TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)

1,523 views
1,439 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,523
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
88
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISFAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1MENGANALISA SATU JURNAL (LUAR DAN DALAM NEGARA) YANG BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARANMEMBENTANGKAN PERSOALAN, KAEDAH DAN DAPATAN KAJIAN OLEH: NORZALIZA BT ABDUL RAHMAN NOMBOR MATRIK : M 20112001199 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR
  2. 2. Tajuk Jurnal: Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Oleh: Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaranberasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahapkesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademikterutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti Sains Malaysia.Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalamkalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap kesedaran,penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang dapatmembantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang diharapkan. DiMalaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan penerimaan olehmasyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Oleh itudiharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahap penerimaan ahli akademikterhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat ini. Seterusnyamembantu kemajuan teknologi dan menjadi pemangkin kepada budaya IT yang berterusanbermula di peringkat pendidikan tinggi. Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah penilaianterhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengankesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini melihatsejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap kepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi mereka terhadap kesediaan merekamenguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disampingmemiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan,universiti harus mempunyaiprasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer danpelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankanbertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajarandalam aktiviti pengajaran mereka, dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan ataupenolakan kepada kaedah e-pembelajaran ini. Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap penerimaan bagipenggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT.Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebihefektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos program dan bilik
  3. 3. darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapatmenyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Denganadanya program e-pembelajaran tersebut, boleh membantu kepada anjakan paradigma dalamkalangan ahli akademik, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebihluas dan tidak terbatas di bilik kuliah sahaja. Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedahkajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untukdigeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian yang telah dijalankan berbentukkajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Teori resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikanasas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Respondenkajian terdiri daripada ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yangmenggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian.Daripada jumlah tersebut, 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut PusatPengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for socialsciences) perisian SPSS versi 14.0 telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehiseterusnya ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah yangterdapat dalam soal selidik. Seterusnya, data dianalisis menggunakan kaedah analisisdeskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawaian dan kaedah analisis inferensiseperti Ujian-t dan Anova. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap penggunaane-pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dantanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-pembelajaran. Disampingmemiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan, universiti juga harusmempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal, perpustakaan, asrama,kelengkapan komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006)Selain itu, dapatan juga mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertamaadalah e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar. Konsepkedua ialah e-pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakala konsepseterusnya pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkan prosespembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan dengan kuantitipelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, dapatankajian menunjukkan tahap kefahaman responden terhadap kesedaran, penilaian danpenerimaan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran adalah baik serta penerimaan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan &Azmi, 2006). Responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantuproses pembelajaran dan pengajaran di IPT seperti menggunakan kaedah e-pembelajaran didalam kuliah, memuat naik nota-nota kuliah ke laman web pembelajaran dari semasa kesemasa, mengikuti latihan berkaitan ICT/ e-pembelajaran dan seterusnya menggalakkan sertamemotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran yangbermanfaat dan berkesan. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dankreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan. Ini selari dengan hasrat kerajaan Malaysia
  4. 4. dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang ingin memajukan ekonomi melalui e-ekonomiiaitu ekonomi berlandaskan elektronik. Tahap kesedaran ahli akademik yang tinggi terhadapkonsep sistem e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantumerealisasikan empat objektif e-pembelajaran iaitu untuk memperkenalkan konsep barupembelajaran peringkat yang lebih tinggi; memperkenalkan kaedah pembelajaran yanginteraktif dan produktif; untuk memastikan pelajar belajar dengan lebih bebas dan objektifyang terakhir ialah untuk membenarkan pembelajaran yang seimbang di Malaysia. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang konsep e-pembelajaran. ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli akademikmenggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalamkuliah berteraskan kemajuan teknologi maklumat. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambilberat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatusecara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru. Hal ini secara tidak langsungmenyokong hasil kajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoritidaripada ahli akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbukadan positif. Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbangkepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktor mempunyai kemudahankomputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaanpembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Mereka turut berperanan memotivasikanpelajar, memberi info dan input, mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakankemudahan talian e-pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar merekaseharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapaimatlamat pembelajaran yang ditetapkan. Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk budayaICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era pendidikan melaluiaplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan jarak jauh yang diperkenalkan.Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademiksecara positif semakin memantapkan lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengankehendak masyarakat serta perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan,pada masa akan datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yangberpengetahuan tinggi dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan duniasejagat.

×