Bmm3106 pengayan dan pemulihan

9,500
-1

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
9,500
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
354
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bmm3106 pengayan dan pemulihan

  1. 1. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 1 Pendidikan Pemulihan  Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan  Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan  Jenis Pendidikan Pemulihan  Ciri Murid Pemulihan 1.1 Sipnosis Program Pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun 60-an bagi membantumurid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai 3M. Penguasaankemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah amat penting untukmengatasi „Academic Deficit’ dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripadaberterusan hingga ke sekolah menengahDengan demikian program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan.Dalam hubungan ini, murid-murid diajar mengikut kebolehan mereka supaya merekadapat menguasai kemahiran asas 3M tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan.Bagi murid-murid yang masih belum berjaya menguasai kemahiran tertentu, merekaharuslah menjalani satu program pemulihan. Melalui program pendidikan pemulihan inisama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebutmendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.1.2 Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan serta masalah penguasaan pembelajaran; ii. Mengenal pasti perbezaan di antara Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan; iii. Menyenaraikan jenis-jenis pemulihan; dan iv. Mengenalpasti ciri-ciri murid pemulihan. 1
  2. 2. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah1.3 Kerangka Konsep PEMULIHAN PENDIDIKAN PENDIDIKAN PEMULIHAN IMBUHAN JENIS CIRI MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN PEMULIHAN 2
  3. 3. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah1.4.1 Definisi i. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak- kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. ii. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. iii. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. iv. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. v. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa. 3
  4. 4. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah vi. Tansley (1967) : „ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.‟ vii. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): „..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.‟ viii. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984): „...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.‟ ix. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986): „...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini‟.1.4.2 Konsep Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untukmurid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asasmembaca, menulis dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum BersepaduSekolah Rendah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas.RumusanPendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untukmembantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan 4
  5. 5. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa 1.4.3 Program Pemulihan “... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...” (Buku Panduan Am KBSR, 1982)Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yangdiusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentudalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka inikemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapatdikesan dan dikenal pasti.Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perludilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yangmemperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama iniada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalahpembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan,dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yangmenghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh gurukhas pemulihan di kelas khas.Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu danMatematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-muridpemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulanmengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa. 5
  6. 6. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah1.4.4 Rasional i. Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”. ii. Dari sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching”, dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini. iii. Dari sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. RASIONAL PEMULIHAN Falsafah Pendidikan Perbezaan Murid Kebangsaan:  Pengalaman  Mengembangkan potensi  Minat individu  Kebolehan Mengatasi masalah rendah Mengelakkan keciciran murid diri murid dalam pembelajaran Meningkatkan penguasaan kemahiran Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya. 6
  7. 7. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah1.4.5 Punca dan Bidang Kuasa i. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): “Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu”. ii. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986)  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. (Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah)1.4.6 Objektif Program Pemulihan adalah; i. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; ii. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain; 7
  8. 8. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iii. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; iv. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa; v. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran; vi. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran; vii. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid- murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan viii. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.1.4.7 Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas i. Luar Negara  US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142  UK selepas Laporan Warnock ii. Dalam Negara  bermula 1965 – 3 guru dapat latihan dari England  1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus  Projek Khas Universiti Malaya  Pendidikan Imbuhan dapat sumbangan dari Yayasan Van de Leer Belanda  Latihan Guru: sebagai kursus dalam perkhidmatan  Penuh Masa atau dalam cuti dari 2 hari hingga 1 tahun (KSPK)  Mulai 2001 ditawar sebagai pengkhususan untuk KDPM sepenuh masa (3 tahun)  2007 Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan perhatian serius. Pernah disarankan di England bahawa kanak-kanak yang mengalami handicap atau suatu keadaan yang boleh menghalang pencapaian suatu tahap pembelajaran yang boleh dicapai oleh kanak-kanak biasa, didedahkan kepada enam jenis pendidikan. 8
  9. 9. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah a. Pendidikan Imbuhan Untuk kanak-kanak dari persekitaran yang serba kurang atau yang miskin, yang mengalami sekatan budaya untuk perkembangan pembelajaran mereka. b. Pendidikan Penyesuaian Untuk kanak-kanak yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan kehendak kurikulum. Kurikulum yang digubal terpaksa diubahsuaikan. c. Pendidikan Khas Untuk kanak-kanak yang buta, pekak atau cacat anggota. d. Pendidikan Khas yang Diubahsuaikan Untuk kanak-kanak yang separuh cacat atau yang mengalami penyakit gila babi, darah tinggi, kencing manis, jantung berlubang atau sebagainya yang menjadi penghalang kepada pencapaian pembalajaran biasa. e. Pendidikan Rawatan Untuk kanak-kanak yang mengalami masalah tekanan emosi atau yang berkelakuan kurang laras, yang menghalang pencapaian pembelajaran biasa. f. Pendidikan Pemulihan Untuk kanak-kanak yang mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.1.4.8 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Konsep pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan mempunyai perkaitan yang amat erat. Kedua-dua konsep ini mengandungi banyak unsur yang bertindan lapis di antara satu sama lain. Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam khas. Aktiviti-aktiviti pemulihan ini biasanya dijalankan dalam suatu tempoh masa yang pendek, iaitu selepas pengajaran kemahiran asas, manakala 9
  10. 10. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendahpendidikan imbuhan pula, merupakan satu program pendidikan yang meliputibukan sahaja usaha-usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi jugausaha-usaha untuk mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaranmurid dari peringkat awal.Berbanding dengan pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebihmeluas kerana pendidikan imbuhan meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogidalam kelas seperti pendidikan pemulihan, tetapi juga unsur-unsur sosioekonomidan politik di luar kelas.Konsep pendidikan imbuhan muncul disebabkan ketidakseimbangan peluangpendidikan antara golongan berada dan miskin. Ini bermaksud kanak-kanakdalam golongan bawahan tidak mendapat kemudahan pelajaran yangsepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat pendidikan itu banyak direbutoleh mereka dari golongan atasan.Murid-murid miskin dan kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segikemudahan pelajaran, motivasi pembelajaran, kesihatan, kewangan,pendedahan pengetahuan dan sebagainya. Justeru untuk merapatkan jurangperbezaan ini Pendidikan Imbuhan telah di rancang khas dan merupakanpendekatan yang berkesan.Sehubungan itu Pendidikan Imbuhan menitiberatkan perkara-perkara berikut.: i. Tindakan-tindakan diambil di peringkat awal eperti menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan punca masalahii. Penentuan objektif projek yang nyataiii. Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun dengan rapi untuk mengatasi serta mencegah masalah pembelajaraniv. Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaranv. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komunitivi. Koordinasi dengan agensi-agensi yang boleh member sumbangan untuk program kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan sebagainya. 10
  11. 11. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah1.4.9 Jadual Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Pendidikan Pemulihan Pendidikan Imbuhan 1. Rancangan pembelajaran 1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid disediakan untuk murid-murid yang yang menghadapi masalah menghadapi masalah kekurangan pembelajaran, tanpa mengira kemudahan sosioekonomi. golongan kaya atau miskin. 2. Rancangan pembelajaran 2. Rancangan pelajaran untuk semua ditumpu khas kepada mata pelajaran mengikut penguasaan kemahiran- perkembangan kognitif murid. kemahiran asas membaca , menulis dan mengira. 3. Skop kajiannya banyak terbatas 3. Skop kajiannya meliputi pedagogi kepada pedagogi di dalam bilik dalam bilik darjah, serta darjah. sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. 4. Program ini hanya meliputi aktiviti 4. Selain aktiviti pengajaran dan pengajaran dan pembelajaram pembelajaran dalam bilik darjah, dalam bilik darjah. program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan. 5. Bantuan diberikan kepada 5. Bantuan diberikan kepada semua individu atau sekumpulan kecil murid daripada golongan bawahan murid di sekolah rendah dan di peringkat prasekolah, sekolah menengah. rendah serta ibu bapa mereka. 6. Objektif ialah membetulkan 6. Objektif utama ialah untuk kelemahan penguasaan merapatkan jurang dalam peluang kemahiran-kemahiran asas. pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin. Mok Soon Sang. 1991:1581.4.10 Jenis-Jenis Program Pemulihan i. Pemulihan Dalam Kelas a) Pemulihan KBSR  dalam kelas biasa  membantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari 11
  12. 12. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah b) KIA2M  oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum  untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)  dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di‟bebas‟kan  jika gagal Ujian Pelepasan 3, murid tersebut dikehendaki masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya. c) PROTIM  Program Pemulihan 3M  Membantu murid Tahun 6 menguasai 3M  Dilaksana selepas menduduki UPSR ii. Pemulihan Khas a. Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)  murid yang dikenal pasti  ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuktk BM dan Matematik  dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan. b. Kelas Khas  murid yang dikenal pasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa  dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M.1.4.11 Murid Pemulihan Khas Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar apabila telah bersedia. Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:  rencatan akal ringan  kurang peluang  budaya / ekonomi tersekat  gangguan emosi 12
  13. 13. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  kurang upaya sensori  bermasalah dalam pembelajaran secara khusus  ganjaran intrinsik  perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)  kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar  pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya . tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka  guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.1.4.12 Ciri-Ciri Pelajar yang Memerlukan Pemulihan (Slow Learners)Murid-murid pemulihan ialah murid-murid yang berada dalam Tahap 1 di sekolah-sekolah rendah, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Mereka ini kerap menunjukkankesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis,mentaakul, memahami dan mengingat kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitanuntuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan otot-ototseni.Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yangdipamerkan. Ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yangdigunakan di sekolah. Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan 13
  14. 14. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku Bersikap egosentrikPerhatian: Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants tolearn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating moreproblems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldomhave learning disabilities. Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep pemulihan. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan pemahaman anda, sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di perpustakaan. Catat maklumat baru yang anda peroleh itu. Aktiviti 1 1. Nyatakan dua matlamat utama program pemulihan biasa. 2. Berikan 3 objektif penting dalam pendidikan pemulihan. 3. Apakah ciri-ciri utama murid-murid lemah dalam pembelajaran. 4. Berikan empat (4) strategi untuk membantu murid-murid pemulihan yang mengalami masalah tumpuan untuk belajar. 14
  15. 15. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 2 Perbezaan Pengelolaan dan Strategi  Pemulihan dalam Kelas Biasa  Pemulihan dalam Kelas Khas 2.1 Sipnosis Pendidikan Pemulihan amat penting dalam sistem pendidikan kini keranaterdapat hampir 20% daripada kanak-kanak, iaitu golongan yang lemah, yang terpaksabersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama.Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), pendidikan pemulihan amat perlu sama ada dikelas biasa atau kelas khas bagi tujuan membantu murid-murid yang mengalamikesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di sekolah khusus yangdihadiri oleh murid atau dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalamdarjah untuk pengajaran dan pembelajaran khusus oleh guru pemulihan.2.2 Hasil Pembelajaran i. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan kelas pemulihan; ii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dalam kelas pemulihan khas; dan iii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dalam kelas biasa. 15
  16. 16. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah2.3 Kerangka Konsep PENGELOLAAN DAN STRATEGI PEMULIHAN PEMULIHAN PEMULIHAN KELAS KHAS KELAS BIASA PROSES PELAKSANAAN PELAKSANAAN PENGAJARAN PENGAJARAN PENGAJARAN PEMULIHAN PEMULIHAN PEMULIHAN PERANAN PENTADBIR PENGURUSAN PEMULIHAN 16
  17. 17. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah2.4.1 Guru Pemulihan Khas i. Ciri-ciri Guru Pemulihan Khas: Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977): Guru Pemulihan adalah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut;  punyai peribadi yang stabil dan mantap  luas bacaan  cerdas  tidak takut disisihkan  sentiasa ingin belajar  cekap dalam pengajaran dan pentaksiran ii. Peranan Guru Pemulihan Khas a. Peranan Penilaian (Assessment Role)  Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.  Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah- masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.  Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik. b. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)  Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.  Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan. c. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role) 17
  18. 18. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Mengajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif- objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.  Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.  Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team- teaching’ atau „khidmat damping‟ sekiranya perlu.d. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)  Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti- aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.  Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi maasalah pembelajaran.e. Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan:  Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan  Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek  Ibu bapa dan waris  Masyarakat  Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.f. Peranan Kaunseling (Counseling Role)  Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman  Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.g. Peranan Advokasi (Advocative Role)  Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG), daerah malah sehingga ke peringkat negeri. 18
  19. 19. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program „reach out’ atau „outreach‟.2.4.2 Bidang Tugas Guru Pemulihan Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia i. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus  murid-murid yang dikenalpasti dari Tahun 1 – 6  keutamaan kepada tahun 1,2 dan 3 ii. Membantu guru-guru asas dalam:  mengenal pasti untuk pemulihan khas  merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan  mengatur jadual waktu pemulihan  mengajar bersama-sama sekiranya perlu iii. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/ doktor/ pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal:  mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan, tabiat, kesihatan  latar belakang iv. Melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran berikut:  kemajuan murid  latar belakang murid  laporan kesihatan  hasil temu bual  rujukan2.4.3 Pemulihan dalam Kelas Biasa Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satuusaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang 19
  20. 20. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendahbelum dicapainya dalam pelajaran lampau. Biasanya murid-murid yang memerlukanpemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenaruntuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnyamemahami konsep yang betul.Dengan adanya pendidikan dalam kelas biasa, murid-murid yang lemah akan merasadiri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini merupakan satubentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran.Mereka tidak akan merasa diri mereka tersisih.Dengan memahami masalah murid-murid pemulihan ini, guru akan merasa empatiterhadap individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yangberbeza ini, atau dapat menjalinkan hubungan mesra antara individu serta dapatmenghayati emosi dan keperluan orang lain.2.4.4 Proses Pengajaran Pemulihan Pengajaran Pemulihan dalam kelas merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat yang disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula salingberhubung antara satu sama lain. Menurut Jamilah Ahmad (1999), Program Pemulihanboleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah ini mementingkan setiapperingkat dijalankan secara berterusan dan berhubung kait. Proses pengendalianprogram pemulihan menurut kaedah ini dapat digambarkan dalam rajah berikut: Nilai Jejak Laksana RancangKaedah JARLINJA JEJAK 20
  21. 21. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahR RANCANGLI LAKSANAN NILAIJEJAKLangkah ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. Guru dikehendakimengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut.RANCANGGuru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-muridsasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta prosesmenilai.LAKSANAGuru harus bijak memilih teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid danmenarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancangan pengajaranhendaklah disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakandengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang ada. Selepas sesuatupengajaran dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agarpembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat.NILAIGuru harus menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilaipencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Hasilpenilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.2.4.5 Pelaksanaan Pengajaran Pemulihan di dalam Kelas Biasa Pendidikan pemulihan ini perlu diberikan kepada mereka, supaya murid-muridyang lemah ini mendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid lain untukmendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid biasa dan membantu merekamengembangkan potensi hingga ke peringkat yang memuaskan.Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, pemulihan dalam kelas biasa adalah aktivititambahan yang lebih kompleks, menarik dan mencabar yang bertujuan untuk kemahiranyang telah dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid 21
  22. 22. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendahmenguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkanmurid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran danpembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari-hari biasa.Murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan di dalam sebuah kelas.Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Pemulihan hanya dijalankan padawaktu-waktu tertentu iaitu 20-30 minit sebelum pengajaran selesai. Ini bermakna murid-murid yang menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuatlatihan mereka.Ada masa-masanya pula pengajaran pemulihan boleh dijalankan secepat mungkinapabila satu-satu masalah itu telah dikenalpasti. Guru boleh menggunakan pengelolaansecara perseorangan atau berpasangan dan juga boleh menggunakan bantuan murid-murid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan.2.4.6 Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan seperti langkah-langkah berikut; i. Program pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja selepas pembelajaran berlangsung. ii. Murid-murid diberi bimbingan individu setelah masalahnya dapat dikesan. iii. Masa khas idak ditentukan. Bimbingan diberi semasa murid-murid lain membuat aktiviti normal mereka. iv. Guru mewujudkan pengajaran kumpulan. v. Murid-murid yang berkebolehan digalakkan menolong rakannya yang bermasalah dengan membimbing rakan mereka membuat aktiviti pengukuhan. vi. Murid yang lemah tidak terkecuali melakukan aktiviti pengayaan apabila dia memerlukannya.2.4.7 Kelebihan Pemulihan dalam Kelas i. Menjimatkan Masa Penumpuan guru tertumpu pada seluruh murid di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah digunakan. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud. 22
  23. 23. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii. Naluri Kanak-Kanak Sikap murid-murid yang suka bergaul secara kumpulan adalah satu cara pengajaran yang berkesan. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan murid akan meningkat. Semakin banyak pergaulan semakin berkembang pengetahuan mereka. iii. Semangat Kerjasama Melalui aktiviti, murid-murid dapat mengadakan perbincangan dan melahirkan pendapat atau idea. Murid-murid dapat melahirkan semangat kerjasama untuk saling bantu membantu dalam sesuatu aktiviti yang diberikan. iv. Kesempatan Bertanding Murid-murid suka bertanding antara satu sama lain. Apabila seorang murid mendapat pujian daripada guru mereka, maka murid yang lain akan berusaha untuk mendapatkannya. Ini akan membawa kepada perkembangan kemahiran murid-murid.2.4.8 Pemulihan dalam Kelas Pemulihan Khas Dalam pendidikan pemulihan khas, kelas merupakan satu daripada keperluanasas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akandibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untukpengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian, dalammenentukan kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri keperluan berikut perludiambil kira. a. Tujuan i. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik- baiknya untuk mencapai objektif pengajaran. ii. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. iii. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan. 23
  24. 24. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah b. Cara Untuk Mengadakan Kelas Pemulihan Terdapat 3 alternatif i. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid- murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Murid-murid pemulihan untuk setiap sesi hendaklah tidak melebihi 15 orang. ii. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid- murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Perhatian: Pemilihan mana-mana alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara guru kelas Pemulihan Khas dengan Guru Besar dan guru asas. c. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut: iii. Masa mengajar – 990 minit iv. Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadual Waktu) v. Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain.2.4.9 Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas i. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM  memberi kelulusan untuk membuka kelas  memberikan latihan untuk guru pemulihan  menyediakan kewangan untuk pengurusan 24
  25. 25. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii. Jabatan Pelajaran Negeri  melantik guru-guru pemulihan  memantau pelaksanaan  memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. iii. Pejabat Pelajaran Daerah  memantau pelaksanaan program  menggerakkan aktiviti di peringkat daerah  memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan  memastikan pihak sekolah menghantarkan data iv. Pentadbir / Pengurus Sekolah  memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang sedang berkuatkuasa  mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah  memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk Program Pemulihan  Memastikan data dikemukakan kepada PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan  Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup  Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada dalam kelas berkenaan  Menyalurkan kewangan2.4.10 Pengurusan Program Pemulihan Khas i. Pencalonan a. Pada akhir Tahun 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3) b. Selepas Ujian Semester 1 c. Dicalonkan oleh: 25
  26. 26. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Guru besar  Guru kelas/guru subjek  Guru pemulihan  Ibu bapa d. Pencalonan dibuat melalui:  pengumpulan maklumat  Borang Latar Belakang  Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan peperiksaan dan buku latihanii. Ujian Saringan Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas Bahasa Melayu dan Matematik – menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas. a) Bentuk dan Skop  Ujian bertulis  Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari  Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan Ema boleh diguna pakai b) Pentadbiran Ujian  dilaksanakan secara kumpulan  murid dalam keadaan selesa – jauh dari gangguan  masa dihadkan  keperluan alat tulis yang lengkap c) Kriteria Pemilihan Murid  Murid yang gagal Ujian Saringan 26
  27. 27. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Jumlah murid yang telah ditentukan – yang mampu diurus  Jenis masalah yang dihadapi muridiii. Ujian Diagnostik Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus. a. Jenis Ujian Diagnostik  Ujian Pengamatan (UDP)  Bahasa Melayu (UDBM)  Matematik (UDM) b. Tujuan Ujian Diagnostik  membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid  membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran  membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid  membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik  membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid c. Bila dilaksanakan  selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan  setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran baru 27
  28. 28. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah d. Subjek yang diuji  BM dan Matematik  Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid e. Pembinaan Ujian Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : Kemahiran yang hendak diuji  Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.  Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.  Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.  Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.  JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek  Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh  Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan susah  Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat  Bentuk soalan: - padanan / suaian - pelbagai pilihan / diskriminasi - mengisi tempat kosong - benar / salahf. Pentadbiran Ujian  dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat  secara kumpulan atau individu  ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, 28
  29. 29. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.  Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa  Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan  pemerhatian guru perlu semasa ujian  Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.  jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan – hentikan ujian  Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberig. Analisis Ujian  dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji  jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran  jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran  Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam Borang Analisis  Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lainh. Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran  Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka objektif pengajaran dan pembelajaran Contoh: - Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul - Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan 29
  30. 30. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahMurid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Muridpemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas3M disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pulatelah diakui oleh pakar perubatan menghadapi masalah disebabkan oleh faktor kognitif.Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yangbersesuaian dengan keperluan murid, mereka akan pulih kerana mereka bukanbermasalah disebabkan oleh faktor kognitif. iv. Ujian Diagnostik Pengamatan a. Rasional Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. b. Apa itu pengamatan: - Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” - mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. - Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. c. Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan:  Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.  Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan 30
  31. 31. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah antara satu-satu objek  Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.  Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.  Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.  Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.d. Komponen Ujian Pengamatan:  Diskriminasi yang sama (Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,  Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,  Diskriminasi saiz (Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,  Diskriminasi kedudukan (Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,  Koordinasi Motor –mata –tangan. 31
  32. 32. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.  Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.  Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.  Turutan (Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.  Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.  Menyalin (Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.e. Panduan melaksanakan ujian pengamatan  Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang dalam komponen pengamatan.  Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.  Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.  Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.  Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.  Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel. 32
  33. 33. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah2.4.11 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas  Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik  Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)  Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)  Menentukan kumpulan murid  Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar  Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai  Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)  Menyediakan bahan Pemulihan Khas  Menyediakan aktiviti2.4.12 Penilaian  Bentuk ujian – formatif, sumatif, pencapaian  Analisis  Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa2.4.13 Tindakan Susulan  Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu dilaksanakan secara berterusan2.4.14 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas Pemulihan Biasa Pemulihan Khas  guru ada asas latihan keguruan  ada asas perguruan dan kursus khas  dijalankan semasa proses p - p  dijalankan pada waktu tertentu kelas biasa  perlu pada setiap mata pelajaran  hanya melibatkan mata-mata pelajaran 33
  34. 34. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pemulihan Biasa Pemulihan Khas yang diajar Bahasa Melayu dan Matematik murid kekal di dalam kelas  murid perlu masuk kelas khas untuk semasa sesi pemulihan sesi pemulihan ujian bulanan atau penggal  ujian pencapaian bagi setiap kemahiran tidak perlu ujian saringan atau  perlu ujian saringan dan diagnostik diagnostik tidak memerlukan rekod yang  penyimpanan segala rekod berkenaan terperinci murid amat penting kekal dalam kelas  murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran pemulihan dilakukan secara  pemulihan dilakukan secara khusus umum murid tahap 1 dan 2 yang tidak  keutamaan murid tahap 1 yang menguasai kemahiran dicalonkan oleh guru kelas pemulihan berdasarkan  perlu merujuk kepada AJK perancangan kelemahan tertentu yang kurikulum sekolah dikesan oleh guru bilangan murid tidak dihadkan  bilangan murid maksimum 15 orang jadual berdasarkan mata  jadual ditentukan sendiri oleh guru pelajaran yang diajar pemulihan 34
  35. 35. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pemulihan Biasa Pemulihan Khas  terlibat dengan setiap panitia  perlu merujuk kepada AJK perancangan mata pelajaran yang diajar kurikulum sekolah Daripada maklumat banding beza di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda.Rumusan:Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru haruslah memahami denganmendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dandilaksanakan dapat mencapai objektifnya. Guru juga perlu menguasai beberapa kaedahpengajaran sebelum merancang aktiviti. Aktiviti 2 1. Nyatakan perbezaan pelaksanaan aktiviti pemulihan di dalam kelas biasa dan Pemulihan Khas. Berikan contoh-contoh yang sesuai. 2. Pilih dua kemahiran lisan dan satu kemahiran bacaan daripada sukatan pelajaran tahap satu. a. Tuliskan objektif pelajaran yang hendak dicapai melalui kemahiran tersebut. b. Rancangkan langkah-langkah pemulihannya. 3. Apakah yang harus diambil kira ketika membahagikan murid- murid pemulihan kepada kumpulan-kumpulan tertentu ? 35
  36. 36. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 3 Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran  Kemahiran Lisan  Kemahiran Membaca  Kemahiran Menulis 3.1 Sinopsis Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidangkemahiran bahasa , iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selainbidang kemahiran bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagaiaspek bahasa seperi aspek fonologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dansematik. Sehubungan iu, sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini adalahdihasilkan oleh pengaruh latar belakang murid. Justeru keanekaan latar belakang daripelbagai bangsa, bahasa, agama dan kebudayaan itu juga merupakan masalah dancabaran bagi guru yang mengajar bahasa khasnya Bahasa Melayu .3.2 Hasil Pembelajaran i. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti kemahiran lisan; ii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran membaca; iii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran menulis 36
  37. 37. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah3.3 Kerangka Konsep LISAN  DEFINISI KEMAHIRAN- BACAAN KEMAHIRAN  MASALAH/ ASAS DALAM KELEMAHAN BAHASA MELAYU TULISAN  STRATEGI/ CARA MENGATASI EJAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN3.4 Perkembangan Bahasa Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjauperkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawakepada suatu peringkat kedewasaan3.4.1 Definisi Bahasa: i. Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya 37
  38. 38. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah3.4.2 Fungsi-Fungsi Bahasa i. Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat. ii. Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain. iii. Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi. iv. Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri. v. Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial. vi. Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami. vii. Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.3.4.3 Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Melayu a. Kemahiran Lisan b. Kemahiran Bacaan c. Kemahiran Tulisan d. Kemahiran Ejaan3.4.4 Kemahiran Lisan i Pengenalan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang- ulang. 38
  39. 39. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah3.4.5 Kemahiran-kemahiran Asas dalam Lisan i Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi- bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:  Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.  Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.  Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.  Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.  Mendengar secara kritikal.  ” auding”  Mengikut arahan.  Memahami urutan atau sekuan.  Mengingat kembali.  Menentukan idea utama / terpenting.  Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan. ii. Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. 39
  40. 40. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.3.4.6 Kepentingan Lisan Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelummengajar kanak-kanak membaca dan menulis.Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mulamendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa denganbahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah merekamenginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan danmengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikapdan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa denganpemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jikaseseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidakdapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalahdipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secaralisan akan membina asas bahasa yang kukuh.Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awalpersekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkandan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan inimemudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar. 40
  41. 41. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah3.4.7 Pengesanan Daerah Kelemahan Lisan Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan danintonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina sertamelaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:  Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.  Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.  Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.  Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.  Mendengar secara kritikal.Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisarakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaranmurid-murid.Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnyadengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.3.4.8 Cara Memperbaiki Kelemahan-kelemahan Lisan  Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.  Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.  Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.  Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..  Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta. 41
  42. 42. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.3.4.9 Perkara-perkara Penting Dalam Pengajaran Lisan Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : i. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. ii. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. iii. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. iv. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. v. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan- bahan mereka sendiri. vi. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :  Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.  Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.  Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur. 42
  43. 43. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah vii. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja. viii. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid. ix Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.3.4.10 Kemahiran Bacaan i. Definisi Membaca Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.Kesimpulan Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.3.4.11 Proses Bacaan i. Bacaan Sebagai Proses Sensori (KEDERIAAN) a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang. 43
  44. 44. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas. ii. Membaca Sebagai Proses Pengamatan (PERSEPTUAL) a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan. b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih. c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar. d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan. e. Sintesis : Membuat kesimpulan iii. Membaca Sebagai Proses Bahasa (LINGUISTIK) a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. iv. Membaca Sebagai Proses Mental (KOGNITIF) a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.3.4.12 Kesediaan Membaca Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran- kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu. i. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca a. Keadaan Fizikal  Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.  Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.  Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.  Umur: Peringkat umur yang berbeza.  Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca.  Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.  Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am. 44
  45. 45. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah b. Pengalaman Dan Persekitaran Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai. c. Emosi, Motivasi dan Sahsiah  Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi.  Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .  Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain. d. Kecerdasan dan Perkembangan Kognitif Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza. e. Daya Diskriminasi (Pengamatan)  Diskriminasi Penglihatan.  Diskriminasi Pendengaran. f. Pengusaan Bahasa  Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.3.4.13 Masalah-masalah Dalam Bacaan i. Bentuk Huruf  Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.  Huruf terbalik.  Bunyi huruf yang seakan-akan sama.  Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.  Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.  Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah. 45
  46. 46. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii. Peringkat Suku Kata  Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.  Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.  Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.  Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.  Salah memecah / membatang suku kata.  Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.  Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.  Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.  Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.iii. Kesukaran Dalam Pengamatan  Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.  Mengeja sebelum membaca.  Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.  Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan  Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.  Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.  Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.  Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.  Menyebut perkataan mengikut loghat. 46
  47. 47. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iv. Kesukaran Membaca Peringkat Ayat  Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.  Tertinggal.  Pembalikan perkataan.  Mengulang.  Merangkak-rangkak.  Membaca mengikut loghat. v. Strategi Membantu Kanak-Kanaka Ke Arah Membaca  Mengenal pasti kanak-kanak.  Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.  Susun strategi pemulihan.  Pelaksanaan.  Penilaian3.4.14 Kemahiran Tulisan i. Definisi Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. ii. Peranan Tulisan Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok 47
  48. 48. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah masyarakat.Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta akat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak , dan lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran serta perasaan yang bukan sahaja untuk diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga untuk seluruh insan umumnya.3.4.15 Peringkat-peringkat Perkembangan Tulisan i Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:  Peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.   Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain. 48
  49. 49. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.  Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.  Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.ii. Tulisan Mekanis Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil / sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :  Kemahiran mengawal dan memegang pensel.  Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.  Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.iii. Tulisan Kreatif Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :  Membina ayat.  Mengarang cerita.  Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll. 49
  50. 50. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Menulis surat kiriman.  Lain-lain yang berkaitan.3.4.16 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Pemulihan  Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.  Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.  Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan  Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.  Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,  Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil.  Masalah pembalikan huruf atau perkataan.  Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.  Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.  Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.  Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.  Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.  Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.  Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.  Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.3.4.17 Cara-Cara Mengatasi Masalah Tulisan Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. 50
  51. 51. BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.3.4.18 Ejaan i. Definisi Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak- kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperoleh melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. ii. Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Ejaan a. Lemah dalam ingatan penglihatan.  Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.  Masalah penglihatan seperti rabun dan juling. b. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.  Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.  Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.  Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.  Kemungkinan lemah dalam bacaan.3.4.19 Aktiviti-Aktiviti Kemahiran Mengeja  Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung ) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.  Mendiskriminasi perkataan.  Melengkapkan atau menambah perkataan. 51

×