PENCALONAN UMNO
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

PENCALONAN UMNO

on

  • 1,383 views

Posted by Dr. Mahathir Mohamad on November 19, 2008 3:31 PM

Posted by Dr. Mahathir Mohamad on November 19, 2008 3:31 PM

Statistics

Views

Total Views
1,383
Views on SlideShare
1,382
Embed Views
1

Actions

Likes
0
Downloads
26
Comments
0

1 Embed 1

http://www.slideshare.net 1

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

PENCALONAN UMNO PENCALONAN UMNO Presentation Transcript

    • Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 19, 2008 3:31 PM
  • 1. Selesailah sudah mesyuarat bahagian-bahagian UMNO untuk memilih kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian serta pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi Parti. 2. Sistem kuota masih berkuat-kuasa dan pemerhati mengikuti jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon-calon tertentu dalam media samada mereka memenuhi kuota atau tidak. 3. Tetapi berita utama bukanlah berkenaan dengan layak atau tidak layak calon-calon. Berita utama ialah berkenaan dengan kegunaan wang sogokan oleh calon-calon tertentu. Di zaman keterbukaan yang dijunjung oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sogokan wang juga dibuat secara semakin terbuka.
  • 4. Agen-agen calon secara terbuka memberi wang sogokan kepada jawatankuasa bahagian dan wakil ke mesyuarat bahagian. Agen-agen ini tidak segan-segan menyebut nama calon yang membekal wang. Mereka menunggu semasa mengundi untuk mengetahui siapa undi siapa. 5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding. 6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.
  • 7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding. 8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan. 9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.
  • 10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu. 11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah? 12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan. 13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.
  • 14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku. 15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.
  • 16. Parti lawan juga turut lihat pendedahan keburukan UMNO dan mereka berdiam diri. Lebih buruk kelakuan orang UMNO lebih baik bagi parti lawan. Kemungkinan mereka menang menjadi lebih cerah apabila UMNO menjadi lebih kotor dan dipandang jijik oleh pengundi. 17. Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia UMNO telah tolak UMNO hanya kerana pucuk pimpinan UMNO yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bemacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati, undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi UMNO dan BN yang menjadi mangsa.
  • 18. Kali ini penolakan UMNO dan Barisan Nasional oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka, Melayu, Cina dan India, memandang jijik keseluruhan UMNO itu sendiri. Dengan mengetahui UMNO terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah decalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon UMNO? Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN.
  • 19. Dahulu ramai berpendapat jika dapat tempat dalam UMNO banyak peluang dan keuntungan akan diperolehi. Ada yang akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan gelaran-gelaran Tan Sri, Dato dan sebagainya. Yang lain akan dapat kontrak, atau jadi pengarah dan mendapat pendapatan lumayan. 20. Kenapa tidak? UMNO tetap menang dan jadi Kerajaan. 21. Tetapi kerana kelakuan buruk ahli dan pemimpin UMNO kali ini besar kemungkinan BN dan UMNO akan kalah. Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini. Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam UMNO tidak akan dapat menjadi Mentri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang. 22. Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah.
  • 23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka. 24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO. 25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.
  • 26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya? 27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza. 28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa. 29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one" . Dan UMNO akan kalah.
  • 376 Comments By longjaafar on November 19, 2008 3:48 PM Daripada mana kah mereka mendapati duit yang berjuta juta ini? Ada kah kemungkinan "dua kali rasuah", iaitu mereka mendapat duit dari rasuah, dan menggunakan duit itu untuk merasuahkan ahli ahli parti mereka sendiri. By aidaariff on November 19, 2008 3:48 PM what a world we live in. diminish abdullah,tun ur the only hopes to make it change. the change has to come.
  • By Resah08 on November 19, 2008 4:00 PM Assalamualaikum Tun, Tun, apa yang boleh kami lakukan untuk memperbaiki keadaan? Analisis Tun merisaukan saya, Salam untuk Tun berdua By tunku_anuar on November 19, 2008 4:01 PM Salam, TUN, Bolehkah Tun huraikan sedikit mengenai PPE projek di Malaysia mahupun di luar negara. Dimana asas/dasar yang tulen dan juga perkembangannya. Terima kasih.
  • By Han Solo on November 19, 2008 4:03 PM Dearest Tun, In a socialist party like UMNO, the rich keeps getting richer, the poor keeps getting poorer. ACA does not exist in Malaysia. It's just a puppetry act. UMNO with new president or not, it is always square and always will be. http://wtfmalaysiangovernment.blogspot.com/ By ghondoruwo on November 19, 2008 4:04 PM Salam Tun, Thanks for the time to continue penning your thoughts. It seems to me that this money politics in UMNO is not new. I heard about it when I started reading newspaper during my schooling time. I'm almost 40 now & I have not seen any sign of hope that this money politics will end soon. Maybe the end of UMNO is getting nearer.
  • By amran1975 on November 19, 2008 4:04 PM Assalamualaikum yang di hormati Tun, memang benar apa yang dikatakan. UMNO perlu membuat peralihan paradigma untuk membentuk parti yang lebih kuat. Apa yang di mahukan rakyat ialah UMNO yang jujur berjuang untuk Agama, bangsa dan negara. Rukunegara yang termaktub dalam perlembagaan hendaklah dipatuhi dan dihormati. Adalah perlu untuk menghapuskan UMNO dari gejala negatif pemimpin-pemimpin yang ada yang mementingkan kepentingan diri dan kroni-kroninya sahaja. keruntuhan UMNO adalah berpunca dari sikap pemimpinnya yang terlalu mementingkan hawa nafsu mereka tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat yang melantik mereka melalui undi. UMNO harus terbuka dan tidak sombong. Harus tegas bukan kejam. Harus adil bukan rasuah. harus jujur bukan penipu.Menggunakan kuasa dengan betul bukan menyalahgunakannya. Pemimpin UMNO juga harus menjadikan Islam sebagai cara hidup bukannya Islam kerana dilahirkan Islam tetapi Islam yang sebenar. Insyaallah moraliti, kejujuran, keadilan akan terserlah.Janganlah menjadi virus yang membunuh dari dalam dengan senyap.
  • DEPUTY YOUTH : Datuk Razali Ibrahim VICE PRESIDENTS (Assuming 3 positions) : (1) Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (2) Datuk Shafie Apdal (3) Datuk Dr. Rais Yatim By anakjati on November 19, 2008 4:10 PM Tun, This is truly an excellent piece. Dead center. anakjati. By protunmahathir on November 19, 2008 4:12 PM Assalamualaikun Tun yang dihormati.. mungkin sebab ini Pak Lah minta supaya pemilihan dijalankan pada bulan Mac tahun depan.. iaitu utk menguatkan proksi2 Pak Lah melalui politik wang.. walaupun proksi2 Pak Lah cuma dapat pencalonan yang cukup2 makan.. tetapi tempoh 5 bulan macam2 perkara boleh berlaku.. tak mustahil walaupun calon pilihan yang popular boleh tewas pada kepada mereka yang cukup2 makan ni.. sekiranya KJ serta kuncu2nya memenangi pemilihan UMNO yg akan datang, saya yakin undi saya tidak akan kembali kepada BN..
  • By kokoi on November 19, 2008 4:05 PM Salam Tun. Tah apa nak jadi dengan UMNO ni tak tahu laa.. By Yahya Khan on November 19, 2008 4:10 PM Salaam Tun, This is to urge all UMNO delegates to choose the right candidates in the party polls as per below: UMNO PRESIDENT : Datuk Seri Najib Tun Razak DEPUTY PRESIDENT : Tan Sri Muhyiddin Yassin WANITA UMNO CHIEF : Tan Sri Rafidah Aziz DEPUTY WANITA : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil UMNO YOUTH CHIEF : Datuk Mukhriz Tun Mahathir
  • By Bai on November 19, 2008 4:13 PM Dear Tun, Semoga peralihan kuasa dapat dipercepatkan dan akan membawa perubahan yang diharapkan jika tidak Pilihanraya Umum ke-13 akan menjadi buktinya yang rakyat dahagakan perubahan dan bosan dengan amalan rasuah yang diamalkan sekarang. By House of light on November 19, 2008 4:13 PM Salam tun sekeluarga, Benar belaka semua seperti dikata. Rasanya sudah menjadi lumrah pada ahli UMNO. Ramai telah menukar makna RASUAH kepada ganjaran,Bonus dan lain ikut bahagian. Ingatlah semua ini sebanarnya melemahkan UMNO malah lebih dahsyat lagi orang melayu.Kenapa? Semua ini permainan yang bahaya, politik malaysia mudah dibaca. saya cadangkan agar tak perlu hantar rakyat pergi belajar sampai keluar negeri kerna akhirnya wang jadi taruhan dan umpanan dalam mengejar apa yang dicita. Kami sedih bagi yang benar ingin membantu rakyat terutama bangsa melayu ditolak malah dicaci pula kerna tiada 'isi'.pepatah mengatakan 'bagai isi lupakan kulit'. Isu ini lama terpalit pada UMNO cuma sekarang lebih berbau kerna najisnya sudah kering.
  • By malaysiaku on November 19, 2008 4:13 PM Salam Tun, Kata Mat Salleh,"Correct,Correct....Correct" Kata Malaysia Salleh,"Korek,Korek...Korek" Only GOD can save Malaysia from corrupted and power hungry UMNO's. By wisdom67 on November 19, 2008 4:15 PM Akum Tun, Saya yakin Presiden Umno akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU 13 begitu juga pemimpin2 BN yg lain. Saya harap Parti Pakatan buat postmotem contohnya rasuah pemimpin2 UMNO sekarang seperti Pak Lah, si mangkuk Sharil Samad dll
  • By barmember on November 19, 2008 4:18 PM Dear Tun, I have asked this before but there was no answer from Tun. Since money politics have been around in UMNO even during your time..why didn't Tun seriously tackle the problem then and expose the culprits? I appreciate your answer..otherwise people can always say that even yourself didn't do anything about it, more so during Pak Lah time. By Fatimah@Kerala on November 19, 2008 4:20 PM Salam Tun, A very good statement. The new leader (new PM) should understood your remarks. Harap rakyat malaysia mendapat pemimpin yang terbaik ke atas mandat yang telah diberikan seperti rakyat Amerika mendapat penganti sebagaimana yang mereka inginkan dan seluruh dunia harapkan. Wassalam Fatimah
  • By karipap4u on November 19, 2008 4:21 PM kawe tak nak pak lah (bapak kehancuran malaysia). By syed syahril on November 19, 2008 4:22 PM saya setuju degan komentar tun kerana saya perhatikan terutamanya untuk jawatan timbalan presiden dan ketua pemuda calon pada awalnya seperti boleh menang tanpa bertanding tapi tiba2 memperolehi pencalonan yg mencukupi untuk bertanding!tun, saya pemuda berusia 25 tahun dan amat kagum dgn kepimpinan tun ketika di bangku sekolah, saya berminat untuk menceburi diri dalam bidang politik tetapi politik hari ini amat mendukacitakan walaupun umno ataupun pembangkang, perjuangan tidak jelas cuma untuk mengkayakan org2 tertentu! diharap politik tanah air akan pulih untuk keamanan rakyat malaysia khasnya!
  • By protunmahathir on November 19, 2008 4:24 PM Assalamualaikun Tun yang dihormati.. saya sendiri kurang faham.. bagaimana budaya perlihan kuasa boleh terjadi didalam UMNO.. presiden, ketua wanita boleh mewariskan jawatan mereka kepada pengganti yang mereka suka.. seolah2 parti ini adalah milik mereka.. kemelut yg berlaku pada wanita UMNO sungguh memualkan serta menimbulkan rasa benci rakyat kepada UMNO.. apakah hak ketua wanita untuk mewariskan kuasanya pada timbalannya.. semua ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal.. sekiranya cukup pencalonan teruskan lawan.. bukan mengkhianati pencalonan yang dibuat oleh akar umbi.. inilah UMNO baru yang telah rosak dikerjakan oleh Pak Lah and the gang
  • By Neil on November 19, 2008 4:25 PM Tun, 1,Why is umno so racist? 2,Why umno treated component parties like dogs? 3,Why umno is so eager to promote Ketunan Melayu? 4,Why is umno a race based party? 5,And why umno called the chinese 'squatters'? Can you answer all these questions?
  • This is why…..
  • This is why…..
  • This is why…..
  • This is why…..
  • By Norhisham on November 19, 2008 4:26 PM Salam Tun, Harap Tun sekeluarga sihat dalam peliharaan Allah SWT sentiasa. Pertanyaan dari saya untuk Tun: Apa komen Tun tentang insentif PLUS Expressways Berhad hari ini? Pada saya sekadar kata orang "Jangan takada". Tak menolong langsung pun pada rakyat. Saya dah bosan dengan pemimpin2 BN yang banyak memperbodohkan rakyat dengan kata-kata or idea yang dah basi. Itu sebabnya ramai yang terpaksa mengundi pembangkang seperti kata Tun bukannya pasal nak undi pembangkang pun. Tapi hanya itu saja cara rakyat nak menunjukkan rasa tak puas hati kepada kepimpinan yang ada sekarang ni. Betulkah perjanjian kerajaan dengan pengusaha Lebuhraya yang dibuat dalam masa zaman Tun dulu kerajaan tidak dapat memperbetulkan keadaan dengan kadar tol yang semakin meningkat dan membebankan rakyat? Saya sedih dengan apa yang berlaku pada BN dan UMNO khasnya, tapi apakan daya pemimpin2 dalam UMNO sekarang ni masih tidak peka dengan kehendak rakyat dan berfikir dengan lebih jauh ke hadapan. Saya berdoa pemimpin2 kita yang ada sekarang ni dapat berubah dan kembali ke landasan agama, InsyaAllah jika kita jadi yang berkhidmat dan menjaga amanah Allah negara kita akan bertambah maju dan rakyat tidak merana..
  • By kruel74 on November 19, 2008 4:26 PM Tun, UMNO tak perlu berubah kerana perjuangannya sama sahaja sejak dulu. Yang perlu berubah mungkin orang-orangnya tetapi ke arah mana? kena ada kompas baru agaknya By thlong on November 19, 2008 4:27 PM Assalamualaikum TUN Sangat2 bersetuju dengan point no 14 & 15 14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.
  • 15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah. - dalam parti pun sudah rasuah, apatalah lagi dalam pentadbiran negara?? - pemimpin parti dari setinggi-tinggi hingga serendah-rendah pun sudah rasuah, apatalah lagi pemimpin2 negara? - kalau macam nilah berterusan, tak mustahil lah satu hari nanti negara pun tergadai. - tu pun jangan.. nasihat rakyat/pentadbiran awam/orang ramai supaya jangan rasuah konon.. - Kasihan datuk nenek moyang kita & kasihan juga anak cucu kita.. - Inilah MALAYsia tanah air ku
  • By Alibabamahathir on November 19, 2008 4:28 PM Dearest Tun Dr Mahathir, I suka baca Tun punya snipet. Sungguh aksi. Saya harap BN kalah dalam GE 13 in 2012. Itu saja harapan yang ada supaya Malaysia the bersihkan. Macam mana? When BN lose in 2012, all the briber (rasuah-er) will be kicked by the bribee (rasuash-ee) because without power they cannot give contracts to the rasuah-ees. Then, we shall see "hantu hantam hantu." Then naturally the perasuah will be removed. No more sweep under carpet. PAC boss will be sacked and the investigation on helicopter, submarine, Port Klang, etc. can start. Thank god Umno money politics will assure of political cleansing in 2012.
  • By aziz ishak on November 19, 2008 4:28 PM Assalamualaikum Tun. Paklah akan letak jawatan pada awal tahun depan di gantikan dengan Dato seri Najib pada masa ekonomi yg akan merudum pada pertengahan tahun depan. Mungkin nama Umno dan BN akan pulih sedikit jika ekonomi terkawal. Mungkin background pemimpin masa hadapan perlu dari bidang proffesional macam Tun supaya lebih beretika sedikit. Sikap keterbukaan menyebabkan rakyat boleh mengkritik sesuka hati sampai ape menteri nak buat pun mereka nak tahu detail,perkara ini perlu di hentikan. Semoga Umno dapat dipulihkan dan dapat mengekalkan hak-hak orang melayu. Terima Kasih aziz ishak
  • By Iraman Hj Karim on November 19, 2008 4:29 PM Salam Tun, Bukannya macam tu seharusnya apa yang Tun perkatakan. Tun harus panggil pemimpin utama dalam UMNO berbahas dengan mereka apa yang harus dibuat agar masalah kebencian masyarakat Malaysia terhadap UMNO dapat dikikis. 2. Ini seolah Tun marahkan nyamuk, kelambu Tun bakar. Marah kepada Pak Lah dan KJ, UMNO yang menerima akibatnya. Sama seperti satu ketika dulu apabila Tun dinyahkan drp UMNO oleh Tengku Abd. Rahman Putra Al-Haj, Tun berceramah di Flatform PAS. 3. Mengenai dengan perbuatan KJ, sepatutnya Tun mengurangkan taring suara Tun kerana perkara sedemikian banyak dilakukan sama oleh anak-anak dan ipar duai Tun ketika Tun menjadi PM dulu. Tun sendiri banyak diperkatakan seperti MAHAFIRUN oleh segelintir Blogger's yang sekarang ini ramai diantaranya memuji Tun dengan hebat sekali. Apakah jikalau Tun masih memegang jawatan PM, blogger's tersebut akan memuji Tun atau sebaliknya meneruskan anggapan Tun seperti MAHAFIRUN itu?
  • 4. Tun memegang PM selama 22 tahun sedangkan Pak Lah baru je 5 tahun. Dalam tempuh yang lama, tentulah Tun mempunyai banyak waktu dan kaedah untuk mengembalikan maruah tercemar. Begitu banyak perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat semasa Tun menjadi PM dulu. Tun tentu sedar. 5. Bukan maksud saya untuk menghina Yang Berbahagia Tun, tetapi sekadar merayu agar cukup-cukuplah tu menghina Pak Lah. Tak kemana, bulan Mac 2009 Pak Lah akan berundur sepenuhnya. Saya sangat berharap, jika Pak Najib tidak menurut "perintah Tun", ketika itu nanti, janganlah pula Pak Najib menjadi lanyakkan Tun pula. Mereka mempunyai cara dan methodologi tersendiri untuk memerintah negara. Tentunya tidak sama dengan cara dan kaedah Tun. Mungkin antaranya mereka takut mendapat gelaran Mahafiraun.
  • 6. Kenapa Tun sesenangnya menghina UMNO? Apakah perjuangan melayu sudah selesai? Kalau ia bagai dikata oleh sesetengah penulis blog, yang berkata itu semua taktik Tun untuk memprovokasi masyarakat melayu supaya sentiasa sedar kepada perjuangan bangsa, agama dan negara, kenakah dengan cara begini. Saya merasakan cara Tun ini akan melemahkan semangat pejuang-pejuang bangsa. Kerana Tun adalah seorang yang sangat berpengaruh. Mereka akan menganggap kata-kata Tun sesuatu yang benar dan mereka akan mengikut maksud lurus dari kata-kata Tun. Jika Tun kata UMNO akan hancur, maka kepada mereka kata-kata tersebut betul dan akibatnya bertempiaranlah mereka lari ke PKR maupun PAS. Sebabnya adalah Tun kata UMNO akan hancur.
  • By sadder star on November 19, 2008 4:29 PM i agree 100%ly ! By kayasim on November 19, 2008 4:30 PM jika ini berterusan ,bpr dan badan disiplin umno akan dipandang sepi By ZUL on November 19, 2008 4:30 PM ASSALAMMUALAIKUM, ADAKAH TPM BAKAL PM SEORANG YANG JUJUR? SY BANGGA MENGENALI ANDA, TERIMA KASIH ATAS JASA YANG DI TABURKAN.
  • By ikhlas on November 19, 2008 4:31 PM Salam Tun, Saya berdoa semoga akan muncullah seorang pemimpin yang jujur, ikhlas dan amanah untuk meneruskan perjuangan UMNO dan BN dalam memartabatkan bangsa, agama dan seluruh rakyat berbilang kaum Malaysia. Kekayaan dan harta bumi Malaysia hendaklah sampai ke tangan setiap rakyat Malaysia. Rasanya amalan keterbukaan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin sekarang benar-benar membuka dan terbuka segala pekung di dada. Akibatnya rakyat yang kacau-bilau dan merana. Mereka yang di atas diulit segala kemewahan. Rakyat yang dibawah disuruh mencatu segala perbelanjaan (belanja dengan berhemah konon..) dengan pendapatan yang sekadar cukup melunaskan segala perbelanjaan bulanan. Inilah Malaysia... Semoga Tun sentiasa sihat untuk terus berkarya. Terima kasih.
  • By ZUL on November 19, 2008 4:31 PM ASSALAMMUALAIKUM, ADAKAH TPM BAKAL PM SEORANG YANG JUJUR? SY BANGGA MENGENALI ANDA, TERIMA KASIH ATAS JASA YANG DI TABURKAN. By Falcon on November 19, 2008 4:32 PM Salam Tun, Saya berpendapat isu kepimpinan ini mestilah diselesaikan secara adil dan bijaksana. Ambil sirah nabawiyah sebagai contoh di mana Rasulullah S.A.W tidak terburu-buru menamakan pengganti baginda, di mana hal ini memperlihatkan kebijaksanaan baginda tidak mahu melihat keadaan yang memecahkan-belahkan umat Islam pada zaman itu. Malah selepas kewafatan baginda, umat Islam bersatu dan berpuas hati dengan Majlis Syura yang dibentuk dalam usaha mencari pemimpin umat Islam. Bagi saya, Allah dan Rasulullah sudah pun memberi tunjuk ajar kepada seluruh alam ini tentang bagaimana cara terbaik untuk memilih pemimpin yang beriman dan budiman. Semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus kepada bakal pemimpin negara kita. Amin.
  • By FatimPJ on November 19, 2008 4:33 PM Assalam. TUN, Saya sangat bersedih hati melihat perkembangan UMNO semasa ini. Sekiranya arwah bapa saya masih ada tentunya beliau juga amat bersedih hati. Ini adalah kerana UMNO sudah menjadi darah daging bagi orang melayu kita khususnya. Kelemahan UMNO dan kehilangan harga diri serta jatidiri UMNO dan Melayu amat-amat membimbangkan... Bagaimanakah ini dapat dipulihkan? Tidakkah dalam jumlah ahli UMNO yang ramai itu tidak ada yang mempunyai patriotism lagi? Apakah semuanya hanya berlandaskan wang semata-mata? Tidak mungkinkah langsung ada yang sanggup bangun untuk memperbetulkan keadaan ini? TUN, saya percaya TUN tidak akan membiarkan keadaan ini berlarutan. Sebenarnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TUN di atas keperihatinan TUN dan semangat patriotism TUN yang tinggi kerana di usia emas ini TUN masih lagi sanggup berjuang dan berjuang bagi kebaikan semua rakyat MALAYSIA. Saya sungguh berbangga dan sanggup berdiri di belakang TUN di dalam perjuangan ini. Semuga Allah memberkati usaha kita ini...AMIN. Terima kasih TUN.
  • By ridzuan on November 19, 2008 4:34 PM Assalamualaikum ayahanda Tun, Bagi saya, sejak mula lagi perlantikan DSAAB sudah dijangkakan akan berlaku begini. Terlalu sukar untuk melarikan diri daripada bayang-bayang ayahanda Tun. Segala yang DSAAB cuba lakukan, lebih kepada ketua yang tidak mempunyai halatuju yang jelas. Saya tidak pasti adakah saya tersalah menilai dan terlalu kasar dengan dakwaan sebegitu. Cuma apa yang saya mampu katakan... sejak DSAAB mengambil alih, terlalu banyak yang menjadi 'worst'. Isu Singapura, minyak, ekonomi, Islam hadhari, Masjid kristal dan pelbagai lagi. Tidak nampak langsung sebarang motif yang boleh dibanggakan. Seperti yang Tun katakan, perlukan ketua yang boleh memimpin untuk keadaan jadi lebih baik, saya pun berharap sedemikian. By brasco on November 19, 2008 4:36 PM Itulah hakikatnya yang akan terjadi.Apa yang Tun cakap itu benar sama sekali.Apabila umno dipimpin oleh seorang pemimpin melayu yg sangatlemah dari segala segi,pengecut dgn singapura,tidak berpandangan jauh,bodoh dan tak tau nak ckap bnyak lagi.Amat2 diharapkan yg menggantikan si bodoh itu nanti,ada ciri2 cara n gaya mcmna Tun jd PM dulu.Dan tun menjadi penasihat untuk negara.Diharapkan juga Dato Mukhriz menang nanti ketua pemuda mengalahkan budak hitam si mata stimm itu.klu budak hitam tu menang alamatnya malaysia dlm bahaya.tak silap haribulan malaysia pun dia jual kat Singapura n U.S. .
  • By MalayJessyJames on November 19, 2008 4:36 PM Tun, In other word, money crunch will happen to UMNO. Sama la dgn ape yg berlaku kt US sekarang. and it will happen samething to UMNO. By zol dabat on November 19, 2008 4:37 PM assalamualaikum kpd TUN i have 1 question for you... from your experience in politics and u yourself knowing personally the PM in waiting,DATO NAJIB, do you u think he can bring in new changes and revive UMNO???? By iezaLiz on November 19, 2008 4:41 PM Do right things rather than do things right. Pk2 kan lah.
  • By al_hairil on November 19, 2008 4:41 PM Assalamualaikum Tun, 1. Bila saya membaca artikel kali ini, nampak betapa besar dan beratnya dendam Tun pada Abdullah, PM lantikan Tun sendiri. 2. Tun menulis seolah-olah calon TPM (Timbalan Presiden UMNO) Muhammad Mohd Taib dan Ali Rustam itu mendapat pencalonan kerana merasuah. Begitu juga dengan calon-calon Naib Presiden seperti Isa Samad, Rais Yatim dan lain-lain juga mendapat pencalonan kerana merasuah. 3. Saya rasa Tun lebih arif, kerana ini parti yang Tun pimpin selama 22 tahun. Kenapa tidak Tun sebutkan saja nama-nama mereka yang merasuah dan nama-nama mereka yang Tun nampak bersih. Sekurang-kurangnya kami rakyat tak perlu berteka teki ? 4. Ataupun apakata Tun tubuhkan parti "UMNO yang lebih Baru" menggantikan "UMNO Baru" yang Tun tubuhkan serta tarik mereka-meraka dari parti "UMNO Baru" yang Tun rasa benar-benar memperjuangkan Agama, Bangsa dan negara, sambil menarik MCA, GERAKAN dan MIC untuk turut sama serta dalam perjuangan Tun kali ini. Jika ini terjadi, saya rasa senario politik tanahair akan lebih menarik. Bagaimana Tun?
  • By fawz on November 19, 2008 4:43 PM Salam Tun, Kali ini Tun dengan terang menyentuh soal perangai buruk orang2 UMNO! Sebenar-nya sudah lama dah perangai buruk ini wujud, hanya sekarang ia-nya sudah samapai ke kemuncak. Memang berat, payah untuk memulihkan UMNO, didalam BN pula ada "time-bomb" bila2 masa saja MCA akan mengundurkan diri, setelah itu hancurlah BN. Orang2 Melayu & kaum Bumiputra bersiap-siaplah untuk menyambut era baru politik Malaysian, Malaysia dimana kaum yang kuat ekonomi akan mempunyai lebih banyak pengaruh, topkoh Melayu & Bumiputra akan dibeli, kalaupun Melayu menjadi Perdana Menteri, beliau akan hanya menjadi patong (puppet) sahaja. Sekian, Terima kasih (Mohon ma'af kalau menyinggung perasaan sesiapa).
  • By Jebat on November 19, 2008 4:43 PM Assalamualaikum Tun, Rasuah dikalangan peminpin UMNO menang telah menjadi darah daging mereka. Apakah Tun fikir ianya boleh dibuang begitu sahaja. Ini soal sikap dan ianya boleh dalam UMNO. Jika dalam UMNO rasuah tidak boleh maka ianya tidak akan berlaku. Pendek kata, jika UMNO bersih dari penerima rasuah atau perasuah maka UMNO tidak akan wujud lagi kini. Dengan amalan rasuah lah UMNO masih boleh bertahan. Ini hakikat yang Tun sendiri tahu. Apakan daya jika 80% dikalangan ahli dan pemimpin UMNO mahu dan suka akan rasuah. Cuma 20% atau kurang yang kata rasuah dalam UMNO itu kotor. Semua yang menjadi ahli UMNO sedar bahawa rasuah adalah darah daging UMNO. TANPA RASUAH...APALAH UMNO.
  • By Jebat on November 19, 2008 4:43 PM Assalamualaikum Tun, Rasuah dikalangan peminpin UMNO menang telah menjadi darah daging mereka. Apakah Tun fikir ianya boleh dibuang begitu sahaja. Ini soal sikap dan ianya boleh dalam UMNO. Jika dalam UMNO rasuah tidak boleh maka ianya tidak akan berlaku. Pendek kata, jika UMNO bersih dari penerima rasuah atau perasuah maka UMNO tidak akan wujud lagi kini. Dengan amalan rasuah lah UMNO masih boleh bertahan. Ini hakikat yang Tun sendiri tahu. Apakan daya jika 80% dikalangan ahli dan pemimpin UMNO mahu dan suka akan rasuah. Cuma 20% atau kurang yang kata rasuah dalam UMNO itu kotor. Semua yang menjadi ahli UMNO sedar bahawa rasuah adalah darah daging UMNO. TANPA RASUAH...APALAH UMNO.
  • By sharlia on November 19, 2008 4:44 PM first time saya nak bagi komen... tapi tak panjang... segala yang berkaitan dengan UMNO amat menyedihkan saya.. zaman kegemilangan UMNO dah hancur.. By Nothing but wind on November 19, 2008 4:46 PM Dear Dr M The political chess game played by both Rafidah and Sharizat is very unpredictable and it is full of suspense. This clearly shows both of them match ( if not surpass) the political maturity of their male counterpart. It looks as though Rafidah's strategy is to ensure that her supporters' stake is protected after the transition exercise. On the other hand, it looks as though Sharizat feels, if initial transition date is followed, then anything can happen against her. However, it quite amusing to note that at the 1st minute they shake hands and declare that the initial transition date is followed and in the second minute Sharizat that the transition date to be brought forward to March. She further stated that if otherwise, then, she will challenge Rafidah for the Wanita top post in March UMNO General Assembly.
  • By MKM on November 19, 2008 4:46 PM Good Afternoon TUN, Sometimes i wonder when will this corruption end?.Is it because our system in UMNO or is just a (Malay Thing).No offence to the Malays,but what i am thinking is that most of our UMNO members are Malays,and when in comes to every Election they will certainly have corruption.I think you said it right TUN,the malays are very forgetfull (Melayu Mudah Lupa).All they think is the benefict of their own pockets and they don't give a damn thing about the country,race nor religion.It is a sad situation of what is happening right now in UMNO.I hope candidates like KJ or that cannot Understand English (Mohammad Taib) won't win any position in the next UMNO General Assembly.This jokers have corruption written in all their faces.Everbody know that these jokers have a bad records in their past and people will gave no respect to UMNO if the next general assembly elect this retarded morons. You're views are right on the spot TUN.Please dont stop.Keep on posting.Long Live Chedet. Now Playing : Metallica (And Justice for All)
  • By koroknguh on November 19, 2008 4:46 PM Salam Tun Tuan betul. UMNO akan di kafankan pada PRU 13...Amin By nikalwei on November 19, 2008 4:46 PM salam tun sesungguhnya amalan rasuah sudah menjadi lumrah dlam UMNO. susah sangat nak diubati... semua orang nampak, semua orang tahu tapi pakat2 buat tak nampak dan tak tahu... By hasanjvc on November 19, 2008 4:47 PM salam TUN, saya menghormati pandangan TUN. Semoga UMNO menuju ke arah yang lebih baik. Insyallah amin
  • By pagartop on November 19, 2008 4:48 PM KOI MELUAT KAT UMNO.. By dussa on November 19, 2008 4:49 PM salam Tun... Rasuah mesti dibenteras...bermula dari atas... yang bawah2 ni anak2 ayam je... yang jerung lepas...apa nak jadi... walau 2 kali laporan BPR dibuat namun masih tiada tindakan... takut hilang jawatan kot....wallahualam... By aini3773 on November 19, 2008 4:49 PM Dear Ayahanda Tun, I could not agree less with your writings about the wrong doings in UMNO by its members. These culprits (if it its appropriate?)should be thrown out of the party into Mandai Zoo in Singapore, so the three white tigers can be their new friends. Bravo Tun, keep on writing, voice out and pen down your critics to these people who is still ZZZZZZZZZZZZZZ. Wasallam Aini
  • By azwan77 on November 19, 2008 4:50 PM Memang itulah. Benar kata pepatah, 'Biarkan Luncai terjun Dengan Labu-Labunya...' mereka akan seronok, Tetapi sehingga tahap mana. Jangan jadi seperti 'Katak dalam periuk, diletakkan atas dapur. Mula2 airnya sejuk lama kelamaan air akan menjadi panas. Sebab sudah selesa berada di dalam air, katak itu mati direbus. Biarlah jadi katak yang dicampakkan ke dalam air panas. Kerana panasnya itu, dia melompat keluar selamatkan.' Tapi persoalannya, katak itu hendak pilih yang mana?
  • By nab38 on November 19, 2008 4:50 PM askum Tun, Orang UMNO ni tak serik2,dahla kalah pilihanraya,tapi masih x sedar diri,semua hanya mementingkan keuntungan masing2 dan juga kroni masing..bila la melayu akan sedar..melayu bergaduh disebabkan politik walaupun sebangsa dan seagama..yang bangsa lain bertepuk tangan tengok kebodohan bangsa kita. Yang namanya pemimpin sekarang pun hanya mengupas isu2 yang x relevan seperti nama jalan la,dan isu2 remeh ..isu ekonomi siapa nak attend..makin lama Malaysia makin rapuh.. Kadang-kadang nak membaca berita di akhbar pun naik meluat ,meluat membaca kebodohan orang melayu dan orang politik khususnya yang taksub merebut jawatan itu dan ini...paling terbaru kemelut wanita UMNO..saya penah menyokong UMNO ,tapi sejak Pak Lah naik dah rasa meluat nak berpolitik,bagi saya kerajaan Pak Lah adalah kerajaan "cakap tak serupa bikin" Apapun saya tetap hormat Tun sebagai satu satunya pemimpin Melayu yang berani berfikiran jauh dan berkaliber..kalau Tun masuk UMNO dan bertanding ..mmg saya akan tetap pilih Tun..  
  • End of Part 1