SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
PERBANDINGAN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD POWER GOLD GSR GCP
Perbandingan pelaburan emas public gold dengan power gold, gsr dan gcp
sebagai panduan pemilihan pelaburan emas fizikal terbaik Malaysia.
Public Gold (PG), Power Gold (PWG), GSR (Golden Silver Resources) dan GCP
(GoldCrest Pavilion) adalah syarikat perniagaan emas fizikal terkemuka
Malaysia. Syarikat perniagaan emas mempunyai kelebihan serta kekurangan yang
tersendiri. Sebagai pengedar emas public gold, pastinya saya akan mengatakan syarikat
perniagaan emas public gold paling baik. Namun begitu setiap orang mempunyai
pendapatnya yang tersendiri. Saya selalu di tanya oleh pelanggan yang ingin mula membeli
emas, perbandingan antara emas public gold dengan power gold dan sebagainya. Oleh itu
saya menjelajahi google untuk mendapatkan maklumat perbandingan public gold dengan
syarikat emas lain sehingga terjumpa artikel dari pengedar emas power gold bertajuk
“Perbezaan perniagaan Emas PowerGold VS PublicGold”.
Klik link untuk melihat artikel tersebut di
http://powergoldmall.blogspot.my/2015/08/perbezaan-perniagaan-emas-powergold-
vs.html .
Artikel tersebut bagus dan tepat cuma beberapa maklumat tentang public gold diperjelaskan
atau dibetulkan untuk pemahaman di akhir petikan artikel ini. Saya berpengalaman lebih 5
tahun bersama public gold, jadi saya hanya pakar dalam pelaburan emas public gold sahaja.
Petikan artikel Perbezaan perniagaan Emas Power Gold VS Public Gold seperti
di bawah :
“ Saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) , PG (Public
Gold) , GCP (GoldCrest Pavilion) dan PWG (Powergold). Tiada niat untuk menjatuhkan
mana2 pihak. Kerana memang menjadi sikap semulajadi saya dan sebab skop kerja
menyebabkan saya sedikit analitikal, jadi saya membuat perbandingan dari pelbagai
persepektif seperti Status Syarikat, Produk dan Pelan Perniagaan yg ditawarkan.
STATUS SYARIKAT:
GSR, GCP & PWG: Milik Bumiputera Islam 100%.
PG: Milik Usahawan Kaum Tionghua - boleh google maklumat mereka.
Nota: Bukan saya mahu bersikap rasis tetapi bagi sesetengah orang ini juga perlu diambil
kira.
BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER
GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat
jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2
tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh
diwariskan.
PG : anda perlu beli minimum RM30,000 emas untuk melayakkan anda menjadi
automatik Normal Dealer kepada PG. RM30,000 tersebut boleh daripada emas perhiasan,
jongkong emas atau dinar. Utk jadi Priority Dealer kena buat belian minimum
RM100,000.
GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak
boleh diwariskan.
PWG : bayaran minimum adalah RM350 (Ahli) dan RM3800 (Stokis). Ahli/Stokis
diberikan goldbar 999.9 0.5g/8.5g serta laman web rujukan harga dan rekod jualan serta
laman web katalog produk (e-catalogue) selain pemberian Cashback Reward perkongsian
keuntungan syarikat sehingga RM500/RM1500 mengikut pakej. Bisnes boleh juga
diwarisi.
PERBEZAAN PRODUK
GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar 999.9 1g, 5g dan 10g, rantai emas
999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak
PG : PG menawarkan gold bar 999.9 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g, Silver bar 250g, 500g
dan 1kg, Dinar 999.9 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery
GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 999.9 1g, 10g, 20g, 50g, 100g
PWG: PWG menawarkan emas perhiasan 916, goldbar 999.9 1g, 5g, 10g, 20g, 50g,100g,
500g, Dinar 999.9 Suku Dinar, 1 Dinar dan 2Dinar & syiling emas 0.5g (terbaru)
PENGIKTIRAFAN GOLD BAR
Kesemuanya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor
Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga.
Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan
dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted)
KOMISEN AGEN ATAU DEALER
GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang
ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga
terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG
berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority
Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada
20hb setiap bulan.
PWG : komisen jualan antara 6-12%. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan
harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar. Setiap gram yg
dibeli, syarikat beri RM1/gram dalam bentuk reward ke dalam e-wallet.
OVERRIDING INTRODUCER DEALER GET DEALER
GSR dan GCP : adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer
akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer,
Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5%
overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding
dari sales ND yang ditajanya.
PWG: adalah "multi layer". Introducer yg perkenalkan Dealer akan mendapat 10% dari
Dealer di Level 1 dan 2% dari Dealer di Level 2. Disamping itu Introducer juga mendapat
20% di overriding dari sales setiap Dealer dibawahnya sehingga 5 level.
PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD
GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-
8% less than web price.
PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer adalah 1-
2% less than web price.
PWG: harga di laman web adalah harga dealer, namun harganya 6-12% lebih murah dari
harga pasaran semasa. Terpulang pada kreativiti Dealer utk menentukan harga Jualan
kpd customer terutama yg melibatkan volume yang besar.
Namun ada 1 lagi faktor yg perlu diambil kira semasa membuat pembelian emas adalah
"spread" atau susut nilai. Spread adalah peratusan perbezaan harga jualan oleh syarikat
(SELL) dgn harga belian balik oleh syarikat (BUY BACK). Ada syarikat menawarkan
harga per gram yg rendah tetapi peratusan spread yg tinggi, ada syarikat menawarkan
harga yg sedikit tinggi tetapi spread yg agak rendah. Dalam ilmu pelaburan emas
peratusan spread yg agak munasabah bagi menjaminkan keuntungan pelaburan
diperolehi dgn cepat adalah antara 2% hingga 8% utk goldbar dan dinar. Barang kemas
916 mempunyai spread yg tinggi disebabkan faktor upah membuat. Biasanya spread yg
munasabah bagi barang kemas 916 adalah antara 10%-15%. Kerana spread yg tinggi,
jarang kita dengar pakar2 pelaburan akan mengesyorkan membuat pelaburan emas
menggunakan barang kemas 916.
Dari info yg saya kaji saya boleh rumuskan julat spread goldbar dan dinar bagi setiap
syarikat seperti berikut:
GSR dan GCP: 5.5% hingga 10%
PG: 2.5% hingga 6.0% utk Priority Dealer; 4.5% hingga 8.0% utk Normal Dealer
PWG: 3.5% hingga 7.0% utk Stokis; 5.0% hingga 8.0% utk Ahli (Dealer)
BUYING PROCEDURE
GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm
melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.
PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga
dijalankan 7 hari seminggu.
PWG: Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 9am - 5pm
setiap hari melalui web atau telefon. Untuk barang kemas 916 , Sabtu dan Ahad tiada
urusniaga dijalankan
SERVICE PROVIDED
GSR, GCP dan PWG : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian
balik @ 'buyback' dari customer.
PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up
sendiri atau atas bantuan dealer ”
( Petikan artikel Perbezaan perniagaan Emas Power Gold VS Public Gold)
Petikan artikel di atas kebanyakan tepat cuma beberapa pembetulan dan
penerangan mengenai perniagaan emas public gold iaitu :
PENJELASAN STATUS SYARIKAT PUBLIC GOLD :
Pengasas Public Gold sememangnya berbangsa cina warganegara Malaysia atau ceo public
gold iaitu dato’ wira Louis Ng. Walaupun berbangsa cina atau bukan islam tetapi telah
melakukan tanggungjawab sosial seperti membayar zakat melalui anak syarikat public gold
iaitu Arrahnu Koperasi Dagang Emas dan telah menubuhkan Public Gold Faundation atau
Yayasan Public Gold untuk membantu badan kebajikan seperti terbabit program
tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan bulanan tetap kepada
badan kebajikan termasuk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH).
Saya memilih public gold sebagai tapak pelaburan, selain daripada faktor harga emas,
peratus spread, kekukuhan syarikat, kemudahan jual beli emas, juga pilihan faktor pengasas
public gold ialah cina. Ini adalah kerana kelayakkan, kebolehan, sikap kerja keras dan
bersungguh-sungguh dalam perniagaan cina. Tambahan lagi kita jarang mendengar kaum
cina terlibat dalam pelaburan skim pelaburan tipu atau skim cepat kaya. Perkara ini
sememangnya terbukti apabila public gold semakin maju, berkembang dan kukuh dengan
adanya 18 cawangan public gold, website database Oracle yang boleh menampung kapasiti
besar serta back up data online, mendapat pelbagai anugerah, arrahnu koperasi dagang
emas dan baru dibuka PG Gold Museum iaitu muzium emas pertama di Malaysia.
PENJELASAN BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD :
Syarat untuk menjadi dealer Public gold adalah dengan membeli emas RM30k
dan otomatik menjadi dealer tanpa yuran atau bayaran hangus. Katalog atau
broucer serta seminar percuma untuk ahli atau dealer public gold. Syarat untuk menjadi
dealer Power gold adalah bayaran minimum adalah RM350 untuk menjadi ahli dengan
diberikan percuma gold bar 0.5 gram yang berharga lebih kurang RM100. Saya rasa wang
selebihnya RM250 lagi adalah untuk membayar komisen kepada upline kerana perniagaan
emas power gold bercirikan multilevel atau multilayer. Public Gold juga sentiasa memberi
peluang mudah menjadi dealer melalui promosi tertentu seperti promosi pembelian emas
RM500 untuk pelajar, pembelian 100 gram emas program gap dan sebagainya.
PENERANGAN PERBEZAAN PRODUK PUBLIC GOLD
Public Gold menjual pelbagai jenis jongkong emas dan emas dinar 24K LBMA
bebas cukai gst serta jongkong perak seperti jongkong emas 0.5gram dengan pelbagai
tema, gold bar 1 gram pelbagai tema, 5g, 10g hingga gold bar 250g. Public gold juga menjual
emas dinar 24K lbma bebas gst terdiri daripada setengah dinar, 1 dinar emas, 5 dinar dan 10
dinar. Emas dinar Public Gold adalah satu-satunya dinar emas yang dapat pengecualian
cukai gst di Malaysia. Public Gold juga menyediakan Program GAP (Gold Accumulation
Program) yang pertama di Asia untuk kemudahan pelaburan emas. Program GAP akan
memberi keuntungan kepada pelabur emas modal kecil iaitu dengan membeli emas 1 gram,
menambah belian emas untuk mengumpul emas dan boleh mengeluarkan sekeping
jongkong emas yang besar seperti gold bar 50g 24K lbma setelah cukup emas yang
dikumpulkan 100 gram. Cara ini lebih menguntungkan daripada membeli dan menyimpan
gold bar 1 gram yang banyak seperti 50 keping gold bar 1 gram kerana peratus spread atau
susut nilai harga jongkong emas 1g adalah tinggi. Klik CARA MEMBELI EMAS RM100
ATAU 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat mengenai program
gap public gold.
PENJELASAN PENGIKTIRAFAN GOLD BAR PUBLIC GOLD
Gold bar public gold berketulinan 24K bercop LBMA diiktiraf dunia bebas gst.
Syiling emas dinar public gold berketulenan 24K bercop LBMA tanpa cukai gst yang
merupakan satu-satunya emas dinar dalam Malaysia yang mendapat pengecualian cukai gst.
KOMISEN AGEN ATAU DEALER PUBLIC GOLD
Komisen dealer atau pengedar emas public gold adalah rendah iaitu hanya 1%
hingga 2% sahaja daripada belian emas dan 0.3% daripada jualan emas. Komisen
yang sedikit kepada dealer adalah supaya dapat menawarkan harga emas termurah kepada
pelanggan public gold. Walaupun komisen dealer sedikit, tetapi jika dapat jualan atau sales
yang banyak pastinya komisen yang diperolehi juga lumayan.
PENJELASAN PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD
Harga emas public gold adalah harga customer dan dealer. Harga emas public gold
tetap dan sama walau harga ahli atau harga dealer public gold yang telus
berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Ini akan memudahkan serta
memaksimakan keuntungan kerana dapat lock harga beli emas atau menjual emas secara
online. Rajah di atas sekali adalah perbandingan harga emas public gold, power gold, gsr dan
gcp pada masa dan hari yang sama iaitu 16 Oktober 2015. Harga jongkong emas
termurah adalah jongkong emas public gold.
BUYING PROCEDURE PUBLIC GOLD
Procedur atau tatacara pembelian atau penjualan emas public gold boleh dilakukan secara
online iaitu kunci harga beli emas atau kunci harga jual emas secara online 24 jam sehari
atau secara offline iaitu terus mengunjungi cawangan public gold terdekat. Pembelian atau
penjualan emas public gold adalah tetap dan telus mengikut harga emas dunia yang berubah
setiap 20 minit. Pelabur emas boleh membeli emas atau menjual emas bila-bila masa setiap
hari 7 hari seminggu secara online dan selepas lock harga beli emas atau jual emas perlu ke
cawangan public gold berdekatan untuk proses mengambil emas yang dibeli atau
menghantar emas yang dijual secara online. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD
untuk membeli emas secara online.
PENERANGAN SERVICE PROVIDED
Public Gold mempunyai 18 cawangan untuk kemudahan pelaburan emas fizikal
yang lebih kemas, selamat dan teratur. Jika membeli gold bar 1g mungkin berani
untuk diposkan, bagaimana jika membeli gold bar 100g atau gold bar 250g ?. Adakah anda
sanggup, berani dan yakin jongkong emas anda diposkan atau di hantar kerumah?.
Penyediaan cawangan penting untuk kemudahan dan keselamatan pelaburan emas.
Sebenarnya banyak perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh public gold untuk
kemudahan pelabur emas seluruh dunia. Klik SENARAI PERKHIDMATAN DAN
SERVIS PUBLIC GOLD.
Semua syarikat emas ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pilihan pelaburan
adalah ditangan pelabur, jadi pilih syarikat pelaburan emas terbaik. Pelaburan emas
adalah pelaburan jangka panjang jadi faktor kekukuhan syarikat penting untuk
mendapatkan keuntungan dan mengelak dari potong harga jual apabila
menjual kepada syarikat emas yang berlainan. Perkara utama pemilihan syarikat
perniagaan emas adalah syarikat emas yang dapat menawarkan harga emas termurah,
peratus spread terendah, kemudahan pembelian dan penjualan emas, kemudahan serta
keselamatan pelaburan seperti cawangan yang banyak, kekukuhan syarikat emas dan servis
serta perkhidmatan terbaik. Klik 111 KELEBIHAN PELABURAN JONGKONG EMAS
DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk melihat senarai 111 kelebihan atau kebaikkan
melabur dalam pelaburan emas dan perak public gold. Maklumat pelaburan emas public
gold, hubungi atau whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Junus, PG001425 Authorised
Master Dealer Public Gold.
Sekian, terima kasih dan mohon kemaafan jika tersilap kata.
Perbandingan, pelaburan emas, perniagaan emas, syarikat emas, public gold, PG, power
gold, GSR, Golden Silver Resources, GCP, Gold Crest Pavilion, emas, jongkong emas, emas
dinar, pelaburan emas fizikal, perbezaan public gold dengan power gold, perbandingan
public gold vs power gold, perbandingan syarikat emas, syarikat emas terbaik, pilihan
pelaburan emas, pelaburan emas terbaik, panduan pelaburan emas, emas paling murah,
jongkong emas termurah, syarikat pelaburan emas, malaysia
CARA MEMBELI EMAS RM100 ATAU 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-
bar-1-gram-program-gap-public-gold/
CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/
SENARAI SERVIS DAN PERKHIDMATAN PUBLIC GOLD
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/sitemap-xml/senarai-perkhidmatan-
dan-servis-public-gold/
111 KELEBIHAN PELABURAN JONGKONG EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/111-kelebihan-pelaburan-emas-dan-
perak-public-gold/

More Related Content

More from zaidi Emas Public Gold

More from zaidi Emas Public Gold (18)

Pengumuman terbaru pelaburan emas public gold
Pengumuman terbaru pelaburan emas public goldPengumuman terbaru pelaburan emas public gold
Pengumuman terbaru pelaburan emas public gold
 
Ramalan emas 2018
Ramalan emas 2018Ramalan emas 2018
Ramalan emas 2018
 
Rahsia pelaburan emas public gold
Rahsia pelaburan emas public goldRahsia pelaburan emas public gold
Rahsia pelaburan emas public gold
 
Destinasi popular di madrid sepanyol
Destinasi popular di madrid sepanyolDestinasi popular di madrid sepanyol
Destinasi popular di madrid sepanyol
 
Panduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrahPanduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrah
 
Mengenai pelaburan emas public gold
Mengenai pelaburan emas public goldMengenai pelaburan emas public gold
Mengenai pelaburan emas public gold
 
Pengalaman umrah pertama kali di mekah
Pengalaman umrah pertama kali di mekahPengalaman umrah pertama kali di mekah
Pengalaman umrah pertama kali di mekah
 
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitikApa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
 
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modalPeluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
 
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
 
Cara jana pendapatan pasif
Cara jana pendapatan pasifCara jana pendapatan pasif
Cara jana pendapatan pasif
 
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupCara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
 
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosiMasa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
 
Tempat menarik di turki untuk di lawati
Tempat menarik di turki untuk di lawatiTempat menarik di turki untuk di lawati
Tempat menarik di turki untuk di lawati
 
Kelebihan database oracle
Kelebihan database oracleKelebihan database oracle
Kelebihan database oracle
 
Cara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading websiteCara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading website
 
Cara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading websiteCara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading website
 
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshareBagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
 

Perbandingan pelaburan emas public gold power gold gsr gcr

  • 1. PERBANDINGAN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD POWER GOLD GSR GCP Perbandingan pelaburan emas public gold dengan power gold, gsr dan gcp sebagai panduan pemilihan pelaburan emas fizikal terbaik Malaysia. Public Gold (PG), Power Gold (PWG), GSR (Golden Silver Resources) dan GCP (GoldCrest Pavilion) adalah syarikat perniagaan emas fizikal terkemuka Malaysia. Syarikat perniagaan emas mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Sebagai pengedar emas public gold, pastinya saya akan mengatakan syarikat perniagaan emas public gold paling baik. Namun begitu setiap orang mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Saya selalu di tanya oleh pelanggan yang ingin mula membeli emas, perbandingan antara emas public gold dengan power gold dan sebagainya. Oleh itu saya menjelajahi google untuk mendapatkan maklumat perbandingan public gold dengan syarikat emas lain sehingga terjumpa artikel dari pengedar emas power gold bertajuk “Perbezaan perniagaan Emas PowerGold VS PublicGold”. Klik link untuk melihat artikel tersebut di http://powergoldmall.blogspot.my/2015/08/perbezaan-perniagaan-emas-powergold- vs.html . Artikel tersebut bagus dan tepat cuma beberapa maklumat tentang public gold diperjelaskan atau dibetulkan untuk pemahaman di akhir petikan artikel ini. Saya berpengalaman lebih 5 tahun bersama public gold, jadi saya hanya pakar dalam pelaburan emas public gold sahaja. Petikan artikel Perbezaan perniagaan Emas Power Gold VS Public Gold seperti di bawah : “ Saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) , PG (Public Gold) , GCP (GoldCrest Pavilion) dan PWG (Powergold). Tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak. Kerana memang menjadi sikap semulajadi saya dan sebab skop kerja
  • 2. menyebabkan saya sedikit analitikal, jadi saya membuat perbandingan dari pelbagai persepektif seperti Status Syarikat, Produk dan Pelan Perniagaan yg ditawarkan. STATUS SYARIKAT: GSR, GCP & PWG: Milik Bumiputera Islam 100%. PG: Milik Usahawan Kaum Tionghua - boleh google maklumat mereka. Nota: Bukan saya mahu bersikap rasis tetapi bagi sesetengah orang ini juga perlu diambil kira. BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan. PG : anda perlu beli minimum RM30,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik Normal Dealer kepada PG. RM30,000 tersebut boleh daripada emas perhiasan, jongkong emas atau dinar. Utk jadi Priority Dealer kena buat belian minimum RM100,000. GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan. PWG : bayaran minimum adalah RM350 (Ahli) dan RM3800 (Stokis). Ahli/Stokis diberikan goldbar 999.9 0.5g/8.5g serta laman web rujukan harga dan rekod jualan serta laman web katalog produk (e-catalogue) selain pemberian Cashback Reward perkongsian keuntungan syarikat sehingga RM500/RM1500 mengikut pakej. Bisnes boleh juga diwarisi. PERBEZAAN PRODUK GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar 999.9 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak PG : PG menawarkan gold bar 999.9 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g, Silver bar 250g, 500g dan 1kg, Dinar 999.9 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 999.9 1g, 10g, 20g, 50g, 100g PWG: PWG menawarkan emas perhiasan 916, goldbar 999.9 1g, 5g, 10g, 20g, 50g,100g, 500g, Dinar 999.9 Suku Dinar, 1 Dinar dan 2Dinar & syiling emas 0.5g (terbaru) PENGIKTIRAFAN GOLD BAR Kesemuanya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga. Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted) KOMISEN AGEN ATAU DEALER GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar. PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan. PWG : komisen jualan antara 6-12%. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar. Setiap gram yg dibeli, syarikat beri RM1/gram dalam bentuk reward ke dalam e-wallet. OVERRIDING INTRODUCER DEALER GET DEALER GSR dan GCP : adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
  • 3. PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya. PWG: adalah "multi layer". Introducer yg perkenalkan Dealer akan mendapat 10% dari Dealer di Level 1 dan 2% dari Dealer di Level 2. Disamping itu Introducer juga mendapat 20% di overriding dari sales setiap Dealer dibawahnya sehingga 5 level. PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5- 8% less than web price. PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer adalah 1- 2% less than web price. PWG: harga di laman web adalah harga dealer, namun harganya 6-12% lebih murah dari harga pasaran semasa. Terpulang pada kreativiti Dealer utk menentukan harga Jualan kpd customer terutama yg melibatkan volume yang besar. Namun ada 1 lagi faktor yg perlu diambil kira semasa membuat pembelian emas adalah "spread" atau susut nilai. Spread adalah peratusan perbezaan harga jualan oleh syarikat (SELL) dgn harga belian balik oleh syarikat (BUY BACK). Ada syarikat menawarkan harga per gram yg rendah tetapi peratusan spread yg tinggi, ada syarikat menawarkan harga yg sedikit tinggi tetapi spread yg agak rendah. Dalam ilmu pelaburan emas peratusan spread yg agak munasabah bagi menjaminkan keuntungan pelaburan diperolehi dgn cepat adalah antara 2% hingga 8% utk goldbar dan dinar. Barang kemas 916 mempunyai spread yg tinggi disebabkan faktor upah membuat. Biasanya spread yg munasabah bagi barang kemas 916 adalah antara 10%-15%. Kerana spread yg tinggi, jarang kita dengar pakar2 pelaburan akan mengesyorkan membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas 916. Dari info yg saya kaji saya boleh rumuskan julat spread goldbar dan dinar bagi setiap syarikat seperti berikut: GSR dan GCP: 5.5% hingga 10% PG: 2.5% hingga 6.0% utk Priority Dealer; 4.5% hingga 8.0% utk Normal Dealer PWG: 3.5% hingga 7.0% utk Stokis; 5.0% hingga 8.0% utk Ahli (Dealer) BUYING PROCEDURE GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan. PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu. PWG: Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 9am - 5pm setiap hari melalui web atau telefon. Untuk barang kemas 916 , Sabtu dan Ahad tiada urusniaga dijalankan SERVICE PROVIDED GSR, GCP dan PWG : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian balik @ 'buyback' dari customer. PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up sendiri atau atas bantuan dealer ” ( Petikan artikel Perbezaan perniagaan Emas Power Gold VS Public Gold)
  • 4. Petikan artikel di atas kebanyakan tepat cuma beberapa pembetulan dan penerangan mengenai perniagaan emas public gold iaitu : PENJELASAN STATUS SYARIKAT PUBLIC GOLD : Pengasas Public Gold sememangnya berbangsa cina warganegara Malaysia atau ceo public gold iaitu dato’ wira Louis Ng. Walaupun berbangsa cina atau bukan islam tetapi telah melakukan tanggungjawab sosial seperti membayar zakat melalui anak syarikat public gold iaitu Arrahnu Koperasi Dagang Emas dan telah menubuhkan Public Gold Faundation atau Yayasan Public Gold untuk membantu badan kebajikan seperti terbabit program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan bulanan tetap kepada badan kebajikan termasuk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH).
  • 5. Saya memilih public gold sebagai tapak pelaburan, selain daripada faktor harga emas, peratus spread, kekukuhan syarikat, kemudahan jual beli emas, juga pilihan faktor pengasas public gold ialah cina. Ini adalah kerana kelayakkan, kebolehan, sikap kerja keras dan bersungguh-sungguh dalam perniagaan cina. Tambahan lagi kita jarang mendengar kaum cina terlibat dalam pelaburan skim pelaburan tipu atau skim cepat kaya. Perkara ini sememangnya terbukti apabila public gold semakin maju, berkembang dan kukuh dengan adanya 18 cawangan public gold, website database Oracle yang boleh menampung kapasiti besar serta back up data online, mendapat pelbagai anugerah, arrahnu koperasi dagang emas dan baru dibuka PG Gold Museum iaitu muzium emas pertama di Malaysia. PENJELASAN BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD : Syarat untuk menjadi dealer Public gold adalah dengan membeli emas RM30k dan otomatik menjadi dealer tanpa yuran atau bayaran hangus. Katalog atau broucer serta seminar percuma untuk ahli atau dealer public gold. Syarat untuk menjadi dealer Power gold adalah bayaran minimum adalah RM350 untuk menjadi ahli dengan diberikan percuma gold bar 0.5 gram yang berharga lebih kurang RM100. Saya rasa wang selebihnya RM250 lagi adalah untuk membayar komisen kepada upline kerana perniagaan emas power gold bercirikan multilevel atau multilayer. Public Gold juga sentiasa memberi peluang mudah menjadi dealer melalui promosi tertentu seperti promosi pembelian emas RM500 untuk pelajar, pembelian 100 gram emas program gap dan sebagainya. PENERANGAN PERBEZAAN PRODUK PUBLIC GOLD Public Gold menjual pelbagai jenis jongkong emas dan emas dinar 24K LBMA bebas cukai gst serta jongkong perak seperti jongkong emas 0.5gram dengan pelbagai tema, gold bar 1 gram pelbagai tema, 5g, 10g hingga gold bar 250g. Public gold juga menjual emas dinar 24K lbma bebas gst terdiri daripada setengah dinar, 1 dinar emas, 5 dinar dan 10 dinar. Emas dinar Public Gold adalah satu-satunya dinar emas yang dapat pengecualian cukai gst di Malaysia. Public Gold juga menyediakan Program GAP (Gold Accumulation Program) yang pertama di Asia untuk kemudahan pelaburan emas. Program GAP akan memberi keuntungan kepada pelabur emas modal kecil iaitu dengan membeli emas 1 gram, menambah belian emas untuk mengumpul emas dan boleh mengeluarkan sekeping jongkong emas yang besar seperti gold bar 50g 24K lbma setelah cukup emas yang dikumpulkan 100 gram. Cara ini lebih menguntungkan daripada membeli dan menyimpan gold bar 1 gram yang banyak seperti 50 keping gold bar 1 gram kerana peratus spread atau susut nilai harga jongkong emas 1g adalah tinggi. Klik CARA MEMBELI EMAS RM100 ATAU 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat mengenai program gap public gold.
  • 6. PENJELASAN PENGIKTIRAFAN GOLD BAR PUBLIC GOLD Gold bar public gold berketulinan 24K bercop LBMA diiktiraf dunia bebas gst. Syiling emas dinar public gold berketulenan 24K bercop LBMA tanpa cukai gst yang merupakan satu-satunya emas dinar dalam Malaysia yang mendapat pengecualian cukai gst. KOMISEN AGEN ATAU DEALER PUBLIC GOLD Komisen dealer atau pengedar emas public gold adalah rendah iaitu hanya 1% hingga 2% sahaja daripada belian emas dan 0.3% daripada jualan emas. Komisen yang sedikit kepada dealer adalah supaya dapat menawarkan harga emas termurah kepada pelanggan public gold. Walaupun komisen dealer sedikit, tetapi jika dapat jualan atau sales yang banyak pastinya komisen yang diperolehi juga lumayan. PENJELASAN PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD Harga emas public gold adalah harga customer dan dealer. Harga emas public gold tetap dan sama walau harga ahli atau harga dealer public gold yang telus berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Ini akan memudahkan serta memaksimakan keuntungan kerana dapat lock harga beli emas atau menjual emas secara online. Rajah di atas sekali adalah perbandingan harga emas public gold, power gold, gsr dan gcp pada masa dan hari yang sama iaitu 16 Oktober 2015. Harga jongkong emas termurah adalah jongkong emas public gold. BUYING PROCEDURE PUBLIC GOLD Procedur atau tatacara pembelian atau penjualan emas public gold boleh dilakukan secara online iaitu kunci harga beli emas atau kunci harga jual emas secara online 24 jam sehari atau secara offline iaitu terus mengunjungi cawangan public gold terdekat. Pembelian atau penjualan emas public gold adalah tetap dan telus mengikut harga emas dunia yang berubah setiap 20 minit. Pelabur emas boleh membeli emas atau menjual emas bila-bila masa setiap hari 7 hari seminggu secara online dan selepas lock harga beli emas atau jual emas perlu ke cawangan public gold berdekatan untuk proses mengambil emas yang dibeli atau menghantar emas yang dijual secara online. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk membeli emas secara online. PENERANGAN SERVICE PROVIDED Public Gold mempunyai 18 cawangan untuk kemudahan pelaburan emas fizikal yang lebih kemas, selamat dan teratur. Jika membeli gold bar 1g mungkin berani untuk diposkan, bagaimana jika membeli gold bar 100g atau gold bar 250g ?. Adakah anda sanggup, berani dan yakin jongkong emas anda diposkan atau di hantar kerumah?. Penyediaan cawangan penting untuk kemudahan dan keselamatan pelaburan emas. Sebenarnya banyak perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh public gold untuk kemudahan pelabur emas seluruh dunia. Klik SENARAI PERKHIDMATAN DAN SERVIS PUBLIC GOLD. Semua syarikat emas ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pilihan pelaburan adalah ditangan pelabur, jadi pilih syarikat pelaburan emas terbaik. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang jadi faktor kekukuhan syarikat penting untuk mendapatkan keuntungan dan mengelak dari potong harga jual apabila menjual kepada syarikat emas yang berlainan. Perkara utama pemilihan syarikat perniagaan emas adalah syarikat emas yang dapat menawarkan harga emas termurah, peratus spread terendah, kemudahan pembelian dan penjualan emas, kemudahan serta keselamatan pelaburan seperti cawangan yang banyak, kekukuhan syarikat emas dan servis
  • 7. serta perkhidmatan terbaik. Klik 111 KELEBIHAN PELABURAN JONGKONG EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk melihat senarai 111 kelebihan atau kebaikkan melabur dalam pelaburan emas dan perak public gold. Maklumat pelaburan emas public gold, hubungi atau whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Junus, PG001425 Authorised Master Dealer Public Gold. Sekian, terima kasih dan mohon kemaafan jika tersilap kata. Perbandingan, pelaburan emas, perniagaan emas, syarikat emas, public gold, PG, power gold, GSR, Golden Silver Resources, GCP, Gold Crest Pavilion, emas, jongkong emas, emas dinar, pelaburan emas fizikal, perbezaan public gold dengan power gold, perbandingan public gold vs power gold, perbandingan syarikat emas, syarikat emas terbaik, pilihan pelaburan emas, pelaburan emas terbaik, panduan pelaburan emas, emas paling murah, jongkong emas termurah, syarikat pelaburan emas, malaysia CARA MEMBELI EMAS RM100 ATAU 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold- bar-1-gram-program-gap-public-gold/ CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/ SENARAI SERVIS DAN PERKHIDMATAN PUBLIC GOLD http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/sitemap-xml/senarai-perkhidmatan- dan-servis-public-gold/ 111 KELEBIHAN PELABURAN JONGKONG EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/111-kelebihan-pelaburan-emas-dan- perak-public-gold/