qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjk...
PEMULIHARAAN WARISAN SENIBINA RUMAH KEDAI BAGI KEMAKMURAN                          BANDAR: ISU DAN CABARAN                ...
PENGENALANApakah yang ditakrifkan sebagai pemuliharaan warisan rumah kedai? Dalam konteks kajian ini,pemuliharaan bangunan...
LATAR BELAKANGPerkembangan Pemuliharaan Warisan BandarDi peringkat antarabangsa seperti diperingkat negara Eropah, teori, ...
Foto 2: Perspektif deretan rumah kedai lama di Jalan Raya Timur, Klang, Selangor. Fasad inimenggambarkan nilai masyarakat ...
Kaedah pengurusan dalam projek pemuliharaan bangunan warisan pula banyak diketengahkan olehpenyelidik tempatan dan badan w...
Rajah 1: kedudukan Jalan Raya Timur, KlangFaktor pemilihan Jalan Raya Timur, Klang bandar diraja berkembang sejak 365 tahu...
Foto 3: Jalan Raya Timur, fasadnya berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasanpemuliharaan rumah kedai.MatlamatKajian ini s...
ISU DAN CABARAN PEMULIHARAAN RUMAH KEDAI WARISANBagi rumah kedai komesial dikawasan gazet warisan di negara-negara Eropah,...
boleh dilihat pada elemen lantai, tiang, gerbang, laluan dinding, siling dan bumbung bangunan warisan.Elemen senitampak in...
Foto 4: Imej Little India, di Jalan Tengku Kelana, Klang berhampiran Jalan Raya Timur.Pihak berkuasa tempatan tidak perlu ...
dan operasi harian mereka.• Isu garis panduan pemuliharanIni satu ketetapan garis panduan yang dipraktiskan sebelum kaedah...
perkongsian.Sebahagian besar pemilik rumah kedai ini benarnya bukan tidak mahu bekerjasama menjayakan visi ataumenolak mis...
Dalam komplikasi penyelesaian ini, kualiti fasad rumah kedai bangunan rumah kedai warisan secarasemulajadinya semakin mero...
secara langsung pada fasad rumah kedai warisan milik mereka.• Cabaran 2: Pemuliharaan rumah kedai dalam bandar tanpa gazet...
nilai yang tersembunyi di sebalik fasad warisan rumah kedai yang ada yang dimiliki secara persendirianatau perkongsian jik...
tinggi bagi kegunaan semasa contohnya seperti di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jonker’s Street, ChanW.F. (1999).Pada jalan ...
RUJUKAN    A. Jalil, A. Ismawi, N.N. Woon. (2005). “The Practice of Documentation in Conservation in Malacca,”    1. proce...
21. Nistor, S. (1998). Romania Urban Architectural Heritage between Neglect and Revitalization. Paper        Presentation,...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

pemuliharaan warisan bina rumah kedai

591

Published on

cabaran perlaksanaan

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
591
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
12
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

pemuliharaan warisan bina rumah kedai

  1. 1. qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuranasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz Bandar: Isu dan Cabaranxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw Jalan Raya Timur, Klang, Selangor Architecture Design Coursebookertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas Uitm_Upena_2009dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz 1xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
  2. 2. PEMULIHARAAN WARISAN SENIBINA RUMAH KEDAI BAGI KEMAKMURAN BANDAR: ISU DAN CABARAN Zalina Haji Samadi, Shahril Anwar Mahmud dan Mawar Masri Jabatan Senibina Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi MARA Perak E-mel: zalina_samadi@yahoo.com Kertas Kerja telah diterbitkan Prosiding Seminar Kebangsaan Rupa Bandar Malaysia: Mengekal Warisan Membina Identiti, 28-29 November 2007, Lumut, Perak. 384-394AbstrakKesedaran tentang pengekalan warisan senibina di kalangan pereka dan pemilik bangunan padaperingkat global dan Malaysia telah menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini. Senario inidibuktikan dengan meningkatnya jumlah pembangunan yang melibatkan usaha kearah memulihara,mengekal, membina semula dan mengadaptasi bangunan untuk pembangunan baru. Sungguhpundemikian, bangunan rumah kedai bersejarah yang terletak di bandar yang tidak diwartakan sebagaibandar bersejarah ketika ini sentiasa menghadapi tekanan pembangunan kerana dalam pada kesedaranitu mula meningkat, masih banyak lagi pihak yang menentang pemuliharaannya. Oleh yang demikianberdasarkan situasi inilah, maka kajian telah dijalankan dengan mengutarakan isu dan cabaran yangdihadapi oleh rumah kedai warisan dan mencari resolusi terbaik dalam menangani masalah itu. Skopbagikajian ini mengupas tiga isu utama. Isu yang pertama adalah, mengapakah deretan senibina rumahkedaiperlu diiktiraf sebagai warisan? Kedua, sekiranya perlu dikekalkan, bagaimanakah pendekatanpalingstrategik untuk menyepadukan kelebihan warisan senibina rumah kedai ke arah kemakmuranbandar?Dan yang ketiga, apakah garis panduan rekabentuk yang sesuai bagi usaha pengekalan warisansenibinayang mampu menyumbang kepada kemakmuran bandar? Kaedah kajian ini melibatkan duaaktiviti utamaiaitu kaedah: obstrusif dan tidak obstrusif. Kaedah penyelidikan meliputi kumpulan sasaranpertama iaitu pihak berkuasa tempatan dalam menangani pembangunan yang melibatkan rumah kedaiberwarisan senibina ini dikawasan skop kajian. Kumpulan sasaran kedua adalah pengguna rumah kedaiwarisan yangmengambilkira konflik yang dihadapi oleh pemilik kedai, penduduk tempatan dan penggunabangunan.Kumpulan yang ketiga adalah pihak pemaju, pereka dan perunding yang terlibat dalampembangunan rumah kedai warisan itu.Hasil kajian ini mencadangkan keperluan pengurusan warisanyang cekap danberkesan oleh pihak berkuasa tempatan meliputi aspek kepakaran dan aplikasi teknikaldalampelancongan berorientasikan warisan. Sehubungan dengan itu, satu garis panduan yang sejajardenganpengekalan warisan adalah amat perlu dalam usaha mengiktiraf kawasan warisan danseterusnyanyamembangunkan bandarnya sebagai bandar bersejarah dan mampan.Kata kunci: Pemuliharaan, pengekalan, pengurusan warisan Uitm | 2Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  3. 3. PENGENALANApakah yang ditakrifkan sebagai pemuliharaan warisan rumah kedai? Dalam konteks kajian ini,pemuliharaan bangunan rumah kedai ditakrifkan sebagai monumen bersejarah yang diwartakan sebagaimonumen berusia lebih seratus tahun dan memiliki nilai sejarah atau seni yang penting dan unik untukdipelihara. Kelebihan bangunan warisan rumah kedai bukan setakat pada usianya yang melebihi perekanyamalah memiliki fasad dan susunatur dalamannya yang unik dan tersendiri sesuai dengan keperluan sosiobudaya zamannya. Oleh yang demikian, usaha memulihara monumen seumpama ini amatlah wajar bagimelindunginya dari sebarang kerosakan dan kecacatan. Ini kerana bangunan monumen lebih terdedahkepada ancaman semulajadi seperti cuaca dan usia tetapi juga dari ancaman kemusnahan manusia melaluipelbagai kaedah pembangunan semula. Pemuliharaan bangunan seumpama ini memerlukan pengumpulandata bersistem dan pendokumentasian adalah data arkib bagi generasi akan datang (Idid, S.M. 1997).Kemakmuran bandar yang menjadi matlamat dalam kajian ini membawa definisi bandar yang memilikipencapaian ketamadunan yang tersendiri yang membina kegemilangan penduduk setempat. Ciri-ciri yangterdapat dalam bandar ini adalah meliputi aspek pengekalan nilai sosio budaya setempat, tahapkeselamatan dan kesihatan fizikal dan mental, halaju ekonomi dan kepesatan pembangunan yang terkawal,mesra penguna dari segi mobiliti dan alam binanya, dan mesra alam dari sudut persekitarannya.Foto 1: Fasad rumah kedai warisan di, Jalan Raya Timur, Klang, Selangor Uitm | 3Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  4. 4. LATAR BELAKANGPerkembangan Pemuliharaan Warisan BandarDi peringkat antarabangsa seperti diperingkat negara Eropah, teori, usaha, kajian dan praktis pemuliharaanbangunan dalam semua jenis bangunan telah dijalankan lebih awal berbanding dengan Malaysia.Perbandingan ini dilihat dari aspek perkembangan akta pemuliharaan dan garis panduan di negara tersebutlebih spesifik berkaitan dengan pemuliharaan bangunan. Fenomena ini adalah selari dengan kematangantamadun barat itu sendiri.Berdasarkan kronologi perkembangan usaha pemuliharaan bandar, perbincangan peringkat UNESCO padatahun 1972 telah diadakan persetujuan antarabangsa berhubung dengan perlindungan warisan budaya dansemulajadi. Misi utama persetujuan peringkat itu adalah untuk mengenalpasti dan melindungi warisandunia, yang mana dari segi perlaksanaanya adalah menyenaraikan kawasan warisan yang memiliki nilaisejarah sosio budaya. Kemudian aplikasi deklarasi peringkat UNESCO lahirlah pula terjemahanpemuliharaan pada peringkat negara Amerika Syarikat (International Council on Monuments and Sites(ICOMOS) dan World Conservation Union (IUCN), Spain, Australia dan lain-lain yang kemudiannyatelah memeterai beberapa persetujuan dalam gagasan terawal termasuklah Burra Charte 1987, BalgradeCharte 1993 dan yang terbaru adalah Krakow Charte 2004.Perkembangan di peringkat Asia meliputi negara benua Asia timur seperti Jordan, Nepal, Uzbekistan, danyang terbaru di China. Dalam konteks kaedah pembinaan semula (reconstruction) digunapakai dalampemuliharaan bangunan oleh Burra Charter 1987; namun dari segi perlindungannya ia sepatutnya dipulihdan dipelihara keaslian rupa, bentuk dan bahan asalnya seperti yang disetujui oleh ramai pengkajiUNESCO dan Eropah (Wood, 1996; Korkmaz, 1997; Evesian, 1997; Nistor, 1998, Mason, 2000; HarvardResearch Centre, 2002) yang mana kaedah yang diketengahkan adalah sealiran pendapat denganBarthelemy, 2004.Di peringkat negara kita Malaysia, penyenaraian masih giat dijalankan oleh para akademik melalui kajiandi peringkat universiti dan juga oleh perbadanan swasta. Badan swasta seperti Penang Heritage Trust danBadan Warisan Malaysia serta badan kerajaan seperti muzium negeri dan negara secara langsung telahmengklasifikasikan bangunan sebagai monument yang mesti dipulihara. Sungguhpun demikian, semenjaktahun 1980an kebelakangan ini di Malaysia telah diadakan pemuliharaan monumen dalam berbagaikatagori bangunan meliputi jenis institusi, komersial dan rumah kediaman. Warisan bangunan berumurlebih dari seratus tahun diambilkira oleh pihak Muzium Negara sebagai monumen bersejarah. Uitm | 4Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  5. 5. Foto 2: Perspektif deretan rumah kedai lama di Jalan Raya Timur, Klang, Selangor. Fasad inimenggambarkan nilai masyarakat yang mementingkan keunikan seni kraf pada bangunanDi peringkat kementerian pada tahun 2004 barulah diperkenalkan Kementerian Kesenian dan Warisan(KEKWA), namun fokusnya lebih kepada warisan budaya (cultural heritage) berbanding dengan warisanbangunan (built heritage). Namun demikian pemuliharaan warisan dari aspek alam bina masih perlumendapat perhatian dan pembelaan dari pihak kerajaan.Perkembangan Kaedah dan Pengurusan Bangunan WarisanGagasan peringkat UNESCO 1972, kemuadiannya memberi impak di peringkat negara kita Malaysiakerana pada hari ini kesedaran telah digiatkan lagi dengan gagasan dan perbincangan diperingkat negeridan bandar. Kesedaran pada segenap peringkat diterjemahkan oleh badan kerajaan pada peringkat pihakberkuasa tempatan terutamanya pihak perancang bandar. Aktiviti pemuliharaan diperingkat ini juga telahmenggandakan usaha dengan menjalankan kaedah melalui strategi mengadakan misi dan visi bandar yangdidalam skop kawalkuasa mereka. Input misi dan visi ini terutamanya dari segi garispanduan adalah darisumbangan para akademia yang bekerjasama menjalankan kajian dalam mencari kaedah yang palingkomprehensif dalam mencapai matlamat misi dan visi tersebut. Uitm | 5Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  6. 6. Kaedah pengurusan dalam projek pemuliharaan bangunan warisan pula banyak diketengahkan olehpenyelidik tempatan dan badan warisan.termasuklah diantaranya adalah oleh penggiat warisan Prof.Madya Dr. Ghaffar b. Ahmad dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Wan Salleh Wan Ibrahimdari Universiti Teknologi MARA dan juga Syed Ahmad Idid dari Universiti Teknologi Malaysia.Penyenaraian bangunan bersejarah dibandar-bandar dalam setiap negeri Malaysia (Syed Idid, 1993) telahdiadakan bertujuan untuk mendapat perhatian dan perlindungan warisan dari kepupusan.Usaha lain termasuklah dalam bentuk cadangan satu kaedah yang dinamakan dilapidation survey telahdiusulkan oleh pengkaji dari Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Dr. A. Ghaffar. Kaedah inidicadangkan untuk mengira kos binaan anggaran bagi pembangunan semula bangunan sediada warisan.Kaedah ini amat penting dijalankan memandangkan kos ini kurang diambilkira oleh pemilik premis,kontraktor dan pemaju (A.Ghaffar Ahmad, 2004). Bagi perunding warisan yang berpengalaman kos inimesti diambilkira dalam kos bina bangunan pemuliharaan kerana ia melibatkan kos pengekalan padasebahagian besar struktur dan butiran sediada dan kemudian dicampur dengan kos cadangan tambahanyang baru pada keseluruhan pembangunan tersebut. Dalam perkembangan kaedah pengurusan danpembangunan semula warisan sediada ini, beliau menegaskan agar kos pembangunan menyeluruhsehingga ke peringkat perlaksanaan amat teliti mesti dijalankan agar tiada kos yang terlepas dari diambilkira.Sungguhpun demikian, masih ada lagi ruang penambahbaikan dalam pengurusan bandar dari segikoordinasi setiap aktor atau sekurang-kurangnya tiga pihak asas yang berperanan (Bently, 1998) sebagaipengawal (pihak berkuasa tempatan), pengeluar (pihak pereka, pemaju dan pemilik) dan pengguna yangterlibat secara langsung dalam projek pembangunan semula warisan. Isu dan cabaran di peringkat ini perludiselesaikan diantara tiga pihak utama yang terlibat bagi membuat keputusan yang tepat untuk mencapaimatlamat pemuliharaan rumah kedai walaupun hanya melibatkan skala sekecil satu lot rumah kedai duatingkat dalam satu-satu bandar. Ini adalah kerana fasad rumah kedai warisan adalah wajah utama selainfasad komersial yang lain yang melambangkan imej dan identiti sesuatu bandar.Skop Kawasan kajianSkop bagi kajian ini telah dilimitkan kepada Jalan Raya Timur, Klang Bandar Diraja, Selangor DarulEhsan. Uitm | 6Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  7. 7. Rajah 1: kedudukan Jalan Raya Timur, KlangFaktor pemilihan Jalan Raya Timur, Klang bandar diraja berkembang sejak 365 tahun lalu mulai tahun1643 memiliki himpunan rumah kedai warisan yang tinggi dan menghadapi tekanan pembangunan tinggitetapi tiada gazet warisan untuknya. Faktor ini adalah sebab utama ia dipilih sebagai paling berpotensimenjadi jalan warisan di bandar Klang ini. Kajian pilot telah dijalankan manakala fasa kajian adalah padaperingkat empat puluh peratus, akan meliputi peringkat pihak berkuasa tempatan, pemilik warisan rumahkedai dan pengguna. Jumlah penduduk keseluruhan di pusat bandar Klang adalah 523 puluh ribu,manakala penduduk metronya mencecah 828 ribu orang. Uitm | 7Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  8. 8. Foto 3: Jalan Raya Timur, fasadnya berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasanpemuliharaan rumah kedai.MatlamatKajian ini secara keseluruhannya adalah untuk mengenalpasti peranan, kawasan dan garis panduan rumahkedai berwarisan sejarah yang mampan menghadapi asakan dari aspek sosial komuniti majmuk, ekonomidi bandar diraja, Klang. Walau bagaimanapun pada tahap kajian fasa ini adalah berfokuskan pada isu dancabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan dalam menangani tekanan pihak pemilik bangunan.ObjektifSkop bagi kajian ini mengupas tiga isu dan cabaran utama di pihak berkuasa tempatan iaitu MajlisPerbandaran Klang. Isu yang pertama adalah, mengenalpasti keperluan deretan senibina rumah kedaiuntuk diiktiraf sebagai kawasan warisan. Kedua, sekiranya perlu dikekalkan, bagaimanakah pendekatanpaling strategik untuk menyepadukan kelebihan warisan senibina rumah kedai ke arah kemakmuranbandar? Dan yang ketiga, apakah garis panduan rekabentuk yang sesuai bagi usaha pengekalan warisansenibina yang mampu menyumbang kepada kemakmuran bandar?Hasil kajian ini adalah diharapkan dapat memberi cadangan pendekatan strategik bagi membawa bersamapemilik kedai dan pengguna menjana kelebihan pemuliharaan fasad bangunan rumah kedai warisan bagikemakmuran bandar. Uitm | 8Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  9. 9. ISU DAN CABARAN PEMULIHARAAN RUMAH KEDAI WARISANBagi rumah kedai komesial dikawasan gazet warisan di negara-negara Eropah, United Kingdom, Australiadan New Zealand, pada skala pemuliharaan bandar tempatan pada peringkat sebelum jenis pemuliharaan,perbincangan diadakan dan ketetapan dibuat di kalangan pereka bandar (urban designers) yang terdiri darisemua perunding yang mewakili tiga aktor utama: pengawal, pemilik and pengguna (Bently, 1998) yangada di kawasan skop bandar itu sahaja.Peranan ketiga-tiga pihak ini telahpun dikenalpasti di Malaysia namun demikian perbincangan secaraformal melibatkan mereka tidak dijalankan untuk mencapai persetujuan yang membawa kesedaran tentangwarisan itu mampu menguntungkan semua pihak• Isu GlobalisasiMenyedari kepentingan dan potensi rumah kedai warisan yang wujud lebih seratus tahun ini di dalambandar yang pesat membangun di Klang, Selangor khasnya; bangunan seumpama ini menerima tekananyang amat hebat akibat pengaruh globalisasi. Pengaruh globalisasi dunia tanpa sempadan sebenarnyamembawa dua implikasi utama seperti yang dirumuskankan oleh Korkmaz, (1997) yang membahaskanimplikasi globalisasi: yang pertamanya: Particularization of generalization dan yang kedua: generalizationof particularization.Penekanan terhadap kepentingan imej dan identiti tempatan adalah disokong oleh rumusan ini tentangbetapa pentingnya untuk memperkasakan imej dan identiti tempatan bagi sokongan identiti nasional.Dengan menonjolkan keunikan ini selain ianya menggambarkan aspirasi rakyat Malaysia dengan jelasmenjadi faktor pembeza identiti Malaysia berbanding dengan negara lain. Pastinya dengan pengekalankeunikan ini dalam era globalisasi yang mencabar kemantapan identiti ia mampu menarik pelancong luardan dalam untuk menikmati dan merasai keistimewaan yang tiada tolok bandingnya di tempat lain.Seperti mana yang telah di ketengahkan oleh Galagher yang menyebut tentang gagasan gerakan moden“The legacy of Modern Movement is obvious in every city today” (Galagher, 2001). Dalam hujah gagasanini membentangkan bahawa dalam budaya ekonomi masakini definisi moden mencakupi terjemahan‘simplicity’ atau ‘ringkas’ ataupun ‘functional’ iaitu ‘ memenuhi fungsi’ semata-mata berbandingkeperluan lain-lain apalagi untuk memberi ruang dekorasi tempatanTeori ini amatlah selari dengan pendapat ahli geografi Whitehand, yang menyatakan bahawa gaya rekabentuk yang diwujudkan oleh manusia di alam persekitarannya adalah hasil dari aktiviti manuasia dansystem sosialnya“patterns created in the physical environment through human activity and cultural systems” (Whitehand,1992).Konsep bangunan moden pastinya amat bertentangan dengan konsep pemuliharan warisan yang amatmementingkan pemuliharaan seni tampak dalam bentuk butiran motif dalam ekspresi seni dan kraf yang Uitm | 9Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  10. 10. boleh dilihat pada elemen lantai, tiang, gerbang, laluan dinding, siling dan bumbung bangunan warisan.Elemen senitampak ini menjelaskan watak dan rupa fasad kerana ia memiliki kekayaan senitampak yangmencerminkan budaya dan masa sesuatu fasad.“This outlook brings in celebrative character of façade; fully decorated with richness of art and craft of thespecific expression of culture and time “(Schoonenberg, 2002).• Isu ‘Mcdonalization’Situasi era globalisasi dan gagasan moden juga diburukkan lagi membawa bersama pengaruh francais.Bangunan gaya prototaip “rubber stamping”dari pemilik asal perniagaan membawa rekabentuk fasad yangseragam dari negara asal tanpa mempedulikan imej dan identiti tempatan.Strategi utamanya hanyalah menonjolkan kuasa autonomi pemiliknya yang bermatlamatkan kekayaanekonomi yang mahukan rekabentuk piawai bagi seluruh rangkaian francaisnya seluruh dunia“McDonaldization”. Matlamat ekonomi yang menjadi tunjang ini amat ditentang oleh Torre di France danmembuat tunjuk perasaan pada December 1999 World Trade Organization in Seattle (Torre, 1999).Fenomena ini jika dibiarkan pastinya akan berkembang dan menghasilkan bangunan prototype danulangbina (re-production).• Isu krisis imej dan identiti tempatanPengekalan imej dan identiti tempatan amat penting untuk dikekalkan kerana dalam teori prosespembinaan bangunan didefinisikan sebagai hasil pemikiran dan aktiviti budaya tempatan. Sekiranya teoriini masih boleh diterimapakai, maka krisis imej dan identiti tempatan tidak timbul. Namun masalahnyaadalah, kerana masyarakat Malaysia adalah majmuk dan dasar negara adalah terbuka, maka pengaruhbudaya luar tidak dapat dibendung dari mempengaruhi senibina bangunan kita yang sekiranya tidakdibendung boleh menghasilkan rupa bentuk bandar yang sama dimana-mana juapun didunia ini ataudisebut sebagai “anywhereville”(Law, 2002).• Isu identiti dan tekanan imej budaya majmuk MalaysiaIsu ini bukanlah isu baru malah isu imej dan identiti nasional ini masih lagi dibincangkan. Selain darifaktor luar yang menekan contohnya seperti globalisasi, Mcdonaldization yang diberi ruang penghormatandalam masyarakat majmuk Malaysia, warisan rumah kedai di Klang sememangnya menghadapi asakanbudaya yang sudah sediakala rencam dengan berbagai budaya, adat resam, bahasa, agama dan budayaseperti Little India dan China Town.Kemeriahan budaya ini merancakkan lagi kerencaman budaya tanpa sebarang garis panduan dari pihakberkuasa tempatan, maka fasad rumah kedai warisan mengalami evolusi semulajadi dengan kreativitibermotifkan keuntungan. Senario perkembangan fasad ini adalah sesuai dengan fungsinya sebagai fasadkomersial yang direka dengan menonjolkan identiti dan imej pemilik dan menepati pelanggan sasarannya. Uitm | 10Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  11. 11. Foto 4: Imej Little India, di Jalan Tengku Kelana, Klang berhampiran Jalan Raya Timur.Pihak berkuasa tempatan tidak perlu mencariimej dan identiti kerana kerencaman itulah sebenarnya imej dan identiti yang memeriahkan rupabentuk bandar Malaysia.• Isu Kurang Kesedaran di kalangan pemilik rumah kedai warisanSeperti yang dirumuskan dalam kesimpulan kajian sebelum ini; isu dan cabaran utama yang dikenalpastiadalah lemahnya kesedaran di pihak pengguna terutamanya di pihak pemilik rumah kedai warisan diKlang. Ini adalah kerana mereka pada mana-mana juapun rumah kedai warisan, pemilik inilah yangsebenarnya yang memiliki kuasa autonomi secara langsung dan pemilih utama dalam menentukan jenispembangunan yang bakal dicorakkan kepada aset yang ada pada bangunan rumah kedai warisan milikmereka. Merekalah pihak yang paling berhak membuat keputusan dalam mencorakkan rupabentuk fasaddan susunatur dalaman rumah kedai mereka kerana rumah kedai itu hakmilik mereka dan kospemuliharaan juga dari poket mereka. Keputusan mereka inilah sahajalah yang mampu menentukanarahtuju wujud atau musnahnya kesepaduan warisan yang mampu menyumbang ke arah kemakmuranbandar. Tanpa keputusan yang tepat dan penuh bimbingan terhadap golongan ini, segala visi dan misipihak berkuasa tempatan akan musnah ditelan kejayaan ekonomi yang menjadi matlamat utama pemilikan Uitm | 11Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  12. 12. dan operasi harian mereka.• Isu garis panduan pemuliharanIni satu ketetapan garis panduan yang dipraktiskan sebelum kaedah pembinaan dijalankan. Gabungangarispanduan yang pernah digunupakai dalam luar negara telahpun dirumuskan dalam satu rumusancadangan tentang garispanduan yang telah oleh pengkaji tempatan dalam kajian yang telah dibuat yangbertajuk Integrating architectural heritage for urban revitalization (Zalina.S, 2006). Matlamatpenyenaraian garispanduan untuk membuat keputusan ini amat penting sebagai semakan sebelumkeputusan dibuat adalah kerana keputusan yang tepat mampu mengangkat warisan rumah kedai menjadipemangkin pada kemakmuran kawasan dalam bandar dan seterusnya memartabatkan bandar menjadibandar warisan.• Isu garispanduan bersifat deskripsiDalam kajiannya mengenai strategi menyepadukan warisan rumah kedai bagi kemakmuran bandar, definisiintegrasi rumah kedai warisan bermotifkan kemakmuran bandar telah diutarakan oleh Zalina, S. 2006dengan sembilan prinsip utama perlu untuk dijadikan garispanduan. Garis panduan asasnya adalah sepertiberikut:· Mengenalpasti hakmilik dan pemilikan sediaada dan masa depan· Mengabadikan nilai tempatan dengan pengekalan komponen fizikal utama· Mengekalkan pelan susunatur pembangunan asal tapak, lot, laluan, kawasan hijau dan setbak· Mengekalkan keaslian rupa fasad: warna, bentuk, senitampak dan perabot jalan· Mengekalkan kualiti dan keaslian elemen fizikal· Pengekalan sejarah dan warisan fasad dan ruang dalaman· Menggunakan teknik pembinaan yang sesuai dengan teknologi tempatan· Memberi keutamaan penglibatan komuniti tempatan dalam pembinaan· Pengekalan bersifat aktif: menjana ekonomiDalam kes kajian pada kali ini Klang Bandar di Raja dipilih memandangkan halaju kepesatan bandar inisangat mengancam pengekalan fasad senibina warisan rumah kedai berbanding dengan bandar-bandar lainyang agak perlahan dari aspek kepesatan pembangunannya. Skop kajian kini memfokuskan pemuliharaanrumah kedai warisan dijalankan bagi menyampaikan matlamat yang kemakmuran bandar MajlisPerbandaran Klang kearah dengan skopmengenalpasti apakah warisan senibina rumah kedai yang mampudiketengahkan dalam usaha memakmurkan bandar Klang.• Isu Pemilikan Rumah kedai Warisan Harta PerkongsianSebahagian besar pemilik rumah kedai warisan yang ada hari ini bukanlah pemilik tunggal. Dalam kesrumah kedai di Jalan Stesyen, Klang, hanya empat puluh peratus dimiliki oleh orang perseorang dansyarikat, manakala yang lainnya dimilki atau diwarisi sebagai harta pusaka dengan status hakmilik Uitm | 12Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  13. 13. perkongsian.Sebahagian besar pemilik rumah kedai ini benarnya bukan tidak mahu bekerjasama menjayakan visi ataumenolak misi pihak berkuasa tempatan yang begitu bersemangat dalam melihat nilai sejarah, seni danastetika bangunan ini; masalah mereka sebagai golongan yang lebih mengutamakan lebihan pendapatanmereka dalam urusan harian mereka tidak menyedari betapa tingginya asset yang mereka miliki ini. Padamereka ia tidak lebih dari warisan lama yang perlukan kos pembaikpulihan yang tinggi lagi membebankanterutamanya bagi pemilikan warisan rumah kedai bersama. Masalah hak pemilikan warisan bersama (isugeran kongsi dengan adik beradik lain) juga merupakan masalah mesti dilalui sebelum masalah kos binasemula dapat diselesaikan kerana bajet bina semula perlu dikenalpasti asal dari mana sumber bolehDisamping menyelesaikan sumber kewangan bagi pemuliharaan ini, mereka tidak melihat kepentingan dankekuatan dari segi senibina yang boleh menyumbang kepada kemakmuran sesuatu bandar sebaliknyamereka mementingkan keuntungan jangka pendek .• Isu kemahiran pereka dan perunding harta warisanPada sudut pandangan pemilik rumah kedai warisan, sekiranya mereka berniat untuk membangunkansemula bangunan rumah kedai warisan, faktor utama yang fikirkan dalam misi pembangunan merekaadalah kos pembinaan dan jumlah pulangan yang bakal diperolehi hasil pembangunan baru itu. Sedangkankos meruntuhkan bangunan lama sediada dan bina semula dengan bangunan baru adalah lebih murahberbanding dengan kos pengekalan atau pemuliharaan fasad sediaada dan bina tambahan baru. Ditambahpula dengan senario dimana tidak ramai perunding warisan (heritage consultant) yang sedia menawarkankhidmat menyeluruh terutamanya yang mencakupi analisa perbandingan tentang kos bina semula dengankos pengekalan dan bina tambahan baru. Maka dengan masalah yang sukar untuk diselesaikan, jalan yangtermudah bagi sebahagian besar pembangunan ini hanyalah mengutarakan konsep pembangunan barusahaja.Oleh yang demikian dalam konteks ini, keputusan oleh pemilik akhirnya menyebelahi pembangunanmelibatkan kerja perobohan bangunan sediada secara total dan menjalankan pembangunan baru di atas lotrumah kedai warisan. Keputusan ini adalah amat disetujui oleh pihak pemaju, pereka dan kontraktor yangterlibat. Ditambah pula dengan pihak berkuasa tempatan yang tidak memberi sebarang bimbingan daninsentif kearah pemuliharaan warisan, maka pembangunan jenis ini menjadi pilihan utama lagimenguntungkan.• Isu kemorosotan kualiti fasad secara semulajadiAkibat kombinasi semua masalah yang terdahulu diketengahkan dan tanpa sokongan kesedaran diriterhadap kepentingan warisan kerana kepayahan pemilik kedai mendapatkan perunding yang mahir dalampengekalan ini maka kaedah pemuliharaan sukar menembusi minda pemilik bangunan warisan sekiranya iamemikirkan tentang pembangunan semula rumah kedai warisan. Uitm | 13Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  14. 14. Dalam komplikasi penyelesaian ini, kualiti fasad rumah kedai bangunan rumah kedai warisan secarasemulajadinya semakin merosot selari dengan pertambahan usianya. Pihak berkuasa tempatan pulamenyaman bangunan warisan rumah kedai yang tidak diselenggara tanpa mengenalpasti masalah pemilik.Ini menyebabkan golongan ini lebih pasif dan tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.Bantahan ini diluahkan melalui fasad warisan terbiar tanpa penyenggaraan dan menghasilkan ruang negatifyang mengundang aktiviti negatif. Impak ini semakin memburukkan lagi kualiti rupabandar dan seterusnyamenyimpang jauh dari usaha menggunakan warisan untuk memakmurkan bandar . Keadaan ini berlakuterutamanya pada bandar yang tidak mewartakan bandarnya sebagai kawasan bandar bersejarah.Kesimpulan segala isu dan konflik ini dapat dilihat dengan jelas kerana pihak pentadbiran bandar iaitupihak pihak berkuasa tempatan sendiri dalam proses menanganinya dengan menghadapi cabaranutamayang boleh dikategorikan meliputi tiga pihak utama: pihak pengurusan dalaman pihak berkuasatempatan, pihak pemilik dan operator kedai warisan dan cabaran dari pihak pengguna yang semakinmeneliti kualiti bandar.Cabaran diperingkat pihak Penguatkuasa: Majlis Perbandaran Klang• Cabaran 1: tahap kesedaran pengurusan warisan di pihak berkuasa tempatan.Di kalangan ahli Majlis Perbandaran Klang terdapat tahap kesedaran yang berbeza diantara seorang ahlimajlis dan ahli yang lain berkaitan isu pemuliharan warisan ini. Pada peringkat perancangan terdapat misidan misi yang tertentu namun ia tidak diterima seratus peratus oleh semua ahli majlis. Percanggahanpenerimaan di kalangan ahli majlis adalah berkisar dalam krisis imej dan identiti tempatan. Isu ini bukanpada peringkat pengurusan dalaman malah ke peringkat orang awam. Di pihak pihak berkuasa tempatan,tanpa misi dan visi atau gazet warisan yang jelas, adalah sukar untuk menjawab persoalan bagaimanarupabentuk yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki untuk bandar Klang. Isu ini memang seringdiketengahkan oleh pelbagai pihak dalam industri pembinaan dan adalah amat wajar ianya diambilkiraoleh pihak majlis untuk memberi ruang untuk mencari persetujuan di antara mereka. Menerusi programmelibatkan orang awam atau dalam pembentangan dan perbincangan visi dan misi itu sendiri kesedarantentang warisan dapat dipertingkatkan lagi.Diantara penyumbang utama yang paling aktif untuk meneguhkan garis panduan warisan adalah dari sudutpandangan pihak berkuasa tempatan yang didukung oleh pihak pengkaji yang terdiri oleh para akademia.Penyumbang kedua aktif adalah dari pihak ahli majlis yang berbekalkan pengalaman mereka melawatbandar-bandar warisan.Penyumbang ketiga dari pihak pengguna: pemilik bangunan, penyewa kedai,golongan ini berpeluang menyumbang secara terus terhadap imej dan identiti melalui rekabentuk hiasamelalui paparan iklan, pameran produk pada fasad muka depan kedai. Selain itu rekabentuk, hiasan dansusunatur dalaman juga menyumbang pada imej dan identiti rumah kedai.Penyumbang ini adalah pasif dari segi pendapat tapi sebaliknya merekalah yang paling pro-aktif bertindak Uitm | 14Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  15. 15. secara langsung pada fasad rumah kedai warisan milik mereka.• Cabaran 2: Pemuliharaan rumah kedai dalam bandar tanpa gazet bandar warisanDalam pembangunan rumah kedai di Malaysia, mana-mana pihak majlis berkuasa tempatan di peringkatproses membuat keputusan pembangunan imej dan identiti rumah kedai warisan biasanya pihak yangterlibat secara langsung dalam pastinya mengalami pertembungan pendapat diantara ahli majlis mahupunpihak pereka dan pemaju. Dalam proses pemuliharaan sekurang-kurang tiga pihak yang terlibat: pemilikbangunan bertindak sebagai sebagai pemaju, pereka dan pihak berkuasa tempatan. Dalam kes MajlisPerbandaran Klang sekiranya isu pemuliharaan diketengahkan oleh pihak penguasa tempatan semua pihakyang terlibat menegakkan hujah mengikut kepentingan dan peranan masing-masing. Berikut adalah tigakatagori kelulusan pembangunan rumah kedai warisan:Kes 1: Dalam kes yang paling mudah pihak pereka mengutarakan cadangan bagi pihak pemaju dan pihakpengawal menerima cadangan tanpa mengambilkira butiran rupabentuk fasad bangunan komersial yangdipohon sekiranya kerja pemulihan hanya melibatkan perubahan minima fasad.Kes 2: Dalam kes dimana proses kelulusan melibatkan kurang lima puluh peratus perubahan fasad, pihakberkuasa tempatan biasanya memberi komen berdasarkan nilai astetik persepsi majlis untuk menerima danmemberi komen fasad.Kes 3: Dalam kes yang mengalami komplikasi kelulusan sekiranya skop pembangunan melebihi limapuluh peratus fasad dan pembangunan asal.Dalam kes 2 dan 3, biasanya dalam amalan paktis majlis berkuasa tempatan di Malaysia ahli majlis yangpaling berkuasa adalah hero dalam perjuangan menentukan keputusan perselisihan pendapat tentang imejdan identiti tempatan. Ini amalan yang biasa berlaku sekiranya tiada garis panduan khas rumah kedaiwarisan dan bandar digazet warisan .Oleh itu, cabaran utamanya adalah melepasi kelulusan tanpa apa-apa garispanduan tentang kualiti fasadatau sebarang usaha pemuliharaan fasad rumah kedai.• Cabaran 3: Misi dan visi perincian bangunanWalaupun perancangan dibuat dengan mengutarakan misi dan visi makro namun pada pendekatansebaliknya dari peringkat mikro juga amat perlu diteliti agar perlaksanaan kemakmuran bandar dinikmatipenduduk tempatan. Dari segi praktiskanya setiap pereka (perancang bandar, akitek, akitek lanskap, akitekinterior, jurutera dan semua perunding) bertindak dengan misi masing-masing tanpa visi yang bersepadu.Bertitik tolak dari skala kecil inilah dengan jenis pemuliharaan jenis bangunan warisan rumah kedai,dijadikan kes kajian dan kaedah isu dan cabaran yang mungkin boleh diintegrasikan bagi kemakmuranbandar.• Cabaran 4: pemilik dan operator yang mementingkan keuntungan peribadiAspirasi utama dalam setiap perniagaan adalah keuntungan. Dengan tahap kesedaran yang rendah tentang Uitm | 15Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  16. 16. nilai yang tersembunyi di sebalik fasad warisan rumah kedai yang ada yang dimiliki secara persendirianatau perkongsian jika dibandingkan dengan keuntungan hasil dari operasi rumah kedai warisan, makakeuntungan operasi perniagaan adalah lebih nyata mengatasi semua visi dan misi pihak berkuasa tempatan.Apatah lagi misi dan misi yang bersifat subjektif dan tidak selari dengan matlamat operasi rumah kedai,sudah tentunya pemilik atau operator hanya berfikir tentang cara meminimakan skop dan kos operasi danmemaksimakan keuntungan.Dalam hal ini, matlamat pihak pihak berkuasa tempatan tidak sejajar dengan matlamat pemilik danoperator rumah kedai dan dalam menuju visi dan misinya mereka saling bertentangan di antara satu samalain.• Cabaran 5: pengguna yang mementingkan mesra pelangganKelompok pengguna rumah kedai termasuk pengguna jangkamasa pendek yang terdiri dari pihakpelanggan dan pelancong (tempatan dan luar negara) adalah penyumbang pasif dalam pembentukan imejdan identiti. Golongan ini merupakan penyumbang ekonomi sebagai pembeli atau pengguna barangkeperluan harian, pakaian, rumah, sekolah dan perima perkhidmatan, kesihatan dan salon kecantikan.Golongan ini mementingkan kualiti ruang yang kondusif bagi memenuhi keperluan fikizal dari aspekkemudahan akses laluan dari satu lot ke satu lain, mobiliti dan parkir pergi balik ke rumah kedai warisan.Aspek yang kedua adalah legibiliti iaitu kualiti maklumat melalui ruang paparan fasad dan iklan di mukahadapan rumah kedai. Aspek ketiga adalah keselesaan kemudahan ruang luar dan dalaman yangditawarkan ole rumah kedai warisan.Rangkuman dari ketiga-tiga aspek ini merupakan cabaran mesra pelanggan yang sepatutnya dijaga olehsemua pihak dalam pembangunan rumah kedai warisan.KESIMPULANNegosiasi antara semua aktor utama dalam proses pemuliharaanDalam menangani isu dan cabaran pemuliharaan warisan rumah kedai, sepatutnya pihak pengawal, pemilikdan pengguna di beri ruang dan peluang untuk menyampaikan masalah dan cadangan. Dengan adanyaruang komunikasi setiap pihak yang terlibat dam pembangunan bandar kesedaran dan kerjasama dapatdipadukan menuju kegemilangan bandar. Ruang luaran dan dalaman bangunan rumah kedai warisan dapatdijadikan platform bagi aktivit positif yang boleh menguntungkan semua pihak. Pihak majlis bolehberperanan dan pro aktif dalam perkara ini agar kelebihan warisan kerana ia boleh digunakan sepenuhnyademi kemakmuran bandar.Kelebihan Bandar Bergazet (warta) warisanIronisnya, pada bandar yang telah mewartakan bandar sebagai bandar bersejarah, seperti Bandar HilirMelaka, kelebihan yang ada pada monumen rumah kedai warisan ini telah membuktikan bahawa rumahkedai warisan mampu melalui cabaran masa dan kekal berkualiti serta memiliki nilai tahap adaptasi yang Uitm | 16Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  17. 17. tinggi bagi kegunaan semasa contohnya seperti di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jonker’s Street, ChanW.F. (1999).Pada jalan tersebut itu, kepentingan sejarah, seni, budaya dan nilai aestetika yang ada pada rumah kedaiwarisan inilah menjadi pusat rujukan kepada bangunan lain. Ini kerana butiran fasadnya dapatmenyerlahkan nilai sosial, nilai ekonomi, nilai politik dan nilai persekitaran pada zaman bangunan itudiciptakan. Keunikan rupabentuk fasad rumah kedai warisan ini juga adalah bukti keputusan yang dibuatberdasarkan kompromi akta, perundangan dan garis panduan pihak berkuasa tempatan pada zamannya.Berdasarkan definisi dan kepentingan yang disenaraikan maka potensinya untuk dipulihara dan didaptasikegunaannya memenuhi keperluan semasa sebagai hotel, galeri seni, museum, kedai antik, butik, pusatkecantikan, kedai buku, restoren atau apa jua jenis rumah kedai perniagaan bertema adalah amat relevan.Penonjolan imej dan identiti oleh rumah kedai warisan tempatan pada bandar bersejarah tersebut dansepertimana pada zaman ia diciptakan oleh perekanya.telah dibuktikan oleh bandar bergazet warisanmampu memakmurkan bandar dan seisi masyarakatnya. Bertitik tolak dari model inilah, kajian dijalankanpada fasa seterusnya bagi mencari strategi mengaplikasi kelebihan warisan rumah kedai bagi tujuankemakmuran bandar. Uitm | 17Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  18. 18. RUJUKAN A. Jalil, A. Ismawi, N.N. Woon. (2005). “The Practice of Documentation in Conservation in Malacca,” 1. proceedings of 4th Management Institute of Research Conference (MICRA), University of 2. Malaya, Malaysia, 2005. 3. A.Ghafar Ahmad (2004), “Understanding Common Building Defects: The Dilapidation Survey Report”, 4. School of Housing, Building and Planning, USM, Malaysia "Majalah Akitek", Volume 16, Issue1, First Quarter 2004, pg. 19-21 5. Azlan. N.I. (2004). Applying Heritage Tourism Model to City of Taiping, Malaysia: Lesson for the Citizensand Stakeholders. IFLA World Congress,Taiwan . 6. Barthelemy, J. (1997). Recasting Cultural Policy: The Architectural Heritage as Factors influencing Trends in development. The Power of Culture UNESCO Journal. 7. Belgrade Charter. (1975). Conservation in Belgrade, European Commission UNESCO, International Conference, Spain. 8. Bently,I. et.al. (1998). Actors and Battlefield in the built making processes. Oxford: Butterworth-Heinemann. 9. Birregurra District & Action Group. (2002). Heritage Walk. Retrieved from http:birregurraanddistrict.org.pdf/walk/pdf. 10. Burra Charter. (1978). Conservation Guidelines in Moscow. Australia: ICOMOS. 11. Chan W.F. (1999). You see Antique Gallery, Jonker Street. The Encyclopedia of Malaysia. Volume 5. University of Malaya, Kuala Lumpur. Archipelago Press. 12. Christchurch City Council, New Zealand. (2006). Heritage Walk. New Zealand: Council Publishing. 13. The Charter of Krakow, (2000). Paper presentation in the International Conference of Conservation on 23/26th October 1999 held in Crakow. 14. Gallagher, T. (2001). Shapes The Mind. Graham Foundation: public dialogue concerning architecture and the built environment. Cambridge University Press, UK. 15. Hassler, U. et al. (2002). Cultural Heritage and Sustainable Development in SUIT. Paper Presented UNESCO Conference September, 2002. 16. Idid, S.Z.A. (1996). Pemeliharaan Warisan Rupabentuk Bandar. Kuala Lumpur, Badan Warisan Malaysia. 17. J. Kromkowski. (1991). Relationship between Cultures and Cultural heritage and Contemporary Change 18. Series. Culture & Value, Volume 4, Washington. The Council for research in values and philosophy. 19. Korkmaz, F. (1997). Urban Regeneration of Old and Historical Sites. Univ. of Harward 20. Law, C. M. (2002). Urban Tourism: The Visitor Economy and the Growth of Large Cities. London. Continuum. Uitm | 18Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran
  19. 19. 21. Nistor, S. (1998). Romania Urban Architectural Heritage between Neglect and Revitalization. Paper Presentation, UNESCO. 22. Torre, M. (2000), Heritage Conservation and Values in Globalizing Societies. Getty Conservation Institute. http://www.chtalliance.com/about.htm Retrieved April, 2003 http://www.chtalliance.com/about.htm 23. Whitney, G. (2004). “City of Larkspur, Virginia,” Research thesis, University of Wisconsin, Milwaukee,August. 2004 24. Zalina, S (2006). Integrating architectural heritage for urban revitalization. Universiti Teknologi MARA. MSc. Built Enviro.Thesis. Uitm | 19Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

×