FoL
Blogger & Facebook for FoLBlogger & Facebook for FoL
Blogger & Facebook for FoL
 
Profitably Introduction for Accountants
Profitably Introduction for AccountantsProfitably Introduction for Accountants
Profitably Introduction for Accountants
 
Frand friend or foe
Frand  friend or foeFrand  friend or foe
Frand friend or foe
 
Guión 7 febrero
Guión 7 febreroGuión 7 febrero
Guión 7 febrero
 
Is A Corporate Criminal Profile Possible
Is A Corporate Criminal Profile PossibleIs A Corporate Criminal Profile Possible
Is A Corporate Criminal Profile Possible
 
Trade with China. AsstrA Presentation 2009
Trade with China. AsstrA Presentation 2009Trade with China. AsstrA Presentation 2009
Trade with China. AsstrA Presentation 2009
 
SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...
SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...
SLA@Pratt Skill Share: Leadership and Career Development for the New Informat...
 
Sebago Retail In Kolonaki
Sebago Retail In KolonakiSebago Retail In Kolonaki
Sebago Retail In Kolonaki
 
Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09
Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09
Learning Technologies Anytime Anywhere Haggard For Video Arts 4 March 09
 
Guión Litúrgico
Guión Litúrgico Guión Litúrgico
Guión Litúrgico
 
Lets pool v3_1
Lets pool v3_1Lets pool v3_1
Lets pool v3_1
 
Dibujos de movil
Dibujos de movilDibujos de movil
Dibujos de movil
 

Similar to Alam Mistik

Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"
Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"
Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"Annisa Latifa
 
Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"
Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"
Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"Nonie Arnee
 
Sejarah fenomena hearing voices
Sejarah fenomena hearing voicesSejarah fenomena hearing voices
Sejarah fenomena hearing voicesBagus Utomo
 
Analisis film artificial intelligence
Analisis film artificial intelligenceAnalisis film artificial intelligence
Analisis film artificial intelligenceiimpunya3
 
Teori Semiotika Media
Teori Semiotika MediaTeori Semiotika Media
Teori Semiotika Mediamankoma2012
 
Majalah INFO-UFO no 06
Majalah INFO-UFO no 06Majalah INFO-UFO no 06
Majalah INFO-UFO no 06Nur Agustinus
 
Citra Perempuan dalam Film dan Internet.pptx
Citra Perempuan dalam Film dan Internet.pptxCitra Perempuan dalam Film dan Internet.pptx
Citra Perempuan dalam Film dan Internet.pptxMaxwellKenway
 
Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
Hamid  Worldview Sebagai  Asas IslamisasiHamid  Worldview Sebagai  Asas Islamisasi
Hamid Worldview Sebagai Asas IslamisasiSuardi Al-Bukhari
 
Majalah INFO-UFO no 11
Majalah INFO-UFO no 11Majalah INFO-UFO no 11
Majalah INFO-UFO no 11Nur Agustinus
 
Makalah pelatihan-BRC-sihir
Makalah pelatihan-BRC-sihirMakalah pelatihan-BRC-sihir
Makalah pelatihan-BRC-sihirEdi Awaludin
 
Transformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiah
Transformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiahTransformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiah
Transformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiahNur Agustinus
 
Menjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesia
Menjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesiaMenjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesia
Menjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesiaHarunyahyaBahasaIndonesia
 
makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...
makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...
makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...Alfian Rokhmansyah
 
A Short Note On The De La Cual
A Short Note On The De La CualA Short Note On The De La Cual
A Short Note On The De La CualHeather Dionne
 

Similar to Alam Mistik (20)

Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"
Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"
Makalah Bahasa Indonesia "Perkembangan Film Horor di Indonesia"
 
Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"
Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"
Religiositas Darren Aronofsky dalam "Noah"
 
Sejarah fenomena hearing voices
Sejarah fenomena hearing voicesSejarah fenomena hearing voices
Sejarah fenomena hearing voices
 
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
 
Analisis film artificial intelligence
Analisis film artificial intelligenceAnalisis film artificial intelligence
Analisis film artificial intelligence
 
Teori Semiotika Media
Teori Semiotika MediaTeori Semiotika Media
Teori Semiotika Media
 
Fiksi dan mitos dalam sejarah
Fiksi dan mitos dalam sejarahFiksi dan mitos dalam sejarah
Fiksi dan mitos dalam sejarah
 
Majalah INFO-UFO no 06
Majalah INFO-UFO no 06Majalah INFO-UFO no 06
Majalah INFO-UFO no 06
 
Citra Perempuan dalam Film dan Internet.pptx
Citra Perempuan dalam Film dan Internet.pptxCitra Perempuan dalam Film dan Internet.pptx
Citra Perempuan dalam Film dan Internet.pptx
 
Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
Hamid  Worldview Sebagai  Asas IslamisasiHamid  Worldview Sebagai  Asas Islamisasi
Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
 
Kump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullahKump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullah
 
Makalah ILLUMINATI
Makalah ILLUMINATIMakalah ILLUMINATI
Makalah ILLUMINATI
 
Membaca dalam hati
Membaca dalam hatiMembaca dalam hati
Membaca dalam hati
 
Majalah INFO-UFO no 11
Majalah INFO-UFO no 11Majalah INFO-UFO no 11
Majalah INFO-UFO no 11
 
Sejarah sebagai ilmu
Sejarah sebagai ilmuSejarah sebagai ilmu
Sejarah sebagai ilmu
 
Makalah pelatihan-BRC-sihir
Makalah pelatihan-BRC-sihirMakalah pelatihan-BRC-sihir
Makalah pelatihan-BRC-sihir
 
Transformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiah
Transformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiahTransformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiah
Transformasi dari percaya klenik ke orientasi teknologi melalui fiksi ilmiah
 
Menjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesia
Menjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesiaMenjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesia
Menjelajah dunia semut. indonesian. bahasa indonesia
 
makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...
makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...
makalah seminar pra tesis "Orde baru sebagai landasar fabula dan sjuzet: kaji...
 
A Short Note On The De La Cual
A Short Note On The De La CualA Short Note On The De La Cual
A Short Note On The De La Cual
 

Recently uploaded

ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptxANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptxrahmatraju03
 
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptxPPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptxAbdulGalib4
 
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7vickrygaluh59
 
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketingAMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketingLhalNhiez1
 
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023woronotes
 
Info-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produkInfo-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produkKresnaSuputra1
 
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023BintangDemarta1
 
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdfPETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdflucyanarahmi88
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024woronotes
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptxPAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptxBintangDemarta1
 

Recently uploaded (10)

ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptxANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
 
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptxPPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
 
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
 
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketingAMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
 
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
 
Info-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produkInfo-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produk
 
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
 
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdfPETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptxPAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
 

Alam Mistik

  • 1. RENCANA ARKIB : 13/07/2006 Apabila hantu dijadikan produk Oleh AZMAN ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN) HANTU ternyata sebuah komoditi yang boleh dieksploitasi dari pelbagai aspek. Sebut apa sahaja tujuannya sama spiritualiti, sistem kepercayaan dan bahkan untuk sebuah industri, ia akan mempunyai daya tarikan yang luar biasa. Pengalaman seseorang dengan dunia dan alam ghaib misalnya dukun atau pawang yang dianggap sebagai peristiwa subjektif ‘dijual’ dalam bentuk industri sebagai sebuah pengalaman masyarakat. Tentunya dibantu oleh pelbagai peralatan yang canggih dan sempurna untuk menggandakan ‘ketakutan’. Unsur seram yang kononnya pengalaman individu-individu itu telah dijelmakan menerusi medium filem, drama mahupun pameran untuk menarik keghairahan masyarakat yang akhirnya mereka bukan sahaja sebagai penyokong industri itu tetapi juga sebagai pengguna. Keghairahan yang menyebabkan ada stesen televisyen swasta, pengarah filem, penulis skrip dan novelis berebut- rebut menghasilkan karya mereka yang kononnya berasaskan kenyataan alam ghaib, cerita dan pengalaman misteri serta 1,001 lagi kisah seram individu atau kelompok. Sebagai contoh, beberapa filem tempatan mutakhir seperti Pontianak Harum Sundal Malam (I dan II) arahan Suhaimi Baba atau drama dalam bentuk video cakera padat (VCD) seperti Momok I, II dan III yang mendapat tarikan hangat. Perkembangan filem-filem sedemikian dihangatkan lagi dengan kemunculan belasan filem seram atau misteri Barat dan beberapa negara Asia. Sebut sahaja dari Thailand, Korea, Indonesia, Jepun atau China dengan versi hantu masing-masing. Agak aneh, filem berasaskan alam ghaib turut melanda perfileman Bollywood yang terkenal dengan produksi filem- filem bertemakan cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Beberapa ‘percubaan’ menghasilkan filem berunsur mistik ternyata menjadi menghasilkan filem box-office. Selepas tahun 2000, filem-filem hantu ‘import’ setiap bulan memenuhi pawagam-pawagam tempatan. Sebut sahaja Nang Nak, Bangkok Hunter dan Long Kong dari Thailand atau Dark Water, Eyes dan The Ring dari Korea serta Jepun, pasti ramai yang menontonnya. Dalam konteks perfileman Melayu, hantu sebagai komoditi yang dipakej menjadi satu tontonan bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perfileman Melayu. Jauh ke belakang, sejak era penghujung 50-an, khalayak pasti tahu filem seperti lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sumpah Orang Minyak yang cukup terkenal.
  • 2. Selepas itu lahir filem genre seram lainnya seperti Keranda Berdarah, Pontianak Gua Musang dan Sumpah Pontianak yang merupakan satu dekonstruksi daripada roh-roh atau makhluk halus yang dipercayai wujud dalam masyarakat Melayu. Itu merupakan contoh-contoh kisah seram atau makhluk ghaib yang diterjemahkan ke filem. Masih banyak lagi contoh manipulasi lain dalam konteks Malaysia misalnya pameran alam ghaib yang pernah dianjurkan oleh Muzium Negara pada 2002 dan terbaru pameran seumpama itu yang sedang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah, Selangor. Jumlah pengunjung ke pameran-pameran berkenaan? Sukar untuk digambarkan tetapi penjelasan yang paling mudah ialah Muzium Sultan Alam Shah tidak dapat menampung jumlah pengunjung dan kesulitan untuk meletakkan kereta yang sangat luar biasa pada hujung minggu. Malah, rancangan yang berunsur alam mistik yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merupakan salah satu program yang mempunyai rating penonton tertinggi, jauh di atas rancangan-rancangan berunsur agama atau hiburan. Inilah satu fenomena daripada kenyataan ketika masyarakat hidup di tengah serbuan informasi media di mana salah satu ideologi di dalamnya menghadirkan peristiwa-peristiwa yang tidak hanya menyangkut aspek ekonomi atau politik semata-mata tetapi juga persoalan dunia ghaib. Clifford Gertz dalam bukunya Santri, Abangan dan Priyayi Dalam Masyarakat Jawa berpendapat bahawa modernisme sesuatu masyarakat tidak sepenuhnya akan menghilangkan kepercayaan yang telah wujud sebagai sistem berhubung kepercayaan-kepercayaan ghaib. Ini kerana, kepercayaan seperti itu telah wujud sebagai sistem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Hal senada turut diutarakan oleh ahli antropologi Indonesia, Prof. James Dananjaya yang melihat bahawa fenomena yang muncul dalam bentuk filem, pameran dan tulisan-tulisan berunsur alam ghaib disebabkan masyarakat Nusantara masih lagi mewarisi sistem nilai tradisional. James berpendapat, walaupun kehidupan masyarakat Nusantara dan dunia umumnya telah diwarnai dengan teknologi dan agama, unsur dan kepercayaan terhadap alam ghaib masih lagi diterima sebagai seluruh sistem kehidupan yang bersifat holistik. Apabila ada filem, drama, pameran atau novel berunsur seram diterbitkan, ia merupakan satu rekonstruksi daripada sistem kepercayaan nenek moyang masyarakat hingga mendorong khalayak melihat apakah bentuk hantu, makhluk ghaib dan sebagainya yang berada dalam sistem itu. Hasilnya, media tontonan berkenaan mendapat sambutan kerana masyarakat ingin tahu mengenai kandungan sistem nilai berkaitan alam ghaib dan dunia yang berada di luar alam nyata yang diwujudkan berdasarkan kesepakatan sosial nenek moyang mereka.
  • 3. Keadaan itu tidak berubah kerana politik kebudayaan negara-negara di rantau ini yang masih gagal membawa satu anjakan pemikiran kepada rasionalisme yang sesungguhnya sejajar dengan kemodenan dan pembangunan intelektual. Ketidakupayaan inilah yang menjadi peluang terbaik kepada industri untuk mengeksploitasi sistem nilai tersebut sebagai komoditi walaupun masyarakat hari ini sedar tentang sejauh mana rasionalisme kisah-kisah atau subjek yang dipaparkan kepada mereka. Di pawagam-pawagam, di depan kaca televisyen atau di ruang-ruang pameran, segelintir masyarakat akan berteriak ‘melayani’ ketakutan dan ketegangan apabila menonton kisah-kisah seram yang sebenarnya mereka tidak pernah melihat dalam dunia nyata. Pandangan yang sama turut dipaparkan dalam buku ‘Mistisme Jawa’ oleh Neil Mulders yang agak menarik untuk menjelaskan kenapa fenomena ini wujud khususnya dalam masyarakat Jawa di Indonesia. Mulders berpendapat, kepercayaan mistik Jawa, ‘Kejawen’ tetap hidup dalam sistem nilai sebahagian etnik itu kerana pengaruh anismisme, Hindu dan Buddha lebih dulu berakar umbi sebelum kedatangan Islam, di samping tidak ada usaha ‘membersihkan’ sistem itu melalui praktik Islam yang sebenar. Beliau turut berpendapat apa yang berlaku bagi penganut Islam di negara itu juga disebabkan wujudnya percampuran nilai-nilai Islam dengan unsur mistik sehingga ia diamalkan sebagai praktik agama sehari-hari. Sejauh mana pandangan-pandangan itu benar, para ilmuwan tempatan perlu melihat secara terperinci kerana tokoh- tokoh intelektual tersebut membuat kajian di Indonesia dan terhadap etnik berbeza dan berlainan dari segi sistem nilai dan legitimasi sosial. Mungkin dalam masyarakat Malaysia ia berbeza. Keghairahan masyarakat kita terhadap hantu dan alam ghaib mungkin hanya sekadar eskapisme dari kesibukan sehari-hari atau lebih tepat sebagai sumber hiburan yang ditawarkan oleh media-media tersebut