Your SlideShare is downloading. ×
Minit mesyuarat pkg 2 smk baling
Minit mesyuarat pkg 2 smk baling
Minit mesyuarat pkg 2 smk baling
Minit mesyuarat pkg 2 smk baling
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Minit mesyuarat pkg 2 smk baling

2,896

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,896
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
125
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. MINIT MESYUARAT PANITIA KURANG GURU KALI KE-2 BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL TAHUN 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALINGTarikh : 1 Januari 2011Tempat : Bilik Ketua Bidang Teknik & VokasionalMasa : 1.30 PetangKehadiran : 1. Mat Zaini bin Abdullah (Ketua Bidang Teknik & Vokasional) 2. Hj. Salahudin bin Aziz (Lukisan Kejuruteraan) 3. Nik Huzaiman bin Nik Ismail (Prinsip Perakaunan) 4. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff (Perdagangan) 5. Badrul Nizam bin Ahmad (Ekonomi Asas)Perbutiran mesyuarat sebagaimana berikut :I. ALU-ALUAN PENGERUSI1. Ketua Bidang Teknik & Vokasional mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru bagi mesyuarat kali ke-2, Panitia Kurang Guru di bawah bidang teknik dan vokasional.2. Beliau mencadangkan agar En. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff dilantik sebagai setiausaha mesyuarat, cadangan beliau disetujui oleh En. Nik Huzaiman bin Nik Ismail. Perlantikan setiausaha akan dibuat secara giliran bagi setiap kali mesyuarat panitia kurang guru. Minit mesyuarat ditetapkan satu dengan agihan untuk setiap panitia bagi tujuan fail panitia. Tidak perlu penulisan minit mesyuarat secara berasingan mengikut panitia.3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan guru dalam meningkat prestasi akademik panitia masing-masing. Diharap momentum kecemerlangan diteruskan bagi tujuan membantu murid meningkatkan prestasi dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.4. Selain itu, beliau juga menegaskan prinsip kerja bidang teknik dan vokasional ialah “Apa yang perlu ada, diadakan. Apa yang perlu dibuat, dilaksanakan”. Guru-guru juga diminta peka dengan maklumat semasa sebagai panduan dalam mengurus kerja- kerja sebagai seorang guru agar tidak menyalahi dengan kehendak “stakeholder” bidang pendidikan. TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIAII. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS5. Nik Huzaiman bin Nik Aziz diminta membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Hj. Salahudin bin Aziz mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. En. Badrul Nizam bin Ahmad menyokong. TINDAKAN : MAKLUMAN AHLI MESYUARAT
  • 2. III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT6. Tiada perkara dibangkitkan mengenai minit mesyuarat lepas TINDAKAN : MAKLUMAN AHLI MESYUARATIV. PERANCANGAN STRATEGIK SPM TAHUN 20127. Pengerusi meminta agar setiap panitia menyediakan perancangan strategik bagi tahun 2012 sebagaimana format yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran Kedah.8. Hj. Salahudin bin Aziz memaklumkan bahawa perancangan strategik telah disediakan sehingga tahun 2013. Dalam hal ini, pengerusi memaklumkan agar perancangan bagi tahun 2012 dcabut keluar bagi tujuan pelaksanaan. Beliau meminta agar setiap program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan perlulah “landing” sesuai dengan perbelanjaan yang ditanggung.9. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu melihat perancangan yang telah dibuat adakah realistik dan memenuhi keperluan murid. Beliau menyarankan setiap program bersifat menyokong pembelajaran murid dalam bilik darjah. Misalnya, murid prinsip perakaunan boleh melawat Jabatan Audit Negeri Kedah bagi memperolehi maklumat proses audit yang dijalankan oleh pihak berkenaan yang bersangkut dengan proses pembelajaran perakaunan dalam kelas.10. Dalam pada itu, penekanan perlu diberikan kepada kualiti program dan bukan kuantitinya. Guru sebelum merancang sesuatu program perlu membuat justifikasi sejauhmanakah keberkesanan program kepada pencapaian akademik murid? Sehubungan itu, program perlu dilaksanakan lebih awal supaya keputusan peperiksaan atau ujian boleh dijadikan KPI (Key Perfomance Index) bagi tujuan penambaikan program sedia ada atau membina program baru. TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIAV. PERANCANGAN STRATEGIK TINGKATAN EMPAT 201211. Pengerusi juga memaklumkan supaya perancangan strategik tingkatan 4 bagi setiap mata pelajaran dibuat berdasarkan format Jabatan Pelajaran Kedah yang diedarkan pada tahun 2010.12. En. Badrul Nizam bin Ahmad bertanyakan perancangan strategik bagi mata pelajaran ekonomi asas kerana mata pelajaran berkenaan tidak dimuktamadkan samada sekolah akan menawarkan ataupun tidak. Perkara yang sama juga dikemukakan oleh En. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff berkaitan mata pelajaran perdagangan.13. Respon pengerusi, secara dasarnya pengetua telah memberi kebenaran untuk mata pelajaran berkenaan ditawarkan. Hal ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah. Sekiranya pengurusan sekolah memutuskan kedua-dua mata pelajaran berkenaan tidak akan ditawarkan maka perancangan strategik bagi tingkatan 4 tidak perlu dibuat. Jika sebaliknya, maka ia perlu dibuat.14. Hj. Salahudin bin Aziz bertanyakan tarikh penghantaran perancangan strategik kepada pihak pengurusan.
  • 3. 15. Pengerusi menetapkan pada minggu ke-2 persekolahan (selewat-lewatnya hari Khamis) dihantar kepada beliau dan beliau akan memanjangkan kepada pengetua serta penolong kanan pentadbiran mengikut keperluan. TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIAVI. ANGGARAN BELANJAWAN PANITIA 201216. Semua panitia dikehendaki menyediakan anggaran belanjawan panitia bagi tahun 2012 untuk tujuan perbelanjaan. Tarikh serahan kepada beliau telah ditetapkan pada minggu pertama persekolahan (selewat-lewatnya pada Khamis).17. Nik Huzaiman bin Nik Ismail bertanyakan tentang penggunaan wang PCG mata pelajaran. Pengerusi meminta beliau rujuk kepada Surat Pekeliling Kewangan bil.8 tahun 2010 dan dibaca bersekali dengan Akta Acara Kewangan 1957.18. Hj. Salahudin bin Aziz membangkitkan soal pembelian harta modal dengan menggunakan wang PCG mata pelajaran. Pengerusi memaklumkan mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.8(2010) pembelian harta modal dengan wang PCG mata pelajaran adalah dibenarkan dengan syarat diputuskan oleh Jawatankuasa Khas peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua sahaja. Laporan dan salinan resit pembelian perlu dihantar ke Jabatan Pelajaran Kedah melalui Pejabat Pelajaran Daerah.19. Pengerusi juga mengingatkan agar pembelian dilakukan dengan mengikut prosedur kewangan yang betul. Guru diminta mengisi borang prapesanan atau nota minta, setelah pengetua meluluskan maka pembelian barang boleh dilaksanakan. Jika berlaku pembelian barang tanpa melalui prosedur bagi tahun 2012, beban pembayaran akan menjadi tanggungjawab guru berkenaan. TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIAVII. HAL-HAL LAIN20. Semua guru diminta mengemaskini fail-fail panitia, urusan berkaitan panitia, buku rekod pengajaran, kemasukan markah ke dalam SAPS dan teacher assit sebelum bercuti. Semua buku latihan murid (jika ada) perlu dipulang semula kepada murid. Kemaskini stok panitia perlu dilaksanakan supaya memberi kesenangan untuk pengurusan panitia pada tahun hadapan. TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA21. Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-as.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 PetangDicatat oleh : Disemak oleh :............................................................... ................................................MOHD MUZHAR BIN MOHD YUSOFF MAT ZAINI BIN ABDULLAHSetiausaha Mesyuarat PengerusiTarikh : 02 Januari 2011 Tarikh : 02 Januari 2011

×