PERALIHAN KUASA Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 14, 2008 12:38 PM

1. Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO dan UMNO keseluruhannya terpaksa akur akan kehendak Dato Seri Abdullah Ahmad Bad...

4. Sesungguhnya UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponen Barisan Nasional sudah rosak teruk dalam masa lima...

7. Jika parti UMNO dan Barisan Nasional yang diserah kepada pimpinan Abdullah pada Oktober 2003 sudah rosak apakah...

10. Apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008 ialah ramai ahli dan penyokong biasa UMNO dan Barisan Nasional te...

14. Kerosakan besar yang kedua yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Dato Abdullah ialah rasuah dikalangan...

17. Kata pepatah Melayu "Apabila guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari." Dan sebenarnyalah ap...

22. Rasuah dikalangan ahli dan pemimpin UMNO akan menjadikan UMNO parti yang tidak dapat dipercayai oleh rakyat, d...

604 Comments

By esye on  November 14, 2008 1:00 PM

tahniah Tun.. semoga tun ...

By JJJ on  November 14, 2008 1:08 PM

salam Tun,

sekali lagi saya cabar semua...

By modzaini on  November 14, 2008 1:09 PM

Ini yang susah ni...Nak buat susah...Tak buat pun su...

By Faisal on  November 14, 2008 1:17 PM

GOOD DAY TUN,

I AM JUST GETTING DISA...

By Rafflesia on  November 14, 2008 1:18 PM

Hello Tun,

Saya betul2 fed up den...

Saya benci Pak Lah dan semua yg terlibat...kerana mereka, saya duduk di negeri Pembangkang...terpaksa bekerja deng...

By anakku5 on  November 14, 2008 1:20 PM

Dear Tun,

Peralihan kuasa sudah mem...

By AhKow on  November 14, 2008 1:21 PM

Tun,

Kenapa sekarang baru nak merungu...

By walcott87 on  November 14, 2008 1:25 PM

pertamannya, benarlah bahawa negara kita skg nie su...

By shik on  November 14, 2008 1:26 PM

i'm d first syabas tun

By nona_cute on...

By Joe   on  November 14, 2008 1:31 PM

Salam TUN dan Toh Puan semoga sihat sejahtera. saya sok...

By nanatanjung on  November 14, 2008 1:31 PM

Assalamualaikum...

TUN
</u...

By boonkwee   on  November 14, 2008 1:32 PM

Selamat Sejahtera Tun,

Saya mema...

By Davides on  November 14, 2008 1:34 PM

Dear Tun,

Saya doakan Tun sihat se...

By akuinsanbiasa on  November 14, 2008 1:41 PM

i hope readers of chedet do not misconstrue Tun...

By ambrose on  November 14, 2008 1:41 PM

asalamualaikom Tun, Senario politik yang YAB tun jela...

By ambrose on  November 14, 2008 1:41 PM

Tun, satu laGI RASUAH POLITIK yang amat ketara ialah ...

By  Ismail N   on  November 14, 2008 1:43 PM

Daerest Tun,

You are still the ...

By 123   on  November 14, 2008 1:48 PM

salam tun..

kenapa 3 bulan?sebab bole...

By snow white on  November 14, 2008 1:54 PM

Assalamualaikum Tun,

I agree on ...

By snow white on  November 14, 2008 1:54 PM

includes like the flour, ketcup,tahu,butter, chees...

By devastator on  November 14, 2008 1:56 PM

Salam Tun,

Bagi saya apabila ket...

By Alibabamahathir on  November 14, 2008 1:59 PM

Dear Tun,

It seems that AAB...

By Alibabamahathir on  November 14, 2008 1:59 PM

Dear Tun,

Gerak-an presiden...

By RajaChulan on  November 14, 2008 1:59 PM

Dear Tun,

I am  on the ground, a...

By eljeha on  November 14, 2008 2:00 PM

Assalamulaikum Tun,

One of the reas...

Another story... when the PMR result was announced, I got 8As. the UMNO Sri Serdang was generous enough to have a ...

By Remaung Anak Naga   on  November 14, 2008 2:00 PM

Dear Tun,

Are you will...

By hazard72 on  November 14, 2008 2:02 PM

Assalamualaikum Tun.

Tarikh "...

Berhubung dengan pemberian kontrak keatas syarikat anak, menantu dan sanak saudara beliau tidak mahu saya pertikai...

Perlu diingat orang politik pertama (sila perbetulkan jika saya silap) yang telah dikenakan hukuman disebabkan ole...

By Rosnah on  November 14, 2008 2:03 PM

Asalamualaikum Tun,

Saya tertunggu-t...

Siapa kata PM kita mengantuk dan bodoh. Dia adalah orang yang paling pandai sekali. DIa pandai menyusun strategi. ...

By SkiLL on  November 14, 2008 2:06 PM

Salam Tun,

Saya setuju dengan analisa...

Kelemahan kepimpinan Pak Lah telah memberi laluan kepada pemimpin dan ahli UMNO lain mengambil kesempatan untuk me...

The end…..

Upcoming SlideShare
Loading in …5

PERALIHAN KUASA

1,175 views
1,037 views

Published on

Posted by Dr. Mahathir Mohamad on November 14, 2008 12:38 PM

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,175
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

PERALIHAN KUASA

1. 1. PERALIHAN KUASA Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 14, 2008 12:38 PM
2. 2.

1. Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO dan UMNO keseluruhannya terpaksa akur akan kehendak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden supaya peralihan kuasa diadakan pada Mac 2009. 2. Tiga bulan bukanlah satu jangka masa yang panjang tetapi dalam politik UMNO dan negara sekarang banyaklah kerja-kerja pemulihan parti yang akan terganggu kerana penangguhan yang tidak berasas ini. 3. Sebabnya ialah kerosakan yang dilakukan oleh Abdullah kepada UMNO begitu teruk sehingga tiap saat usaha pemulihan dilewatkan mungkin boleh membawa kesan yang buruk kepada UMNO dan Barisan Nasional. Selagi Abdullah berada sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri maka Dato Seri Najib akan terganggu dalam usaha memulih semula segala-gala yang perlu dipulih sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

3. 3.

4. Sesungguhnya UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponen Barisan Nasional sudah rosak teruk dalam masa lima tahun Abdullah memimpin pertubuhan-pertubuhan ini. Mungkin ada mereka-mereka yang akan pertahan prestasi Abdullah dengan berkata kerosakan ini sudah lama berlaku dan Abdullah cuma mewarisi kerosakan ini. 5. Benarkah? Jika benar kenapakah UMNO dan Barisan Nasional diberi kemenangan 2/3 tiap Pilihanraya sejak 1974 lagi. Tidak sekali pun Barisan Nasional menang kurang dari 2/3 dalam Dewan Rakyat. Dan Barisan Nasional tidak pernah gagal menguasai Kerajaan di Kedah, Perak dan Selangor. Pulau Pinang juga, sejak Gerakan menyertai Barisan Nasional tidak pernah kalah kepada parti lawan, terutama DAP. 6. Dalam Pilihanraya 1999, di waktu mana ramai pengundi Melayu kurang senang dengan kepimpinan UMNO; Barisan Nasional masih menang 2/3 dalam Dewan Rakyat.

4. 4.

7. Jika parti UMNO dan Barisan Nasional yang diserah kepada pimpinan Abdullah pada Oktober 2003 sudah rosak apakah mungkin Barisan Nasional mencapai kemenangan luar biasa pada 2004 dengan mendapat 90% dari kerusi Dewan Rakyat, mendapat balik kuasa di Terengganu dan hanya kalah sedikit sahaja di Kelantan, kubu PAS. Semua tanda-tanda menunjuk bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang diterima oleh Abdullah pada Oktober 2003 berada dalam keadaan amat sihat dan kuat. Jika tidak mungkinkah BN capai kemenangan luar biasa pada Pilihanraya ke-11 pada tahun 2004, hanya 5 bulan selepas peralihan kuasa. 8. Jika kemenangan ini hanya kerana kepimpinan baik oleh Abdullah, tentulah kemenangan yang lebih baik akan diperolehi setelah Kerajaan dan Parti dipimpin olehnya selama empat tahun selepas Pilihanraya umum ke-11. Tetapi prestasi parti dalam Pilihanyara ke-12 tahun 2008 adalah begitu buruk sekali. 9. Jika ini tidak mencukupi untuk membuktikan kerosakan Barisan Nasional dan UMNO di bawah pimpinan Abdullah sejak 2004, pilihanraya kecil di Permatang Pauh jelas membukti bahawa Barisan Nasional dan UMNO sudah jadi parti kerdil yang begitu takut kepada parti lawan sehingga ahli-ahli tidak berani pakai lencana dan baju UMNO atau BN.

5. 5.

10. Apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008 ialah ramai ahli dan penyokong biasa UMNO dan Barisan Nasional telah undi parti lawan. Apakah ini di sebabkan mereka tertarik dengan perjuangan parti PAS, DAP dan Keadilan. Soal selidik menunjuk bahawa mereka tidak terpikat dengan Negara Islam PAS atau Malaysian Malaysia DAP atau reformasi Keadilan. Mereka dengan hati yang berat telah undi parti-parti lawan kerana kecewa dengan kepimpinan Abdullah, tindak-tanduk dan sikap Jemaah Menteri yang tidak tahu kenang budi barang sedikitpun. 11. Untuk memperbaiki kerosakan ini masa yang panjang dan usaha yang gigih perlu dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang tercemar imej mereka. Mereka perlu turun padang untuk berjumpa dengan seberapa ramai ahli UMNO dan pengundi-pengundi supaya dapat mendengar rintihan mereka. Banyaklah kesalahan-kesalahan Kerajaan pimpinan Abdullah yang perlu dibetulkan. Kemerosotan ekonomi, kehilangan peluang-peluang kerja, kenaikan harga barang, tidak adanya lagi kontrak bagi kontraktor kecil, semua ini perlu diberi perhatian oleh Dato Seri Najib dan pasukannya. Tindakan yang berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah ini. 12. Di masa yang sama penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga perlu dihentikan. Cara hidup yang mewah yang diamali oleh pemimpin-pemimpin parti dan Kerajaan perlu dihentikan. 13. Kontrak-kontrak perlu diagih dengan adil kepada semua pihak dan tidak hanya kepada orang tertentu diantara pemimpin politik sebagai sogokan untuk mendapat sokongan.

6. 6.

14. Kerosakan besar yang kedua yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Dato Abdullah ialah rasuah dikalangan pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat. Ini menjadi-jadi kerana Dato Abdullah sendiri dilihat sebagai Perdana Menteri yang mengguna kedudukan dan kuasanya untuk menjayakan perniagaan anak dan menantunya, serta lain-lain kaum kerabatnya. 15. Kemunculan Scomi, ECM Libra, dan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh syarikat-syarikat ini yang di ketahui dimiliki oleh anak dan menantu PM seolah-oleh mengizin dan menggalak amalan rasuah. 16. Dalam bidang politik, secara langsung atau tidak langsung Abdullah terlibat dengan beberapa kes sogokan. Semua tahu bahawa wang sebanyak RM 200/- diberi kepada wakil-wakil ke mesyuarat Bahagian Kubang Pasu supaya tidak mengundi saya untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Agong UMNO pada tahun 2006. Seorang Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan telah lapur kepada Ibu Pejabat UMNO yang Dato Abdullah telah beri sebanyak RM 200/-, kain pelekat dan sejadah kepada ahli cawangan-cawangan UMNO yang dibawa di Kuala Lumpur, diberi makan dan penginapan di hotel mewah dan disuruh sokong peralihan kuasa olehnya pada 2010. Seorang pemimpin veteran UMNO telah buat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah berkenaan perkara yang sama.

7. 7.

17. Kata pepatah Melayu "Apabila guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari." Dan sebenarnyalah apabila pemimpin dilihat mengamalkan rasuah maka pengikut akan amalkannya lebih-lebih lagi. 18. Untuk mendapat sokongan pemimpin tertentu diperingkat bahagian kontrak bermillion diberi kepada mereka, walaupun mereka tidak punyai kebolehan untuk melaksanakan kontrak tersebut. 19. Semasa pencalonan bagi jawatan-jawatan tertentu, ramai yang ingin dicalonkan mengguna wang untuk mendapat pencalonan. 20. Setelah diketahui bahawa ada calon yang sanggup menghulur wang sogokan supaya mereka dicalonkan maka ahli-ahli dan perwakilan ke mesyuarat bahagian sudah mula meminta wang sogokan jika sokongan mereka dihendaki. 21. Amatlah jelas bahawa rasuah sudah menjadi budaya ahli-ahli UMNO disemua peringkat. Apabila budaya ini dianggap sebagai sesuatu perkara biasa maka pemimpin yang akan dipilih lebih mungkin terdiri daripada mereka yang tidak bermoral, perasuah yang hanya ingin jadi pemimpin untuk kepentingan diri. Apabila ini berlaku maka negara akan perolehi pemimpin dan Kerajaan yang tidak bermoral, yang akan salahguna kuasa untuk kepentingan diri. Dengan ini akan rosaklah negara.

8. 8.

22. Rasuah dikalangan ahli dan pemimpin UMNO akan menjadikan UMNO parti yang tidak dapat dipercayai oleh rakyat, dipandang hina dan akhirnya ditolak. 23. Jika UMNO pimpinan Dato Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya. 24. Jika tidak pengundi akan undi siapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka dan ini termasuk parti lawan. UMNO dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi "preview" jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan.

9. 9.

604 Comments

By esye on November 14, 2008 1:00 PM

tahniah Tun.. semoga tun sihat sokmo..

By atukbaru on November 14, 2008 1:03 PM

I hope Najib Tun Razak will be a better PM.

Regardless, perjuangan belum selesai

my soon to be completed article - money politics in UMNO

current article - Khairy Jamaluddin - Can we write him off?

http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

By esye on November 14, 2008 1:07 PM

tahniah Tun.. semoga Tun dpt memberikan pendapat & semoga sihat sokmo ..

10. 10.

By JJJ on November 14, 2008 1:08 PM

salam Tun,

sekali lagi saya cabar semua perwakilan UMNO supaya menandatangani surat AKUJANJI tidak mahu memberi atau menerima sogokan wang.

Dan kepada mereka yang terlibat dalam politik wang...JANGAN PAKAI BAJU MELAYU DAN SONGKOK KE PAU NANTI KERANA ANDA MENJATUHKAN MARTABAT BANGSA ANDA SENDIRI.

Wassallam

Jeng3

By asmah omar on November 14, 2008 1:08 PM

SALAM BUAT TUN.SEMEMANGNYA PERALIHAN KUASA PERLU DILAKSANANKAN DENGAN SEGERA.ORANG MELAYU KHUSUSNYA WAJIB BEKERJA KERAS MEMULIHKAN UMNO SEMULA DEMI MASA DEPAN KETUANAN MELAYU ITU SENDIRI. SAMPAI BILA ORG MELAYU TERUS LUPA DAN ALPA SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. HARAP NTR AKAN LANTIK TUN SEBAGAI PENASIHAT KHAS BELIAU. RAKYAT MEMBERI SOKONGAN PADU SEKIRANYA TUN DILANTIK SEBAGAI PANASIHAT. HARAP TUN TIDAK JEMU & LELAH MEMBERI IDEA DAN PENDAPAT BERNAS DEMI UNTUK KESTABILAN POLITIK NEGARA... TQ TUN.SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR & DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK.

11. 11.

By modzaini on November 14, 2008 1:09 PM

Ini yang susah ni...Nak buat susah...Tak buat pun susah...Serba salah jadinya pemimpin kita...JADI SEMUA SEREBA SALAH...

By supersaint on November 14, 2008 1:13 PM

Dear Mr Mahathir,

There is also a saying that patience is a virtue. What is the difference it would make if BN have elections now or 3 months later? People are beginning to get fed up with BN since you took over and accelerated their anger and frustrations after 1998. All of the above problems you mentioned do exist during your time too. Thats why you were given a big shock during 1999 elections. Lets hope that the next PM will have a better way of handling and leading the country to prosperity. By doing that, he needs to be independent from previous leaders' influence due to the fact that all of those that are still living are not successful either but I would not harbour much hope in it.

12. 12.

By Faisal on November 14, 2008 1:17 PM

GOOD DAY TUN,

I AM JUST GETTING DISAPPOINTED TO SEE THE CONTINIOUS SCRIPTS IN MALAY LANGUAGE. PLEASE TRY ALWAYS TO WRITE IN ENGLISH.

MAY GOD BLESS YOU, FAISAL

13. 13.

By Rafflesia on November 14, 2008 1:18 PM

Hello Tun,

Saya betul2 fed up dengan Pak Lah & pengikutnya...lama betul nak tunggu Mac (hujung Mac pula tu)...tengok muka dia & menteri kabinetnya (yg kaki bodek) di TV pun meluat...

Yg paling sedih dan geram apabila saya lihat pemimpin2 UMNO seperti tidak mengendahkan apa yg telah berlaku di Perak, Kedah, Selangor, Penang...tidak jadikan kekalahan di negeri2 ini sebagai pengajaran. saya lihat mereka masih tidak berubah...masih sombong, berlagak, tidak bersungguh-sungguh untuk berjuang menambat semula hati rakyat..

14. 14.

Saya benci Pak Lah dan semua yg terlibat...kerana mereka, saya duduk di negeri Pembangkang...terpaksa bekerja dengan Pembangkang...terpaksa ber'tuan'kan Pembangkang...

Sedarlah Semua Ahli2 dan Pemimpin2 UMNO.... Marilah kita tolak Pemimpin yang menggunakan wang untuk meraih kemenangan...

Saya doakan kemenangan Datuk Mukhriz dan Tan Seri Muhyiddin...

Pak Lah boleh BLAH....

Tun, hope to see you soon....

15. 15.

By anakku5 on November 14, 2008 1:20 PM

Dear Tun,

Peralihan kuasa sudah membudaya dalam memilih pemimpin. Namun pemimpin yang dipilih hanya oleh segelintir orang yang berkepentingan sedangkan semestinya pemimpin dilantik untuk menerajui negara yang dihuni oleh berjuta-juta rakyat. Hanya pilihanraya saja yang dapat menjadi tempat rakyat menyatakan rasa tidak puas hati dan amarah yang tidak dapat dilakukan secara nyata.

Apakah dizaman manusia mengejar kebendaan dan kemewahan ini masih ujud insan yang benar-benar ingin berbakti kepada nusa dan bangsa secara ikhlas?

Tun, take care. Always luv u.

16. 16.

By AhKow on November 14, 2008 1:21 PM

Tun,

Kenapa sekarang baru nak merungut-rungut tentang korupsi di UMNO? Bukankah di zaman Tun korupsi di UMNO itu sudah ada? Tun hanya boleh cakap aje, tapi semasa Tun jadi PM, tak ada tindakan apa-apa dari Tun.

By aaronhexa on November 14, 2008 1:24 PM

salam TUN

manusia akan berkata aku tidak akan melakukan perkara yang buruk atau melakukan rasuah jika aku berjaya mendapat jawatan atau memegang sebarang jawatan. tetapi setelah memegang kuasa manusia mudah lupa apabila kesenangan dan kuasa berada dalam genggamannya. semua orang sama sahaja.................

17. 17.

By walcott87 on November 14, 2008 1:25 PM

pertamannya, benarlah bahawa negara kita skg nie sudah bertambah maju bukan dari segi ekonomi namun dari segi pemikiran negatif dikalangan pemimpin2 negara. tatkala negara mengalami krisis maka ramailah pemimpin2 yang mengambil kesempatan dalam kesempitan, yang menjadi mangsa ialah rakyat yang terpaksa menanggung beban hidup yang tinggi tidak seperti pemimpin2 parti yang memperoleh kontrak berjuta2, pension berjuta2,dan upah berjuta2..di harapkan muncula satu sinar baru buat negara with NO corruption, no CHeating but Full with honesty!!!

By Offshore Representative on November 14, 2008 1:26 PM

Pak Lah sekadar nak selesaikan perkara yang dah KIV bertahun-tahun tu dlm masa beberapa bulan ni. Lagi pun Jane tak puas lagi jadi isteri PM ....

Pak Lah ... poorah ... boleh belah.

18. 18.

By shik on November 14, 2008 1:26 PM

i'm d first syabas tun

By nona_cute on November 14, 2008 1:26 PM

Hi tun, i guess that why my father quit politics long time ago when he is a rising star in the southern state of Malaysia. He wanted to sincerely serve the country and the people but he was reluctant to abandoned the principles he was brought up with. So he just stop politics ultimately.He has great admiration for you and he still has been speaking good things about you since you were the Education Minister. Tun, keep on the good work...only god can repay your good deeds.Tun,actually these people in power has to know that the rakyat knows what they are doing, what kind of money they are earning, how many big houses, jets and yachts they have..and god sees everything.

19. 19.

By Joe on November 14, 2008 1:31 PM

Salam TUN dan Toh Puan semoga sihat sejahtera. saya sokong penuh Tun dalam hal ini, kembalikan keupayaan UMNO dalam membentuk parti yang disegani semula. Jangan hanya syok sendiri. percaya dengan kata pengampu di sekeliling.Kepada Datuk Seri Najib awasi pengampu yang boleh menjahanamkan parti UMNO.Awasi ahli2 parti yang hanya berminat untuk mendapat 'habuan' dalam perjuangan UMNO.Kerana mereka inilah yang menjadi duri dalam daging.

20. 20.

By nanatanjung on November 14, 2008 1:31 PM

Assalamualaikum...

TUN

Kerajaan sekarang mcm DINASOR yng tamak haloba,ini akan mengakibatkan UMNO/BN akan pupus di muka bumi Malaysia ni. Harga minyak naik mendadak...Harga barang,Tambang Bas sekolah pun naik mendadak,bila dah turunkan harga minyak..peniaga/pengusaha bas tak terfikir pun nak turun harga.

Veteran UMNO seperti ayah saya terpaksa memangkah Parti pembangkang untk menunjukan rasa tidak puashati mereka tp depaorg ni tak faham bahasa.Kami sekeluarga sentiasa menyokong perjuangan TUN.

Semoga ALLAH memberi kekuatan dan kesihatan yg amat baik kepada TUN sekeluarga KAMI AMAT MERINDUIMU TUN

P/S: Semalam dapat lar lepas rindu sedikit sebanyk walaupun hanya menonton n dengar suara TUN di Buletin Utama.

21. 21.

By boonkwee on November 14, 2008 1:32 PM

Selamat Sejahtera Tun,

Saya memang setuju komen Tun 100%.

Yang sedihnya Pak Lah yang tidak tahu nak buat apa, tak nak buat apa-apa dan tidak mahu buat apa-apa masih duduk di sana dengan tidak membenarkan orang lain buat sesuatu.

Nampaknya BN akan terus tidur lagi selama 3 bulan. Tanaiah PAS, DAP dan PKR.

Semoga Tun sihat selalu.

By peter511 on November 14, 2008 1:33 PM

Dear Tun,

May I know what are the things that you had done 'sedaya upaya hapuskan rasuah ?' ??

What I see is the 'rasuah' problem will not go away as long as the attitude remain unchanged. i.e free lunch attitude, always seek a easy way out without put in any afford. Sadly to said that you are actually helping to develop these kind of attitude during your 22 years in power. you are offering too many quota for them in every sector and indirectly strengthen these attidute. Am i right? I think you know better ...

22. 22.

By Davides on November 14, 2008 1:34 PM

Dear Tun,

Saya doakan Tun sihat sekeluarga. Memamg betul keadaan UMNO tenat dan semua pemimpin UMNO tahu tetapi tanggungjawab pemimpin teratas sepatutnya mempercepatkan pemulihan party dan bukannya menambahkan lagi suasana merudum dan politik wang apabila masih mengekalkan tarikh pemilihan bulan Mac. Saya pasti bermacam macam kekecohan serta politik wang akan berleluasa tanpa kawalan. Rasuah adalah haram dan patut di hapuskan dan bayangkan pemimpin UMNO yang mengamalkan politik wang dengan apa cara pun, adalah pemimpin yang akan menjahanamkan parti serta negara. Tiada berkat Allah SWT keatas semua pemimpin durjana ini.

By Offshore Representative on November 14, 2008 1:35 PM

Walau pun BN menang di Kubang Pasu ... tetapi majoriti merosot teruk. Peti undi yg majoriti kaum Cina .. BN kalah. Saya dengar MCA Jitra mengeluh yang Dato' Johari tak pernah turun padang berjumpa mereaka ... cuma asyik dgn kroni dia saja .. atur siapa nak duduk dalam UMNO Kubang Pasu ... dan agih projek untuk penuhkan temolok sendiri dan kuncu-kuncu dia. Kalau tak kerana duit masakan "Zul Beras" yang muka mcm kerang busuk dan fikiran mcm otak udang tu pun boleh jadi ketua pemuda. Lucu ya ... tapi tu lah hakikat di Kubang Pasu selepas era Tun ... Saya pun malu nak pakai baju ada lambang UMNO ...

23. 23.

By akuinsanbiasa on November 14, 2008 1:41 PM

i hope readers of chedet do not misconstrue Tun's article on corruption in UMNO.it is not to tarnish the reputation of UMNO as the biggest party in BN.instead, this is a reminder from Tun to all the Malays especially members of UMNO.Do not take advantage to accuse or stereotyping all the UMNO members or the malays as practising corruption..corruption exists in other parties also..

Tun's article serves as a reminder to all.Had Tun has bad intention to UMNO, he would not have commented on this. he would have just let corruption to be practiced among UMNO members or the public in general. It is because Tun's concern that he wrote this article....

hopefully all of us will understand..look at the matter in a bigger picture please..

24. 24.

By ambrose on November 14, 2008 1:41 PM

asalamualaikom Tun, Senario politik yang YAB tun jelaskan diatas adelah amat tepat sekalai, dan saya yakin raakyat jelata memang sudah jelas mengetahuai keadaan ini. Apa yang saya tidak faham ialah mengape dikalangan ahli ahli UMNO dan pengikut DSAAB masih mahu menegelak dan menafikan (denie) perkara yang nyata ini. Demi untuk kepentingan masa depan orang melayu , ugama dan bangsa kumpulan ini dsarankan agar insaf dan buat mausabah atas diri sendiri. Saya faham memang susah untuk mengakui kelemahan serta kesalahn diri sendiri, tetapi demi masa hadapan negera ini, dan sekiranya kita cinta dan sayangkan negara serta masa hadapan bangsa, ade lah amat perlu mereka insaf dan memperbetulkan segalanye sebelom terlambat.

25. 25.

By ambrose on November 14, 2008 1:41 PM

Tun, satu laGI RASUAH POLITIK yang amat ketara ialah melanjutkan tempoh ketua ketuan jabatan yang telah menjadi satu corak dan amalan dewasa ini. Ini saya lihat sebagai satu penyakit sakiranya tidak diberi perhatian. Jika mereka telah sampai untuk bersara biarlah mereka bersara dan tak perlu dilanjutkan secara kntrak kerana ini akan melemahkaN JABATAN ITU SENDIRI. Dan ketau jabatan ini di lanjutkan dengan menafikan peluang pegawai untuk maju dalam jawatan mereka. Dan saya nampak ketua ketuan jabatan yang dilanjutkan itu bukan lah bagitu cemerlang yang tidah boleh dijalankan oleh mereka yang akan mengantikan mereka. I juga mengalakkan rasuah kerena ketua ketua jabatan yang dilanjutkan sudah tentu rasa terhutang budi atau "obligeh" kepada mereka yang melanjutkan kentrak mereka. Sekadar memberi imput untuk di fikir fikirkan.

26. 26.

By Ismail N on November 14, 2008 1:43 PM

Daerest Tun,

You are still the driving force behind UMNO. The one who spoke without fear and is well respected by many Malaysians. It’s disheartening to note that none of the current UMNO leaders possess such charisma, courage and ability to speak for UMNO and for the malays in particular. The sprit of UMNO is embodied in Tun and there will come a time when the malays will start to think and ask “Where is the doctor when we need him the most?”

Dengan Izin : http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=63

By oden88 on November 14, 2008 1:44 PM

Tun,

Jika Dato Najib tidak berbuat sesuatu,rakyat tidak akan percaya lagi sesiapapun pemimpin UMNO selepas ini.

27. 27.

By 123 on November 14, 2008 1:48 PM

salam tun..

kenapa 3 bulan?sebab boleh beli undi.ali rustam dan i spik no inglish boleh ambik duit rakyat melalui dana kerajaan melalui kem.luar bandar.budak hitam akan dapat duit dana dari skim entah apa-apa lagi dalam 3 bulan.memang umno dah sepatutnya masuk muzium.tak sabar rasanya nak undi pembangkang nak padankan muka pemimpin umno.biar diorang jadi presiden umno dan majlis tertinggi umno je tapi takde kuasa memerintah negara.seronok ahli umno yang biasa jadi mentri ada suara di parlemen,tiba-tiba jadi macam samy vellu,khir toyo,tajol rosli,koh stu koon,rafidah aziz,shahrizat,zam maidin,terkebil-kebil jadi presiden umno dan presiden gerakan tapi takde suara.orang nak buang tapi perasan macam ada kuasa.termenung jadi macam cicak kubing .berbunyi dan bersuara ,tapi orang menyampah rasa nak lastik sebab memekakkan telinga rakyat dengan suara yang tidak diminta..

28. 28.

By snow white on November 14, 2008 1:54 PM

Assalamualaikum Tun,

I agree on your thinking and feel that you must have 'anak didik' which at least have brilliant analytical thinking and make all these non malay respect. Nowadays there are too much asking for nonsense while most malays are still in the low/middle income. I would like to suggest that the government initiate GLC companies for food manufacturing and related where only malays and muslims must be the workers and

29. 29.

By snow white on November 14, 2008 1:54 PM

includes like the flour, ketcup,tahu,butter, cheese and frozen foods.Ensure also the halal procedure and the Jakim are not working under pressure. Please don't be like Adabi's where they sub out their kicap,sos. We malays, are not in control of the country economy and this PAk lah and the gang only 'kayakan' their families and relatives. I really hope that we malays can be as strong as these chinese in monopoly the economy.And of course, the profit must not be the only aim, the factory workers - take the poor family and single mother.Hope Tun can train Mukhriz to be far sighted like you as I don't see any leaders like you.

30. 30.

By devastator on November 14, 2008 1:56 PM

Salam Tun,

Bagi saya apabila ketamakan melanda diri, mereka akan buat sahaja untuk mengekalkan kedudukannya biarlah tergadai segalanya. Lihatlah Melaka pada 1511. Bukan kerana tidak kuat atau canggih, hanya kerana ketamakan melanda diri pemimpin sanggup menjual negara. Rasuah lah punca segalanya. Mungkin patut jadi hukuman mandatori ataupun boleh dikenakan ISA sekiranya ia menjadi berleluasa dan mengancam kedaulatan negara.

31. 31.

By Alibabamahathir on November 14, 2008 1:59 PM

Dear Tun,

It seems that AAB inherited the Lingam tape from Dr Mahathir and it was the Lingam tape that gives the general public impetus to reject Umno and BN in GE 2008.

The root cause of the peralihan kuasa problem is the precedent set in late eighties for no contest rule for top two posts initiated by Tun Dr Mahathir so again Tun is at fault.

So now the wanita also set no contest in top two posts. Fish rot from head. now rot at the body and fins. God Save Malaysia.

Sex DVD starring Soi Lek won erection in MCA but president kciked his butts.

32. 32.

By Alibabamahathir on November 14, 2008 1:59 PM

Dear Tun,

Gerak-an presiden won unopposed but party not relevant anymore and embroiled in mismanagement charges.

PBB leader so old after 27 years and multiple dams again still refuse to step down because of dams

Mickey Internet Congress party president still refuse to step down after lossing parliament seat but still hang on to lay hands on the RM 50 million land eaten by Sammy Veiled.

So which party in Baris Nasi not rotting? It is clear. No one in Baris Nasi can stop the rot. I am eagerly waiting to cast my vote for GE 13 to make news. News of changing of parliament majority group.

Only after change in majority group in parliament will the rot in Baris nasi will stop.

33. 33.

By RajaChulan on November 14, 2008 1:59 PM

Dear Tun,

I am on the ground, a common man and have the grassroots feeling . By and large I can confidently say that there are so much hatred about UMNO and its leaders. The young ones especially believe that this country will be much better off without UMNO and its type of politics . There is a general feeling amongst the young (including the young Malays) that their future and that of this country have been brought to wrack and shame amongst countries in the world by half baked, wrong and short sighted policies of their government (read UMNO) the last 50 years.

When they, the young Malaysians (of all races) compare themselves with the rest of the world this clearly shows.

Believe me, this frustration and hatred for BN (read UMNO) will clearly be seen come the 13th GE.

34. 34.

By eljeha on November 14, 2008 2:00 PM

Assalamulaikum Tun,

One of the reasons that you mentioned about the downfall of UMNO/BN is corruption. To be honest, it has been a known fact for a long time that corruption is a norm amongst the party. In my area, UMNO is the elected ADUN.

Let me tell you a story. One of my family members wanted to buy a shop lot in Sri Serdang. We had to pay RM50,000 extra to buy a brand new shop from a chinese guy. Apparently the UMNO ppl are selling the bumi lots to the Indians/Chinese for as low as RM4,000!!! That what was told by an Indian friend of ours. Shocking but the truth is the very people who are supposed to help their own race actually sold their soul to the devil of CORRUPTION for a mere RM4,000 !!!

35. 35.

Another story... when the PMR result was announced, I got 8As. the UMNO Sri Serdang was generous enough to have a money/award ceremony for the excellent students. I couldn't make it to the ceremony so have asked my best friend to collect the prize for me. Yet, she was told that the money has been collected by 'someone else'. I am still wondering till today what has happened to the money and the award. I know, it's only RM80 but I had very bad impresssion about their sincerity since then.

That is why when my mother suggested to me to join the Puteri UMNO my answer is NO! I have seen and heard enough bad stories about them that I do not want to associate myself to UMNO!

AMANAH IS AMANAH, THERE IS NO REASON TO BE CORRUPTED FOR WHATEVER REASON.

See, NO ONE can rescue UMNO and/or BN UNLESS THE EXISTING MEMBERS CLEANSE THEIR SOUL AND REPENT! otherwise, they will be history.

REGARDS...

36. 36.

By Remaung Anak Naga on November 14, 2008 2:00 PM

Dear Tun,

Are you willing to show proof of those who being involved in the money politics? DS Najib seems to 'sapu abis' the support. Seems that something is not quite right there, would you agree? I am not really confident in Najib becoming our PM, not because of the accusation, but something in his eyes that tells me that something is not quite right about Najib.

Have fun and enjoy Tun. Do you play golf? I dont, you like reading dont you, suggest a book please Tun, to sharpen our mind and wise like yours.

Naga Bari

37. 37.

By hazard72 on November 14, 2008 2:02 PM

Assalamualaikum Tun.

Tarikh "Keramat" Mac, 2009 sudah pasti ditunggu oleh seluruh warga Malaysia dengan pernuh debaran. Samada ia menjadi kenyataan atau sekadar impian menggunung rakyat hanya tuhan yang tahu.

Apa yang Tun perjelaskan tentang kerosakkan keatas UMNO dan Barisan Nasional yang telah dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memang kenyataan dan realiti yang harus ditelan oleh seluruh warga UMNO dan Barisan Nasional. Keputusan Piiharaya Umum Ke 12 lalu adalah undi protes rakyat terhadap beliau, anak, menantu dan 'ass kisser' disekeliling beliau yang telah melakukan banyak kesilapan dari dasar kerajaan hinggalah kepentingan untuk rakyat.

38. 38.

Berhubung dengan pemberian kontrak keatas syarikat anak, menantu dan sanak saudara beliau tidak mahu saya pertikaikan disini kerana sistem kroni ini memang telah lama wujud dinegara kita, kalau tak silap saya dari zaman pemerintahan Tun lagi. Samada Tun sedar atau tidak ianya sememangnya sudah lama berlaku.

Sebagai contoh kecil, jika kita lihat dari segi pengagihan kontrak kerja kepada syarikat pembinaan bumiputera ketika era pemerintahan Tun jelas menunjukkan mereka-mereka ini adalah penyokong UMNO. Jika pemilik syarikat tersebut ada terlibat dengan parti pembangkang maka syarikat akan sukar untuk memperolehi kerja. Samada kaedah ini diterapkan oleh Tun sendiri atau 'ass kisser' disekeliling Tun ketika itu hanya Tun yang tahu.

Berhubung dengan isu rasuah atau politik wang pula, senarionya sama seperti diatas dimana ianya samada Tun sedar atau tidak ianya telah dizaman Tun lagi. Cuma bezanya sekarang ianya agak terbuka dan keterlaluan. Mungkin disebabkan oleh janji pilihanraya Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya untuk menghapuskan rasuah habis-habisan yang akhirnya memakan diri beliau sendiri.

39. 39.

Perlu diingat orang politik pertama (sila perbetulkan jika saya silap) yang telah dikenakan hukuman disebabkan oleh politik wang pada pemerintahan Dato Seri Abdullah Ahamd Badawi adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Dato Seri Utama Mohd. Isa.

Pada pandangan saya hukuman tersebut dijatuhkan adalah bagi membolehkan menantu kesayangan beliau En Khairy Jamaludin untuk mendapat tapak di Negeri Sembilan. Nah dengan begitu mudah En Khairy Jamaludin menjadi Ahli Parlimen Rembau.

Kesimpulannya Dato Seri Najib sememangnya mempunyai tugas yang amat berat bagi memperbetulkan banyak perkara yang telah dirosakkan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kuncu-kuncunya. Itupun kalau peralihan kuasa pada Mac 2009 benar-benar menjadi kenyataan.

Bukan niat saya untuk menghina Tun, tetapi apa yang saya nyatakan diatas berhubung dengan isu kroni dan politik wang adalah dari pengamatan dan pengalaman saya sendiri. Maaf dipohon sekiranya Tun tersinggung.

Sekian Wasallam.

HAZARD72 Seremban 141108 2:02pm

40. 40.

By Rosnah on November 14, 2008 2:03 PM

Asalamualaikum Tun,

Saya tertunggu-tunggu komen terbaru dari Tun. Sudah 3 hari berlalu tanpa komen dari Tun. Saya berasa hampa setiap kali membuka blog Tun kerana tiada komen terbaru. Hari ini Tun mengembirakan hari saya.

Mengenai rasuah dalam UMNO ini, ianya berlaku dalam banyak bentuk. Ianya bukan wang ringgit sahaja. Rasuah juga boleh diberi dalam bentu budi kerana jika terlalu banyak makan budi, makan akan tergadailah maruah sendiri. Contoh yg terdekat ialah sewaktu mesyuarat Bahagian Johor Bahru. Beberapa minggu sebelum mesyuarat semua perwakilan di pangil menghadiri Pra-mesyuarat Bahagian. Ini adalah untuk mencatat apa-apa soalan yang bakal dibawa ke Mesyuarat Bahagian nanti. Tapi yang pentingnya, pra-mesyuarat itu membawa amanat Ketua Bahagian yang mahu hanya calun yang ditetapkan saja untuk dicalunkan sebagai Tim. Presiden. Oleh yang demikian, Bahagian Johor Bahru telah tidak mencalunkan orang Johor sendiri untuk menjadi Tim Presiden. Orang yang tidak dicalunkan itu bukan calan-calangorang. Dia pernah menabur bakti di Johor semasa menjadi Menteri Besar Johor. Tapi oleh kerana Dato Ketua Bahagian kita telah termakan budi dan dirasuah dengan jawatan Menteri, maka dia bukan saja terpaksa mengadai bodynya, bahkan dia juga terpaksa mengadai maruah dan kemahuan ahli-ahli diperingkat cawangan.

41. 41.

Siapa kata PM kita mengantuk dan bodoh. Dia adalah orang yang paling pandai sekali. DIa pandai menyusun strategi. Dia sudah merasuah ramai orang yang tidak berkebolehan dengan menjadikan mereka menteri. Hasilnya, dia dapat kumpul sokongan yang tidak berbelah bagi. Dia nampak saja tidur, tapi otaknya bergerak memikirkan apakah strategi seterusnya.

Saya sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat perubahan dalam negara Malaysia ini. Menteri yang ada sekarang ini terlalu anggkuh dan sombong. Mereka bekerja untuk wang.

Semuga Tun dipinjamkan usia dan akal fikiran yang sihat supaya PM baru dapat merujuk kepada Tun untuk penyelesaian masalah yang akan dihadapi. Amin.

By che set on November 14, 2008 2:05 PM

Salam sejahtera Tun sekeluarga yang dikasihi, juga untuk semua pejuang Che Det.

Sejak pilihanraya lepas, saya sebagai seorang Melayu mengalami satu perasaan terancam yang amat sangat.Tidak pernah mengalaminya sebelum ini disepanjang hayat.Apabila budaya ilmu dan kebijaksanaan itu di tolak dan dikhianati, maka manusia akan kembali kepada penyelesaian masalah secara tidak bertamadun.Sebagai seorang Melayu nyawa sanggup saya gadaikan demi keselamatan bangsa.Saya percaya ramai lagi pejuang bangsa ada di bumi tercinta ini. Musuh utama negara kini adalah golongan intelek, cuba fikirkan siapa mereka ini?Mereka inilah yang mewujudkan keadaan tidak selamat itu.Pak Lah adalah 'bapa' kepada keadaan ini yang membawa kepada penolakan oleh rakyat melalui pilihanraya lepas.Sebarang usaha oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya untuk terus berkuasa hanya akan membawa negara menuju kehancuran.Ayuh Pak Lah!Teruskan niat terbaik anda.

42. 42.

By SkiLL on November 14, 2008 2:06 PM

Salam Tun,

Saya setuju dengan analisa Tun tentang

1. Punca-punca kemerosotan UMNO dan BN. 2. Kelemahan kepimpinan Pak Lah dan kesannya kepada negara. 3. Masalah politik wang dalam UMNO dan kesannya di Pilihanraya akan datang.

Para ahli dan pemimpin UMNO patut menggesa Pak Lah untuk berundur dengan lebih cepat.

Kalau Pak Lah masih pegang jawatan Presiden UMNO/BN selagi itu, proses pemulihan tidak boleh bermula.

43. 43.

Kelemahan kepimpinan Pak Lah telah memberi laluan kepada pemimpin dan ahli UMNO lain mengambil kesempatan untuk mendapat kontrak etc. Masalah politik wang pun mula berleluasa di bawah kepimpinan beliau.

Amatlah sedih untuk kaum bangsa Melayu/Malaysia jikalau undi kita boleh dibeli dengan harga beberapa ringgit saja dan seluruh masa depan anak cucu kita digadaikan begitu saja.

UMNO sekarang mesti mula memilih pemimpin yang benar benar berkaliber dan mempunyai ciri pentingkan rakyat dan bukan pemimpin yang mahu cepat kaya/berkuasa.

Jikalau UMNO gagal untuk memperbetulkan dirinya sendiri dan membiarkan korupsi berleluasa dalam parti, mungkin ada baiknya untuk Malaysia jikalau pembangkang yang memerintah negara.

44. 44.

The end…..